peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum kbsr dari aspek mentafsir

Upload: anonymous-xdyo6h

Post on 07-Feb-2018

641 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    1/18

    PERANAN GURU DALAM PELAKSANAANKURIKULUM KBSR DARI ASPEK

    MENTAFSIR, MERANCANG,MENGUBAHSUAI DAN MENILAI.

    Definasi

    Guru adalah pejuang barisan hadapan dalam mendidik anak bangsa. Menjadi guru

    bukan setakat memegang suatu jawatan yang menjadi suatu profesian yang

    dihormati sejak zaman berzaman malah guru juga menjadi pencorak masa hadapan

    anak yang dididik, menentukan jenis insan yang dihasilkan dan bentuk bangsa yang

    dijelmakan (KPM,1990:157).

    Pada asasnya tugas utama seorang pendidik (guru) ialah menyampaikan ilmu

    pengetahuan, memperkembangkan kemahiran dan membentuk budi pekerti atau

    akhlak murid. Di samping tugas tersebut guru juga berperanan sebagai perancang,

    pengurus (pengelola), pemudah cara (fasilitator), pembimbing (KPM, 1990:163),

    pentadbir, inavator dan penilai.

    Mentafsir

    Isi kandungan sesuatu kurikulum sekolah yang utamanya ialah bahan pelajaran.

    Tanpa bahan pelajaran yang bernas, kurikulum itu tidak berguna dan tidak

    bermakna. Maka pemilihan bahan pelajaran untuk membentuk sesuatu kurikulum

    yang berkesan merupakan tugas yang berat dan terpenting. Di antara kriteria untuk

    memilih bahan pelajaran supaya membentuk sesuatu kurikulum sekolah yang

    berkesan ialah :

    1. Ditinjau dari perspektif epistemology,bahan pelajaran hendaklah sesuai

    dengan prinsip keseriusan kognitif, iaitu bahan pelajaran yang hendak dipilih

    hendaklah sah dan tepat sekali tanpa sebarang tafsiran kekaburan dan

    keraguan.

    2. Ditinjau dari perspektif falsafah moral, bahan pelajaran hendaklah

    sesuai dengan criteria nilai moral, iaitu bahan pelajaran yang dipilih

    hendaklah mengutamakan unsure pendidikan yang dapat membantu pelajar

    memupuk nilai moral yang tinggi dan sesuai dengan kehendak masyarakat.

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    2/18

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    3/18

    1. Menghargai dan membanggai bahasa Melayu sebagai bahasa

    kebangsaan negara dan alat perpaduan rakyat sesuai dengan

    semangatPrinsip-prinsip Rukun Negara.

    2. Mendengar dan memahami pertuturan dan siaran yang terdapat di

    dalam kehidupan seharian sama ada di dalam atau di luar sekolah.

    3. Bertutur dan mengeluarkan buah fikiran dengan meggunakan bahasa

    yang sesuai di dalam berbagai keadaan perhubungan seperti perbualan

    dengan rakan-rakan, guru, ibu bapa dan sebagainya serta dalam majlis

    bahas, syarahan dan lain-lain.

    4. Membaca kuat dan senyap untuk memahami isi-isi bacaan yang

    sesuai dengan kematangan mereka dan menjadikanpembacaan sebagai satu

    kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan.5. Menulis karangan dan surat kiriman yang tepat dengan maksud dan

    tajuknya serta memahami dan boleh mengisi boring-borang yang sesuai

    untuk keperluan seharian.

    6. Menggunakan Bahasa Melayu untuk mempelajari hal ehwal manusia

    dan alam sekelilingnya.

    7. Menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat untuk meluaskan lagi

    pengetahuan dan pengalamannya.

    8. Menghargai karangan, korsa dan puisi.

    Disamping itu guru harus membaca dan membuat pentafsiran terhadap kemahiran

    yang hendak di ajarnya dalam keseluruhan tahun untuk mendapatkan gambaran

    yang jelas tentang apa yang hendak diajarkan dalam tahun persekolahan itu.

    Merancang

    Perancangan kurikulum iaitu persediaan rancangan kerja merupakan suatu program

    yang disediakan oleh guru berdasarkan sukatan pelajaran bagi sesuatu mata

    pelajaran yang akan diajarkan. Tujuan menyediakan rancanagan kerja ini guru boleh

    melaksanakan program pengajaran dan pembelajarannya yang berdasarkan

    sukatan pelajaran secara sistematik serta mengikut pemeringkatanyang sesuai.

    Biasanya rancangan kerja meliputi rancangan kerja tahunan, rancangankerja

    penggal, rancangan kerja mingguan dan rancanagn kerja harian.

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    4/18

    1.Rancangan kerja tahunan haruslah disediakan berdasarkan sukatan pelajaran

    keseluruhan tahun. Perkara penting seperti nombor rujukan sukatan pelajaran,

    objektif dan tajuk pelajaran hendaklah ditulis dalam rancangan kerja tahunan.

    2.Rancangan kerja penggal haruslah disediakan berdasarkan rancangankerja

    tahunan. Semasa menyediakan rancangan kerja penggal, perkara berikut

    hendaklah dipertimbangkan :

    Rancangan kerja penggal harus mengandungi butir-butir penting

    seperti topik pelajaran, kemahiran, penerapan nilai serta strategi

    pengajaran dan pembelajaran.

    Rancangan mengajar penggal harus disediakan sebelum penggal itu

    dimulakan.

    Rancangan kerja itu hendaklah ditulis dengan ringkas tetapi jelas.

    Susunan unit pelajaran haruslah berdasarkan prinsip-prinsip mengajar

    iaitu pemeringkatan perkembangan mental atau fizikal pelajar,

    pengetahuan yang sedia ada serta kemahiran yang telah dikuasai.

    Biasanya susunan unit pelajaran dalam buku teks menjadi

    pertimbangan asas semasa merancang susunan unit pelajarandalam buku teks menjadi pertimbangan asas semasa merancang

    susunanunit pelajaran untuk rancangan mengajar penggal.

    3. Rancangan kerja mingguan haruslah disediakan berdasarkan kepada rancangan

    kerja penggal. Perkara-perkara penting seperti tingkatan, matapelajaran, topik,

    kemahiran dan penerapan nilai harus direkodkan rancangan kerja mingguan.

    4. Rancangan kerja harian haruslah disediakan berdasasarkan rancangan kerja

    mingguan. Antara perkara yang harus diertimbangkan semasa menyediakan

    rancangan kerja harian ialahhari, tarikh, tingkatan, waktu pengajaran, isi

    pelajaran dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi pelajaran haruslah dipilih

    berdasarkan kepada topik yang disediakan dalam rancangan kerja mingguan.

    Manakala objektif pelajaran hendaklah ditentukan berdasarkan kepada

    kemahiran yang tercatat dalam rancangan kerja mingguan.

    Perancangan Persediaan Mengajar Untuk Pelaksanaan Kurikulum

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    5/18

    Dalam persediaan sesuatu pelajaran, guru perlu mengkaji sukatan pelajaran mata

    pelajaran bekenaan secara mendalam. Segala konsep dan kemahiran yang patut

    disampaikan kepada murid-murid perlu dikuasai sepenuhnya oleh guru sendiri. Guru

    kemudian harus menganalisis bahan pelajaran dan kemudian memilih,

    memeringkatkan serta menyusun aktiviti dan contoh yang sesuai untuk mencapai

    objektif pelajaran.

    Alat-alat bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pencapaian objektif

    pelajaran jika alat-alat itu digunakan dengan berkesan. Peruntukan masa untuk

    pelajaran itu perlu dibahagikan secara berpatutan supaya tiap-tiap langkah

    penyampaian boleh menjamin penglibatan murid-murid secara aktif serta

    menjalankan penilaian dan maklum balas. Segala pertimbangan dan perancangan

    perlu dibuat dalam bentuk bertulis.

    Komponen-komponen Persediaan Mengajar

    Pada umumnya persediaan mengajar mengandungi tiga komponen yang penting

    iaitu persediaan, penyampaian dan penutup. Rajah 1.1 menunjukkan komponen-

    komponen persediaan mengajar serta butir-butirnya dalam setiap komponen.

    1. Persediaan

    Butir-butir am

    Pengetahuan lepas

    Kemahiran

    Objektif pelajaran

    Penggabungjalinan

    Sumber pengajaran-pembelajaran

    Penerapan nilai

    2. Penyampaian

    a) Set induksi

    b) Perkembangan

    Perkembangan

    Isi pelajaran

    Kemahiran

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    6/18

    Strategi pengajaran

    Pembelajaran

    Penerapan nilai

    Penggunaan sumber

    3. Penutup

    Jenis dan cara penutup

    Aktiviti susulan

    Penilaian objektif pelajaran

    Rumusan / Kesimpulan

    Pengubahsuaian

    Komponen Persediaan

    Komponen persediaan adalah bahagian pertama dalam sesuatu perancangan

    mengajar. Ia meliputi perkara-perkara seperti butir-butir am, pengetahuan lepas,

    objektif pelajaran, penggabungjalinan, sumber pengajaran

    pembelajaran,kemahiran dan penerapan nilai.

    Sebelum mengajar guru harus mengumpulkan maklumat tersebut supaya boleh

    merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan

    bermakna. Maklumat-maklumat ini sangat penting untuk membolehkan guru memilih

    dan menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai, memperingkatkan isi pelajaran,

    menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan dan

    keperluan murid-murid.

    Butir-butir ammerangkumi aspek-aspek seperti penentuan kelas, waktu, tarikh,

    bilangan murid, mata pelajaran dan topic pelajaran. Ini sangat penting bagi guru

    mengetahui kelas dan topic pelajaran yang akan diajarnya. Maklumat-maklumat ini

    membolehkan guru memilih dan menyediakan bahan-bahan yang sesuai mengikut

    topic pelajaran serta keperluan kelasnya.

    Pengetahuan lepasbiasanya disebut sebagai pengetahuan sedia ada merujuk

    kepada tahap pengetahuan kebolehan atau pengalaman yang telah diperolehi oleh

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    7/18

    murid-murid sebelum sesuatu pengajaran dimulakan. Pengetahuan lepas adalah

    penting untuk membolehkan guru :

    1. Menetukan objektif pelajaran berdasrkankebolehan murid.

    2. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan

    kebolehan murid.

    3. Memilih bahan yang sesuai mengikut kebolehan murid.

    4. Menghubungkaitkan pengetahuan lepas dengan set induksi.

    Kemahiranmerupakan aspek yang penting dalam hamper setiap mata pelajaran

    KBSR dan KBSM. Kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya

    adalah diutamakan dalam sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Bahasa dan

    Matematik. Murid-murid dikehendaki menguasai kemahiran asas untuk mempelajari

    bidang-bidang ilmu pengetahuan yang lain. Justeru itu adalah penting guru

    menentukan objektif pelajaran berdasarkan kemahiran yang dihuraikan dalam

    sukatan pelajaran yang berkenaan.

    Objektif pelajaran ialah matlamat yang ditentukan berdasarkan kemahiran pelajaran

    supaya murid-murid dapat menguasainya selepas aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran. Pencapaian objektif pelajaran ini adalah dinilai daripada perubahan

    tingkah laku murid-murid melalui aktiviti pembelajaran mereka. Oleh itu objektifpelajaran ini adalah disebutkan sebagai objektif eksplisit.

    Pemilihan dan Pemeringkatan Isi Pelajaran

    Untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dengan berkesan, isi pelajaran haruslah

    dipilih berdasarkan kepada minat dan kebolehan murid. Dengan kata lain isi

    pelajaran yang disampaikan hendaklah mudah difahami. Arasnya tidak terlalu tinggi

    atau terlalu sukar. Walaubagaimanapun murid akan beras bosan pula sekiranya

    aras isi pelajaran terlalu mudah dan tidak menarik dan mencabar. Apabila isi

    pelajaran telah dipertingkatkan mengikut suatu susunan yang sesuai maka aktiviti

    pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan dengan berkesan. Dengan

    adanya isi pelajaran yang terancang murid akan dapat mengikuti pelajaran mereka

    langkah demi langkah sehingga mencapai objektif pelajaran dengan sepenuhnya.

    Penentuan Langkah-Langkah Pengajaran Dan Peruntukan Masa

    Untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar,sistematik dan mengikut jadual, isi pelajaran yang telah dipilih dan disusun mengikut

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    8/18

    langkah-langkah yang sesuai hendaklah dikaitkan dengan masa yang

    diperuntukkan.

    Dalam proses merancang sesuatu waktu pelajaran, guru harus mempertingkatkan

    beberapa langkah yang patut diperuntukkan bagi isi-isi pelajaran yang hendak

    disampaikan dan berapa banyak masa yang patut diperuntukkan bagi setiap

    langkah. Pada asasnya di dalam suatu waktu pelajaran yang memakan masa 30

    minit perkara utama yang harus ada komponen penyampaian ialah set induksi,

    perkembangan dan penutup.

    Pemilihan Strategi Pengajaran Pembelajaran

    Biasanya kaedah mengajar yang digunakan dalam sesuatu pelajaran melibatkan

    kaedah keseluruhan kelas, kumpulan, individu, inkuiri-penemuan,

    projek,prktik,penyelesaian massalah, induktif dan kaeadah deduktif. Manakala teknik

    mengajar pula merujuk kepada bercerita, bersyarah, berbincang, bersoal jawab,

    demonstrasi, main peranan, sosio-drama, permainan dan stimulasi.

    Pemilihan Dan Penggunaan Sumber Pengajaran - Pembelajaran

    1. Pada asasnya sumber pengajaran pembelajaran terdiri daripada tiga

    kategori utama iaitu :

    2. Bahan rujukan seperti sukatan pelajaran, buku panduan mengajar dan

    buku sumber.

    3. Bahan pengajaran seperti alat bantu mengajar untuk digunakan oleh

    guru semasa mengajar.

    4. Bahan pembelajaran seperti buku teks dan alat yang digunakan oleh

    murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran.

    Mengubahsuai Dan Menilai

    Mengikut kamus Randum House College, Inovasi bermakna memperkenalkan

    sesuatu yang baru, membawa perubahan terhadap sesuatu benda atau kaedah.

    Sebenarnya apa sahaja idea, amalan, kaedah atau teknologi yang dianggap baru

    oleh individu, kelompok atau masyarakat dikatakan inovasi.

    Ini bermakna melalui daya kreatif guru pengubahsuaian strategi dan teknik mengajar

    akandapat dilakukan untuk menjadikan pengajaran lebih bermakna dan menarik.

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    9/18

    Dalam konteks pendidikan, sebagai penilai, peranan guru merujuk kepada tindakan

    membuat pentafsiran terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara

    seperti kejituan, keberkesanan, kegunaan, penyeluruhan nilai, idea, kerja,

    penyelesaian, kaedah, bahan dan aktiviti akandipertimbangkan untuk beberapa

    tujuan tertentu.

    Untuk menilai, guru akan menggunakan beberapa criteria dan standard tertentu.

    Penilaian dibuat untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan atau

    memuaskan. Pertimbangan mungkin bersifat sama ada kuantitatif atau kualitatif.

    Di samping itu aktiviti membuat rumusan atau kesimpulan juga boleh diadakan.

    Biasanya terdapat dua jenis kesimpulan yang digunakan untuk menutup sesuatu

    waktu pelajaran iaitu kesimpulan kognitif dan kesimpulan sosial. Kesimpulan kognitifmerujuk kepada membuat rumusan dengan menghuraikan semula perkara-perkara

    utama yang telah dipelajari. Manakala kesimpulan sosial merujuk kepada aktiviti

    peneguhan dengan memberi pujian atau ulasan terhadap prestasi murid secara lisan

    atau bukan lisan.

    Aktivit penilaian ini boleh dijalankan dengan cara pemerhatian terhadap aktiviti

    susulan, pemeriksaan kerja murid atau melalui satu ujian lisan atau tulisan.

    Maklumat yang didapati daripada pentafsiran penilaian itu akan menjadi asas untuk

    membuat pengubahsuaian terhadap persediaan mengajar selanjutnya.

    Selain membantu guru mendapatkan maklumat mengenai kemajuan murid,

    penilaian bertindak sebagai satu cara memberi ganjaran kepada guru dan murid.

    Ganjaran bagi guru mungkin didapati dalam bentuk rasa kepuasan melihat murid

    mereka berjaya, manakala ganjaran kepada murid pula berupa pujian, hadiah dan

    juga motivasi untuk terus berusaha lagi.

    Sebagai kesimpulannya peranan guru dapat digolongkan kepada tiga bahagianutama iaitu perancangan, perlaksanaan dan penilaian. Semasa membuat

    perancangan guru melaksanakan tugas seperti mendiagnos, menetapkan objektif

    pengajaran dan pembelajaran, memilih kaedah pengajaran, menyusun aktiviti dan

    memilih bahan pembelajaran. Perancangan ini akan dilaksanakan oleh guru dalam

    bilik darjah dengan peranannya sebagai pengajar, pemudah cara, pembimbing,

    pentadbir, perancang, pengelola dan innovator.

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    10/18

    PERANAN GURU DALAM PELAKSANAANKURIKULUMUntuk melaksanakan sesuatu kurikulum dengan berjaya, guru hendaklah terlebihdahulu memahami dan menghayati falsafah dan matlamat kurikulum, struktur danorganisasi kurikulum serta sukatan pelajarannya. Disamping itu, guru harusmempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran pengkhususannya sertamempunyai kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan,kemahiran dan nilai di antara satu sama lain, Guru juga perlu mengendalikanpengajaran bagi pelajar-pelajar pelbagai kebolehan, dan mempunyai ciri-cirikeguruan yang positif dan kreatif untuk melaksanakan dan menjayakan kurikulumyang terbentuk.

    Di peringkat sekolah, peranan guru dalam pelaksanaan dan kejayaan kurikulummeliputi tugas-tugas seperti menganalisis objektif kurikulum dan isi kendungannya.

    Guru berperanan menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diridengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran. Guru jugaperlu merancang dan melaksanakan pengajaran mengikut saranan kurikulum sertamembuat penilaian untuk mengenal pasti kelemahan. Ini bertujuan meningkatkankeberkesanan dalam pelaksanaan kurikulum dengan membuat pengubahsuaiandalam rancangan mengajar.

    1. ANALISIS KURIKULUM:-1.1 Falsafah1.2 Rasional1.3 Objektif

    1.4 Isi Kandungan

    2. MENENTUKAN KEPERLUAN PELAKSANAAN:-2.1 Bahan-bahan dan Alatan Pengetahuan2.2 Kemahiran guru

    3. PERANCANGAN PENGAJARAN:-3.1 Rancangan Pengajaran3.2 Susunan Bilik Darjah3.3 Bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran3.4 Teknik Mengajar

    3.5 Aktiviti Sokongan, Pengayaan dan Pemulihan

    4. PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN:-

    5. PENILAIAN:-5.1 Kesan Pembelajaran5.2 Kesan Bahan5.3 Prestasi Murid

    6. KAJIAN SEMULA:-6.1 Rancangan

    6.2 Bahan dan Alatan6.3 Strategi dan Teknik

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    11/18

    Di samping merancang dan melaksanakan pengajaran di bilik darjah, guru jugaboleh memilih bahan-bahan tambahan seperti buku kerja yang sesuai untuk murid-muridnya. Guru perlu memastikan murid-muridnya juga melibatkan diri secara aktifdalam aktiviti kokurikulum serta menyediakan alat bantu mengajar yang sesuai.

    Peranan-peranan guru dalam pelaksanaan kurikulum boleh digolongkan dalamempat bidang yang utama iaitu;1. Peranan Pentafsiran Kurikulum2. Peranan Merancang Kurikulum3. Peranan Melaksanakan Kurikulum4. Peranan Menilai dan Mengubahsuai Kurikulum

    KURIKULUM

    Perkataan kurikulum berasal dari perkataan Latin yang merujuk kepada

    laluan

    dalam sesuatu pertandingan. Berdasarkan kepada konsep tersebut,

    perkataan

    kurikulum adalah berkait rapat dengan perkataaan laluan atau laluan-

    laluan.

    Sehingga awal abad ke 20, kurikulum merujuk kepada kandungan dan bahan

    pembelajaran yang berkembang iaitu apa itu persekolahan. Ahli progresif

    dan

    behaviouris pada lewat abad ke 19 dan abad ke 20 membincangkan tentang

    kurikulum dengan memasukkan unsur-unsur seperti kepelbagaian, keperluan

    kemasyarakatan dan strategi-strategi pengajaran.

    Kurikulum seharusnya mempunyai matlamat awalan untuk dicapai, isi

    kandungan, proses dan pengalaman yang dipilih untuk memudahkan

    pembelajaran; tahap tanggungjawab yang perlu diambil oleh guru danpelajar

    untuk pembelajaran; bagaimana dan di mana kurikulum dilaksanakan

    (Dillard &

    Laidig, 1998). Semua perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh

    sekolah

    atau institusi pendidikan adalah untuk mencapai matlamat pendidikan.

    Sebenarnya terdapat dua jenis kurikulum utama iaitu kurikulum formal dan

    tersembunyi.

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    12/18

    Kurikulum formal ialah rancangan di mana aktiviti pembelajaran dijalankan

    supaya matlamat atau objektif pendidikan dan sekolah tercapai. Ia

    merupakan

    satu set dokumen untuk dilaksanakan. Ia mengandungi hal sebenar yang

    berlakudi bilik darjah dan apa yang telah disediakan dan dinilai. Setiap sekolah ada

    kurikulum terancang iaitu satu set objektif yang berstruktur dengan

    kandungan

    dan pengalaman belajar serta hasil yang dijangkakan. Ia merupakan

    rancangan

    eksplisit dan operasional yang dihasratkan, lazimnya dikelolakan mengikut

    mata

    pelajaran dan gred, di mana peranan guru didefinisikan dengan jelas

    (Ornstein,

    A.C. & Hunkins, F, 1983).

    Kurikulum tersembunyi adalah sesuatu yang tidak terancang dan tidak

    formal. Ia mungkin disebut sebagai kurikulum tak rasmi atau terlindung

    atau

    tak formal. Kurikulum ini dikelolakan di luar konteks pengajaran rasmi. Ia

    merupakan perlakuan dan sikap yang dibawa ke dalam bilik darjah dan

    sekolah tanpa disedari dan disebut kerana tidak dinyatakan secara eksplisit.Ia terdiri dari

    peraturan tidak bertulis, konvokesyen, adat resam dan nilai budaya. Ia

    dibentuk

    oleh faktor-faktor seperti status sosioekonomi dan latar belakang

    pengalaman

    guru dan murid.

    Oleh itu, beberapa pendekatan boleh digunakan untuk melaksanakan visi

    ini antaranya ialah kandungan akan dibekalkan melalui pelbagai cara

    penyampaian dengan menggunakan pelbagai strategi, kurikulum akan dibina

    sebagai modul dan diakses melalui rangkaian jaringan, bahan, pengalaman

    dan

    sokongan akan diperolehi daripada pelbagai sumber dan disepadukan ke

    dalam

    struktur teras kurikulum.

    FAKTOR UTAMA KEBERKESANAN PELAKSANAAN KURIKULUM PRASEKOLAH

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    13/18

    Ilmu dan kandungan kurikulum1.

    Kemahiran guru2.

    Premis3.

    Sumber4.

    Murid5.

    Kurikulum berpusat6.

    Faktor 1: Ilmu dan kandungan kurikukulum

    Kurikulum prasekolah mengandungi 6 komponen pembelajaran iaitu:

    Komponen Bahasa dan KomunikasiMerupakan media pengantara yang digunakan oleh guru dan kanakkanak

    di prasekolah. Kefahaman dan pertuturan kanak-kanak berbeza

    mengikut tahap kumpulan umur. Ia adalah penting supaya guru

    memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih

    berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan

    tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

    Komponen Perkembangan Kognitif

    Kanak-kanak akan menggunakan deria bagi meneroka dan memahami

    persekitaran mereka. Penemuan ini dianggap sebagai proses kognitif bagi

    mengalami, memahami dan mengetahui. Guru dan ibu bapa perlu

    menyedari pemikiran kanak-kanak adalah berbeza khususnya kanakkanak

    di prasekolah. Pada peringkat ini, kanak-kanak membina konsep

    dengan menggunakan bahan yang konkrit. Aktiviti yang melibatkan

    perkembangan kognitif perlu dilaksanakan secara tidak formal.

    Komponen Pendidikan Kerohanian dan MoralMenyedari dan percaya pada Tuhan, bersyukur dengan pemberian Tuhan,

    berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur ini amat

    penting bagi pemupukan nilai Islam dan nilai murni masyarakat berbilang

    kaum bagi melahirkan rakyat Malaysia yang percaya kepada Tuhan,

    berperibadi mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

    kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

    Komponen Perkembangan Sosioemosi

    Kanak-kanak berpuas hati dan yakin apabila dapat melakukan dengan

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    14/18

    mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Kanak-kanak perlu

    menyesuaikan diri dengan rakan sebaya, keluarga dan ahli komuniti

    persekitarannya. Guru di prasekolah perlu memupuk nilai-nilai rohani dan

    moral yang sesuai dengan peringkat kefahaman kanak-kanak supaya

    diamalkan semasa berinteraksi dengan orang lain.

    Komponen Perkembangan Fizikal

    Tubuh badan yang sihat memerlukan makanan dan aktiviti pergerakan

    yang dapat membantu pertumbuhan kanak-kanak. Aktiviti fizikal pada

    peringkat prasekolah perlu dirancang dengan menyesuaikan tahap umur

    dan keupayaan kanak-kanak. Aktiviti perkembangan fizikal perlu meliputi

    pergerakan motor halus dan motor kasar.

    Komponen Kreativiti Dan Estetika

    Kreativiti adalah proses dan bukan dilihat daripada penghasilannya.

    Setiap peringkat umur kanak-kanak memperlihatkan hasil kreativiti yang

    berbeza. Oleh itu, sebarang hasil karya yang dihasilkan adalah mengikut

    tahap perkembangan murid itu sendiri.

    Kurikulum atau aktiviti yang dirancang oleh guru seharusnya

    menghubungkaitkan di antara satu komponen yang lain supaya kanak-kanakmendapat pengalaman yang bersepadu dan menyeluruh. Bahan atau

    kandungan dan aktiviti pembelajaran yang sepadan dengan tahap dan

    keperluan

    kanak-kanak supaya setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam

    pengalaman pembelajaran. Kandungan kurikulum hendaklah sesuai dengan

    tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran,bina

    sikap positif dan akhlak yang baik. Meningkatkan kecergasan dan kesihatan

    ke

    arah penyuburan potensi yang optimum.

    Faktor 2: Kemahiran guru

    Guru prasekolah diwajibkan memperoleh latihan bidang pendidikan

    prasekolah.

    Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanak

    adalahmengikut apa yang mereka tahu dan boleh buat. Guru hendaklah merancang

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    15/18

    aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi peluang kepada

    pengajaran

    dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik darjah.

    Guru mestilah tahu bahawa titik permulaan pembelajaran kanak-kanakadalah mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka boleh buat.

    Guru

    hendaklah merancang aktiviti yang bertujuan dan bermakna untuk memberi

    peluang kepada pengajaran dan pembelajaran di luar dan di dalam bilik

    darjah.

    Guru yang berkemahiran juga perlu merancang dan melaksanakan aktiviti

    prasekolah yang menggalakkan pemupukan kemahiran sosial dan tingkah

    laku

    disiplin selain perlu mempunyai pengetahuan tentang psikologi kanak-kanak.

    Guru perlu mempunyai pengetahuan psikologi kanak-kanak, serta prihatin

    kepada perbezaan kanak-kanak dari segi keupayaan,minat dan latar

    belakang

    serta peka terhadap perubahan dan revolusi dunia pendidikan masa kini.

    Antara kemahiran-kemahiran guru prasekolah yang perlu adalah seperti

    - Kemahiran berinteraksi

    - Kemahiran merancang

    - Kemahiran intelek

    - Kemahiran sebagai pembimbing

    - Kemahiran sebagai pentadbir

    - Kemahiran kreatif

    - Kemahiran menilai

    - Kemahiran mengenal diri sendiri

    - Kemahiran membuat keputusan

    Tujuan kemahiran perlu ada pada guru prasekolah

    - Suasana yang ceria juga mendorong minat belajar.

    - Matlamat pengajaran dapat dicapai.

    - Untuk meningkatkan keyakinan diri murid.

    - Bahan bantu belajar yang sesuai dengan umur dan tahap perkembangan

    kognitif.- Memberi peluang kepada P&P di luar dan di dalam bilik darjah

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    16/18

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    17/18

    benar serta boleh diterima secara logik oleh murid

    Faktor 5: Murid / kanak-kanak

    Murid ertinya seseorang tanpa mengira umurnya yang kepadanyapendidikan atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan.

    Kanak-kanak yang sentiasa didorong oleh semangat ingin tahu. Semangat

    ingin

    tahu menyebabkan mereka sentiasa cerdas dan cenderung untuk

    berkomunikasi. Semangat ingin tahu pada kanak-kanak tidak boleh disekat.

    Kanak-kanak perlu menguasai penggunaan otot kasar, otot halus dan

    koordinasi

    pergerakan mata dan tangan. Interaksi yang mesra antara murid dengan

    guru,

    pengasuh, rakan sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

    Faktor-faktor murid

    - Perkembangan kognitif dan intelektual

    - Emosi

    - Bahasa- Sifat kanak-kanak

    - Fizikal

    - Sosial

    - Taraf ekonomi

    - Minat kanak-kanak

    Cara murid melaksanakan kurikulum prasekolah

    - Memberi perhatian yang sepenuhnya semasa di kelas.

    - Penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal.

    - Emosi yang stabil semasa P&P berjalan.

    - Minat , pengalaman dan pengetahuan yang sedia ada dalam diri murid

    Faktor 6: Kurikulum Berpusat

    JENIS KURIKULUM BERPUSAT

    - kurikulum berpusatkan murid

  • 7/21/2019 Peranan Guru Dalam Pelaksanaan Kurikulum Kbsr Dari Aspek Mentafsir

    18/18

    - kurikulum berpusatkan guru

    - kurikulum berpusatkan subjek

    - kurikulum berpusatkan masalah

    Terdapat 4 prinsip pembelajaran kanak-kanak prasekolah iaitu:

    Pembelajaran melalui pengalaman dan bahan maujud ditekankan.

    Bermain sambil belajar dalam suasana riang diutamakan.

    Pembelajaran hendaklah dijalankan secara bersepadu.

    Interaksi mesra antara kanak-kanak dengan guru, pengasuh, rakan

    sebaya dan masyarakat sekitar digalakkan.

    Kurikulum adalah rancangan untuk pembelajaran. Semua rancanganmengandungi visi yang mentakrifkan nilai sosial dan struktur yang

    diterjemahkan

    ke dalam pengalaman. Perkembangan kurikulum ialah proses yang dinilainya

    diterjemah dan disusun ke dalam pengalaman pembelajaran.

    Perkembangan kurikulum, sebagai satu proses, merupakan putaran asas

    yan mengandungi : menganalisis, mereka bentuk, melaksanakan dan

    menilai.

    Proses ini digunakan di semua peringkat dalam pembentukan konsep danmenyepadukan semua usaha untuk meningkatkan kualiti program

    persekolahan.

    Kurikulum ialah segala pengalaman pembelajaran yang dirancang dan

    diarahkan

    oleh sebuah sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan.

    Di bawah kurikulum akademik, terdapat pelbagai jenis kurikulum, seperti

    kurikulum integrasi, teras dan aktiviti atau pengalaman yang dapat

    digabungkan

    untuk membentuk kurikulum formal. Pembentukkan dan perubahan dalam

    kurikulum dipengaruhi oleh polisi-polisi kerajaan, matlamat dan keutamaan

    program, keperluan negara dan masyarakat, keperluan individu serta

    keperluan

    menyeluruh.