karnival sains kuantan 2014-solar car

Upload: noorleha-mohd-yusoff

Post on 05-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kastek

TRANSCRIPT

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 1

    KARNIVAL SAINS DAN TEKNOLOGI PERINGKAT DAERAH KUANTAN 2014

    SYARAT PERTANDINGAN KERETA SOLAR SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KUANTAN 2014

    1. TAJUK : PERTANDINGAN KERETA SOLAR 2. TEMA : PENGGUNAAN TENAGA SOLAR SEBAGAI SUMBER ALTERNATIF BARU TENAGA 3. AKTIVITI: Pertandingan rekacipta model kereta yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dengan menggunakan sumber tenaga solar secara optimum. 4.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN: 4.1 Terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 . 4.2 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 3 orang peserta dengan seorang guru pembimbing. 4.3 Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah menengah jenis kebangsaan. 4.4 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 pasukan sahaja. Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada pelajar dari sekolah yang sama. 4.5 Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan Pengetua sekolah masing-masing. 4.6 Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran C3/D-SCC. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tarikh yang telah ditetapkan. 4.7 Rekabentuk hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat model kereta solar adalah bebas. 4.8 Konsep kelajuan, kedudukan sel solar dan kebolehan kereta bergerak dalam garis lurus akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari bagi menggerakkan model kereta solar, adalah tidak dibenarkan. 4.9 Kuasa maksima setiap rekabentuk model kereta solar tidak boleh melebihi 1 watt. 4.10 Sel solar bagi penggunaan di peringkat sekolah hendaklah disediakan oleh pihak sekolah itu sendiri dengan jumlah minima sebanyak 6 unit dan maksima 12 unit bagi sesebuah kereta. (sila rujuk kepada Pegawai Teknikal Daerah 2014) SYED MOHD SHUHAIMIE BIN SYED HUSAIN ([email protected]) SBP INTEGRASI KUANTAN BANDAR INDERA MAHKOTA 25200 KUANTAN TEL: 09-5733 994 HP: 010-9033 515

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 2

    *4.11 Sebahagian peralatan lain seperti alat gantian dan aksesori kereta seperti soldering iron, screw driver, motor, tayar, gandar dan gear untuk kegunaan peringkat daerah juga hendaklah disediakan disediakan oleh pihak sekolah. *Peringkat Negeri sahaja -Peringkat Daerah kereta solar disiapkan di sekolah masing-masing. 4.12 Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada model kereta solar. Jenis alat adalah bebas. 4.13 Rekabentuk asas kereta terbahagi kepada 3 komponen iaitu: a) binaan badan (bertutup) b) chasis c) tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit) 4.14 Pertukaran hanya dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja. 4.15 Hiasan bagi tujuan menambah kecantikan model kereta solar turut diambil kira. 4.16 Pertandingan ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu: a) *Pembinaan dan pembangunan model kereta 3 jam b) *Persediaan persembahan Multimedia Power Point 3 jam c) Persembahan multimedia 10 minit d) Pertandingan Kelajuan * Peringkat Negeri sahaja 4.17 Pertandingan di peringkat daerah, kereta solar dan fail softcopy powerpoint yang telah siap hendaklah dibawa pada hari pertandingan. 5.0 KAEDAH PENGHAKIMAN 5.1 Pembinaan dan pembangunan kereta haruslah memenuhi kriteria berikut: 5.1.1 Kemahiran Manipulatif 5.1.2 Kemahiran Proses Sains 5.2 Persembahan dan Pembentangan: Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point dan disediakan dalam Bahasa Inggeris. Format Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut: 5.2.1 Abstrak 5.2.2 Objektif 5.2.4 Teori Saintifik 5.2.5 Rekabentuk 5.2.6 Trial Result

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 3

    5.2.7 Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja (termasuk 3 minit sesi soal jawab) 5.3 Bahagian 2 Pertandingan Kelajuan 5.3.1 Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur. 5.3.2 Semua model kereta solar akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan. 5.3.3 Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar. 5.3.4 Pertandingan kelajuan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: a) saringan *b) separuh akhir c) akhir *Peringkat Negeri shj 5.3.5 Sebanyak 5 model kereta solar akan diundi dan dikelompokkan dalam satu kumpulan. 5.3.6 Setiap kumpulan akan berpeluang berlumba sebanyak 3/2 pusingan mengikut ketetapan juri hakim dan pegawai teknikal. 5.3.7 Masa akan dicatatkan bagi setiap perlumbaan. 5.3.8 Jika terdapat model kereta solar yang tidak mengikut trek yang telah ditetapkan semasa perlumbaan, catatan masa bagi perlumbaan tersebut akan dibatalkan. 5.3.9 Jika terdapat mana-mana model kereta solar yang melanggar kereta lain di dalam perlumbaan, catatan masa model berkenaan akan dibatalkan dan perlumbaan bagi pusingan berkenaan akan diulang semula tanpa melibatkan kereta yang melanggar. 5.3.10 Perlumbaan akan dijalankan hanya setelah light intensity mencapai tahap 600- 700 Lux. 6.0 KAEDAH PERTANDINGAN 6.1 Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta K1, K2,...K11. 6.2 Pertandingan terbahagi kepada 3 peringkat iaitu: 6.2.1 Saringan: a) Semua model kereta solar akan dihakimi berdasarkan 2 justifikasi iaitu rekabentuk dan kelajuan. b) Penghakiman rekabentuk akan dijalankan terlebih dahulu diikuti dengan penghakiman kelajuan. c) Markah rekabentuk dan kelajuan akan dijumlahkan bagi memilih model kereta solar yang terbaik untuk ke pusingan separuh akhir.

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 4

    *6.2.2 Separuh Akhir: a) Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi. b) 4 model kereta solar paling laju akan terpilih ke pusingan akhir. a) Hanya pertandingan kelajuan sahaja yang akan dihakimi. b) Masa yang paling laju akan dicatat dan disusun semula bagi menentukan pemenang iaitu johan, naib johan dan tempat ketiga. *Peringkat Negeri shj 6.3 Kuasa semua model kereta solar yang berjaya akan diuji semula sebelum ke peringkat seterusnya bagi mengelakkan peserta membuat sebarang pengubahsuaian. 7.0 HAL-HAL LAIN 7.1 Keputusan hakim adalah muktamad. 7.2 Guru pembimbing tidak dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang pertandingan dijalankan. *7.3 Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba, extension wire dan kamera digital bagi tujuan penyediaan persembahan Multimedia Power Point. 7.4 Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan. 7.5 Jika pertandingan bahagian kelajuan tidak dapat dijalankan akibat cuaca redup atau hujan, keputusan akan ditentukan oleh panel hakim. *Peringkat Negeri shj

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 5

    KEPERLUAN DAN PERSIAPAN TEMPAT PERTANDINGAN KERETA SOLAR 1. Persiapan Tempat a. Bilik untuk pembinaan dan *pembuatan. b. Bilik untuk *menyediakan persembahan multimedia dan bilik pembentangan persembahan multimedia yang dilengkapi dengan kemudahan komputer dan LCD projektor. c. Dataran kejat yang terdedah kepada sinaran matahari yang terik. d. Khemah perlu dilengkapi dengan kemudahan meja dan kerusi untuk kegunaan panel hakim pertandingan. e. Kawasan pertandingan hendaklah dipagar menggunakan pita penghadang bagi mengawal kemasukan penonton ke kawasan pertandingan. 2. Alatan Siaraya a. 1 hailer hendaklah disediakan di bilik pembinaan dan pembuatan model. b. 2 mikrofon mudah alih turut disediakan di bilik persembahan. c. 1 hailer untuk kegunaan panel hakim dan pihak urus setia di dataran kejat. 3. Panel Hakim a. Bilangan panel hakim adalah 3 atau 5 orang. b. Terdiri dari kalangan individu yang mempunyai pengetahuan berkaitan RE & EE, Sains dan Matematik serta Teknikal. c. Terdiri dari kalangan mereka yang tidak mempunyai kepentingan dengan mana-mana pasukan. 4. Borang Pemarkahan a. Borang pemarkahan hendaklah disediakan secukupnya untuk kegunaan panel hakim. b. Mesin kira hendaklah disediakan. 5. Keperluan lain a. Sebarang keperluan tambahan akan dimaklumkan oleh panel hakim. 6. Jawatan Kuasa lain a. Dibentuk mengikut keperluan dan kesesuaian pertandingan.

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 6

    Lampiran B/SCC/1

    SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN KERETA SOLAR

    BIL PERKARA KUANTITI

    1. Khemah 2 unit

    2. Meja panjang 2 unit

    3. Kerusi dan meja 30 & 3 unit

    4. Punca elektrik 1

    5. Landasan (5cm X 45cm) 4 lorong

    6. Lampu limpah 200 Watt 8 unit

    7. Pita keselamatan 3 unit

    8. Alat siaraya - LCD projektor - Komputer riba - pencetak - set mikrofon mudah alih

    1 unit 1 unit 1 unit 1 unit

    9. Hard file (hakim) 11 unit

    10. Jam digital 8 unit

    11. Wisel 2 unit

    12. Board penutup solar panel 16 unit

    13. Alat tulis (mesin kira, pen, stapler, pembaris)

    14. Plug tambahan (extension) 5 unit

    15. Tag peserta

    16. Label model kereta (K1, K2, K3.)

    17. Label meja (K1, K2, K3,)

    18. Penimbang (gram) 1 unit

    19. Multimeter 2 unit

    20. Peti kecemasan 1 unit

  • KARNIVAL SAINS & TEKNOLOGI DAERAH KUANTAN 2014

    KERETA SOLAR (SM) 7

    Lampiran B/SCC/2

    SENARAI KEPERLUAN PERTANDINGAN KERETA SOLAR ** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan

    BIL PERKARA KUANTITI

    1. Compress foam board (2 X 3) 1 unit

    2. Sel Solar (1V, 80mA) 12 unit

    3. Plastik berwarna A4 4 unit

    4. Corrugated board plastik A2 1 unit

    5. Double tape inch 1 unit

    6. Double tape foam 1 inch 1 unit

    7. Berus inch 1 unit

    8. Gam UHU 1 unit

    9. Cat tin semburan 4 unit

    10. Kertas A4 5 helai

    11. Pen 1 unit

    12. Pembaris 1 unit

    13. Pemadam 1 unit

    14. Pensel 1 unit

    15. Permanent marker 1 unit

    16. Penjalur wayar 1 unit

    17. Papan pemotong 1 unit

    18. Gunting 1 unit

    19. Pisau 1 unit

    20. Soldering Iron & stand 1 unit

    21. Timah 1 unit

    22. Penyedut timah 1 unit

    23. Pemotong poly foam 1 unit

    24. Botol minuman 1 unit

    25. Hot glue dan Glue Gun 1 unit

    26. Motor DC (3V ~ 6V) 1 unit

    27. Twin-flex wire 1 unit

    28. Tayar 1 unit

    29. Gandar 1 unit

    30. Set gear 1 unit

    Disediakan oleh Penganjur