manual kerja kursus 9105 2015

33
 PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (  MALAYSIA HIGHER S CHOOL C ERTIFICAT E ) Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu Kertas 5 (910/5) Penggal 3 Tahun 2015 PERINGATAN:  Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru  atau pemeriksa  dan calon  sahaja dan tidak boleh  dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan. Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2015 M AJLI S PEPERIKSAAN M ALA YS IA (  MALAYSIAN EXAMINA TIONS COUNCIL) 

Upload: syafiex-gtr

Post on 22-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 1/33

 

PEPERIKSAANSIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Manual Kerja Kursus

Bahasa Melayu

Kertas 5 (910/5)

Penggal 3 Tahun 2015

PERINGATAN:

 Manual ini adalah khas untuk kegunaan guru   atau pemeriksa   dan calon   sahaja dan tidak boleh  dikemukakan kepada pihak yang tidak berkenaan.

Manual ini terdiri daripada 33 halaman bercetak.© Majlis Peperiksaan Malaysia 2015

MAJLI S PEPERIKSAAN MALAYSIA

( MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL) 

Page 2: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 2/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

2 TERHAD 

KANDUNGAN

 Perkara Halaman

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

1 Pengenalan 32 Objektif 3

3 Pelaksanaan Kerja Kursus

3.1 Arahan Kerja Kursus

3.2 Tanggungjawab Pengetua

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

BAHAGIAN II: CALON

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan3.6.1 Penulisan esei ilmiah3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta3.7.1 Penulisan esei ilmiah3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu3.8.1 Penulisan esei ilmiah3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

3

3

3

4

555

6

777

888

999

9

4 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan Kerja Kursus

4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan4.2 Sekolah Swasta4.3 Calon Persendirian Individu

10

101216

5 Format Penulisan 18

6 Struktur Penulisan 18

7 Penskoran 19

8 Kerangka Konseptual Penghasilan Kerja Kursus (Penulisan Esei Ilmiah) BahasaMelayu

20

9 Borang yang Digunakan 21

10 Contoh Tajuk 21

Lampiran 1: Struktur Penulisan Esei IlmiahLampiran 2: Muka hadapan kerja kursusLampiran 3: Borang Perakuan CalonLampiran 4: Borang Rekod Kerja Kursus CalonLampiran 5: Borang Markah Kerja Kursus Calon

Lampiran 6: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon

2224252627

31Tema kerja kursus 2015 32

Page 3: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 3/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

3 TERHAD 

1  PENGENALAN

Setiap calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) wajib melaksanakan kerja kursus bagimata pelajaran Bahasa Melayu. Wajaran bagi kerja kursus ini adalah sebanyak 17%. Markahkerja kursus ini akan diambil kira bersama-sama dengan markah ujian bertulis penggal 1, 2, dan 3 bagi tujuan penggredan mata pelajaran.

2 OBJEKTIF

Tujuan kerja kursus ini dilaksanakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dankeupayaan calon untuk

2.1 memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu

2.2 menerapkan domain kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini

2.3 menerapkan kesedaran bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan

 pembelajaran sepanjang penggal

3  PELAKSANAAN KERJA KURSUS

3.1  Arahan Kerja Kursus

(a)  Kerja kursus bahasa Melayu (penulisan esei ilmiah) wajib dilaksanakan oleh semua

calon pada penggal 3.

(b)  Calon dikehendaki menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yangditetapkan oleh MPM.

(c)  Tema penulisan esei ilmiah terdiri daripada tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan

 pelajaran.(d)  Tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran bagi penggal 3 juga boleh dijadikan tema kajian

esei ilmiah oleh pihak MPM. Jika demikian, tajuk-tajuk yang berkenaan hendaklahdiajarkan pada awal penggal 3.

(e)  Tempoh pelaksanaan kerja kursus ini adalah sepanjang penggal 3.

3.2 Tanggungjawab Pengetua

(a) Mempengerusikan Mesyuarat Kerja Kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah

(b) Memastikan semua calon yang menghasilkan penulisan esei ilmiah mendapat

 bimbingan daripada guru

(c) Memastikan pelaksanaan penulisan esei ilmiah diserapkan dalam strategi pengajarandan bukan merupakan kerja tambahan yang memerlukan persediaan dan waktu yang berasingan

(d) Mendapatkan maklumat daripada guru bahasa Melayu mengenai perkembangan

 penulisan esei ilmiah calon dan masalah yang mungkin dihadapi oleh calon

(e) Memastikan penulisan esei ilmiah dilaksanakan dengan teratur dalam tempoh yangditetapkan

(f) Memastikan penulisan esei ilmiah calon dihantar kepada guru mengikut tarikh yangditetapkan

(g) Memastikan guru menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPMmengikut tarikh yang ditetapkan

BAHAGIAN I: GURU DAN PEMERIKSA

Page 4: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 4/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

4 TERHAD 

(h) Mengesahkan markah penulisan esei ilmiah yang diperoleh calon denganmenandatangani borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission 

(i) Memastikan guru menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) dan borang rumusan markah yang dicetak daripada perisian e-submission selewat-lewatnyaseminggu selepas penghantaran markah

(j) Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan esei ilmiah calon

di sekolah

(k) Memastikan guru menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(l) Memastikan evidens penulisan esei ilmiah calon dilupuskan dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.3  Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yangdisediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yangditetapkan oleh MPM

(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan eseiilmiah

(f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

(i) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah tanpa meniru, menyalin, ataumenciplak  esei daripada mana-mana sumber

(j) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 14/09/2015 untuk disemak dan dinilai

(k) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh kumpulan calon

(l)  Mengadakan sesi pembentangan mulai 28/9/2015 hingga 16/10/2015 

(m)  Menilai pembentangan calon dan memberikan markah secara individu

(n) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani olehcalon, borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4), dan borang markah kerja kursus

calon (Lampiran 5) (o) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan menggunakan

 perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(p) Mencetak borang rumusan markah daripada perisian e-submission dan menyimpannyadalam fail kerja kursus guru

(q) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) selewat-lewatnya

seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinanborang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru)

(r) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calon untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta

(s) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon dari tarikh penyelarasan tamat hinggatarikh keputusan STPM diumumkan

Page 5: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 5/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

5 TERHAD 

(t) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulan selepastarikh keputusan STPM diumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu

yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calonsebelum sesi pembentangan

(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan esei ilmiah mengikut jadual yangdiberikan oleh guru sekolah swasta

(d) Menilai pembentangan calon secara individu

(e) Menandatangani borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5)

(f) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM denganmenggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Mencetak borang rumusan markah daripada perisian e-submission dan

menyimpannya dalam fail kerja kursus guru

(h) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) selewat-lewatnya

seminggu selepas penghantaran markah ( Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa)

(i) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh

Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta(j) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan dari

tarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan eseiilmiah sahaja)

(k) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidakdibenarkan untuk menyimpan evidens penulisan esei ilmiah sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu

yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurangnya-kurangnya dua kali, iaitukali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa

 penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan eseiilmiah

(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiahkepada calon

(e) Memastikan calon menghantar penulisan esei ilmiah mengikut tarikh yangditetapkan

(f) Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah yang dihasilkan oleh calonsebelum sesi pembentangan

Page 6: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 6/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

6 TERHAD 

(g) Merancang jadual pembentangan penulisan esei ilmiah dan memaklumkannyakepada calon

(h) Mengadakan sesi pembentangan penulisan esei ilmiah

(i) Menilai pembentangan calon

(j) Menghantar markah penulisan esei ilmiah calon kepada MPM dengan

menggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan(k) Mencetak borang rumusan markah daripada perisian e-submission dan

menyimpannya dalam fail kerja kursus guru

(l) Menghantar borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) selewat-lewatnyaseminggu selepas penghantaran markah ( Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa)

(m) Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3), borang rekod kerjakursus calon (Lampiran 4), dan borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5) 

(n) Menyediakan sampel penulisan esei ilmiah untuk penyelarasan markah oleh

Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta

(o) Menyimpan evidens penulisan esei ilmiah calon di JPN yang ditetapkan daritarikh penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(p) Melupuskan evidens penulisan esei ilmiah calon dalam tempoh enam bulanselepas tarikh keputusan STPM diumumkan

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayu yangdisediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c) Membimbing calon untuk memilih tajuk penulisan esei ilmiah berdasarkan tema yangdiberikan oleh MPM

(d) Menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk penulisan esei ilmiah

(e) Mengadakan sesi pertemuan dengan calon bagi membincangkan hal-hal penulisan eseiilmiah

(f) Mengisi borang rekod kerja kursus calon pada setiap kali sesi pertemuan diadakan

(g) Membimbing calon sepanjang tempoh penulisan esei ilmiah

(h) Memastikan calon menghasilkan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih

(i) Memastikan semua kumpulan calon menghantar penulisan esei ilmiah selewat-lewatnya pada 21/09/2015 untuk disemak oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM

(j) Menyerahkan penulisan esei ilmiah yang dihantar oleh calon kepada pemeriksa yangdilantik oleh MPM untuk disemak dan dinilai

(k)  Menyusun jadual pembentangan dan memaklumkannya kepada pemeriksa yang dilantikoleh MPM. Pembentangan hendaklah diadakan mulai 30/9/2015 hingga 13/10/2015. 

(l)  Menandatangani borang perakuan calon (Lampiran 3) yang telah ditandatangani olehcalon dan borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)

Page 7: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 7/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

7 TERHAD 

3.6 Tanggungjawab Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

3.6.1 Penulisan esei ilmiah

(a) 

Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)  Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c)  Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untukmelaksanakan penulisan esei ilmiah

(d)  Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

(e)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama denganguru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(f)  Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

(g) 

Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikutformat yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1)

(h)  Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untukmembincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah dan

merekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

(i)  Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(j)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik

(k)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripadasyarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(l) 

Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(m)  Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada gurumengikut tarikh yang ditetapkan

3.6.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan olehsetiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b)  Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama 5

hingga 10 minit. Bagi setiap kumpulan, masa untuk sesi soal jawab puladiperuntukkan selama 5 hingga 10 minit.

(c)  Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalanhendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab. 

(d)  Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

(e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong , atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.

(f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g)  Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

(h)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  esei

ilmiah.

BAHAGIAN II: CALON

Page 8: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 8/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

8 TERHAD 

3.7 Tanggungjawab Calon Sekolah Swasta

3.7.1 Penulisan esei ilmiah

(a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)  Mendengar penerangan guru mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(c)  Membentuk kumpulan yang terdiri daripada tiga hingga empat orang ahli untukmelaksanakan penulisan esei ilmiah

(d)  Merancang jadual kerja bersama-sama dengan ahli kumpulan

(e)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama denganguru berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(f)  Mengikuti sesi P&P bagi penulisan esei ilmiah

(g)  Menyediakan penulisan esei ilmiah berdasarkan tajuk yang dipilih dan mengikutformat yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1)

(h)  Mengadakan pertemuan dengan guru dari semasa ke semasa untukmembincangkan hal-hal berkenaan dengan penulisan esei ilmiah danmerekodkannya dalam Borang Rekod Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

(i)  Menunjukkan semangat berpasukan semasa menghasilkan penulisan esei ilmiah

(j)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang berkaitan dengan agama, kaum, dan politik

(k)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada

syarikat atau institusi dan surat akuan daripada pengetua sekolah, jika ada

(l)  Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(m)  Menghantar penulisan esei ilmiah (berserta dengan disket atau CD) kepada

guru mengikut tarikh yang ditetapkan

3.7.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara berkumpulan hendaklah dibentangkan olehsetiap ahli mengikut bahagian masing-masing.

(b)  Setiap ahli dalam kumpulan dikehendaki membuat pembentangan selama5 hingga 10 minit. Bagi setiap kumpulan, masa untuk sesi soal jawab pula

diperuntukkan selama 5 hingga 10 minit.

(c)  Dalam sesi soal jawab, semua ahli kumpulan wajib menjawab soalan. Soalanhendaklah dibuka kepada semua ahli kumpulan untuk dijawab.

(d) 

Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

(e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong , atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.

(f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g)  Semangat kerja berpasukan hendaklah jelas kelihatan semasa pembentangan.

(h)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  esei

ilmiah.

Page 9: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 9/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

9 TERHAD 

3.8 Tanggungjawab Calon Persendirian Individu

3.8.1 Penulisan esei ilmiah

(a)  Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Bahasa Melayuyang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b)  Menghadiri pertemuan dengan pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

(c) 

Mendengar penerangan pemeriksa mengenai pelaksanaan penulisan esei ilmiah

(d)  Membincangkan pemilihan tajuk penulisan esei ilmiah bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkan dua pilihan tema yang ditetapkan oleh MPM

(e)  Merancang jadual kerja

(f)  Menyediakan penulisan esei ilmiah secara individu  berdasarkan tajuk yangdipilih dan mengikut format yang ditetapkan oleh MPM (rujuk Lampiran 1)

(g)  Mengelakkan diri daripada membincangkan hal-hal sensitif, seperti yang

 berkaitan dengan agama, perkauman, dan politik

(h)  Melampirkan surat kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan daripada

syarikat atau institusi, jika ada(i)  Melampirkan borang soal selidik, jika ada

(j)  Menghantar penulisan esei imliah (berserta dengan disket atau CD) kepada pemeriksa mengikut tarikh yang ditetapkan

3.8.2 Pembentangan penulisan esei ilmiah

(a)  Esei ilmiah yang dihasilkan secara individu perlu dibentangkan pada tarikh dantempat yang ditetapkan oleh pemeriksa.

(b)  Setiap calon dikehendaki membuat pembentangan selama 10 hingga 15 minit.

Bagi setiap calon, masa untuk sesi soal jawab pula diperuntukkan selama  

5 hingga 10 minit.

(c)  Dalam sesi soal jawab, calon wajib menjawab semua soalan yang dikemukakanoleh pemeriksa atau rakan calon yang lain.

(d)  Semasa sesi pembentangan, calon hendaklah menggunakan bahasa baku. 

(e)  Calon digalakkan agar menggunakan alat/bahan bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, kertas mahjong , atau lain-lain untuk memaparkan isi penting sahaja.

(f)  Calon tidak dibenarkan membaca keseluruhan teks daripada hasil kajian.

(g)  Bahan pembentangan mestilah  dimasukkan dalam bahagian lampiran  esei

ilmiah.

3.9 Kes Plagiat Kerja Kursus

(a) Calon mestilah menghasilkan penulisan esei ilmiah sendiri, berdasarkan tema yangditetapkan oleh MPM, tanpa meniru, menyalin, atau menciplak esei daripada mana-mana sumber.

(b) Perbincangan tajuk dan kaedah penulisan esei boleh diadakan dalam waktu P&P. Namundemikian, calon mesti menulis esei sendiri, tanpa bantuan daripada mana-mana pihak.

(c) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak mana-mana bahagian esei, calonakan diberikan 0 markah pada bahagian berkenaan.

(d) Jika calon didapati meniru, menyalin, atau menciplak keseluruhan kandungan eseidaripada mana-mana sumber, calon akan diberikan 0 markah untuk esei berkenaan.

Page 10: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 10/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

10 TERHAD 

4  JADUAL PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN KERJA KURSUS

4.1 Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

30/5/15

hingga14/6/15

Manual kerja

kursus

Melayari portal MPM

untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

Melayari portal MPM

untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

MPM memuat

naik manual pada29/5/2015.

15/6/15hingga19/6/15

Pengenalan penulisan eseiilmiah

Memberikan penerangankepada calon tentang pelaksanaan penulisanesei ilmiah dari aspek

tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan

Mendengar peneranganguru mengenai aspektugasan yang perludilaksanakan

Memahami skop tugasanMerancang jadual kerja

Penentuantajuk penulisanesei ilmiah

Membimbing calonmenentukan tajuk penulisan esei ilmiahyang relevan dengan temayang dipilih

Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama denganguru berdasarkan temayang dipilih

22/6/15hingga13/9/15

P&P dan

 pelaksanaan penulisan eseiilmiah

Mengadakan sesi P&P

di dalam bilik darjahtentang penulisan eseiilmiah

Mengikuti sesi P&P dan

mempelajari teknik penulisan esei ilmiah

Membimbing calonmelaksanakan tugasan

Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yangditentukan

Mengadakan pertemuandengan guru untukmendapatkan bimbingan

Guru dan calonmestimerekodkan butiran perjumpaandalam Lampiran4.

Menilai elemen

kemahiran insaniah

Mengumpul data dan

maklumat yangdiperoleh daripada

 pelbagai sumberMenyusun dapatan

Mempersembahkan data

dalam bentuk penulisanesei ilmiah mengikutformat yang telah

ditetapkan

Menyemak danmembuat penambahbaikanterhadap kualiti

 penulisan esei ilmiah

Penilaiankemahiraninsaniah

dilakukansepanjang pelaksanaan penulisan esei

ilmiah.

Page 11: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 11/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

11 TERHAD 

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan Calon Catatan

14/9/15hingga27/9/15

Penghantaran, penyemakan,dan penilaian penulisan esei

ilmiah

Menerima penulisan eseiilmiah daripada setiapkumpulan calon

Menghantar penulisanesei ilmiah mengikuttarikh yang telahditetapkan kepada guru

Calon bolehmenghantar penulisan eseiilmiah sebaik

sahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

Guru hendaklahmenyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calon

sebaik sahajamereka

menghantarnyatanpa perlu

menunggusehingga tarikhakhir

 penghantaran.

Guru perlu

menyemak penulisan eseiilmiah calonsebelum sesi pembentangan

dijalankan.

Menyemak dan menilaikerja kursus setiapkumpulan calon mengikutkriteria penilaian yangditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahanuntuk pembentangan

28/9/15hingga

16/10/15

Pembentanganoleh calon

Penilaian olehguru

Menilai pembentangan penulisan esei ilmiahcalon secara individu

Membentangkan penulisan esei ilmiahdalam masa 5 hingga 10minit seorang padatarikh dan masa yangditetapkan

PenyelarasanKerja Kursusoleh KPK

Mengemukakan beberapasampel penulisan eseiilmiah untuk penyelarasan markaholeh KPK

Tidak berkenaan Sampel mestilahterdiri daripada penulisan eseiilmiah calon yangdipilih oleh KPK.

28/9/15

hingga28/10/15

Penghantaranmarkah

keseluruhankepada MPM

Menghantar markah penulisan dan

 pembentangan eseiilmiah kepada MPMdengan menggunakan perisian e-submission 

Tidak berkenaan

 November2015

hinggaOktober

2016

Penyimpanan

evidens

Menyimpan evidens

 penulisan esei ilmiahcalon di sekolah daritarikh penyelarasan tamathingga enam bulan

selepas keputusan STPMdiumumkan

Tidak berkenaan

Page 12: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 12/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

12 TERHAD 

4.2 Sekolah Swasta

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

 PemeriksaCatatan

30/5/15hingga14/6/15

Manual

kerja kursus

Melayari portal

MPM untukmemuat turunManual KerjaKursus BahasaMelayu yangdisediakan oleh

MPM untukguru, pemeriksa,dan calon

Melayari portal

MPM untukmemuat turunManual KerjaKursus BahasaMelayu yangdisediakan oleh

MPM untuk guru, pemeriksa, dancalon

Melayari portal

MPM untukmemuat turunManual KerjaKursus BahasaMelayu yangdisediakan

oleh MPMuntuk guru, pemeriksa, dancalon

MPM memuatnaik manual pada 29/5/2015.

15/6/15hingga19/6/15

Pengenalan

 penulisanesei ilmiah

Memberikan

 penerangankepada calontentang pelaksanaan penulisan eseiilmiah dariaspek tugasandan tarikh akhir penyerahantugasan

Mendengar

 penerangan gurumengenai aspektugasan yang perludilaksanakan

Memahami skoptugasan

Merancang jadual

kerja

Tidak

 berkenaan

Penentuantajuk

 penulisanesei ilmiah

Membimbingcalon

menentukan tajuk penulisan eseiilmiah yangrelevan dengantema yang dipilih

Membincangkan penentuan tajuk

 bersama-samadengan guru berdasarkan temayang dipilih

Page 13: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 13/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

13 TERHAD 

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

 PemeriksaCatatan

22/6/15hingga20/9/15

P&P dan

 pelaksanaan penulisan

esei ilmiah

Mengadakan sesi

P&P di dalam bilik darjah

tentang penulisanesei ilmiah

Mengikuti sesi P&P

dan mempelajariteknik penulisan

esei ilmiah

Tidak

 berkenaan

Membimbingcalonmelaksanakantugasan

Melaksanakantugasan berdasarkan tajukyang ditentukan

Mengadakan pertemuan denganguru untukmendapatkan

 bimbingan

Guru dan calonmestimerekodkan butiran perjumpaandalam Lampiran4.

Menilai elemenkemahiraninsaniah

Mengumpul datadan maklumat yangdiperoleh daripada

 pelbagai sumber

Menyusun dapatan

Mempersembahkandata dalam bentuk penulisan eseiilmiah mengikut

format yang telahditetapkan

Menyemak danmembuat penambahbaikanterhadap kualiti penulisan eseiilmiah

Tidak berkenaan

Penilaian

kemahiraninsaniahdilakukan

sepanjang pelaksanaan

 penulisan eseiilmiah.

Page 14: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 14/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

14 TERHAD 

Tarikh  Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan

 PemeriksaCatatan

21/9/15hingga29/9/15

Penghantaran,

 penyemakan,

dan penilaian

 penulisan eseiilmiah

Menerima penulisan esei

ilmiah daripada

setiap kumpulancalon untukdiserahkan kepada pemeriksa

Menghantar penulisan esei

ilmiah mengikut

tarikh yang telahditetapkankepada guru

Menerima penulisan esei

ilmiah

daripada gurusekolah swasta

Calon bolehmenghantar penulisan esei

ilmiah sebaiksahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

Pemeriksa

hendaklahmenyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calonsebaik sahaja

merekamenghantarnya

tanpa perlumenunggusehingga tarikhakhir penghantaran.

Pemeriksa perlumenyemak penulisan eseiilmiah calonsebelum sesi

 pembentangandijalankan.

Menyediakan jadual pembentangandanmemaklumkannyakepada pemeriksa

Menyediakan bahan untuk pembentangan

Menyemakdan menilaikerja kursussetiapkumpulancalonmengikutkriteria penilaian yang

ditetapkanoleh MPM

30/9/15hingga

13/10/15

Pembentanganoleh calon

Penilaian oleh

 pemeriksa

Tidak berkenaan Membentangkan penulisan esei

ilmiah dalam masa5 hingga 10 minitseorang padatarikh dan masayang ditetapkan

Menilai pembentangan

 penulisan eseiilmiah calonsecaraindividu

Page 15: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 15/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

15 TERHAD 

Tarikh Perkara Tindakan Guru Tindakan CalonTindakan Pemeriksa

Catatan

14/10/15hingga

28/10/15

Penghantaran

markahkeseluruhankepada MPM

Tidak berkenaan Tidak berkenaan Menghantar

markah penulisan dan pembentangan

esei ilmiahkepada MPMdenganmenggunakan perisian

e-submission 

29/10/15hingga

20/11/15

PenyelarasanKerja Kursusoleh KPK

Tidak berkenaan Tidak berkenaan Mengemukakan beberapasampel penulisan eseiilmiah untuk

 penyelarasanmarkah olehKPK

Sampel mestilahterdiri daripada penulisan eseiilmiah calon yangdipilih oleh KPK.

 November2015

hinggaOktober

2016

Penyimpanan

evidens

Menyimpan

evidens penulisan esei

ilmiah calon disekolah daritarikh penyelarasantamat hingga

enam bulanselepaskeputusan STPMdiumumkan(bagi sekolah

 swasta yangdibenarkan

menyimpanevidens penulisan esei

ilmiah)

Tidak berkenaan Menyimpan

evidens penulisan esei

ilmiah calon disekolah daritarikh penyelarasantamat hingga

enam bulanselepaskeputusanSTPMdiumumkan

(bagi sekolah swasta yang

tidakdibenarkanmenyimpan

evidens

 penulisan eseiilmiah)

Page 16: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 16/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

16 TERHAD 

4.3 Calon Persendirian Individu

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

30/5/15hingga14/6/15

Manual kerja

kursus

Melayari portal MPM

untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

Menghubungi calon persendirian individuyang ditetapkan olehMPM untukmemaklumkan tarikh,masa, dan tempat untuk

 bertemu

Melayari portal MPM

untuk memuat turunManual Kerja KursusBahasa Melayu yangdisediakan oleh MPMuntuk guru, pemeriksa,dan calon

MPM memuatnaik manual pada29/5/2015.

15/6/15hingga19/6/15

Pengenalan penulisan esei

ilmiah

Mengadakan pertemuandengan calon

 persendirian individuuntuk memberikan penerangan tentang pelaksanaan penulisanesei ilmiah, dari aspek

tugasan dan tarikh akhir penyerahan tugasan

Bertemu dengan pemeriksa untuk

mendapatkan maklumattentang pelaksanaan penulisan esei ilmiahdari aspek tugasan yang perlu dilaksanakan dan

tarikh akhir penyerahantugasan

Memahami skop

tugasanMerancang jadual kerja

Penentuan tajuk penulisan eseiilmiah

Membimbing calonmenentukan tajuk penulisan esei ilmiahyang relevan dengantema yang dipilih

Membincangkan penentuan tajuk bersama-sama dengan pemeriksa berdasarkantema yang dipilih

22/6/15hingga20/9/15

Pelaksanaan penulisan eseiilmiah

Tidak berkenaan Melaksanakan tugasan berdasarkan tajuk yangditentukan

Mengumpul data danmaklumat yangdiperoleh daripada

 pelbagai sumber

Menyusun dapatan

Mempersembahkan datadalam bentuk penulisanesei ilmiah mengikutformat yang telahditetapkan

Page 17: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 17/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

17 TERHAD 

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

Menyemak dan membuat penambahbaikanterhadap kualiti

 penulisan esei ilmiah

21/9/15hingga29/9/15

Penghantaran,

 penyemakan, dan penilaian penulisan eseiilmiah

Menerima penulisan esei

ilmiah daripada setiapcalon

Menghantar penulisan

esei ilmiah mengikuttarikh yang telahditetapkan kepada pemeriksa

Calon bolehmenghantar penulisan eseiilmiah sebaiksahaja siap tanpa perlu menunggutarikh akhir penghantaran.

Pemeriksa

hendaklah

menyemak danmenilai penulisanesei ilmiah calonsebaik sahajamerekamenghantarnya

tanpa perlumenunggusehingga tarikhakhir penghantaran.

Pemeriksa perlu

menyemak penulisan esei

ilmiah calonsebelum sesi pembentangandijalankan.

Menyemak dan menilai penulisan esei ilmiah

setiap calon mengikutkriteria penilaian yang

ditetapkan oleh MPM

Menyediakan bahanuntuk pembentangan

30/9/15hingga

13/10/15

Pembentanganoleh calon

Penilaian oleh

 pemeriksa

Menilai pembentangan penulisan esei ilmiahcalon secara individu

Membentangkan penulisan esei ilmiahdalam masa 10 hingga 20minit seorang pada

tarikh, masa, dan tempatyang ditetapkan

14/10/15hingga

28/10/15

Penghantaran

markahkeseluruhankepada MPM

Menghantar markah

 penulisan dan pembentangan eseiilmiah kepada MPMdengan menggunakan perisian e-submission 

Tidak berkenaan

Page 18: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 18/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

18 TERHAD 

Tarikh Perkara Tindakan Pemeriksa Tindakan Calon Catatan

29/10/15hingga

20/11/15

PenyelarasanKerja Kursusoleh KPK

Mengemukakan beberapasampel penulisan eseiilmiah untuk

 penyelarasan markah

oleh KPK

Tidak berkenaan Sampel mestilahterdiri daripada penulisan eseiilmiah calon yang

dipilih oleh KPK.

 November2015 hingga

Oktober2016

Penyimpanan

evidens

Menyimpan evidens

 penulisan esei ilmiahcalon di sekolah daritarikh penyelarasan tamathingga enam bulanselepas keputusan STPMdiumumkan

Tidak berkenaan

5  FORMAT PENULISAN

(a) Panjang esei ilmiah hendaklah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan, tidak termasuk

lampiran dan bibliografi.

(b) Jika menggunakan komputer, calon dikehendaki mematuhi format seperti yang berikut:

(i)  Saiz huruf: 12

(ii)  Jenis font: Times New Roman 

(iii) Langkau: Dua

(iv)  Margin:

Kiri- 1.5" Atas- 1"

Kanan- 1" Bawah- 1"

(v)  Saiz kertas: A4

(c) Calon juga boleh menghasilkan esei dengan tulisan tangan.

6  STRUKTUR PENULISAN

Penulisan esei ilmiah oleh calon hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(Rujuk Lampiran 1)

1. Tajuk Kajian 8. Batasan Kajian

2. Senarai Kandungan 9. Kaedah Kajian

3. Penghargaan 10. Dapatan Kajian

4. Pengenalan 11. Rumusan Kajian

5. Objektif Kajian 12. Penutup

6. Kepentingan Kajian 13. Bibliografi/Nota akhir

7. Skop Kajian 14. Lampiran

Page 19: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 19/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

19 TERHAD 

7  PENSKORAN

(a)  Kriteria Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

Penilaian penulisan esei ilmiah bagi setiap kumpulan hendaklah dibuat berdasarkan jadual

yang berikut:

 Bil. Perkara

1. Tajuk Kajian

2. Senarai Kandungan

3. Penghargaan

4. Pengenalan

5. Objektif Kajian

6. Kepentingan Kajian

7. Skop Kajian

8. Batasan Kajian

9. Kaedah Kajian10. Dapatan Kajian

11. Rumusan Kajian

12. Penutup

13. Bibliografi/Nota akhir

14. Lampiran

15. Bahasa

(b)  Kriteria Penilaian Pembentangan Esei Ilmiah

Penilaian bagi pembentangan esei ilmiah untuk setiap calon hendaklah dibuat berdasarkan jadual yang berikut:

 Bil. Perkara

1. Kerelevanan

2. Kelancaran

3. Keterampilan

4. Kebahasaan

5. Penggunaan Alat/Bahan Bantu

Page 20: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 20/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

20 TERHAD 

8 KERANGKA KONSEPTUAL PENGHASILAN KERJA KURSUS

(PENULISAN ESEI ILMIAH) BAHASA MELAYU

Tema 1: Sintaksis

Tema 2: Semantik

Calon memilih tema

Tema 1: Sintaksis

Calon merumuskan kajian

Calon menjelaskan dapatan kajian

Calon menentukan batasan kajian

Calon menentukan skop kajian

Calon menentukan kepentingan kajian

Calon menentukan objektif kajian

Calon menentukan tajuk kajian

Calon mengenal pasti isu

Calon menentukan kaedah kajian

Calon menutup kajian

Page 21: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 21/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

21 TERHAD 

9  BORANG YANG DIGUNAKAN

Terdapat lima jenis borang yang digunakan untuk menilai kerja kursus ini, iaitu:

(i) Muka hadapan kerja kursus (Lampiran 2)

(ii) Borang perakuan calon (Lampiran 3)

(iii) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 4)

(iv) Borang markah kerja kursus calon (Lampiran 5)

(v) Borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 6)

10  CONTOH TAJUK

Bidang Kajian Esei Ilmiah Tahun 20XX

 Bil Skop Kajian Contoh Tajuk Kajian

1 Bahasa Melayu

Klasik

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15

hingga Abad ke-19

Sejarah Perkembangan Ejaan Bahasa Melayu pada zaman

Bahasa Melayu Klasik

Perkembangan Aksara Jawi pada Zaman Bahasa MelayuKlasik

2 Morfologi Penggunaan Kata Ganti Nama Diri dalam KalanganMasyarakat Melayu

Kosa Kata Asing dalam Dialek Daerah X  

Kesalahan Morfologi dalam Media Cetak

Catatan:

Tajuk kajian boleh merentasi bidang. Contohnya, tajuk Kosa Kata Asing dalam Daerah  X  boleh juga dikaji dari sudut morfologi, atau dari aspek sejarah perkembangan bahasa Melayu ataugabungan kedua-dua bidang.

Page 22: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 22/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

22 TERHAD 

Lampiran 1

Struktur Penulisan Esei Ilmiah

Skop kajian: Bahasa Melayu Klasik

(a)  Tajuk Kajian

Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca dari Abad ke-15 hingga Abad ke-16

(b)  Senarai Kandungan

Menyenaraikan kandungan yang terdapat dalam esei yang ditulis, bermula daripadasenarai kandungan hingga bibliografi/rujukan

(c)  Penghargaan

Menyatakan penghargaan kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

dalam penulisan esei

(d)  1.0 Pengenalan

Menyatakan gambaran khusus tentang aspek penting yang akan dibincangkan dalam

esei

(e)  2.0 Objektif Kajian

Menjelaskan tujuan kajian berdasarkan tajuk esei

(f)  3.0 Kepentingan Kajian

(g)  4.0 Skop Kajian

(h)  5.0 Batasan Kajian

(i)  6.0 Kaedah Kajian

Menghuraikan cara untuk melaksanakan kajian secara literatur

(j)  7.0 Dapatan Kajian Memaparkan dan menghuraikan hasil kajian, contohnya:

7.1 Bahasa Melayu menjadi bahasa perhubungan dan perdagangan antara kerajaan

Melayu dengan pihak Barat, seperti Portugis, Belanda, Inggeris, dan Perancis.

−  Buktinya, Sultan Acheh menghantar surat kepada pihak Inggeris denganmenggunakan bahasa Melayu dalam tulisan Jawi.

− 

Pihak Barat menggunakan bahasa Melayu dalam surat-menyurat, misalnyasurat daripada Harry Middleton kepada Raja Acheh dalam abad ke-17dengan menggunakan bahasa Melayu.

7.2 Bahasa Melayu digunakan dalam penulisan pelbagai ilmu pengetahuan.

−   Naskhah-naskhah Melayu dalam pelbagai ilmu, seperti perubatantradisional, hikayat, syair, undang-undang, ketatanegaraan, dan sebagainya.

7.3 Kerajaan-kerajaan Melayu yang ada di Asia Tenggara, seperti Acheh, Melayu,dan Pasai dikuasai oleh pedagang-pedagang Islam dan Arab.

− 

Kepesatan perdagangan menyebabkan bahasa Melayu menjadi terkenal dandigunakan sebagai bahasa perhubungan utama.

Page 23: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 23/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

23 TERHAD 

7.4 Sifat bahasa Melayu yang sederhana dan mudah menerima bahasa asing.

−  Penyerapan unsur bahasa asing, seperti bahasa Hokkien, Arab, Portugis,Belanda, dan sebagainya ke dalam bahasa Melayu.

7.5 Tokoh-tokoh Barat turut berminat terhadap bahasa Melayu dan menjalankan pelbagai kajian tentang bahasa Melayu. Lahir tokoh-tokoh Barat yangterkemuka, contohnya:

−  Sheallabear dan Hooykas dalam bidang sastera−  Wilkinson dan Winstedt dalam bidang bahasa−  Winstedt dan Skinner dalam bidang budaya

(k)  8.0 Rumusan Kajian

Menjelaskan kesimpulan yang dibuat, sama ada memenuhi objektif kajian atau tidak

(l)  9.0 Penutup 

(m)  Bibliografi/Nota akhir

Menyenaraikan rujukan yang relevan dalam kajian

(n)  Lampiran Lampiran merupakan bahan sokongan terhadap kajian, seperti foto, salinan naskhah,surat, dan sebagainya.

Page 24: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 24/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

24 TERHAD 

Lampiran 2

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

PENULISAN KERJA KURSUS

PENGGAL 3 TAHUN 2015

MATA PELAJARAN/KOD: BAHASA MELAYU 5 (910/5)

TEMA

 NAMA, NOMBOR

KAD PENGENALAN,DAN ANGKA GILIRANCALON

1. 

2. 

3. 

4. 

ALAMAT SEKOLAH/ALAMAT CALON

 NAMA GURU/PENILAI

TANDATANGAN

GURU/PENILAI

TARIKH

Page 25: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 25/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

25 TERHAD 

Lampiran 3

BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

KERJA KURSUS

Borang Perakuan Calon

Mata pelajaran: Bahasa Melayu

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru/pemeriksa yang memeriksa kerja kursus calon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar

kepada guru/pemeriksa. Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikan sebarang markah untuk kerja kursus yang

dihasilkan.

Makluman kepada Calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursus calon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerjakursus calon lain atau membenarkan calon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu dalam apa cara sekalipun bagi

menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursus Bahasa Melayu (910) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecualidengan penerangan oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah dan pemeriksa yang dilantik.

Calon 1 Calon 2  Calon 3  Calon 4 

Tandatangan Calon

 Nama Calon

 No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran CalonTarikh

Perakuan oleh Guru/Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Bahasa Melayu (910) telah dihasilkan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon

dan saya berpuas hati bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

 Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

MANUAL KERJA KURSUS

TERHAD25

Page 26: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 26/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

26 TERHAD 

Lampiran 4

BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

BAHASA MELAYU: PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)

PENGGAL 3 TAHUN 2015

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

Tarikh Nama calon  Aktiviti(Untuk diisi oleh calon)

Ulasan Guru Tandatangan Guru Catatan

( Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Mata Pelajaran: Bahasa Melayu

Saya mengesahkan bahawa kumpulan calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Bahasa Melayu

Tahun 2015 mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ............................................................

 Nama Guru: ......................................................................

Tarikh: ..............................................................................

 MANUAL KERJA KURSUS

TERHAD26

Page 27: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 27/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

27 TERHAD 

Lampiran 5

BMKKC 

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

BAHASA MELAYU 910/5

(a)  Senarai Nama Ahli Kumpulan

(Untuk diisi oleh calon) 

1.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

 No. Kad Pengenalan: - -

2.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

 No. Kad Pengenalan: - -

3.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

 No. Kad Pengenalan: - -

4.  Nama: …………………………………………………. Tandatangan: ………………… 

 No. Kad Pengenalan: - -

Page 28: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 28/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

28 TERHAD 

(b)  Borang Penilaian Penulisan Esei Ilmiah Berkumpulan

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa dan penyelaras)

 Kriteria Penilaian Markah

 Penuh

 Markah

Guru/Pemeriksa

 Markah

 Penyelaras

1.  Tajuk Kajian

2.  Senarai Kandungan

3.  Penghargaan

4.  Pengenalan

5.  Objektif Kajian

6.  Kepentingan Kajian

7. 

Skop Kajian

8.  Batasan Kajian

9.  Kaedah Kajian

10.  Dapatan Kajian

11.  Rumusan Kajian

12.  Penutup

13.  Bibliografi/Nota akhir

14. 

Lampiran

15.  Bahasa

Jumlah markah

Page 29: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 29/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

29 TERHAD 

(c) Borang Penilaian Pembentangan Individu dan Kumpulan

 Perincian Markah PembentanganCalon

1 2 3 4

Kerelevanan

Kesesuaian teknik memulakan pembentangan [ ]

Ketepatan kandungan dengan kehendak tajuk [ ]

Keupayaan membentangkan kandungan esei mengikut agihan [ ]

Kesesuaian teknik mengakhiri pembentangan dan menepati masa [ ]

JUMLAH [ ] 

Kelancaran 

Keupayaan membentangkan kandungan kajian tanpa membacakeseluruhan teks

[ ]

Pertautan idea [ ]

Kejelasan penyampaian [ ]

Keberkesanan penyampaian [ ]

JUMLAH [ ] 

Keterampilan 

Kekemasan berpakaian [ ]

Kesopanan tutur kata [ ]

Keyakinan diri [ ]

Keupayaan menarik minat khalayak [ ]

Keupayaan menjawab soalan secara spontan dan relevan [ ]

JUMLAH [ ] Kebahasaan 

Kegramatisan ayat [ ]

Kepelbagaian kosa kata [ ]

Ketepatan dan kejelasan sebutan [ ]

Kesesuaian intonasi [ ]

Kesesuaian bahasa badan [ ]

JUMLAH [ ] 

Penggunaan Alat/Bahan Bantu 

Persediaan alat bantuKesesuaian alat bantu

Kecekapan penggunaan alat bantu [ ] 

Kesesuaian teknik paparan bahan

Kreativiti

JUMLAH [ ]

JUMLAH MARKAH [ ]

Page 30: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 30/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

30 TERHAD 

(d) Komen Penilai:

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA

Saya memperakui bahawa markah dan butiran diatas adalah benar.

……………………………………………………

 Nama: ……………………………………………

 No. Kad Pengenalan: …………………………… 

Tarikh: ………………… 

 No. Telefon (sekolah): …………………. 

(bimbit): …………………. 

PENGESAHAN PENYELARAS

Saya mengesahkan bahawa markah dan butirandi atas adalah benar.

……………………………… …….…………… 

 Nama: …………………………………………..

 No. Kad Pengenalan: …………………………. 

Tarikh: ………………… 

 No. Telefon (sekolah): …………………. 

(bimbit): …………………. 

Nota:

Guru/pemeriksa dikehendaki mengisi dan menandatangani borang markah ini. Borang yang

lengkap diisi hendaklah dihantarkan kepada:

Ketua Eksekutif

Majlis Peperiksaan Malaysia

Persiaran 1, Bandar Baru Selayang

68100 BATU CAVES

Selangor Darul Ehsan

(u.p: Encik Adnan bin Ahmad)

 Borang ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah melalui

 perisian e-submission.

Page 31: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 31/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

31 TERHAD 

Lampiran 6

BRMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2015

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

BAHASA MELAYU 910/5

 Bil. No.kad pengenalan No.angka giliran Markah esei  Markah

 pembentangan

 Jumlah markah

Guru/pemeriksa Penyelaras Guru/pemeriksa Penyelaras

 Nota: Borang ini hendaklah disimpan di dalam fail kerja kursus guru.

MANUAL KERJA KURSUS

TERHAD31

Page 32: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 32/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

32 TERHAD 

Page 33: Manual Kerja Kursus 9105 2015

7/24/2019 Manual Kerja Kursus 9105 2015

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kerja-kursus-9105-2015 33/33

TERHAD MANUAL KERJA KURSUS

 Pilih satu tema sahaja.

Tema 1

Sintaksis [100]

Tema 2

Semantik [100]