kata ganda

Upload: asanizan-tasim

Post on 05-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

KATA GANDA1) Wakil-wakilAyat dalam petikan: Malaysia akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil-wakil rakyat yang baru. (Artikel: Menteri Satu Misi Satu Identiti, Tarikh: Mac 2013, Halaman: 1)a) Pilihan raya untuk memilih wakil-wakil rakyat akan diadakan pada bulan hadapan.b) Wakil-wakil negara yang terpilih ke sukan SEA sedang menjalani latihan dengan gigih.c) Wakil-wakil pelatih daripada PISMP Bahasa Melayu akan membuat persembahan di Melaka. d) Pengerusi pertandingan karnival sukan meminta wakil-wakil daripada setiap kelas untuk menghantar penyertaan. 2) Undang-undangAyat dalam petikan: Tumpuan kepada usaha meluaskan ruang kebudayaan individu melalui pemansuhan undang-undang yang tidak selaras dengan perkembangan semasa. (Artikel: Menteri Satu Identiti, Tarikh: Mac 2013, Penulis: Najib Nomics, Halaman: 3)a) Undang-undang Islam bersifat syumul dan universal.b) Semua murid mesti mematuhi undang-undang dan peraturan sekolah.c) Undang-undang dicipta bagi membentuk disiplin dalam diri setiap individu. d) Arish Mikail merupakan pelajar cemerlang dalam bidang jurusan undang-undang di salah sebuah universiti tempatan yang terkenal. 3) Berbagai-bagaiAyat dalam petikan: Dia mendengar rakan-rakan dan saudara mara yang datang dengan berbagai-bagai berita dan cerita. (Judul buku: Cerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri, Tarikh: 10 November 1999 17 Februari 2000, Penerbit: Hamedah Wok Awang, Halaman 5)a) Maniam menjual berbagai-bagai jenis sayur di Pasar Tani Kuantan.b) Berbagai-bagai perkara dibincangkan dalam mesyuarat itu.c) Restoran itu menjual berbagai-bagai aneka makanan. d) Dalam mesyuarat yang diadakan, berbagai-bagai perkara dan masalah yang dibangkitkan bagi memastikan kelancaran program tersebut.

4) Terayun-ayunAyat dalam petikan: Pelbagai tumbuhan menumpang yang terayun-ayun dipuput angin. (Judul buku: Menongkah Lumrah, Penulis: Azmah Nordin, Halaman: 49)a) Tali gantung terayun-ayun di hadapan wajahnya.b) Kepalanya mulai terasa terayun-ayun dibalut kesuraman malam.c) Adik terayun-ayun bermain buaian di taman itu.d) 5) Segar bugarAyat dalam petikan: Tanggal 30 Ogos 1999 kira-kira jam 12.30 tengah hari saya meninggalkan sekolah dalam keadaan segar bugar. (Judul buku: Cerita-cerita Motivasi Untuk Kekuatan Diri, Penerbit: Hamedah Wok Awang, Halaman: 1)a) Sayur kubis itu kelihatan sungguh segar bugar.b) Sayur-sayuran yang ditanam oleh Lee San kelihatan segar bugar.c) Ilham yang kepanasan selepas bersukan kelihatan segar bugar setelah mandi dan membersihkan diri. d) Risya yang mengantuk menjadi segar bugar setelah mendengar berita yang mengejutkan itu. 6) Habis-habisanAyat dalam petikan: Dia memperjuangkan haknya secara habis-habisan. (Judul buku: Menongkah Lumrah, Penulis: Azmah Nordin, Halaman:117)a) Kes kekejaman terhadap kanak-kanak perlu diperangi habis-habisan sehingga ke akar umbi.b) Slogan perangi Dadah Habis-Habisan kini menjadi perkara yang di ambil berat oleh kerajaan untuk membanteras gejalah dadah yang semakin berleluasa.c) Anti-Israel menentang habis-habisan penindasan yang dibuat oleh negara itu. d) Pertahanan negara kita sentiasa berjuang habis-habisan demi menjaga keharmonian negara.

7) Beli belahAyat dalam petikan: Seramai 46 orang pendatang asing tanpa izin ditahan Jabatan Imigresen Pulau Pinang dalam serbuan di sebuah pusat beli belah semalam. (Artikel: Berita Harian, Tarikh: 9 Februari 2015, Halaman: 4)a) Terdapat pelbagai jenama baju kemeja yang dijual di pusat beli belah tersebut.b) Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan.c) One Borneo Hypermall merupakan pusat beli belah yang terbesar di Borneo. d) Pusat beli belah itu sentiasa mendapat kunjungan ramai kerana sering mengadakan promosi yang hebat. 8) LelakiAyat dalam petikan: Seorang lelaki bersenjatakan lampu suluh yang didakwa mempunyai kuasa renjatan elektirik, menyamun wang tunai. (Artikel: Berita Harian, Tarikh: 9 Februari 2015, Halaman: 4)a) Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolah itu akan didenda oleh guru disiplin.b) Lelaki gemuk itu sedang memasak di dapur.c) Lelaki mempunyai peranan yang penting sebagai ketua keluarga yang akan menjaga ahli keluarganya dalam pelbagai aspek. d) Hukuman gantung jatuh ke atas lelaki tersebut atas kesalahan merogol remaja bahawa umur. 9) Serta mertaAyata dalam petikan: Aroma belacan sambal tumis dan bau manis daun pisang layur serta merta menyegarkan suasana. (Judul buku: Rimba Harapan, Pengarang: Sasterawan Negara Keris Mas, Penerbit: DBP Kuala Lumpur 2013, Halaman: 78)a) Pegawai yang disabitkan kesalahan mengambil rasuah itu diberhentikan serta merta daripada menjadi penjawat awam.b) Arahan ini adalah berkuat kuasa dengan serta merta.c) Hairi tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat dan serta merta meninggalkan mesyuarat tersebut. d) Riana serta merta pergi ke Kedah apabila mendapat tahu ibunya kurang sihat.

10) SukacitaAyat dalam petikan: Perisytiharan itu disambut oleh rakyat dengan suka cita. (Judul buku: Dato Bahaman Orang Kaya Semantan Jilid 2, Penulis: Mohd. Fuad Md. Yatim, Penerbit: PTS, Halaman: 13)a) Sukacita kiranya pihak tuan dapar menimbang dan meluluskan syor tersebut.b) Ramadhan kali ini disambut oleh seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Isalam dengan penuh sukacita.c) Sukacita dimaklumkan bahawa, cuti persekolahan penggal pertama pada tahun ini akan dilanjutkan selama seminggu. d) Perayaan yang disambut oleh semua kaum di Malaysia disambut dengan penuh sukacita.