karangan upsr wang saku hilang

Upload: rony-arokiasamy

Post on 08-Feb-2018

338 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Karangan Upsr Wang Saku Hilang

    1/3

    Karangan Tindakan.Membantu rakan yang kehilangan wang saku

    Pada suatu hari ketika waktu rehat aku ternampak rakanku Azli

    termenung dikantin.Murid-murid lain sedang asyik menjamu selera.Aku

    bertanya kepada Azli mengapa dia termenung.Dia mengatakan bahawa

    wangnya telah hilang.

    Azli berasa sedih kerana tidak mempunyai wang untuk makan Saya

    memberitahunya supaya tidak berasa risau kerana saya akan membayar

    untuk makanannya dan berjanji akan menolongnya mencari wang yang

    hilang itu.Kami berjalan bersama-sama menuju ke kantin sekolah.

    Pada hari tersebut saya membawa RM5 dan memberitahu Azli bahawakami akan berkongsi wang tersebut untuk membeli makanan di

    kantin.Kemudian,saya membeli dua pinggan mi goreng dan dua gelas air

    sirap untuk kami berdua. Kami makan bersama-sama Selepas makan,kami

    menuju ke padang kerana saya berpendapat bahawa kemungkinan wang itu

    tercicir ketika kami menjalankan aktiviti bersukan di padang.

    Beberapa orang rakan kami berada dipadang pada masa itu.Saya

    meminta pertolongan mereka untuk mencari wang Azli yang hilang itu.Puaskami mencari di sekeliling padang namun tidak berhasil.Azli hampir ber

    putus asa.Aku memujuk Azli agar jangan mengalah.

    Selepas itu ,aku membawa Azli berjumpa dengan guru bertugas pada

    minggu itu iaitu Cikgu Jamal.Cikgu Jamal meminta Azli menceritakan dimana

    dia menyimpan wangnya.Cikgu Jamal mencadangkan kami agar mencari

    wang tersebut di dalam beg Azli.

    Kami pun ke kelas dan mencari wang tersebut di dalam beg Azli.Saya

    menjumpai wang tersebut di dalam kotak pensil Azli.Azli mengucapkan

    terimah kasih kepada saya.Aku berasa sangat gembira kerana dapat

    membantu rakan yang dalam kesusahan padahari itu..

  • 7/22/2019 Karangan Upsr Wang Saku Hilang

    2/3

  • 7/22/2019 Karangan Upsr Wang Saku Hilang

    3/3