etnik bentang

Upload: bandan-unyat

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 etnik bentang

    1/14

  • 7/21/2019 etnik bentang

    2/14

  • 7/21/2019 etnik bentang

    3/14

    SOALAN TUTORIAL:

    Menggalurkan proses pembentukanperlembagaan

  • 7/21/2019 etnik bentang

    4/14

    1946

    1948

    1 April 1946

    (Perlembagaan Malayan

    Union)

    1 Februari 1948 (Perlembagaan Persekutuan

    Tanah Melayu 1948)

    1949

    Jawatankuasa Hubungan

    Antara Kaum (CLC)

    Perlembagaan

    Kemerdekaan 1957

    1957

    Perlembagaan

    Malaysia 1963

    1963

  • 7/21/2019 etnik bentang

    5/14

    1 April 1946 (Perlembagaan Malayan Union)

    British Military Administration (BMA) telah dibubarkan pada bulan Mac 1945.

    diikuti dengan pembentukan Kesatuan Tanah Melayu (Malayan Union) pada 1

    April 1946.

    terbentuk hasil dari Perjanjian Mac Michael pada tahun 1945.

    Perjanjian ini memberi peruntukan kepada British bagi mentadbir Tanah Melayu

    dalam perintah-dalam-Majlis berpandukan kepada Arahan Diraja (Royal decree)

    bertarikh 23 Mac 1946.

    semua peristiwa yang berlaku ini dipanggil sebagai Perlembagaan Kesatuan

    Tanah Melayu 1946.

    Bagaimanapun, perlembagaan dan perjanjian ini mendapat tentangan yang kuat

    dari raja-raja Melayu dan Rakyat Tanah Melayu.

    1946

  • 7/21/2019 etnik bentang

    6/14

  • 7/21/2019 etnik bentang

    7/14

    1949

    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)

    Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (1949) terdiri daripada pelbagai

    hubungan etnik telah berusaha menyelesaikan masalah perlembagaan, politik dan

    ekonomi.

    Ia wujud kerana permintaan yang berlainan daripada pelbagai etnik.

    CLC ditubuhkan secara tidak rasmi untuk membincangkan isu seperti

    kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu serta dasar pendidikan.

    Melalui CLC ini pemimpin dari pelbagai golongan etnik berbincang secara

    terbuka mengenai permasalahan yang wujud dan mencari jalan penyelesaian.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    8/14

    tokoh yang menganggotai jawatankuasa ini ialah Dato Onn Jaafar,

    Dato Abdul Wahab Abdul Aziz, Tan Cheng Lok, C.C. Tan, Dr. J. S.

    Goonting dan E.E.C. Thuraisingham.

    Kebanyakan cadangan CLC telah dimasukan ke dalam usul-usul

    perundangan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.

    Jawatankuasa ini telah berjaya memupuk persefahaman antara

    pemimpin pelbagai kaum.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    9/14

    1957

    Perlembagaan Kemerdekaan 1957

    Rundingan Kemerdekaan 1956

    Tunku Abdul Rahman mengetuai rombongan

    ke London

    Melalui Perjanjian London 1956, Kerajaan

    british bersetuju mengisytiharkan

    kemerdekaan bagi Tanah Melayu pada akhir

    bulan Ogos 1957.

    Persetujuan juga dicapai untuk menubuhkan

    Suruhanjaya reid.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    10/14

    Suruhanjaya Reid 1956

    Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada tahun 1956 untuk

    menggubal perlembagaan baru bagi Persekutuan Tanah

    Melayu yang merdeka.

    Anggotanya ialah Lord Reid (Britain-Pengerusi), Sir Ivor

    Jennings (Britain), Sir William Mckell (Australia), B. Malik(India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).

    Laporan Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja

    yang terdiri daripada wakil Raja-raja Melayu, Parti Perikatan,

    Pesuruhjaya tinggi, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara.

    Rang Perlembagaan yang dipinda diluluskan oleh Majlis

    Perundangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    11/14

  • 7/21/2019 etnik bentang

    12/14

    1963

    Perlembagaan Kemerdekaan 1957

    Pada 9 Julai 1963, kerajaan-kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, United

    kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura telah menandatangani

    Perjanjian Malaysia Borneo Utara, Sarawak dan Singapura akan

    bersekutu dengan negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu yang sedia ada,

    dan persekutuan ini dinamakan Malaysia.

    Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia

    untuk meminda Perkara 1(1) dan Perkara (2) Perlembagaan Persekutuan

    Tanah Melayu 1957.

    Akta ini berkuatkuasa pada 16 September 1963. Pada masa yang sama

    juga Queen Great Britain melepaskan bidang kuasa baginda di Borneo Utara,

    Sarawak dan Singapura.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    13/14

    Maka dengan ini wujudlah Persekutuan Malaysia yang merdeka dan

    berdaulat dengan mempunyai perlembagaannya sendiri.

    Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, telah dijadikan asas

    kepada penggubalan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

    Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah diisytiharkan pada 16

    September 1963.

    Bagi sabah dan Sarawak draf Perlembagaan Persekutuan Malaysia telah

    dilampirkan dalam Jadula Perjanjian Malaysia dan perlembagaan itu

    kemudiannya telah diisytiharkan sebagai Perlembagaan Negeri Sabah dan

    Sarawak.

  • 7/21/2019 etnik bentang

    14/14

    tamat