kemahiran generik

Upload: syafiq2209

Post on 16-Oct-2015

53 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

#ReUpload:Kemahiran Generik

TRANSCRIPT

  • PSZ 19:16 (Pind. 1/97)UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

    JUDUL : KRITERIA YANG DIPERLUKAN OLEH GRADUAN

    KEJURUTERAAN AWAM DALAM PASARAN

    INDUSTRI PEMBINAAN

    SESI PENGAJIAN: 2006/2007

    Saya MOHD AZRIL BIN AHAMAD @ AHMAD (HURUF BESAR)

    mengaku membenarkan tesis *(PSM/Sarjana/Doktor Falasfah) ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

    sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi

    pengajian tinggi.4. **Sila tandakan (/ )

    SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTARAHSIA RASMI 1972)

    TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan olehorganisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

    TIDAK TERHAD

    Disahkan oleh

    _______________________________________ _________________________________ __ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

    Alamat Tetap:

    LOT 2918,KG. BUKIT TINGKAT, DR. ARHAM BIN ABDULLAH28000 TEMERLOH Nama Penyelia

    PAHANG

    Tarikh : 20 APRIL 2007 Tarikh: 20 APRIL 2007

    ?

    CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

    berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagaiSULIT atau TERHAD.

    Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).

  • 2 Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

    adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana

    Muda Kejuruteraan Awam.

    Tandatangan : ..................................................................

    Nama Penyelia : DR. ARHAM BIN ABDULLAH

    Tarikh : 20 APRIL 2007

  • iKRITERIA YANG DIPERLUKAN OLEH GRADUAN KEJURUTERAAN AWAM

    DALAM PASARAN INDUSTRI PEMBINAAN

    MOHD AZRIL BIN AHAMAD @ AHMAD

    Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi

    sebahagian daripada syarat penganugerahan

    ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam

    Fakulti Kejuruteraan Awam

    Universiti Teknologi Malaysia

    APRIL, 2007

  • Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi

    sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda

    Kejuruteraan Awam

  • iii

    Saya akui karya ini adalah kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-

    tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

    Tandatangan : ..................................................................

    Nama Penulis : MOHD AZRIL BIN AHAMAD @ AHMAD

    Tarikh : 20 APRIL 2007

  • iv

    Hasil karya ini di abadikan buat semua insan

    tersayang

    Ibu dan AyahPn. Maznah bte Ali

    En. Ahamad @ Ahmad b. Ishak( jasamu tidak mampu dibalas )

    Adik-beradik tersayang( teruskanlah perjuangan dalam kehidupan kalian )

    PensyarahDr. Arham Abdullah sekeluarga

    ( dorongan dan sokongan amat dihargai )

    Insan tersayangSyahirah Abd Rahman

    (terima kasih untuk segalanya)

    Sahabat sekalian( semoga persahabatan kita kekal abadi )

    Terimakasih atas segala kasih sayang dan tunjuk ajar

    yang diberikan

  • vPENGHARGAAN

    Alhamdulillah, pertamanya saya memanjatkan kesyukuran dengan segala rahmat

    dan kurnianNya dapatlah saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

    Kesempatan ini, saya ingin rakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang

    tidak terhingga kepada penyelia saya Dr.Arham bin Abdullah yang di atas segala

    bimbingan dan tunjuk ajar dengan tanpa rasa jemu.

    Penghargaan juga saya tujukan kepada semua yang terlibat dalam membantu

    menyiapkan penulisan ini. Ribuan terima kasih juga kepada Ir Zainal Abiddin dan Ir.

    Fatimah di atas segala kerjasama dalam membekalkan maklumat, rujukan dan sudi

    meluangkan masa. Juga tidak lupa kepada syarikat-syarikat pembinaan yang terlibat

    dalam memberikan pendapat mereka untuk menjayakan lagi penulisan ini.

    Akhir sekali, tidak dilupakan kepada Syahirah Abd. Rahman, teman-teman

    seperjuangan,ahli keluarga dan mana-mana pihak yang terlibat secara langsung ataupun

    tidak langsung. Diharapkan hasil kerja ini dapat memberi manfaat kepada pembaca.

  • vi

    ABSTRAK

    Fenomena pengangguran di Malaysia mengalami perubahan yang ketara sekali. Kini,

    lambakan tenaga buruh di Malaysia telah didominasi oleh para siswazah yang baru

    sahaja melepasi alam pengajian. Perkara ini amatlah memeranjatkan memandangkan

    Malaysia sedang pesat membangun dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar

    untuk memenuhi kehendak industrinya. Dalam hal ini, satu kajian telah dijalankan untuk

    mengenalpasti apakah kriteria yang bagi menentukan kebolehpasaran graduan dalam

    industri pembinaan. Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengenalpasti persepsi pihak

    majikan dan juga kemahiran yang diperlukan sebagai seorang jurutera dalam industri

    pembinaan negara. Objektif kajian ialah untuk mengenalpasti langkah pengambilan

    jurutera awam yang biasa diamalkan untuk bekerja di syarikat perunding dan kontraktor

    pembinaan, mengenalpasti kriteria pemilihan graduan kejuruteraan awam untuk bekerja

    dalam industri pembinaan, dan mengenalpasti persepsi majikan ke atas tahap keupayaan

    graduan yang baru menamatkan pengajian. Berdasarkan metodologi kajian ini, sebanyak

    50 set borang soalselidik telah diedarkan kepada sampel kajian di negeri Selangor, Johor

    Bahru dan Kuala Lumpur. Sampel kajian terdiri dari syarikat-syarikat kontraktor dan

    firma perunding. Responden kajian terdiri dari pengurus atau pemilik syarikat berkenaan

    yang secara umumnya merupakan majikan kepada graduan dan bakal graduan dalam

    bidang pembinaan. Hasil analisis menunjukkan terdapat beberapa langkah yang

    digunakan bagi pengambilan pekerja dan graduan yang memiliki kemahiran yang

    diperlukan mempunyai kelebihan untuk mendapatkan pekerjaan dan ramai responden

    berpendapat tidak ada perbezaan di antara graduan luar negara dan dalam negara.

  • vii

    ABSTRACT

    The unemployment phenomenon in Malaysia is going through a rapid change.

    Nowadays, there is a huge mass of unemployed labor in Malaysia doesn't focus on

    school dropouts anymore but is dominated by newly graduates. The volume of

    unemployment amongst graduates is alarming because Malaysia is a country that is

    rapidly developing. It needs all the skilled and educated labor force to fulfill its

    industrial needs. In this matter, a research had been conducted to identify the criteria

    needed in the construction field especially by civil engineering graduates. Its research

    objectives includes to identify the steps to hire workers (graduates) that is being

    practiced by the consultant and contractors firm, to identify the criteria needed by fresh

    graduates to work in the construction field and to determine the perception of the

    employers to new civil engineering graduates students. Based on its research

    methodology, 50 sets of questionnaires had been distributed to the research samples at

    Selangor, Johor Bahru and Kuala Lumpur. They include contractors companies and

    consultants firms. The respondents persist of managers and company owners who are

    generally the employers of graduates or would be graduates in the construction sector.

    The analysis outcome reveals that there are a number of steps used in hiring an

    engineers, there is a advantage for graduate students that have all the skills required and

    some of respondent think that there are no different between overseas student and local

    student.

  • viii

    KANDUNGAN

    BAB PERKARA HALAMAN

    DEDIKASI iv

    PENGHARGAAN v

    ABSTRAK vi

    ABSTRACT vii

    KANDUNGAN viii

    SENARAI RAJAH xiii

    SENARAI JADUAL xiv

    BAB I PENDAHULUAN 1

    1.0 Pengenalan 1

    1.1 Latar Belakang Kajian 4

    1.2 Matlamat 6

    1.3 Objektif Kajian 6

    1.4 Skop Kajian 7

    1.5 Penyataan Masalah 7

    1.6 Jangkaan Keputusan 8

  • ix

    BAB II KAJIAN LITERATUR 9

    2.0 Pengenalan 9

    2.1 Kaedah Pengambilan Pekerja Yang 11

    Diamalkan

    2.2 Persepsi Majikan Terhadap Graduan 12

    Kejuruteraan Awam Masa Kini

    2.3 Definisi Kemahiran Generik Dan 14

    Kemahiran Teknikal

    2.4 Matlamat Umum Universiti Bagi Graduan 15

    Kejuruteraan Awam

    2.5 Senario Pasaran Kerja Dalam 16

    Industri Pembinaan

    2.6 Model Kajian 16

    2.7 Kajian Lepas 20

    2.7.1 Kajian Dalam Negara 21

    2.7.2 Kajian Luar Negara 22

    2.8 Rumusan 25

    BAB III METODOLOGI KAJIAN 26

    3.0 Pengenalan 26

    3.1 Populasi Dan Sampel Kajian 26

    3.2 Kaedah Kajian 27

    3.3 Kaedah Pengumpulan Data 27

    3.3.1 Peringkat Pertama 28

    3.3.2 Peringkat Kedua 28

    3.3.2.1 Borang Soal Selidik 28

    3.3.2.2 Temu Bual 30

    3.3.3 Peringkat Ketiga 30

    3.3.4 Peringkat Keempat 32

  • xBAB IV ANALISIS DAN HASIL KAJIAN 34

    4.1 Pengenalan 34

    4.2 Analisis Latar Belakang Responden 34

    4.2.1 Jenis-Jenis Responden 35

    4.3 Langkah-Langkah Pengambilan Jurutera 36

    Awam Untuk Bekerja

    4.3.1 Langkah-Langkah Pengambilan 36

    Jurutera Awam Untuk Bekerja Di

    Firma Perunding

    4.3.2 Langkah-Langkah Pengambilan 38

    Jurutera Awam Untuk Bekerja Di

    Firma Kontraktor

    4.4 Kriteria Pemilihan Graduan Kejuruteraan 39

    Awam Untuk Bekerja Dalam Industri

    Pembinaan

    4.4.1 Kriteria Kemahiran Generik 40

    Oleh Firma Perunding

    4.4.2 Kriteria Kemahiran Praktikal 42

    Oleh Firma Perunding

    4.4.3 Kriteria Kemahiran Generik 44

    Oleh Firma Kontraktor

    4.4.4 Kriteria Kemahiran Praktikal 47

    Oleh Firma Kontraktor

    4.5 Persepsi Majikan Ke Atas Graduan 48

    Kejuruteraan Awam

    4.5.1 Persepsi 1-Persepsi Samada Pihak 49

    Universiti Telah Memperlengkapkan

    Semua Kriteria Kepada Graduan

    4.5.2 Persepsi 2-Persepsi Terhadap Graduan 50

    Kejuruteraan Awam UTM Memenuhi

    Kriteria Yang Diperlukan

  • xi

    4.5.3 Persepsi 3-Persepsi Bagi Graduan Baru 51

    Adakah Sudah Baersedia Untuk Bekerja

    Atau Tidak

    4.5.4 Persepsi 4-Persepsi Terhadap Graduan 52

    Luar Negara Lebih Berkualiti Berbanding

    Graduan Dalam Negara

    4.5.5 Persepsi 5-Kecenderungan Pemilihan 53

    Dalam Mengisi Jawatan Jurutera Oleh

    Majikan Mengikut Universiti

    BAB V PERBINCANGAN DAN RUMUSAN 54

    5.0 Pengenalan 54

    5.1 Rumusan Dan Dapatan Kajian 55

    5.1.1 Langkah-Langkah Pengambilan Jurutera 55

    5.1.2 Kriteria Pemilihan Graduan Kejuruteraan 59

    5.1.2.1 Kemahiran Generik Yang Diperlukan 59

    Oleh Firma Perunding

    5.1.2.2 Kemahiran Praktikal Yang Diperlukan 61

    Oleh Firma Perunding

    5.1.2.3 Kemahiran Generik Yang Diperlukan 62

    Oleh Firma Kontraktor

    5.1.2.4 Kemahiran Praktikal Yang Diperlukan 63

    Oleh Firma Kontraktor

    5.1.3 Persepsi Majikan Ke Atas Graduan Baru 64

    5.1.3.1 Persepsi Samada Pihak 64

    Universiti Telah Memperlengkapkan

    Semua Kriteria Kepada Graduan

  • xii

    5.1.3.2 Persepsi Terhadap Graduan 65

    Kejuruteraan Awam UTM Memenuhi

    Kriteria Yang Diperlukan

    5.1.3.3 Persepsi Bagi Graduan Baru 66

    Adakah Sudah Baersedia Untuk

    Bekerja Atau Tidak

    5.1.3.4 Persepsi Terhadap Graduan 66

    Luar Negara Lebih Berkualiti

    Berbanding Graduan Dalam Negara

    5.1.3.5 Kecenderungan Pemilihan 67

    Dalam Mengisi Jawatan Jurutera

    Oleh Majikan Mengikut Universiti

    5.2 Masalah 67

    5.3 Rumusan Dan Cadangan 68

    RUJUKAN 70

    LAMPIRAN 72

  • xiii

    SENARAI RAJAH

    NO TAJUK HALAMAN

    2.1 Model Kajian (Azalya Ayob 2003) 17

    2.2 Model Kajian (Kearns 2004) 20

    4.1 Kategori Jenis Responden Yang Terlibat 35

    4.2 Persepsi Terhadap Graduan Kejuruteraan Awam 49

    UTM Memenuhi Kriteria Yang Diperlukan

    4.3 Persepsi Terhadap Graduan Kejuruteraan Awam 50

    UTM Memenuhi Kriteria Yang Diperlukan

    4.4 Persepsi Bagi Graduan Baru Adakah Sudah 51

    Bersedia Untuk Bekerja Atau Tidak

    4.5 Persepsi Terhadap Graduan Luar Negara 52

    Lebih Berkualiti Berbanding Graduan Dalam Negara

    4.6 Kecenderungan Pemilihan Dalam Mengisi 53

    Jawatan Jurutera Oleh Majikan Mengikut Universiti

  • xiv

    SENARAI JADUAL

    NO TAJUK HALAMAN

    4.1 Kemahiran Generik Oleh Pihak Perunding 40

    4.2 Kemahiran Praktikal Oleh Pihak Perunding 43

    4.3 Kemahiran Generik Oleh Pihak Kontraktor 45

    4.4 Kemahiran Praktikal Oleh Pihak Kontraktor 47

    5.1 Kemahiran Generik Terpenting Oleh 60

    Pihak Perunding

    5.2 Kemahiran Praktikal Terpenting Oleh 61

    Pihak Perunding

    5.3 Kemahiran Generik Terpenting Oleh 62

    Pihak Kontraktor

    5.4 Kemahiran Praktikal Terpenting Oleh 63

    Pihak Kontraktor

  • 1BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.0 Pengenalan

    Fenomena penganguran di Malaysia mengalami perubahan yang ketara sekali.

    Kini, lambakan tenaga buruh di Malaysia bukan lagi tertumpu kepada remaja lepasan

    sekolah tetapi didominasi oleh para siswazah yang baru sahaja melepasi alam pengajian.

    Di anggarkan kira-kira 80,000 graduan menganggur ketika ini (Zawiyah Omar,2005).

    Perkara ini amatlah memeranjatkan memandangkan Malaysia sedang pesat membangun

    dan amat memerlukan tenaga mahir dan terpelajar untuk memenuhi kehendak

    industrinya.

    Malahan itu, dalam bidang pembinaan juga yang merangkumi para siswazah

    yang mengambil jurusan kejuruteraan awam tidak terlepas dari mengalami masalah

    pengangguran ini (Peter Bennett,2005). Perkara seperti ini berkemungkinan boleh

    berlaku disebabkan beberapa faktor yang kita sedari ataupun tidak. Contohnya pihak-

    pihak majikan terlalu mementingkan pengalaman kerja yang mana kriteria ini tidak

  • 2dapat dipenuhi oleh graduan yang baru tamat pengajian mereka. Di antara faktor-faktor

    lain yang mungkin mempengaruhi berlakunya pengangguran ini adalah disebabkan oleh

    graduan itu sendiri yang mana graduan itu belum betul-betul bersedia menghadapi alam

    pekerjaan. Perkara ini juga amat penting kerana para graduan perlulah melengkapkan

    diri dengan berbagai kemahiran seperti kemahiran generik contohnya kemahiran

    berkomunikasi, kemahiran berfikir secara pantas dan kreatif untuk menyelesaikan

    sesuatu masalah dan banyak lagi. Manakala pihak firma-firma perunding dan juga

    kontraktor juga banyak menekankan bahawa setiap graduan bukan sahaja perlu

    menguasai kemahiran generik malah sepatutnya telah memperlengkapkan diri dengan

    kemahiran praktikal.

    Sehubungan dengan itu, berbagai kajian dan perbincangan banyak dijalankan

    ketika ini bagi mengetahui punca sebenar yang mengakibatkan berlakunya masalah

    pengangguran yang kian meruncing. Berdasarkan situasi ini, kajian ini mengambil kira

    pandangan-pandangan dari pihak majikan yang mungkin mengalami masalah dalam

    mengambil graduan baru untuk bekerja. Disamping itu juga para siswazah perlulah

    melengkapkan diri dengan berbagai kemahiran yang perlu sebelum menghadapi alam

    pekerjaan. Kemungkinan masalah ini akan berkurangan jika kesemua pihak

    memberikan kerjasama dan boleh membangunkan negara dalam berbagai sektor

    terutamanya dalam sektor pembinaan.

    Kebanyakan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) menyediakan kemahiran generik ini

    bukan sahaja untuk melahirkan graduan yang berketrampilan, malah melahirkan graduan

    yang berdaya saing tinggi. Atribut graduan (graduate attributes) yang meliputi aspek

    teknikal dan generik merupakan asas yang praktikal dan berkesan dalam merekabentuk

    pembangunan dan perlaksanaan kurikulum sesebuah program akademik. Kemahiran

    generik seperti kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran penyelesaian

    masalah, kemahiran berkomunikasi, kemahiran bekerja secara berkumpulan dan

    keyakinan diri merupakan atribut yang amat perlu dikuasai dan diamalkan oleh graduan

  • 3universiti, khususnya di era persaingan global berasaskan pengetahuan atau k-economy

    ini ( Buletin P&P Edisi Jun 2004).

    Prof Dr Abd Rahim dalam kenyataannya didalam akhbar Berita Harian (Jun

    2005) telah mengariskan sembilan ciri graduan yang mempunyai pasaran kerja iaitu

    maju dan berdaya saing, berketerampilan dan berpersonaliti unggul, mempunyai

    pengetahuan dan berkelayakan sesuai dengan kerjaya, menguasai kemahiran

    komunikasi, bersikap positif dan bersemangat tinggi, beretika dan mempunyai integriti

    tinggi, mempunyai kemahiran sampingan, mempunyai kualiti intelektual dan

    memanfaatkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi. Kesembilan ciri ini

    amat penting dalam memperlengkapkan jati diri graduan kearah bidang pekerjaan pada

    masa akan datang.

    Pada peringkat pengajian tinggi, kemahiran generik ini telah disediakan kursus

    khas pembentukan modal insan atau `soft skill? dan ia dilancarkan Menteri Pengajian

    Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed, pertengahan tahun 2006. Usaha menjana modal

    insan memerlukan kerjasama semua pihak, selain pengisian kursus dijalankan

    merangkumi pembelajaran menyeluruh. Ia kerana proses pembentukan modal insan

    secara menyeluruh semakin kompleks apabila berada di institusi pengajian tinggi, sesuai

    tumpuannya yang lebih kepada kegiatan ilmiah dan akademik tinggi.

    Pembentukan modal insan secara bersepadu telah memberi impak kepada

    pembangunan negara secara menyeluruh. Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia,

    Prof Datuk Dr Mohd Zulkifli Mohd Ghazali, menyatakan bahawa usaha sama antara

    institusi dan industri adalah pemangkin kepada langkah melahirkan modal insan yang

    cemerlang. Dalam hal ini, institusi menyediakan pelatih, manakala industri pula

    menawarkan kemahiran dan gabungan itu akan membentuk profesional berdaya saing.

    Menerusi program bersama, industri sentiasa mencari kelainan dan idea terkini untuk

  • 4dikongsikan dan pada masa sama pelajar dapat mengeksploitasi segala kemahiran serta

    pengetahuan untuk membentuk nilai ditambah ( Berita Harian 05 Januari 2007).

    1.1 Latar Belakang Kajian

    Sebelum ini terdapat kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca ataupun

    faktor-faktor mengapa berlakunya masalah graduan menganggur khususnya dalam

    bidang pembinaan. Malah kajian tersebut juga mengkaji kemampuan graduan luar

    negara yang dikatakan lebih mempunyai kelebihan dan lebih diterima berbanding

    graduan dalam negara bagi merebut peluang pekerjaan dalam industri pembinaan.

    Persoalannya, mengapakah hal ini berlaku? Menurut Hasliza (2002), antara

    faktor lulusan institusi pendidikan tinggi tidak mendapat tempat di pasaran pekerjaan

    adalah kerana mereka tidak mempunyai kemahiran-kemahiran soft skill atau generik.

    Bakal majikan kurang yakin terhadap lulusan institusi berkenaan terutama pada aspek

    keperibadian, penampilan, keyakinan diri, kurang kemahiran berkomunikasi,

    kemampuan membuat keputusan terbatas dan tidak mampu bekerja dalam kumpulan.

    Manakala Tengku Mahaleel (2002) berpendapat untuk penempatan diri dan bersaing di

    pasaran pekerjaan global pada masa kini, para graduan tempatan harus mempunyai

    elemen-elemen kemahiran generik disamping cemerlang dalam bidang akademik.

    Menurut beliau lagi, elemen-elemen kemahiran generik akan membolehkan seseorang

    pekerja menggunakan segala ilmu pengetahuan dan kemahiran yang ada dalam

    sebarang bidang pekerjaan.

  • 5Hasil kajian dari beberapa negara maju juga telah menunjukkan betapa

    pentingnya kemahiran generik pada seseorang pekerja dari perspektif majikan.

    Umpamanya di Britain terdapat peningkatan dalam keperluan kemahiran generik pada

    setiap majikan iaitu dari 10% pada tahun 1986 kepada 17% pada tahun 2001 (Green,

    2001). Kajian tersebut juga menyenaraikan faedahfaedah kemahiran generik pada

    seseorang pekerja dari perpektif majikan iaitu pekerja tersebut akan optimis, autonomi

    pekerja meningkat, mempunyai kemahiran pelbagai, boleh bergerak dari sektor ke sektor

    yang lain, berupaya menangani perubahan budaya tempat kerja, mempunyai perasaan

    sentiasa ingin belajar sepanjang hayat dan bersedia dari aspek mental dan emosi dalam

    menghadapi perubahan.

    Menurut Mohd Yahya (2003) kualiti pelatih pusat latihan hendaklah bercirikan

    employability dan marketability iaitu berdasarkan sejauhmana pelatih itu diserap masuk

    ke pasaran pekerjaan. Rasionalnya kerana hasil kajian Majlis Tindakan Ekonomi

    Negara ke atas 115 majikan pelbagai sektor pekerjaan dalam tahun 2000 mendapati

    kriteria pekerja untuk employability yang utama adalah mempunyai sikap yang baik

    (39.3%), kemahiran atau pengalaman (29.7%) dan kemahiran berkomunikasi (12.0%).

    Manakala kriteria yang bersifat akademik seperti kelayakan akademik dan kemahiran

    analitis adalah terlalu rendah iaitu 3.5 % dan 1.2 % masing-masing. Justeru itu untuk

    menjamin employability seseorang pekerja pada masa hadapan , pelatih-pelatih hari ini

    haruslah diberi pendedahan dan praktis kemahiran generik seperti ketrampilan,

    pemikiran kritikal dan kreatif, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran

    berkomunikasi.

    Memandangkan masalah pengangguran yang semakin serius ini juga dihadapi

    oleh graduan kejuruteraan awam terutamanya dalam bidang pembinaan, kajian ini

    dijalankan bagi membantu graduan mengetahui kriteria-kriteria yang diperlukan oleh

    pihak majikan. Ini boleh membantu para graduan dapat mengetahui kriteria-kriteria serta

  • 6lebih bersedia apabila berdepan dengan pihak majikan sebelum mereka pergi untuk sesi

    temuduga.

    1.2 Matlamat

    Matlamat kajian ini ialah untuk mengenalpasti apakah kriteria-kriteria yang

    mempengaruhi tahap penerimaan graduan lulusan kejuruteraan awam dalam pasaran

    tenaga kerja khususnya dalam industri pembinaan negara. Ia juga adalah bagi memberi

    gambaran sebenar dan juga panduan kepada graduan tentang apa yang diperlukan oleh

    firma-firma perunding dan juga kontraktor. Daripada kajian ini juga, firma-firma yang

    terlibat dalam industri pembinaan dapat mengetahui setiap kriteria bagi keperluan

    syarikat. Para graduan kejuruteraan awam juga akan dapat mengetahui langkah

    langkah yang diambil ketika pengambilan pekerja baru di jalankan. Malah dapat

    diketahui persepsi setiap majikan terhadap graduan baru yang menamatkan pengajian

    mereka. Ini sangat penting bagi setiap graduan untuk mempersiapkan diri sebelum

    melangkah ke alam pekerjaan teruntamanya dalam industri pembinaan.

    1.3 Objektif

    Objektif kajian dijalankan adalah untuk:

    I. Mengenalpasti langkah pengambilan jurutera awam yang biasa diamalkan

    untuk bekerja di syarikat perunding dan kontraktor pembinaan.

  • 7II. Mengenalpasti kriteria pemilihan graduan kejuruteraan awam untuk bekerja

    dalam industri pembinaan.

    III. Mengenalpasti persepsi majikan ke atas tahap keupayaan graduan yang baru

    menamatkan pengajian.

    1.4 Skop Kajian

    Sampel kajian terdiri dari syarikat-syarikat pembinaan atau firma yang terlibat

    secara langsung dalam industri pembinaan seperti syarikat kontraktor dan juga firma-

    firma perunding di sekitar kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru.

    Responden kajian terdiri dari pengurus atau pemilik syarikat berkenaan yang secara

    umumnya merupakan majikan kepada graduan dan bakal graduan dalam bidang

    pembinaan.

    1.5 Penyataan Masalah

    Hasil daripada beberapa pemerhatian, didapati kebanyakan firma-firma

    perunding dan juga kontraktor pembinaan mengambil graduan-graduan baru untuk

    bekerja di syarikat mereka. Tetapi bagi sesetengah syarikat-syarikat besar lebih

    cenderung mengambil pemohon yang mempunyai pengalaman dalam bidang

    pembinaan. Keadaan ini menyebabkan beberapa persoalan yang menyebabkan kajian

    ini dijalankan. Antara persoalannya ialah:-

  • 8I. Kurangnya pengalaman dan juga pengetahuan graduan baru ketika sesi

    temuduga. Dikatakan ramai di antara graduan yang berkelayakan gagal ketika

    ingin mendapatkan kerja.

    II. Apakah kriteria-kriteria penting yang ditekankan dan diperlukan oleh firma

    perunding dan juga kontraktor dalam bidang pembinaan.

    III. Apakah tahap penerimaan oleh majikan terhadap graduan yang baru

    menamatkan pengajian mereka terutamanya dalam bidang kejuruteraan awam

    1.6 Jangkaan Keputusan

    Memandangkan masalah pengangguran yang semakin serius pada masa kini,

    maka dengan ini adalah menjadi harapan penyelidik agar hasil kajian ini dapat:

    I. Mengetahui langkah pengambilan pekerja baru dalam sektor pembinaan yang

    diamalkan.

    II. Mengetahui secara terperinci kriteria yang diperlukan oleh majikan bagi

    graduan lulusan kejuruteraan awam.

    III. Mengetahui pandangan atau persepsi setiap majikan terhadap graduan yang

    baru menamatkan pengajian samada mereka diperlukan dalam industri

    pembinaan masa kini atau tidak.

  • 9BAB 2

    KAJIAN LITERATUR

    2.0 Pengenalan

    Prospek kerjaya bagi jurutera awam amat luas kerana jurutera awam terlibat

    dalam menyediakan kemudahan untuk kesejahteraan manusia sejagat. Oleh itu, prospek

    kerjaya bagi jurutera awam amat menggalakkan. Di negara maju seperti Amerika

    Syarikat, terdapat 76 jurutera untuk setiap 10,000 orang, sedangkan di Malaysia hanya

    terdapat 7 orang (Lankard,1990). Malaysia akan menyusuli Amerika Syarikat kearah

    negara maju pada tahun 2020. Untuk memastikan pembangunan yang pesat ini, negara

    memerlukan bilangan jurutera yang ramai. Di Malaysia, peluang pekerjaan untuk

    jurutera awam terbuka luas samada di sektor awam, korporat, swasta ataupun bekerja

    sendiri sebagai perunding ataupun kontraktor.

    Kebanyakan siswazah kini kurang mengambil berat mengenai isu pangangguran

    yang kian meruncing. Ini mungkin berlaku disebabkan para siswazah merasakan diri

    mereka belum perlu memikirkan masalah ini kerana mereka belum lagi menempuh alam

  • 10

    pekerjaan dan hanya menumpukan pada pelajaran semata-mata. Malah mereka juga

    kurang mendedahkan diri dengan senario yang berlaku di dunia luar. Seharusnya,

    siswazah kini perlu lebih bersedia dan melengkapkan diri dengan segala keperluan yang

    diperlukan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan sebelum memasuki alam pekerjaan.

    Bagi sesebuah universiti itu sendiri selalunya telah pun menetapkan beberapa

    kriteria yang ada dalam setiap siswazah universiti itu sendiri. Sebagai contoh, Universiti

    Teknologi Malaysia telah menyenaraikan bahawa setiap siswazah yang telah tamat

    pengajiannya di sini mempunyai ciri-ciri yang positif contohnya kemahiran

    berkomunikasi dengan baik, kemahiran bekerja secara berkumpulan, dapat

    menyelesaikan masalah yang diberi dengan pantas dan berkesan, mempunyai etika dan

    integriti yang sempurna dan banyak lagi.

    Di dalam kajian ini, beberapa kriteria yang ditekankan adalah lebih

    dititikberatkan kepada graduan kejuruteraan awam yang akan menjadi jurutera samada

    dengan pihak syarikat perunding mahupun dengan pihak kontraktor. Pada masa kini,

    pihak BEM(Board of Engineers Malaysia) juga telah menyenarai pendekkan kriteria-

    kriteria yang perlu ada bagi setiap jurutera di Malaysia. Diantara yang terpenting adalah

    setiap jurutera perlu mengetahui dan juga mengamalkan setiap pengetahuan asas

    mengenai kejuruteraan mereka pada setiap pekerjaan yang dilakukannya. Malah

    ditekankan juga mengenai kemahiran komunikasi yang berkesan (Engineering

    Accreditation Council Manual, EAC,2005)

  • 11

    2.1 Kaedah Pengambilan Kerja yang Diamalkan

    Pada masa kini, kaedah pengambilan pekerja baru oleh pihak syarikat perunding

    atau kontraktor adalah bergantung kepada syarikat itu sendiri. Selalunya bagi syarikat-

    syarikat yang besar akan mengamalkan sistem pengambilan pekerja secara berperingkat.

    Ada di antara syarikat yang mengamalkan kaedah pengambilan pekerja baru sehingga 3

    peringkat sebelum mereka mengambil pekerja baru mereka. Malah ada juga yang hanya

    mengamalkan 1 atau 2 peringkat sahaja. Para graduan yang memohon pekerjaan itu

    akan mengalami beberapa proses pengambilan yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat

    tersebut.

    Di dalam kajian ini juga akan menekankan samada adakah langkah langkah

    pengambilan pekerja iaitu jurutera awam yang baru di firma firma perunding dan juga

    kontraktor adalah sama ataupun berlainan. Setiap proses ini sangat perlu diketahui bagi

    persediaan setiap graduan yang memohon perkerjaan di syarikat terbabit. Secara amnya

    , kita hanya mengetahui beberapa langkah pengambilan contohnya seperti penghantaran

    resume. Kemudian ia akan disenarai pendekkan oleh pihak syarikat terbabit untuk sesi

    temuduga. Kemungkinan ada yang berfikiran bahawa ia amat mudah tetapi

    kemungkinan juga ada firma-firma yang terbabit akan mengambil beberapa langkah lagi

    sebelum keputusan akhir samada penohon berjaya atau tidak bagi memastikan pemohon

    itu betul betul layak atau tidak.

    Di antara peringkat-peringkat atau langkahlangkah pengambilan selain daripada

    penghantaran resume dan juga sesi temuduga ini selalunya terdiri daripada beberapa

    ujian seperti ujian minda(IQ) mengenai kejuruteraan dan juga ujian pengetahuan dalam

    kejuruteraan yang akan terlibat. Di dalam peringkat ini para pemohon akan diuji samada

    mereka mengetahui caracara membaca dokumentasi dalam kejuruteraan contohnya

    seperti membaca lukisan. Di dalam ujian IQ pula , pemohon akan diuji secara individu

  • 12

    dalam menyelsaikan masalah yang diberi. Dalam peringkat yang seterusnya, jika

    pemohon melepasi peringkat yang sebelumnya, pemohon akan diuji kemahiran secara

    teknikal.

    Dalam peringkat ini, pemohon akan di uji dengan kemahiran menggunakan

    computer secara asas dan juga akan melibatkan caracara penggunaan software dalam

    kejuruteraan. Di antara software-software yang terlibat dalam kejuruteraan adalah

    StadPro, Esteem, Primavera Project Planner, Microsoft Project dan banyak lagi. Jika

    graduan atau pemohon ini berjaya mereka akan pergi ke peringkat yang seterusnya iaitu

    graduan akan diberikan permasalahan dan perlu diselesaikan secara berkumpulan. Pada

    peringkat yang terakhir, graduan akan ditemuduga oleh pihak syarikat

    Sebenarnya, setiap peringkat ujian yang akan dilalui ini adalah bagi mengetahui

    dan juga memenuhi kriteria yang telah ditetapkan atau yang diperlukan oleh syarikat

    tersebut. Menerusi bab - bab yang seterusnya akan membincangkan dengan lebih

    terperinci setiap kaedah-kaedah yang telah diamalkan oleh pihak syarikat bagi

    pengambilan pekerja baru.

    2.2 Persepsi majikan terhadap graduan kejuruteraan awam masa kini

    Setiap majikan selalunya hanya memerlukan graduan yang hanya memenuhi

    setiap kriteria yang telah ditetapkan bagi mengisi tempat dalam syarikat mereka. Tetapi,

    pada masa kini terdapat graduan yang telah menamatkan pengajian mereka samada di

    universiti tempatan mahupun di luar negara.

  • 13

    Kebanyakan berpendapat bahawa graduan luar negara adalah lebih berpeluang

    bagi merebut setiap peluang pekerjaan yang ada manakala graduan tempatan akan lebih

    dipinggirkan kerana dianggap kurang berpengalaman dan juga kurang berpengetahuan

    berbanding graduan luar negara sedangkan kandungan pembelajaran adalah hampir

    sama jika dibandingkan belajar di universiti tempatan. Disamping itu juga, graduan luar

    negara dikatakan lebih bersedia dan telah melengkapkan diri dengan kriteria-kriteria

    yang diperlukan ketika ini.

    Sebenarnya, apa yang dikatakan pengalaman dalam pekerjaan itu hanyalah

    wujud bagi pekerja yang telah bekerja selama 3 tahun atau lebih (Zawiyah Omar- 2005).

    Maka berkemungkinan tiada perbezaan dari segi pengalaman dan juga pengetahuan

    kerana di universiti tempatan juga sistem pembelajarannya adalah diiktiraf di mata

    dunia. Cuma yang membezakan kini hanyalah kriteria-kriteria yang diperlukan dalam

    pasaran pembinaan masa kini. Tetapi, ini cuma hanyalah pandangan umum semata-mata

    dan bukan dari pandangan pihak majikan itu sendiri.

    Kemungkinan majikan bagi syarikat-syarikat pembinaan kini lebih menerima

    graduan dalam negara berbanding luar negara kerana mereka mempunyai banyak

    pendedahan dalam bidang pembinaan di dalam Malaysia. Ini kerana Malaysia

    merupakan sebuah negara membangun maka lebih banyak pembinaan yang dijalankan

    di dalam negara berbanding di luar negara. Menerusi subtopik yang seterusnya akan

    dibincangkan mengenai pandangan majikan terhadap graduan kejuruteraan yang baru

    menamatkan pengajian dari setiap sudut. Dengan ini, para graduan akan mengetahui

    secara terperinci kriteria yang diperlukan oleh majikan untuk bekerja dalam industri

    pembinaan.

  • 14

    2.3 Definasi kemahiran generik dan kemahiran teknikal

    Kemahiran generik bermaksud kemahiran penerimaan yang digunakan dalam

    pelbagai aplikasi pengetahuan manakala kemahiran teknikal pula adalah lebih

    dititikberatkan mengenai kemahiran graduan dalam penggunaan teknologi seperti sistem

    komputer dan juga penyelesaian matematik (R.M. Felder, G.N. Felder, and E.J. Dietz-

    1998). Kemahiran-kemahiran ini bukanlah kemahiran bekerja tetapi kemahiran bagi

    memenuhi keperluan bagi memperlengkapkan diri tidak kira dari skop pekerjaan dan

    juga industri dalam setiap peringkat. Kebanyakan graduan ketika ini kurang

    berpengetahuan mengenai kemahiran-kemahiran yang amat diperlukan ketika ini.

    Dengan wujudnya setiap kemahiran dalam diri setiap graduan, sedikit sebanyak ini akan

    memberi kelebihan kepada graduan terbabit apabila merebut peluang dalam mencari

    pekerjaan.

    Kemahiran generik dan juga kemahiran teknikal ini amat penting kerana alam

    pekejaan sekarang lebih mementingkan pekerja yang berkebolehan, mempunyai inisiatif

    yang tinggi, dan boleh menerima pelbagai kerja malah boleh disiapkan dengan pantas

    dan berkesan. Setiap majikan kini lebih mementingkan setiap pekerjanya boleh

    berdikari, boleh mengurangkan kos setiap projek tanpa mengurangkan kualitinya, dan

    juga dapat menambah produktiviti syarikat kerana dengan ini pihak syarikat mendapat

    keuntungan yang berlipat kali ganda.

    Manakala dalam bidang kejuruteraan ataupun dalam industri pembinaan pula,

    setiap kemahiran ini amat diperlukan bagi membantu dalam penyelesaian masalah bagi

    setiap projek yang dijalankan. Malah ia membantu setiap graduan yang ingin memasuki

    alam pekerjaan dari aspek rohani dan peningkatan kendiri dengan baik. Menerusi

    subtopic yang seterusnya akan membincangkan secara mendalam mengenai jenis-jenis

    kemahiran generic dan kemahiran teknikal yang diperlukan dalam industri pembinaan.

  • 15

    2.4 Matlamat umum universiti bagi graduan kejuruteraan awam

    Matlamat umum Rancangan Sarjana Muda Kejuruteraan ini ialah untuk

    mengeluarkan siswazah Kejuruteraan Awam yang mempunyai taraf profession yang

    tinggi serta boleh diserapkan ke dalam badan-badan kerajaan, badan berkanun dan

    swasta. Jurutera-jurutera Awam yang dikeluarkan akan berperanan untuk

    mempertingkatkan lagi prestasi tenaga professional.Pendedahan kepada teknik-teknik

    terkini serta penggunaan teknologi maklumat di dalam menyelesaikan masalah

    kejuruteraan akan memastikan siswazah Kejuruteraan Awam dari UTM umumnya

    mempunyai taraf professionalisme yang tinggi. Di samping itu, mereka dididik untuk

    menjadi seorang jurutera yang bertanggungjawab terhadap profession, masyarakat dan

    alam sekitar. Antara objektif khusus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan

    Awam) ialah:-

    i. Mengeluarkan jurutera awam yang mempunyai pengetahuan tentang teori yang

    lengkap di dalam semua disiplin Kejuruteraan Awam.

    ii. Mengeluarkan jurutera awam yang mempunyai daya kreatif dan dapat

    memperaktikkan segala teori semasa bertugas.

    iii. Mengeluarkan jurutera awam yang memahami peranan jurutera di dalam

    masyarakat dan peka kepada kemajuan serta perkembangan semasa dalam

    bidang kerjaya masing-masing.

    iv. Mengeluarkan jurutera awam yang mempunyai motivasi, disiplin, sifat

    bertanggungjawab, kepimpinan dan mahir berkomunikasi.

  • 16

    v. Mengeluarkan jurutera awam yang mampu meneroka bidang baru dari sudut

    teori dan amali melalui penyelidikan dan pembangunan terancang yang ada

    kaitan dengan kepentingan dan pembangunan negara.

    2.5 Senario tentang pasaran kerja dalam industri pembinaan

    Industri pembinaan ini sebenarnya adalah bergantung kepada kerancakan

    ekonomi negara. Ia berkadar langsung sejajar dengan peningkatan ekonomi negara yang

    banyak menumpukan bidang pembangunan bagi menambahkan hasil dalam negara.

    Berkadar langsung itu bermaksud apabila ekonomi negara semakin baik maka industri

    pembinaan juga akan meningkat dan begitu juga sebaliknya. Ia mungkin dipengaruhi

    oleh kemahiran generik dan teknikal yang mungkin akan membantu setiap jurutera yang

    ada menghasilkan atau membangunkan negara dengan baik. Menerusi subtopik yang

    berikutnya, akan membincangkan mengenai bagaimana dengan adanya kemahiran-

    kemahiran generik dan juga teknikal dalam diri setiap graduan kejuruteraan awam dapat

    membantu dalam penjanaan ekonomi negara terutamanya dalam bidang industri

    pembinaan.

    2.6 Model Kajian

    Hasil kajian yang dijalankan oleh Azalya (2003), beliau telah mengemukakan

    satu model yang menjelaskan bagaimana terbinanya kemahiran generik. Terdapat tujuh

    elemen utama yang diberikan penekanan oleh model ini untuk mengukur kemahiran

  • 17

    generik didalam Institusi Pengajian Tinggi iaitu komunikasi, penyelesaian masalah,

    keyakinan diri, pemikiran kritis, beretika, kepimpinan dan kerja berpasukan. Rajah 2.1

    menunjukkan gambaran tentang model tersebut.

    Rajah 2.1 Model Kajian Mengenai Kemahiran Generik (Azalya Ayob 2003)

    Menurut Azalya (2003) dalam kajiannya menyatakan kemahiran komunikasi

    merujuk kepada kebolehan berinteraksi dan fasih berbahasa Melayu dan Inggeris,

    mengeluarkan idea atau pendapat serta mendengar atau menyoal didalam kelas.

    Kemahiran berkomunikasi adalah penting dalam semua situasi manusia sama

    ada di tempat kerja ataupun dalam kehidupan. Komunikasi melibatkan idea dan

    informasi untuk menyata, menghurai, menjawab soalan-soalan, berucap dan

    menulis.

    Kemahiran penyelesaian masalah merujuk kepada pelajar yang dapat mengenal

    pasti sesuatu masalah, berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat pertimbangan

    pelbagai alternatif. Kemahiran ini melibatkan penggunaan kemahiran penyelesaian

    masalah dalam pelbagai cara dan situasi, termasuk situasi yang memerlukan pemikiran

    KemahiranGenerik

    KomunikasiKerja

    BerpasukanPenyelesaian

    Masalah

    Beretika

    Keyakinan DiriKepimpinan

    PemikiranKritis

  • 18

    dan pendekatan yang kreatif dalam mencapai sesuatu keputusan. Kemahiran kerja

    berpasukan pula dilihat dari segi keupayaan berkerjasama dengan orang lain,

    berinteraksi secara interaktif, menerima kehadiran orang lain serta memberikan

    sumbangan, sokongan dan dorongan apabila melakukan sesuatu. Ia merangkumi

    kesefahaman dan persetujuan ahli dari segi tujuan dan objektif.

    Azalya (2003) juga menyatakan pelajar yang mempunyai kemahiran pemikiran

    kritis adalah pelajar yang mempunyai idea yang kreatif dan logikal, dapat mengeluarkan

    idea-idea yang bernas dan keupayaan untuk melihat alternatif yang lain. Kemahiran ini

    merangkumi kebolehan untuk mengenalpasti dan memilih informasi, menilai informasi,

    sumber informasi dan cara mendapatkan informasi dan menggunakan informasi secara

    efektif.

    Pelajar yang mempunyai kemahiran keyakinan diri yang tinggi pula dapat

    melakukan sesuatu kerja dengan berkesan. Keyakinan diri diukur dari segi aspek

    melakukan sesuatu kerja dengan yakin dan tidak mudah berputus asa. Kemahiran ini

    melibatkan penggunaan alat-alat bagi memahami dan menggunakan kaedah-kaedah

    saintifik dan prinsi-prinsip teknologi dalam penggunaan dan pengendalian alat-alat

    mengikut prosedur dan proses dengan cekap.

    Kemahiran beretika dilihat dari segi aspek saling hormat-menghormati, jujur dan

    amanah, berdisiplin dalam melakukan kerja dan sentiasa menjaga perlakuan tidak kira di

    mana jua. Kemahiran ini merupakan kemahiran untuk memahami, menghayati dan

    mengamalkan nilai-nilai murni seperti perpaduan, bertolak ansur, hormat

    menghormati antara satu sama lain serta mewujudkan kemesraan dengan

    rakan, jiran dan masyarakat.

  • 19

    Kemahiran kepimpinan merujuk kepada individu yang berketrampilan,

    bertanggungjawab dan cekap serta mengetuai dan mengarah tugas secara berkesan.

    Kemahiran ini melibatkan kebolehan untuk merancang dan mengelola aktiviti diri

    sendiri termasuk penggunaan masa dan sumber serta berupaya untuk menentukan

    keutamaan dan mengawasi pencapaian diri.

    Menurut model Kearns (2001), kemahiran generik pada individu dapat

    dikelaskan kepada empat iaitu pertama, kesediaan berkerja dan sifat bekerja individu.

    Kemahiran generik ini menekankan kepada persediaan pelajar dalam menghadapi dunia

    pekerjaan dan mempunyai sifat untuk bekerja tanpa menunggu arahan yang tinggi.

    Kedua, pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif dan inovatif. Konsep kemahiran

    generik ini memperlihatkan kesan pada seseorang individu terhadap ilmu yang dimiliki

    dapat digunakan sepenuhnya dalam perusahaan, berinovasi dalam menghasilkan produk

    serta kreatif mencipta pelbagai produk. Ketiga, mempunyai kemahiran interpersonal

    dan berfikir. Dalam konsep ini, beliau menyatakan bahawa individu boleh

    menggunakan daya berfikir yang baik dalam menyelesaikan masalah secara kritikal dan

    menganalisis maklumat secara berkesan. Konsep terakhir ialah kemahuan untuk belajar.

    Beliau telah membuat kesimpulan bahawa individu yang ada kemahuan dalam diri untuk

    belajar memajukan diri adalah individu yang berdaya saing dan cekap.

  • 20

    Rajah 2.2 Model Kajian Kearns (2004)

    2.7 Kajian Lepas

    Dalam bahagian ini, kajian-kajian lepas akan diringkaskan untuk memberi lebih

    kefahaman, gambaran, bertujuan menguatkan hujah-hujah berkaitan tajuk yang dikaji.

    Pengkaji merujuk dan membincangkan kajian lepas dalam topik dan permasalahan

    kajian yang sama iaitu keberkesanan kemahiran generik dikalangan pelajar. Dengan itu,

    perbandingan kaedah dan dapatan kajian akan menjadi lebih jelas, meluas, dan tepat.

    Berikut kajian-kajian lepas berkaitan keberkesanan kemahiran generik

    dikalangan pelajar.

    KemahiranGenerik

    kesediaan bekerjadan sifat bekerja

    individu

    kemahuanuntuk belajar

    pengetahuan dalamkeusahawanan, kreatif

    dan inovatif

    mempunyaikemahiran

    interpersonal danberfikir

  • 21

    2.7.1 Kajian Dalam Negara

    Kajian kemahiran generik ini masih tidak dijalankan secara khusus di dalam

    negara ini. Menurut Adam (2003), yang telah membuat kajian yang bertajuk

    Kepentingan Kemahiran Bukan Teknikal Semasa Melakukan Tugas . Tujuan kajian

    ini dijalankan untuk mengenalpasti perbezaan persepsi graduan kejuruteraan dan pihak

    majikan terhadap kepentingan kemahiran bukan teknikal semasa melakukan tugas.

    Kemahiran bukan teknikal yang dikaji meliputi kemahiran komunikasi, kemahiran

    komputer, pengurusan kendiri dan analitikal. Hasil kajian ini menunjukan sebanyak

    lapan aspek kemahiran bukan teknikal dinilai pada tahap yang sangat penting oleh pihak

    graduan, manakala pihak majikan pula menyenaraikan lima belas aspek kemahiran

    bukan teknikal yang sangat penting untuk melakukan sesuatu kerja. Kesimpulannya

    terdapat perbezaan yang signifikan dalam persepsi graduan dan majikan terhadap

    kepentingan kemahiran bukan teknikal semasa melakukan kerja atau tugas.

    Menurut kajian yang dijalankan oleh Rosmawati (2000) terhadap penilaian pihak

    majikan mengenai kualiti mahasiswa tempatan mendapati lima kemahiran yang

    dianggap penting oleh majikan. Kemahiran tersebut adalah kemampuan menjalankan

    tugas, kemampuan kerja kumpulan dan kemahiran inisiatif. Pekerja yang menguasai

    kemahiran ini dikatakan dapat melakukan tugas dengan baik dan dapat meminimunkan

    kesilapan. Hasil kajian ini menunjukan secara keseluruhan pihak majikan mendapati

    Institusi Pengajian Tinggi gagal untuk menyediakan mahasiswa dengan semua

    kemahiran yang diperlukan.

  • 22

    2.7.2 Kajian Luar Negara

    Menurut Dench (1997) dalam artikelnya Changing skill needs: what makes

    people employable? menjelaskan bahawa kemahiran generik seperti kemahiran

    komunikasi amat penting dalam mempengaruhi keberkesanan seorang individu yang

    berkemampuan dalam mengendalikan tempat kerja. Beliau menyatakan individu yang

    mempunyai kemahiran generik merupakan satu kelebihan untuk individu tersebut untuk

    bersaing dipasaran kerja yang semakin kompleks. Tujuan kajian ini dijalankan untuk

    melihat kepentingan kemahiran generik dalam pengambilan kerja oleh majikan.

    Ghulam R. Nabi dan Bagley (1999) dalam kajiannya Graduates? perceptions of

    transferable personal skills and future career preparation in the UK? menyatakan

    sebarang perubahan struktur di tempat kerja telah menyebabkan IPT mengalami tekanan

    dalam menyediakan kursus-kursus yang bersuaian kepada pelajar. Tekanan yang

    dihadapi IPT dalam melengkapkan kemahiran-kemahiran dan ko-kurikulum yang

    bersepadu dalam mempercepatkan pelajar ke arah bidang pekerjaan serta memberi

    implikasi terhadap kerjaya yang di ceburi. Hasil kajian ini mendapati implikasi terhadap

    penilaian pembangunan kemahiran pelajar Institusi Pengajian Tinggi dalam menghadapi

    penilaian mutu pendidikan memberi faedah untuk membangunkan kerjaya.

    OConnor (2003), dalam kajiannya The generic skill integration project?

    menjelaskan bahawa pembangunan kemahiran adalah menfokuskan kepada generik

    yang majikan mahukan dari para mahasiswa dan kemahiran ini boleh menambahkan

    perhubungan personel didalam hidup pelajar. Hasil kajiannya, beliau mendapati

    kebanyakan program pembangunan pendidikan tinggi sekarang lebih menfokuskan

    kepada empat kemahiran yang utama iaitu komunikasi, teknologi maklumat, pengiraan

    angka dan belajar bagaimana untuk belajar.

  • 23

    Menurut Isaac & William, (1981), pembangunan kemahiran generik amat

    penting bagi pelajar untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam bidang yang

    diceburi oleh mereka. Pembangunan kemahiran generik juga dapat membantu pelajar

    dalam kerjaya serta aspek- aspek lain dalam kehidupan mereka.

    Lizzio dan Wison (2004) dalam kajiannya, ?First-year student perceptions of

    capability? menyatakan betapa pentingnya pembangunan generik di kalangan pelajar.

    Hasil kajian ini mendapati pelajar telah menyatakan semua kemahiran di kaji iaitu

    pengurusan diri, interpersonal, penyelesaian masalah, komunikasi, kebolehsuaian diri

    dan pembuatan keputusan serta kerja berkumpulan adalah penting dan relevan dengan

    pasaran kerja pada masa akan datang berbanding dengan subjek yang diambil sekarang.

    Kemahiran komunikasi penulisan di anggap kurang relevan dengan pasaran kerja pada

    masa akan datang oleh pelajar yang terlibat dengan kajian ini. Persepsi pelajar terhadap

    kemahiran ini adalah berbeza mengikut bidang pengajian yang diambil. Contohnya,

    pelajar pengurusan mengangap penyelesaian masalah adalah sangat penting untuk

    pasaran kerja pada masa akan datang, tetapi tidak bagi pelajar kursus-kursus lain. Hasil

    kajian juga mendapati pelajar menyokong jika kemahiran generik ini di masukkan dalam

    subjek pengajian mereka sekarang.

    Menurut Bjorkland (2000), kemahiran penyelesaian masalah merupakan satu

    matlamat, diamana pelajar dapat mengatasi halangan-halangan yang datang dengan

    menggunakan strategi dan penilaian tentang keputusan yang diambil. Beliau

    berpendapat kemahiran penyelesaian masalah patut ada didalam setiap diri pelajar untuk

    membentuk jati diri supaya lebih cekap dan berkesan.

    Ai-Hwa (2005) dalam kajiannya ?Learning for the workplace: a case study ingraduate employees' generic competencies ? yang telah menjelaskan kompetensi

    generik yang perlu dimiliki oleh graduan dalam menempuhi alam pekerjaan. Beliau

  • 24

    menyatakan pertimbangan generik amat penting dalam mencapai kejayaan dalam bidang

    pekerjaan. Tujuan kajian ini dijalankan untuk melihat keberkesanan kompetensi generik

    untuk diaplikasikan dalam bidang pekerjaan.

    Ghulam R. Nabi (2003) yang telah membuat kajian? ?Graduate employment and

    underemployment:opportunity for skill use an career experiences amongst recent

    business graduates? menyatakan graduan yang mengunakan kemahiran yang ada dapat

    mewujudkan peluang untuk bersaing dipasaran global. Ilmu pengetahuan yang tinggi

    dan kemahiran generik yang mahir menyebabkan pelajar mudah diterima kerja didalam

    pasaran kerja. Ini kerana kemahiran generik menjadi satu keperluan dalam menerokai

    bidang pekerjaan.

    Ellington (1999) melalui kajiannya ?generic level learning outcome templates: a

    tool for benchmarking student achievement levels throughout a university? menyatakan

    bagaimana tahap generik dikalangan pelajar Robert Gordon University (RGU)

    dibangunkan untuk mencapai matlamat dan melaksanakan agenda universiti. Tujuan

    kajian ini dijalankan untuk melihat hasil tahap generik yang wujud dikalangan pelajar

    RGU.

    Menurut Beckett (2004) dalam kajian yang dijalankan ?embodied Competence

    and Generic Skill: The emergence of inferential understanding? menjelaskan jangka

    masa untuk menggunakan kemahiran generik mengambil masa yang lama untuk

    diaplikasikan. Kemahiran generik ini merujuk kepada kualiti dan kapasiti untuk

    ditingkatkan didalam pengajian tinggi.

  • 25

    2.8 Rumusan

    Kajian-kajian yang dijalankan oleh pengkaji memperlihatkan kepentingan

    kemahiran generik yang perlu dikuasai oleh pelajar. Dalam era globalisasi dan teknologi

    maklumat ini, pelajar perlu memperkasakan ilmu yang ada bagi merebut peluang

    pekerjaan yang semakin sengit. Kajian mendapati kemahiran generik ini dilihat secara

    positif yang mana menjadi penentu-penentu dalam bersaing di pasaran kerja yang

    kompleks. Pengkaji telah menggunakan model yang telah dikemukakan oleh Azalya

    (2003) dalam kajian ini.

  • 26

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 Pengenalan

    Metodologi merupakan aspek yang penting dalam menjalankan penyelidikan

    kajian. Ia bertujuan memastikan kaedah pengumpulan data untuk penyelidikan kajian

    yang digunakan bersesuaian dengan matlamat dan objektif kajian yang hendak dicapai.

    Oleh itu, dalam bab ini akan membincangkan dan menjelaskan kaedah-kaedah kajian

    yang dijalankan.

    3.1 Populasi dan sampel kajian

    Populasi kajian terdiri daripada mana-mana syarikat perunding dan juga

    kontraktor pembinaan yang terdapat di Johor Bahru dan Kuala Lumpur. Persampelan

  • 27

    rawak akan dilakukan terhadap syarikat yang terdapat dalam populasi. Dianggarkan

    sebanyak 25 buah syarikat perunding dan juga 25 buah syarikat kontraktor yang akan

    terlibat bagi di soal selidik.

    3.2 Kaedah Kajian

    Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan borang soal selidik dan temubual

    terhadap responden yang terdiri daripada pihak perunding dan juga kontraktor

    pembinaan. Izham (2000), menyatakan bahawa banyak penyelidikan boleh dijalankan

    dengan menggunakan borang soal selidik yang dijawab sendiri oleh responden. Antara

    kelebihan borang soal selidik ialah responden boleh mengambil masa yang sesuai untuk

    menjawab soal selidik yang diterima dan ini akan memberikan maklumat yang lebih

    baik kepada penyelidik. Temubual juga amat sesuai digunakan bagi mendapatkan

    maklumat lanjut sekiranya jawapan yang diterima dalam borang soal selidik kurang

    jelas.

    3.3 Kaedah pengumpulan data

    Bab ini akan menerangkan metodologi yang akan digunakan dalam menjalankan

    penyelidikan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan pada awal kajian. Secara

    amnya, metodologi kajian ini boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:

  • 28

    a) Peringkat Pertama

    b) Peringkat Kedua

    c) Peringkat Ketiga

    d) Peringkat Keempat

    3.3.1 Peringkat Pertama

    Dalam peringkat yang pertama, kajian awal telah dijalankan untuk mencari tajuk

    penyelidikan yang sesuai. Apabila tajuk penyelidikan telah ditetapkan, skop

    penyelidikan dan objektif kajian ditentukan. Kajian awal ini terdiri daripada kajian

    literatur serta perbincangan dengan penyelia dan kawan-kawan. Kajian literatur

    dijalankan melalui rujukan dan pembacaan ke atas buku-buku, jurnal, tesis, laporan

    kajian dan penyelidikan dari dalam dan luar negara, serta sumber daripada Internet.

    3.3.2 Peringkat Kedua

    Pada peringkat kedua, proses pengumpulan data akan dijalankan untuk

    mendapatkan data-data yang berkaitan tentang kajian yang dilakukan. Proses

    pengumpulan data ini dilakukan dengan menggunakan borong soal selidik dan temu

    bual.

  • 29

    3.3.2.1 Borang Soal Selidik

    Borang soal selidik dipilih sebagai instrumen untuk menjalankan kajian

    ini kerana jumlah responden yang ramai dan jauh boleh diperolehi. Borang soal selidik

    yang akan dihantarkan masing-masing kepada firma-firma kontraktor dan perunding di

    sekitar negeri Selangor, Johor dan Kuala Lumpur.

    Kedua-dua borang soal selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu

    Bahagian A dan Bahagian B seperti berikut:

    a) Bahagian A : Profil syarikat dan kemahiran generik

    b) Bahagian B : Kemahiran Praktikal dan persepsi syarikat.

    a) Bahagian A : Profil syarikat dan kemahiran generik

    Maklumat yang terkandung dalam bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan

    gambaran tentang latar belakang syarikat dan juga keperluan kemahiran generik yang

    diperlukan oleh pihak syarikat. Antara maklumat tersebut termasuklah nama syarikat,

    bilangan pekerja baru iaitu kurang dari tiga tahun pengalaman, jawatan pihak responden,

    senarai kemahiran generik dan lain-lain maklumat yang berkaitan. Soalan seperti

    bilangan pekerja baru yang di ambil dalam syarikat boleh memberikan gambaran kasar

    tentang penerimaan terhadap graduan yang baru menamatkan pengajian. Manakala bagi

    soalan berkaitan dengan kemahiran generik, telah disenarai pendekkan kemahiran-

    kemahiran yang penting yang berkaitan dengan kejuruteraan bagi memudahkan pihak

    respondan untuk menjawabnya.

  • 30

    b) Bahagian B : Kemahiran Praktikal dan persepsi syarikat

    Dalam bahagian ini, soalan-soalan telah direkabentuk supaya salah satu

    objektif kajian ini dapat dicapai. Selain itu, soalan-soalan juga direkabentuk dalam

    format yang dapat memudahkan pihak responden untuk menjawabnya.

    Pihak perunding dan juga kontraktor yang terlibat akan ditanya tentang

    kemahiran praktikal yang telah disenarai pendekkan. Di dalam bahagian ini juga telah

    dimasukkan beberapa soalan bagi mengetahui persepsi syarikat pembinaan terhadap

    tahap graduan yang baru menamatkan kajian. Diantara soalan-soalan yang telah

    diutarakan adalah persepsi persedian bagi graduan untuk memasuki alam pekerjaan dan

    juga perbandingan di antara pelajar lepasan luar negara dan juga dalam negara. Juga

    dimasukkan soalan mengenai persepsi kriteria kemahiran terhadap pelajar UTM sendiri.

    Pihak respondan juga telah diberikan soalan supaya memilih graduan universiti manakah

    yang menjadi pilihan untuk diberikan peluang berkerja di syarikat-syarikat pembinaan.

    3.3.2.2 Temu Bual

    Proses temu bual telah dijalankan terhadap firma-firma perunding dan juga

    kontraktor. Temu bual tersebut terdiri daripada dua bahagian di mana bahagian pertama

    merangkumi latar belakang syarikat manakala bahagian kedua akan difokuskan kepada

    langkah-langkah bagi pengambilan setiap jurutera awam yang baru.

  • 31

    3.3.3 Peringkat Ketiga

    Pada peringkat ketiga, maklumat-maklumat dan data-data yang telah diperoleh

    daripada peringkat kedua akan dikumpulkan dan dianalisis mengikut pendekatan yang

    sesuai untuk mendapatkan hasil kerja yang selaras dengan objektif kajian yang telah

    ditetapkan. Hasil analisis tersebut kemudiannya akan dibandingkan dengan objektif

    yang telah ditetapkan untuk melihat samada objektif kajian telah dicapai atau tidak.

    3.3.3.1 Analisis Statistik Frekuensi

    Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan kekerapan sesuatu pilihan. Pilihan

    yang mempunyai kekerapan yang tinggi menunjukkan pilihan tersebut merupakan

    pilihan majoriti. Selain itu, kekerapan ini juga boleh dinyatakan dalam betuk peratusan.

    Kaedah ini digunakan untuk menganalisis maklumat am seperti profil syarikat dan juga

    persepsi syarikat.

    3..3.3.2 Kaedah Purata Indeks (Average Index)

    Izham Shafie(2000) menyatakan indeks min ditentukan berdasarkan kepada

    formula berikut :

    Purata Indeks = ? ai.xi? xi

    dimana,

    ai = pemalar melambangkan pemberat bagi pembolehubah ke-i

    xi = pembolehubah melambangkan kekerapan responden; i = 1,2,3,4 dan 5

  • 32

    Nilai Purata Indeks yang diperolehi kemudiannya akan dikelaskan kepada 5

    kategori (Abd. Majid dan McCaAffer, 1997) seperti berikut:

    1) Paling Penting 4.50 < Indeks Purata ? 5.00

    2) Sangat Penting 3.50 < Indeks Purata ? 4.50

    3) Sederhana 2.50 < Indeks Purata ? 3.50

    4) Kurang Penting 1.50 < Indeks Purata ? 2.50

    5) Paling Kurang Penting 1.00 < Indeks Purata ? 1.50

    3.3.4 Peringkat Keempat

    Kesimpulan dan cadangan akan dibuat berdasarkan hasil analisis yang

    diperolehi.

  • 33

    Carta Aliran Metodologi Kajian

    PERBINCANGAN AWAL

    OBJEKTIF KAJIAN

    SKOP KAJIAN

    KAJIAN LITERATUR

    PENGUMPULAN DATA DAN MAKLUMAT

    SOAL SELIDIKn Firma Kontraktorn Syarikat

    Pengeluar

    DATA ANALISIS

    KESIMPULAN

    TEMU BUALn Firma Kontraktorn Syarikat

    Pengeluar

  • 34

    BAB 4

    ANALISIS DAN HASIL KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Bab ini akan menerangkan hasil kajian yang diperolehi daripada analisis borang

    soal selidik yang telah dihantar kepada firma-firma perunding dan kontraktor yang mana

    adlah tempat bagi graduan kejuruteraan awam akan diambil bekerja. Analisis akan

    dibuat mengikut bahagian demi bahagian seperti yang terdapat di dalam borang soal

    selidik. Semua data yang diperolehi daripada analisis borang soal selidik ditunjukkan

    dalam bentuk jadual, rajah, dan graf berdasarkan pendekatan yang sesuai.

  • 35

    4.2 Analisis Latar Belakang Responden

    Semua data yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah untuk menganalisis

    maklumat-maklumat responden yang diterima.

    50 buah firma kontraktor di sekitar negeri Johor, Selangor dan Kuala Lumpur

    telah dipilih secara rawak bagi menjalankan kajian ini. Daripada 50 borang soal selidik

    yang telah dihantarkan kepada firma-firma perunding dan juga kontraktor, hanya 24

    maklumbalas yang diterima, iaitu kadar respon hanya sebanyak 49%.

    4.2.1 Jenis - Jenis Responden

    Setelah analisis dijalankan, didapati syarikat responden yang dipilih secara rawak

    adalah sama iaitu merangkumi 50% daripada firma perunding dan 50% lagi adalah

    daripada firma kontraktor kelas A. Jumlah respondan yang sama diambil di antara pihak

    perunding dan juga kontraktor adalah bagi memudahkan perbandingan penilaian di

    antara kedua-dua pihak.

  • 36

    Jenis responden

    Perunding, 50%Kontraktor, 50%

    Rajah 4.1 Kategori jenis responden yang terlibat

    4.3 LangkahLangkah Pengambilan Jurutera Awam Untuk Bekerja

    Hasil daripada temubual yang dijalankan pada setiap responden didapati bahawa

    terdapat perbezaan pada sesetengah peringkat langkahlangkah pengambilan bagi

    pekerja baru bagi firma perunding dan juga kontraktor. Beberapa langkah yang biasa

    diamalkan sebelum setiap jurutera akan di ambil berkerja di syarikat mereka boleh di

    bahagikan kepada empat peringkat bagi firma perunding manakala tiga peringkat bagi

    firma kontraktor.

  • 37

    4.3.1 LangkahLangkah Pengambilan Jurutera Awam Untuk Berkerja Di Firma

    Perunding

    Peringkat pertama:-

    Pemohon menghantar borang permohonan ke syarikat dan borang-borang

    tersebut akan di failkan Jika ada kekosongan, barulah borang-borang

    permohonan ini akan disemak

    Peringkat kedua :-

    Pada peringkat kedua, ia terbahagi kepada dua ujian kepada pemohon. Ujian

    yang pertama adalah pemohon akan dipanggil untuk temuduga pertama oleh

    jurutera kanan. Pada peringkat ini pemohon akan ditanyakan tentang

    pengetahuan asas mengenai kejuruteraan seperti kemahiran membaca lukisan

    kejuruteraan, pemahaman kepada industri pembinaan ataupun pengalaman yang

    ada tentang alam industri pembinaan.

    Kemudian, jika jurutera kanan berpuas hati pada ujian yang pertama, mereka

    akan menguji pemohon dengan ujian yang seterusnya iaitu ujian kemahiran

    pemohon menggunakan perisian komputer berkaitan kejuruteraan. Ujian ini

    bergantung pada syarikat tersebut samada untuk menguji salah satu daripada

    perisian kejuruteraan ataupun menguji kesemuanya. Di antara perisian

    kejuruteraan yang akan di uji adalah StadPro, Esteem, Primavera Project

    Planner Microsoft Project dan banyak lagi.

  • 38

    Peringkat ketiga:-

    Pada peringkat yang ketiga, senarai pendek nama pemohon yang berjaya pada

    peringkat pertama dan kedua akan dipanggil bagi peringkat ketiga. Dalam

    peringkat ketiga ini pemohon akan diberikan beberapa contoh permasalahan

    dalam situasi sebenar alam perkerjaan. Pemohon diminta memberikan pendapat

    bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu berdasarkan pengetahuan tentang

    kejuruteraan yang ada dalam setiap pemohon.

    Peringkat keempat:-

    Peringkat keempat merupakan peringkat yang terakhir iaitu pemohon akan

    dipanggil bagi temuduga bersama dengan pengarah syarikat. Disini akan

    dibincangkan soal gaji dan juga kehendak syarikat.

    Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk melaporkan diri

    Daripada temubual dengan pihak firma perunding didapati bahawa sesetengah sahaja

    pihak respondan yang mengiklankan bagi jawatan kosong yang ada di dalam syarikat

    mereka. Manakala setengahnya pula hanya mengambil inisiatif daripada pemohon yang

    menghantar borang permohonan.Ini kerana kos bagi pengiklanan jawatan kosong adalah

    sebanyak RM 4000.00 per hari. Ada juga di antara pihak respondan hanya

    menggunakan temuduga sahaja tanpa menguji kemahiran yang ada pada pemohon

    sebagai langkah pengambilan bagi setiap jurutera baru.

  • 39

    4.3.2 LangkahLangkah Pengambilan Jurutera Awam Untuk Berkerja Di Firma

    Kontraktor

    Peringkat pertama:-

    Pemohon menghantar borang permohonan ke syarikat dan borang-borang

    tersebut akan di failkan

    Jika ada kekosongan, barulah borang-borang permohonan ini akan disemak.

    Bagi pihak kontraktor, keputusan gred bagi setiap pemohon tidak di ambil kira.

    Pemohon akan dipanggil jika hanya menghantar borang permohonan.

    Peringkat kedua :-

    Pada peringkat kedua ini adalah berlainan berbanding dengan firma perunding.

    Bagi pihak firma kontraktor, pemohon yang berjaya pada peringkat pertama akan

    terus ditemuduga oleh pengurus projek sesebuah firma terbabit. Para pemohon

    akan banyak ditekankan dalam pengetahuan ketika tapak pembinaan. Ini sangat

    penting bagi setiap jurutera kerana kemahiran berada di pengurusan ketika

    ditapak sangat di titikberatkan

    Peringkat ketiga

    peringkat ketiga merupakan peringkat yang terakhir iaitu pemohon akan

    dipanggil bagi temuduga bersama dengan pengarah syarikat. Disini akan

    dibincangkan soal gaji dan juga kehendak syarikat.

    Pemohon yang berjaya akan dipanggil untuk melaporkan diri

  • 40

    Daripada temubual dengan pihak firma kontraktor didapati bahawa tiada pihak

    respondan yang mengiklankan bagi jawatan kosong yang ada di dalam syarikat mereka.

    Pihak respondan hanya mengambil inisiatif daripada pemohon yang menghantar borang

    permohonan. Ini kerana kos bagi pengiklanan jawatan kosong adalah sebanyak RM

    4000.00 per hari. Ada juga di antara pihak firma kontraktor yang hanya menggunakan

    temuduga dan tidak menguji pemohon dalam pelbagai segi kemahiran sebagai langkah

    pengambilan bagi setiap jurutera baru.

    4.4 Kriteria Pemilihan Graduan Kejuruteraan Awam Untuk Bekerja Dalam

    Industri Pembinaan

    Semua data yang dibincangkan di dalam bahagian ini adalah berkaitan analisis

    data yang berpandukan soalan-soalan pada Bahagian A dan B borang soal selidik. Ia

    terbahagi kepada dua kategori iaitu kemahiran generik dan juga kemahiran praktikal

    mengikut keperluan oleh firma perunding dan juga firma kontraktor.

    4.4.1 Kriteria Kemahiran Generik Oleh Firma Perunding

    Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, berikut adalah merupakan 10

    senaraisenarai kriteria kemahiran generik yang diperlukan oleh pihak firma perunding

    kepada setiap jurutera awam dan juga graduan dalam pasaran pembinaan mengikut

    kepentingan.

  • 41

    Jadual 4.1 Kemahiran Generik Oleh Pihak Perunding

    Kemahiran Generik

    Jum

    lah,

    Ntid

    akpe

    ntin

    gku

    rang

    pent

    ing

    sede

    rhan

    ape

    ntin

    gpe

    ntin

    gsa

    ngat

    pent

    ing

    Jum

    lah

    inde

    ks

    Min

    Inde

    ks

    Ked

    uduk

    an

    Etika kerja yang tinggi dan jujur 12 0 0 0 3 9 57 4.75 1

    Kebolehan untuk bekerja dalam

    kumpulan12 0 0 0 3 9 57 4.75 1

    Kebolehan menggunakan komputer 12 0 0 0 5 7 55 4.58 2

    Berkomunikasi dengan baik (Bahasa

    Melayu dan Bahasa Inggeris)12 0 0 1 4 7 54 4.50 3

    Berfikiran positif dan komitmen yang

    baik12 0 0 0 6 6 54 4.50 3

    Kebolehan untuk

    mengenalpasti,mengira dan

    menyelesaikan masalah dalam

    kejuruteraan

    12 0 0 0 6 6 54 4.50 3

    Keyakinan diri 12 0 0 1 5 6 53 4.42 4

    Kebolehan untuk menyelesaikan

    masalah12 0 0 1 5 6 53 4.42 4

    Menggunakan pengetahuan

    kejuruteraan dan sains dalam

    pekerjaan12 0 0 1 6 5 52 4.33 5

    Berkepimpinan 12 0 0 0 9 3 51 4.25 6

    Bermotivasi dan Inisiatif 12 0 0 2 5 5 51 4.25 6

  • 42

    Mendalami kebolehan teknikal dengan

    baik 12 0 0 1 8 3 50 4.17 7

    Menggunakan sistem yang terkini

    untuk merekabentuk12 0 1 3 2 6 49 4.08 8

    Fleksibal dan daya penyesuaian di

    tempat kerja12 0 0 1 9 2 49 4.08 8

    Kebolehan untuk berkomunikasi

    dengan orang bawahan12 0 1 1 7 3 48 4.00 9

    Boleh menilai kemampuan cara

    kerja12 0 0 2 8 2 48 4.00 9

    Menjalankan pembelajaran secara

    berterusan12 0 0 3 6 3 48 4.00 9

    Memahami prinsip-prinsip

    pembangunan rekabentuk yang

    semakin canggih12 0 0 4 6 2 46 3.83 10

    Kebolehan dalam mengeluarkan idea-

    idea baru(kreativiti)12 0 0 5 5 2 45 3.75 11

    Boleh menyesuaikan diri jika bekerja

    di luar negara12 0 1 5 4 2 43 3.58 12

    Berpengetahuan dalam isu-isu semasa 12 0 0 7 5 0 41 3.42 13

    Mempunyai teknik-teknik dan cekap

    menggunakan alatan moden dalan

    bidang kejuruteraan12 0 1 6 4 1 41 3.42 13

    Mampu untuk melakukan

    penyelidikan12 0 1 7 3 1 40 3.33 14

    Mempunyai kelebihan diri berbanding

    jurutera lain12 0 1 7 3 1 40 3.33 14

  • 43

    Daripada jadual 4.1 berikut, didapati bahawa dalam kemahiran generik, pihak

    perunding telah memilih etika kerja yang tinggi dan juga kebolehan untuk bekerja dalam

    kumpulan sebagai kriteria utama yang perlu ada pada setiap graduan kejuruteraan awam

    dan juga pada setiap jurutera. Ini diikuti dengan kebolehan menggunakan komputer dan

    juga kejujuran dan ketelusan pada kedudukan yang kedua. Pada kedudukan ketiga dan

    kempat pula adalah kemahiran berkomunikasi, kebolehan untuk mengira dan

    menyelesaikan masalah kejuruteraan, keyakinan diri dan kebolehan untuk

    menyelesaikan masalah. Kemudian kemahiran dalam menggunakan pengetahuan

    kejuruteraan dan sains dalam kejuruteraan pada kedudukan yang kelima.

    4.4.2 Kriteria Kemahiran Praktikal Oleh Firma Perunding

    Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, berikut adalah merupakan senarai

    senarai kriteria yang diperlukan oleh pihak firma perunding dalam pasaran pembinaan

    mengikut kepentingan

    Jadual 4.2 Kemahiran Praktikal Oleh Pihak Perunding

    Kemahiran Praktikal

    Jum

    lah,

    Ntid

    akpe

    ntin

    gku

    rang

    pent

    ing

    sede

    rhan

    ape

    ntin

    gpe

    ntin

    gsa

    ngat

    pent

    ing

    Jum

    lah

    inde

    ks

    Min

    Inde

    ks

    Ked

    uduk

    an

    Dapat berdikari dalam pencarian

    sesuatu maklumat bagi

    menyelesaikan masalah berkaitan

    kejuruteraan

    12 0 0 0 5 7 55 4.58 1

    Berkebolehan dalam mengukuhkan

    dan menjalankan hubungan yang 12 0 0 0 5 7 55 4.58 1

  • 44

    baik dengan rakan sekerja

    Kebolehan untuk menyiapkan tugas

    dalam masa yang ditetapkan bagi

    mencapai objektif secara praktikal.12 0 0 0 7 5 53 4.42 2

    Keupayaan dalam memahami

    dokumenentasi secara teknikal yang

    berkaitan dalam kejuruteraan12 0 0 1 6 5 52 4.33 3

    Dapat memahami segala bentuk kerja

    yang diberikan 12 0 0 0 8 4 52 4.33 3

    Memahami keperluan syarikat dari

    segi prestasi kerja 12 0 0 0 8 4 52 4.33 3

    Berpengetahuan mengenai hal dan

    matlamat syarikat 12 0 0 0 8 4 52 4.33 3

    Berpengetahuan dalam penjagaan

    kesihatan, keselamatan dan tatatertib

    ketika di tempat kerja12 0 0 2 6 4 50 4.17 4

    Dapat memahami dan mengikuti

    budaya, pengalaman dan tradisi yang

    baik di syarikat12 0 0 2 7 3 49 4.08 5

    Dapat memahami istilah-istilah

    kejuruteraan yang tertentu yang

    digunakan dalam syarikat12 0 0 2 9 1 47 3.92 6

    Kebolehan dalam penggunaan

    istilah-istilah kejuruteraan 12 0 0 2 9 1 47 3.92 6

    Daripada jadual 4.2 dapat ditunjukkan bahawa dalam kemahiran praktikal , pihak

    perunding lebih menekankan setiap jurutera yang diambil perlu dapat berdikari dalam

    pencarian sesuatu maklumat bagi menyelesaikan masalah berkaitan kejuruteraan dan

    juga berkebolehan dalam mengukuhkan dan menjalankan hubungan yang baik dengan

  • 45

    rakan sekerja. Ini diikuti dengan kebolehan untuk menyiapkan tugas dalam masa yang

    ditetapkan bagi mencapai objektif secara praktikal. (penggunaan pengkomputeran,

    pengukuran, pengeluaran,pengubahsuaian dan lain-lain) pada kedudukan yang kedua.

    4.4.3 Kriteria Kemahiran Generik Oleh Firma Kontraktor

    Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, berikut adalah merupakan senarai

    senarai kriteria yang diperlukan oleh pihak firma kontraktor dalam pasaran pembinaan

    mengikut kepentingan

    Jadual 4.3 Kemahiran Generik Oleh Pihak Kontraktor

    Kemahiran Generik

    Jum

    lah,

    Ntid

    akpe

    ntin

    gku

    rang

    pent

    ing

    sede

    rhan

    ape

    ntin

    gpe

    ntin

    gsa

    ngat

    pent

    ing

    Jum

    lah

    inde

    ks

    Min

    Inde

    ks

    Ked

    uduk

    an

    Kejujuran dan Ketelusan 12 0 0 0 4 8 56 4.67 1

    Beretika dan jujur (mempunyai tahap

    etika seperti profesional dan

    bertanggungjawab)12 0 0 1 3 8 55 4.58 2

    Kebolehan untuk

    mengenalpasti,mengira dan

    menyelesaikan masalah dalam

    kejuruteraan

    12 0 0 0 6 6 54 4.50 3

    Etika kerja yang tinggi 12 0 0 1 4 7 54 4.50 3

  • 46

    Kebolehan untuk berkomunikasi

    dengan orang bawahan 12 0 0 0 7 5 53 4.42 4

    Berkepimpinan 12 0 0 0 7 5 53 4.42 4

    Berkomunikasi dengan baik (Bahasa

    Melayu dan Bahasa Inggeris)12 0 1 0 5 6 52 4.33 5

    Keyakinan diri 12 0 0 2 4 6 52 4.33 5

    Berfikiran positif dan komitmen yang

    baik12 0 0 1 6 5 52 4.33 5

    Kebolehan untuk menyelesaikan

    masalah12 0 0 0 8 4 52 4.33 5

    Kebolehan untuk bekerja dalam

    kumpulan12 0 0 2 5 5 51 4.25 6

    Menggunakan pengetahuan

    kejuruteraan dan sains dalam

    pekerjaan12 0 0 2 6 4 50 4.17 7

    Fleksibal dan daya penyesuaian di

    tempat kerja12 0 0 4 4 4 48 4.00 8

    Bermotivasi dan Inisiatif 12 0 0 4 4 4 48 4.00 8

    Mendalami kebolehan teknikal

    dengan baik12 0 0 3 6 3 48 4.00 8

    Kebolehan menggunakan komputer12 0 0 3 7 2 47 3.92 9

    Boleh menilai kemampuan cara kerja12 0 2 1 6 3 46 3.83 10

    Kebolehan dalam mengeluarkan idea-

    idea baru(kreativiti)12 0 2 0 9 1 45 3.75 11

  • 47

    Berpengetahuan dalam isu-isu semasa 12 0 1 5 2 4 45 3.75 11

    Mempunyai kelebihan diri berbanding

    jurutera lain12 0 1 4 5 2 44 3.67 12

    Menjalankan pembelajaran secara

    berterusan12 0 0 6 4 2 44 3.67 12

    Mempunyai teknik-teknik dan cekap

    menggunakan alatan moden dalan

    bidang kejuruteraan12 0 1 5 4 2 43 3.58 13

    Memahami prinsip-prinsip

    pembangunan rekabentuk yang

    semakin canggih12 0 0 6 5 1 43 3.58 13

    Menggunakan sistem yang terkini

    untuk merekabentuk12 1 1 4 4 2 41 3.42 14

    Boleh menyesuaikan diri jika bekerja

    di luar negara12 0 2 6 3 1 39 3.25 15

    Mampu untuk melakukan

    penyelidikan12 0 3 4 5 0 38 3.17 16

    Hasil daripada kajian kemahiran generik terhadap pihak kontraktor didapati

    bahawa pihak kontraktor lebih mementingkan kejujuran dan ketelusan ketika berkerja

    sebagai kriteria utama. Diikuti dengan beretika dan jujur pada kedudukan kedua dan

    kebolehan untuk mengenalpasti,mengira dan menyelesaikan masalah dalam kejuruteraan

    pada kedudukan yang ketiga.

  • 48

    4.4.4 Kriteria Kemahiran Praktikal Oleh Firma Kontraktor

    Hasil daripada analisis yang telah dijalankan, berikut adalah merupakan senarai

    senarai kriteria kemahiran praktikal yang utama dan ditekankan oleh pihak kontraktor

    dalam pasaran pembinaan mengikut kepentingan

    Jadual 4.4 Kemahiran Praktikal Oleh Pihak Kontraktor

    Kemahiran Praktikal

    Jum

    lah,

    NTi

    dak

    pent

    ing

    Kur

    ang

    pent

    ing

    Sede

    rhan

    ape

    ntin

    gPe

    ntin

    gSa

    ngat

    pent

    ing

    Jum

    lah

    inde

    ks

    Min

    Inde

    ks

    Ked

    uduk

    an

    Berpengetahuan dalam penjagaan

    kesihatan, keselamatan dan tatatertib

    ketika di tempat kerja12 0 0 0 5 7 55 4.58 1

    Berkebolehan dalam mengukuhkan

    dan menjalankan hubungan yang baik

    dengan rakan sekerja12 0 1 0 3 8 54 4.50 2

    Kebolehan untuk menyiapkan tugas

    dalam masa yang ditetapkan bagi

    mencapai objektif secara praktikal.12 0 0 1 4 7 54 4.50 2

    Dapat memahami segala bentuk kerja

    yang diberikan 12 0 0 0 6 6 54 4.50 2

    Keupayaan dalam memahami

    dokumenentasi secara teknikal yang

    berkaitan dalam kejuruteraan12 0 0 2 4 6 52 4.33 3

    Dapat berdikari dalam pencarian

    sesuatu maklumat bagi menyelesaikan

    masalah berkaitan kejuruteraan12 0 0 1 6 5 52 4.33 3

    Memahami keperluan syarikat dari

    segi prestasi kerja 12 0 0 2 6 4 50 4.17 4

  • 49

    Berpengetahuan mengenai hal dan

    matlamat syarikat 12 0 0 3 5 4 49 4.08 5

    Kebolehan dalam penggunaan istilah-

    istilah kejuruteraan 12 0 0 2 7 3 49 4.08 5

    Dapat memahami istilah-istilah

    kejuruteraan yang tertentu yang

    digunakan dalam syarikat12 0 1 1 7 3 48 4.00 6

    Dapat memahami dan mengikuti

    budaya, pengalaman dan tradisi yang

    baik di syarikat12 0 0 3 6 3 48 4.00 6

    Daripada jadual 4.4 di atas, dapat diketahui bahawa dalam kemahiran praktikal

    pula, pihak kontraktor paling mengutamakan dalam berpengetahuan dalam penjagaan

    kesihatan, keselamatan dan tatatertib ketika di tempat kerja. Kemudian diikuti dengan

    berkebolehan dalam mengukuhkan dan menjalankan hubungan yang baik dengan rakan

    sekerja dan juga kebolehan untuk menyiapkan tugas dalam masa yang ditetapkan bagi

    mencapai objektif secara praktikal. (penggunaan pengkomputeran, pengukuran,

    pengeluaran,pengubahsuaian dan lain-lain) pada kedudukan kedua.

    4.5 Persepsi Majikan Ke Atas Graduan Kejuruteraan Awam

    Setiap persepsi yang disoal selidik adalah untuk mengetahui secara lebih

    mendalam pandangan majikan terhadap graduan-graduan kejuruteraan awam masa kini

    dari pelbagai sudut diantaranya samada graduan sudah melengkapkan diri dengan semua

    kriteria, tahap penerimaan graduan baru untuk berkerja dan juga perbandingan di antara

    graduan luar negara dan juga dalam negara.

  • 50

    4.5.1 Persepsi Samada Pihak Universiti Telah Memperlengkapkan Semua

    Kriteria Kepada Graduan

    83.3%

    16.7%

    66.7%

    33.3%

    0.0%10.0%20.0%30.0%40.0%50.0%60.0%70.0%80.0%90.0%

    peratus

    Perunding Kontraktor

    Persepsi Samada Pihak Universiti Telah Memperlengkapkan SemuaKriteria Kepada Graduan

    ya

    tidak

    Rajah 4.2 Persepsi Samada Pihak Universiti Telah Memperlengkapkan Semua

    Kriteria Kepada Graduan

    Rajah 4.2 menunjukkan persepsi samada pihak universiti telah

    memperlengkapkan semua kriteria kepada graduan. Daripada rajah dapat ditunjukkan

    bahawa sebanyak 83.3% pihak perunding bersetuju dan 16.7% lagi tidak bersetuju.

    Manakala 66.7% pihak kontraktor bersetuju dan 33.3% lagi tidak bersetuju bahawa

    setiap graduan sudah dilengkapi dengan setiap kriteria oleh universiti. Daripada analisis

    ini dapat ditunjukkan bahawa pihak universiti masih belum berjaya sepenuhnya dalam

    menyediakan pelajar yang berkualiti mengikut kemahiran yang diperlukan.

  • 51

    4.5.2 Persepsi Terhadap Graduan Kejuruteraan Awam UTM Memenuhi Kriteria

    Yang Diperlukan

    Persepsi Bagi Graduan Kejuruteraan Awam UTM Memenuhi KriteriaYang Diperlukan

    83.3%

    100.0%

    16.7%

    0.0%

    0.0% 20.0% 40.0% 60.0% 80.0% 100.0% 120.0%

    Perunding

    Kontraktor

    peratus

    tidakya

    Rajah 4.3 Persepsi Terhadap Graduan Kejuruteraan Awam UTM Memenuhi

    Kriteria Yang Diperlukan

    Merujuk kepada rajah 4.3, 100% pihak kontraktor beranggapan bahawa setiap

    graduan kejuruteraan awam UTM memenuhi kriteria yang diperlukan manakala bagi

    pihak perunding pula 83.3% bersetuju dan 16.7% lagi tidak bersetuju dengan pernyataan

    terbabit. Daripada hasil analisis ini, boleh disimpulkan bahawa graduan kejuruteraan

    awam daripada UTM berada dalam tahap yang boleh dibanggakan kerana hampir semua

    responden berpendapat bahawa setiap kriteria yang diperlukan dipunyai setiap graduan.

  • 52

    4.5.3 Persepsi Bagi Graduan Baru Adakah Sudah Bersedia Untuk Berkerja Atau

    Tidak.

    75.0%

    25.0%

    50.0% 50.0%

    0.0%

    10.0%20.0%30.0%40.0%50.0%

    60.0%70.0%80.0%

    peratus

    Perunding Kontraktor

    Persepsi Bagi Graduan Baru Adakah Sudah Bersedia Untuk BerkerjaAtau Tidak

    ya

    tidak

    Rajah 4.4 Persepsi Bagi Graduan Baru Adakah Sudah Bersedia Untuk Berkerja

    Atau Tidak.

    Hasil analisis bagi persepsi persediaan graduan baru untuk menghadapi alam

    pekerjaan menunjukkan sebanyak 75% daripada pihak perunding dan 50% daripada

    pihak kontraktor berpendapat bahawa graduan kejuruteraan yang baru menamatkan

    pengajian sudah bersedia untuk berkerja dalam bidang pembinaan. Manakala 25%

    pihak perunding dan 50% pihak kontraktor mengatakan masih belum bersedia.

  • 53

    4.5.4 Persepsi Terhadap Graduan Luar Negara Lebih Berkuliti Berbanding

    Graduan Dalam Negara.

    25.0%

    75.0%

    33.3%

    66.7%

    0.0% 10.0% 20.0% 30.0% 40.0% 50.0% 60.0% 70.0% 80.0%

    peratus

    Perunding

    Kontraktor

    Persepsi Terhadap Graduan luar Negara Lebih Berkualiti BerbandingGraduan Dalam Negara

    tidakya

    Rajah 4.5 Persepsi Terhadap Graduan Luar Negara Lebih Berkuliti Berbanding

    Graduan Dalam Negara.

    Seperti yang digambarkan dalam rajah 4.5, sebanyak 33% pihak kontraktor dan

    25% pihak perunding merasakan graduan kejuruteraan awam luar negara lebih berkualiti

    dari graduan dalam negara. Manakala sebanyak 66.7% pihak kontraktor dan 75% pihak

    perunding menyatakan bahawa tiada perbezaan di antara graduan dalam atau luar

    negara. Daripada analisis dapat diketahui kualiti graduan kejuruteraan awam dalam

    negara masih diterima dalam pasaran kerja pembinaan ketika ini.

  • 54

    4.5.5 Kecenderungan Pemilihan Dalam Mengisi Jawatan Jurutera Oleh Pihak

    Yang Terlibat Mengikut Universiti

    Di dalam rajah 4.6 menunjukkan bilangan responden yang memilih graduan bagi

    mengisi jawatan kosong mengikut universiti yang dirasakan mereka adalah yang terbaik.

    Daripada hasil kajian, didapati kesemua pihak responden telah memilih atau lebih

    cenderung dan juga lebih berminat untuk mendapatkan graduan kejuruteraan awam

    daripada Universiti Teknologi Malaysia(UTM) bagi mengisi jawatan jurutera jika

    ditawarkan. Ini diikuti pula oleh graduan daripada Universiti Malaya(UM). Ini diikuti

    dengan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM), Universiti Instistut Teknologi

    Mara(UITM), Kolej Universiti Tun Hussein Onn(KUITHO) dan seterusya seperti dalam

    rajah 4.6. Universiti-universiti yang terlibat merupakan universiti yang menawarkan

    bidang kejuruteraan awam kepada graduan.

    Rajah 4.6 Bilangan kecenderungan responden memilih graduan universiti

    UTM

    UPM

    UM

    KUITHO

    UKM

    UITM

    USM

    UTP

    UMS

    KUTKM

    24

    3

    10

    5

    9

    8

    2

    3

    0

    4

    BilanganResponden

    BilanganRespondenUniversiti Universiti

  • 55

    BAB 5

    PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

    5.0 Pengenalan

    Bab ini akan membincangkan tentang keputusan analisis dan merumuskan

    keseluruhan kajian mengikut objektif-objektif kajian yang telah dinyatakan dalam bab I.

    Rumusan kajian yang dibuat adalah berdasarkan kepada maklumat yang telah diberikan

    oleh respondan. Bab ini juga merangkumi kesimpulan serta cadangan berkaitan

    persediaan bagi graduan kejuruteraan awam yang baru menamatkan pengajian mereka

    untuk memasuki alam pekerjaan dalam sektor pembinaan.

    Secara keseluruhannya, penyelidikan ini telah berjaya mencapai objektif yang telah

    ditetapkan dalam Bab 1, iaitu

    1. Mengenalpasti kaedah pengambilan jurutera awam yang biasa diamalkan untuk

    bekerja di syarikat perunding dan kontraktor pembinaan.

    2. Mengenalpasti kriteria pemilihan graduan kejuruteraan awam untuk bekerja

    dalam industri pembinaan.

  • 56

    3. Mengenalpasti persepsi majikan ke atas tahap keupayaan graduan yang baru

    menamatkan pengajian.

    Objektif ini dicapai melalui pengumpulan data dan penganalisaan data.

    Pengumpulan data telah dilakukan melalui kaedah boring soal selidik dan temubual yang

    dijalankan kepada firma-firma perunding dan juga kontraktor di sekitar negeri Kuala

    Lumpur, Selangor dan juga Johor Bahru. Daripada data yang diperoleh, analisis data

    telah dijalankan dengan kaedah purata indeksdan analisis statistic frekuensi. Hasil

    analisis seperti yang telah dibincangkan dalam Bab 4 , ia menunjukkan bahawa objektif-

    objektif penyelidikan telah tercapai.

    5.1 Rumusan dapatan kajian

    Berdasarkan analisis terhadap soal selidik yang telah dijalankan, jawapan

    terhadap objektif dan persoalan kajian yang dikemukakan untuk kajian ini telah ditemui.

    Kesimpulannya boleh ditunjukkan seperti yang dibincangkan di bawah.

    5.1.1 Objektif 1 - Mengenalpasti kaedah pengambilan jurutera awam yang biasa

    diamalkan untuk bekerja di syarikat perunding dan kontraktor pembinaan.

    Daripada hasil kajian yang telah dijalankan , didapati bahawa firma kontraktor

    dan juga firma perunding menggunakan langkah-langkah yang berlainan bagi setiap

  • 57

    pengambilan pekerja baru terutamanya pemohon merupakan graduan yang baru

    menamatkan pengajian mereka. Pendekatan yang digunakan bagi pengambilan oleh

    firma perunding dan juga kontraktor adalah berlainan kerana adanya perbezaan di dalam

    alam pekerjaan yang di amalkan.

    Hasil temubual yang telah dijalankan , dapat diketahui bahawa firma perunding

    telah menetapkan 4 langkah bagi setiap pengambilan jurutera baru untuk berkerja.

    Dalam langkah yang pertama pemohon perlu menghantar borang permohonan dan jika

    ada kekosongan jawatan maka pemohon akan dipanggil. Ia kelihatan mudah dalam

    peringkat yang pertama tetapi firma perunding akan melihat kepada pencapaian

    pemohon di dalam akademik. Kebanyakan daripada firma perunding memerlukan

    pemohon mencapai Nilai Gred Purata(CGPA) sekurang-kurangnya 3.0 dan ke atas iaitu

    pemohon perlulah mendapat kelulusan kelas kedua atas atau pun kelas pertama. Jika

    pemohon melepasi syarat berikut dan ditambah dengan penulisan resume yang baik,

    maka pemohon akan dipanggil untuk sesi temuduga. Semua responden daripada firma

    perunding berpendapat bahawa setiap graduan yang mempunyai kelulusan akademik

    yang baik akan membuat kerja dengan baik. Mereka merasakan sikap graduan yang

    rajin dan ju