spot psv dr mktb sultn mizan

Upload: ainaa-nadira

Post on 09-Apr-2018

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    1/19

    225fc6950db14e

    Yesterday at 13:39CATAN - Aliran Seni Catan BaratDefinisi catan

    Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan catarkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dansebagainya.

    Sejarah Seni Catan

    Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanyamenggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan

    fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropahsehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera danfresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi.

    Karya Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik.

    Karya Van GoghKarya ini dihasilkan pada Kurun ke-19.Aliran Impressionisme.Berjodol : Bedroom.mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang.Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat.

    Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20.

    Aliran Pop Art. Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan.

    Aliran-aliran seni catan di barat

    Klasik Barroque Romanticisme Impressionisme

    Post-Impressionisme Ekspressionisme

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    2/19

    Kubisme Surelisme Seni Pop

    Aliran Klasik Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya.

    Aliran Romanticism Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zamanitu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu.

    Aliran Barroque Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap Karya tertumpu kepada objek

    Aliran Impressionism Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat.

    Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail. Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat.

    Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    3/19

    bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isiyang berkait rapat. melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain.

    warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis.

    Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga-Pablo Picasso/Duchamp

    Aliran Ekpresionisme Menolak ciri-ciri tradisi klasik Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.-Kandinsky/Pollock

    Aliran Surelisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda

    pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum.

    Aliran Seni Pop Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya NewYork dan London.

    Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti. Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi.

    Teknik Catan-Teknik Basah Atas KeringCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenismedia dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    4/19

    yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesanlut sinar.Campuran Warna- Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan.Cara- Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis

    dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkankesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertaslukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama.

    Teknik Basah Atas BasahCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Iamenghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahuluyang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan

    pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor.Campuran warna- Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-

    baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akannampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan.Cara- Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukanapabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripadamemadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akanmeninggalkan kesan kering berlegap.

    Teknik Berus KeringCiri-ciri-Teknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini

    boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah keringuntuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap.Campuran warna- Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang dikehendaki itudahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telahdibancuh.Cara - Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warnadisapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan

    pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur.Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkankesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas

    lapisan warna yang telah kering.

    Teknik KecatanCiri-ciriTeknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catanselesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catankelihatan bebas, semula jadi dan spontan.Campuran warna - Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub ataskertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja.Cara- Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuranwarna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering.

    Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    5/19

    GARISAN SENI KONTEMPORARISeni adalah sesuatu yang indah. Pancaran keindahan itu terlihat dalam bahasa, puisi,nyanyian dan dendangan, lukisan dan ukiran, kreativiti kraftangan, silat dan pencak.Indahnya seni menjadikan ia disukai kerana ada unsur harmoni dan syahdu, yangmenyebabkan hati menjadi terhibur, perasaan menjadi terusik, lahirnya apresiasi, ada nilai

    estetika dan timbul rasa halus dan memberikan kepuasan rohaniah yang tinggi - HAFIZMOHD NORDIN

    APRESIASI SENIDEFINISIApresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandaitukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, caramereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya danstail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadapsesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dankebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif.

    Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukanlogical operation such as defining, valuing and explaining

    Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran danteknik menghasilkan karya seni sahaja.

    Menurut Chapman (1978)if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its valueand character

    Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar- pelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

    Macfee (1961) menegaskan bahawaevery culture, differences in value and belief are expressed through language an artforms such as dress, architecture an decoration

    Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karyaseni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh.Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasidengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuanmengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan.

    OBJEKTIF APRESIASIa) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni

    b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupanc) Menghasilkan karya (produk seni)d) Memahami seni dan hubungannyae) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni

    TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    6/19

    Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertianunsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dankraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain

    berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja

    sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dankefahaman penghargaan terhadap bidang seniPendekatan apresiasi dan kritikan seni:

    Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatandalam apresiasi seni iaitu:

    a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

    PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah padayang melihat sesuatu karya seni tersebut:Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

    Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan,tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilai-nilai estetika dan pengaruh

    Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid,mengumpul dan menyusun gambar-gambar

    Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antarasatu dengan yang lain serta menimbulkankesedaran

    Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalahnilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diridengan pelukis/pandai tukang gayakonsep dan zaman.PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGIPendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan

    peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni.Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan danmendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapatorang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yangdigunakan.

    Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

    1. Secara perbincangan dan perbandingan

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    7/19

    2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery)3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni4. Secara menyediakansetting/set induksi5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar

    7. Secara aktiviti permainan seni8. Secara lawatan/pameran9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran

    KAEDAH MELIHAT SENI

    Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

    a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik

    d) Normistik e) Elektik

    a. KAEDAH HEDONISTIC

    Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci.Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

    Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan

    Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedahini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri.Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

    b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafahdan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman,rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahamankonsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yangmenarik oleh pemerhati.

    c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur danterancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuhintuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruangdan penataan cahaya.Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna,

    jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

    d. KAEDAH NORMISTIK

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    8/19

    Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilaimasyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan dirikepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristianyang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak.Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang

    dibenar dalam budaya dan agama.

    e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi

    penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan.Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

    PROSES APRESIASI SENITerdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses

    apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

    a) Menggambarkan b) Menganalisac) Tafsirand) Penilaian

    A. MENGGAMBARKANMengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan,

    bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur

    B. MENGANALISAi. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsipdan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasanaiii. Menghauraikan stail sesuatu karya

    C. TAFSIRANi. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek,symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahanii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut.

    D. PENILAIANi. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian sepertikeaslian, gubahan, teknik dan fungsiii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social,keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya.

    Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi:a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia:

    i. Seni Halus : gerakan seni halus, pelukis, penghasilan dan sumbanganii. Kraf Tradisional dan Pribumi: tokoh, penghasilan dan sumbangan

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    9/19

    b. Peralatan: senjata dan domestik c. Alat Permainan: gasing, wau dan alat muzik tradisionald. Seni Bina: kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan tamane. Kenderaan: darat dan lat atau sungaif. Pakaian: baju kurung, baju melayu, baju kedah, baju cekak musang dan lain-lain

    g. Perhiasan (Ornamen):hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang

    Cetakan a) Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada

    permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj

    (b) Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu:(a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem Leker (c) Kaedah Skrin Foto

    (c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akanlukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

    (d) Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas

    permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalamukiran turisan yang akan menjadi imej. Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu danmeletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan.Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Kaedah Turisan (engraving)(b) Kaedah Gurisan Asid (etching)(c) Kaedah Akuantin (aquantint)(d) Kaedah Mesotin (mezzotint)

    (e) Cetakan Gurisan Asid

    Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui bolehdigunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    10/19

    Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yangmenggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utamamereka. Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan sejenis

    bahan yang kalis asid.

    Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam. Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini.

    (f) Cetakan Kayu Kaedah yang paling awal digunakan. Muncul di Negeri China pada kurun ke-8. Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan

    pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke-16,cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan

    penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakankayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yanglicin. Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Olehitu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini.Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu

    (g) Cetakan Lino Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas linomanakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu.

    (h) Cetakan Lithografi Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam

    bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak.

    (i) Cetakan Sutera Saring Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya merekadengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di

    atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah:

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    11/19

    (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua(b) Kaedah Filem leker (c) Kaedah Lilin(d) Kaedah Sutera Saring

    (j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas PenduaKaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin.Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telahdipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan diatasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna diatas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong ituakan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang

    banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atauwarna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut:

    (k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker

    Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan ataudiwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan

    berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin.Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna,kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok,

    bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa

    Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itucorak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang.Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang.

    Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu :1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio)3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur 4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring.

    Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahanyang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dansebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis,

    penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.

    Jenis Ikatan(i) Jahitan(ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek (iii) Lipatan dan ikatan(iv) Simpulan

    6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau

    mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan?

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    12/19

    1.Parang2.jangka3.Pelurut4.Penyisip5.Tempayan

    6. Besin/baldi7. Periuk/dapur 8.Ampaian

    7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman?

    Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkandaripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yangdicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu.

    8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air.Basah atas basahTeknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Iamenghasilkan kesan lut sinar.

    9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah?

    Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna.

    10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan?

    Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkankesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaandinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

    BAHAGIAN BARAHANBahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah

    1.(a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang.Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang?

    Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dandalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai

    pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilancorak.Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak,menggolek dan sebagainya.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    13/19

    (b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

    1. Corak teknik resis2. Corak teknik anyaman3. Corak menggunakan garisan grid

    (c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan.

    (i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak.(ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.(iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.(iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.(v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.(vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.

    2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visualkepada murid-murid.Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut.

    (b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakantimbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan.

    Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atauwarna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada

    blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah:(a) Cetakan Kayu(b) Cetakan Lino(c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj

    (c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakanstensil kaedah filem lekar.

    Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker.Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT.Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilindan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah

    bahagian yang berlilin.Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusidakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di

    bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera.Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana

    panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker)akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerjaini hendaklahdilakukan dengan berhati-hati.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    14/19

    Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjurukertas. Setelah selesai, pemidang filem leker bolehdigunakan untuk mencetak.

    4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan

    menggunakan warna dari alam sekeliling.Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna?

    (b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan. Tampuk pinang Tampuk pinang berantai Tampuk jantung Tampuk manggis Pucuk rebung Pucuk di dalam Berakar

    (c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman.(a) Lagang(b) Anyaman(c) Lepih(d) Sisip(e) Kerat(Jumlah: 20)

    BAHAGIAN CARAHANBahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah1.(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China padazaman dahulu?

    Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagaisuminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengandakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower.Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimiadigunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas

    permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulangsehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-warna cincin ini.

    (b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.

    (c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan olehmuridmurid di peringkat sekolah rendah.

    (d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak.

    Titik (Pointilisme)

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    15/19

    Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik diatas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplinyang tinggi untuk menyiapkannya.2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan?

    Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang

    banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja.Lukisan Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan

    pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan pencipta suatu karya lukisan.Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Sebagaicontoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia prasejarah.

    Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam artikel ini.Lebih khusus lagi, artikel ini tentang lukisan pada permukaan untuk alasan seni. Seni lukisDari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Lompat ke: pandu arah, gelintar Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (ataumedium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas ataudinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakankerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan.Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini.Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggapsalah satu pekara penting dalam bentuk seni.Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau catyang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorangmenyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yangterdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba.Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah,media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, munculsatu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yangmempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula

    berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan YongMun Sen yang banyak menggunakan media cat air.

    Cat Air - Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akanmenjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertasyang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah

    jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuhwarna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisiair bersih dan untuk mencuci berus.

    Cat Poster - Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan untuk berkaryamenggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jeniscartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    16/19

    Cat Tempera - Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses.Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkankarya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut ataukeras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu

    mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselang-selikan supaya kesan warna rata dan licin.

    Cat Minyak - Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakancat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak

    poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet,kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut.

    LUKISANPengenalan

    1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

    2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pasteldan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad.

    3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yangmenggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka.

    Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan

    1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya.

    2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi.

    3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewamaseperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

    4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat.

    Teknik Melukis

    1. Teknik garisan,2. Teknik garisan pangkah,3. Teknik titik,4. Teknik lorekan dan5. Teknik campuran.

    Media Lukisan

    1. Pensel1. Dibuat daripada arang dan tanah liat.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    17/19

    2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuatlorekan atau ton.3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dantekanan pada pensel.

    2. Arang1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar.2. Media yang tertua sekali.3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dantajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yangsingkat.4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam.

    3. Media Pen dan ink 1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, penteknikal, pen marker dan sebagainya

    2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci

    4. Media Pastel1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesanlorekkan yang berbeza.2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna

    bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

    Asas Sebelum Melukis1. Memilih teknik melukis.2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi.Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan.3. Memilih objek untuk dilukis.4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan.5. Membuat Lakaran objek.6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan

    perspektif tiga titik lenyap.7. Tetingkap FokusMerupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah.Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda.Memilih sudut yang menarik dan indah.Digunakan untuk melukis di luar studio.

    Pengetahuan Asas

    1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelummelukis:Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelapdan legap.

    2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik.

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    18/19

    3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk

    KaryaKumpulan pertubuhan seni

    Seni grafik Pelukis ,pertubuhan,kumpulan seniMenggambar Menggambar (Inggris: drawing) adalah kegiatan kegiatan membentuk imaji, denganmenggunakan banyak pilihan teknik dan alat. Bisa pula berarti membuat tanda-tanda tertentudi atas permukaan dengan mengolah goresan dari alat gambar.Pelakunya populer dengan sebutan Penggambar/juru gambar yang merupakan salah satu

    bagian pekerjaan dari perupaSubjek utamaKebanyakan karya dengan cara menggambar adalah representasi dari ingatan atau imajinasiseorang juru gambar. Subjek ini bisa berupa tampilan realistis dalam kehidupan sehari-hari

    seperti potret, setengah realistis seperti karya-karya sketsa, atau yang benar-benar mementingkan gaya gambar seperti kartun, karikatur, atau gambar abstrak. Peralatan danmediaYang sering digunakan adalah pensil grafit, pena, kuas tinta, pensil warna, crayon, pensilkonte, dan spidol. Bisa pula dengan peralatan digital seperti stylus, mouse, atau alat lain yangmenghasilkan efek sama seperti peralatan manual.Media permukaan yang sering digunakan adalah kertas, meskipun tidak menutupkemungkinan pula digunakannya media lain seperti kain, permukaan kayu, dinding, dan lain-lain.Sebagai peralatan pendukung, digunakan pula penyerut pensil, kertas pasir, penghapuskhusus, chamois, penggaris, larutan fixatif, dan selotip khusus menggambar untuk membuatefek-efek tertentu. Meja gambar digunakan untuk mengurangi distorsi dan kesalahan

    perspektif akibat ketidaknormalan posisi mata saat menggambar.

    Teknik Teknik yang sering digunakan adalah menggaris,Sejarah - Manusia diketahui telah berusaha membuat karya drawing sejak masa prasejarah.Kegiatan ini kemudian menyebar di Eropa sejak tahun 1400an seiring berkembangnya

    penggunaan kertas. Sejak saat itu, setiap abad telah menghasilkan karya-karya drawing hebat.Perupa yang terkenal dengan teknik menggambar pada tahun 1400an hingga 1500an antaralain Leonardo da Vinci, Albrecht Drer, Michelangelo, dan Raphael. Selama 1600an adalahClaude, Nicolas Poussin, Rembrandt, dan Peter Paul Rubens. Pada 1700an, karya-karyaterkenal dibuat oleh Jean-Honor Fragonard, Francisco Goya, Giovanni Battista Tiepolo, danAntoine Watteau. Pada tahun 1800an adalah Paul Czanne, Jacques Louis David, Edgar Degas, Theodore Gericault, Jean Ingres, , Odilon Redon, Henri de Toulouse-Lautrec, danVincent Van Gogh. Pada era 1900an karya-karya terbaik dibuat oleh Max Beckmann, WillemDe Kooning, Jean Dubuffet, Arshile Gorky, Paul Klee, Oscar Kokoschka, Jules Pascin, PabloPicasso, dan Jackson Pollock.Menggambar secara digitalPerkembangan perangkat lunak grafis membuat kegiatan menggambar bisa pula dilakukandengan sentuhan penuh alat-alat komputer. Contohnya adalah karya gambar oleh Peter Welleman.Berikut daftar perngkat lunak yang memungkinkan kegiatan menggambar:

    Microsoft Expression Inkscape

  • 8/8/2019 Spot Psv Dr Mktb Sultn Mizan

    19/19

    Adobe Photoshop Adobe Illustrator Paint Shop Pro Corel Painter Pixia

    Kolourpaint Microsoft Paint The GIMPhatching, scribbling, stippling, dan blending.