analisis tetamu senja

5
 PPISMP PSV 09 SEMESTER 3 NAMA : NUR SYAZWANI BINTI SANUSI NAZIFA BINTI MOHD HANIPAH BAHASA MELAYU 1 CIK NOR AZIAN BINTI ABDUL GHANI Penggunaan Fonem Vokal SAJAK

Upload: nur-syazwani-sanusi

Post on 15-Oct-2015

583 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Analisis Sajak Tetamu SenjaKarya Abdullah Samad Said

TRANSCRIPT

PPISMP PSV 09 SEMESTER 3NAMA : NUR SYAZWANI BINTI SANUSI NAZIFA BINTI MOHD HANIPAHBAHASA MELAYU 1CIK NOR AZIAN BINTI ABDUL GHANIPenggunaan Fonem VokalSAJAK

PENGGUNAAN FONEM VOKALPuisiKita Ini tetamu SenjaKarya Abdullah Samad Said

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senjaBila cukup detik kembalilah kita kepada-NyaKita datang ini kosong tangan kosong dadaBila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulangBawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insanPada tetamu yang datang dan lupa jalan pulangUsahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempatAtau segera sesat puja darjat puja pangkatSegera kita insaf kita ini punya kiblatSegera kita ingat kita punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar laratHingga mesti merempat ke biru laut ke kuning daratHarus kita lekas sedar penuh pada tugasHarus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasadBila pulang nanti bawalah bakti padat berkat!

AnalisisSajak Tetamu Senja Karya Abdullah Samad SaidHurufFonemAwalJumlahTengahJumlahAkhirJumlah

a/a/atau1datang, hanya, tetamu, kembalilah, kepada, tangan, dada, nanti, bawa, pahala, pada, jalan, bakti, usahlah, derhaka, manusia, darjat, pangkat, larat, darat, harus, rasa, satu, jasad, bakti, padat26kita, hanya, senja, bila, kepada, dada, bawa, dosa, pahala, mesra, lupa, segera, puja, punya, hingga, pada, rasa, manusia18

e//--sebagai, tetamu, senja, detik, kembalilah, kepada, kenal, mesra, derhaka, tempat, segera, sesat, mesti, lekas, sedar, penuh, tegas, sembah, seluruh, belas, berkat21ke1

/e/--tekad, merempat,2--

i/i/ini, insan, insaf, ingat4kita, bila, lihat, kiblat, biar, hingga, biru, terbiar8ini, nanti, bakti, mesti, detik5

o/o/--kosong, dosa, roh3--

u/u/usahlah1cukup, pulang, Tuhan, lupa, pula, manusia, puja, punya, kuning, tugas, seluruh, 11tetamu, biru, satu, penuh`4

KesimpulanHasil dapatan analisis tersebut, puisi Tetamu Senja hasil karya Sasterawan Negara Abdullah Samad Said menunjukkan penggunaan fonem vokal /a/ dalam tengah suku kata merangkumi 25 peratus daripada keseluruhan penggunaan fonem vokal dalam suku kata, iaitu sebanyak 26 perkataan. Sebagai contoh ialah perkataan tetamu dan derhaka. Manakala penggunaan suku kata yang paling minimum iaitu hanya merangkumi satu peratus ialah satu. Penggunaan suku kata tersebut ialah suku kata awalan fonem vokal /a/, suku kata akhiran fonem vokal //, dan suku kata awalan fonem vokal /u/. Contoh perkataan bagi setiap suku kata tersebut ialah atau, ke dan usahlah. Penggunaan kesemua enam fonem vokal di tengah suku kata diguna dengan lengkap dalam sajak ini. Penggunaan fonem vokal /a/ pada tengah suku kata adalah sebanyak 26 perkataan, fonem vokal // pula ialah 21 perkataan, fonem vokal /e/ sebanyak 2 perkataan, fonem vokal /i/ sebanyak 8 perkataan, fonem vokal /o/ sebanyak 3 perkataan manakala fonem vokal /u/ sebanyak 11 perkataan. Contoh perkataan bagi setiap penggunaan vokal fonem di tengah suku kata ialah datang, senja, tekad, bila, kosong dan pulang.Penggunaan fonem vokal lain yang terdapat dalam sajak ini ialah fonem vokal /a/ pada akhiran suku kata sebanyak 18 perkataan berserta contohnya ialah perkataan bila dan senja. Seterusnya ialah fonem vokal /i/ pada awalan suku kata sebanyak empat perkataan. Sebagai contohnya ialah perkataan insan dan insaf. Sejurusnya pula penggunaan fonam vokal /i/ pada akhiran suku kata adalah sebanyak lima perkataan. Contohnya ialah perkataan ini dan bakti. Terakhir sekali ialah fonem vokal /u/ pada akhiran suku kata sebanyak empat perkataan. Contoh perkataan bagi fonem vokal tersebut ialah tetamu dan penuh. Fonem vokal // pada awalan suku kata, fonem vokal /e/ pada awalan dan akhiran suku kata dan fonem vokal /o/ pada awalan dan akhiran suku kata adalah tidak digunakan dalam sajak ini.Kesimpulannya, beliau banyak menggunakan fonem vokal /a/ , /i/ dan /u/ dalam setiap jenis suku kata. Ini adalah kerana beliau menulis puisi kesusasteraan Melayu moden yang bertemakan ketuhanan dan memerlukan laras bahasa yang tinggi.