tip spm karangan 2011

31
1 Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin , 5SN/2011 Kata- kata menarik  Masalah – pancaroba  Syarat – entiti – elemen  Kantung pendapatan  Sukma- sanubari – jiwa – benak  Mengawetkan survival  Hubungan simbiosis  Rekayasa- pembentukan  Kebaikan – signifikan Bangunan pencakar langit yang utuh lagi kukuh dating daripada sekepal pasir. Pokok yang tinggi melampai tumbuh dan bercambah daripada biji benih yang kecil Beraja di mata, bersultan di hati , dek bertatahkan nafsu dan alpa yang secara diam mampu bertahtakan si petualang pembangunan pertiwi Kata2 pemimpin  Ahli falsafah China ~ Confucius: Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka apakah langkah pertama… ~ Bei Tju : Rakyat itu akar bangsa. Kalau sihat akarnya, nescaya pokoknya hidup subur ~ Fei Tzu : Hanya undang2 yang tegas mampu mengawal tingkah laku manusia ~ Sun Zi : Kemenangan sesuatu pasukan bukan terletak pada bilangan anggotanya tetapi strategi pasukan tersebut. Negarawan/ Mantan Presiden / Mantan PM ~ Tun Dr. Mahathir Mohammad – rakyat M’sia mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga ~ Soekarno – Berikan aku sepuluh orang remaja. Nesaya aku akan gegarkan dunia ~ JF. Kennedy (Amerika) – Jangan Tanya apakah sumbangan negara terhadap kamu tetapi Tanya apakah sumbangan kamu kepada negara.

Upload: anniecia

Post on 18-Oct-2015

124 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Tips

TRANSCRIPT

  • 1 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Kata- kata menarik

    Masalah pancaroba Syarat entiti elemen Kantung pendapatan Sukma- sanubari jiwa benak Mengawetkan survival Hubungan simbiosis Rekayasa- pembentukan Kebaikan signifikan

    Bangunan pencakar langit yang utuh lagi kukuh dating daripada sekepal pasir. Pokok yang tinggi melampai tumbuh dan bercambah daripada biji benih yang kecil

    Beraja di mata, bersultan di hati , dek bertatahkan nafsu dan alpa yang secara diam mampu bertahtakan si petualang pembangunan pertiwi

    Kata2 pemimpin

    Ahli falsafah China

    ~ Confucius: Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama. Maka apakah langkah pertama

    ~ Bei Tju : Rakyat itu akar bangsa. Kalau sihat akarnya, nescaya pokoknya hidup subur

    ~ Fei Tzu : Hanya undang2 yang tegas mampu mengawal tingkah laku manusia

    ~ Sun Zi : Kemenangan sesuatu pasukan bukan terletak pada bilangan anggotanya tetapi strategi pasukan tersebut.

    Negarawan/ Mantan Presiden / Mantan PM

    ~ Tun Dr. Mahathir Mohammad rakyat Msia mempunyai infrastruktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga

    ~ Soekarno Berikan aku sepuluh orang remaja. Nesaya aku akan gegarkan dunia

    ~ JF. Kennedy (Amerika) Jangan Tanya apakah sumbangan negara terhadap kamu tetapi Tanya apakah sumbangan kamu kepada negara.

  • 2 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Arab

    ~ Ar- rumi Manusia diciptakan dengan kemampuan untuk terbang. Mengapakah mereka memilih untuk merangkak sepanjang hidup??

    ~ Imam Syafie ( Bila ditanya bagaimana beliau menuntut ilmu , jawabnya) Bagai seorang ibu tunggal yang kehilangan anak perempuannya

    ~ Imam Ghazali Rajin itu penawar paling mujarab tetapi mala situ racun paling berbisa

  • 3 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    TIPS

    PENULISAN KARANGAN

    SPM/PMR (BM)

    Oleh:

    Muhammad Zarifuddin B. Zainuddin

    5SN/TunMutahir

    2011

  • 4 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    ~>Untuk karangan SPM bahagian A, isi selalunya telah diberikan dalam bentuk grafik atau bahan ransangan.

    Bagi karangan A, iaitu karangan yang memerlukan anda menulis antara 200-250 patah kata, pastikan anda tidak menulis melebihi 250 patah kata kerana tulisan selepas 250 patah kata tidak akan dibaca. Tuliskan jumlah perkataan yang betul.

    Saya cadangkan, 3 isi dengan jumlah kata @60 patah satu perenggan jadi jumlah 180. 30 kata untuk pendahuluan dan 30 untuk penutup, jadi jumlah besar ialah 240 patah

    kata. Rancang perenggan anda dengan hati-hati. Ini sangat penting. Pemerenggan sangat penting.

    Anda mesti menuliskan fakta dengan jelas. Isi/fakta itu mesti menjawab soalan yang diberikan. Isi yang umum akan menyebabkan markah anda tidak mendapat kepujian atau cemerlang.

    Jangan lupa masukkan peribahasa dalam karangan sekurang-kurangnya satu tetapi peribahasa tersebut mestilah tepat dan relevan dengan isi atau ayat tersebut. Kalau dapat memetik kata-kata pemimpin atau kaitan dengan surat khabar atau televisyen lebih baik kerana anda peka dengan isu-isu semasa.

    Karangan yang cemerlang ialah karangan yang dapat memperlihatkan kematangan calon.

    Walau bagaimanapun, markah tidak akan ditolak walaupun melebihi 250 patah perkataan.

    ~>Untuk bahagian B pula isi boleh dihafal sebelum peperiksaan.

    ~> Beberapa tajuk yang perlu diberi perhatian ( TAJUK SELALUNYA DARIPADA BUKU TEKS):

    ~Isu pendidikan

    ~Pelancongan ( Inap Desa)

    ~Pemeliharaan bangunan bersejarah

    ~Pelaburan dan tabungan

    ~Kenaikan harga barang-barang

    ~Pendatang tanpa izin

    ~Penggunaan bahasa Inggeris

    ~Masalah sosial dalam kalangan remaja

    ~Pencemaran alam

    ~Keselamatan kanak-kanak

    ~Memartabatkan Bahasa Melayu

    ~Kemalangan jalan raya

    ~Perkembangan perhubungan dan

    komunikasi

    ~Bioteknologi

    ~Semangat kejiranan

    ~Gaya hidup sihat

    ~Hubungan kasih sayang ( Keluarga)

    ~Membaca

  • 5 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Aspek-aspek Yang Dinilai

    a. Karangan menepati tema bahan rangsangan. b. Pengolahan isi, gaya bahasa, penyampaian isi dan kematangan isi

    dikembangkan. c. Ejaan dan struktur ayat.

    d. Isi yang ditulis sama ada yang tersurat atau tersirat. e. Peribahasa, cogan kata atau ungkapan menarik yang digunakan.

    f. Pendahuluan atau pengenalan. g. Penutup atau kesimpulan karangan.

    h. Tulisan yang jelas. i. Pemerengganan.

    j. Kesantunan bahasa.

    Kelemahan Calon

    a. Pengenalan tidak menarik. b. Isi tidak menepati tema.

    c. Isi tidak dihuraikan. d. Huraian yang tidak bertepatan dengan isi pokok.

    e. Perenggan tidak disusun dengan sempurna. f. Banyak kesalahan ejaan.

    g. Tulisan buruk sehingga sukar dibaca. h. Bahasa yang berbelit-belit dan ayat terlalu panjang.

    i. Penggunaan perbendaharaan kata yang terhad. j. Isi yang diulang-ulang.

    k. Hanya menghuraikan isi tersurat sahaja. l. Kesalahan tatabahasa seperti sendi nama di, dari dan daripada.

  • 6 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    CARA MENGEMBANGKAN PERENGGAN ISI PANDUAN: Dua elemen yang perlu diambil perhatian setiap kali membina dan mengembangkan perenggan isi ialah A. PERENGGAN EMPAT UNSUR iaitu Setiap perenggan isi hendaklah

    mempunyai 4 unsur: 1. Unsur 1 (ayat utama) 2. Unsur 2 (ayat huraian) 3. Unsur 3 (ayat contoh) 4. Unsur 4 (ayat penegas)

    B. AKSESORI KARANGAN 1. Kosa Kata Menarik 2. Penanda Wacana Menarik 3. Ungkapan Menarik 4. Frasa Menari

    PERENGGAN 4 UNSUR: 1. Ayat Utama:

    Mesti menjawab tugasan yang diberikan dalam soalan.

    Gunakan ayat mudah. 2. Ayat Huraian:

    Pengembangan isi berdasarkan isi utama.

    Boleh merangkumi aspek persoalan ( Bagaimana, Mengapa, Di mana)

    Menggunakan penanda wacana yang sesuai.

    Gunakan kosa kata, ungkapan atau frasa menarik 3. Ayat Contoh: Bukti penyokong kepada isi utama dalam bentuk:

    Data statistik Pendapat orang yang sangat

    dikenali ramai dan dihormati Penemuan atau kajian sains. Contoh langsung

    4. Ayat Penegas: Sebagai kesimpulan untuk sesuatu isi yang dikemukakan

    Penutup kepada perenggan Menegaskan semula isi utama

    CONTOH:

    Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi keluarga (AYAT UTAMA). Institusi keluarga merupakan elemen (KOSA KATA MENARIK) yang rapat dengan remaja. Sehubungan itu, (PENANDA WACANA) hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku (UNGKAPAN MENARIK) membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan menasihati remaja.Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga (FRASA MENARIK). Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah dihindarkan sebaliknya, ketua keluarga harus mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama (AYAT HURAIAN). Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadhillah Kamsah menyatakan institusi keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja (AYAT CONTOH). Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan

  • 7 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    institusi keluarga merupakan satu cara bagi membendung masalah sosial remaja (AYAT PENEGAS).

    ~> Frasa2 menarik yang boleh dihafal:

    PERIBAHASA DALAM KARANGAN 1. menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang

    terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.

    2. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

    3. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

    4. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.

    5. Oleh sebab bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan anak-anak.

    6. Maka, di mana ada gula, di situ ada semut.

    7. Cendekiawan berpendapat bahawa, konsep ingat sebelum kena, jimat sebelum habis gagal diaplikasikan dalam kalangan

    8. Oleh itu, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

    9. Dengan itu, tepuk dada, tanya selera.

    10. Di samping itu, kebersihan alam sekitar boleh dijagakan melalui kempen kesedaran sivik supaya rakyat dapat menjaga alam sekitar sejak kecil kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.

    11. Jika dipandang enteng, nyawa modal insan negara bagai telur di hujung tanduk.

    11. Oleh hal yang demikian, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

    12. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.

    13. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk menggapai impian Wawasan 2020.

    14. Maka, ikutlah resmi padi makin tunduk makin berisi. Janganlah diikut resmi lalang makin tinggi makin tiada berisi

    15. Oleh itu, anak-anak yang mulia akhlaknya ibarat benih yang baik, kalau dibaling ke laut menjadi pulau, dilontar ke langit menjadi bintang jatuh ke bumi menjadi lembah.

  • 8 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    1. . kita perlu mengorak langkah 2. . kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini 3. .. komitmen menyeluruh agensi yang terlibat 4. .. kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu 5. Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik 6. .. makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan 7. .. mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu 8. ..manifestasi kesanggupan bangsa 9. ..manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa 10. ..masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan 11. ..masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi 12. ..masalah sosial dan susila yang meruncing 13. ..masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit 14. ..masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan 15. ..melangkah dengan seribu kekuatan 16. ..melontarkan soalan yang cukup penting 17. ..melupakan cita-cita yang lebih luhur 18. ..membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu 19. ..membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan 20. ..membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah 21. ..membetulkan ketidaktepatan fakta 22. ..membimbing mereka memenuhi impian 23. ..membina impian masa depan yang lebih gemilang 24. ..membongkar kepincangan 25. ..membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka 26. ..mempengaruhi minda generasi muda 27. ..mempertahankan perasaan saling bersefahaman 28. ..mempertingkat dan memperteguh kefahaman 29. ..mempraktikkan elemen tolak ansur 30. ..memudaratkan kesejahteraan rakyat 32. ..menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung 33. ..menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama 34. ..menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak 35. ..menampilkan wajah baru yang disulami tekad 36. ..menangkis tuduhan yang tidak berasas 37. ..mencapai tahap yang mencemaskan 38. ..mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini 39. ..mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya 40. ..mendapat perhatian dan liputan media massa 41. ..mendepani masa depan yang tidak menentu 42. ..mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang 43. ..mendukung kebenaran yang kita sepakati 44. ..mengamalkan sikap dan perwatakan yang murni 45. ..mengambil langkah sederap 46. ..menghirup udara hasil kemerdekaan 47. ..mengikut acuan sendiri 48. ..mengundang kontroversi 49. ..menjadi cerucuk utama pembangunan 50. ..menjulang negara ke puncak jagat 51. ..menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi 52. ..menyambut gamitan menara impian

  • 9 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    53. ..menyebabkan imej negara tercalar 54. ..menyediakan kursus dan latihan yang relevan 55. ..menyembunyikan masalah utama masyarakat 56. ..mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran 57. ..mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan 58. ..milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi 59. ..muafakat merupakan inti kepada perpaduan 60. ..negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat 61. ..nilai keinsanan yang syumul 62. ..nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat 63. ..pandangan pro dan kontra yang dipaparkan kita sering tersentak oleh pelbagai polemik

    yang beronal yang dicetus oleh rakyat kita sendiri 64. ..pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis 65. ..dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi 66. ..pelbagai cabaran yang bakal menghambat 67. ..pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat 68. ..pembentukan masyarakat sakinah 69. ..pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini 70. ..pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini 71. ..perlu dibaja kembali 72. ..perubahan yang diharap masih belum menjelma 73. ..petanda kehancuran generasi 74. ..seakan- akan yang sinar itu yakni makin sirna 75. ..didiklah anak- anak semulia Ali B. Abi Talib serta Fatimah az- Zahra Kata-kata Pujangga: Andai kau pernah menghirup madu, melihat damai dan merasa senang, ingatlah suatu masa nanti mungkin semua itu akan sirna. Kata-kata Pujangga: Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia, mencintai kematian di dalam ketaatan, dan melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan. Jika berkuasa mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan anjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung! Kitakah mereka itu? Kata-kata Pujangga: Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu untuk dia mendidik orang lain. Kata-kata Pujangga: Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan perkara yang bodoh. Kata-kata Pujangga: Orang yang bijak tidak akan melengah-lengahkan kerjanya. Jangan kau tangguh kerja hari ini untuk esok hari! Kata-kata Pujangga: Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan itu tidak bergelora. Kata-kata Pujangga: Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah. Kata-kata Pujangga: Mereka yang menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di akhir zaman umpama menggenggam bara api yang menyala. Kitakah mereka itu?

  • 10 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Kata-kata Pujangga: Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan. Kata-kata Pujangga: Rumah yang kecil kadangkala mampu melahirkan tokoh yang hebat Kata-kata Pujangga: Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana. Kata-kata Pujangga: Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki. Kata-kata Pujangga: Tangisan seorang bayi adalah serungkai kata yang penuh makna. Kata-kata Pujangga: Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya. Imam al-Ghazali berkata: RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun yang sangat berbisa.

    Kata-kata Pujangga: Kenapa manusia menyerahkan kehidupannya untuk ditentukan oleh orang lain sedangkan dia mampu berdoa kepada Tuhannya dan tiada siapa yang boleh menghalangnya berdoa?

    Berkata Ar-Rumi: Manusia dilahirkan dengan kemampuan untuk terbang, kenapa pula mereka memilih untuk merangkak sepanjang hayat.

    Kata-kata Pujangga: Kemenangan bermula dari dalam diri. Ibnu Mutaz pernah berkata: Penyimpan harta itu mati walaupun ia masih hidup. Penyimpan ilmu pula hidup walaupun ia telah mati.

    Kata-kata Pujangga: Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita laksanakan itulah yang mengubah kita.

    Kata-kata Pujangga: Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun bisa terjadi.

  • 11 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

  • 12 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

  • 13 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

  • 14 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    CONTOH PENDAHULUAN YANG MENARIK. Soalan Contoh 1 Kerajaan telah berusaha untuk membanteras gejala rasuah, namun amalan yang berakar umbi dalam kalangan masyarakat ini masih wujud. Pada pendapat anda, mengapakah masalah rasuah perlu dibendung? Perenggan Pendahuluan Contoh 1 Kebelakangan ini, kes rasuah semakin bertambah dan nampaknya sukar dibanteras kerana melibatkan pegawai kerajaan dan swasta, ahli politik, dan orang awam. Keadaan ini membimbangkan kita kerana jika dibiarkan, sudah tentu perkara ini akan menjadi seperti api di dalam sekam. Fenomena ini sekali gus akan melahirkan masyarakat yang tiada integriti, contohnya jika seseorang pegawai menawarkan rasuah untuk menutup kesalahan dirinya daripada landasan undang-undang, jelaslah betapa rendahnya akhlak dan maruah dirinya. Oleh itu, semua pihak harus berusaha untuk membanteras gejala rasuah agar masyarakat Malaysia yang amanah dan berintegriti dapat dilahirkan. Hal ini perlu dititikberatkan kerana rasuah perlu dibanteras dari awal iaitu, mencegah lebih baik daripada mengubati sesuatu penyakit. Soalan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Jelaskan kelebihan bangunan bersejarah tersebut. Perenggan Pendahuluan Contoh 2 Bangunan bersejarah tinggalan penjajah pada zaman penjajahan memang banyak terdapat di negara kita yang perlu dikekalkan kerana mempunyai nilai warisan yang tinggi. Bangunan tersebut boleh dijadikan fakta sejarah yang menarik pelancong asing ke negara kita. Oleh itu, Pulau Pinang dan Melaka yang telah diisytiharkan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO baru-baru ini masih banyak memiliki bangunan bersejarah seperti di Fort Cornwalis di Pulau Pinang dan Bangunan Stadhuyst di Melaka. Jadi, kerajaan kedua-dua buah negeri tersebut perlulah mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah tersebut jika tidak mahu perisyhtiharan itu ditarik balik. Oleh itu, langkah yang diambil oleh UNESCO itu perlu disokong kerana hal pasti meningkatkan imej negara. Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. ( Bahagian A) Perenggan Pendahuluan Contoh 3 Darsawarsa, dalam menempuh arus modenisasi yang menerjah watan tanpa diundang, pencemaran alam sekitar makin, menjadi parah barah serta duri dalam daging watan. Pelbagai anjakan paradigma telah digarap dan dicanang bagi membendung kemelut ini temasuklah yang hangat meniti dari bibir ke bibir masyarakat; Program Kitar Semula . Persoalan yang menjadi

  • 15 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    tanda tanya ialah apakah strategi- strategi yang wajar diorak dan digarap bagi membudaya Program Kitar Semula dalam kalangan masyarakat 1 Malaysia ? CONTOH PENUTUP YANG MENARIK. ( Gunakan : Sebagai menggulung segala yang dibincangkan, Akhir kalam, Kesimpulannya, Tuntasnya, Intihanya dan Konklusinya ) Perenggan Penutup Contoh 1 Oleh hal yang demikian, masalah rasuah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama anggota masyarakat. (Kesimpulan) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang keburukan dan kesan rasuah kepada masyarakat. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah rasuah tidak diatasi sudah tentu perkara ini akan merosakkan jentera pentadbiran negara.(Huraian Apa kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan sebelum menjadi lebih serius. (Peribahasa) Sekiranya hal ini dapat direalisasikan, sudah pastilah masyarakat dan negara kita akan bebas daripada belenggu rasuah. (Kepentingan) Perenggan Penutup Contoh 2 Oleh hal yang demikian, pelaburan asing memang penting untuk menjana ekonomi sesebuah negara. (Kesimpulan) Usaha-usaha yang serius hendaklah dipertingkat untuk menarik pelaburan asing agar hal ini akan menambahkan pelaburan ke dalam negara kita. (Huraian Apa yang perlu dibuat) Sekiranya pelabur asing kurang membuat pelaburan di sesebuah negara sudah pastinya ekonomi negara tersebut sukar untuk berkembang. (Huraian Apa kesannya) Hal ini demikian kerana, negara-negara tersebut mengalami masalah kekurangan modal untuk membangunkan negara mereka. (Huraian Apa kesannya) Jadi, pihak yang bertanggungjawab dalam bidang pelaburan ini hendaklah mencari jalan (Peribahasa) bagi menarik lebih banyak pelabur asing untuk membuat pelaburan. (Kepentingan) Soalan Contoh 3 Bincangkan usaha- usaha bagi membudayakan Program Kitar Semula dalam kalangan rakyat. ( Bahagian A) Perenggan Penutup Contoh 3 Intihanya, semua pihak perlu bekerjasama membentuk sinergi bak aur dan tebing serta persis isi dan kuku dalam usaha membudayakan Program Kitar Semula kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyrakat kerana muafakat . Selanjutnya Malaysia mampu dijulang sebagai negara model bukan sahaja dari aspek pembangunan fizikal malahan akhlak rakyat pertiwi kerana terbangnya belon bukan kerana merah, biru dan kuning warnanya tetapi kerana kandungan gasnya selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk bersukat sama paras, bertimbang sama berat dengan negara- negara maju yang lain.

  • 16 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    PENDAHULUAN DAN PENUTUP YANG MENARIK ISU: SEJARAH TANAH AIR Marcapada, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, warga watan makin hari makin menyisihkan sejarah tanah air dari sinonim kehidupan mereka. Seandainya ditanya remaja remaja masa kini mengenai cita- citanya, jawapan yang lazim sudah terang lagi bersuluh lazimnya menjurus ke arah bidang sains dan teknologi seolah- olah dunia ini didirikan hanya bergantung pada tiang seri sains sahaja. Kemudian, jikalau ditanya sekali lagi ditanya sekali lagi subjek yang paling kurang diminati pelajar agak- agaknya Sejarah yang menjadi pilihan perdana. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Begitulah ungkapan yang sesuai bagi menggambarkan perasaan Sejarawan kita yang dikatakan ketandusan tulang empat kerat belia muda yang berperanan menjadi pelapis buat persediaan mendepani cabaran masa hadapan. Persoalannya, apakah manfaat- manfaat memahami sejarah tanah air? Sebagai menggulung segala yang telah dibicarakan, sejarah tanah air sememangnya tidak dapat disangkal membawa seribu satu kemashalatan sekiranya difahami dan dihayati serta diimplementasikan dalam kehidupan. Seorang sejarawan Barat ada berkata bahawa sejarah pasti akan berulang sekiranya sejarah luput di ingatan. Lantas, sebelum nasi menjadi bubur semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing agar sejarah tanah air terus lestari dan difahami. Maka, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain dapat dijana dan direalisasi sejajar dengan Wawasan 2020 dalam konteks pembentukan generasi madani yang besahsiah murni. ISU: GEJALA SOSIAL Mutakhir ini, secara sedar atu tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan sains dan teknologi, watan mendepani kepincangan yang lazimnya remaja lebih cenderung iaitu gejala sosial. Dalam milenium ini, tatkala tanah air kita rancak menari mengikut rentak arus modenisasi dan globalisasi dalam konteks pembangunan fizikal yang diibaratkan cendawan yang tumbuh selepas hujan, onak dan kekangan, sebagai tamsilan, lumba haram, kecurian dan seumpamanya lagi makin membarah dan menjadi polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat . Kalau ditanya siapa dalangnya atau dari manakah akar umbinya masing- masing menunding jari sesama sendiri. Tambahan pula, masalah yang ruwet ini memberi pelbagai impak. Justeru, satu soalan ingin saya lontarkan ; apakah strategi-strategi bernas yang perlu diketengahkan di meja bulat serta dilaksanakan ? Intihanya, potongan kata Tun Mutahir Mohammad, mantan Perdana Menteri kita yang ke- 4 bahawa rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama tetapi memiliki minda kelas ketiga sewajarnya kita hayati. Lantas, semua pihak perlu menjalinkan sinergi bak aur dan tebing, persis isi dan kuku dalam usaha memerangi gejala sosial yang semakin parah dan barah serta duri dalam daging watan. Ironinya, jika tiada kata sepakat, tiadanya ukhwah dalam ummah maka runtuhlah harapan yang tinggi menggunung kerana bulat air kerana pembentung, bulat masyarakat kerana muafakat. Oleh itu, sekiranya harapan tersebut menjadi realiti dan bukan sekadar ilusi yang terngiang-ngiang di kotak pemikiran mat jenin, hasrat dan aspirasi negara untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain mampu digamit dan direalisasi.

  • 17 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    CONTOH KARANGAN PERBINCANGAN

    PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA

    Pada era pascaglobalisasi ini, isu keruntuhan institusi keluarga semakin hangat menjadi

    bicara semua rakyat Malaysia tidak kira tua mahupun muda. Walaupun berbagai-bagai

    prakarsa telah dimainkan oleh para ibu bapa untuk mengekalkan keharmonian keluarga, namun

    hal ini seolah-olah tiada nokhtah pengakhiran. Adakah peranan yang dimainkan oleh

    Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak cukup bersepadu untuk membawa

    paradigma baru ke dalam institusi kekeluargaan? Adakah peranan yang digerakkan oleh

    institusi keluarga dalam memacu keluarga mereka di bawah payung keharmonian gagal. Hal ini

    mungkin berpunca daripada prakarsa yang dimainkan oleh anak-anak yang tidak cukup mapan

    untuk membantu menyelesaikan masalah yang menunjangi keluarga mereka. Oleh itu, sudah

    menjadi amanah yang perlu dipikul anak-anak dalam merangka uslub terbaik untuk sama-sama

    memikul amanah kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing supaya usaha membentuk

    keluarga yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan berjaya. Jadi, hendak seribu daya

    tak hendak seribu dalih dan oleh itu prakarsa ini hendaklah dimulakan dari sekarang kerana kita

    Isiyangsinonimbagi(Faktor/Usaha/Kesan)Diri~Jatidiri/KesedaranKeluarga~Didikankepadaanak~Ibubapacaknaakantindaktandukanakanak

    Masyarakat~Sikapjagatepikainorang~SahutseruankempenkesedaranyangdijalankanSekolah~Melaluipendidikan~Kempen/Minggu/BulanNegara/Mediamassa/NGO~Kolaberasidenganpihak(Negara/Mediamassa/NGO)mengadakankempen~Tindakanundangundang~Insentif

    ~ RUJUK MUKA SURAT YANG TERAKHIR BAGI PENJELASAN YANG LEBIH IZHAR

  • 18 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    perlu menyediakan payung sebelum hujan. Jadi, anak-anak hendaklah menggerakkan kembali

    jentera yang lebih bersepadu bagi membahagiakan ibu bapa dan sekali gus membentuk

    keluarga yang bahagia.

    Sebenarnya, banyak prakarsa yang boleh dimainkan oleh anak-anak untuk

    membahagiakan ibu bapa mereka antaranya adalah dengan memberikan kejayaan dan

    kecemerlangan kepada mereka. Tidakkah semua orang melihat, saban tahun apabila

    keputusan Sijil Pelajaran Malaysia diumumkan pasti ada yang berduka dan bergembira. Tetapi

    tidakkah mereka menyedari bahawa seorang insan yang bergelar ibu bapa pasti akan

    mengalirkan air mata kegembiraan apabila melihat keputusan cemerlang yang diraih oleh anak-

    anak mereka? Sudah pastinya terselit seribu kepuasan dalam diri ibu bapa kerana keperitan

    dan penderitaan mendidik dan membesarkan anak-anak telah terbalas dengan kejayaan anak-

    anak mereka. Oleh itu, anak-anak hendaklah belajar bersungguh-sungguh dan membesar

    mengikut acuan yang telah dibentuk oleh ibu bapa mereka. Orang tua-tua ada menyatakan

    bahawa usaha tangga kejayaan, jadi usaha yang gigih tanpa mengenal erti putus asa akan

    membuahkan kejayaan yang manis untuk dikecapi. Kegigihan anak-anak semata-mata untuk

    mencapai kejayaan bagi dihadiahkan kepada ibu bapa mereka akan dapat direalisasikan

    sekiranya mereka berjaya menangkis segala ancaman yang masuk ke tingkap globalisasi

    kehidupan mereka. Tuntasnya, sudah jelaslah bahawa kejayaan dan kecemerlangan dalam

    pelajaran merupakan salah satu tunjang utama untuk membahagiakan ibu bapa.

    Sedasarwasa ini, anak-anak yang mempunyai akhlak dan budi pekerti mulia juga

    merupakan salah satu elemen utama dalam memberikan kebahagiaan kepada orang tua

    mereka. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara merupakan kata-kata hikmat yang

    acap kali ditujukan khas kepada generasi muda tetapi tidak melampaukah jika semua orang

    mengatakan bahawa anak-anak merupakan tonggak utama keluarga, jantung hati, permata

    bernilai buat ibu bapa? Bagi segelintir pihak, anggapan ini dipandang sinis tetapi itulah realiti

    sebenar bahawa anak merupakan tunjang utama keluarga dalam memacu ke arah

    kebahagiaan keluarga. Selama bertahun-tahun anak-anak dididik dengan kebanyakan ibu bapa

    yang mengamalkan konsep melentur buluh biarlah dari rebungnya dan hasilnya, anak-anak

    telah berjaya menjadi insan yang berguna dan mampu menangkis segala hedonisme serta

    panji-panji kejahatan yang berleluasa kini. Jadi, hati ibu mana yang tidak sejuk melihat anak

    yang dipelihara mereka mempunyai keperibadian yang unggul. Oleh itu, anak-anak seharusnya

    berusaha menjaga akhlak dan budi pekerti mereka walaupun di mana-mana mereka berada

  • 19 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    kerana imej dan maruah keluarga bersandarkan tingkah laku mereka malah itulah juga yang

    menjadi kunci kebahagiaan buat ibu bapa mereka.

    Sementelahan pula, ibu bapa juga akan bahagia jika anak-anak mereka menghormati

    mereka. Dalam menyoroti hal ini, aspek jasmani, emosi, intelektual dan sosial yang termaktub

    dalam Falsafah Pendidikan negara sebenarnya mampu menjadi platform utama untuk anak-

    anak membahagiakan ibu bapa mereka. Bagi menyingkap hal ini, aspek jasmani yang boleh

    dipraktikkan anak-anak adalah dengan menghormati orang tua mereka sama ada dalam bentuk

    perbuatan mahupun perkataan. Sebagai contoh terdekat yang sangat ketara dengan semua

    pihak ialah seorang anak hendaklah bersalaman dengan ibu bapa mereka sebelum pergi ke

    mana-mana dan mereka hendaklah menundukkan badan sedikit apabila berjalan di hadapan

    orang tua. Dalam aspek emosi pula, anak-anak hendaklah menjaga perasaan ibu bapa mereka

    dan tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh menguris hati mereka. Dalam menghayati

    peribahasa yang berbunyi kerana mulut santan binasa dan sudah terhantuk baru nak tengadah,

    anak-anak hendaklah sentiasa menjaga segala tutur bicara mereka supaya perkataan yang

    diucapkan tidak menyinggung perasaan ibu bapa mereka. Dalam memperincikan aspek

    intelektual pula, anak-anak hendaklah mendengar nasihat yang diberikan ibu bapa bagi

    membolehkan mereka memperoleh keberkatan ketika mereka belajar. Hal ini sekali gus

    membolehkan segala ilmu yang dipelajari mampu diserap dengan mudah tidak seperti masuk

    telinga kiri, keluar telinga kanan. Eksplisitnya, memang benarlah bahawa sifat hormat

    seseorang anak terhadap kedua-dua orang tua mereka mampu membahagiakan mereka.

    Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing merupakan peribahasa yang sering

    berlegar-legar dan bermain-main di segenap kehidupan harian rakyat Malaysia. Jadi, dalam

    mempraktikkan hal ini, anak-anak hendaklah mengaplikasikan sikap ringan tulang dengan

    membantu ibu bapa menguruskan kerja-kerja rumah. Perkara ini bukan sahaja memudahkan

    urusan ibu bapa mereka malah dapat mengeratkan hubungan ukhwah kekeluargaan yang

    tersimpul rapi. Dalam menyingkap hal ini, konsep muafakat membawa berkat boleh diamalkan

    oleh ibu bapa dan anak-anak dengan saling membantu mengemaskan rumah. Bertitik tolak

    daripada aktiviti melakukan kerja-kerja rumah, rumah bukan sahaja cantik malah dapat

    menghindari diri daripada segala wabak penyakit akibat tidak mengutamakan kebersihan

    persekitaran. Lanjutan daripada hal ini, beban yang digalas oleh ibu bapa akan menjadi ringan

    malah mampu melestarikan warna-warni kebahagiaan dan keharmonian keluarga tersebut.

    Senario ini sekali gus mengurangkan jurang perpecahan sesebuah institusi keluarga seperti

  • 20 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    statistik sahih yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada tahun 2007

    hingga 2008 yang menunjukkan bahawa satu daripada sepuluh pasangan di Malaysia bercerai

    setiap hari. Tuntasnya, memang benarlah bahawa peranan anak-anak dalam membantu

    meringankan beban ibu bapa mereka menguruskan kerja-kerja rumah amat signifikan untuk

    mewujudkan kebahagiaan buat mereka.

    Selain itu, prakarsa lain yang boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa adalah

    mendengar nasihat mereka. Bagi menghuraikan perspektif ini, semua orang dapat menyaksikan

    bahawa hampir saban hari ada sahaja kes-kes yang membabitkan ibu bapa dan anak-anak

    menghiasi muka-muka depan akhbar di Malaysia sama ada kes pembuangan ibu bapa atau

    pergaduhan antara anak dengan kedua-dua ibu bapa mereka. Cuba kita renungkan kembali

    peristiwa yang berlaku pada 27 Oktober 2010 di akhbar Harian Metro bertajuk, Trajedi pilu 9

    anak membuang ibu mereka yang sudah tua. Wajarkah 9 orang anak bertindak sedemikian

    rupa? Pastinya peristiwa dan tragedi hitam ini tidak akan berlaku jika seorang anak tidak

    mengamalkan peribahasa seperti kacang lupakan kulit dan mendengar nasihat. Anak-anak

    yang mendengar nasihat sudah pasti akan menjaga kebajikan ibu bapa mereka terutama ketika

    umur senja mereka. Janganlah anak-anak membiarkan nasihat ibu bapa mereka umpama

    mencurah air ke daun keladi kerana segala nasihat itu tidak lebih untuk kebahagiaan anak-anak

    itu juga. Deduksinya, memang izharlah bahawa jika seseorang anak mendengar nasihat ibu

    bapa maka perkara inilah yang menjadi kunci kebahagiaan kepada ibu bapa mereka.

    Tambahan lagi, mendoakan kesejahteraan ibu bapa juga adalah antara prakarsa yang

    boleh dilakukan untuk membahagiakan ibu bapa. Dalam menghayati hal ini, boleh dilihat dari

    dua perspektif yang berbeza. Perspektif pertama, mendoakan kesejahteraan ibu bapa ketika

    mereka masih hidup dan yang keduanya, mendoakan kesejahteraan mereka setelah mereka

    meninggal dunia. Oleh hal yang demikian, seseorang anak hendaklah menjadikan doa sebagai

    budaya yang sinonim dengan diri mereka. Bagi merealisasikan hal ini, kekerapan berdoa

    kepada ibu bapa hendaklah dilakukan sebagai aktiviti rutin selepas solat kerana alah bisa tegal

    biasa. Tidak mustahil rasanya langkah ini dipraktikkan dan diaplikasikan dalam kehidupan

    seharian kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jadi, anak-anak hendaklah

    mendoakan kesejahteraan, keselamatan, kesihatan dan kemurahan rezeki untuk pihak ibu bapa

    mereka. Hal ini bukan sahaja bakal memudahkan urusan ibu bapa mereka di akhirat kelak

    malah akan membawa kebahagiaan di dunia lagi. Bagi merungkai kehidupan selepas mati, ibu

    bapa pastinya berasa bahagia dan tenang apabila berada di alam barzakh berkat doa seorang

  • 21 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    anak yang soleh. Konklusinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa doa merupakan senjata

    yag penting dan utama untuk membahagiakan ibu bapa.

    Secara kesimpulannya, memang terdapat banyak peranan yang boleh dimainkan oleh

    anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa. Oleh itu, anak-anak hendaklah selalu berusaha

    membahagiakan ibu bapa mereka secara istiqamah bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam

    mahupun bersikap melepaskan batuk di tepi tangga. Hal ini juga mampu membawa

    kebahagiaan kepada ibu bapa mereka malah menjadi kayu ukur falah anak-anak dalam meniti

    kehidupan yang serba mencabar di alam fana ini. Seterusnya, anak-anak akan menjadi insan

    yang cemerlang, gemilang dan terbilang bersama-sama berganding bahu, selangkah sederap

    dengan pihak kerajaan dalam menjalankan tranformasi besar-besaran untuk memastikan

    keluarga sakinah dapat dilahirkan. Perkara ini sekali gus mampu membawa evolusi bermakna

    dalam institusi kekeluargaan dan seterusnya merealisasikan aspirasi kerajaan dalam mencapai

    visi kudsi Wawasan 2020. Jadi, kejayaan seseorang anak membahagiakan ibu bapa mereka

    sebenarnya mampu menjadi khazanah berharga untuk memajukan nusa dan bangsa.

  • 22 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

    Darsawarsa, sama ada secara sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan sains dan

    teknologi persada kita telah dilanda kemelut kemalangan jalan raya yang meniti hari makin

    ruwet tatkala watan melayari bahtera di arus modenisasi dan globalisasi yang menerpa tanpa

    diduga. Berdasarkan Rang Undang- Undang Pengangkutan Jalan (PINDAAN) 2010, negara

    kita telah merangkul kedudukan ke-46 daripada 172 buah negara dari indeks kematian bagi

    setiap 10 000 kenderaan yang berdaftar. Seyogia, tidak hairanlah masyarakat Malaysia

    mendepani 18 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi sehari. Menjelang musim perayaan

    pula, graf kemalangan jalan raya pasti akan memaparkan peningkatan apatah lagi jumlah

    kematian. Persoalannya, apakah mangkin-mangkin yang menjurus ke arah kemalangan?

    Justeru, apakah strategi-strategi yang perlu digarap bagi membendung kepincangan ini?

    Jawapannya, tepuk dada tanyalah selera.

    Akar umbi berlakunya kemalangan jalan raya sebenarnya ialah sikap individu atau

    pengguna jalan raya itu sendiri. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir pemandu yang suka

    memandu melebihi daripada had yang telah ditetapkan kerajaan. Had laju yang ditetapkan di

    lebuh raya ialah 110km sejam, tetapi pemandu memandu melebihi 110km sejam seolah-olah

    jalan raya itu litar lumba bagi mereka menonjolkan kehandalan masing-masing. Bagi jalan-jalan

    persekutuan pula pula, had laju yang ditetapkan ialah 90km sejam. Adakah pemandu-pemandu

    di negara kita mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Jawapannya tentulah

    tidak kerana jumlah kemalangan maut di jalan raya di negara kita meningkat setiap tahun.

    Paparan di dada akhbar pada musim-musim perayaan amat menyayat hati. Sebagai contoh,

    dalam perayaan Aidil Fitri yang lalu, orang ramai terpaksa menyaksikan seorang penumpang

    yang kemalangan tersepit dalam kenderaan tidak dapat dikeluarkan dan mati kerana kenderaan

    tersebut meletup tiba-tiba selepas terbabas. Apakah perasaan kita, jika kita sendiri yang

    mengalami keadaan seperti itu? Pendek kata, ibarat enau dalam belukar melepaskan pucuk

    masing-masing, mereka sememangnya mementingkan diri sendiri kononya mereka berada

    dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengambil kira situasi pemandu-pemandu lain dan

    seterusnya menyebabkan kemalangan.

    Selain itu, faktor persekitaran luaran turut mengundang bahana kemalangan.

    Sesetengah tempat pula dihantui dengan infrastruktur perhubungan dan pengangkutan yang

    tidak diselenggara dengan baik. Ada jalan yang berlubang- lubang. Ada yang berliku-liku

    macam ular kena palu. Kendatipun begitu, ada juga yang dibaik pulih. Namun, sesetengah

  • 23 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    projek tersebut seperti di Jalan Pasir Panjang ke Port Dickson memperlihatkan suatu gajah

    putih yang terbengkalai dan memakan masa bagi menyiapkannya ibarat menunggu kucing

    bertanduk. Elemen- elemen seperti ini jika digembleng sememangya mampu menyebabkan

    hilang kawalan ke atas kenderaan dan Boom!!!, kemalangan jalan raya. Sudah tentu rawan

    kita rasakan sekiranya berita-berita yang hangat dipaparkan di dada-dada akhbar dan skrin

    televisyen serta polemik yang meniti dari bibir ke bibir masyarakat berkait rapat dengan sikap

    pihak peneraju kemajuan jalan raya yang tidak bertanggungjawab bagai melepaskan batuk di

    tangga yang hanya menunggu disuapkan laba bagai orang lain yang makan nangka, orang lain

    yang terkena getahnya. Justeru, keadaan jalan raya yang hambar mampu mencetuskan

    kemalangan.

    Madah pujangga Arab ada menyebut setiap penyakit ada penawarnya. Petikan hadis

    daripada riwayat Imam al- Hakim dan al- Baihaqi dari Ibnu Abbas RA , sabda Rasulullah ;

    manfaatkankah lima masa sebelum datang lima masa; masa hidup sebelum datang saat

    mati kamu, masa sihat sebelum masa sakit kamu, masa lapang sebelum masa sibuk kamu,

    masa muda sebelum datang masa tua kamu, jelas menggambarkan bahawa kita perlu

    bersedia untuk sebarang kemungkinan ibarat sediakan payung sebelum hujan.

    Antara resepi atau langkah yang perlu diorak bagi meminimumkan masalah ini adalah

    melalui peranan individu . Marcapada kini, setiap pengguna perlu ada kesedaran agar lebih

    cakna akan persekitaran. Sikap merancang jadual perjalanan tidak dapat disangkal perlu dibaja

    apatah lagi bagi perjalanan jarak jauh. Begitulah saranan Ketua Program Pengurusan

    Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),

    Prof. Dr. Abd. Rahim Md. Nor. Ingat sebelum kena jimat sebelum habis, dengan adanya suatu

    atur masa yang efisien, masalah mengantuk dan penat ketika memandu dapat dielakkan.

    Seterusnya, jumlah kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Maka, jelaslah seorang insan

    mampu mengubah nasib negara.

    Di samping itu, kerajaan telah melancarkan pelbagai kempen termasuklah kempen

    Ingatlah Orang Tersayang serta baru- baru ini Tunggang Jangan Tunggang Langgang bagi

    membendung masalah samseng jalanan yang selalu dikaitkan dengan kepincangan

    kemalangan jaln raya yang makin obes, parah dan menjadi barah serta duri dalam daging

    watan. Dengan pelancaran kempen-kempen tersebut, masyarakat akan didedahkan dengan

    impak kemelut tersebut serta peranan masyarakat. Media massa melalui media elektronik serta

    media cetak yang berpengaruh luas mampu menyebarkan informasi dengan efektif kerana

  • 24 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    setiap hari 23 juta penduduk Malaysia menonton televisyen tiap-tiap hari. Penguatkuasaan

    undang-undang seperti Penubuhan SPAD, pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Secara

    Automatik serta Pengemaskinian peruntukan-peruntukan tertentu Akta 333 turut memainkan

    peranan. Lantas, sekiranya pihak kerajaan berganding bahu dan menggembleng tenaga

    dengan pihak media massa ibarat aur dan tebing, suatu fenomena dalam menjamin

    keselamatan jalan raya dapat diwujudkan.

    Intihanya, kemalangan jalan raya boleh dielakkan seandainya semua pihak

    bekerjasama kerana bulat air kerana pembentung bulat masyarakat kerana muafakat serta

    sesungguhnya keselamatan jalanraya tanggungjawab bersama. Kecuaian dan kelalaian sikap

    manusia ialah kunci utama berlakunya kemalangan jalan raya. Mantan Perdana Menteri

    keempat pernah berkata, rakyat Malaysia mempunyai kemudahan infrasrtuktur kelas pertama

    tetapi memiliki minda kelas ketiga.. Fahamilah kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana

    nasib sesuatu kaum itu tidak akan berubah melainkan kaum tersebut berusaha mengubahnya.

    Malang tidak berbau, maka dengan adanya keringat bagi membendung kemelut pelapis

    masyarakat madani yang yang memiliki nilai-nilai syumul dapat direalisasikan sejajar dengan

    hasrat dan aspirasi negara untuk diri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara

    maju..

    (783 patah perkataan)

  • 25 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    CONTOH KARANGAN BERFORMAT- PIDATO

    Tingkap papan kayu bersegi,

    Sampan sakat di Pulau Angsa,

    Indah tampan kerana budi,

    Tinggi bangsa kerana bahasa.

    Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.

    Terima kasih buat peraju majlis nan budiman. Yang dihormati panel juri penjunjung

    kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan kulasentana dewan yang

    ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.

    Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.

    Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya perdengarkan

    pada awal perkenalan kita jelas menggambarkan tajuk pidato saya pada kali ini. Arena Pidato

    Piala Diraja ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk Budi Bahasa Budaya Kita.

    Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk pidato saya pada hari

    ini. Berdasarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni yang telah dilancarkan oleh mantan

    Perdana Menteri kita yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi di Istana Budaya pada

    tahun 2008 dengan jelas menakrifkan budi bahasa merupakan budi pekerti yang luhur, memiliki

    etika yang unggul serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. Manakala budaya itu

    dikatakan cara hidup yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi.

    Warga dewan yang saya hormati, akan saya jana dan kupas hujah-hujah berdasarkan

    atas 3 gagasan utama bagi mengulas pidato saya pada hari ini. Pertama atas tonggak budi itu

    sebagai wadah perpaduan apatah lagi dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.

    Keduanya, budi bahasa itu menjadi tonggak dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing

    dan akhir sekali, budi bahasa itu amat dititikberatkan dalam melestarikan keamanan serantau.

    Pertama, budi bahasa itu dikatakan sebagai wadah menyemai perpaduan. Keluarga

    menjadi tonggak utama dalam nilai-nilai kesopanan dan kesantunan dalam jiwa anak-anak.

  • 26 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Apatah lagi kita sebagai masyarakat timur, amalan budi bahasa sudah menjadi sinonim dalam

    kehidupan. Institusi keluarga bertanggungjawab mendidik setiap ahli keluarga mengenai cara

    bertutur yang sopan, jujur, amanah, bersyukur dan seumpamanya lagi. Secara tidak langsung

    amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita. Lantas, masyarakat majmuk di

    negara ini sememangnya menuntut penyuburan dan amalan nilai-nilai murni bagi menjamin

    keharmonian dan perpaduan rakyat akan terus utuh dan kukuh kerana sendi bahasa itu ialah

    budi, runtuh budi runtuhlah bangsa.

    Kulawarga dewan penggerak wawasan,

    Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua kepentingan budi bahasa,

    iaitu berpegangkan kepada budi bahasa itu dalam melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

    Malaysia hari ini, semakin maju dan membangun dengan kepesatan dalam pelbagai bidang.

    Namun di sebalik pembangunan fizikal, kita perlu ingat masyarakat kita perlu ada agenda

    tersendiri agar tidak semata-mata hanya mempunyai infrastruktur kelas pertama bahkan juga

    memiliki mentaliti kelas pertama juga. Sehubungan itu, nilai-nilai murni dan aspek budi bahasa

    yang kukuh dan mantap mampu melahirkan modal insan cemerlang buat negara. Tun Abdullah

    Ahmad Badawi juga pernah menggambarkan bahawa budaya dan sistem nilai itulah menjadi

    kayu ukur sebuah negara maju. Peranan budi bahasa dan nilai-nilai murni menjadi amat penting

    dalam pembentukan masyarakat yang maju dan berdaya saing mengikut acuan kita sendiri .

    Budi bahasa itu menjadi nadi melestarikan keamanan serantau menjadi sentuhan saya

    yang ketiga. Nilai diplomasi, hormat-menghormati, dan saling bertolak-ansur menjadi antara

    intipati utama dalam melestarikan hubungan negara kita dengan negara-negara serantau.

    Adanya nilai-nilai tersebut menjadi tunjang kepada negara kita mengekalkan hubungan baik

    dengan negara-negara jiran dan seterusnya kemajuan serantau terus dijana. Kita lihat kembali

    lipatan sejarah hamper 5 dekad yang lalu, tanggal 20 Januari 1963 Konfrantasi antara Malaysia

    dengan Indonesia, melihat dua buah negara ini duduk di meja bulat mengamalkan nilai

    diplomasi menolak sekali-kali penggunaan senjata telah mencapai kesepakatan berdamai demi

    kepentingan bersama. Sehingga sekarang, Malaysia sering mengamalkan sikap berhemah

    dalam menjalinkan dan menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara jiran terutamanya

    Indonesia. Ibarat kata pepatah, Menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung

    tidak berselerak, .

  • 27 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Konklusinya, mauduk Budi Bahasa Budaya Kita. Sewajarnya kita hayati dan menjadi amalan

    kita semua.

    Yang kurik itu kundi

    Yang merah itu saga

    Yang baik itu budi

    Yang indah itu bahasa.

    Sekian, pemidato bestari mohon undur diri.

    Assalamualaikum wh.wb.

  • 28 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Bunga melati tepian perigi,

    Wanginya hilang di waktu petang,

    Andainya tinggi nilai pekerti,

    Masyarakat cemerlang, negara terbilang.

    Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wh.wb.

    Terima kasih buat teraju perdana majlis nan budiman. Yang dihormati panel juri penjunjung

    kesaksamaan, penjaga masa penghitung detik-detik perjalanan dan kulasentana dewan yang

    ceria di hati, lagi tinggi budi pekerti.

    Salam Perpaduan, Salam Satu Malaysia , Salam Pidato.

    Kulasentana dewan yang saya muliakan serangkap pantun yang saya perdengarkan

    pada awal perkenalan kita, jelas menggambarkan tajuk pidato saya pada kali ini. Arena Pidato

    Piala Ketua Menteri ini saya warnai dengan berpaksikan mauduk Nilai- nilai Murni

    Pemangkin Budaya Masyarakat Cemerlang.

    Sebelum jauh kita melangkah, izinkan saya mengungkaikan tajuk pidato saya pada hari

    ini. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi ke- 4; Nilai murni dapat didefinisikan

    sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya

    sesama manusia, alam dan tuhan. Pemangkin pula bermaksud faktor yang mempercepat se-

    suatu perubahan manakala budaya memberi makna tamadun, dan peradapan cara

    berkelakuan. Masyarakat pula memberi konteks kumpulan manusia yang hidup bersama serta

    cemerlang bermaksud bersinar dengan terang sekali, berkilauan, dan gilang- gemilang.

    Warga dewan sekalian, akan saya jana dan kupas hujah- hujah saya berdasarkan atas

    tiga gagasan perdana. Pertama, peranan ibu bapa dalam membentuk generasi penyayang.

    Kedua penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan di sekolah dan akhir sekali kolaborasi

    antara pihak media massa dan pihak kerajaan.

  • 29 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Modus operandi utama bagi memangkin masyarakat cemerlang adalah melalui peranan

    ibu bapa menyemai dan menyuburkan nilai-nilai murni dalam jiwa anak-anak mereka. Ibu bapa

    ialah individu-individu yang paling rapat dan penting dalam pendidikan anak-anak. Hubungan

    yang rapat ini memberi ruang untuk anak-anak ini sentiasa diasuh dan diterapkan dengan

    sikap bersopan santun dan berbudi bahasa. Mereka dididik supaya sentiasa hormat-

    menghormati, bertutur dengan sopan, bantu- membantu, merendah diri, jujur dan amanah dan

    berbagai lagi Justeru itulah, bak kata bijak pujangga anak-anak diibaratkan kain putih, ibu

    bapalah yang mencorakkannya. Naluri mereka yang suka memberontak dapat dikawal melalui

    nilai-nilai murni yang mementingkan disiplin. Didikan diberikan oleh ibu bapa terhadap anak-

    anak sejak kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya... Pepatah Melayu seperti

    bapak borek anak rintik dan manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi menekankan bahawa

    ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung,

    amalan-amalan murni ini menjadi darah daging masyarakat kita dan menjamin keharmonian

    serta perpaduan rakyat.

    Saya tarik perhatian kulasentana dewan kepada idea kedua pembentukan mayarakat

    cemerlang iaitu penerapan nilai- nilai murni melalui pendidikan di sekolah. Sekolah merupakan

    institusi pendidikan yang tidak dinafikan amat penting dalam membina diri generasi muda minda

    kelas pertama. Falsafah Pendidikan Negara yang disuratkan pada 1987 dengan izhar

    menegaskan betapa sistem pendidikan negara amat menitikberatkan penyemaian nilai-nilai

    murni seperti percaya dan patuh kepada Tuhan serta memiliki sahsiah yang seimbang.

    Pengajaran mata pelajaran seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

    serta Pendidikan Moral menerapkan nilai- nilai murni ke dalam minda pemuda harapan bangsa

    pemudi tiang negara ini. Lantas, dengan adanya jati diri yang teguh, para remaja sukar dibolosi

    anasir- anasir yang mampu menjurus ke kancah kepincangan sosial. Pendek kata, peranan

    budi nilai-nilai murni menjadi amat penting dalam pembentukan masyarakat yang maju dan

    berdaya saing mengikut acuan kita sendiri.

    Kulawarga dewan penggerak wawasan,

    Koleberasi antara pihak media massa dan pihak kerajaan memangkin masyarakat

    cemerlang menjadi titik sentuhan saya yang terakhir. Setiap hari sebanyak 23 juta rakyat

    Malaysia menonton televisyen. Justeru, media massa mampu menjadi platform yang efektif

    bagi menyebarkan maklumat dan mempengaruhi audiens. Belakangan ini, pihak kerajaan

  • 30 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    sering mengadakan pelbagai kempen seperti Kempen Tunggang Jangan Tunggang Langgang,

    Skim Rondaan Sukarela serta Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai murni bagi membendung

    kepincangan sosial yang makin parah dan menjadi barah serta duri dalam daging watan.

    Selain itu, kempen-kempen yang dilancarkan bertujuan untuk menerap serta menanam

    keperibadian yang luhur ke dalam fikiran, hati budi serta perlakuan rakyat Malaysia di semua

    peringkat dan lapisan masyarakat. Usaha ini mampu mewujudkan masyarakat yang berdisiplin,

    hormat-menghormati, saling membantu, di samping mengeratkan siratulrahim serta

    menyemarakkan lagi semangat muhibah dalam kalangan rakyat. Masyarakat cemerlang,

    negara makmur!

    Intihanya, impian kita adalah untuk menjelmakan bangsa yang cemerlang,

    gemilang dan terbilang bukannya bangsa yang kecundang, pincang dan terbuang. Jangan

    biarkan padi di tangan menjadi lalang. Ayam di reban disambar helang. Marilah ke bukit kita

    daki, ke lurah kita turuni sama- sama kita bangkit dan berjuang, ke arah negara yang semakin

    gemilang menerusi penerapan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat dan aspirasi negara untuk

    berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara- negara maju yang lain.

    Sekian, wabillahitaufiqwalhidayah. Assalamualaikum wbrkth.

    RUJUKAN:

    1.Laman sesawang:

    http://www.bmspm.net

    http://bmpmrspm.blogspot.com

    http://cikguanda.blogspot.com

    http://zaizak69.blogspot.com

    http://khirkassim.blogspot.com

    2. Guru2 dan pelajar cemerlang SMK Tun Mutahir

  • 31 MuhammadZarifuddinB.Zainuddin,5SN/2011

    Terima kasih diucapkan

    *jika ada sebarang kesalahan dari segi pembikinan hasil ini atau yang menyinggung sebarang pihak harap dapat dimaafkan~~~

    TUNTAS KARANGAN

    ImbassemuasoalankarangandanSENARAIKANUNGKAPANMENARIKDANPERIBAHASAdahulusebelummulamenulis

    1. Individu2. Keluarga

    Contohisu:~Gejalasosial~Amalangayahidupsihat

    1. Masyarakat2. Sekolah3. Negara(danmediamassa)

    Contohisu:(selalunyasoalanpadaarastinggidanseringdinombor4BahagianBkertas1)~Bioteknologi~Bahasadankomsas

    1.BiasakanpenggunaanteknikDiKeMaSeNbagimenjanaisi:Faktor/Usaha/Peranan/ImpakDiDiriKeKeluargaMaMasyarakatSeSekolahNNegara2.GunakanteknikItikMakBedahKenaKebasbagimengembangkanisiItikIsiMakMengapa(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)BedahBagaimana(isuberlaku/usahaatauperanantersebutmenyumbang)KenaKesan(terhadapterhadappihakdalamisi)KebasKesimpulan(gunakanperkataanseperti;Kesimpulannya,Pendekkata,Eksplisitnya(secaralangsung),Implisitnya(secaratidaklangsung))