04 siti masliza - persepsi pensyarah terhadap pengurusan.pdf

Upload: mohd-zaini-abdullah

Post on 24-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    1/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    72

    PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN

    KURSUS PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (PSH)

    DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT (KKHL)

    Siti Masliza Binti Mohd [email protected]

    Norzila Binti Abdul Razak

    [email protected]

    Kolej Komuniti Hulu Langat

    Abstrak

    Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pensyarah terhadap pengurusan kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat

    (JPSH) di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL). Kolej Komuniti merupakan salah satu hub pembelajaran sepanjang hayatyang menawarkan pelbagai kursus kepada komuniti. Pensyarah di kolej komuniti merupakan kakitangan akademik danbertanggungjawab untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar sepenuh masa dan pada masa yangsama melaksanakan kursus pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti. Pada setiap tahun, JPSH KKHL akanmenetapkan sasaran peserta kursus PSH yang perlu dicapai oleh pensyarah yang juga merupakan KPI Kolej Komuniti

    Hulu Langat. Kajian ini adalah kajian tinjauan melibatkan 43 pensyarah KKHL, menggunakan instrumen soal selidikskala Likert 5 mata untuk mendapatkan maklumbalas pensyarah mengenai corak kepimpinan, tahap kepuasan bekerja dan

    mengenai persekitaran kerja dalam melaksanakan kursus PSH di KKHL. Data kajian yang diperolehi menerusi borangsoal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 21. Hasil analisisdipersembahkan dengan menggunakan frekuensi, peratus, skor min dan sisihan piawai. Hasil kajian menunjukkan skor minkeseluruhan persepsi pensyarah KKHL berkaitan gaya kepimpinan adalah 3.97 dan persekitaran kerja 3.69 adalah padatahap tinggi manakala kepuasan kerja 3.45 pada tahap sederhana, (Landell, 1997). Secara keseluruhannya, pensyarahberpuashati dengan gaya kepimpinan dan persekitaran kerja serta cenderung berpuashati terhadap kepuasan bekerja

    melainkan item yang melibatkan pemberian sagu hati setelah melaksanakan kursus PSH.

    Kata kunci:PSH, kepimpinan, persekitaran dan kepuasan kerja.

    Pengenalan

    Pembelajaran sepanjang hayat di Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) menawarkan pelbagai pilihan kursus

    telah menjadi tumpuan komuniti untuk mendapatkan ilmu. Di KKHL, pembelajaran sepanjang hayat (PSH)

    dibahagikan kepada 10 kluster iaitu Teknologi Maklumat, Penyejukan dan Penyamanan Udara, Perniagaan dan

    Keusahawanan, Bahasa, Katering dan Sajian, Jahitan, Pembangunan Insaniah, Hiasan dan Kecantikan, Sains

    dan Kesihatan dan Kesenian dan Kebudayaan. Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) telah merancang

    kursus PSH dan dilaksanakan sepanjang minggu mengikut takwim yang telah disediakan pada awal tahun.Tenaga pengajar terdiri daripada kakitangan dalaman dan luaran. Kakitangan luar diambil sekiranya kursus yang

    dijalankan memerlukan kepakaran yang tidak dimiliki oleh penyarah dalaman di kolej komuniti. JPSH juga

    telah mnetapkan sasaran pencapaian peserta kursus PSH kepada pensyarah pada setiap tahun. Sasaran yang

    perlu dicapai oleh setiap pensyarah pada tahun 2014 ialah seramai 160 peserta dan 60 jam mengajar kursus

    pembelajaran sepanjang hayat.

    Pencapaian peserta yang mendaftar kursus PSH pada tahun 2012 ialah seramai 7,000 peserta dan KKHL telah

    mendapat tempat pertama mendahului semua kolej komuniti. Pada tahun 2013 pula, KKHL mendapat tempat

    kedua dengan pencapaian peserta yang mendaftar seramai 9,000 peserta. Pada tahun ini, sehingga kajian dibuat

    iaitu pada Ogos 2014, KKHL menduduki tangga ke enam dengan pencapaian seramai 4,400 orang peserta.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    2/14

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    3/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    74

    Menurut Robiah Sidin (1998) kebanyakan pemimpin berorientasikan kepada kemahiran memahami,

    menganalisis amalan tugas harian dan peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh mereka. Sedikit sahaja yang

    berorientasikan masa dengan futuristik di mana dihuraikan perspektif atau pendekatan-pendekatan baru dengan

    tujuan membolehkan pemimpin merubah amalan dan budaya kerja yang lama. Menurut beliau lagi pemimpin

    yang berkesan adalah pemimpin yang memahami misi dan visi organisasi yang dipimpin, tuntutan-tuntutan

    globalisasi dan pasaran semasa. Marvin Bower (1966) menekankan bahawa peningkatan prestasi sesebuah

    organisasi dipengaruhi oleh gaya kepemimpinan seorang pengurus.

    Menurut Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid (2006), cabaran utama untuk melahirkan kepemimpinan yang intelektual

    adalah pemimpin yang berkebolehan menyelesaikan masalah dan berpegang kepada prinsip kepemimpinan yang

    kental. Menurut beliau lagi dalam konteks inilah, tindakan kepemimpinan diambil mengenai cabaran-cabaran

    masa hadapan dan peranan pemimpin ilmiah untuk menangani cabaran berkenaan. Ianya memerlukan

    kefahaman masa lampau, masa kini dan kemungkinan-kemungkinan di masa hadapan.

    Persekitaran Kerja

    Menurut Graham (1998), kepuasan kerja berkait rapat dengan hubungan antara persekitaran kerja yang baik dan

    keperluan kerja individu. Lim & Leong (2003) juga sependapat dengan mengatakan persekitaran dan iklim kerjajuga memainkan peranan yang penting dalam menentukan sesebuah prestasi organisasi.

    Selain itu, menurut Zeisel (1981) persekitaran kerja membawa kesan kepada bagaimana sesuatu bahagian di

    dalam organisasi berinteraksi dan berkomunikasi melalui komponen fizikal seperti berikut:

    (i)

    Struktur fizikal meliputi ruang pejabat, organisasi secara keseluruhan, susunatur dan kelengkapan pejabat.

    Ianya menggambarkan nilai-nilai dan harapan sesebuah organisasi.

    (ii)

    Hubungan fizikal meliputi suasana dan hiasan pejabat termasuk warna, pencahayaan, pengudaraan, bau,

    karya seni dan lain-lain perhiasan pejabat yang dapat dilihat oleh pekerja.

    Kepuasan Kerja

    Lawler dan Porter (1967) menyatakan bahawa kepuasan kerja penting dan mempunyai hubungkait dengan

    prestasi kerja seseorang. Prestasi kerja yang tinggi akan mempengaruhi tahap kepuasan kerja yang tinggi dan

    secara tidak langsung mengurangkan kes perletakkan jawatan dan ponteng kerja. Ostroff (1992) pula

    menyokong pendapat Lawler dan Porter bahawa bagi mengekalkan prestasi kerja perlulah diberi perhatian

    dalam meningkatkan kepuasan kerja. Chellandurai (1999) menyatakan kepuasan kerja adalah sikap orang

    terhadap kerja. Seterusnya, kepuasan kerja didefinasikan sebagi perasaan pekerja berkaitan kerja mereka sendiri

    atau pengalaman kerja yang berkait dengan pengalaman kerja yang lepas, jangkaan sekarang, atau alternatif

    yang sediaada (Balzer, Kihm, Smith" Irwin, Bachiochi' Robie. Sinar. & Parra.1997; Smucker & Kent, 2004).

    Metodologi

    Pengenalan

    Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan soalselidik telah diedarkan kepada pensyarah. Soalselidik telah dibina

    oleh pengkaji berdasarkan keperluan kajian. Kajian rintis juga telah dijalankan untuk melihat kebolehpercayaan

    item sebelum ditadbirkan.

    Rekabentuk Kajian

    Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif dengan menggunakan rekabentuk tinjauan menggunakan soal selidikSkala Likert 5 mata. Sampel terdiri daripada 43 orang pensysrah di KKHL. Burns (1990) menyatakan kaedah

    tinjauan bersifat saintifik, logik dan khusus.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    4/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    75

    Kerangka Kajian

    Dalam kajian ini, berdasarkan Rajah 1 Kerangka Kajian, pembolehubah bersandar adalah persepsi pensyarah

    yang melaksanakan kursus PSH dan pembolehubah tidak bersandar adalah kepimpinan, persekitaran kerja dan

    kepuasan bekerja. Ini bermakna persepsi pensyarah bertindak sebagai konsep manakala kepimpinan,

    persekitaran kerja dan kepuasan bekerja bersifat sebagai elemen.

    Populasi dan Sampel Kajian

    Menurut Majid Konting (2000), sebahagian individu yang diambil melalui persampelan adalah mewakili

    sesuatu populasi yang dikaji. Populasi kajian adalah seramai 62 orang pensyarah. Daripada populasi ini, terdapat

    lima pensyarah yang sedang menyambung pengajian, empat pensyarah cuti bersalin, seorang pensyarah

    dipinjamkan ke Kolej Komuniti Shah Alam dan seorang pensyarah sedang cuti tanpa gaji. Ini menyebabkan

    jumlah populasi yang ada adalah seramai 51 orang pensyarah. Daripada jumlah populasi, 43 pensyarah yang ada

    sewaktu kajian dijalankan telah diambil sebagai sampel.

    Instrumen Kajian

    Responden adalah terdiri daripada pensyarah dalaman yang melaksanakan kursus PSH. Kajian ini adalah kajian

    kuantitatif dan soal selidik telah diedarkan kepada pensyarah.

    Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan untuk mendapatkan maklumat

    berkenaan fakta-fakta, perasaan dan kehendak (Mohd Majid Konting, 2000). Borang Soal Selidik telah dibina

    untuk diedarkan kepada pensyarah merangkumi perkara seperti berikut:

    (i) Bahagian A: Demografi Responden.

    (ii) Bahagian B: Persepsi Pensyarah Terhadap Pengurusan Kursus Pembelajaran Sepanjang Hayat.

    Kaedah Analisis

    Keseluruhan data-data akan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science21 (SPSS).

    Skala 5 likert digunakan di dalam kajian ini kerana ianya mempunyai tahap kebolehpercayaan dan ketepatan

    yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1999). Penggunaan skala Likert adalah sesuai kerana ia merupakan satu

    inventori yang melibatkan perasaan individu terhadap sesuatu idea, prosedur dan institusi sosial. Penggunaan

    skala likert dalam kajian adalah seperti dalam Jadual 1.

    Analisis Kajian Rintis

    Kajian rintis telah dijalankan ke atas 15 orang staf pentadbiran KKHL yang tidak terlibat dalam kajian ini tetapimempunyai pengetahuan dan kesedaran tentang perlaksanaan kursus PSH. Pengiraan pekali Alpha Cronbach

    bagi kajian ini menggunakan Statistical Package for Social Science 21 (SPSS). adalah 0.962. Ini menunjukkan

    bahawa soal selidik untuk kajian ini adalah pada tahap kepercayaan yang tinggi.

    Dapatan Kajian dan Analisis Data

    Dapatan hasil kajian dari soal selidik yang menggunakan skala Likert 5-mata dianalisis untuk menentukan

    peratusan min dan tahap skor min. Menurut Landell (1997) tahap kecenderungan keputusan responden samada

    Rendah, Sederhana dan Tinggi adalah berdasarkan Jadual 2: Tahap Kecenderungan Skor Min. Oleh itu,

    interpretasi skor min yang didapati hasil daripada analisis kajian ini adalah berpandukan pada jadual tersebut.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    5/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    76

    Demografi Responden

    Sampel adalah terdiri daripada 43 responden yang merupakan pensyarah dari pelbagai kategori yang diwajibkan

    untuk melaksanakan kursus pendek di KKHL bagi tahun 2014. Berdasarkan Jadual 3: Jantina telah

    menunjukkan 34 responden adalah perempuan manakala responden lelaki hanya 9 orang sahaja.

    Jadual 4: Umur menunjukkan terdapat 8 orang pensyarah (18.6%) berumur dalam lingkungan 21-30 tahun, 29

    orang pensyarah (67.4%) berumur diantara 31-40 tahun, 4 orang ((9.3%) berumur 41-50 tahun dan 2 orang

    (4.7%) berumur lebih dari 50 tahun.

    Jadual 5: Kelulusan Akademik pula menunjukkan majoriti responden adalah mempunyai ijazah sarjana muda

    iaitu seramai 22 orang (51.2%), diikuti oleh responden yang mempunyai ijazah sarjana seramai 14 orang

    (32.6%), manakala reponden yang mempunyai diploma hanya 7 orang (16.3%).

    Berdasarkan Jadual 6: Kumpulan Perkhidmatan menunjukkan kumpulan perkhidmatan yang terbesar ialah

    kumpulan Pengurusan & Profesional DH 41-44 (76.7%), diikuti oleh kumpulan Sokongan 1 DH29-36 (16.3%)

    dan kumpulan yang paling kecil adalah kumpulan Pengurusan & Profesional DH48-52 iaitu seramai 3 orang

    (7%).

    Jadual 7: Tempoh Perkhidmatan menunjukkan kumpulan yang paling ramai ialah kumpulan tempoh

    perkhidmatan dari 1-5 tahun iaitu terdiri dari 15 orang (34.9%) diikuti oleh kumpulan tempoh perkhidmatan

    6-10 tahun seramai 13 orang (30.2%) dan kumpulan perkhidmatan 11.15 tahun seramai 12 orang (27.9%).

    Kumpulan tempoh perkhidmatan yang paling lama 16-20 tahun adalah kumpulan yang terkecil iaitu seramai 3

    orang (7%) sahaja.

    Merujuk Jadual 8: Unit / Bahagian menunjukkan kumpulan terbesar adalah dari Unit Penyejukan dan

    Penyamanan Udara 12 orang (27.9%), diikuti oleh Unit Teknologi Maklumat 11 orang (25.6%), Unit Pengajian

    Am 8 orang (18.6%) dan Unit Akauntansi 5 orang (11.6%). Seterusnya responden adalah dari unit-unit kecil

    yang lain iaitu Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) dan Unit Latihan Industri, masing-masing terdiri dari

    2 orang responden (4.7%) dan diikuti oleh Unit Pengambilan, Unit Peperiksaan dan Unit Hal Ehwal Pelajar dimana masing-masing mempunyai seorang responden sahaja (2.3%).

    Persoalan Kajian 1: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Kepimpinan Pengurusan Kursus PSH?

    Berdasarkan Jadual 9: Gaya Kepimpinan dan Rajah 2: Graf Skor Min Bagi Aspek Gaya Kepimpinan, didapati

    purata keseluruhan nilai skor min bagi aspek gaya kepimpinan adalah tinggi iaitu 3.97 dengan sisihan piawai

    0.743. Purata yang diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah KKHL mempunyai persepsi yang

    positif terhadap kepimpinan pengurusan kursus PSH di KKHL.

    Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek gaya kepimpinan, itemPengurusan PSH telah menjalankan

    perancangan kursus PSH pada setiap awal tahunmenunjukkan skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.21 dengansisihan piawai 0.600. Manakala item Ketua saya sering memantau kursus pendek yang saya jalankan

    merupakan skor min yang terendah iaitu 3.60 dengan sisihan piawai 0.728.

    Persoalan Kajian 2: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Persekitaran Kerja Berkaitan Kursus

    PSH?

    Berdasarkan Jadual 10: Persekitaran Kerja dan Rajah 3: Persekitaran Kerja, didapati purata keseluruhan nilai

    skor min bagi aspek persekitaran kerja adalah tinggi iaitu 3.69 dengan sisihan piawai 0.855. Purata yang

    diperolehi menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi

    yang positif terhadap persekitaran kerja berkaitan kursus PSH di KKHL.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    6/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    77

    Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek persekitaran kerja, item Mengajar dan menguruskan kursus

    PSH adalah sebahagian daripada tugas saya menunjukkan skor min tertinggi iaitu sebanyak 4.23 dengan

    sisihan piawai 0.571. Manakala item Saya diarahkan mengajar kursus yang bukan bidang sayamerupakan skor

    min yang terendah iaitu 3.00 dengan sisihan piawai 0.926.

    Persoalan Kajian 3: Apakah Persepsi Pensyarah Terhadap Kepuasan Bekerja dalam MelaksanakanKursus PSH?

    Berdasarkan Jadual 11: Kepuasan Kerja dan Rajah 4: Kepuasan Kerja, didapati purata keseluruhan nilai skor

    min bagi aspek kepuasan kerja adalah sederhana iaitu 3.45 dengan sisihan piawai 0.964. Purata yang diperolehi

    menunjukkan secara keseluruhannya pensyarah Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi yang masih

    positif terhadap kepuasan kerja dalam melaksanakan kursus PSH di KKHL.

    Berdasarkan item-item yang terdapat dalam aspek persekitaran kerja, item Saya dibenarkan mengambil cuti

    gantian jika melaksanakan kursus PSH pada hujung minggu selama 9 jam menunjukkan skor min tertinggi iaitu

    sebanyak 4.21 dengan sisihan piawai 0.804. Manakala item Saya diberikan saguhati setelah melaksanakan

    kursus PSHmerupakan skor min yang terendah iaitu 2.74 dengan sisihan piawai 0.954.

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya pensyarah di Kolej Komuniti Hulu Langat mempunyai persepsi yang tinggi terhadap

    gaya kepimpinan dan persekitaran kerja manakala sederhana terhadap kepuasan kerja di Jabatan Pembelajaran

    Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Hulu Langat.

    Persepsi individu terhadap organisasi boleh dipengaruhi oleh harapan dan kemahuan individu terhadap

    organisasi. Gibson (1998) menyatakan bahwa organisasi yang dapat memenuhi harapan dan kemahuan individu

    akan mempunyai persepsi yang positif dari individu tersebut sehingga dapat memunculkan sikap dan perilaku

    kerja tertentu terhadap organisasi. Oleh itu , boleh dikatakan disini bahawa pengurusan PSH di Kolej Komuniti

    Hulu Langat yang terancang, dinamik, sedia membantu dan menerangkan objektif dengan jelas sangatmembantu pensyarah dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dalam urusan Jabatan Pembelajaran

    Sepanjang Hayat terutamanya dalam perlaksanaan kursus pendek. Di samping itu, bantuan yang diberikan serta

    pengiktirafan dan penghargaan juga memberikan impak kepada pensyarah dalam suasana persaingan yang

    positif. Antara perkara yang pihak pengurusan JPSH boleh menambahbaik ialah dari aspek pemantauan kursus

    pendek oleh pengurusan JPSH. Walaupun diberi autonomi sepenuhnya untuk melaksanakan kursus pendek,

    namun pemantauan ke atas perlaksanaannya juga perlu dipertingkatkan. Ini adalah untuk menjamin kualiti

    kursus yang dilaksanakan sekaligus menaikkan nama Kolej Komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang

    hayat. Satu lagi aspek penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh JPSH ialah memberikan tempoh masa yang

    cukup untuk pensyarah membuat persediaan program PSH. Tidak dinafikan ada kalanya terdapat program-

    program khas yang melibatkan pertubuhan atau agensi luar yang meminta JPSH mengadakan kursus pendek

    dengan kadar segera atau ad hoc, dan ini memberikan tekanan kepada mereka untuk memberikan yang terbaik

    dalam masa yang sangat terhad.

    Pensyarah mempunyai persepsi yang positif terhadap persekitaran kerja dalam menguruskan kursus PSH.

    Pensyarah sedar tentang tanggungjawab mereka dalam menguruskan kursus PSH dan pada masa yang sama

    merasakan ia adalah beban kerja yang lebih. Pensyarah juga bersetuju bahawa pengurusan PSH Kolej Komuniti

    Hulu Langat menyediakan prasarana yang mencukupi serta mudah mendapatkan khidmat pembantu dari rakan

    sekerja. Meskipun berada ditahap sederhana, secara keseluruhannya mereka mempunyai persepsi yang masih

    positif terhadap kepuasan kerja dalam melaksanakan kursus PSH. Pensyarah akur dengan ketetapan seperti

    melaksanakan kursus PSH pada hari bercuti dan cuti am dan mereka pasrah dengan ketentuan tersebut.

    Sungguhpun begitu pensyarah mengalu-alukan bayaran saguhati terhadap khidmat mereka melaksanakan kursus

    pendek di luar waktu pejabat. Perkara ini dinyatakan oleh pensyarah dalam ruangan cadangan untuk

    meningkatkan kualiti pengurusan JPSH Kolej Komuniti Hulu Langat.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    7/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    78

    Cadangan

    Pengkaji menggariskan beberapa cadangan untuk penambahbaikan pengurusan kursus PSH Kolej Komuniti

    Hulu Langat:

    1.

    Pensyarah

    (a)

    Meneruskan budaya dan suasana kerja yang positif dan kondusif di KKHL disamping berani

    mengemukakan pendapat, idea dan kritikan positif demi kemajuan dan perkembangan JPSH di

    KKHL.

    (b)

    Berusaha meningkatkan kemampuan intelektual, spiritual dan strategi mengajar kursus PSH demi

    menjamin mutu pendidikan yang diberikan dan kelestarian sistem yang sedia ada.

    2. Pengurusan PSH

    (a)

    Memberikan peluang belajar seluas-luasnya kepada pensyarah dengan menjadi penyelaras bagi

    pensyarah mengikuti latihan, kuliah, seminar dan lain-lain.

    (b) Meningkatkan komunikasi antara pengurusan PSH dengan pensyarah seperti mengadakan

    pertemuan dan penilaian secara berjadual (periodic).

    (c)

    Mengekalkan suasana kerja yang kondusif supaya pensyarah selaku pelaksana kursus-kursus PSH

    tidak merasa terbeban kerana persekitaran kerja yang tidak mesra pengguna.

    Rujukan

    Abd. Aziz Yusof. (2003). Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi. Kuala Lumpur: Prentice Hall, Pearson

    Sdn. Bhd.

    Ahmad Atory Bin Husain. (2002). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors

    Sdn. Bhd.

    BOSTI. (2004). Buffalo Organization For Social and Technological Innovation. BOSTI Association:

    Economic Benefits.

    Bower, M. (1966). The Wil to Manage. New York: McGraw Hill Book Co.

    Campbell, J. P., Dunnette, M. D., Lawler, E. E, & Weick, K. E. (1970). Managerial Behavior, Performance,

    and effectiveness. New York: McGraw-Hill.

    Datuk Dr. Ibrahim bin Ahmad Bajunid. (2006). 18 Cabaran Pengajian Tinggi. Buletin Universiti SainsMalaysia: Tidak diterbitkan.

    Fisher, A. (2004). A Happy Staff Equals Happy Customers.: Fortune.

    Jaafar Muhamad. (2003). Asas Pengurusan Edisi Ketiga. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Lim Khong Chiu & Leong Weng Tuck. (2003). Iklim Kerja dan Burnout di Kalangan Guru PJK.: Kertas kerja

    diterbitkan.

    Mahmood Nazar Mohamed & Sabitha Marican. (1996). Hubungan Manusia Dalam Organisasi. Kuala

    Lumpur: Utusan Publication.

    Pines. (1982). Changing Organizations: Is Work Environment Without Burnout An Impossible Goal? In W.

    Paine (ed), Job Stress and Burnout. Beverlu Hills, CA:.Sage.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    8/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    79

    Robiah Sidin. (1998). Pemikiran Dalam Pendidikan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

    Rucci A. J., Kirn S. P., & Quinn, R. T. (1993). The Employee Customer Profit chain At Sears.: Harvard

    Business Review.

    Weber, Max, dalam Hoy dan Miskel C. G. (1991). Educational Administration, Theory Research and Practice,

    (Edisi 4). New York: McGraw Hill.

    Yukl, G. A, & Wexley, K. N. C. (1984). Organization Behavior and Personnel Psychology. Illinois: IRWIN.

    Zeisel, J. (1981). Inquiry by Design. Montorey: Cole.Pub.Co.

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    9/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    80

    Lampiran

    Rajah 1:Kerangka kajian

    Rajah 2:Graf skor min bagi aspek gaya kepimpinan

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    10/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    81

    Rajah 3:Persekitaran kerja

    Rajah 4:Kepuasan kerja

    Jadual 1:Skala Likert

    SKALA LIKERT PERNYATAAN

    1 Sangat Tidak Setuju STS

    2 Tidak Setuju TS

    3 Kurang Setuju TP

    4 Setuju S5 Sangat Setuju SS

    Sumber:Mohd Majid Konting, 2000

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    11/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    82

    Jadual 2:Tahap Kecenderungan Skor Min

    JULAT SKOR MIN TAHAP

    1.00 2.33 Rendah

    2.34 3.67 Sederhana

    3.68 5.00 Tinggi

    Jadual 3:Jantina

    JANTINA FREKUENSI (f) PERATUS (%)

    Lelaki 9 21

    Perempuan 34 79

    Jumlah 43 100

    Jadual 4:Umur

    UMUR FREKUENSI (f) PERATUS (%)

    21-30 tahun 8 18.6

    31-40 tahun 29 67.4

    41-50 tahun 4 9.3

    >50 tahun 2 4.7

    Jumlah 43 100

    Jadual 5:Kelulusan Akademik

    KELULUSAN

    AKADEMIKFREKUENSI (f) PERATUS (%)

    Diploma 7 16.3

    Sarjana Muda 22 51.2

    Sarjana/PhD 14 32.6

    Jumlah 43 100

    Jadual 6:Kumpulan Perkhidmatan

    KUMPULAN

    PERKHIDMATAN FREKUENSI (f) PERATUS (%)

    Pengurusan & Profesional

    (DH48-54)3 7

    Pengurusan & Profesional

    (DH41-44)33 76.7

    Sokongan 1 (DH29-36) 7 16.3

    Jumlah 43 100

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    12/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    83

    Jadual 7:Tempoh Perkhidmatan

    TEMPOH

    PERKHIDMATANBILANGAN (f) PERATUS (%)

    1-5 tahun 15 34.9

    6-10 tahun 13 30.211-15 tahun 12 27.9

    16-20 tahun 3 7

    Jumlah 43 100

    Jadual 8:Unit / Bahagian

    UNIT/BAHAGIAN BILANGAN (f) PERATUS (%)

    Penyejukan & Penyamanan

    Udara12 27.9

    Teknologi Maklumat 11 25.6

    Akauntansi 5 11.6

    Pengajian Am 8 18.6

    Pengambilan 1 2.3

    Peperiksaan 1 2.3

    Hal Ehwal Pelajar 1 2.3

    Latihan Industri 2 4.7

    PSH 2 4.7

    Jumlah 43 100

    Jadual 9:Gaya Kepimpinan

    Bil Item MinSisihan

    PiawaiTafsiran Min

    1Pengurusan PSH telah menjalankan perancangan kursus PSHpada setiap awal tahun

    4.21 .600 Tinggi

    2Ketua saya telah menerangkan objektif PSH kepada saya denganjelas

    4.02 .707 Tinggi

    3

    Ketua saya memiliki pengetahuan yang luas untuk menguruskan

    program PSH 4.19 .699 Tinggi

    4Pengurusan PSH memaklumkan tentang tanggungjawab sayauntuk mengurus dan mengajar kursus pendek dengan jelas

    4.12 .499 Tinggi

    5Pengurusan PSH memberikan tempoh masa yang cukup untuksaya membuat persediaan program PSH

    3.72 .701 Tinggi

    6 Ketua saya sering memantau kursus pendek yang saya jalankan 3.60 .728 Sederhana

    7Pengurusan PSH sentiasa membantu dalam menyelesaikanmasalah PSH yang saya kendalikan

    3.93 .778 Tinggi

    8Pengurusan PSH sedia untuk menerima sebarang teguran

    berkaitan keberkesanan pengurusan kursus PSH4.00 .787 Tinggi

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    13/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    84

    9Pengurusan PSH memberikan kuasa sepenuhnya untukmenguruskan pelaksanaan program PSH

    4.07 .704 Tinggi

    10Ketua saya sering memberi pujian setelah berjaya melaksanakankursus PSH

    3.63 1.024 Sederhana

    11 Ketua saya menegur kesilapan saya dengan cara yang berhemah 3.93 .828 Tinggi

    12Ketua saya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan

    program PSH4.05 .688 Tinggi

    13Pengurusan PSH memberikan pengiktirafan dan penghargaankepada saya sekiranya mencapai sasaran yang ditetapkan

    4.14 .915 Tinggi

    Min Keseluruhan 3.97 .743 Tinggi

    Jadual 10:Persekitaran Kerja

    Bil Item MinSisihan

    PiawaiTafsiran Min

    1Mengajar dan menguruskan kursus PSH adalah sebahagiandaripada tugas saya

    4.23 .571 Tinggi

    2Saya merasakan beban kerja yang lebih apabila dimintamengajar kursus PSH

    3.70 1.013 Tinggi

    3Saya diberi flexi time apabila mengajar kursus PSH di luarwaktu pejabat

    3.30 1.245 Sederhana

    4Bayaran perlu diberikan kepada saya apabila mengajar kursusPSH di luar waktu pejabat

    4.14 .804 Tinggi

    5 Saya bersedia menjalankan kursus PSH jika mendapat bayaran 3.95 .844 Tinggi

    6Kemudahan untuk menjalankan kursus PSH di kolej adalahmencukupi

    3.33 .944 Sederhana

    7 Bilik operasi pengurusan kursus PSH disediakan 3.93 .936 Tinggi

    8 Tarikh pelaksanaan kursus PSH tidak menentu 3.91 .648 Tinggi

    9 Saya diarahkan mengajar kursus yang bukan bidang saya 3.00 .926 Sederhana

    10 Rakan sekerja memberikan kerjasama dalam menjalankan kursusPSH

    4.12 .662 Tinggi

    11 Saya menjalankan kursus PSH dibantu oleh rakan sekerja 4.05 .653 Tinggi

    12Saya melaksanakan pelbagai kursus PSH walaupun di luarbidang kebolehan saya

    3.56 1.098 Sederhana

    13 Kursus yang saya ajar kurang diminati peserta 3.14 .833 Sederhana

    14 Kursus yang saya ajar sangat popular 3.26 .790 Sederhana

    Min Keseluruhan 3.69 .855 Tinggi

  • 7/25/2019 04 SITI MASLIZA - PERSEPSI PENSYARAH TERHADAP PENGURUSAN.pdf

    14/14

    Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014

    Jadual 11:Kepuasan Kerja

    Bil Item MinSisihan

    PiawaiTafsiran Min

    1Pendapatan saya setimpal dengan perkhidmatan yang sayaberikan

    3.60 .728 Sederhana

    2Markah prestasi perkhidmatan oleh ketua saya meliputipenglibatan saya dalam menjalankan kursus PSH

    3.79 .773 Tinggi

    3Bila melaksanakan kursus PSH di luar kolej saya dibenarkanflexitime

    3.28 1.120 Sederhana

    4Saya diminta melaksanakan kursus PSH meskipun dalamtempoh bercuti

    3.00 1.000 Sederhana

    5 Kursus PSH tetap dilaksanakan meskipun pada hari cuti am. 3.56 .908 Sederhana

    6 Saya mempunyai insuran perlindungan diri 3.58 1.239 Sederhana

    7 Saya diberikan saguhati setelah melaksanakan kursus PSH 2.74 .954 Sederhana

    8Saya dibenarkan mengambil cuti gantian jika melaksanakankursus PSH pada hujung minggu selama 9 jam

    4.21 .804 Tinggi

    9Penghargaann yang diberikan oleh ketua saya meningkatkansemangat berkerja

    3.72 .959 Tinggi

    10 Saya mendapat latihan khusus untuk melaksanakan kursus PSH 3.05 1.154 Sederhana

    Min Keseluruhan 3.45 .964 Sederhana

    Jadual 12:Min Keseluruhan

    Perkara Min Tafsiran Min

    Gaya Kepimpinan 3.97 Tinggi

    Persekitaran Kerja 3.69 Tinggi

    Kepuasan Kerja 3.45 Sederhana