lembaran soalan perubahan jirim

Upload: ima1806

Post on 24-Feb-2018

264 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Lembaran Soalan Perubahan Jirim

    1/2

    MODUL: Haba

    Episod 1 Bahagian 3: Perubahan keadaan jirim

    Lembaran Soalan: Perubahan jirim

    1. Pada suhu -73C, pepejal karbon dioksida (ais kering) memejalwap.

    Tandakan pada kotak-kotak yang betul tentang keadaan yang berlaku semasa proses tersebut.

    1. Gas karbon dioksida dibebaskan.

    2 Pepejal karbon dioksida hilang.

    3 Peleburan dan pendidihan berlaku serentak.

    4 Tompokan cecair karbon dioksida menyejat.

    (1 markah)

    Jelaskan tiga daripada jawapan anda.

    (3 markah)

    1

    2.

    Gambar di atas menunjukkan sebuah kondenser Leibig yang digunakan dalam satu eksperimen.

    Kondenser ini mempunyai lapisan luar yang terpisah daripada tiub panjang yang melalui

    bahagian tengah. Air boleh melalui lapisan luar dengan cara mengalir melalui sambungan masuk

    dan keluar di bahagian sisi.

    Tujuan penggunaan kondenser Leibig ialah untuk menukar semula wap kepada cecair supaya

    air boleh dikumpulkan. Terangkan bagaimana radas ini berfungsi. (4 markah)

  • 7/24/2019 Lembaran Soalan Perubahan Jirim

    2/2

    2

    3. Selepas hujan lebat, lopak besar terbentuk di atas jalan. Matahari kembali menyinar dan

    lopak pun hilang.

    a) Terangkan bagaimana matahari menghilangkan lopak itu.

    (2 markah)

    b) Terangkan mengapa lopak kekal lebih lama jika hujan turun pada waktu malam.

    (1 markah)

    c) Delima menyedari bahawa lopak besar yang cetek lebih cepat hilang daripada lopak kecil

    yang dalam. Terangkan mengapa?

    (2 markah)

    4. Banyak kemudahan perubatan menggunakan stim untuk mensteril peralatan.

    a) Pada suhu berapakah stim terpeluwap (pada tekanan atmosfera yang biasa)?

    (1 markah)

    b) Mengapakah stim berguna untuk pensterilan peralatan?

    (1 markah)

    Di Seattle, USA, stim dipam melalui paip 30km ke rumah dan kedai untuk memanaskan tempat

    itu.

    c) Terangkan mengapa penggunaan stim adalah lebih baik daripada air panas untuk sistem

    pemanasan sesuatu tempat seperti ini.

    (3 markah)

    17 markah