panduan pdp pendidikan jasmani thn 2 bhg2

Upload: rowena-lim

Post on 14-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    1/42

    UNIT 10

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    32

    Aktiviti 2 : Memusing

    1. Mencangkung di dalam gelung,mendepakan tangan sambil memegang

    skarf dengan sebelah tangan.

    2. Bangun perlahan-lahan danmemusingkan skarf.

    3. Ulang dengan tangan yang sebelah lagi.

    4. Berdiri memusingkan tangan kanansambil memegang skarf dan serentakmemusing kaki kiri.

    5. Ulang dengan tangan kiri dan kakikanan.

    Permainan Kecil : Lumba Kilas

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Murid duduk di antara skital secaramembelakang.

    3. Murid di hadapan sekali mengambilgelung dari skital dan menghantar keskital seterusnya secara mengilas.

    4. Aktiviti diteruskan sehingga murid yangterakhir.

    5. Kumpulan yang mengumpul gelungterbanyak dalam masa yang ditetapkandikira pemenang.

    Jarak antara skital disesuaikanmengikut kemampuan murid.

    TIP UNTUK MURID

    Memusing tangan dan kakimengikut arah jam dan lawan

    jam.

    Skarf boleh ditukarkan dengantali atau riben.

    TIP UNTUK GURU

    Bangun perlahan-lahan

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    2/42

    UNIT 10

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    33

    Nama : .................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    MENGILAS DAN MEMUSING

    Tuliskan perkataan MENGILAS atau MEMUSING dalam petak pada gambaraktiviti.

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    3/42

    UNIT 11

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    34

    Aktiviti 1 : Menolak

    1. Menekan dengan kedua belah tapak tangansekuat hati.

    2. Berdiri membelakang rakan yang sama saizdan menolak antara satu sama lain.

    3. Berdiri menghadap rakan dan tolak bola yangdiletakkan di antara abdomen.

    Berkebolehan melakukan pelbagai aktiviti menolak dan menarik.

    Fokus

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    MENOLAK DAN MENARIK

    1.3.1 Melakukan pergerakan menolak dan menarik.2.2.1 Mengenal pasti ciri-ciri perlakuan pergerakan bukan lokomotor.5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

    Standard Pembelajaran 30

    MINIT

    MASA

    UNIT

    Bola getah atau bolapantai dan tali.

    ALATAN

    Tidak bergurau semasamelakukan aktiviti.

    TIP UNTUK MURID

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    4/42

    UNIT 11

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    35

    Aktiviti 2 : Menarik Beban

    1. Berpasangan, berdiri, dan sebelahtangan berpegangan. Buka kaki dantarik tangan rakan. Tukar tangan.

    2. Berpasangan duduk berhadapandengan lutut difleksi. Tapak tanganbertemu dan memegang kedua belahtangan rakan. Tarik dan tahan bergilir-gilir.

    3. Berpasangan dengan duduk

    membelakangkan rakan danmencangkuk kedua belah tangan rakandan bangun serentak.

    Permainan Kecil : Ketam Kembar

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Berpasangan dengan sebiji boladiletakkan di abdomen.

    3. Sambil menolak dan mengawal boladengan abdomen, pasangan bergerakke sisi dan hantar bola kepadapasangan seterusnya.

    4. Pasukan yang sampai dahulu dikirapemenang.

    Kawal keseimbangan untukmengelakkan jatuh.

    TIP UNTUK MURID

    Menolak dan menahan bolapada abdomen adalahkemahiran bukan lokomotor.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    5/42

    UNIT 11

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    36

    Nama : .................................... Tarikh : ....................

    Kelas : ........................

    MENOLAK DAN MENARIK

    Tuliskan perkataan MENOLAK atauMENARIK pada gambar aktiviti.

    1.

    2.

    3.

    4.

    5.

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    6/42

    UNIT 12

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    37

    Aktiviti 1 : Mengayun

    1. Mengayun bahagian anggota badan kepelbagai arah.

    2. Mengulang aktiviti di atas secaraberpasangan.

    3. Mengayun pelbagai bahagian anggota badandengan seorang sebagai pelaku dan seorang

    sebagai cermin.

    4. Tukar peranan.

    Berkebolehan melakukan pelbagai aktiviti mengayun dan mengimbang

    Fokus

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil atau persembahan

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    MENGAYUN DAN MENGIMBANG

    1.3.1 Melakukan pergerakan mengayun dan mengimbang.2.2.3 Menyatakan postur badan semasa melakukan pergerakan lokomotor dan

    bukan lokomotor.5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

    Standard Pembelajaran30

    MINIT

    MASA

    UNIT

    Cadangan Aktiviti

    Murid menggunakan kreativitisendiri.

    TIP UNTUK MURID

    CD Lagu KSSR DuniaMuzik Tahun 2 Trek36: Hidup Semut.

    ALATAN

    P

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    7/42

    UNIT 12

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    38

    Aktiviti 2 : Mengimbang

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Mengimbang menggunakan kakisebagai tapak sokongan dalam pelbagaibentuk.

    3. Ulang dengan menggunakan anggotabadan lain sebagai tapak sokongan.

    4. Mengimbang dengan menggunakansatu, dua, tiga, dan empat tapak

    sokongan.

    Persembahan : Rentak KamiTrek 36: Hidup Semut

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Setiap kumpulan mereka cipta

    pergerakan yang melibatkan mengayundan mengimbang.

    3. Melakukan pergerakan mengikut muzik.

    4. Persembahan dinilai menggunakanborang penilaian.

    Kaki, tangan, punggung danabdomen sebagai tapaksokongan.

    TIP UNTUK GURU

    Namakumpulan

    Bilangantapaksokongan

    Ayun tangan Ayun kaki Keseragaman Jumlahmarkah

    2 3 4

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    8/42

    UNIT 12

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    39

    Nama : .................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    MENGAYUN DAN MENGIMBANG

    Tuliskan perkataan MENGAYUN atau MENGIMBANG pada gambar aktiviti.

    1.

    2.

    3.

    4.

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    9/42

    UNIT 13

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    40

    Aktiviti 1 : Lantun Bola

    1. Murid dalam kumpulan kecil dengansebiji bola.

    2. Seorang murid melambung bola, bolamelantun dan murid bergerakmenangkap bola tersebut.

    3. Murid yang berjaya menangkap bolaakan melambung bola semula.

    4. Ulang aktiviti beberapa kali.

    MASA

    MELAMBUNG, MELANTUN DAN MENANGKAP

    Berkebolehan melambung, melantun dan menangkap bola.

    Fokus

    1.4.1 Melambung, melantun dan menangkapbola.2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.

    5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.

    UNIT

    30

    MINIT

    MASA

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil/persembahan dan pentaksiran

    Menyejukkan badan

    Cadangan Aktiviti

    Bola getah, gelung,

    skital, tiang dan tali.

    ALATAN

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    10/42

    UNIT 13

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    41

    Aktiviti 2 : Bola 3M

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Murid 1 melambung bola kepada murid3, dan bergerak ke belakang murid 4.

    3. Murid 3 menangkapdan melantunkepada murid 2. Murid 3 bergerak kebelakang murid 2.

    4. Ulang aktiviti beberapa kali denganmenambahkan jarak.

    Permainan Kecil : Bola Tali Bersyarat

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Permainan dimainkan antara duapasukan.

    3. Melambung bola ke gelanggang pihaklawan melepasi tali.

    4. Bola hanya ditangkap selepas satulantunan.

    5. Pemenang ialah kumpulan yangmengumpul paling banyak mata.

    Tumpuan pada koordinasi mata, tangan,dan kaki semasa melakukan aktiviti.

    Mengawal kedudukan badan semasamenangkap bola.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    11/42

    UNIT 13

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    42

    Nama : .................................... Tarikh : .........................

    Kelas : ........................

    MELAMBUNG, MELANTUN DAN MENANGKAP

    Padankan aras bola yang dilepaskan dengan aras bola melantun yang

    sesuai. Tuliskan dengan nombor pada bola aras lantunan.

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    12/42

    UNIT 14

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    43

    Aktiviti 1 : Mari Menggolek

    1. Menggolek bola ke pelbagai arah.

    2. Menggolek bola pada anggota badan.

    VariasiAktiviti boleh dilakukan secara berpasangan.

    UNIT

    MENGGOLEK BOLA

    Berkebolehan menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul.

    Fokus

    1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak.

    2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi

    alatan.5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    30

    MINIT

    MASA

    Gelung, bola, kad

    skor, dan skital.

    ALATAN

    Menggunakan tangan kanan, kiri dan

    kedua-dua belah tangan semasa

    menggolek.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    13/42

    UNIT 14

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    44

    Aktiviti 2 : Bola Terowong

    1. Berada dalam kumpulan kecil dan

    berbaris dalam kumpulan.

    2. Murid di hadapan menggolek bola melalui

    celah kaki rakan dalam barisan dan

    masuk baris selepas menggolek bola.

    3. Murid yang terakhir dalam barisan

    mengambil bola dan berlari ke hadapan

    barisan dan menggolekkan bola semula.

    4. Ulang sehingga semua murid selesai

    melakukan aktiviti.

    Variasi

    Pelbagaikan saiz dan jenis bola serta jarak

    murid.

    Permainan Kecil : Golf Golek

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Menggolek bola ke sasaran di setiapstesen.

    3. Sekiranya tidak mengena sasaran muridakan terus menggolek bola daripadatempat terakhir bola berhenti bergolek.

    4. Permainan tamat apabila bola mengena

    sasaran di stesen terakhir.

    5. Pemenang dikira berdasarkan jumlahgolekan terendah.

    Nama: Kumpulan: Tarikh:

    Kad Skor Golf Golek

    Stesen Bilangan Menggolek Bola

    Stesen 1

    Stesen 2

    Stesen 3

    stesen 4Jumlah

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    14/42

    UNIT 14

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    45

    Kelas : ....................... Tarikh : .........................

    MENGGOLEK BOLA

    Senarai semak

    Tandakan () di ruangan yang disediakan.

    Bil Nama Murid

    Fasa pergerakan

    Catatan Guru

    Persediaan:

    sebelah kaki

    di depan dansebelah kaki

    di belakang dan

    tangan

    berlawanan

    Mengayuntangan dari

    belakang

    Ikut lajak

    * Guru membuat pemerhatian semasa murid melakukan aktiviti.

    SENARAI SEMAK

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    15/42

    UNIT 15

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    46

    Aktiviti 1 : Menggolek bola

    1. Menggolek bola menggunakansebelah tangan ke sasaran yangberbeza jarak.

    2. Ulang beberapa kali dan tukartangan.

    UNIT

    GOLEK BOLA KE SASARAN

    Berkebolehan menggolek bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul.

    Fokus

    1.4.2 Menggolek bola pada satu jarak.

    2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan

    aktiviti fizikal.

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    Bola getah pelbagai

    jenis dan saiz,

    gelung serta skital.

    ALATAN

    30

    MINIT

    MASA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    16/42

    UNIT 15

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    47

    Permainan Kecil : Menggolek DanMenghentam Bola

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Setiap kumpulan mempunyai lima bijibola. Sebiji bola sebagai jack dan 4 bijibola lagi dipegang oleh murid.

    3. Ketua kumpulan akan golekkan jack.

    4. Murid lain bergilir-gilir menggolek boladan menghentam jack.

    5. Bola yang mengena jack diberi satu

    mata.

    6. Ulang beberapa set permainan.

    7. Kumpulan paling banyak kumpul matadikira pemenang.

    Variasi :Gunakan pelbagai saiz atau jenis bola danjarak.

    Menggunakan tangan kanan, kiri dan

    kedua-dua belah tangan semasa

    menggolek.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    17/42

    UNIT 15

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    48

    Nama : ....................... Tarikh : .........................

    Kelas : .......................

    GOLEK BOLA KE SASARAN

    Lengkapkan ayat berikut berdasarkan gambar.

    1. Saya golekkan bola supaya bola tiba

    ke titik 3 meter.

    2. Saya golekkan bola ..supaya bola tiba

    ke titik 10 meter.

    UJI MINDA

    3 meter 10 meter

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    18/42

    UNIT 16

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    49

    UNIT

    MEMBALING BOLA

    Aktiviti 1 : Membaling Bola

    1. Murid dalam kumpulan tiga orang.

    2. Murid A dan B berdiri pada satu jarak.Murid C berada di tengah dan memeganggelung.

    3. Murid A membaling bola kepada murid Bmelalui gelung. Murid B membaling semulakepada murid A.

    4. Ulang beberapa kali dan pada jarak yangberbeza.

    5. Tukar peranan.

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    Bola pelbagai saiz,

    gelung, dan skital.

    ALATAN

    1.4.3 Membaling bola pada satu jarak.

    2.3.1 Menyatakan perkaitan antara aplikasi daya dengan pergerakan objek.5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

    Standard Pembelajaran

    30

    MINIT

    Berkebolehan membaling bola pada satu jarak dengan lakuan yang betul.

    Fokus

    MASA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    19/42

    UNIT 16

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    50

    Aktiviti 2 : Membaling Segi Tiga

    1. Murid dalam kumpulan enam orang.

    2. Berdiri dalam bentuk segitiga. Setiappenjuru ditandakan skital.

    3. Setiap skital ada dua orang murid.Murid di skital A membaling bola kemurid di skital B dan terus bergerakke skital B.

    4. Murid di skital B membaling kepadamurid di skital C.

    5. Murid di skital C bergerak ke skital Aselepas balingan.

    6. Aktiviti yang sama diteruskan olehmurid lain sehingga tamat aktivitidan ulang beberapa kali.

    Menggunakan pelbagai jenis balingan.Membaling menggunakan sebelah tangan dan kedua-dua

    belah tangan.

    Koordinasi mata, tangan dan kaki murid semasa melakukan

    aktiviti.

    Menggunakan bola pelbagai jenis dan saiz.

    Pelbagaikan arah balingan dan arah larian.

    TIP UNTUK GURU

    A

    CB

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    20/42

    UNIT 16

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    51

    Permainan Kecil : Menolak Bola

    1. Bahagikan kepada dua kumpulan

    kecil.

    2. Kumpulan A dan B akan berbaris dikawasan masing-masing.

    3. Bola besar diletakkan di tengah-tengah antara kumpulan A dan B.

    4. Setiap murid memegang bola danmembaling ke arah bola besar ditengah melepasi garisan pihak

    lawan.

    5. Pasukan yang berjayamenggerakkan bola besar melepasigarisan pihak lawan dikirapemenang.

    Gunakan bola getah atau foam

    untuk elakkan kecederaan pada

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    21/42

    UNIT 16

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    52

    Nama : ................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    MEMBALING BOLA

    Tandakan () pada gambar yang kamu pilih jika kamu hendak membalingbola pada rakan yang berdiri jauh dari kamu?

    UJI MINDA

    1. 2.

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    22/42

    UNIT 1753

    Aktiviti 1 : Menangkap Bola PelbagaiAras

    1. Berpasangan.

    2. Menangkap bola yang dihantar daripelbagai aras.

    3. Ulang beberapa kali.

    UNIT

    Berkebolehan menangkap bola dengan lakuan yang betul.

    Fokus MENANGKAP BOLA

    1.4.4 Menangkap bola dengan serapan daya.2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi

    alatan.5.2.2 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan

    aktiviti fizikal.

    Standard Pembelajaran

    Menangkap bola aras kepala, bahu,

    pinggang dan lutut.

    TIP UNTUK GURU

    Memanaskan badan.

    Penyampaian standard pembelajaran.

    Permainan kecil

    Pentaksiran.

    Menyejukkan badan

    Cadangan Aktiviti

    Bola dan skital.ALATAN

    30

    MINIT

    MASA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    23/42

    UNIT 1754

    Aktiviti 2 : Menangkap Bola Pelbagai Arah

    1. A membaling bola ke depan, kiri dankanan.

    2. B berlari ke arah bola yang dibaling danmenangkap bola dan menghantar semulakepada A.

    .

    Aktiviti 3 : Berputar dan Tangkap

    1. 6 orang satu kumpulan.

    2. 3 orang di tengah dan 3 lagi di luar.

    3. Setiap murid di tengah memegang bola.

    4. Apabila isyarat diberi, bola dihantarkepada murid di luar.

    5. Murid di luar menangkap dan melambung

    semula kepada murid di dalam.

    6. Murid di luar berlari mengikut arahpusingan jam.

    7. Ulang dengan bergerak dalam arahbertentangan.

    8. Tukar peranan.

    Variasi :

    Saiz bulatan boleh diubah.

    A B

    Lari

    TangkapBaling

    Menghantar bola pelbagai jarak.

    Semasa menangkap bola:

    - mata memandang bola sehingga boladitangkap.

    - jari dibuka, tapak tangan hala keluar.- bergerak ke arah bola.- mencapai bola dengan kedua-dua belah

    tangan.- menerima bola dan menarik bola ke arah

    badan untuk serap daya.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    24/42

    UNIT 1755

    Permainan Kecil : Bola Kapten Bersyarat

    1. Bermain Bola Kapten Bersyarat denganmenggunakan kemahiran membaling

    dan menangkap bola.

    2. Tiga orang sebagai penjaga gol berada didalam kawasan gol.

    3. Kumpulan yang berjaya menangkap bolapaling banyak dikira pemenang.

    Kawasan gol

    Kawasan gol

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    25/42

    UNIT 1756

    Nama : ................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    MENANGKAP BOLA

    Tanda () pada permainan yang memerlukan kemahiranmenangkap?

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    26/42

    UNIT 18

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    57

    Aktiviti 1 : Menendang Bola Berpasangan

    1. Berpasangan.

    2. A menendang bola kepada B, Bmenyerkap bola.

    3. B menendang bola kepada A dan Amenyerkap bola.

    4. Ulang beberapa kali.

    UNIT

    TENDANG DAN TENDANG

    Berkebolehan menendang bola yang bergolek.

    Fokus

    1.4.5 Menendang bola yang digolekkan.2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.5.3.1 Berkomunikasi antara rakan, guru, dan ahli kumpulan semasa melakukan aktiviti

    fizikal.

    30

    MINIT

    MASA

    Standard Pembelajaran

    Bola getah dan skital.

    ALATAN

    Mata memandang bola.

    Bergerak ke arah bola.

    Kaki yang tidak menendang diletak bersebelahandengan bola.

    Menendang perlahan.Pelbagaikan jarak.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    27/42

    UNIT 18

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    58

    Aktiviti 2 : Bola Penjuru

    1. Murid dalam kumpulan kecil membentuksegi empat.

    2. Menendang bola kepada rakan di satupenjuru dan rakan menyerkap bola.

    3. Ulang lakuan ke arah penjuru lain.

    Variasi :Tambahkan bilangan bola apabila pemain

    menguasai kemahiran.

    Permainan Kecil : Target Ball

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Seorang sebagai penggolek bola,

    seorang lagi sebagai pengutip bola danmurid lain berbaris.

    3. Penggolek akan menggolek bolakepada penendang dan berlari kebelakang barisan.

    4. Penendang akan menendang bola kearah sasaran dan berlari menggantikanpengutip bola.

    5. Pengutip bola akan membawa bola dankad skor ke tempat penggolek danbertukar peranan.

    6. Ulang aktiviti sehingga semua muridselesai menendang.

    7. Pemenang dikira berdasarkan jumlahmata terkumpul.

    Memastikan menendang bola semasa

    bola bergolek.

    TIP UNTUK MURID

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    28/42

    UNIT 18

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    59

    Nama : ................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    TENDANG DAN TENDANG

    Lorekkan kawasan kontak pada bola yang akan kamu tendang ke arah yang

    dinyatakan.

    X

    Menendang ke arah kiri

    X

    Menendang ke arah kanan

    X

    Menendang lurus ke hadapan

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    29/42

    UNIT 19

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    60

    Aktiviti 1 : Memukul Belon

    1. Memukul belon ke atas berulang kali danmenukar tangan.

    2. Memukul belon dari pelbagai arasmengikut kreativiti masing-masing.

    RALI BELON

    UNIT

    1.4.7 Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukulyang mempunyai permukaan luas seperti raket.

    2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.5.4.2 Melakukan aktiviti secara berpasangan dan berkumpulan dengan seronok.

    30

    MINIT

    MASA

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Pentaksiran

    Menyejukkan badan

    Cadangan Aktiviti

    Standard Pembelajaran

    Belon, skital, bat ping

    pong dan pelbagai

    jenis raket.

    ALATAN

    Berhati-hati supaya tidak

    berlanggar sesama sendiri

    semasa bergerak melakukan

    aktiviti.

    TIP UNTUK MURID

    Berkebolehan memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan

    raket.

    Fokus

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    30/42

    UNIT 19

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    61

    Aktiviti 2 : Voli Belon

    1. Berpasangan.

    2. A memukul belon kepada B dan Bmemukul kembali ke A.

    3. Lakukan berulang kali.

    Permainan Kecil : Rali Belon

    1. Murid dalam dua kumpulan kecil.

    2. Berdiri bertentangan pada satu jarak.

    3. Apabila isyarat mula diberi, murid pertamamemukul belon sambil bergerak ke arahrakan yang menunggu.

    4. Rakan yang menunggu melakukanpergerakan yang sama sehingga semua

    ahli kumpulan menghabiskan giliran.

    5. Kumpulan yang tamat dahulu dikirapemenang.

    1. Semasa memukul belon:

    mata memandang belon.

    perhatikan tempat kontakpemukul pada belon.

    2. Tambahkan jarak di antara muridmengikut kemampuan murid.

    TIP UNTUK GURU

    Permainan ini boleh diulang beberapa

    kali.

    TIP UNTUK GURU

    A B

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    31/42

    UNIT 19

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    62

    Nama : ................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ........................

    RALI BELON

    Tandakan () kemahiran yang telah dikuasai.

    Bil.

    Nama

    Murid

    KEMAHIRAN MEMUKUL BELON Melakukan

    aktiviti secara

    berpasangan

    danberkumpulan

    dengan

    seronok

    Jumlah

    Mata

    memandang

    belon

    Memukul

    belon dari

    pelbagai

    aras

    Memukul

    belon

    ke hadapan

    SENARAI SEMAK

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    32/42

    UNIT 20

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    63

    Aktiviti 1 : Pukul Pelbagai Cara

    1. Memukul belon menggunakan raket atau

    pemukul ke pelbagai arah berulang kali.

    2. Memukul belon ke atas, sentuh raketatau pemukul ke lantai, dan memukulsemula belon.Ulang beberapa kali.

    3. Memukul belon ke hadapan, berlari kearah belon, dan memukul semula.

    PUKUL BELON LAGI

    1.4.7 Memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan pemukulyang mempunyai permukaan luas seperti raket.

    2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.5.4.1 Memilih sendiri rakan untuk membentuk kumpulan.

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Pentaksiran

    Menyejukkan badan

    Cadangan Aktiviti

    UNIT

    Standard Pembelajaran

    Berhati-hati supaya tidakberlanggar sesama sendiri.

    TIP UNTUK MURID

    Belon dan pemukul

    sofbol plastik atau

    foam.

    ALATAN

    Berkebolehan memukul belon ke atas dan ke hadapan dengan menggunakan

    raket.

    Fokus

    30

    MINIT

    MASA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    33/42

    UNIT 20

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    64

    Aktiviti 2 : Memukul Belon Berpasangan

    1. Berpasangan.

    2. Memukul belon ke atas tiga kali danseterusnya memukul belon kepada rakan.

    3. Ulang beberapa kali.

    Permainan kecil : Rondas Belon

    1. Murid dalam dua kumpulan. Pilih sendiriahli kumpulan.

    2. Satu pasukan pemukul dan satu pasukanpemadang.

    3. Tandakan tapak rumah dan tapak pertama.

    4. Pasukan pemadang berada dalam kawasanpemadang.

    5. Permainan dimulakan dengan seorangpemukul melambung belon di tapak rumahdan memukul ke kawasan pemadang.

    6. Selepas belon dipukul, semua ahli pasukanpemukul berlari dalam barisan ke tapakpertama dan kembali semula ke tapakrumah.

    7. Pasukan pemadang beratur di belakangpemadang yang mendapat belon. Belon

    dihantar di atas kepala dari pemain pertamahingga ke pemain terakhir. Pemain terakhirmembawa belon ke hadapan barisan.

    8. Pasukan yang menghabiskan tugasandahulu adalah pemenang.

    9. Tukar peranan selepas tiga pemukuldisingkirkan atau semua pemain pasukanpemukul telah selesai giliran memukul.

    Semasa memukul belon :

    - mata memandang belon.

    - perhatikan titik kontak pada

    belon.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    34/42

    UNIT 20

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    65

    Syarat-syarat permainan :

    Pemukul akan tersingkir jika tidak dapat

    memukul belon yang dilambung.

    Pemukul juga akan tersingkir jikapasukannya tidak berjayamengelilingi tapakpertama sebelum pasukanpemadangmenyelesaikan tugasan.

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    35/42

    UNIT 20

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    66

    Nama : ................................... Tarikh : .......................

    Kelas : ...................................

    PUKUL BELON LAGI

    Tandakan (x) pada titik kontak belon yang dipukul ke hadapan menggunakan

    pemukul.

    Ke hadapan

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    36/42

    UNIT 21

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    67

    Aktiviti 1: Pukul Atas Tee

    1. Murid berpasangan.

    2. Seorang murid memukul bola yangdiletak di atas tee ke arah rakan.

    3. Rakan meletakkan semula bola di atastee dan memukul.

    4. Ulang beberapa kali secara bergilir-gilir.

    PUKUL BOLA ATAS TEE

    Berkebolehan memukul bola atas tee dengan menggunakan pemukul.

    Fokus

    1.4.8 Memukul bola yang diletakkan di atas tee dengan menggunakanpemukul berbentuk silinder seperti bat sofbol.

    2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.

    5.2.2 Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    30

    MINIT

    MASA

    UNIT

    Skital, tee, batsofbol plastik ataufoam, bola spandan gelung ataubakul.

    ALATAN

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    37/42

    UNIT 21

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    68

    Aktiviti 2 : Pukul Bola dan Lari

    1. Murid dibahagi kepada kumpulankecil.

    2. Memukul bola yang berada di atastee, lari ke arah skital yangdiletakkan di hadapan dan kembalike tempat asal.

    3. Murid yang berada di hadapanskital mengambil bola danmenyentuh skital.

    4. Ulang sehingga semua pemukulselesai giliran dan tukar peranan.

    5 m

    Permainan Kecil : Pemukul danPemadang

    1. Murid dalam dua kumpulan.

    2. Satu kumpulan sebagai pemukul

    dan satu kumpulan lagi sebagaipemadang.

    3. Tiga pemukul akan memukul bolaserentak dari tee masing-masingdan berlari mengelilingi kawasanyang ditandakan.

    4. Pemadang menangkap semua boladan memasukkan ke dalam bakulatau gelung.

    5. Mata diberikan kepada pemukul jikamereka dapat menamatkan lariansebelum ketiga-tiga boladimasukkan ke dalam bakul ataugelung.

    6. Tukar peranan setelah selesaigiliran pemukul.

    7. Pemenang ditentukan dengan

    jumlah mata larian terbanyak.

    Tee boleh digantikan dengan skitalyang diubahsuai.

    TIP UNTUK GURU

    X X X X

    X

    X

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    38/42

    UNIT 21

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    69

    Nama : ....................................... Tarikh : .....................

    Kelas : .......................................

    PUKUL BOLA ATAS TEE

    Tandakan () pada gambar yang menunjukkan cara memegang pemukulyang digunakan untuk memukul bola di atas tee.

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    39/42

    UNIT 22

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    70

    Aktiviti 1 : Lantun dan Kelecek Bola

    1. Melantun bola setempat berulang kali.

    2. Melantun bola dengan menggunakantangan kanan dan kiri berselang-seli.

    3. Mengelecek bola sambil bergerak kepelbagai arah.

    4. Mengelecek dan menukar arahpergerakan apabila guru memberiisyarat.

    MENGELECEK BOLA MENGGUNAKAN TANGAN

    Berkebolehan mengelecek bola menggunakan tangan dengan lakuanyang betul.

    Fokus

    1.4.9 Mengelecek bola menggunakan tangan.2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan.5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.5.4.3 Bekerjasama dalam kumpulan.

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    30

    MINIT

    MASA

    UNIT

    Bola pelbagai saizdan skital.

    ALATAN

    Pastikan ada ruang bergerakantaramurid supaya tidakterlanggarsesama sendiri.

    TIP UNTUK MURIDGuna tangan kanan dan kiri.

    Imbangkan dirian dan lutut fleksi.

    Bola di depan atau di sisi kaki, selaridengan tangan yang melantun.

    Gunakan jari yang dibuka dan rileks untukmelantun.

    Bola dilantun pada paras pinggang.

    Lihat bola dan arah sasaran.

    TIP UNTUK GURU

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    40/42

    UNIT 22

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    71

    Aktiviti 2 : Melantun dan MengelecekBulatan

    1. Dalam kumpulan kecil danmembentuk bulatan.

    2. Seorang murid mengelecek bolamengelilingi rakan-rakan dan muridlain melantun bola setempat.

    3. Apabila balik ke tempat asal, muridlain pula mengelecek bergilir-gilir.

    4. Ulang aktiviti dengan menukar tanganyang mengelecek.

    Variasi:Galakkan murid menggunakan tangankanan atau kiri.

    Permainan Kecil : Lumba MengelecekBola

    1. Murid dibahagi kepada kumpulankecil.

    2. Murid di hadapan A mengelecek boladi antara skital dan terus ke barisan B.

    3. Aktiviti diteruskan oleh murid pertamadi B. Lakukan secara bergilir-gilir.

    4. Murid yang menunggu akan melantunsetempat.

    5. Kumpulan yang selesai dahulu dikirapemenang.

    Variasi :Galakkan murid menggunakan tangankanan dan tangan kiri.

    A

    Lari kebelakangselepaskelecek

    B

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    41/42

    UNIT 22

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    72

    Nama : ....................................... Tarikh : ...................

    Kelas : .......................................

    MENGELECEK BOLA MENGGUNAKAN TANGAN

    Tandakan () pada situasi yang sesuai untuk mengelecek bola.

    Pemain lawan berada berdekatan

    Pemain lawan berada jauh

    UJI MINDA

  • 7/23/2019 Panduan PdP Pendidikan Jasmani Thn 2 Bhg2

    42/42

    Panduan Pengajaran Pendidikan Jasmani Tahun 2

    Aktiviti 1: Mengelecek Bebas

    1. Murid dalam kumpulan kecil.

    2. Mengelecek bola ke pelbagai arahdalam kawasan yang ditanda.

    3. Mengelecek menggunakan kaki kiri dankanan dan mengelak bola dari direbut

    oleh rakan.

    KELECEK BOLA DENGAN KAKI

    Berkebolehan menggelecek bola menggunakan kaki dengan lakuan yangbetul.

    Fokus

    1.4.10 Mengelecek bola menggunakan kaki.2.3.2 Mengenal pasti postur badan semasa melakukan kemahiran manipulasi alatan.5.1.2 Melakukan aktiviti dalam ruang yang selamat.5.2.3 Menerima kemenangan dan kekalahan dalam permainan secara positif.

    Standard Pembelajaran

    Memanaskan badan

    Penyampaian standard pembelajaran

    Permainan kecil

    Menyejukkan badan

    Pentaksiran

    Cadangan Aktiviti

    30

    MINIT

    MASA

    UNIT

    Mengelecek bola menggunakanbahagian dalam kaki, luar kaki dankekura kaki.

    Murid bebas menggunakan mana-manabahagian kaki.

    TIP UNTUK GURU

    Bola getah,

    gelung dan skital.

    ALATAN