hbungan etnik kump lporan

Upload: nur

Post on 27-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Hbungan Etnik Kump Lporan

    1/1

    Ulasan kritis

    Berdasarkan paparan slaid powerpoint yang dibentangkan, saya mendapati kerajaan

    berjaya dalam mencapai matlamat menyeimbangkan ekonomi untuk merealisasikan perpaduan

    kaum di Malaysia. Dasar Ekonomi Baru telah menunjukkan hasil yang positif dalam

    mengurangkan kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi antara kaum-kaum di Malaysia

    khususnya kaum Melayu. ita adalah maklum bahawa kemiskinan adalah !penyakit" yang

    berbahaya kepada sesebuah negara. #a mampu mengundang ancaman dari luar dan juga dari

    dalam negara itu sendiri. $ambahan pula, jika jurang antara yang miskin dan kaya adalah terlalu

    luas, ianya akan menimbulkan perasaan iri hati dan tidak puas hati seakan rakyat yang miskin

    adalah sebegitu nasibnya disebabkan oleh penindasan golongan yang lebih kaya yang

    memonopoli bidang-bidang teknikal mahupun professional.

    Dasar Ekonomi Baru juga memperlihatkan usaha-usaha positif dan aktif kerajaan dalammembangunkan negara melalu perusahaan sektor awam yang meliputi bidang kegiatan yang

    luas dan melalui pelaksanaan dasar yang tegas yang mempengaruhi pembangunan dalam

    sektor swasta. %ehubungan dengan itu, kerajaan telah mengumpul segala kuasa undang-

    undang dan pentadbirannya serta sumber kewangan dan sumber-sumber lain untuk

    mendorong, menggalak dan menyalurkan usaha kea rah pencapaian objektif negara pada

    ketika itu. $erdapat pelbagai dasar yang telah dilaksanakan misalnya dasar bagi pertanian,

    perikanan dan perhutanan, dasar bagi pengilangan, perlombongan dan pembinaan, dasar bagi

    perdagangan dan perniagaan, dasar bagi memperbaiki kehidupan di bandar dan luar bandar,dan juga dasar bagi pendidikan di Malaysia. Dasar-dasar ini adalah dirancang untuk

    dimasukkan ke dalam &ancangan Malaysia edua.

    'alaupun objektif Dasar Ekonomi Baru tidak dapat dicapai sepenuhnya, tetapi ianya

    telah mengurangkan kekekokan antara kaum di Malaysia setelah berlakunya peristiwa () Mei

    (*+* dulu. Dasar pecah perintah yang dilakukan oleh pihak penjajah dulu juga telah semakin

    terhapus dengan terjalinnya hubungan ekonomi antara kaum serta hubungan dari segi sosial.