laporan kot.docx
Post on 11-Feb-2018
292 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
1/22
0
KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA, KUALA LUMPUR
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
KAJIAN SOSIAL
AMBILAN JANUARI 2011
SEMESTER 5
LAPORAN KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN IPG KBA 2013
NAMA AHLI KUMPULAN ANGKA GILIRAN
ABDUL QAYUM BIN ABDULL SAFI 2011211340022
MOHAMAD IZZAT NORAZAM 2011211340026
ARIFAH HANANI BINTI HAJI WAN AHMAD 2011211340033
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
2/22
1
1.0 Penghargaan
Syukur alhamdulillah dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana memberi peluang
kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang
ditetapkan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah bagi subjek WAJ 3112 ini iaitu Puan Sarawathy yang banyak
membantu dan berkongsi pengetahuan dan maklumat yang berguna kepada
saya dan ahli kumpulan saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima
kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan sejawat yang banyak membantu
dalam memberi sokongan dan dorongan moral serta berkongsi maklumat dan
juga bahan-bahan yang amat berguna. Ribuan terima kasih diucapkan juga
kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi semangat dan sokongan
yang tidak putus-putus untuk terus berjuang dalam apa juga yang saya lakukan.
Akhir sekali, terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung mahupun tidak.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
3/22
2
2.0 Pengenalan
Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) merupakan acara sukan tahunan
yang dijalankan di setiap Institut Pendidikan Guru (IPG). Acara padang dan
balapan merupakan acara utama yang dipertandingkan dalam KOT. Acara sukan
ini penting dan menjadi tradisi kerana ia menjadi medium penting untuk
mengcungkil dan mengenalpasti bakat serta potensi pelajar dalam acara sukan.
Selain itu, kejohanan olahraga ini juga menitikberatkan sistem pengurusan
dan pentadbiran yang selari dengan proforma subjek wajib bagi pelajar-pelajar
semester 5, iaitu WAJ 3112. Sehubungan dengan itu, Unit Kokurikulum telah
memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pelajar-pelajar semester 5 untuk
merancang program KOT, mereka bentuk perjalanan kejohanan dan berperanan
sebagai pengelola yang boleh memenuhi piawaian dalam konteks kejohanan
olahraga yang berkesan dan berkualiti. Antara objektif yang ingin dicapai melalui
penganjuran kejohanan ini adalah supaya hubungan yang baik dan erat antara
pelajar atau guru-guru pelatih dengan para pensyarah dapat diwujudkan.
Penganjuran kejohanan ini juga adalah untuk melahirkan guru pelatih yang
cergas, tangkas, dedikasi dan bertanggungjawab dalam setiap tugas yang
diberikan dan sekaligus boleh memupuk pembinana nilai positif dan membina
insan yang berketrampilan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
4/22
3
3.0 Laporan Kejohanan Olahraga Tahunan IPGKBA
3.1 Sebelum KOT
Pada penggal 13 mac 2013 institiut Pendidikan Guru Bahasa
Antarabangsa telah mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) kali ke-
11. Antara tujuan utama kejohanan ini diajurkan adalah untuk mencari bakat
guru pelatih didalam bidang kesukanan. Pada penggal ini seluruh warga Pismp
Ambilan Januari 2011 telah dipertanggungjawabkan menjadi penganjur. Hal ini
juga selaras dengan kehendak sukatan atau proforma pengajian bagi kursus
WAJ3112 Olahraga yang dihadapi oleh pelajar Pismp Ambilan Januari
2011.selain itu juga ia merupakan sebagai pededahan awal kepada bakal guru
tentang kaedah untuk menganjurkan sesuatu kejohanan sukan disekolah nanti.
Setelah taklimat selesai dilaksanakan tentang tugasan menganjurkan
kejoahan Olahraga tahunan ,ke semua pelajara Pismp Ambilan Januari 2011
,telah mengadakan satu mensyuarat perlantikan ahli jawatankuasa pengajur
kejohanan. Semua pelajar dikehendaki terlibat kerana ia merupakan satu
tugasan yang akan dinilai oelh pensyarah yang mengelola mata pelajaran ini dan
penglibatan ini adala diwajibkan . hasil daripada mensyuarat tersebut , senarai
ahli jawatankuasa pelaksanaan kejohanan yang terpilih adalah seperti berikut:
JAWATAN NAMA
Ketua Hazim Syahmi Bin Sajali (Tesl B)
Penolong Ketua Muhammad Razif Bin Abu Hassan(Math)
Setiausaha Reshmi Kaur (Tesl C)
Penolong Setiausaha Nora Amirah Bt. Dollah
AJK Balapan Tuan Mohamad Syahidan Bin TuanIsmail (Tesl E)
AJK Padang Nurul Izzah Bt Mat Yusof
AJK Statistik Gwendolyn Tanin (Tesl B)
AJK Padang & Teknikal Muhamad Syamer Bin Shukri (KS A)
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
5/22
4
Mohamad Naqiuddin Bin Mohamad (KSB)
AJK Protokol Mohd Syafeez Bin Omar (Tesl D)
Muhammad
Razif Bin Abu Hassan (Math)AJK Perbarisan Abdul Aziz Bin Mohd Taha (Tesl A)
AJK Sponsor Nuru Nadia Hidayani Bt Nor Mahamad(Tesl D)
Muhammad Syazwan Bin Hamdan (TeslD)
AJK Buku Program & Dokumentasi Haryani Bt Muharam (PSV)
Setelah tamatnya pemilihan ahli jawatan kuasa ,satu perjumpuan telah
diadakan oleh ketua kejohanan iaitu Hazim Syahmi bersama-sama ahli-ahli
jawatan kuasa yang lain ini bertujuan untuk menerangkan kepada ahli-ahli lain
tentang tugas-tugas dan peranan bagi setiap ahli jawatankuasa. Peranan bagi
ketua kejohanan adalah memantau dan memastikan ahli-ahli jawatankuasa yang
lain memahami dan menjalankan tugas yang telah diberikan. Manakala peranan
penolong ketua pula adalah membantu kerja-kerja pemantauan dan pemerhatian
semasa ketiadaan ketua. Setiausaha dan penolong setiusaha pula berperanan
untuk mengeluarkan memo mesyuarat, membuat kertas kerja, dan mencatat
segala isi perbincangan semasa mesyuarat diadakan. Manakala untuk setiap ahli
jawatankuasa kecil peranan adalah berbeza mengikut tugasan yang telah
diberikan. Antara tugas Ajk Balapan ialah bertanggungjawab dalam mengawal
kelancaran sesuatu acara yang berkaintan dengan balapan serta menjadi
pengawai kepada setiap acara balapan. Manakala, Ajk padang pula
bertanggungjawab dalam memastikan kelancaran acara padang serta menjadi
pegawai kepada acara pada. Begitu juga dengan tugasan Ajk-Ajk yang lain.
Kesemuanya memainkan peranan penting dalam setiap bahagian acara yang
bakal dilaksanakan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
6/22
5
Setelah penerangan selasai kepada setiap ahli jawatankuasa, mereka
dikendaki menerangkan pula kepada pembantu-pembantu mereka yang terdiri
daripada ahli kelas masing-masing. Kelas kami kajian sosial B telah
dipertanggungjawabkan untuk menyediakn trek pada bersama-sama kelas
Kajian Sosial A. Kami dikehendaki membuat trek larian pada berdasarkan ukuran
yang telah diberikan oleh pensyarah sebelum memulakan tugasan sedikit
taklimat telah diberkan oleh pensyarah bagi memastikan kami jelas tentang
bagaimana kaedah perlaksanaan trek dilakukan. Ini bertujuan untuk
memudahkan kami supaya tidak melakukan kesilapan semasa melaksanakan
tugasan. Setelah selesai taklimat tersebut kami memutuskan untuk
melaksanakan tugasan penyediaan padang pada minggu itu juga.
Pada permulaan tugasan keadaan agak menjadi kucar kacir kerana ia
merupakan pengalaman pertama kali dalam melaksanakan tugasan ini. Selain
itu faktor alam yang kurang mengizinkan menyebabkan tugasan ini tergendala
beberapa ketika akibat hujan . Hal ini telah mengakibatkan masa yang diambil
untuk menyiapkan trek padang agak memakan masa. Selain peralatan yang
digunakan semasa membuat garisan pada sudah lapuk dan sukar untuk
digunakan hal ini menyebabkan keadaan garisan yang dihasilkan agak tidak
setabil dan bengkok. Namun setelah beberapa rujukan dibuat kepada pensyarah
yang berpengalaman serta berkat komitmen yang dipertonjolkan oleh kesemua
ahli ,akhirnya tugasan tersebut telah berjaya disiapakan juga.
Seterusnya setelah kesemua perancangan telah dilaksanakan oleh setiap
bahagian Ajk maka kesemua ahli sudah bersedia memulakan kejohanan. Pada
4 hingga 5 Mac 2013 sukan tara telah diadakan dua hari secara berturut-turut.
Pada 4 haribulan rumah sukan yang terlibat ialah rumah hijau dan biru manakala
untuk 5 haribulan pula rumah yang terlibat ialah rumah kuning dan rumah merah.
Tujuan perlaksanaan sukan tara pada dua hari ini adalah untuk mengelak
terjadinya kesesakan pada satu-satu acara sebagaimana terjadi pada kejohanan
sukan tara pada tahun-tahun lepas. Pihak penganjur telah mendapat reaksi yang
positif dari pensyarah-pensyarah sebaik sahaja tamat sukan tara ini. Hal ini
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
7/22
6
kerana kecekapan setiap ahli dalam mengelola bahagian masing-masing telah
berlaku secara lancar tanpa sebarang masalah.
Seterusnya selepas terlaksananya sukan tara, kami beralih semula ke
acara berikutnya iaitu acara merentas desa . Kelas yang terlibat dalam
pengajuran kejohanan merentas desa ini ialah daripada kelas Pismp PSV dan
Pismp Tesl A. Jalan untuk larian telah dipilih oleh pihak penganjur dan sebulat
suara untuk melalui jalan mengelilingi IPG KBA daripada sebelah luar dan juga
dalam. Oleh kerana mengalami kekakangan masa tidak dapat menghubungi
polis untuk bantuan trafik maka trek ini dijadikan pilihan pihak penganjur untuk
melaksanakan acara ini. Markah yang diperolehi oleh setiap ahli rumah sukan
akan dikumpul dan dimasukkan secara keseluruhan rumah sukan. Melalui
perancangan yang rapi, kejohanan merentas desa berakhir dengan jayanya
tanpa ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Seterusnya beberapa acara saringan turut dipertandingkan antaranya
ialah acara sukan yang dipertandingkan sebelum hari kejohanan termasuklah
acara lari 1500 m, lari 800 m, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing,
lompat jauh, lompat tinggi dan tarik tali. Hal ini kerana agak mustahil untuk
menyempurnakan kesemua acara ini pada hari kejohanan nanti. Walaupun pada
akhirnya acara ini dapat berjalan baik namun,ianya tetap tidak boleh lari daripada
situasi yang memaksa pihak penganjur untuk menunda acara ini kerana masalah
keadaan cuaca yang kurang mengizinkan untuk para peserta turun ke padang.
Setelah beberapa hari ditunda, akhirnya acara-acara ini berjaya juga
diselesaikan mengikut pelan perancangan sebelum ini.
Berakhirnya acara saringan maka selesailah sudah persiapan utama
pihak penganjur untuk melansungkan acara yang bakal dilansungkan.penentuanpada hari kejohanan yang bakal dilansungkan nanti iaitu pada 13 Mac 2013 .
Sehari sebelum menjelangnya hari Kejohanan Olahraga Tahunan, satu raptai
telah diadakan pada petang 12 Mac 2013. Tujuan raptai ini diadakan bertujuan
untuk memastikan segala perangcangan dan teknikal dapat berfungsi dengan
baik serta berjalan dengan lancar pada hari kejohanan sebenar . Hasil daripada
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
8/22
7
raptai yang telah dibuat,beberapa asal terpaksa diubah kerana kuatir akan
menjejaskan kelancaran perjalanan majlis pada keesokan harinya. Rehearsal
pada petang itu tamat pada jam 7.00 petang.
3.2 Semasa KOT
Pada tarikh 13 mac 2013 maka bermulalah Kejohanan Olahraga Tahunan
yang telah dinantikan . Ini merupakan kejohanan yang pertama dianjurkan dari
kumpulan kumpulan Pismp Ambilan Januari 2011. Hal ini membuatkan KOT ini
berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.Lokasi kejohanan ini dilaksanakan di
padang Institiut Perguruan Bahasa Anatarabangsa seperti tahun sebelumnya. Ia
bermula pada jam 8.00 pagi dengan ketibaan ketibaan VIP yang terdiri daripada
Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antara Bangsa iaitu Raja
Azizah Hanim Bt. Raja Abd Aziz serta timbalan pengarah iaitu Puan Zuraidah Bt.
Abd Majid. Ini turut diiringi oleh ketuai unit kokurikulum Encik Baseni Bin Jantra
dan para pensyarah-pensyarah lain. Kedatang Tuan Pengarah disambut dengan
persembahan silat yang dipersembahkan oleh saudara Mohd Izzat dari Pismp
Kajian Sosial Ambilan Januari 2011. Sebaik sahaja selesai persembahan Tuan
Pengarah beserta pensyarah lain dijemput untuk duduk di khemah VIP yang
telah disediakan.
Seterusnya ,bermulalah upacara Perbarisan Lintas Hormat yang di ketuai
oleh saudara Ajmal yang diiringi oleh para pengawai dari setiap rumah yang
membawa bendera kejohanan telah dijalankan menggelilingi padang IPG KBA.
Linatas hormat yang pertama dimulakan oleh dari kontijen pengakap dan diikuti
oleh pasukan Padu Putri. Seterusnya diikuti dengan kontijen Persatuan Bulan
Sabit Merah (PBSM) dan Kadet Remaja Sekolah. Bagi perbarisan rumah sukan,
rumah sukan Syahbandar iaitu rumah kuning diketuai oleh saudara Aziz telahmemulakan perbarisan diikuti rumah merah iaitu Bendahara diketuai oleh
saudara Syafiq Fauzan dan rumah biru Laksamana dan terakhir rumah hijau iaitu
Temenggung. Perbarisan ini turut disertakan dengan persembahan kawad kaki
formasi yang mantap oleh setiap kontijen rumah sukan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
9/22
8
Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti dengan
bacaan Doa oleh saudara Alif Talaha dari Pismp Kajian Sosial Ambilan Januari
2011. Seterusnya sebaik sahaja selesai bacaan doa ia dteruskan bacaan ikrar
kejohanan daripada wakil pelajar IPG KBA iaitu saudara Zulfikar dilafazkan.
Bacaan ikrar sukan menyatakan peserta-peserta Kejohanan Olahraga Tahunan
akan mengambil bahagian dengan semangat kekitaan dan mendukung cita-cita
murni ke arah kejayaan institut.
Ucapan pengarah dilansungkan sebaik sahaja tamat bacaan doa sebagai
ucapan perasmian KOT kali ke 11. Kemudian ia diikuti dengan simbolik dengan
larian membawa obor oleh saudara Zulfikar mengeliling padang dan
menyerahkan obor tersebut kepada Pengarah IPG KBA untuk menyalakan obor
perasmian menandakan kejohanan telah bermula. Bagi meneruskan lagi gimik
perasmian , Tuan pengara beserta timbalannya mendandatangani kain rentang
yang tertulis Kejohanan Olahraga Tahunana Kali Ke-11. Sebaik sahaja selesai
proses mendatangani diatas kain rentang tersebut beberapa buah belon
dilepaskan ke udara membawa banner kejohanan menghiasi ruang udara IPG
KBA. Setelah upacara perasmia selesai, upaca penyampaian cenderahati oleh
Ketua KOT iaitu saudara Hazim Syahmi bin Sajali kepada pengarah IPG KBA.
Setelah selesai sahaja ucapan pengarah maka bermula acara yang
dinantikan , acara kejohanan dimulai dengan senam erobik selaku pembuka tirai
kepada acara yang telah dinantikan .Senam robik mendapat sambutan yang
cukup menggalakkan daripada para pensyarah dan semua peserta pada
kejohanan. Senamrobik ini juga bertujuan untuk mengeratkan lagi hubangan
antara penysarah dan pelajar di institiut perguruan.
Seterusnya aktiviti lain yang turut dijalankan adalah pertandingan tekakacang . pertandingan ini juga turt mendapat sambutan yang baik kerana sangat
menghiburkan peserta walaupun agak sukar untuk dipertandingkan kerana ia
mempunyai cabaran tersendiri. Penyertaan yang meggalakkan daripada para
pensyarah dan juga guru-guru pelatih yang sedaya upaya meneka jumlah
kacang dengan pelbaga cara dan gelagat masing-masing. Selain itu, promosi
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
10/22
9
produk kesihatan daripada Salonpas memeriahkan lagi KOT IPG KBA kali ke-11
ini. Produk turut memberi bungkusan percubaan kepada para hadirin.
Tepat pada jam 9.15 pagi maka berlansunglah acara trek padang . Ia
dimulakan dengan acara 100 meter perempuan dan lelaki. Acara ini sangat
mencuri tumpuan kerana ia merupakan acara utama pada setiap kali Kejohanan
Olahraga Tahunan . Sebaik sahaja selesai acara tersbut upacara penyampaian
hadiah terus dilangsungkan bagi acara-acara yang telah dipertandingkan seperti
lontar peluru dan lempar cakra. Seterusnya kejohanan ini juga diteruskan lagi
dengan acara 400 meter perempuan dan lelaki yang juga turut disambut baik
dan meriah. Setelah itu, upaca penyampaian hadiah bagi acara larian jarak jauh.
Seterusnya kejohan ini diteruskan lagi kemeriahannya dengan
persembahan seni silat IPG KBA yang diketuai oleh saudara Mohd Izzat B
Norazam . Persembahan yang cukup bersemangat cukup memukau penonton
yang menontonnya. . Persembahan ini mengimbau semangat orang dahulu
dalam mempertahankan negara dan sehingga ke hari ini silat menjadi seni
mempertahankan diri yang dapat diguna pakai untuk mempertahankan diri.
Setelah selesai persembahan seni silat , kejohanan diteruskan dengan
pertandingan Cheerleading. Ia dimulakan dengan wakil dari kumpulan rumah
merahh dan seterusnya diikuti biru, hijau dan kuning. Setiap rumah mengenakan
pakaian yang menarik dan bersesuai dengan tema masa hadapan. Selain
mempamerkan pergerakkan yang cukup memukau ia juga juga memasukkan
tema dan gaya persembahan yang mengasyikkan yang disertakan dengan
rentak muzik terkini. Seterusnya sekali lagi acara penyampaian hadiah
dilansungkan bagi kali ketiga. acara 100 meter lari berpagar bagi lelaki dan
perempuan dilangsungkan sebelum upacara penyampaian hadiah bagi sesikeempat.
Kemudian acara terakhir bagi KOT adalah acara trek berpasukan iaitu emapt kali
100 meter lelaki dan perempuan. Acara ini cukup hebat kerana setiap peserta
sememangnya sama hebat dalam larian mereka masing. Cabaran yang
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
11/22
10
diberikan oleh pelari-pelari sangat terbaik dari setiap rumah masing-masing. Hal
ini menghangatkan lagi kemeriahan suasana KOT pada kali ini. Sorakan padu
daripada setiap ahli rumah sukan dan pensyarah-pensyarah.
Seterusnya pada pukul 12.00 tengah hari, maka berlangsunglah acara staf dan
pegawai. Acara ini dapat memberi peluang kepada para pegawai menunjukkan
bakat dan kehebatan yang tidak sempat ditunjukkan kerana menggalas
tanggungjawab untuk mengendalikan KOT. Seterusnya acara untuk pensyarah
juga diadakan pada hari kejoahanan tersebut. Acara tersebut merupakan acara
sukaneka yang memerlukan semangat kerjasama yang jitu oelh setiap ahli
rumah sukan. Gelanggang kejohanan ditutup dengan acara tarik tali akhir
melibatkan rumah merah dan rumah biru yang telah dimenangi oleh rumah
merah. Bagi tempat ketiga dan kempat ditentukan oleh rumah hijau dan rumah
kuning dan dimenangi oleh rumah kuning.
Akhirnya setelah tamat segala acara dan aktiviti yang dipertandingkan, acara
yang berlansung seterusnya adalah penyampaian hadiah dan pengumuman
kemenangan kesuluruhan oleh rumah sukan. johan keseluruahan KOT kali ke-11
yang telah di menangi oleh rumah biru menduduki tempat pertama, rumah
kuning kedua, diikuti oleh rumah hijau dan merah. Penyampain hadiah juga telah
diberikan kepada olahragawan dan olahragawati.
3.3 Selepas KOT
Sebaik sahaja bersurai, sekali lagi AJK dipertanggungjawabkan untuk
mengarah rakan-rakan lain untuk bergerak ke kawasan masing-masing untuk
mengumpul dan menyimpankan semula barang-barang yang telah dinjamdaripada stor GERKO IPG-KBA di suatu kawasan yang telah dikhaskan.
Terdapat beberapa kumpulan kelas lain seperti PISMP Matematik telah
mengambil barang-barang ini dan berkerjasama menyimpan semula di setor
GERKO. Barang-barang ini melibatkan kon, kayu penanda, tilam, pagar untuk
acara larian dan lain-lain. Manakala pegawai-pegawai lain turut mambantu bagi
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
12/22
11
mempercepatkan lagi urusan pengemasan padang. Setelah penat berpanas di
padang untuk memastikan segala pergerakan acara berjalan lancar, para pegwai
diberikan makanan untuk tengahari secara percuma.
Seterusnya post-mortem diadakan untuk menilai kembali perjalanan
sepanjang penganjuran kejohanan tersebut berlangsung. Perkara-perkara yang
berkaitan yang perlu dimasukkan dalam laporan juga turut dibincangkan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
13/22
12
4.0 Penutup
Penganjuran kejohanan olahraga ini merupakan satu pengalaman yang
baru dan melalui pengalaman inilah ilmu pengetahuan yang dipeolehi itu boleh
digunakan sewaktu di sekolah kelak. Segala pengurusan dan pentadbiran
kejohanan ini merupakan salah satu cara untuk memantapkan jati diri guru-guru
peltih di Institut Pendidikan Guru supaya lebih bersedia untuk menghadapi
situasi sebenar dalam komuniti pendidikan kelak.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
14/22
13
5.0 Refleksi Kendiri
ARIFAH HANANI BT HAJI WAN AHMAD911211036212
PISMP KAJIAN SOSIAL B AMBILAN JAN. 2011
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kejohanan olahraga tahunan IPG KBA
berjaya berjalan dengan lancar walaupun tidak sesempurna seperti yang telah
dirancangkan. Saya dan rakan-rakan yang lain ditugaskan untuk menyediakan
balapan dan padang untuk acara-acara padang seperti rejam lembing dan
lompat jauh. Sepanjang persiapan tersebut, banyak pengetahuan dan
pengalaman baru yang ditimba yang mana boleh digunakan di sekolah kelak.
Walaupun berpanas dan berhujan untuk menyiapkan padang namun
berbekalkan semangat kental semua orang, balapan dan padang berjaya
disiapkan sebelum hari kejohanan olahraga itu berlangsung.
Walaubagaimanapun, disebabkan oleh keadaan padang yang tidak begitu
elok, garisan yang dibuat untuk acara balapan telah pudar dek kehujanan.
Namun, acara balapan tetap dapat dijalankan dengan jayanya. Kekangan lain
yang dihadapi oleh kami adalah kekurangan peralatan yang lengkap untuk
menyiapkan trek balapan serta tempat untuk acara padang. Diharapkan Unit
Gerko dapat menambahbaik kemudahan dan peralatan untuk keja-kerja sebegini
terutamanya untuk kejohanan olahraga yang akan datang supaya perkara yang
sama tidak akan berulang lagi. Disebabkan oleh itu, kami terpaksa mengambil
masa yang agak lama untuk menyiapkan keseluruhan padang ditambah pula
dengan jadual kelas yang agak padat disertakan pula dengan tugasan yang
perlu disiapkan. Namun, sikap kerja berpasukan dan tolenrasi yang ditunjukkan
telah membawa kejayaan dalam menyiapkan tanggungjawab yang telah
diamanahkan ini.
Saya amat berterima kasih kepada semua pensyarah dari Unit Gerko
yang banyak membantu kami dalam memberikan tunjuk ajar serta sokongan
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
15/22
14
tidak kira dari segi moral serta lahiriah. Semoga segala ilmu baru yang diperoleh
ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin pada masa hadapan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
16/22
15
MOHD IZZAT BIN NORAZAM
900806-02-5067
PISMP KAJIAN SOSIAL B AMBILAN JAN. 2011
Alhamdulillah syukur kepada tuhan ,kerana saya telah menyiapkan
tugasan yang diberikan ini,pelbagai pengetahuan yang saya telah perolehi
tentang membuat tugasan yang telah diberi ini. Pengetahuan ini sangat berguna
kepada diri saya sewaktu bergelar seorang guru nanti . Tugasan ini
sememangnya membantu saya menambahkan pengetahuan saya dalam bidang
sukan dan permainan ini dengan lebeh terperinci terutamanya mengenai
persediaan Kejohanan Sukan Tahunan.
Seterusnya kelebihan lain yang saya dapati ketika melaksanakan tugasan
ini saya telah mula berminat untuk cuba menceburi minat dalam bidang
persediaan sebarang kejohanan. Selain itu dengan berbekalkan tunjuk ajar yang
telah dipelajari oleh pensyarah semasa pembelajaran gerko sedikit sebanyak
telah membantu saya mempelajari ilmu baru dalam penyediaan trek pada pada
hari kejohanan sukan. Walaupun pada permulaan perlaksanaan ini agak kekok
namun berkat kerjasama yang dipertonjolkan oleh sahabat telah berjaya
melaksanakan tanggungjawab ini dengan baik.
Oleh itu, diharap apa yang telah saya lakukan ini dapat member input-
input yang berkesan untuk digunakan pakai kelak,bukan saja kepada diri saya
malah mampu mengaplikasikannya sekiranya saya dikehendaki dan
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
17/22
16
dipertanggungjawabkan untuk menyediakan trek padang.Seterusnya saya
berharap juga pengalaman dan pembelajaran yang diperoleh dalam pengalaman
ini akan terus kekal dan tidak hilang sehingga akhir hayat saya. Dengan ini saya
ingin mengucapkan ribuan terima kasih rakan-rakan serta pensyarah-pensyarah
yang banyak memberi bimbingan dan pengetahuan mengenai persedian dan
perlaksanaan tugasan yang diberi.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
18/22
17
ABDUL QAYUM BIN ABDULL SAFI
900325016849
PISMP KAJIAN SOSIAL B AMBILAN JAN. 2011
Al Hamdulillah, akhirnya Kejohanan Olahraga Tahunan IPG KBA telah
berjaya dijalankan dengan baik. Setiap orang mempunyai tugasan masing-
masing dan kumpulan kami telah ditugaskan kepada bahagian persediaan
balapan dan padang untuk acara padang. Antara acara padang tersebut ialah
rejam lembing, lontar peluru dan lompat jauh.
Dalam melaksanakan tugasan ini, banyak perkara yang telah saya timba
yang sangat berguna pada saya sebagai guru di masa hadapan. Saya belajar
bagaimana menyiapkan balapan yang berukuran 200 meter berbanding balapan
yang standard. Kami semua berpanas terik dan berhujan panas semata-mata
untuk menyiapkan balapan sebelum KOT bermula.
Kelebihan yang ada dalam melaksanankan tugasan ini ialah kami
mempunyai satu semangat kerja berpasukan yang kuat. Hal ini dapat dilihat
apabila kami turun beramai-ramai membuat balapan dan kawasan acara padang
lain tanpa mengira masa dan cuaca. Selain itu juga, kami mempunyai ketua danpengikut yang saling berkerjasama. Itulah rahsia tugasan ini berjaya
disempurnakan.
Kekurangan yang ada dalam perlaksanaan tugasan ini ialah kami
menghadapi masalah membuat balapan kerana faktor cuaca dan peralatan.
Keadaan padang yang lecak dan berlumpur selepas hujan menyebabkan garisan
balapan sukar dibuat. Malah garisan sedia ada pula hilang selepas hujan.
Masalah ini menjadi lebih buruk denan ketiadaan mesin membuat garisan yang
baru. Namun masalah ini diselesaikan dengan kerjasama antara kami dan
pensyarah. Kami telah mendapat satu mesin untuk membuat garisan yang baru.
Mesin ini dapat membuat garisan dengan mudah tanpa ada masalah.
Saya amat berterima kasih kepada semua pensyarah dari Unit Gerko
yang banyak membantu kami dalam memberikan tunjuk ajar serta sokongan
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
19/22
18
tidak kira dari segi moral serta lahiriah. Semoga segala ilmu baru yang diperoleh
ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin pada masa hadapan.
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
20/22
19
6.0 Lampiran
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
21/22
20
-
7/23/2019 laporan KOT.docx
22/22
21
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGHARGAAN 1
2.0 PENGENALAN 2
3.0 LAPORAN KOT 3
4.0 PENUTUP 12
5.0 REFLEKSI 13
6.0 LAMPIRAN 19
top related