pengenalan kepada teknologi multimedia

Upload: durgisdurtan

Post on 10-Feb-2018

262 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    1/39

    PENGENALAN KEPADATEKNOLOGI MULTIMEDIA DAN

    APLIKASI TEKNOLOGI

    MULTIMEDIA

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    2/39

    Definisi Multimedia

    Apakah yang anda faham mengenai

    multimedia?

    Adakah multimedia = video?

    Apakah perbezaan antara komputer dan multimedia?

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    3/39

    Definisi Multimedia

    Istilah multimedia semakin diminati dan

    mendapat publisiti yang meluas pada

    zaman teknologi komputer masa kini.

    Jika di perhatikan, sebenarnya

    multimedia boleh ditakrifkan sebagai :

    Multi: banyak atau pelbagai

    Media: berasal dari perkataan medium

    yang bermaksud "kaedah berkomunikasi"

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    4/39

    Definisi Multimedia

    Definisi multimedia (Asal):

    Multimedia bermakna menggunakan 2 atau lebih media bagisesuatu persembahan, contohnya video dan slide.

    Definisi multimedia (Baru):

    Multimedia merujuk kepada persembahan berpusatkan

    komputer yang menggabungkan unsur-unsur photo, video,teks, grafik, audio dan animasi.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    5/39

    Definisi Multimedia

    Definisi multimedia (Terkini):

    Proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan komputer yangmerangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio,

    video, dan animasi.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    6/39

    Elemen Multimedia

    Terdapat 6 elemen utama multimedia iaitu:

    Teks

    Grafik

    Audio

    Video Animasi

    Interaktiviti

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    7/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.

    Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalamsesuatu persembahan maklumat.

    Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan ataupengukuhan kepada sesuatu isu.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    8/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Teks merupakan asas utama penyaluran sesuatu maklumat.

    Perbagai jenis rupa taip dan fon memberi daya tarikan dalamsesuatu persembahan maklumat.

    Teks boleh juga digunakan untuk memberi penekanan ataupengukuhan kepada sesuatu isu.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    9/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Tiga kategori teks?

    Serif

    Serif merujuk kepada garisan atau lengkungan yang terdapat padapenghujung sesuatu aksara.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    10/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Serif

    Contoh?

    Times New Roman, New Century, SchoolBook, dan Palatino

    San Serif- Perkataan sans bermakna tanpa

    (without) dalam bahasa Perancis, maka fon sans

    serif bermakna fon yang tidak mempunyai serif atau

    tanpa serif.

    Arial, Helvitica, dan Optima merupakan contoh fon jenis sansserif.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    11/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Dekoratif- merujuk kepada fon yang mempunyai unsur-unsursastera lama dan agak berbunga-bunga seperti tulisan zamandahulu kala.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    12/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Jenis fon apalah yang sesuai untuk menghasilkan aplikasipembelajaran berasaskan komputer?

    Sans Serif Arial

    Cetakan - Serif

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    13/39

    Elemen Multimedia -Teks

    Panduan Menggunakan Teks dalam Multimedia

    PastikanTeks yang Digunakan Boleh Dibaca

    Pemilihan Warna Teks yang Bersesuaian

    Pemilihan Stail Teks yang Bersesuaian

    Gunakan Teks yang Ringkas tetapi Padat

    Awasi Kuantiti Teks pada Paparan

    Serif Sans serif atau Dekoratif ?

    Sans Serif

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    14/39

    Elemen Multimedia -Grafik

    Grafik ialah persembahan imej atau paparan visual yang tidak bergerak sepertigambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi carta dan lain-lain.

    Grafik digital atau grafik berkomputer ialah hasil kerja grafik yang dihasilkanmenggunakan sama ada perkakasan ataupun perisian komputer. Grafik digital

    ialah imej yang mudah seperti garisan, bulatan ataupun papran imej yangkompleks yang dihasilkan oleh komputer.

    Grafik digunakan bagi memberi penekanan secara visual terhadap sesuatupersembahan.

    Grafik juga membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat secara lebihberkesan.

    Grafik menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian maklumat lebihmenarik dan hidup.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    15/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Dalam aplikasi multimedia, elemen teks sahaja tidak memadaiuntuk menyampaikan maksud kerana ianya terbatas.

    Grafik berupaya menyampaikan bukan sahaja maksud tetapi situasi,perasaan, tonasi serta deria rasa secara lebih terperinci bagi sesuatukeadaan. Grafik digunakan di dalam aplikasi multimedia di dalamkeadaan-keadaan berikut :

    Elemen pelengkap. Grafik biasanya merupakan latar belakang dantekstur di mana ianya menjadi pelengkap terhadap maksud yang ingin

    disampaikan melalui paparan.

    Fokus utama. Logo, imej, lukisan, rajah dan fotograf yang menghiasipaparan memainkan

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    16/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Grafik boleh dibahagikan kepada dua kategori asas, iaitugrafik vektor dan grafik bitmap.

    a) Grafik jenis vektor

    merujuk kepada grafik berorientasi objek yang dihasilkan menerusiarahan matematik.

    Contohnya, sebiji bola di dalam format grafik vektor terbina daripadadefinisi matematik, di mana sebuah bulatan dengan radius tertentu,ditetapkan pada lokasi tertentu dan diisi dengan warna tertentu.Walaupun bola tersebut dialih lokasi, diubah saiz mahupun di tukar

    warnanya, kualiti grafik yang dihasilkan tetap sama.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    17/39

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    18/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    b) Grafik Bitmap

    Grafik bitmap juga dikenali sebagai imej raster atau imej peta bit.

    Imej bitmap terhasil daripada titik-titik yang disusun secara spesifik

    dalam bentuk matrik. Titik-titik ini dikenali sebagai piksel (Pixels =Picture + Element). Imej-imej piksel ini dinamakan imej bitmap.

    Piksel-piksel ini disusun mengikut saiz, warna, dan lokasi. Kombinasikesemua piksel pada skrin komputer inilah yang menghasilkan imej.Setiap piksel atau titik yang membentuk imej bitmap terdiri daripada 3warna iaitu Merah, Hijau dan Biru atau lebih dikenali sebagai warnaRGB.(Red, Green, Blue). Walau bagaimanapun piksel-piksel ini jugaboleh terdiri daripada warna hitam dan putih (monochrome) atauwarna kelabu atau mempunyai 256 warna hingga 16 juta warna.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    19/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej bitmap:-

    (a) Menghasilkan imej dari mula dengan menggunakan programlukisan komputer seperti Paint Program.

    (b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan

    kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam programlukisan komputer atau aplikasi anda.

    (c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej televisyendengan menggunakan pengimbas atau kad pendigital videountuk mendigitkan imej tersebut.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    20/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Cara yang boleh diikuti untuk menghasilkan imej bitmap:-

    (a) Menghasilkan imej dari mula dengan menggunakan programlukisan komputer seperti Paint Program.

    (b) Menangkap imej terus dari skrin (screen capture) dan

    kemudian menampal (paste) imej tersebut ke dalam programlukisan komputer atau aplikasi anda.

    (c) Menangkap imej dari foto, lukisan atau imej televisyendengan menggunakan pengimbas atau kad pendigital videountuk mendigitkan imej tersebut.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    21/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    imej bitmap juga bergantung kepada resolusi paparan dankeupayaan perkakasan grafik dan monitor komputer anda.

    Autoracing merupakan teknik di mana imej bitmap ditukar

    menjadi imej vektor. Contoh perisian yang digunakan untukproses ini ialah Streamline dari Adobe.

    Saiz fail imej bitmap biasanya dimampatkan untukmenjimatkan memori dan ruang cakera, denganmenggunakankaedah pemampatan di dalam failnya sendiri

    seperti format fail GIF, JPEG dan PNG.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    22/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Format Fail

    .bmp Windows Bitmap; fail BMP adalah format fail yang palingefisien untuk digunakan dalam persekitaran Windows.

    .gif Graphics Interchange Format (GIF); dibangunkan olehCompuServe untuk digunakan pada rangkaian komputer. GIF adalahantara format grafik yang lazim digunakan untuk imej di laman web.

    .jpg imej JPEG; dinamakan sempena jawatankuasa piawaianyang membangunkannya iaitu Joint Photographic Experts Group.Berhasrat untuk menjadi format grafik yang tidak khusus untuksesuatu platform (platform Independent). Merupakan format failgrafik yang paling popular digunakan di laman web.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    23/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Format Fail

    .pcd Photo CD; berdasarkan teknologi Photo CD dariKodak. Mempunyai lima jenis saiz yang berbeza untuk setiapgambar, dari saiz dompet hinggalah ke saiz poster.

    .pict format piawai untuk imej dalam persekitaranMacintosh. Digunakan untuk pembangunan antara platform (cross-platform).

    .png format Portable Network Graphics; disebut sebagaiping. .png dibangunkan sebagai format bebas lesen dan paten(patent and license-free format) dan merupakan alternatif kepadaGIF.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    24/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Format Fail

    tiff` Tagged Image File Format (TIFF); dibangunkan oleh AldusCorporation dan mempunyai banyak versi fail. Lazimnya digunakandalam pakej perisian penerbitan meja dan merupakan format fail

    yang digemari syarikat percetakan.

    .eps Encapsulated PostScript; merupakan format fail yangdigunakan dalam PhotoShop dan boleh mengandungi kedua-duagrafik bitmap dan vektor. Ia disokong oleh banyak program grafik,ilustrasi dan rekaletak mukasurat. Juga digunakan untukmemindahkan kerja-kerja seni bahasa-PostScript di antara aplikasi.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    25/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Perisian-perisian Grafik

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    26/39

    Elemen Multimedia - Grafik

    Panduan Menggunakan Grafik dalam Multimedia

    Pilih grafik yang bersesuaian dengan kumpulan sasaran

    Pilih grafik yang tidak menyentuh sensitiviti kaum atau agama

    Gunakan spesifikasi grafik yang boleh digunakan tanpa masalah pada sistem

    berkeupayaan rendah

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    27/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Animasi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksuddihidupkan atau bring to life. Animasi adalah satu perbuatan atauproses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup.

    Definisi animasi yang lebih menyeluruh dapat dilihat daripada takrifanyang diberikan oleh Neo & Neo (1997) seperti berikut:

    Animasi merupakan satu teknologi yang membolehkan imej pegunkelihatan seolah-olah hidup, dapat bergerak, beraksi dan bercakap. Inidimungkinkan dengan menerapkan satu teknik kinematografi grafik

    dan seni plastik untuk menghasilkan atau memberi ilusi pergerakandan penghidupan kepada lukisan kartun, lukisan tangan, patung danobjek tiga dimensi.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    28/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Animasi dimungkinkan kerana fenomena biologikal yang dikenali sebagaipersistence of vision. Sesuatu objek yang dilihat oleh mata manusiaakan dipetakan pada retina dalam satu jangka masa yang singkat selepasianya dilihat.

    Ini membolehkan berlakunya satu siri imej yang berubah sedikit demisedikit dengan kadar yang pantas secara silih berganti sehingga iakelihatan dan menghasilkan satu ilusi yang hidup serta bergerak secarasendiri

    Denganmengubah sedikit kedudukan atau rupa bentuk sesuatu objekdengan pantas, mata kita akan mengandaikan perubahan tersebutsebagai satu pergerakan atau animasi.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    29/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Prinsip ini boleh diperjelaskan lagi dengan satu ilustrasi yang memaparkanbeberapa gambar bulatan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah di bawahPerhatikan rajah ini, pada setiap satu bulatan tersebut dilukiskan gambar anakpanah pada kedudukan yang berbeza dan kedudukan ini ditukarkan ke arahkanan pada kadar 15 darjah.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    30/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Sesebuah video dibina dengan menggunakan 30 bingkai atau gambaruntuk setiap saat (30 fps); iaitu merujuk kepada kelajuan ataukepantasan bagi setiap bingkai digantikan secara silih berganti denganbingkai seterusnya bagi menghasilkan suatu paparan seolah-olah imejtersebut saling berhubungan dan membentuk suatu pergerakan yanghidup.

    Bagi sesuatu animasi komputer berfungsi dengan baik, ia perlu dibinadengan menggunakan 12 hingga 15 bingkai setiap saat (12 - 15 fps).

    Sebarang jumlah fps yang kurang daripada nilai tersebut akanmenghasilkan animasi yang tidak licin dan terhenti-henti. Ini disebabkanmata manusia sempat untuk menangkap perbezaan yang berlakusemasa pertindihan antara bingkai itu.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    31/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Kepentingan Animasi

    Animasi menceriakan lagi persembahan sesuatu maklumat.

    Animasi membantu di dalam menerangkan suatu konsepyang kompleks dengan mudah.

    Animasi mampu menarik perhatian pengguna atau

    penonton.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    32/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Dalam aspek multimedia, animasi merupakan salah satu elemen yangmampu meningkatkan lagi daya tarikan sesebuah program atauperisian multimedia.

    Terdapat perbezaan di antara penggunaan klip video digital dan animasi.Klip video mencekup (capture) aksi pergerakan sebenar, manakalaanimasi yang dihasilkan adalah sekadar simulasi terhadap pengalamandunia sebenar.

    Fail video digital juga lebih besar daripada fail animasi. Klip video digitalhanya digunakan sekiranya ia ternyata memberi kelebihan kepadakeseluruhan persembahan tersebut.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    33/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    ANIMASI TRADISIONAL

    Kebanyakan teknik dan kaedah animasi tradisional telah dibangunkanpada tahun 1930an di studio Walt Disney. Teknik-teknik ini bertujuanuntuk menghasilkan animasi yang lebih realistik dan menghiburkan.

    a) Bingkai Utama (Keyframe)

    Semua animasi tradisi dilakukan dengan menggunakan tangan. Untukmenjimatkan masa dan mengurangkan beban kerja pelukis- pelukis ini,maka kerja-kerja penghasilan animasi diagihkan kepada lebih daripadaseorang. Untuk membolehkan proses pengagihan ini berjalan denganlicin, bingkai utama dirujuk. Sebelum sesuatu animasi itu dilaksanakan,papan cerita perlu dihasilkan terlebih dahulu untuk menunjukkanurutan cerita animasi tersebut.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    34/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Setelah papan cerita disiapkan, ketua pelukis grafik atauanimator akan melukis bingkai-bingkai utama (selalunya

    bingkai pertama dan bingkai terakhir untuk sesuatu aksi).Bingkai-bingkai utama inilah yang dikenali sebagai key

    frames. Ia akan menjadi kunci atau bingkai rujukan untukbingkai-bingkai yang lain.

    Setelah bingkai utama siap dilukis, pelukis-pelukis grafik lain

    akan mengambil alih tugas dengan melukis pula bingkai-bingkai yang berada di antara bingkai utama atau rujukantadi. Proses melukis bingkai-bingkai yang terdapat di antarabingkai-bingkai utama ini juga dikenali sebagai tweening.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    35/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    b) Tweening

    Tweening merupakan proses menghasilkan imej atau objek di antarabingkai-bingkai utama bagi memaparkan seolah-olah suatu pergerakantelah terbentuk. Proses tweening terlebih dahulu memerlukan anda

    mengira bilangan bingkai-bingkai yang terdapat di antara bingkai utamadan laluan yang bakal diambil oleh sesuatu aksi. Seterusnya urutan aksi-aksi ini akan dilukis dengan pensel. Sekiranya berpuas hati dengan hasilkerja yang dilakukan, barulah lakaran pensel tadi akan didakwatkandengan kekal.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    36/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    c) Onion Skinning

    Onion skinning merupakan satu lagi teknik animasi yangdigunakan di dalam animasi sel tradisional. Dengan

    melukis pada helaian atau permukaan yang lutsinar,pelukis-pelukis grafik dapat melihat garis kasar atauoutline sel sebelumnya untuk dijadikan panduan untukmereka melukis atau menghasilkan perubahan imej selyang seterusnya.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    37/39

    d) Frame By Frame

    Teknik yang digunakan oleh golongan profesional yang menjanjikankesan animasi yang lebih realistik dan mengikut keperluan animator yang

    sebenarnya dan bukan hasil ramalan yang dilakukan oleh komputer.

    Mempunyai beberapa set imej yang serupa dan hanya berbeza daripadasegi saiz, lokasi ataupun kedudukan bahagian-bahagian tertentu.

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    38/39

    Elemen Multimedia - Animasi

    Animasi Sel

    Teknik animasi yang dipopularkan oleh Walt Disneyini menggunakanlukisan secara berurutan atau bertindanan dari satu bingkai ke bingkai

    yang berikutnya.

    Animasi sel memanfaatkan ketiga-tiga teknik bingkai utama, tweeningdan onion skinning yang dipelajari sebelum ini. Filem biasanya dibinadengan menggunakan 24 bingkai untuk setiap saat (24 fps). Dengan itu,untuk menghasilkan satu minit animasi, kita memerlukan lebih kurang

    1,440 bingkai yang berlainan. Istilah sel berasal daripada helaian seluloidlutsinar yang digunakan untuk melukis setiap bingkai. Kini, ia telahdigantikan dengan asetat atau plastik

  • 7/22/2019 Pengenalan Kepada Teknologi Multimedia

    39/39