kay 1043 merancang program pakk
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
1/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
1.0 Pengenalan
Dalam tugasan kumpulan kertas kerja ini, kami dikehendakimembincangkan perkara yang berkaitan dengan merancang program pendidikan
awal kanak-kanak (PAKK). Oleh itu, kami akan membincangkan dan menerangkan
tentang topik yang diberi oleh pensyarah kami. Maklumat yang akan kami
membincangkan adalah seperti teori-teori dalam Program PAKK, Program PAKK
yang terawal, Program PAKK di Malaysia, prinsip-prinsip dalam merancang program,
pendekatan dan strategi dalam PAKK serta teknik pengajaran dalam PAKK.
Maklumat yang kami perlu cari adalah seperti yang dinyatakan diatas dan ia
juga perlu mengaitkannya dengan merancang program PAKK semasa huraian dibuat.
Manakala, di sini kami juga ingin memohon minta maaf kepada pembaca kertas kerja
ini atas segala maklumat-maklumat yang diterangkan dalam tugasan kumpulan kertas
kerja ini mungkin tidak mencukupi dan mungkin dirasa tidak berkualiti.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 1 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
2/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
1.1 Objektif Kerja Kursus Pengkhususan
Pengurusan dan PentadbiranObjektif bagi kursus pengkhususan ini adalah bertujuan menyediakan
pelajar dengan pemahaman tentang kurikulum asuhan dan cara pelaksanaannya
denganmenggunakan pelbagai pendekatan seperti Pendekatan Pendidikan Belajar
Melalui Bermain, Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Pendekatan
Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran.
Di samping itu, pendidik-pendidik juga dibimbing untuk menyediakan
rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan mengambil kira
perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta latar belakang terhadap
seseorang kanak-kanak.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 2 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
3/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
1.2 Definisi Merancang Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Apakah itu perancangan? Adakah terdapat cara untuk mendefinisikan atau
memberi tafsiran yang tepat tentang perancangan? Perancangan berkait rapat dengan
masalah semasa sesuatu tempat pada satu jangka masa tertentu. Secara umumnya
perancangan adalah merupakan satu proses yang berterusan yang bukan hanya
terlibat dengan penyediaan pelan tetapi juga merumuskan cara-cara dan peringkat-
peringkat ke arah penyelesaian masalah. Dengan kata lain perancangan adalah
menentukan apa yang perlu dibuat pada satu masa oleh seseorang. Dan ini melibatkan
beberapa peringkat kerja.
Walaubagaimanapun, bagi menjayakan perancangan sesuatu program
pendidikan awal kanak-kanak, pendidik perlu mempunyai pengetahuan berkenaan
psikologi dan keperluan kanak-kanak. Keperluan kanak-kanak merangkumi enam
aspek yang asas iaitu fizikal, intelektual, bahasa, emosi, sosial dan personaliti, nilai dan
moral. Setiap aspek sama penting dan hendaklah diambil kira ketika merancang aktiviti
atau program pendidikan awal kanak-kanak. Seterusnya, bagi memastikan aktiviti
program pendidikan awal kanak-kanak yang dirancang berjaya dalam meningkatkan
potensi kanak-kanak, rancangan tersebut juga hendaklah mengambil kira-kira cirri-ciri
semula jadi kanak-kanak. Secara semula jadi, kanak-kanak di peringkat awal penuh
dengan perasaan ingin tahu.
Selain itu, perancangan aktiviti atau program pendidikan awal kanak-kanak
yang sesuai juga perlu berpandu kepada beberapa soalan, seperti berikut:
1. Apakah kebolehan kanak-kanak pada peringkat perkembangan ini?
2. Apakah cara yang paling sesuai bagi menggalakkan penerokaan dan
pembelajaran mereka?
3. Bagaimanakah menyusun program pendidikan awal kanak-kanak ini supaya
setiap kanak-kanak boleh mendapat faedah darinya?
4. Apakah aktiviti program dan bahan pembelajaran yang paling sesuai bagi
memudahkan pembelajaran supaya ia menjadi seronok dan bermakna untuk
setiap kanak-kanak?
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 3 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
4/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.0 Teori - Teori Dalam Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Terdapat banyak teori dalam pembelajaran dan pengajaran pendidikan
awal kanak-kanak. Antaranya ialah Teori Konstruktivisme, Teori Behaviourisme dan
Teori Learning Through Play. Teori-teori ini telah dihasilkan oleh para sarjana dan
intelektual yang membuat kajian tentang pendidikan awal kanak-kanak. Ia sangat
berguna dan penting dan dijadikan sebagai rujukan dan bahan ilmiah terutamanya
kepada bidang pendidik awal kanak-kanak.
Teori Konstruktivisme merupakan salah satu teori yang berkaitan pendidikan
awal kanak-kanak. Ia juga dikenali sebagai Teori Konstruktivisme Sosial. Ia telah
diperkenalkan oleh Lev Semenovich Vygotsky. Beliau merupakan antara pelopor dalam
kajian awal kanak-kanak dan merupakan ahli psikologi yang berasal dari Rusia. Pada
mulanya, beliau mendalami ilmu perubatan tetapi kemudian mempelajari bidang
kesusasteraan dan undang-undang. Vygotsky memberi fokus kepada peranan sosial
dan budaya dalam perkembangan kanak-kanak. Beliau berpendapat, banyak
kemahiran kognitif diperolehi daripada interaksi sosial.
Vygotsky telah membuat beberapa andaian asas dalam Teori
Konstruktivisme. Pertama, beliau mengandaikan orang dewasa mendidik kanak-kanak
melalui kaedah formal dan informal. Kedua, beliau mengandaikan setiap budaya
mempunyai alat-alat dalam budaya untuk mendidik. Ketiga, beliau mengandaikan
pemikiran dan bahasa saling mempengaruhi. Keempat, beliau mengandaikan kanak-
kanak atau individu memimpin diri melalui self talk (inner speech).
Seterusnya, beliau mengandaikan kanak-kanak boleh melakukan perkarayang lebih sukar jika dibimbing. Kemudian, beliau mengandaikan tugas yang mencabar
akan menggalakkan perkembangan minda. Akhirnya, beliau mengandaikan bermain
merupakan satu cara kanak-kanak untuk belajar. Dengan buktinya, Vygotsky telah
menyumbangkan dua perkara dalam Teori Konstruktivisme iaitu Zone of Proximal
Development (ZPD) dan Scaffolding.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 4 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
5/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Scaffolding bermaksud bantuan sementara orang dewasa kepada kanak-
kanak untuk membuat sesuatu yang lebih sukar manakala Zone of Proximal
Development (ZPD) pula bermaksud saat dan ketika bantuan tersebut diberikan.
Justeru, Teori Behaviourisme merupakan salah satu teori dalam pendidikan
awal kanak-kanak. Ia melibatkan tiga teori pelaziman. Teori-teori pelaziman tersebut
ialah Teori Pelaziman Klasik dan Teori Pelaziman Operan. Teori Pelaziman Klasik telah
dihasilkan oleh Pavlov manakala Teori Pelaziman Operan terbahagi kepada dua. Ini
kerana ianya dihasilkan oleh dua individu yang berbeza iaitu Thorndike dan Skinner.
Teori Pelaziman Klasik merupakan salah satu teori dalam Teori
Behaviourisme. Ia dihasilkan oleh salah seorang individu penting dalam pendidikan
awal kanak-kanak iaitu Pavlov. Teori ini menekankan konsep ransangan dan gerak
balas. Tiga konsep penting dalam pengajaran dan pembelajaran telah dihasilkan dalam
teori ini. Konsep-konsep tersebut ialah Generalisasi, Diskriminasi dan Penghapusan.
Generalisasi bermaksud rangsangan yang serupa akan memberikan tindak balas yang
serupa. Contohnya, Saiful akan menjadi risau setiap kali ujian kimia yang akan
diadakan. Saiful juga risau satiap kali ujian biologi dijalankan kerana kedua-dua subjek
tersebut mempunyai perkaitan. Jadi kerisauan dalam subjek kimia telah
digeneralisasikan kepada satu subjek lain iaitu biologi. Diskriminasi pula berlaku
apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang tertentu sahaja dan
tidak pada rangsangan yang lain. Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut
hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi
selain daripada loceng. Penghapusan pula berlaku apabila rangsangan terlazim yang
tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim. Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng
tidak disertakan dengan ransangan tidak terlazim (daging). Dalam hal ini, lama-
kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk
mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 5 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
6/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Manakala, keterangan bagi Teori Pelaziman Operan (Thorndike) pula. Pada
tarikh 29 Ogos 1900, Thorndike telah berkahwin dengan Elizabeth Moulton dan mereka
dikurniakan lima orang cahaya mata. Beliau berkelulusan Sekolah Latin Roxbury pada
tahun 1891 di West Roxbury, Massachusetts. Kemudian, beliau berkelulusan Wesleyan
University pada tahun 1895. Seterusnya, beliau berkelulusan Harvard University pada
tahun 1897 dan Columbia University pada tahun 1898. Setelah lulus, Thorndike kembali
pada minat awalnya iaitu Pendidikan Psikologi. Pada tahun 1898, beliau telah
menyelesaikan PhD di Columbia University di bawah pengawasan James McKeen
Cattell, salah seorang pengasas psikometri. Pada tahun 1899, beliau menjadi pengajar
psikologi di Teachers College di Columbia University, di mana beliau mempelajari
bagaimana manusia belajar, pendidikan dan ujian mental. Pada tahun 1937, Thorndike
menjadi Presiden Kedua Society Psikometri, mengikuti jejak Louis Leon Thurstone
yang membentuk masyarakat dan syarikat jurnal Psychometrika tahun sebelumnya.
Teori Pelaziman Operan Thorndike juga dikenali sebagai teori cuba-ralat.
Teori ini telah dikemukakan oleh Edward L. Thorndike pada tahun 1911. Beliau
menggunakan seekor kucing untuk membuat kajian. Dalam eksperimen ini, Thorndike
membuktikan bahawa haiwan dan juga manusia belajar melalui proses cuba jaya, iaitu
kaedah cuba dan ralat. Selain itu, terdapat tiga hukum dalam Teori Pelaziman Operan
Thorndike iaitu Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan. Hukum
Kesediaan merupakan keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk
memulakan sesuatu aktiviti pembelajaran. Mengikut Thorndike, terdapat tiga keadaan
yang berlaku dalam proses pembelajaran. Pertama, apabila seseorang pelajar bersedia
untuk belajar, maka pembelajaran yang dijalankannya akan menghasilkan kepuasan.
Kedua, apabila seseorang pelajar bersedia untuk belajar, tetapi tidak dapat
dilakukannya, maka ia akan menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
Ketiga, apabila seseorang pelajar tidak bersedia untuk belajar, tetapi dipaksa untuk
belajar, maka ia akan juga menghasilkan perasaan kecewa ataupun kesakitan.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 6 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
7/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Hukum Latihan pula menyatakan bahawa semakin banyak latihan yang
tertentu dijalankan, semakin bertambah kukuh ikatan yang tertentu dengan rangsangan
yang berkaitan. Maksudnya, jika pasangan rangsangan-gerak balas (stimulus-
response) wujud berkali-kali, maka ikatannya akan bertambah kukuh dan tinggi.
Kemungkinan untuk gerak balas tersebut wujud lagi pada masa akan datang juga
adalah tinggi. Hukum Kesan menyatakan bahawa ikatan rangsangan dengan gerak
balas akan bertambah kukuh sekiranya individu memperolehi kesan yang memuaskan
selepas gerak balasnya dihasilkan. Gerak balas yang tidak mendatangkan hasil yang
berkesan akan kian menjadi lemah, khasnya apabila sesuatu gerak balas yang
membawa kesan yang menyakitkan atau kurang menyeronokkan.
B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam
bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam
bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku
berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama
pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yang telah dijalankan dalam tahun
1930-an. Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan
Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah
mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh
diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang
untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
Terdapat empat perkara penting dalam Teori Pelaziman Operan Skinner iaitu
Peneguhan dan Jenis Peneguhan, Dendaan dan Jenis Dendaan, Prinsip Premack dan
Pelupusan. Peneguhan ialah perkara yang dilakukan untuk mengalakkan sesuatu
perlakuan itu diulangi. Menurut Rachlin (1991), pengukuhan diberikan, pertamanya
untuk memuaskan kehendak individu. Keduanya, untuk mengurangkan tekanan dan
merangsang otak. Skinner membahagikan pengukuhan kepada dua jenis, iaitu
peneguhan positif dan peneguhan negatif. Terdapat lima jenis proses dalam teori
pelaziman operan Skinner iaitu pengukuhan positif, pengukuhan negatif, dendaan,
prinsip Premack dan pelupusan.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 7 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
8/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu
ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. Dalam
bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contoh-contoh peneguhan positif yang boleh
diberikan dalam bilik darjah ialah seperti memberikan kata-kata pujian selepas kanak-
kanak melakukan sesuatu kerja atau menjawab soalan, memberikan senyuman,
menepuk bahu kanak-kanak, memberi hadiah dan sebagainya. Peneguhan positif yang
diberikan oleh guru dapat mendorong kanak-kanak menghasilkan kerja yang bermutu
tinggi. Peneguhan yang diberi juga mestilah jelas dan bersistematik. Hanya tingkah
laku yang spesifik sahaja yang perlu diberi peneguhan. Guru juga mestilah ikhlas ketika
memberi peneguhan.
Manakala, peneguhan negatif ialah rangsangan serta-merta yang tidak
selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan.
Contohnya, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak membuat kerja rumah yang
diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu dengan leteran bapanya, maka si anak tadi pun
menyiapkan kerja sekolahnya. Tindakan anak (membuat kerja rumah) dapat mengelak
daripada rangsangan yang tidak diingini (leteran bapa). Peneguhan boleh
dilaksanakan secara berterusan atau berkala. Dendaan adalah satu proses atau
tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak
diingini. Dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam
kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut.
Di samping itu, konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang
kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku
terhadap aktiviti yang kurang diminati. Prinsip Premack juga dikenali sebagai
Grandmas Rule yang berasaskan kenyataan kamu boleh keluar bermain selepas
kamu habis memakan sayur-sayuran ini. Sebagai guru, kita boleh menyelang-selikan
aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk
meningkatkan kadar pembelajaran murid. Contohnya, selepas mengakhiri mata
pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan. Di sebaliknya,
pelupusan bermaksud perlakuan yang tidak diberi peneguhan akan lupus dengan
sendirinya.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 8 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
9/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Keadaan ini dapat di atasi jika peneguhan untuk sesuatu perlakuan itu
dapat dikenal pasti, peneguhan itu tidak lagi digunakan dan guru sanggup bersabar
dalam menghadapi proses pelupusan kerana hasilnya tidak datang dengan serta
merta.
Teori yang seterusnya ialah Learning Through Play yang akan ditearangkan.
Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti itu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak,
tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain
juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-
kanak (Kraus, 1990).
Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut
sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi
dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Mengikut
Vygotsky (1967) bermain dapat membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan terbentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga memberi
kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia
sebenar. Dalam cara ini, kanak-kanak dapat mengawal situasi dan menyesuaikannya
dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang
tinggi melalui bermain, (Spodek et al. 1987, p. 181).
Carr dalam teorinya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak
kerana main menyediakan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan pendapat
masing-masing (Kraus, 1990). Mengikut Carr, main merupakan pengalaman katartik,
memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkan emosi yang negatif. Sebagai
contoh kanak-kanak yang berusia 4 tahun yang baru sahaja mendapat adik baru akan
mengalami pengalaman negatif seperti penolakan kasih sayang dan perasaan
permusuhan terhadap adik tersebut. Untuk perihal ini, main dikatakan dapat
menyuarakan perasaan kecewa tersebut.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 9 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
10/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Menurut Caplan dan Caplan (1973), main sebagai penentu penting bagi
perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial
dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan
ketangkasan seseorang kanak-kanak. Dari aspek psikoanalisis, mengikut Freud pula,
main memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan dapat
mengawal keadaan yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan
dengan realiti sebenar (Kraus, 1990). Manakala menurut Almy (1984, Fagen) yang
menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa
mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan.
Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak
melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy adalah
bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-
peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara.
Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah ialah teka-teki, kad-kad
nombor, kad-kad bergambar dan sebagainya. Selain itu, bermain adalah satu bentuk
kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca
untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 10 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
11/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.1 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak Yang TerawalDidapati bahawa terdapat Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK)
yang terawal, terutamanya di luar negara. Program-program yang disediakan dan
dirancangkan kepada kanak-kanak seperti program Head-Start (US), Sure-Start(UK),
Model Montessori, Model Reggio Emila, Under Threes, Early Learning Goals, Te
Whariki (New Zealand) dan sebagainya. Setiap program tersebut mempunyai latar
belakangnya, objektif merancangkan program tersebut, ciri-ciri program dan konsepnya
secara masing-masing.
Prasekolah yang pertama didirikan pada tahun 1850 adalah bertempat diAmerika Syarikat. Ketika pada masa tersebut, pendidikan prasekolah hanya memberi
tumpuan kepada kanak-kanak yang bergolongan berada sahaja manakala kanak-kanak
yang miskin diabaikan dan dibiarkan sahaja dan menyebabkan mereka tidak dapat
pendidikan awal kanak-kanak semasa waktu kecil lagi. Oleh itu, program Head-Start
(US) telah dirancang untuk memberi bantuan kepada kanak-kanak yang datang dari
kawasan yang mundur dan latar belakang keluarganya adalah miskin. Dalam program
Head-Start ini kanak-kanak ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan
pembelajaran kepada mereka agar kanak-kanak dapat memenuhi kesihatan emosional,sosial, gizi dan keperluan psikologi anak-anak yang berasal dari keluarga miskin.
Konsep Head-Startadalah meningkatkan perkembangan bahasa dan sosio-
emosi kanak-kanak dan juga menekankan konsep pengalaman hands-on. Manakala,
ciri-ciri program Head-Start adalah ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan
pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah. Tambahan pula,
program Head-Start juga menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan,
pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
Justeru, pusat program Head-Start juga mengajar kanak-kanak tentang cara-cara untuk
menjaga kesihatan diri dan kepentingan makan makanan yang berkhasiat dan cara
menjaga gigi sendiri.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 11 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
12/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Manakala, setiap orang kanak-kanak berhak menerima pelbagai
pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.
Di samping itu, perancangan program ini juga dapat membantu keluarga berusaha
secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupannya. Namun begitu, terdapat
sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pengambilan kanak-kanak adalah kanak-
kanak kurang upaya atau keperluan khas. Ahli professional kesihatan mental juga
memberi kerjasama dengan pihak prasekolah dan pihak ibu bapa untuk meningkatkan
kesedaran masalah khas kanak-kanak. Sebagai contoh aktiviti program Head-Start
ialah kanak-kanak bermain bersama tanpa mengira kaum.
Program yang seterusnya bagi Pendidikan Awal Kanak-Kanak ialah program
Sure-Start(UK) yang ditubuhkan pada tahun 1998. Program ini memberi fokus kepada
keluarga yang tinggal di kawasan pendalaman dan sekitarnya dan mengalakkan
kerjasama daripada pihak keluarga, sekolah dan masyarakat untuk melibatkan dirinya
dalam segala aktiviti program yang dijalankan. Manakala, program Sure-Startini adalah
untuk kanak-kanak yang berumur 0 hingga 4 tahun sahaja dan ia juga mempunyai
sedikit persamaan dengan program Head-Start di Amerika Syarikat dan Oritario Early
Years.
Objektif bagi program Sure-Start ini adalah bertujuan memberi permulaan
kehidupan yang terbaik kepada kanak-kanak melalui penambahbaikan dalam asuhan,
pendidikan awal, kesihatan dan sokongan keluarga dengan memberi penekanan
kepada perkembangan masyarakat. Manakala, ia juga meningkatkan perkembangan
sosial dan emosi kanak-kanak dan meningkatkan kesihatan kanak-kanak serta
keupayaan kanak-kanak untuk belajar serta menguatkan hubungan antara keluarga
dan komuniti.
Justeru, falsafah program ini adalah berpotensi pembelajaran kanak-
kanak dipengaruhi oleh budaya, fizikal, sosial, emosi, bahasa, kreativiti dan
pengalaman kognitif manakala ia berkonsep memberi pendidikan, penjagaan,
sokongan keluarga dan kesihatan secara holistik kepada kanak-kanak.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 12 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
13/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Antara syarat kelayakan bagi kanak-kanak yang ingin mendaftar di program
Sure-Startialah kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dan pihak ibu bapa yang tidak
mempunyai sijil dalam pendidikan menengah serta merupakan seorang remaja ketika
anak pertama dilahirkan. Manakala, berat anak semasa lahir adalah rendah dan pihak
ibu atau bapa atau kedua-duanya bertutur dalam bahasa selain daripada Bahasa
Inggeris sebagai bahasa utama. Tambahan pula, empat atau lebih anak mempunyai
jarak umur yang rapat, tinggal dalam satu rumah juga merupakan kelayakan mendaftar
di program Sure-Startini.
Selain itu, Model Montessori juga merupakan salah satu program yang
dirancang bagi pihak kanak-kanak. Antara objektif Model Montessori ialah
mengembangkan kemahiran koordinasi kanak-kanak, pentingkan konsep matematik
dan bahasa serta medidik kanak-kanak mahir dari aspek menulis dan membaca serta
berkreativiti dalam seni dan sebagainya. Kaedah Model Montessori adalah terdiri
daripada tiga aspek iaitu practical life (perkembangan motor kasar), sensory material
(untuk melatih deria) dan academic material (untuk mengajar menulis, membaca dan
mahir dalam matematik). Justeru, 3 konsep yang ada pada Maria Montessori iaitu
minda mudah menyerap (absorbed mind), persekitaran yang tersedia (prepare
environment) dan didikan diri (self-correcting). Dalam konsep minda mudah menyerap
ialah kanak-kanak dapat menyerap sesuatu maklumat yang diterima melalui deria
mereka manakala konsep persekitaran yang tersedia ialah menyediakan persekitaran
yang menggalakkan dan dapat membentuk pengetahuan seseorang kanak-kanak.
Justeru, konsep didikan diri ialah kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan
mereka apabila terlibat dalam aktiviti pembelajaran.
Seterusnya, program Model Reggio Emilia adalah merupakan salah satu
program yang terawal di luar negara dan model ini lebih bersifat atau berdasarkan
kepada teori tokoh Piaget dan Vygotsky. Antara objektif model tersebut adalah
termasuk menimbulkan daya tarikan dan keseronokan kanak-kanak dan wujudkan
hubungan kemanusiaan serta menggalakkan pembelajaran mereka. Tambahan pula, ia
juga menggalakkan komunikasi, penerokaan, penemuan dan penyelesian masalah bagi
seseorang kanak-kanak.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 13 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
14/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Model Reggio Emilia juga memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
membuat pilihan sendiri dan menggalakkan mereka berkerja secara sendiri. Didapati
bahawa beberapa aspek yang ditekankan dalam konsep pembelajaran Model Reggio
Emilia iaitu atelier. Ia merupakan studio khas atau bengkel untuk kanak-kanak
melahirkan pengalaman dan ia juga mementingkan minat dan kecenderungan
seseorang kanak-kanak. Manakala, kurikulum Reggio Emilia adalah berasaskan projek
untuk menerokai konsep atau tajuk. Tambahan pula, konsep pembelajaran tersebut
juga mengikut teori dari tokoh Malaguzzi iaitu pendidikan perlu melibatkan tiga unsur
iaitu kanak-kanak, pendidik dan keluarga.
Seterusnya, program Under Threes juga merupakan salah satu program
yang terawal dilaksanakan di luar negara untuk memperkembangkan perkembangan
kanak-kanak secara holistik. Program Under Threes adalah bertujuan mengembangkan
diri kanak-kanak melalui hubungan dekat. Dari perspektif ini, perkembangan kanak-
kanak secara peribadi, soisal dan emosional adalah yang terpenting dalam rancangan
untuk pengalaman bermain kanak-kanak. Tambahan pula, program ini juga bertindak
sebagai pemandu anak-anak, penyokong dan fasilitator semasa bermain dan bertindak
balas terhadap emosional kanak-kanak, sosial, komunikasi, fizikal dan keperluan
kognitif semasa mereka memilih permainan. Manakala, ia juga mendorong kerjasama
daripada pihak ibu bapa dalam perspektif berkongsi dalam permainan anak-anak
mereka. Justeru, konsep pembelajaran yang diterapkan dalam program ini adalah
menyokong rawatan dan perkembangan bayi dengan berkerjasama dengan pihak ibu
bapa mereka dan mengamalkan lebihan amalan dalam bekerja dengan bayi.
Program Early Learning Goals dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak
adalah merupakan program yang memberi peluang kepada kanak-kanak untuk
meneroka pelbagai sudut yang mereka lihat, dengar, sentuh,, bergerak dan berfikir
dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Ia juga mendorong kanak-kanak untuk berfikir
secara kreatif, imaginatif dan kritis.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 14 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
15/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Malahan, program ini adalah bertujuan untuk menenuhi keperluan kanak-
kanak kurang upaya dan dapat mengembangkan pengalaman belajar yang dapat
membantu mereka memahami dunia. Manakala ia juga mengamalkan amalan untuk
membina idea, konsep dan kemahiran seseorang kanak-kanak supaya mereka dapat
berkomunikasi dengan orang lain dan dapat menggalakkan pertumbuhan fizikal,
kognitif dan sosial dengan cara yang kreatif.
Dengan ini kurikulum Early Learning Goals terbahagi kepada 6 aspek iaitu
kreatif pembangunan, pembangunan fizikal, pengetahuan dan pemahaman dunia,
matematik pembangunan, komunikasi bahasa dan keaksaraan dan peribadi
perkembangan sosial dan emosional. Konsep pembelajaran yang diterapkan dalam
program ini adalah menggunakan pendekatan hands-on supaya dapat menghasilkan
pengalaman dan mengembangkan deria kanak-kanak. Melalui konsep belajar menerusi
aktiviti dan bermain, kanak-kanak akan berasa lebih seronok dan bersedia melakukan
aktiviti.
Program Te Whariki adalah kurikulum kebangsaan pertama untuk sector
anak usia di negara New Zealand. Rangka kerja dalam program ini adalah untuk
menyediakan kanak-kanak awal belajar dan pembangunan dalam konteks sosial
budaya. Manakala ia juga menekankan kerjasama belajar antara pendidik, orang tua
dan keluarga. Pendidik membentuk dan merancang kurikulum yang holistik dalam
menghadapi kanak-kanak belajar dan perkembangan dalam kanak-kanak usia awal
dan konteks yang lebih luas di dunia kanak-kanak. Justeru, program pendidikan awal
kanak-kanak Te Whariki juga menekankan kepada pendidikan yang berkonsepkan.
Antara objektif dalam program ini adalah termasuk pemberdayaan (empowerment),
pembangunan holistik (holistic development), keluarga dan masyarakat (family and
community) dan hubungan (relationship).
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 15 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
16/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.2 Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) Di Malaysia
Awal kanak-kanak ialah istilah yang merujuk kepada tempoh masa kanak-
kanak dari masa lahir hingga ke umur lapan tahun. Mengikut The National Association
for The Education of Young Children (NAEYC) atau Pertubuhan Kebangsaan bagi
Pendidikan Kanak-Kanak Muda, pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada segala
program pendidikan yang memberi layanan, asuhan dan bimbingan kepada kanak-
kanak dari lahir hingga ke umur lapan tahun.
Justeru, pada zaman sebelum merdeka iaitu pada tahun 1940an prasekolah
mula dibuka oleh missionari Kristian dengan pendidikan berpengaruhkan Britishdengan mengenakan yuran yang sangat mahal dan anak-anak orang berada sahaja
belajar di prasekolah itu. Guru-guru prasekolah pula terdiri daripada bekas guru
sekolah rendah yang tidak ada latihan dan pengalaman mengajar di prasekolah.
Manakala, zaman selepas merdeka iaitu pada tahun 1969, Yayasan Asia telah
menyumbangkan wang kepada Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia bagi mendirikan
prasekolah yang mirip kepada projek Head Start di Amerika Syarikat. Tadika ini telah
ditubuhkan di Negeri Selangor iaitu di Kampung Muniady, Kg. Manggis dan Kg.
Sentosa. Kumpulan sasaran terdiri daripada kanak-kanak yang kurang beruntung dari
keturunan Melayu, Cina dan India.
Pada tahun 1970 pula, KEMAS membuka 10 buah prasekolah contoh di
kawasan luar bandar yang dikenali Tabika untuk membantu rakyat yang miskin di luar
bandar. Diikuti dengan penubuhan prasekolah oleh FELDA, Risda (1980) dan Majlis
Perhubungan Masyarakat (1976). Pada tahun 1972, Pusat Perkembangan Kurikulum
telah menerbitkan Buku Panduan Pendidikan Prasekolah dan telah membuka 12 buah
prasekolah percubaan di seluruh Malaysia. Manakala, pada tahun 1972, Maktab
Perguruan Ilmu Khas, Cheras telah melatih seramai 137 orang guru-guru sekolah
rendah dan guru-guru KEMAS dalam pendidikan prasekolah untuk mengajar di
prasekolah. Tambahan pula, KEMAS telah membuka Falsafah Baru Pembangunan
Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada masyarakat luar bandar,
bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan rendah dan miskin.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 16 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
17/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Pada tahun 1981, Yayasan Sabah telah menubuhkan Institut Guru-Guru
Tadika di Pusat Perkembangan Kanak-Kanak dan mendapatkan khidmat nasihat
daripada Universiti Malaya. Pada 18 Disember 1991, Jemaah Menteri telah
bermesyuarat untuk membincangkan mengenai program prasekolah di Malaysia dan
pada 27 Januari 1992, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula bermesyuarat untuk
membincangkan mengenai peluasan prasekolah. Kesan daripada mesyuarat di atas,
maka Akta Pendidikan 1996, telah menyuarakan mengenai pendidikan prasekolah
dalam sistem Pendidikan Kebangsaan. Kesan daripada akta pendidikan prasekolah,
maka pada 6 Jun 2001, Jemaah Menteri bermesyuarat khusus untuk program peluasan
prasekolah. Selain daripada pertambahan bilangan prasekolah dari tahun ke tahun,
bilangan peluasan prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia mengikut
negeri juga bertambah dari setahun ke setahun.
Namun begitu, Program pendidikan awal kanak-kanak pada masa ini telah
diusahakan oleh pelbagai badan agensi sama ada kerajaan, swasta, persendirian dan
sukarela. Setiap agensi memainkan peranan penting untuk memenuhi keperluan
pembelajaran kanak-kanak dan dapat menjamin perlindungan kanak-kanak.
Seterusnya, Pendidikan pra-persekolahan ini kebiasaannya bermula ketika
kanak-kanak berusia dari empat sehingga ke enam tahun. Walaubagaimanapun,
terdapat ibu bapa yang mula menghantar anak mereka pada usia yang lebih muda.
Selain daripada pendidikan akademik, kemahiran berinteraksi kanak-kanak pada tahap
ini dapat membantu pembangunan sosial, emosi dan mental sebagai persiapan
sebelum melangkah ke alam pendidikan formal. Sebelum mendaftarkan anak anda di
mana-mana pra-sekolah atau tadika, anda perlu memastikan bahawa pra-sekolah
tersebut telah berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri. Ini adalah untuk
memastikan pra-sekolah tersebut beroperasi secara sah di sisi undang-undang dan
diiktiraf sebagai pusat pembelajaran.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 17 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
18/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Justeru, Program pendidikan awal kanak-kanak yang dianjurkan oleh
KEMAS dikenali sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) merupakan program
yang memberi peluang pendidikan awal bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6
tahun. Konsep Tabika KEMAS ialah Belajar Melalui Bermain yang diselaraskan
dengan sifat semulajadi kanak-kanak iaitu bermain, ingin tahu dan mencuba. Konsep
tersebut kemudiannya diperluaskan kepada menguasai kemahiran 4M iaitu membaca,
menulis, mengira dan menaakul dan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan
galakan kepada kanak-kanak menguasai kemahiran asas dan pengalaman yang akan
memudahkan mereka menerima pendidikan formal di sekolah rendah kelak.
Disamping itu, ia juga bagi meningkatkan kecemerlangan potensi individu
kanak-kanak secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu. Pengetahuan dan
kemahiran kanak-kanak ditingkatkan dengan pemupukan dan pengukuhan kepada
amalan nilai-nilai murni melalui usaha-usaha dan program yang terancang dan
berstruktur. Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris cemerlang negara yang dibimbing
dan dididik dalam suasana dan persekitaran yang sihat, ceria dan selamat di samping
kerjasama erat dengan ibu bapa.
Justeru, Tadika pula merupakan singkatan daripada Taman Didikan Kanak-
Kanak. Takrif tadika tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pendidikan 1961.
Walaubagaimanapun pengurusan tadika boleh difahamkan sebagai mana-mana premis
yang menerima masuk lebih dari 4 orang kanak-kanak berumur 5 hingga 6 tahun untuk
tujuan menerima pendidikan dengan upah. Matlamat utama pendidikan di peringkat
tadika ialah sebagai persediaan awal ke alam persekolahan formal apabila kanak-
kanak tersebut berumur 7 tahun. Malahan, pendidikan prasekolah juga adalah satu
program yang menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak yang
berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke
Tahun Satu di sekolah formal. Pembelajaran tadika bukan merupakan pembelajaran
wajib dalam Pendidikan Malaysia.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 18 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
19/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Namun begitu, penubuhan tadika oleh pihak swasta amat digalakkan oleh
pihak kerajaan. Konsep yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan
menekankan "Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran ialah meliputi aktiviti
kelas, aktiviti kumpulan dan aktiviti individu. Keunikan prasekolah yang dianjurkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah aktiviti kumpulan yang berupaya
meningkatkan kualiti kawalan emosi dan intelektual. Pendedahan terhadap aktiviti ini
dapat menyediakan asas yang kukuh bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.
Seterusnya, Program pengasuhan kanak-kanak KEMAS atau dikenali
dengan nama Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) adalah selaras dengan Falsafah
Baru Pembangunan Luar Bandar. Program ini memberi perkhidmatan kepada
masyarakat luar bandar, bandar dan pinggir bandar bagi golongan berpendapatan
rendah dan miskin. Perkhidmatan TASKA termasuk di bawah Program Kesejahteraan
Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian
Pembangunan Luar Bandar. Tujuannya untuk memberi peluang kepada ibu-ibu bergiat
di bidang ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup keluarga. Di samping itu juga melalui
TASKA, program pendidikan keibubapaan dapat dilaksanakan untuk ibu bapa dan
masyarakat.
Antara objektifnya ialah menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
pengasuhan kanak-kanak dalam suasana yang selamat, ceria dan selesa dan
menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak yang menyeluruh,
seimbang dan bersepadu serta menyediakan makanan seimbang dan berkhasiat bagi
membantu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak dan mengamalkan gaya
hidup sihat. Tambahan pula, ia juga menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-kanak
dapat menghayati dan mengamalkannya sejak dari waktu kecil. Menggalakkan
kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan
yang baik melalui aktiviti fizikal juga merupakakn salah satu daripada objektifnya.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 19 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
20/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.3 Prinsip-Prinsip Dalam Merancang Program PAKK
Pengetahuan dan pemahaman terhadap prinsip-prinsip pengajaran dan
pembelajaran prasekolah adalah amat penting kepada pengasuh kanak-kanak dan
guru prasekolah. Hal ini demikian kerana perkara ini berkaitan dengan kurikulum
prasekolah dalam melaksanakan aktiviti secara optimum dan berkesan.
Memandangkan terdapat prasekolah yang menjalankan kelas persekolahan dua sesi,
iaitu pagi dan petang, maka perlulah guru tersebut merancang terlebih dahulu apakah
aktiviti yang sesuai untuk kanak-kanak bagi setiap peringkat umur dengan memgambil
berat beberapa prinsip dalam merancang sesebuah aktiviti.
Antara prinsip yang perlu dititikberatkan apabila kita merancang aktiviti untuk
kanak-kanak ialah latar belakang kanak-kanak. Latar belakang kanak-kanak adalah
berbeza dari segi latar belakang peribadi dan kecenderungan pembelajaran. Aktiviti
yang dirancang di prasekolah perlulah sesuai mengikut umur mereka di samping
keupayaan mereka yang berbeza. Ini kerana walaupun umur mereka lebih kurang
sama tetapi umur akal mereka adalah berbeza sama sekali.
Prinsip yang kedua pula boleh dilihat melalui perbezaan individu. Prinsip ini
menentukan masa yang sesuai untuk belajar dan kemampuan memperolehi ilmu
terhadap kanak-kanak. Dengan erti kata lain, jangka masa seseorang kanak-kanak itu
mampu bertahan dalam aktiviti yang dijalankan serta kadar kemampuannya
memperoleh ilmu pada waktu itu samada dalam jangka masa panjang atau jangka
masa yang pendek. Seterusnya, guru juga perlu mengambil berat dengan prinsip
merancang aktiviti iaitu semua deria kanak-kanak untuk digunakan dalam aktiviti yang
dijalankan dengan berkesan. Berdasarkan kurikulum PERMATA, penggunaan lima
deria ini iaitu mata, hidung, telinga, mulut dan kulit bermatlamat bagi merangsang
perkembangan kelima-lima deria ini. Ia juga bertujuan menanamkan sifat keprihatinan
atau kepekaan kanak-kanak tersebut persekitaran di sekeliling mereka. Prinsip ini juga
mampu mewujudkan kecintaan terhadap alam sekitar dan dapat meningkatkan daya
tumpuan, kemahiran menghubungkait, kemahiran berfikir, mengenali dan memahami
persekitaran melalui pemerhatian, penerokaan, ramalan dan pemahaman sebab-akibat.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 20 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
21/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Selain itu, pengalaman menggunakan bahan maujud juga menjadi salah
satu prinsip dalam merancang aktiviti di prasekolah. Guru hendaklah menekankan
pembelajaran melalui pengalaman yang menggunakan bahan maujud kerana ianya
mampu merangsang pengajaran dan pembelajaran yang menarik serta membantu
perkembangan kanak-kanak dengan lebih berkesan. Dengan cara ini, kanak-kanak
akan belajar daripada pengalamannya serta membantu meningkatkan keupayaan
berfikir yang luas. Prinsip dalam merancang aktiviti yang seterusnya ialah belajar
melalui bermain. Prinsip ini perlu diwujudkan dalam suasana yang riang. Menurut
Froebel (1782 1852), bermain adalah suatu keadaan semulajadi yang dapat
membantu kanak-kanak belajar dan berkembang. Walaupun Montessori tidak bersetuju
dengan perkataan permainan bagi menggambarkan tingkah laku kanak kanak
ketika meneroka dan memahami persekitaran, beliau bersetuju bahawa keadaan
bermain memberi kanak-kanak peluang meneroka dan mencuba sesuatu aktiviti.
Dalam proses mencuba, mereka menemui pengetahuan yang baru.
Di samping itu, guru hendakalah peka dengan prinsip pembelajaran secara
bersepadu. Maksudnya di sini wujudnya aktivti yang membenarkan kanak-kanak
mendalami pengalaman mereka dan menjadi matang dalam perkembangan mereka
melalui aktiviti pembelajaran secara bersepadu. Ianya perlu dalam suasana terbuka
dan pelbagai bagi menbentukkan kemahiran berfikir yang kritis dan kreatif. Sebagai
contoh merangkumi pelbagai aktivti yang sibuk seperti menyanyi ataupun menari dan
tenang seperti mendengar lagu atau puisi klasik sambil berehat. Selain itu, aktiviti yang
dirancang juga perlulah merangsang inisiatif, imaginatif dan kreativiti kanak-kanak. Hal
ini kerana kebolehan berbahasa dan berfikir kanak-kanak secara logik boleh
dikembangkan melalui aktiviti yang dirancang.
Seterusnya interaksi mesra. Aktiviti yang dirancang perlulah menggalakkan
interaksi yang mesra antara murid dengan guru, pengasuh, rakan sebaya dan
masyarakat sekitar. Dengan cara ini, ianya membantu dengan berkesan dan
menggalakkan perkembangan optimum kanak-kanak, orang dewasa harus peka
kepada keperluan, isyarat dan perkembangan semasa kanak-kanak tersebut.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 21 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
22/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Manakala, prinsip yang lain seperti pembelajaran yang dipengaruhi oleh sifat
semulajadi dan pengalaman di peringkat awal serta pengetahuan sedia ada harus
dititikberatkan dalam prinsip merancang aktiviti di prasekolah. Setiap kanak-kanak ini
mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang berbeza. Pengalaman dan
pengetahuan mereka juga bergantung kepada keadaan persekitaran, latar belakang
keluarga dan kedudukan ekonomi keluarga mereka. Sebagai contoh, ada kanak-kanak
yang suka bermain dengan kawan dan ada pula kanak-kanak yang suka bermain
secara bersendirian. Jadi seboleh-bolehnya, guru perlulah merancang aktiviti yang
dapat memenuhi kehendak kanak-kanak yang berbeza.
Prinsip yang terakhir sekali ialah kecerdasan pelbagai. Prinsip ini
merupakan pendekatan yang dijana oleh Howard Gardner (1988). Menurutnya,
kecerdasan adalah kekuatan intelektual yang istimewa bagi seseorang. Terdapat
sembilan jenis kecerdasan pelbagai yang diutarakan adalah pintar bahasa iaitu mahir
menggunakan perkataan secara berpantun, menulis karya dan berbahas manakala
pintar logikmatematik adalah mahir menaakul, berfikir secara saintifik dan
menggunakan nombor atau pola dalam penyelesaian masalah. Justeru, pintar bunyi
ialah mahir menghasilkan bunyi yang berirama seperti menyanyi dan bermain muzik
dan pintar ruang pula ialah mahir menguruskan ruang secara berkesan seperti lukis
peta dan corak. Seterusnya, pintar kinestetik adalah mahir mengawal pergerakan
seperti manari dan bersukan dan pintar pergaulan ialah mahir bergaul dan mengetuai
kumpulan sosial manakala pintar diri adalah memahami perasaan, kelemahan,
kekuatan dan potensi diri. Pintar bumi dan alam adalah mengetahui bumi dan
kehidupan semula jadi dan pintar kewujudan adalah peka pada nilai, moral dan
kewujudan manusia (dunia dan akhirat).
Sebagai maklumat tambahan, kami juga ada mengkaji buku Pendidikan
Awal Kanak-Kanak Amali Dan Teori karya Azizah Lebai Nordin. Bahawa terdapat
beberapa maklumat yang boleh dijadikan sebagai prinsip merancang aktiviti di
prasekolah. Antaranya ialah jangka masa aktiviti yang dijalankan bersama kanak-
kanak. Benarkan dan berikan masa yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk
meneroka, mencuba, menyoal, mencari jawapan dan berbincang dengan rakan sebaya
atau gurunya sendiri sewaktu menjalankan aktiviti.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 22 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
23/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Selain itu, ruang yang ada juga memainkan peranan penting dalam
merancang sesebuah aktiviti kepada kanak-kanak di prasekolah. Luas atau sempit
ruang yang disediakan akan mempengaruhi proses aktiviti itu. Contohnya, aktiviti
bermain air dan melukis boleh dijalankan di dalam atau di luar kelas mengikut
keselesaan ruang yang ada. Di samping itu, bilangan kanak-kanak yang didaftarkan di
prasekolah tersebut perlu diambilkira dalam merancang aktiviti. Biasanya bilangan
kanak-kanak dalam bilik darjah tidak melebihi 25 orang. Sekiranya bilangan kanak-
kanak kecil, mereka berpeluang membuat aktiviti individu dan mendapat layanan yang
lebih daripada guru. Jika disebaliknya, aktiviti kumpulan perlu diutamakan dalam
perancangan lebih daripada aktiviti individu.
Bukan bilangan kanak-kanak sahaja yang perlu dititikberatkan, malah nisbah
guru dengan kanak-kanak juga perlu dalam merancang aktiviti di prasekolah. Kanak-
kanak yang bilangannya seramai 25 orang atau lebih, dalam aktiviti tersebut perlu ada
sekurang-kurangnya seorang guru dan seorang pembantu. Lebih ramai pembantu lebih
baik kerana guru dapat merancang aktiviti yang dilaksanakan oleh kanak-kanak dengan
lebih sistematik atau secara individu. Aktiviti di dalam dan di luar kelas juga menjadi
prinsip dalam merancang aktiviti. Hal ini kerana perancangannya bergantung kepada
objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Sekiranya guru ingin merancang aktiviti
berobjektifkan perkembangan motor kaasar, ianya boleh dilaksanakan secara aktiviti di
luar kelas. Jika aktivitinya melibatkan perkembangan bahasa, guru perlu memilih
aktivitinya dijalankan di dalam kelas.
Terakhir sekali aktiviti yang aktif dan sebaliknya. Perancangan aktiviti di
prasekolah hendaklah diseimbangkan di antara altiviti yang aktif dan aktiviti yang
kurang aktif. Aktiviti yang aktif ialah bermain blok, bermain air dan sebagainya
manakala aktiviti yang kurang aktif pula ialah mendengar cerita, mendengar muzik dan
lain-lain lagi.
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP) adalah
untuk memastikan sesebuah aktiviti itu berjalan dengan lancar. Oleh itu, terdapat
beberapa amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak terhadap
aktiviti yang dirancangkan.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 23 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
24/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Antaranya ialah perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi
antara satu iaitu sesuatu domain seperti kognitif, afektif, dan psikomotor. Guru perlu
merancang pengalaman pembelajaran yang menggalakkan perkembangan murid
secara optimum, bermakna, dan bersepadu.
Selain itu, guru juga boleh mengamalkan sesuatu aktiviti itu berdasarkan
perkembangan yang berlaku mengikut urutan. Guru harus menyediakan persekitaran
pembelajaran yang sesuai untuk memupuk kemahiran, pengetahuan, dan kebolehan
murid dari yang mudah kepada yang mencabar. Di samping itu, kadar perkembangan
kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan, personaliti, emosi, daya
pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga. Guru menerima keadaan
murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai dengan mereka. Amalan
bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak yang keempat ialah perkembangan
adalah berterusan. Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang
aktiviti yang boleh menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna.
Seterusnya, perkembangan adalah berperingkat-peringkat. Guru perlu
menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran melalui
pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih kompleks.
Namun begitu, amalan bersesuaian yang lain ialah perkembangan dipengaruhi faktor
baka dan persekitaran. Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang
memberi kesan kepada perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan
menyediakan aktiviti yang menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum. Terdapat
juga amalan yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak di mana kanak-
kanak adalah pelajar aktif. Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan
pengalaman sebenar untuk membantu murid memahami dunia mereka. Malahan,
konsep main juga penting kepada murid. Guru hendaklah memberi peluang kepada
murid untuk menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan konsep belajar melalui bermain
sambil untuk meningkatkan perkembangan ke peringkat optimum. Selain itu, proses
perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar. Guru harus menyediakan
aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid untuk meningkatkan tahap
perkembangan dan pengalaman pembelajarannya.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 24 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
25/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Justeru, amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak juga
dapat dilihat terhadap murid yang mempunyai pelbagai gaya pembelajaran. Guru perlu
membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan kemahiran dan
pengalaman yang telah dikuasai atau dilalui. Amalan yang terakhir sekali ialah
penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak. Mereka
rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi. Guru harus memastikan dan
mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan dan keselamatan murid. Guru
perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa.
Di sini kami ingin berkongsi beberapa tips atau langkah-lanagkah sebelum,
semasa dan selepas anda melaksanakan sesebuah aktiviti di prasekolah. Sebelum
guru melaksanakan sesebuah aktiviti di prasekolah bersama-sama kanak-kanak, guru
perlu tahu beberapa perkara penting ialah seperti berikut yang dinyatakan:
Murid yang diajar?
Kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar?
Bila hendak mengajar atau melaksanakan aktiviti?
Cara menilai perkembangan kanak-kanak?
Menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid ?
Apakah keperluan dan minat kanak-kanak?
Bagaimana dengan latar belakang dan sosio-budaya murid?
Bahan-bahan untuk aktiviti mencukupi?
Pastikan kanak-kanak dalam keadaan bersedia.
Apabila guru telah melihat beberapa perkara yang dinyatakan seperti di atas
sebelum melaksanakan aktiviti, maka guru bolehlah menjalankan aktiviti dengan kanak-
kanak dengan lancar dan jayanya. Tetapi perlu diingatkan juga, beberapa perkara perlu
dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti bersama kanak-kanak di prasekolah adalah
seperti berikut yang dinyatakan:
Guru perlu fleksibel dari segi masa, aktiviti dan sebagainya. Guru tidak
perlu terikat dengan masa yang ditentukan bagi sesuatu aktiviti yang
dijalankan. Guru juga boleh mengubah aktiviti sekiranya kanak-kanak
didapati kurang berminat dengan apa yang diajar.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 25 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
26/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Sentiasa pastikan keselamatan kanak-kanak, alatan yang digunakan serta
ruang yang digunakan untuk menjalankan aktiviti. Bimbang jikalau
berlaku perkara yang tidak diingini berlaku.
Guru juga boleh meneruskan pengajaran sekiranya kanak-kanak berminat
dengan sesuatu aktiviti walaupun masa sudah tamat.
Elakkan aktiviti yang melibatkan mendengar selama 10 minit kerana
tumpuan mereka selalunya tidak lama dan mungkin juga boleh
menyebabkan kanak-kanak cepat bosan.
Gunakan arahan yang mudah dan jelas agar kanak-kanak boleh
memahami dan melaksanakannya.
Setelah aktiviti dijalankan dengan jayanya, guru juga perlu memastikan
beberapa perkara ini dilakukan selepas tamatnya aktiviti. Antara perkara
yang perlu dilakukan selepas aktiviti ialah seperti berikut yang dinyatakan:
Membuat refleksi keseluruhan sepanjang aktiviti. Maksudnya di
sini guru dan kanak-kanak saling meluahkan idea atau perasaan
selepas menjalankan aktiviti ini.
Guru hendaklah catatkan aktiviti yang tidak terlaksana seperti
yang dirancangkan.
Guru juga haruslah merancang aktiviti pengukuhan & pengayaan
sebagai penambahbaikan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran yang akan datang supaya lebih teratur dan
sistematik.
Guru perlu membuat penilaian ke atas kanak-kanak selepas
menjalankan aktiviti bagi mengetahui sejauh mana kemampuan
kanak-kanak tersebut dalam aktiviti yang dijalankan.
Guru dan kanak-kanak bersama-sama menyimpan bahan-bahan
yang digunakan agar tidak hilang dan masih boleh digunakan
untuk akan datang.
Guru hendaklah memastikan kelas berada dalam keadaan
kemas dan bersih sebelum pulang atau menutup prasekolah
tersebut.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 26 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
27/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.4 Pendekatan Dan Strategi Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Pada masa kini suatu pendekatan baru mula muncul menyahut cabaran
masyarakat moden yang progresif. Pendekatan Behavioris, Pendekatan kecerdasan
Pelbagai, Pendekatan Sosial Budaya dan Pendekatan Reggio Emilia yang meresap
masuk dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Awal kanak-Kanak.
Pendekatan Tingkah laku (behavioris) menumpukan perhatian kepada
pemilikan kandungan mata pelajaran. Ia muncul dari aplikasi psikologi operan (operant
psychology) yang dipelopori oleh Skinner (1974). Pendekatan ini menggunakan
penguasaan isi kandungan mata pelajaran sebagai pengukur kejayaan pengajaran.Skinner (1974) mencadangkan tiga perkara untuk interaksi antara tingkah laku dan
persekitaran iaitu ketika bila tingkah laku berlaku, tingkah laku itu sendiri dan aktiviti
pengukuhan. Matlamat pendekatan ini ialah untuk membentuk tingkah laku terakhir
yang boleh diperhati dan dinilai. Aplikasi prinsip psikologi operan ini mencipta suatu alat
untuk Pendidikan Jasmani mencapai matlamat bertanggungjawab.
Di samping itu, pendekatan kecerdasan pelbagai ada dalam penerangan
teori Kecerdasan Pelbagai yang telah diperkenalkan oleh Howard Gardner pada tahun1983. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuk
kanak-kanak biasa dan istimewa serta kelompok penduduk yang mempunyai kriteria
yang istimewa. Mengikut Gardner, kecerdasan yang terdapat pada seseorang bukanlah
hanya diwarisi semata-mata. Pada pandangan beliau, jika kedua-dua ibu bapa
dikategorikan sebagai tidak cerdas mengikut ukuran ujian IQ tidak semestinya anak-
anak mereka juga tidak cerdas. Kajian yang dijalankan oleh beliau terhadap kanak-
kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya
adalah dilahirkan oleh ibu bapa yang kedua-duanya adalah professional (Suppiah
Nachiappan et al., 2008).
Menurut Gardner lagi, teori kecerdasan pelbagai adalah berdasarkan
pemikiran bahawa kemampuan intelektual yang diukur melalui ukuran ujian IQ adalah
sangat terbatas. Ini kerana ukuran ujian IQ menekankan kepada kemampuan logikal-
matematik dan bahasa sahaja. Sebenarnya, setiap orang mempunyai caranya
tersendiri dan unik untuk menyelesaikan persoalan atau masalah yang dihadapi
mereka.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 27 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
28/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Tambahan lagi, kecerdasan bukan hanya dilihat dari nilai yang diperolehi
seseorang. Hal ini disebabkan kecerdasan merupakan kemampuan yang dimiliki
seseorang untuk melihat sesuatu masalah dan seterusnya berupaya menyelesaikan
masalah tersebut atau membuat sesuatu yang berguna kepada orang lain. Kecerdasan
pelbagai mencakupi sembilan kecerdasan pada dasarnya merupakan pengembangan
dari kecerdasan otak (IQ), kecerdasan emosional (EQ) dan kecerdasan spiritual (SQ)
(Suppiah Nachiappan et al., 2008).
Pendekatan Sosiobudaya adalah hasil gabungan daripada pendekatan
behaviorisme dengan kognitivisme. Pendekatan behaviorisme adalah kesan atau hasil
suatu tingkah laku manakala pendekatan kognitivisme ialah impak hasil daripada
kepercayaan serta harapan seseorang. Pendekatan ini boleh diringkaskan sebagai
teori pengharapan nilai. Ini bermakna bahawa motivasi adalah gabungan antara dua
kekuatan, iaitu pengharapan seseorang itu untuk sampai ke matlamat yang ditujunya,
dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Teori ini berkait rapat dengan Bandura (1997) dan
teori yang digunakan ialah teori Efikasi Kendiri. Bandura (1977) menyarankan betapa
penting pemerhatian, peniruan dan peneguhan vikarious (mengharapkan peneguhan
yang sama apabila memerhati orang lain mendapat ganjaran apabila melakukan
sesuatu tingkah laku). Peneguhan vikarious dan peneguhan lansung amat penting
dalam meningkatkan efeksi kendiri individu.
Albert Bandura (1963) telah menggabungkan teori psikologi tingkah laku dan
psikologi kemanusiaan ke dalam kerangka Model Efikasi Kendiri. Bandura
mengemukakan peranan kepercayaan efikasi kendiri dalam konteks di mana "peoples
level of motivation, affective states, and actions are based move on what they believe
than on what is objectively true". Efeksi kendiri merujuk kepada kepercayaan tentang
kompetensi peribadi kita dalam suatu bidang. Efeksi kendiri dipengaruhi oleh
pengalaman lampau, pengalaman vikarious, input lisan daripada pihak luar terhadap
kepercayaan kebolahan individu menyempurnakan tugasan dan gerak hati fisiologi dan
emosi.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 28 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
29/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Seperti yang telah diketahui, Pendekatan Reggio Emilia adalah berasaskan
falsafah Loris Malaguzzi iaitu orang yang menubuhkan pengurusan komuniti sekolah
dan pusat asuhan di Bandar Reggio Emilia dalam daerah Utara Itali di Emilia Romagna
selepas perang dunia kedua. Falsafah Malaguzzi dibina oleh John Dewey yang terjadi
lebih dahulu dalam kerja Pestalozzi dan Proebel. Gardner (1993) dalam Leonie
ARTHUR et al. (2005) menyatakan, walaupun begitu Reggio Emilia mempunyai
pendekatan yang lebih, tetapi telah mempertimbangkan di sini dalam tempoh waktu
pendekatannya kepada kurikulum, nota itu adalah penggodaan kepada sifat romantik
Reggio, Reggio adalah berkaitan dengan kawasan khusus di Itali dan tidak boleh
diambil dan dipindahkan ke negara lain. Walaubagaimanapun, kebanyakan idea dasar
dalam pendekatan Reggio ke kurikulum boleh berhubung dalam konteks yang berbeza.
Rinaldi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan, imej kanak-
kanak dalam pendekatan Reggio adalah seperti kaya, kuat, berkuasa. Kesemua
kanak-kanak tidak mengira sama ada yang terlalu muda adalah dijangkakan bersosial
dan kanak-kanak juga dilihat sebagai perantaraan aktif dalam mendirikan pembelajaran
mereka sendiri. Melalui pendekatan Reggio, pemikiran kanak-kanak, idea-idea dan
persoalan-persoalan perlu diambil serius. Gardner (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.
(2005) menyatakan, model pendidik dalam pendekatan Reggio ialah mendengar kanak-
kanak, memajukan kanak-kanak dengan mengambil inisiatif dan membimbing
pembelajaran mereka. Manakala, Malaguzzi (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.
(2005) menerangkan, pendidik berpusatkan model ialah untuk mengaktifkan ia adalah
bermaksud membuat mengikut kemampuan kanak-kanak.
Menurut Edwards, Gandini & Forman (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.
(2005) menyatakan, pendekatan Reggio dalam kurikulum ialah berdasarkan
kecemerlangan intelektual kanak-kanak yang dididik melalui fokus sistematik yang
diwakili oleh simbolik. Kanak-kanak digalakkan untuk mewakili idea-idea mereka dan
memahami melalui (100 bahasa) mereka atau menunjukkan mod-mod, termasuklah
bercakap, menulis, melukis, mewarna, membina dan mengukir sebagaimana seperti
permainan bayang-bayang, menari, kolaj, permainan drama dan muzik.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 29 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
30/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Kekuatan fokus dalam seni visual bermaksud meneroka dunia dan
menunjukkan sifat memahami pendidik di sekolah-sekolah Reggio dan pusat
asuhan, memberi perhatian bahawa banyak cara yang membolehkan kanak-kanak
menonjolkan diri mereka dan mencadangkan banyak pendekatan tradisional untuk
meremehkan kemampuan kanak-kanak.
Pendekatan Reggio adalah berpusatkan kurikulum. Pendekatan kolaboratif
memfokuskan kepada pembelajaran, dengan kekuatan pasangan antara pendidik,
kanak-kanak, keluarga dan komuniti tempatan, penekanan dan mengambil hati kanak-
kanak dalam menyelesaikan masalah dan projek-projek dalam kumpulan kecil
berpasangan. Spaggiari (1993) dalam Leonie ARTHUR et al. (2005) menyatakan,
pengurusan berasaskan komuniti mempromosikan interaksi yang kuat dan
komunikasi antara pendidik-pendidik, keluarga kanak-kanak dan komuniti. Kerja
pendidik dalam pasangan mengajar dan berjumpa sebagai satu pasukan dengan
pendidik yang lain seperti satu keluarga. Katz (1993) dalam Leonie ARTHUR et al.
(2005) menyatakan, persekitaran-persekitaran adalah seperti di rumah dan atmosfera
kehidupan bersifat kumpulan. Edward Gandini & Forman (1993) dalam Leonie
ARTHUR et al. (2005) menyatakan, kunci lain yang diperkenalkan ialah kelancaran
dengan kanak-kanak kumpulan yang sama dan tinggal bersama dengan pendidik untuk
dua hingga tiga tahun.
Pendekatan Reggio Emilia juga adalah satu falsafah pendidikan pra-sekolah
dan berfokuskan kepada dasar pendidikan. Ia bermula daripada Loris Malaguzzi dan
ibu bapa dari desa-desa sekitar Reggio Emilia di Itali selepas Perang Dunia II.
Kehancuran daripada perang menyebabkan ibu bapa percaya mereka memerlukan
sesuatu yang baru dan pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka.
Mereka berasa bahawa dalam tahun-tahun awal perkembangan anak-anak yang
membentuk siapa penting bagi mereka sebagai individu. Hal ini menyebabkan
penciptaan program berdasarkan prinsip-prinsip rasa hormat, tanggungjawab, dan
masyarakat melalui penerokaan dan penemuan dalam menyokong dan
memperkembangkan persekitaran berdasarkan kepentingan anak-anak melalui
kurikulum berpandukan diri.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 30 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
31/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Dalam pendekatan Reggio Emilia ia mengajar kanak-kanak kecil dengan
menempatkan perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak serta hubungan rapat
yang membolehkan mereka berkongsi dengan persekitaran mereka di pusat asuhan.
Program kanak-kanak pada usia ini telah berjaya disesuaikan dengan falsafah
pendidikan dan mereka tertarik kepada Reggio kerana cara pandangan dan
menghormati kanak-kanak. Kebanyakan ibu bapa yang memilih untuk menghantar
anak-anak mereka ke program Reggio Emilia yang menggabungkan banyak prinsip
dalam mengasuh anak mereka dan kehidupan rumah. Bahkan dengan hubungan
antara sekolah dan rumah, kebanyakan orang tertanya-tanya apa yang terjadi kepada
anak-anak Reggio ketika mereka melakukan peralihan daripada gaya ini untuk
pendidikan yang bukan di sekolah Reggio Emilia. Jawapannya ialah bahawa ada
beberapa penyesuaian yang harus terjadi. Dalam kebanyakan persekitaran sekolah,
sifat ingin tahu intelektual dihargai, sehingga siswa terus mendapat keuntungan dari
Reggio selepas mereka telah meninggalkan program.
Ibu bapa 'cermin peranan masyarakat, sama ada di seluruh sekolah dan
tingkat kelas. Ibu bapa diharapkan untuk mengambil bahagian dalam perbincangan
tentang dasar sekolah, keprihatinan perkembangan anak, dan kurikulum perancangan
dan taksiran. Hal ini disebabkan oleh kebanyakan ibu bapa termasuk ibu bapa yang
bekerja juga menghadiri pertemuan yang diadakan pada malam hari sehingga semua
yang ingin menyertai boleh melakukannya. Dalam pendekatan Reggio, guru dianggap
bukan hanya sebagai jurulatih. Guru digalakkan untuk memudahkan kanak-kanak
belajar melalui kegiatan perancangan dan pelajaran berdasarkan kepentingan kanak-
kanak, mengajukan soalan untuk lebih memahami, dan secara aktif terlibat dalam
kegiatan bersama kanak-kanak, bukannya duduk kembali dan mengamati kanak-kanak
belajar. "Sebagai rakan kepada kanak-kanak, guru dalam situasi belajar" (Hewett,
2001). Ketika bekerja pada projek-projek dengan kanak-kanak, guru juga boleh
memperkembangkan kanak-kanak dengan belajar mengumpul data seperti foto, nota,
video, dan perbualan yang boleh dirakam.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 31 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
32/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
2.5 Teknik Pengajaran Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Teknik adalah pendapat atau tanggapan mengenai sesuatu. Teknik
prasekolah bermaksud pendapat atau tanggapan berkenaan pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Pengajaran ialah semua
yang dipelajari oleh kanak-kanak. Teknik pengajaran dalam pendidikan awal kanak-
kanak adalah berasaskan aktiviti, pengalaman bersepadu, pengalaman deria, mengikut
situasi, meneroka dan menjelajah, belajar sambil bermain, bimbingan guru, unsur
motivasi dan mencabar, fleksibel manakala teknik pembelajaran adalah berasaskan
minat murid, berasaskan bahan dan aktiviti, relevan dengan kanak-kanak, belajar
melalui deria, belajar melalui pengalaman, belajar melalui bermain dan mengambil kira
perbezaan individu.
Penggunaan teknik pengajaran belajar melalui bermain adalah satu
rancangan yang berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam
suasana yang bebas dan selamat menggembirakan dan bermakna. Kepentingan
belajar melalui bermain adalah bermain menjadi fitrah murid di mana dalam proses ini
mereka akan meneroka, membuat inkuiri penemuan dan memperolehi pengalaman
langsung secara semulajadi. Belajar melalui bermain memberi peluang kepada muridbelajar dalam suasana yang fleksibel tanpa kongkongan daripada guru. Aktiviti
bermain membantu perkembangan murid secara menyeluruh kerana aktivti bermain
dapat memenuhi keperluan kognitif, psikomotor dan efektif.
Antara jenis-jenis main adalah termasuk main sosial (Social Play). Main
sosial berlaku apabila kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan. Antara jenis-
jenis main sosial ialah main occupied, main solitary, main onlooker, main parallel,
main associative dan main cooperative. Main kognitif (Cognitive Play) ialah murid
menggunakan bahan maujud untuk memperolehi pengetahuan untuk meningkatkan
perkembangan dan pertumbuhan dari segi kognitif psikomotor, sosioemosi dan
kreativiti. Antaranya jenis main kognitif ialah main simbolik. Main simbolik memberi
peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kreativiti, kebolehan fizikal dan kesedaran
sosial dengan berpura-pura menjadikan satu objek lain seperti bongkah sebagai rama-
rama, ibu atau sekuntum bunga.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 32 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
33/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Selain itu, main games and rules merupakan salah satu main kognitif. Main
games and rules adalah murid bermain mengikut peraturan yang telah ditentukan.
Tingkah laku mereka semasa bermain adalah dalam had atau peraturan permainan
tersebut. Jenis yang lain adalah main konstruktif. Murid bermain untuk membina
pengetahuan mereka mengenali dunia mereka.murid menggunakan bahan atau alatan
mainan untuk membina bahan lain seperti istana pasir, bangunan kenderaan dan
sebagainya mengikut daya kreativiti masing-masing.
Seterusnya, main bebas (Informal Play) adalah melibatkan aktiviti main yang
spontan dan tidak berstruktur di pusat pembelajaran. Semasa menjalankan aktiviti
murid berinteraksi dengan bahan yang disediakan rakan sebaya dan orang dewasa.
Manakala, main sosiodrama atau main peranan (Sociodramatic Play) adalah memberi
peluang kepada murid melakonkan pelbagai watak. Sebagai contoh, main sosiodrama
yang boleh dijalankan adalah main sosiodramatik melibatkan peristiwa harian yang
benar dan realistik. Selain itu, main fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan
fantasi kepada kanak-kanak tersebut.
Di antara alat permainan luar (outdoor play) yang disediakan iaitu bekas
main pasir, bekas main air, terowong, jongkang-jongket, buaian, rangka besi dan
gelungsur adalah untuk membantu perkembangan fizikal kanak-kanak dalam keadaan
riang dan menggembirakan. Permainan luar juga dapat memperkembangkan motor
halus, motor kasar, koordinasi sosial dan kreativiti. Penerapan nilai murni berlaku
seperti bersabar mengikut giliran, bekerjasama, tolong-menolong, bersikap sederhana
dan hormat menghormati.
Pendekatan bertema adalah pengurusan pengajaran dan pembelajaran
melalui satu tema atau topik yang dipilih bersesuaian dengan masa, tempat, minat, dan
latar belakang murid. Tujuan dan kepentingan ialah tema yang dipilih dijadikan alat atau
wahana untuk menggabung jalinkan komponen dan hasil pembelajaran. Pemilihan
tema membantu guru merancang, mengurus aktiviti dan menyediakan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat membantu guru mencetus idea yang lebih
menarik pembelajaran lebih meluas kerana aktiviti pembelajaran berfokus kepada
tema.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 33 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
34/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Pelbagai aktiviti pembelajaran boleh dijalankan bersesuaian dengan tema
yang dipilih. Tema yang dipilih dijadikan alat untuk menguasai sesuatu kemahiran
bertutur, membaca, menulis, asas matematik dan berfikir. Malahan, semua aktiviti
dikaitkan dengan tema membolehkan kanak-kanak mengikuti dengan mudah.
Faktor-faktor pemilihan tema ialah satu tajuk yang boleh merentas semua
komponen. Tema berkaitan dan bersesuaian dengan pengalaman sedia ada,
pengalaman yang akan diperolehi dalam kehidupan murid. Seterusnya, tema
hendaklah berkaitan dengan kehidupan dan persekitaran murid. Pemilihan tema juga
bersesuaian dengan situasi, masa dan peristiwa. Memberi peluang kepada murid untuk
mendapat pengalaman sebenar (hand on experience) melalui aktiviti pembelajaran dan
kemudahan mendapat sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
Justeru, pendekatan bersepadu pula adalah membantu murid memahami
hakikat kehidupan sebenar. Tujuan pendekatan bersepadu adalah mendalami atau
meneroka sesuatu topik dalam skop yang lebih menyeluruh. Ia juga mempunyai lebih
banyak pilihan aktiviti yang sesuai dengan minat dan keupayaannya dan menimbulkan
kepuasan belajar. Pembelajaran lebih aktif, menggembirakan dan bermakna akan
memberi manfaat kepada setiap kanak-kanak. Selain itu, dapat meningkatkan daya
imaginasi dan kreativiti serta mengembangkan kemahiran berbahasa dan
berkomunikasi kepada kanak-kanak. Akhirnya, kanak-kanak juga akan mengamalkan
nilai murni seperti bekerjasama, tolak ansur dan rajin.
Pendekatan Projek pula adalah bertujuan untuk menggalakkan murid-murid
mempelajari sesuatu melalui pengalaman konkrit. Murid-murid akan dibimbing untuk
menemui kesimpulan dan seterusnya memahami konsep-konsep tertentu. Selain itu,
mementingkan cara atau kaedah mengajar yang lebih berkesan dengan tujuan supaya
murid-murid menaruh lebih perhatian dan minat terhadap aspek-aspek pembelajaran.
Kepentingan pendekatan projek adalah murid berpeluang memilih projek tanpa
paksaan.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 34 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
35/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Seterusnya, melatih murid berfikir dan mengembangkan kreativiti
berdasarkan minat. Pendekatan projek juga dapat memupuk kerjasama dikalangan
murid dan murid dapat melatih murid menilai hasil kerja mereka dan akhirnya hasil
projek boleh dijadikan sebagai bahan bantu mengajar (BBM).
Selain itu, pendekatan-pendekatan yang lain ialah pembelajaran
berpusatkan murid. Iaitu pembelajaran digerakan atas minat dan dorongan murid. Guru
sebagai pemudah cara atau pembimbing manakala murid mencari jawapan sendiri
menerusi penerokaan dan pengalaman yang dibina sendiri. Oleh itu, guru perlu
menyediakan persekitaran pembelajaran dengan berpandukan kepada teori
konstruktivis iaitu menekankan pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan
tingkah laku hasil daripada pembelajaran yang dibina sendiri menerusi pengalaman
baru.
Antara kebaikan aktiviti berpusatkan murid adalah mendorong minat
meneroka dan menggalakkan murid berdikari. Seterusnya dapat membina keyakinan
diri dan membina pengetahuan menerusi cuba jaya dan memahami sendiri sesuatu
konsep. Pada masa yang sama ia juga dapat menyelesaikan masalah ingin tahu dan
memberi peluang memilih bidang yang diminati. Kebaikan seterusnya adalah dapat
memupuk minat kepada penyelidikan saintifik dan menerima kegagalan sebagai satu
pengalaman pembelajaran agar dapat mewujudkan suasana ceria dalam
pembelajaran.
Sebagai contohnya, aktiviti kelas ialah bercerita, circle time, nyanyian,
lawatan luar, bersoal jawab, eksperimen manakala aktiviti kumpulan yang boleh
dijalankan adalah cantuman puzzle, berkebun, penerokaan, permainan bahasa, kolaj.
Tambahan pula, contoh aktiviti individu adalah melukis gambar, menyusun gambar
bersiri, menggunting, membaca buku kecil.
Teknik ialah merupakan suatu kemahiran guru dalam pengelolaan dan
pelaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Contohnya, teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main
peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 35 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
36/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya
berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut umur, kebolehan, kecerdasan
dan minat.
Teknik simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai
keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa
yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan
terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara
olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan
menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu
kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.
Manakala, terdapat salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan
lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang
dipilih. Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru.
Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip dan ia boleh dilakukan
secara berstruktur atau tidak berstruktur.
Selain itu, teknik latih tubi merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan
murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai
sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara
lisan, amali dan bertulis. Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta, konsep dan
kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.
Justeru, teknik demonstrasi adalah merupakan satu teknik pengajaran yang
memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau
menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain akan
memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti
tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri
secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Manakala, guru mesti mengetahui
dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang
diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model
simbolik dan model persepsi. Sebagai contohnya, guru boleh mendemonstrasikan
cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 36 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
37/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Di samping itu, teknik sumbangsaran adalah satu kaedah untuk
mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan
fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan
pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti
sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi
iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. Oleh itu, kumpulan
terdiri daripada murid yang pelbagai kebolehan. Pengerusi dan pelapor kumpulan
memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. Setiap ahli
diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. Semua cadangan hendaklah
dicatat untuk dibincangkan secara umum. Cadangan yang kurang baik atau salah tidak
boleh dikritik.
Teknik mengajar kemahiran asas adalah merupakan cara bagaimana
melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik lakuannya betul
maka hasilnya pastilah betul. Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih
adalah memukul. Bagaimanakah lakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran
mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-
cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola,
hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 37 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
38/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
3.0 Refleksi
Semasa melaksanakan tugasan kumpulan kerja kursus pengkhususan
Kursus Perancangan, Pelaksanaan, Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Awal
Kanak-Kanak (KAY1043) ini, kami telah menerima banyak faedah yang berguna dan
baik untuk diri sendiri yang menjadi sebagai bakal guru pada masa yang akan datang.
Antara faedahnya yang kami dapati adalah kami lebih mengenali serta
memahami tentang kurikulum asuhan dan cara pelaksanaannya dengan menggunakan
pelbagai pendekatan seperti Pendekatan Pendidikan Belajar Melalui Bermain,
Pendekatan Bertema, Pendekatan Bersepadu, dan Pendekatan Penggunaan ICTDalam Pembelajaran. Di samping itu, kumpulan kami juga dibimbing untuk
menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan
mengambil kira perkembangan diri, kebolehan, keupayaan, bakat serta latar belakang
terhadap seseorang kanak-kanak yang diajar oleh pensyarah kami iaitu Encik
Muhammad Safar Bin Abdurahman. Manakala, melalui proses menyiapkan tugasan
kerja kursus pengkhususan kumpulan ini dapat menjalinkan hubungan silaturrahim
antara kami dengan rakan-rakan yang saling bekerjasama memperkongsikan
maklumat. Pengalaman berinteraksi bersama pensyarah Encik Muhammad Safar danrakan-rakan kumpulan bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan kami
memperbaiki dan meningkatkan cara kami berkomunikasi. Justeru itu, tunjuk ajar yang
diberikan oleh pensyarah dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus
pengkhususan kumpulan ini membolehkan kami memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri sendiri dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Kesimpulannya, kami juga lebih mencintai profesion yang mulia ini serta
menambahkan semangat kami untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi
melahirkan modal insan yang seimbang dan sanggup berkorban demi agama bangsa
dan negara.
TUGASAN KUMPULAN Mukasurat 38 dari 39
-
7/23/2019 KAY 1043 Merancang Program PAKK
39/39
KAY 1043: Perancangan , Pelaksanaan , Pengajaran & Pembelajaran PAKK
Bibliografi
Azizah Lebai Nordin & Zainun Ishak (1999). Pendidikan Prasekolah Untuk Guru. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Azizah Lebai Nordin(2002). Pendidikan Awal Kanak-Kanak Teori Dan Amali. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya
Prof. Madya Dr. Rohani Abdullah, Nani Menon & Mohd. Sharani Ahmad (2007). Panduan
Kurikulum Prasekolah. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.
Prof. Dato Dr.Aminah Ayob, Prof. Madya Dr. Mastura Badzis, Prof. Madya Dr. Rohani
Abdullah, Dr.Azizah Lebai Nordin & Dr.Mahani Razali (2008). Kurikulum Permata
Negara (Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak 0-4 Tahun). Hak Cipta NCDRC,
UPSI, Perak.
http://bobezani.tripod.com/sastera.htm
file:///C:/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan
%20Pembelajaran%20Prasekolah.htm
http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=4:apa-itu-
perancangan&catid=3:info&Itemid=59
http://bobezani.tripod.com/sastera.htmhttp://c/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Prasekolah.htmhttp://c/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Prasekolah.htmhttp://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4:apa-itu-perancangan&catid=3:info&Itemid=59http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4:apa-itu-perancangan&catid=3:info&Itemid=59http://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=4:apa-itu-perancangan&catid=3:info&Itemid=59http://c/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Prasekolah.htmhttp://c/Users/User/Documents/Konsep%20Pengajaran%20dan%20Pembelajaran%20Prasekolah.htmhttp://perancangbandar.mbi.gov.my/index.php?option=com_