etnik bab 1 ctu551

18
7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551 http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 1/18 11/9/20 BAB 1 MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN Azri Bhari Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Malaysia : Kesepaduan Dalam Kepelbagaian 1. Konsep Masyarakat & Budaya a. Perspektif Islam b. Perspektif Barat 2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia a. Realiti kepelbagaian masyarakat Malaysia b. Konsep bangsa, ras & etnik c. Konsep prejudis, stereotaip & diskriminasi d. Kesepaduan sosial melalui akomodasi, akulturasi, asimilasi & amalgamasi 3. Konsep masyarakat majmuk menurut Islam Hasil Pembelajaran Kursus: Menghuraikan konsep kepelbagaian etnik, budaya dan masyarakat yang wujud di Malaysia serta kemajmukan masyarakat menurut perspektif Islam. Hasil Pembelajaran Tajuk: Para pelajar akan berkebolehan: 1. Membincangkan konsep etnik, masyarakat dan budaya 2. Menjelaskan bahawa wujud kepelbagaian etnik dan budaya di Malaysia 3. Membezakan konsep-konsep perpaduan dan integrasi kaum 4. Mengenalpasti tahap hubungan etnik 5. Menjelaskan bahawa Islam menerima kepelbagaian etnik 6. Membuktikan toleransi Islam berdasarkan teks al-Quran

Upload: shafuan

Post on 19-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 1/18

11/9/20

BAB 1

MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM

KEPELBAGAIAN

Azri Bhari

Akademi Pengajian Islam Kontemporari

Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Malaysia : Kesepaduan Dalam Kepelbagaian

1. Konsep Masyarakat & Budayaa. Perspektif Islam

b. Perspektif Barat

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian diMalaysiaa. Realiti kepelbagaian masyarakat Malaysia

b. Konsep bangsa, ras & etnik

c. Konsep prejudis, stereotaip & diskriminasi

d. Kesepaduan sosial melalui akomodasi, akulturasi,asimilasi & amalgamasi

3. Konsep masyarakat majmuk menurut Islam

Hasil Pembelajaran Kursus:

Menghuraikan konsep kepelbagaian etnik, budaya

dan masyarakat yang wujud di Malaysia serta

kemajmukan masyarakat menurut perspektif Islam.

Hasil Pembelajaran Tajuk:

Para pelajar akan berkebolehan:

1. Membincangkan konsep etnik, masyarakat dan budaya

2. Menjelaskan bahawa wujud kepelbagaian etnik dan

budaya di Malaysia

3. Membezakan konsep-konsep perpaduan dan integrasi

kaum

4. Mengenalpasti tahap hubungan etnik

5. Menjelaskan bahawa Islam menerima kepelbagaian etnik

6. Membuktikan toleransi Islam berdasarkan teks al-Quran

Page 2: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 2/18

11/9/20

Pengenalan

Hubungan Etnik CTU553 / Sejarah Malaysia CTU555

Pendekatan sejarah sosial

Sejarah mungkin berulang

Sejarah tidak pernah menipu manusia

Sejarah umpama “back miror”  

Kata George Santayana, seorang ahli pemikir Amerika, “Mereka yang lupa akan

sejarah akan didera dengan mengulangi kesilapan mereka berkali-kali” 

Kata Tun Dr. Mahathir, “Kita perlu belajar dari pengalaman kita dan pengalaman ini

adalah sebahagian dari sejarah” 

Al-Quran menceritakan sejarah (Nabi-nabi, Kaum-kaum, Firaun, Ashabul Kahfi dll)

Salehuddin al-Ayyubi membebaskan Palestin dengan mengkaji sejarah

Sultan al-Fateh menakluk Kota Konstantinopel, Istanbul dengan mengkaji sejarah

Thomas Edison pencipta mentol; dia tidak menganggap kegagalan sebelum

menghasilkan mentol sebenar, tetapi menganggap satu loncatan kejayaan denganbelajar melalui sejarah mengapa mentolnya sebelum ini tidak berhasil.

Pengenalan (sambungan)

Masalah perkauman menjadi isu penting

i. Peristiwa yang dicetuskan Parti Komunis Malaya

ii. Peristiwa 13 Mei 1969

iii. Peristiwa Kampung Medan, Mac 2001

Justeru itu, penting memahami konsep asas mendasarihubungan etnik dalam konteks masyarakat Malaysia.

i. Masyarakat

ii. Budaya

iii. Kesepaduan / Integrasi / Perpaduan

Konsep Asas Hubungan Etnik

Masyarakat

Budaya

Kesepaduan

1. Konsep Masyarakat & Budaya

1.1 Konsep Masyarakat 

 Secara umum,  masyarakat merupakan istilah yang digunakan untukmenerangkan komuniti manusia yang tinggal bersama-sama dalam satukawasan penempatan kekal.

Kamus Dewan 2005,  menjelaskan masyarakat sebagai sekumpulan manusiayang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuahmasyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnyamelalui hubungan bersemuka.

Melalui pergaulan, terbentuk pola hubungan sosial yang berulang sifatnya seperti gotong-royong, menziarahi, saling membantu, menyambut pembesar, meraikan perayaan dsb.

Kekerapan pergaulan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satuunit sosial.

Dalam konteks Malaysia, hubungan harmonis antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina

sebuah masyarakat Malaysia yang teguh.

Page 3: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 3/18

11/9/20

Konsep Masyarakat

MemilikiBudaya

Wujud

Penempatan

Kelompok

Manusia

MemilikiUndang-Undang

ELEMEN UTAMA

MASYARAKAT

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.1 Perspektif Islam

Menurut Ibnu Khaldun : “konsep masyarakat mempunyai hubunganyang rapat dengan konsep manusia dari perspektif Islam iaitumakhluk hidup yang berbeza dari hidupan lain. Manusiaberkedudukan tinggi kerana kemampuan berfikir yang dimilikinya.Manusia juga istimewa kerana ialah makhluk sosial yang inovatifdan kreatif”. 

Ibnu Khaldun umumnya membahagikan masyarakat kepada duaiaitui. Masyarakat berperadaban (umran)

ii. Masyarakat yang primitif (badawi)

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.1 Perspektif Islam (sambungan)

Bagi Ibnu khaldun masyarakat dan negara mempunyaihubungan yang rapat kerana kekuatan dalaman sesebuah

masyarakat iaitu sifat kesetiakawanan (asabiah), adalah ciri

penting yang menentukan hayat dan survival sebuah

masyarakat ataupun negara.

Mengikut Ibnu Khaldun, masyarakat berperadaban tinggi akan

mempunyai budaya yang tinggi sesuai dengan ciri-ciri manusia

tinggal menetap, manakala masyarakat primitif   akan

mempunyai ciri-ciri budaya manusia yang berpindah randah.

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.1 Perspektif Islam (sambungan)

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi; “ Masyarakat Islam  ialahmasyarakat yang berdiri di atas aqidah dan pemikiran

tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang,

moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik

penamaannya sebagai “masyarakat Islam”. Dalam erti lainmasyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruhajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan

dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur

hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal

dan negara dengan masyarakat antarabangsa” 

Page 4: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 4/18

11/9/20

1.1.1 Perspektif Islam (sambungan) 

Sayyid Qutb (1979)

“masyarakat dan kebudayaan Islam itu ialah

masyarakat yang melaksanakan cara hidup Islamsecara total yang bertitik tolak daripada asas

aqidah, ibadah, undang-undang, moral dan cara

hidup sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at

Islam. Masyarakat dalam bentuk seperti inilah yang

dikatakan bertamadun.” 

(al-Mujtama’ al-Islamy)

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.1 Perspektif Islam (sambungan) 

Zakaria Stapa (1994);

“secara  mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan

masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami dimana-mana daerah atau tempat menjadikan Islamsebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupanrohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islamsebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk

mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidupdalam masyarakat” 

( Masyarakat Islam dan isu semasa).

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

AQIDAH

SYARIAT

AKHLAK

BUDAYA

MASYARAKAT

Konsep Masyarakat Menurut Islam; 1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.2 Perspektif Barat

Konsep masyarakat yang dibawa oleh sarjana Barat sangat pelbagai  –  asasnya ialah falsafah dan latar zaman mereka.

Penganut faham evolusionisme  melihat masyarakat sebagai organismehidup yang berkembang secara alami. Emile Durkheim adalah salah

seorang pemuka ilmu sosiologi yang membahagikan masyarakat kepadamasyarakat tradisional dan masyarakat moden  –   yang dibezakanberdasarkan jenis integarasi sosial dan fungsi sosialnya.

Manakala mereka yang berfaham  sosialisme  seperti Karl Marx, melihatmasyarakat sebagai hasil pertembungan kelas.

Page 5: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 5/18

11/9/20

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.2 Perspektif Barat (sambungan)

Roucek & Warren 1979,  menjelaskan masyarakat ialah satu kumpulanmanusia yang berhubung secara tetap dan tersusun dalam menjalankanaktiviti secara kolektif dan merasakan bahawa mereka adalah hidupbersama. Ahli masyarakat tersebut mempunyai perhubungan terus menerusdi kalangan mereka yang masih hidup dan kekal selama berabad-abad.

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.3 Ciri-ciri masyarakat

Berikut ialah ciri-ciri masyarakat:

i. Berkelompok

ii. Berbudaya

iii. Mengalami perubahan

iv. Berinteraksi

v. Mempunyai kepimpinan

vi. Mempunyai aturan social (susun lapis, kelas, status & kasta)

vii. Masyarakat majmuk

CIRI-CIRI MASYARAKAT

• Hidup bersama, saling mengenali dan bergantungan.Berkelompok

• Tiada masyarakat maka tiadalah budaya.• Budaya diwarisi dari generasi ke generasi dengan

proses penyesuaian.Berkebudayaan

• Suatu perubahan terjadi kerana faktor-faktor yangberasal dari masyarakat itu sendiri.

Mengalamiperubahan

• Berhubung dan bekerjasama seterusnya mencetuskaninteraksi.

• Interaksi ini boleh berlaku secara lisan atau tidak.Berinteraksi

19

CIRI-CIRI MASYARAKAT

• Pemimpin terdiri daripada ketua keluarga,ketua kampung, ketua negara dansebagainya.

• Kepimpinan dalam masyarakat Melayuawal, bercorak tertutup kerana pemilihanberdasarkan ketu runan; Raja, Bangsawan

Kepimpinan

• Ia meletakkan seseorang pada kedudukandan peranan yang harus dimainkannya

• Merujuk kepada susun lapis masyarakat.

Stratifikasisosial

20

Page 6: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 6/18

11/9/20

3 STRATIFIKASI SOSIAL

Kelas

• Kedudukan seseorang dalam masyarakatberdasarkan pemilikan harta ataukekayaan

Status

• Jangkaan peranan yang dimainkan olehindividu dalam masyarakat sepertipenerimaan gelaran Dato’, Haji dan Lebai.

Kasta

• Kelas sosial yang keahliannya ditentukanhanya melalui kelahiran dan dalamhidupnya tidak berlaku mobiliti sosial.

21

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.4 Tahap-tahap masyarakat

Masyarakat terdiri daripada pelbagai tahap, iaitu:

i. Keluarga

ii. Komuniti

iii. Negara bangsa

iv. Organisasi global

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.5 Kepentingan memahami konsep masyarakat

Antara kepentingannya ialah:

i. Memahami hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup,tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat

ii. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup

bermasyarakat

iii. Memahami budaya masyarakat sendiri dan juga masyarakat lain

iv. Terus memupuk kerjasama dalam masyarakat sendiri dan denganmasyarakat lain. Sehubungan dengan itu, sifat dan ciri-cirimasyarakat juga perlu diketahui dan difahami kerana masyarakat

itu adalah sesuatu yang dinamik.

KEPERLUAN MENGKAJI MASYARAKAT

• Perlakuan seseorang berka itan dengan masyarakatnya.• Seseorang itu dice rmin dan mencerminkan masyarakatnya.

Manusia hidup bermasyarakat

• Pemahaman yang tepat terhadap masyarakat membolehkan individuitu bertingkahlaku dan menyesuaikan diri mengikut kehendakmasyarakat setempat.

Memahami cara hidup bermasyarakat

• Tidak akan menga lami satu kejutan budaya, tetapi lebih bersediamenghadapi perbezaan yang wujud.

Memahami budaya dan masyarakat lain

• Perhubungan merangkumi masyarakat dunia kese luruhannya.• Dapat mengatasi isu-isu global seperti pencemaran, teknologi,

perlumbaan senjata dan sebagainya.

Memupuk kerjasama di antara masyarakat

24

Page 7: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 7/18

11/9/20

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.5 Masyarakat Malaysia VS Bangsa Malaysia 

Tidak boleh disamakan kerana maksud berbeza, walaupun

merujuk entiti politik yang sama iaitu Malaysia.

Masyarakat Malaysia adalah sebuah konsep yang lebih luas

skopnya, atau boleh dianggap sebagai sebuah konsep

payung, yang merangkumi konsep Bangsa Malaysia yang

merujuk pula kepada satu cita-cita politik, seperti yang

diungkapkan dalam Wawasan 2020.

Dari satu sudut,  Bangsa Malaysia merupakan satu “bangsa

idaman”  yang kita kehendaki. Tentunya Bangsa Malaysia

yang kita idamkan itu berteraskan hubungan etnik yangharmonis.

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.1.5 Masyarakat Malaysia VS Bangsa Malaysia (sambungan) 

Pembentukan Bangsa Malaysia diukur berpandukan 3 perspektif:

i. Kenegaraan;  semangat kenegaraan boleh ditanam melalui simbolyang mewakili keutuhan Negara seperti bendera Malaysia, lagukebangsaan & Rukun Negara.

ii. Kewarganegaraan;  bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain dapat

disatukan melalui kewarganegaraan yang sama, iaitu warganegaraMalaysia.

iii. Kebangsaan;  aspek kebangsaan dapat ditonjolkan melalui

kebudayaan kebangsaan  yang merupakan penggerak dalammenguatkan  semangat kebangsaan  dan menjadi batu asas kepadapembentukan bangsa Malaysia. Kebudayaan kebangsaan dengan

 semangat kebangsaan  adalah bersifat timbal balik kerana salingmenyokong dan menguatkan.

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.2 Konsep Budaya

1.2.1 Definisi

  “Budaya”   berasal dari cantuman dua perkataan, bahasa Sanskrit + bahasa

Melayu Polynesia.

Bahasa Sanskrit, “Budhi”  = kecergasan fikiran & akal.

Bahasa Melayu Polynesia, “Daya”  = kekuatan kuasa, tenaga & pengaruh

Cantuman  perkataan  “Budaya”  = tenaga fikiran, usaha rohani @ kuasa

menggerakkan jiwa. Kamus Dewan 2005,  definisi budaya ialah kemajuan fikiran, akal budi (cara

berfikir), berkelakuan dan sebagainya.

Definisi lain,  budaya ialah suatu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan

tertentu dan meliputi sistem social, susunan organisasi ekonomi, politik, agama,

kepercayaan, adat resam, sikap dan nilai.

 Secara umum,  definisi budaya ialah cara hidup yang berupa hasilan intelek

ataupun material yang dicetuskan oleh sesuatu masyarakat.

Konsep Budaya

Budhi

Kecergasanakal fikiran

Daya

Kekuatan kuasa,tenaga danpengaruh

Takrifan Budaya

Cara hidup orang ramaitermasuk pemikiran,nilai kepercayaan,

pandangan dan tabiatberfikir serta cara

perlakuan manusia yangmenggerakkan jiwa.

Page 8: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 8/18

11/9/20

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.2.2 Ciri-ciri Budaya

Ciri-ciri budaya ialah:i. Boleh dipelajari

ii. Boleh dikongsi bersama

iii. Bersifat universal / sejagat

iv. Boleh diwarisi

v. Bersifat dinamis / berubah-ubah

vi. Mempunyai unsur simbolik

vii. Ada pandangan semesta (world view)

Ciri-Ciri Budaya

• Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari danmelibatkan banyak unsur seperti asimilasi dan adaptasi.Dipelajari

• Setiap perlakuan/ budaya itu diamal dan didokong olehsekumpulan manusia.

• Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu danbukannya perlakuan masyarakat.

Dikongsi

• Kebudayaan itu wujud dalam semua kelompok manusia.• Namun ia berbeza antara masyarakat kerana pengaruh alam,

pengaruh luar dan tahap penyesuaian anggota.Sejagat 

• Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu generasiberikutnya.

• Budaya yang diamalkan hari ini adalah lanjutan daripada

budaya terdahulu.

Diwarisi 

Ciri-Ciri Budaya (sambungan)

• Tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarangtidak mengalami perubahan.

• Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri danproses yang berlaku.

Berubah

• Budaya boleh ditunjukkan dalam bentuk perlambangan sepertilogo, bendera, ukiran dll.Perlambangan

• Pandangan semesta ialah bagaimana manusia memberikantafsiran terhadap keadaan alam sekeliling ke dalam kehidupanseharian.

• Ia timbul kerana manusia mempunyai pertalian yang rapatdengan alam sekitar.

PandanganSemesta

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.2.3 Pembahagian budaya 

Budaya terbahagi kepada dua, iaitu:

i. Budaya kebendaan (material);  ialah peralatan & kelengkapan hidup

seperti rumah, kereta, perahu, senjata & sebagainya.

Contohnya,  orang Melayu memiliki rumah yang reka bentuknya berbezadengan orang Inggeris @ orang Eskimo.

ii. Budaya bukan kebendaan (non-material);   ialah kepercayaan, adat

istiadat, dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat tersendiri; dalam adat

perkahwinan masyarakat Melayu, pihak lelaki memberi hantaran kepadapihak perempuan, manakala bagi masyarakat India sebaliknya.

Page 9: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 9/18

11/9/20

Jenis Budaya

Budayakebendaan

• Peralatan dankelengkapan hidupseperti rumah,kereta, perahu,senjata dansebagainya.

Budayabukan

kebendaan

• Kepercayaan, adatistiadat dan undang-undang contohnyaadat istiadat yangberbeza-bezadalam perkahwinan.

33

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.2.4. Peranan pembentukan sesuatu budaya

Terdapat dua peranan utama pembentukan sesuatubudaya, iaitu:

i. untuk membina imej negara ke arah mewujudkankeperibadian serta identiti.

ii. memupuk kesedaran kebangsaan dankenegaraanan bercirikan kerohanian,kemanusiaan, spiritual & mental.

PERANAN UTAMA PEMBENTUKAN BUDAYA

Membina imej negara kearah mewujudkankeperibadian danidentiti.

Memupuk kesedarankebangsaan dankenegaraan berasaskanciri-ciri kerohanian,kemanusiaan, spiritualdan mental.

35

1. Konsep Masyarakat & Budaya (sambungan)

1.2.5 Pandangan Islam & bukan Islam terhadap budaya 

Pandangan Islam

Budaya masyarakat diikat oleh nilai agama (ajaran Islamberteraskan wahyu dan hadis)

Justeru itu, setiap aspek amalan dalam budaya yang bercanggahdengan syariat Islam adalah dilarang / haram kepada umat Islam.

Contoh : tarian poco-poco, hari valentime.

Pandangan bukan Islam

Ajaran agama termasuk dalam budaya

Justeru itu, upacara agama adalah sebahagian daripada nilai

budaya.

Page 10: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 10/18

11/9/20

KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri •Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :•Seorang yang menganuti agama Islam•Lazim bercakap Bahasa Melayu•Menurut adat istiadat Melayu

•Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia

Agama •Mengamalkan agama Islam•Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan Mahkamah

Syariah

Budaya •Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaankebesaran Islam yang lain.

Cina Ciri-Ciri •Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga pertengahanabad ke-20•Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu; Hokkien,Hakka, Kantonis dan lain-lain

•Mewakili 25% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut agama Buddha dan Kristian•Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama Buddha

Budaya •Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, HariKrismas dan Opera Cina

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian

di Malaysia2.1 Realiti kepelbagaian masyarakat Malaysia

(sambungan)

KAUM DESKRIPSI

India Ciri-Ciri •Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India•Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu; Tamil,Telegu,Malayalee

dan lain-lain•Mewakili 7% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam•Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam dan

bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia

Budaya •Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yangberagama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh

Etnik

Sabah

dan

Sarawak

Ciri-Ciri •Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti:•Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;•Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut

•Mewakili 12% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan animisme

Budaya •Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti HariGawai dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-

perayaan keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian

di Malaysia (sambungan)

2.2 Konsep bangsa, ras & etnik

2.2.1 Bangsa 

John Stuart Mill, menjelaskan bangsa merupakan rumpun

manusia yang terikat oleh rasa taksub bersama dan lebih

rela bekerjasama sesame mereka, berbanding dengan

rumpun bangsa yang lain. Lazimnya terjalin olehkesamaan bahasa, kesatuan wilayah, budaya, sejarah

dan agama.

Contohnya; bangsa Malaysia sebagai “bangsa idaman”

yang kita kehendaki. Pembentukan bangsa Malaysia

berteraskan hubungan etnik yang harmonis.

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian

di Malaysia (sambungan)

2.2.2 Ras 

Kelompok manusia yang mempunyai persamaan dari segi ciri-ciri fizikalbiologikal seperti warna kulit, warna mata, jenis rambut dan ciri-cirifizikallain yang agak ketara.

Ciri-ciri fizikal tersebut ditentukan oleh baka yang diwarisi dari generasi kegenerasi.

Jenis ras yang wujud di dunia antaranya ialah Mongoloid, Negroid dan

Austroloid. Rasisme  –   Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu

kelompok sosial atau terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan ciri-cirifizikal atau ras semata-mata.

Rasisme wujud dalam 2 tahap: 

i. Tahap individu –  kepercayaan dan sikap individu

ii. Tahap institusi –  melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Page 11: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 11/18

11/9/20

ETNIK & RAS

RASISME

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosialterhadap sesuatu kelompo k lainberdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras semata-mata.

2 Tahap Ras

Individu  :

Kepercayaan & sikap individuInstitusi : Melibatkan dasar &

pelaksanaan y g bersifat diskriminasi

RAS

Kelompok manusia yang ditentukan melalui ciri-ciri fizikal

41

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaiandi Malaysia (sambungan)

2.2.3 Etnik / Kaum 

Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciribudaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan

ekonomi dan sebagainya

Etnisiti - Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana

anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai,

sikap dan tingkahlaku yang sama

Etnosentrisme - Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan

anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik merekajauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

i. .

Etnik, Etnisiti & Etnisentrisme;

ETNOSENTRISME

Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnikmereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

ETNISITI

Rasa kekitaan sesuatu kumpul an etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satusejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama

ETNIK

Kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri -ciri budaya seperti adat resam,pakaian, bahasa , kegiatan ekonomi dan sebagainya

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian

di Malaysia (sambungan)

2.2.4 Suku 

Kelompok masyarakat yang membentuk rumpun etnil.

Contohnya dalam rumpun Kadazandusun terdapat sub etnik

seperti Tatana, Bisaya, Lotud & Kimaragang.

Contoh dalam etnik Cina terdapat sub etnik seperti Hakka &

Han.

i. .

Page 12: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 12/18

11/9/20

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaiandi Malaysia (sambungan)

2.3 Konsep prejudis, stereotaip & diskriminasi

2.3.1 Prejudis 

Prejudis merupakan pandangan negative mengenai ahli atau kelompoketnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau kelompok etniktertentu.

Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.

Lazimnya pandangan ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau

mencukupi.

Sikap prejudis disalurkan dari generasi ke generasi yang lain.

Kesannya mudah dilihat apabila berlaku persaingan bagi mendapatkansesuatu yang terhad sama ada dalam aspek politik, ekonomi atau social.

Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip.

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaiandi Malaysia (sambungan)

2.3.2 Stereotaip 

Stereotaip merupakan kenyataan umum yang negatifterhadap sesuatu kumpulan etnik.

Erti kata lain, gambaran yang berlebih-lebihan tentang

sesuatu perlakuan baik atau buruk yang ditujukan kepada

sesuatu kumpulan etnik oleh etnik yang lain.

Keadaan ini melibatkan pertembungan dua atau lebihkomuniti etnik.

Stereotaip mengakibatkan sesuatu kumpulan etnikmemandang rendah kumpulan etnik yang lain, membataskan

interaksi antara etnik & menimbulkan semangat perkauman

yang menebal.

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaian

di Malaysia (sambungan)

2.3.2 Diskriminasi 

Diskriminasi ialah perbuatan membandingbezakan seseorangindividu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri

etnik semata-mata.

Merupakan manifestasi prasangka yang wujud dalam

kalangan kumpulan etnik dan mudah berlaku apabila wujud

 prejudis dan

 stereotaip dalam sesebuah masyarakat.

Diskriminasi berlaku dalam banyak bentuk iaitu individu atau

kumpulan etnik dan mencapai tahap tertinggi apabila

melibatkan pembuangan kerja, serangan fizikal secara

terbuka atau percubaan penghapusan sesebuah kumpulan

etnik.

47

Perasaan & Pemikiran

• Pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etniklain

• Lazimnya tidak berasaskan maklumat yang tepat danbiasanya tidak diluahkan secara terbuka

• Apabila prejudis disuarakan, prejudis menjadi stereotaip

PREJUDIS

• Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatukumpulan etnik

• Gambaran berlebih-lebihan tentang perlakuan baik atau

buruk sesuatu kumpulan etnikSTEREOTAIP

• Perbuatan membandingbezakan seseorang individu atausesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etniksemata-mata

• Manifestasi prasangka yg wujud dlm kalangan kumpulanetnik dan mudah berlaku apabila wujud prejudis &stereotaip dlm sesebuah masyarakat

DISKRIMINASI

48

Page 13: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 13/18

11/9/20

2. Konsep Kesepaduan dalam Kepelbagaiandi Malaysia (sambungan)

2.4 Kesepaduan sosial melalui akomodasi, akulturasi,

asimilasi & amalgamasi

TAHAP HUBUNGAN ETNIK

PluralitiBudaya

Amalgamasi

Asimilasi

Akulturasi

Akomodasi

Segregasi

50

SEGREGASI

Segregasi• Hubungan yang bersifat pemisahan di

antara etnik-etnik dalam sesebuahnegara

Ia didasari oleh undang-undang ataupun tidak seperti Dasar Apartheid diAfrika Selatan.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistempersekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

51

AKOMODASI

Proses penyesuaian ini berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebasmengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa,pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetu juuntuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi secara

aman damai

Akomodasi

Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu samalain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing

52

Page 14: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 14/18

11/9/20

AKULTURASI

Akulturasi leb ih mudah dicapai melibatkan benda bersifat kebendaan dan yang mendatangkanmanfaat.

Contoh: Tali leher, angpau, makanan, dan hiburan

Berbeza de ngan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identiti asalmasyarakat yang menerima.

Akulturasi

Satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompokdari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

53

ASIMILASI

Ia berkaitan dengan penyerapan sehala individu ke dalam etnik yang lain.

Ia diwakili oleh formula : A+B+C=A

Satu proses yg berlaku apabila mana-mana ke lompok berfikir, berperasaan secara berlainan, menjadisatu dlm kesatuan sosial serta budaya yg sama. Asimilasi mutlak atau sempurna menyebabkan berlakunyapenghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan & identiti

Faktor menyebabkan berlakunya Asimilasi:

Etnik yang berbeza budaya.Individu di dalam atau di antaraetnik sering berinteraksi.

Interaksi berlaku dalam tempohyang lama.

Asimilasi

Proses percantuman dan penyatuan di antara etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satukelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

54

KEJAYAAN & KEGAGALAN ASIMILASI

Kejayaan Asimilasi:• Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan

identiti mereka dan menerima identiti etnik lain.• Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.• Kelompok minoriti adalah kecil.• Terdapat banyak persamaan budaya antara

etnik.

Kegagalan Asimilasi• Kurang pe ngetahuan kebudayaan sehingga

menimbulkan perasaan takut terhadap budayalain.

• Timbul perasaan bahawa budaya sesuatu etniklebih tinggi dari etnik lain.

• Wujud perbezaan kepentingan antara etnikyang terlibat.

• Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnyaoleh etnik minoriti.

55

AMALGAMASI

Biasanya terjadi melalui perkahwinan campur antara etnik.

Diwakili oleh formula : A+B+C=D

Ia merupakan sat u proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru.

Syarat: Kumpulan dominan membenarkan proses ini berlaku dan kumpulan minoriti sudi ataudipaksa berbuat demikian. Majoriti sanggup melepaskan hak istimewa mereka (jarang berlaku).

Amalgamasi

Ia menjangka semua kebudayaan boleh dicair dan dijadikan satu keseluruhan bersama.

56

Page 15: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 15/18

11/9/20

Konsep Integrasi & Perpaduan

PERPADUAN

• Satu proses yang menyatupadukan seluruhmasyarakat dan negara supaya setiap a nggotamasyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan tanah air

INTEGRASI

• Satu proses bagi mewujudkan satuidentiti nasional di kalangan kumpulanyang terpisah dari segi k ebudayaan,sosial dan loka si dalam sesebuah unitpolitik

3. Konsep masyarakat majmuk menurut Islam 

3.1 Perspektif Barat

J.S Furnivall (1948) menjelaskan konsep ini merujuk kepada masyarakat yangdicirikan oleh perpecahan dan konflik antara kumpulan manusia yangbernaung di bawah satu sistem politik.

Asas sosial masyarakat majmuk ialah campuran pelbagai kelompok manusia.

Dari segi politik, masyarakat majmuk timbul akibat dominasi penjajah.

Ciri-ciri masyarakat majmuk:

i. Campuran kumpulan manusia yang mempunyai cara hidup berlainan.

ii. Hanya bergaul di tempat perniagaan seperti pasar.

iii. Hidup berdampingan tetapi berasingan dalam satu unit politik yangsama.

iv. Terdapat pembahagian tugas atas garis perkauman

v. Kelemahan azam sosial bersama (common social will)

و

 

  

 

ه ا

  

    

آ

   ق

 

ل

  

خ

آت

  او

  سآ

ض

 ر

 

آ

  و

   ف

  

 

آخ

  و

 

   

  س

 

آ

 

   

آ

  

 

آ

  و

ن 

  ك

  

ات  ذ  

      

   ا

  ع

 

ر(22)ل

و

آ

Ertinya;

“Dan  di antara tanda-tanda Yang membuktikankekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian

langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warnakulit kamu.  Sesungguhnya Yang demikian itu

mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orangYang berpengetahuan.”  

(Surah al-Rum;22)

Perincian Ayat al-Quran yang Berkaitan; PLURALITI MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Model masyarakat Islam Madinah.• Masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai suku kaum

• Hidup dengan aman dan damai tanpa perbalahan kaum• Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah mengikut akidah Islam.

• Hubungan pe rsaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi sosial dan ekonomi. Kedua-duagolongan bergaul dan bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan nega ra.

Surah al-Hujurat:13

60

Page 16: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 16/18

11/9/20

12. Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya

kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian

dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari

kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya

yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah

mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya.

(oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada

Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dar i lelaki dan

perempuan,  dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak,

supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di

antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). “  

(Surah al-Hujurat;ayat;12-13)

sambungan

a) Islam menggariskan panduan hubungankemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuatdalam aspek hubungan antara kaum, etnik danbangsa.  Islam melarang perbuatan “al- zan” yaknibersangka buruk atau dalam istilah sosiologinyaprejudis yang diikuti sterotaip, menghina, sertamengintip keaiban kelompok lain. “al-Tajassus” ; mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, “al-Ghibah” ; mengumpat.

b) Kesemua larangan tersebut adalah punca konfliksesama dan antara etnik yang plural.

Sambungan

c) Allah iktiraf kepelbagaian kaum, bangsa,

puak, etnik. Selain menandakan kekuasaan Allah

mencipta kepelbagaian  ini, ia menunjukkan

pengiktirafan Islam terhadap kewujudan semua

jenis bangsa di dunia yang sekaligus menyangkutkepelbagaian bahasa, budaya dan tradisi

bangsa-bangsa yang wujud itu.

Sambungan

d) Allah menggalakkan kesalingan dalamperkenalan. Acuan kalimah “ta‘arafu” dari aspekmorfologi Bahasa Arabnya memberikan maksud“saling memahami”  yang mencakup prosesperkenalan dua hala yang erat dan mendalam. Ia merupakan wadah utama proses asimilasi,

akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalampengajian sosiologi. Ia juga menepati maksuddialog antara budaya dan agama, tuntutanmengkaji dan saling mengenali kepelbagaianbudaya yang wujud.

Sambungan

Page 17: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 17/18

11/9/20

f) Allah meletakkan matlamat pluraliti adalah

perkongsian yang sihat. Saling mengenali

adalah satu perkongsian yang sihat. Kelemahansesuatu bangsa atau budaya ditampung oleh

kelebihan etnik lain yang adalah natijahperkongsian yang sihat. Perkongsian penguasaan

ilmu, teknologi, kemahiran, dan pengalamanmerupakan adalah contoh perkongsian yang

positif bagi masyarakat yang multi-etnik.

Sambungan

g) Nilai “kemuliaan” yang universal melampaui

kaum, etnik, dan bangsa. Penanda aras

kemulian yang diletakkan Islam amat universal.

h) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia kerana

warna kulit, keturunan, ras, qabilah atau etniknyabahkan yang mulia adalah yang paling kuat

hubungannya dengan Allah (taqwa).

Sambungan

Kemajmukan kaum & agama dalam Piagam Madinah

BANGSA KETURUNAN

ARAB Bani Awf-Bani al-Harith-BaniSa’idah-Bani Jusyam-Bani al-

Najjar-Bani Amru-Bani Nabit-Bani

AwsYAHUDI Bani Tha’labah-Bani Jafnah-Bani

Syutaybah-Bani Qaynuqa’-Bani

Quraizah

•  Surah al-Zukhruf;23•  Pegangan major iti yang salahUmmah

• Surah al-Nahl;120• Qudwah yang berpengaruhUmmah

• Surah Ali Imran;114• Golongan yang benarUmmah

• Surah Al-Baqarah;143• Generasi adilKhayr Ummah

• Surah Ali Imran;110• Generasi terbaikUmmatah Wasata 

• Dalam aspek hubungan etnik; komuniti yangmembentuk masyarakat yang penting dalampenyusunan masyarakat.

Kesimpulan

Konsep Ummah menurut al-Quran (Ibn,Kathir)

Page 18: Etnik Bab 1 ctu551

7/23/2019 Etnik Bab 1 ctu551

http://slidepdf.com/reader/full/etnik-bab-1-ctu551 18/18

11/9/20

AQIDAH

SYARIAT

AKHLAK

Asas Masyarakat Islam;

MENGIKAT HUBUNGAN SEMESTA

DENGAN ALLAH

MENGAWAL PERILAKU

MASYARAKAT

NATIJAH & OBJEKTIF AQIDAH

DAN SYARIAT

PENGUKUHAN

Huraikan:

Akulturasi.

Segregasi.

Amalgamasi.

Bincangkan TIGA (3) pendekatan konsep akomodasi yang wajar dijadikanpanduan bagi menjamin keharmonian hubungan etnik di Malays ia dengan

mengemukakan contoh yang relevan.

Bincangkan TIGA (3) aspek kebudayaan kaum Baba-Nyonya yangditerima daripada orang Melayu.

Bincangkan TIGA (3) ciri yang terdapat dalam sesuatu budaya sehinggamembolehkan ia bertahan lama.

70