pembinaan bahan bantu mengajar

Upload: nurul-hashimah

Post on 12-Oct-2015

148 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pembinaan bahan bantu mengajar ( BBM ) merupakan perkara yang paling penting dalam dunia pendidikan oleh itu ramai para pendidik yang menggunakan pelbagai BBMterutama bahan yang berasaskan komputer.Terdapat pelbagai bahan yang dicipta samada oleh pihak Kementerian Pelajaran, pihak swasta atau pun para pendidik sendiri.Ini menjadikan lambakan BBM samada di pasaran atau di sekolah kerana pihak kementerian membekalkannya atau BBM tersebut dibina oleh para guru sendiri. Namun, terdapat beberapa BBM yang tidak dapat memenuhi kehendak Pengajaran dan Pembelajaran ( P & P ) atau pun tidak bersesuaian dengan kemampuan pelajar. Dalam kajian ini, kumpulan kami telah menggunakan bahan BBM yang sedia ada dalam simpanan kami. Tujuannya ialah untuk menilai sejauh mana kekuatan dan kelemahan bahan tersebut.BBM yang berasaskan aplikasi komputer berbentuk CD dengan menggunakanPower Pointini kami telah gunakan dalam Kelas Tahun 5 Jujur di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran bagimenyampaikan isi pelajaran kami. Bahan ini sebenarnya telah dibina atas pengalaman kami sebagai pendidik dan tanpa merujuk kepada mana-mana model reka bentuk pengajaranyang sedia ada.

1.1Penilaian Bahan Bantu Mengajar ( CD dalam Aplikasi Power Point )

Dalam pembinaan BBM penilaian amat penting bagi menentukan bahan yang dihasilkan itu berkualiti. Bagi memastikan bahan yang dibina tersebut berkualiti, bahan tersebut hendaklah menjalani beberapa penilaian.

Menurut pendapat Yusup Hashim ( 1998 ) terdapat 28 kriteria penilaian bagi pembinaan bahan BBM:1.Sesuai dengan objektif:Adakah bahan itu sesuai dan boleh membantumencapai objektif-objektif pengajaran/ pembelajaran.2.Sesuai dengan peristiwa pengajaran :Antara sembilan pengajaran ialahmendapat perhatian, menyampaikan objektif pengajaran, mengingatkan semula pelajaran lepas, menyampaikan pelajaran/ maklumat, memberi contoh yang sesuai, memberi latihan dan mendapatkan maklum balas, menyediakan maklum balas informatif, memberi ujian untuk mengukur prestasi, dan menyediakan aktiviti pengayaan.3.Boleh menjelaskan konsep / prosedur :Jika bahan tersenut mempunyai atributvisual kaku, gerak, audio, maklum balas, dan sebagainya, adalah atribut-atribut media inidapat membantu menjelaskan konsep atau prosedur yang terdapat dalam unit pengajaran itu? Pemilihan sesuatu atribut media haruslah efektif dari segi kos.4.Menggalakkan interaksi pelajar :Adakah bahan itu menyediakan latihan atauujian untuk menggalakkan pelajar memberi maklum balas secara aktif?5.Menggalakkan pembinaan pengetahuan ( kognitif ) :Adakah bahan tersebutmenyediakan peluang bagi pelajar membina pengetahuan dengan bantuan guru atau sesama pelajar ( pembelajaran usaha sama )? Pendekatancontructivismini akan menjadikan pembelajaran lebih efektif ( hanya untuk multimedia ).6.Menggalakkan perbincangan / aktiviti susulan :adakah bahan inimenyediakan ruang untuk perbincangan atau menyediakan aktiviti susulan yang boleh mengembangkan lagi kognitif pelajar?7.Ketepatan Maklumat :Adakah maklumat yang disediakan itu tepat dan relevendengan objektif pengajaran? Maklumat yang tepat boleh meningkatkan motivasi pelajar. ( Keller, 1983 )8.Boleh difahami :Adakah bahan itu dapat digahami oleh kumpulan sasar?9.Mudah dikendalikan :Adakah bahan itu mudah dikendalikan dengan bantuanpaling minimum dari guru atau manual?10.Dapat menarik minat pelajar :Penggunaan warna,grafik dan animasi dapatmenarik minat pelajar. Bahan yang menrik dapat menarik minat pelajar ( Keller, 1983 )11.Pilihan disediakan mengikut kebolehan pelajar :Adakah bahan itumempunyai menu atau pilihan untuk memenuhi keperluan pelajar mengikut kehamiran dan kebolehan?12.Kesesuaian maklum balas :Adakah maklum balas yang disediakan itu sesuaidengan objektif pengajaran? Terdapat tiga jenis maklum balas yang boleh digunakan pada ketika tertentu seperti maklum balas bermaklumat ( informatif ), maklum balas motivasi ( bagus/tahniah ) dan maklum balas pengesahan ( betul / salah ). Maklum balas harus diberi serta merta. ( Skinner, 1954 )13.Kawalan Pelajar :Adakah mudah bagi pelajar bergerak dari satu teks, nod, unitke satu teks, nod, unit pelajaran yang lain? Adakah pelajar dapat mengawal masa paparan skrin? Adakah pelajar boleh berhenti pada bila-bila masa dan dapat meneruskan semula pelajaran?14.Arahan yang jelas,teratur dan konsisten :Adakah arahan yang disediakan itujelas, ringkas,teratur dan konsisten? Ciri-ciri ini akan membantu pelajar terutama yang menggunakan pengajaran berbantukan komputer.15.Ujian bagi setiap kerangka selari dengan objektif :Jika bahan modul, adakah disediakan ujian atau latihan setelah selesai sesuatu kerangka? Ujian yang disediakan hendaklan selari dengan objektif pengajaran ( untuk CAI / CBL ).16.Aktiviti pemulihan dan bantuan disediakan :Adakah bahan itu mempunyai latihan pemulihan atau bantuan jika pelajar tidak berjaya menguasai sesuatu kemahiran atau menjawab sesuatu soalan? ( untuk CAL / CBL )17.Bukti keberkesanan :Adakah bahan itu telah diuji kaji tentang keberkesanan, kesahan dan kebolehpercayaan? ( penilaian sumatif untuk pengiktirafan )18.Kreativiti / inovatif :Adakah bahan itu mempunyai daya kreativiti / inovatif?19.Bebas dan Diskriminasi :Adakah audio,visual dan teks itu tidak berat sebelah iaitu mementingkan satu pihak sahaja samada dari segi bangsa, etnik atau jantina?20.Prinsip kesederhanaan dan kebolehbacaan ( grafik ) :Berapa banyakkah maklumat yang harus dipaparkan dalam satu skrin? Adakah huruf dan saiz yang digunakan , jarak dan ruang antaranya meningkatkan kebolehbacaan di skrin komputer?21.Kesesuaian warna dan kontras :Adakah warna itu jelas, selesa dipandang dan mempunyai kontras yang baik antara latarbelakang dengan imej? Bagi perisian komputer, dicadangkan supaya tidak menggunakan lebih dari empat warna dalam satu skrin. Adakah warna yang dipilih dapat menjelaskan konsep darah dan hijau untuk isyarat boleh jalan.22.Kesesuaian audio ( penceritaan ) dan visual :Adakah audio itu jelas untuk kumpulan sasar? Adakah audio itu sesuai dengan visual dari segi sinkronisasi dan masa iaitu tidak terlalu cepat atau terlalu lambat?23.Pencahayaan dan Pendedahan ( jika ada ) :Jika menggunakan fotografi, adakah bahan itu jelas untuk dimultimediakan.24.Kesesuaian syots :Jika menggunakan fotografi, adakah bahan ini mempunyai pelbagai syot seperti jarak dekat, jarak sederhana, atau jarak jauh iaitu syot-syot yang sesuai dengan objektif pengajaran.25.Peraturan sepertiga :Jika menggunakan video dan slaid, visual yang sesuai harus menggunakan peraturan sepertiga. Imej yang diambil mesti 1/3 dari kiri atau kanan visual.26.Penyimpan rekod / prestasi pelajar :Adakah program itu berupaya memproses dan menyimpan rekod atau prestasi pelajar?27.Pembungukusan / simpanan :Adakah bahan itu tahan lama, bungkusan kemas dan mudah untuk disimpan dan dikesan semula?28.Panduan Guru / Dekomentasi :Adakah bahan itu mempunyai panduan pengguna yang boleh menerangkan cara-cara menggunakan bahan pengajaran atau persembahan. Panduan ini harus mempunyai perkara-perkara seperti unit pengajaran, kumpulan sasar, umur, pengetahuan sedia ada, matlamat dan objektif pengajaran, ujian kriteria atau latihan, lain-lain media pengajaran yang digunakan dan rujukan bacaan atau media lain.( Yusup Hashim, 1998 )

1.2Model-model Reka Bentuk Pengajaran

Sebenarnya terdapat banyak model reka bentuk pengajaran. Andrews dan Goodson( 1980 ) talah mengkaji 40 model reka bentuk pengajaran ( Yusup Hashim, 1998 ). Menurut Yusup lagi Andrews dan Goodson telah memutuskan enam elemen asas dalam model reka bentuk pengajaran iaitu :

i )Menentukan keperluan pelajarii )Menentukan matlamat dan objektifiii )Membina prosedur penilaianiv )Mereka bentuk dan membina strategi penyampaianv )Mencuba sistem pengajaranvi )Menilain keseluruhan sistem

Menurut Yusup Hashim ( 1998 ) lagi model-model yang digunakan yang hampir mempunyai kesemua elemen tersebut ialah Model Briggs ( 1977 ), model Gagne , Briggs dan Wager( 1988, 1992 ), model ASSURE ( 1982, 1985, 1989, 1993, 1996 ), model Romizowski ( 1981, 1984, 1988 ), model Dick & Carey ( 1978, 1985, 1990 ) dan model Dick & Reiser ( 1989 ).

Manakala Gustofson ( 1991 ) telah membahagikan model-model ini kepada tiga tumpuan iaitu model yang berorentasikanbilik darjah,model yang berorentasikanprodukdan model yang berorebtasikansistem( Yusup Hashim, 1998 ).

ModelASSUREModel reka bentuk pengajaran yang berorentasikanbilik darjahialah model ASSURE ( 1996 ), model Kemp (1985 ) dan model Dick dan Reiser ( 1989 ).Sebagai contoh ialah Model ASSURE yang dipelopori oleh Heinich, Molenda, dan Russell( 1993 ) iaitu terdapat enam langkah :1.A Analyse Learners ( Analisis pelajar )2.S State Objectives ( Nyatakan Objektif )3.S Select media and materials ( Pilih media dan bahan )4.U Utilise media and materials ( Gunakan media dan bahan )5.R Require learner participation ( libatkan pelajar dalam pembelajaran )6.E Evaluation / Review ( penilaian / Semak semula bahan )

Model reka bentuk ASSURE ini akan melahirkan suasana pembelajaran yang berkesan, guru-guru adalah digalakkan merancang pengajaran secara sistematik supaya alat dan bahan bantuan mengajar benar-benar memberi kesan kepada proses P & P ( Yusup Hashim, 1998 ). Menurut model ini, perancangan pengajaran akan lebih teratur dan berkesan jika diambilkira enam elemen yang tersenarai tadi.

Model Berorentasikan ProdukModel reka bentuk yang berorentasikan produk ialah Model Van Patten ( 1989 ), model Leshin, Pollock dan Reigeluth ( 1990 ), dan model Bergman dan Moore ( 1990 ).Berikut adalah contoh bagi model produck iaitu model Leshin, Pollock dan Reigeluth ( 1990 ) yang mempunyai tujuh langkah :1. Analisis masalah2. Analisis domain3. Analisis dan susun tugasan4. Analisis dan susun isi sokongan pelajaran5. Tentukan peristiwa dan aktiviti pelajaran6. Lakukan reka bentuk mesej interaktif7. Nilai pengajaran

Model Pengajaran Dick and Carey

Model reka bentuk jenis sistem ialah model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey ( 1979 ) yang menyenaraikan beberapa langkah :1. Kenal pasti matlamat pengajaran.2. Buat analisis pengajaran3. Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat masuk pelajar4. Tulis objektif prestasi5. Bina item ujian rujukan kriteria6. Bina strategi pengajaran7. Bina dan pilih bahan pengajaran8. Reka bentuk dan jalankan penilaian formatif9. Semak semula pengajaran.

( Yusup Hashim, 1998 )

Selain daripada ketiga-tiga model tersebut, terdapat beberapa model yang boleh dijadikan rujukan dalam pembinaan BBM. Guru perlu melihat kesemua model pengajaran sebelum membina BBM atau perancangan pengajaran demi kepentingan pelajar dan pengajaran agar berjalan lancar dan berkesan. Terdapat beberapa model reka bentuk yang mempunyai perkaitan dengan alat multimedia seperti berikut :Model Reka Bentuk Multimedia Reeves

Model Reka Bentuk Multimedia Reeves ( 1994 ) digunakan dalam pembangunan projek multimedia yang mana terdapat 4 proses yang terlibat:1. Analisis2. Reka bentuk3. Pembangunan4. Penilaian( Rozinah Jamaludin, 2000 )

Menurut Rozinah Jamaludin ( 2000 ) juga, terdapat 4 jenis reka bentuk dalam multimedia iaitu reka bentuk pengajaran, reka bentuk antara muka, reka bentuk teknikal, dan reka bentuk grafik.

Reka bentuk pengajaran ialah satu disiplin tentang kefahaman dan pembaikan proses pengajaran secara sistematik bagi memperolehi gol pengajaran. Reka bentuk antara muka ialah cara di mana pengguna boleh berinteraksi dengan isi kandungan melalui komputer. Reka bentuk teknikal adalah berkaitan dengan menstrukturkan pengaturcaraan sistem atau data yang diperlukan dalam reka bentuk pengajaran antara muka. Reka bentuk grafik adalah komunikasi yang berkesan melalui skrin komputer. Kesemua reka bentuk ini bertindih-tindih dan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

Kata Rozinah lagi, terdapat 10 proses mengintegrasikan prinsip-prinsip reka bentuk pengajaran dalam perancangan aplikasi produk multimedia :a. Tuliskan gol programb. Bina skrip atau konsep berdasarkan golc. Senaraikan kenyataan butir-butir kandungan programd. Bangunkan carta alir yang menunjukkan peta jalane. Bangunkan papan ceritaf. Rancang pengguna antara mukag. Sediakan skrip untuk penceritaan teks dan videoh. Ambilkira hak cipta terpeliharai. Jangka masa projek dan anggaran belanjawanj. Penilaian, pengujian program, pengujian beta dan ulangkaji.

Model Pengajaran GeneratifMenurut Poh Swee Hiang ( 1997 ) menyatakan bahawa pengajaran Generatif adalah diperkenalkan oleh Osborne R. dan Freyberg, P. ( 1987 ) berguna untuk mengembangkan tajukyang disediakan diketahui oleh pelajar dengan lebih lanjut lagi. Ciri-ciri utama model ini adalah fasa cabaran semasa, pandangan saintis diperkenalkan, samada sebagai lanjutan kepada pemahaman awal kanak-kanak atau bertentangan dengan pemahaman awal mereka.

Menurut beliau lagi model kontrukstivisme adalah sebahagian daripada model ini. Model ini menganjurkan pengajaran berfokuskan kepada murid. Murid dapat mengembangkan idea asal dengan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini guru bertugas sebagai fasilitator sahaja.

Model Pengajaran Berasaskan Konstruktivisme

ModelPenekanan Tujuan Pembelajaran

GeneratifMembandingkan pandangan pelajar dengan pandangan sainstis.

InteraktifMenjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh pelajar

Pembelajaran KopratifMenggunakan kemahiran analisis dan penilaian semasa bekerjasama

Pemetaan KonsepMengaitkan pengetahuan baru dengan pengetahuan dahulu secara bermakna

Sains, Teknologi dan MasyarakatMengaplikasikan pengetahuan sains dan teknologi pada isu sosial

Kitaran PembelajaranMengadakan kegiatan inkuiri bersesuaian dengan perkembangan kognitif

Penyebatian kemahiran berfikir secara kritis dan kreatifMeningkatkan Proses dan kemahiran berfikir melalui kandungan sains

Model konstruktivisme pada keseluruhannya menganjurkan para pelajar mencari jawapan kepada segala persoalan dengan mencarinya sendiri dengan sedikit bantuan guru. Antara pendekatan yang digunakan ialah seperti kajian (Research ),perbincangan, penyelidikan, dan sebagainya.

Menurut Dr. Zurida Ismail. et al ( 2003 ) menyatakan terdapat beberapa ciri umum yang dikenalpasti berkaitan dengan guru Sains menurut Patrik dan Yager ( 1993 ) antaranya :

Guru Sains cemerlang biasanya telah menurut langkah-langkah dalam buku teks satu demi satu tetapi menyesuaikan pelajaran mereka melalui pembentukan program mereka sendiri. Aktiviti dan program adalah bercorak penemuan dan discovery dan hand-on. Penekanan adalah di atas proses-proses sains dan bukan isi kandungan. Guru-guru membentuk kitatau bahan sendiri supaya mudah dikongsi oleh guru-guru lain. Program Sain adalah difikirkan sentiasa berubah-ubah bagi mancapai tahap yang lebih baik daripada tahap sebelumnya. Perkara begini dibolehkankerana guru-guru yang cemerlang sentiasa mencari idea-idea kreatif yang baru. Peningkatan dalam penyediaan isi kandungan sains bukan faktor signifikan dalam membezakan antara guru yang paling cemerlang dengan guru yang kurang cemerlang. Guru-guru cemerlang menampilkan diri dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti professionalisme seperti latihan dalam perkhidmatan serta konferensi.

Menurut Dr. Zurida lagi, kelebihan menggunakan komputer adalah melibatkan kemahiran fizikal, emosi, sosial dan kognitif dipupuk dan dibina apabila perisian yang sesuai digunakan dalam aktiviti pengajaran.

Menurut Ang Huat Bin ( 1999 ) menyatakan bahawa model-model pengajaran adalah lebih menstrukturkan bahan pengajaran supaya para pelajar boleh mengikut masa dan keupayaan masing-masing. Itulah dinamakan model pengajaran yang diasaskan oleh Benjamin Bloom. Menurut beliau lagi, model yang kedua ialah model pengajaran koperatif yang mengutarakan kerjasama di antara ahli-ahli dalam kumpulan di samping meningkatkan pencapaian pelajaran.

2.0TEORI-TEORI2.1TEORI-TEORIPEMBELAJARAN

Tokoh-tokoh pendidikan telah mengemukakan pelbagai jenis teori pembelajaran. Menurut Ee Ah Meng ( 1994 ) menyatakan bahawa teori pembelajaran terdiri daripada tiga mazhab iaitu mazhabbehaviourisme, kognitif dan sosial.Teori-teori ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam dunia ilmu pendidikan atau pedagogi.

2.1.1Teori Pembelajaran Behaviourisme

Teori behaviourisme juga dikenali sebagai teori tingkah laku yang mana teori ini telah dipelopori oleh Watson dan beberapa orang tokoh terkenal seperti Pavlov, E.L. , Thorndike dan B.F. Skinner. Mereka telah mengemukakan pelbagai jenis teori pembelajaran serta implikasi kepada guru.Menurut Rahil Mahyuddin et al ( 2000 ) teori behaviourisme mempunyai tiga prinsip utama yang perlu diketahui iaitu pertama ialah pelajar harus aktif dan bukan pendengar yang fasif. Kedua ialah kekerapan ulangan dalam penguasaan kemahiran pasti akan mengekalkan kemahiran dan ketiga ialah peneguhan yang akan membantu pelajar memberikan respon yang diingini.

Teori behaviorisme mengatakan ada dua cara pembelajaran boleh berlaku pembelajaran melalui pelaziman klasik dan pembelajaran melalui pelaziman operan. Pelaziman bererti apabila rangsangan memiliki keupayaan membangkit respons. Terdapat empatyang terbabit dalam pelaziman.1. Ransangan tak terlazim : Merupakan rangsangan yang membangkitkan respon secara automatic. Makanan merupakan rangsangan tak terlazim.2. Gerak balas tak terlazim : merupakan respon secara automatic terhadap rangsangan tak terlazim. Contohnya, makanan akan mengakibatkan air liur keluar.3. Rangsangan neutral : perkara, objek atau pengalaman yang tidak membangkitkan gerak balas tak terlazim sebelum perlaziman berlaku. Rangsangan neutral ini harus dipasangkan dengan rangsangan tak terlazim supaya pelaziman berlaku.4. Pelaziman operan: tingkah laku menjadi instrument dalam menghasilkan perubahan dan kekerapan gerakbalas dibentuk dan dikekalkan oleh konskuen gerak balas itu.( Rahil Mahyuddin et al, 2000 )

2.1.1.1Pelaziman Klasik

Pelaziman ini dimulakan dan diperkenalkan oleh Ivan Petrovich Pavlov ( 1849 1936 ). Pavlov telah menggunakan haiwan sebagai bahan eksperimen. Pavlov telah proses pelaziman untuk mengukur rangsangan yang berlaku ke atas beberapa ekor anjing. Leher anjing itu ditebuk supaya air liur keluar melalui tiub dan masuk kepada pengukur kaca supaya air liur anjing itu boleh diukur. Semasa eksperimen, anjing diikat di sebuah pasung. Makanan diberikan dan anjing mula mengeluarkan air liur ( gerakbalas tak terlazim ) apabila melihatnya( rancangan tak terlazim ). Selepas itu loceng ( rangsangan neutral ) dibunyikan. Pada mulanya anjing tidak memberi sebarang respon terhadap loceng itu. Setelah dipasangkan serentak atau sejurus sebelum makanan diberi, dan keadaan ini diulang lebih 50 kali dbeberapa minggu, makanan yang dipasangkan lagi apabila loceng dibunyikan. Didapati anjing mula mengeluarkan air liur ( gerak balas terlazim ) terhadap bunyi loceng ( rangsangan terlazim ).

2.1.1.2Pelaziman Operan

Pelaziman ini telah diperkenalkan oleh Burhhus Frederick Skinner yang menyatakan bahawa tingkah laku yang menghasilkan peneguhan positif akan menghasilkan pengulangan sementara tingkahlaku yang diikuti dengan peneguhan negatif akan menghasilkan penolakan.

2.1.1.3Pelaziman Emosi

Diperkenalkan oleh John B. Watson yang berkaitan dengan anak kecil, bunyi kuat ( rangsangan semulajadi ) , tikus putih ( rangsangan terlazim ) dan sama ada bunyi kuat atau warna putih ( rangsangan terlazim ) hasilkan ketakutan ( gerak balas terlazim )

2.1.1.4Teori Hukum Thorndike

Thorndike terkenal dengan teori-teori hukumnya yang mengarah langsung kepada situasi pembelajaran. Antara teori-teori pembelajaran yang terkenal itu :i)The Law Of effect: Thorndike berpendapat bahawa respon yang mendahuluisesuatu yang menyeronokkan ( ingin dikekalkan ) kebiasaannya akan berulang.ii)The Law of Reading ( Ganjaran ) : Prinsip kesediaan, pelajar yang belumbersedia untuk belajar tetapi diarah untuk belajar atau pelajar yang telah bersedia tapi tidak dibenarkan berbuat demikian.iii)The Law Of Exersice : pengulangan akan menjadikan pengajaran lebih berkesannamun hukum ini telah dibatalkan oleh beliau sendiri kerana pengulangan tidak semestinya sesuatu pengajaran yang berkesan.iv)The Law Of Multiple Responses : Ketidak sediaan pelajar dalam sesuatu penyelesaian akan menghasilkan kepelbagaian alasan dan pelajar akan mencari cara lain yang lebih baik dan hasilnya yang memuaskan.v)The Law Of Attitude : Thorndike juga berpendapat bahawa selain untuk mendapatkan maklumat belajar, pelajar juga berfungsi untuk mengenalpasti kecenderungan bentuk reaksi dalam berdepan dengan sesuatu situasi.2.1.2Teori Pembelajaran Sosial

Teori ini telah diperkenalkan oleh Albert Bandura. Teori pembelajaran sosial menerangkan bahawa faktor-faktor sosial, kognitif dan tingkah laku memeinkan perana penting dalam proses pembelajaran. Dalam hal ini, Bandura mengaitkan faktor kognitif pula merujuk kepada harapan individu untuk memperolehi kejayaan. Manakala faktor sosial dan pemerhatian individu terhadap tingkah laku ibu bapa mereka ke arah memperolehi kejayaan. Semasa proses pembelajaran berlaku, proses tranformasi timbal balik antara pengalaman denganproses belajar dilalui.

Bandura telah meletakkan yang perlu untuk mewujudkan proses pembelajaran melalui pemerhatian ini:

i)Pemerhatian : Pemerhatian pelajar perlu difokuskan kepada cirri-ciri utama pengajaran.ii)Kawalan Ingatan : Ianya melibatkan proses mental untuk membentuk imaginasi tentang tingkah laku model. Diperkukuhkan dengan mengadakan latihan ulangan yang kerap bagi membantu ingatan pelajar.iii)Penghasilan : Latihan yang lebih giat lagi untuk menghasilkan tingkah laku yang lebih baik kerana proses sebelumnya belum dapat meyakinkan diri untuk melakukan apa yang telah diingat dan apa yang dapat dibuat mengikut urutan tingkah laku tersebut. Oleh itu, latihan yang lebih perlu kerana ia boleh meningkatkan keyakinan.iv)Motivasi dan Pengukuhan : Membezakan perolehan maklumat dan pencapaian. Ini bererti bahawa tidak bermakna maklumat yang diperolehi oleh pelajar itu adalahpencapaian sebenar mereka.

2.1.3Teori Kognitif

Menurut Rahil Mahyuddin et al ( 2000 ) menyatakan bahawa dalam tahun 1970an beberapa ahli psikologi mula menolak model rangsangan gerak balas yang diutarakan oleh behaviorisme. Mereka cuba memberi fokus apa yang berlaku dalam minda. Mereka menggunakan pendekatan kognitif dam ini merupakan model dominan masa kini dalam pelbagai bidang seperti psikologi perkembangan yang mengkaji perkembangan penaakulan, psikologi fisiologi yang menerokai asas fisiologi personal.

2.1.3.1Teori Piaget

Diperkenalkan oleh John Piagetyang melihat manusia sebagai aktif dan sentiasa ingin tahu, mencari serta mengumpul maklumat untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Berdasarkan kepada huraian Piaget tentang perkembangan kognitif dan beliau telah membahagikan asas-asas pembelajaran kepada tiga iaitu, organisasi, adaptasi dan keseimbangan. Organisasi bermaksud kecenderungan untuk membentuk keteraturan proses berfikir ke dalam struktur psikologi adalah diwarisi dari lahir.

Teori ini juga telah dikenali sebagai Teori Perkembangan Kognitif Piaget yang mana ia di bahagikan kepada beberapa peringkat perkembangan manusia :PERINGKAT MOTOR DERIA( Lahir hingga 2 Tahun )

Skema adalah berdasarkan tingkah laku dan persepsi. Skema belum lagi mewakili objek melepasipandanganterdekat bayi.

PERINGKAT PRAOLAHAN( 2 tahun hingga 7 tahun )

Skema pada masa ini mewakili objek melepasi pandangan terdekat kanak-kanak. Akan tetapi kanak-kanak belum boleh menaakul secara logic seperti orang dewasa.

PERINGKAT OLAHAN KONKRIT( 7 tahun sehingga 11 tahun )

Kebolehan logic seperti orang dewasa bermual tetapi terhad kepada pentaakulan realiti konkrit sahaja.

PERINGKAT OLEHAN FORMAL( 11 tahun ke atas )

Proses pentaakulan ligok diaplikasikan kepada idea abstrak dan juga objek konkrit.

( Rahil Mahyuddin, 2000 )2.1.3.2Teori Koffa dan Kohler

Teori ini menjadikan matlamat sebagai rangsangan untuk menbentuk tingkah laku. Pengalaman yang telah ditempuh akan diamati atau dipelajari sehingga membentuk pengetahuan yang mendorong kea rah penyelesaian masalah atau tercapainya matlamat. Kensep ini dikatakan sebagai Celik Akal. Manusia memerlukan pengalaman awal yang mungkin secara berulang-ulang untuk membentuk struktur pemikiran.Koffka dan Kohler membentuk teori kognitif ini setelah melakukan kajian eksperimen ke atas beberapa ekor haiwan, seperti anjing dan cimpanzi.

2.1.3.3Teori Brunner

Teori ini telah diperkenalkan oleh Jerome S. Brunner yang menekankan bagaimana interaksi manusia dengan alam sekitar dan menggambarkan pengalaman-pengalaman secara dalaman. Menurut Brunner perkembangan kognitif juga melalui peringkat-peringkat tertentu:Peringkat Enaktif( 0 2 tahun )

Peringkat ini, kanak-kanak akan bergerak kea rah sesuatu yang menarik perhatiannya. Oleh itu,pada peringkat ini kanak-kanak banyak menggunakan anggota-anggotanya untuk menyelesaikan masalah.

Peringkat Ikonik( 2 4 tahun )

Pada peringkat ini, kanak-kanak telah berupaya menggambarkan sesuatu dalam fikirannya. Dia mampu menyimpan imej-imej tertentu.

Peringkat Simbolik( 5 7 tahun )

Pada peringkat ini, kanak-kanak berkebolehan berfikir dengan menggunakan bahasa. Terdapat dua proses penguasaab bahasa, iaitu superordinat dan kompleksif.

2.1.3.4Teori AusubelTeoriyang diasaskan oleh David Ausubel ini menekankan pada penguasaan maklumat malaluai bahasa yang bermakna. Menurut beliau, maklumat di dalam bentuk bahasa dapat dikuasai melalui dua cara iaitu resepsi dan penemuan. Kedua-dua jenis pembelajaran boleh berlaku sama ada melalui hafazan atau makna seperti yang ditunjukkan pada Rajah di bawah:

( Ee Ah Meng, 1994 )

2.1.3.5Teori Pembelajaran Gagne

Menurut Gagne ( 1970 ) pembelajaran begerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks. Pembelajaran di aras yang tinggi bergandung kepada pembelajaran di aras yang rendah. Gagne telah mengenali pasti lapan jenis pembelajaran berikut : Pembelajaran Isyarat : Jenis pembelajaran yang paling mudah yang dipengaruh kebiasaan. Contoh bunyi loceng masuk atau keluar kelas. Pembelajaran mengganggu gerak balas : Pembelajaran gerak balas bergantung kepada prose peneguhan. Contoh pujian daripada guru supaya pelajar mempunyai tindak balas yang positif. Rangkaian : Tingkah laku yang berkaitan antara satu sama lain yang boleh melengkapi sesuatu tugasan. Pertalian Bahasa : Menghubung kaitkan pembelajaran dengan perkaraan yang di dengar atau dibaca. Pembelajaran diskriminasi : Pelajar memilih gerak balas yang sesuai bagi menghasilkan sesuatu. Pembelajaran Konsep : Pelajar bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Pembelajaran Hukum : Pembelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan pembejalaran konsep . rangkaian dan pertalian berbahasa. Penyelesaian masalah : Peringkat yang paling kompleks kerana ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum.( Ee Ah Meng, 1994 )

2.2TEORI MOTIVASITerdapat tiga teori motivasi yang dikenal pasti iaitu teori motivasi kognitif, teori motivasi behavior dan teori motivasi Humanisme.

2.2.1TEORI MOTIVASI KOGNITIF

Golongan ini percaya bahawa tingkah laku ditentukan oleh pemikiran diri tanpa mengambir kira pengalaman lalu. Titik asas dalam pendekatan ini ialah tindak balas ( respon ) seseorang bukan punca dari peristiwa luaran atau tuntutan keadaan fizikal seperti lapar dan sebagainya.

2.2.1.1Teori Keperluan Pencapaian ( Atkinson )

Keinganan untuk mencapai matlamat yang memerlukan tahap kecekapan tertentu. Keperluan pencapaian ini adalah gabungan daripada desakan / kepentingan dalaman dan enjoyment . Individu inginkan pencapaian tinggi cenderung untuk memilih tugasan yang agak mencabar kerana keinginan tersebut memiliki kekuatan harapan untuk berjaya daripada kekuatan gagal ( melihat Pengalaman ).

2.2.1.2Teori Atribut

Pelajar yang kerap atau takut gagal kurang keyakinan untuk mencapai kajayaan. Mensifatkan kejayaan yang dicapai hanyalah kerana soalan yang mudah atau bernasib baik. Tetapi kegagalan disifatkan sebagi tidak berkeupayaan, usaha, tahap soalan dan nasib faktor. Pelajar yang berkeinginan tinggi melihat usaha dan keupayaan sebagai faktor untuk berjaya. Dan pelajar jenis ini tidak akan dilemahkan kerana gagal nahkan giat.

2.2.1.3Teori Entiti

Kecerdasan adalah entity yang mempunyai cirri-ciri yang telah ditentukan. Pelajar dalam cirri ini lebih cenderung melakukan sesuatu untuk mendapatkan ganjaran. Mereka tidak kurang senagn jika tidak melakukan kesalahan. Namun mereka mempunyai keyakinan dan kebolehan untuk mencuba dan bijak untuk menghindari daripada membuat kesalahan. Mereka terus berusaha untuk menunjukan kebolehan mereka walaupun menghadapi banyak cabaran.

2.2.2Teori Motivasi Behavior

Pengukuhan adalah faktor yang mempengaruhi teori ini. Tingkah laku yang mendapat pengukuhan cenderung untuk diulangi dan boleh dibentuk. Sebagai contoh pelajar yang telah mendapat kejayaan delam sesuatu kemahiran akan diberi ganjaran agar dia akan terus berusaha untuk emgusai kemahiran tersebut dengan lebih mahir lagi. Pelajar tersebut tadi akan melakukan perkara yang lebih mencabar pada masa akan datang untuk mendapatkan banyak pujian.

2.2.2.1Teori Naluri

Ini adalah antara teori terawal dalam teori motivasi. Manusia mempunyai naluri atau kecenderungan yang semulajadi yang tidak perlu dipelajari. Naluri membantu samada dalam bentuk pemikiran atau tindakan supaya kehidupan dapat terus berlangsung. Bangaimana pun, Freud mengatakan bahawa naluri sukar untuk disedari dan dikenali pasti kewujudannya. Di samping, kewujudannya hanya untuk memenuhi keperluan biologi sahaja.

2.2.2.2Teori Drive

Pengasas teori ini ialah Clark Hull berpendapat aktiviti yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengurangkan ketegangan yang ditimbulkan oleh keperluan dan kehendak. Drive dibahagikan kepada dua jenis. Iaitu Drive asas dan Drive perolehan. Drive` asas adalah kekuatan dalaman yang diarahkan kepada keperluan biologi seperti lapar, haus dan sebagainya.

2.2.3Teori Motivasi Humanisme

Mazhab ini menganggap Mazhab behaviorisme dan psikoanalisis ( Freudian )tidak memadai untuk menerangkan mengapa seseorang bertingkahlaku sedemikian. Mazhab ini percaya bahawa seseorang itu akan berterusan didorong oleh kepercayaan sejak lahir untuk mencapai pontensi yang sedia ada.

2.2.3.1Teori Keperluan Berhirarki

Teori ini telah diperkenalkan oleh A. Maslow yang melihat seseorang perlu melengkapi peringkat asas sebelum ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan bermula dari peringkat keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan, pengetahuan, keindahan dan matlamat diri. Matlamat diri bermakna keperluan melengkapkan diri mengikut potensi, bakat dan kemampuan diri. Mereka bebas mencari jalan sendiri mengikut apa yang mereka miliki. Mrerka tidak akan puas selagi belum mencapai matlamat. Implikasi cenderung untuk membuat pilihan negatif.

2.2.3.2Teori Fenomenologi

Teori ini diketengahkan oleh Carl Rogers yang melihat manusia mempunyai kecenderungan semulajadi kearah kesempurnaan menerusi pengembangan potensi-potensi yang dimiliki. Manusia akan manjadi baik jika benar memenuhi potensi yang dimiliki secara bantuan dan bimbingan. Masalah akan timbul jika manusia dipaksa untuk mematuhi sistem sosial yang sedia terbentuk kerana keperluan peribadi tersekat.Wujud dua kecenderungan iaitu kecenderungan semulajadi dan kecenderungan sistem sosiial.

2.3KECERDASAN PELBAGAI( MULTIPLE INTELLIGENCE )

Definisi Sternberg ( 1981 ) mengenai kecerdasan ialah keupayaan menyelesaikan masalah secara praktikal, kemampuan berbahasa dan kemampuan menyesuaikan diri dengan pengalaman seharian serta berupaya memperlajarinya.

2.3.1TEORI-TEORI KECERDASAN

2.3.1.1Teori tiga Prinsip Kecerdasan Robert J, Sternberg.

Sternberg mengembangkan teorinya tentang kecerdasan manusia dengan membezakan fokus kecerdasan kepada tiga jenis iaitu kecerdasan analisa, kreativiti dam praktikal. Kecerdasan analisa adalah kemampuan untuk membuat sentisis, pertimbangan, perbandingan dan perbezaan. Kecerdasan kreativiti pula merujuk kepada kebolehan menggambarkan, mereka bentuk, mencipta dan menghasilkan idea baru. Manakala kecerdasan praktikal berkait dengan hal-hal yang bersifat mekanikal dan procedural, seperti cara menggunakan, menerapkan dan melaksanakan.

2.3.1.2Lapan Jenis Kecerdasan Haward Gardner

Menurut Gardner kecerdasan manusia secara semulajadi terbahagi seimbang dalam lapan kemahiran iaitu kemahiran berbahasa, matematik, dimensi, (spatial), kinestatik, muzik, intrapersonal dan naturalist.1. Kemahiran berbahasa : kemampuan yang membolehkan untuk menjelaskan maksud, hasrat, dan pemikiran melalui kata-kata.2. Kemahiran Matematik : Keupayaan untuk berfikir ligik, memahami konsep penyelesaian matematik ( ahli sains )3. Kemahiran dimensi (spatial) : kemampuan berfikir secara tiga dimensi ( pelukis / arkitek )4. Kemahiran kinestetik : mahir dalam mempergunakan objek ( pakar bedah, ahli sukan )5. Kemahiran Muzik : kemampuan menghayati serta peka terhadap petikan, melodi, bunyi ( penggubah lagu ).6. Kemahiran interpersonal : kemahiran untuk memahami dan berinteraksi dengan baik (usahawan, guru, pengurus )7. Kemahiran intrapersonal : Kemahiran memahami dalaman diri orang ( ahli psikologi, kaunseling )8. Kemahiran naturalist : kebolehan untuk membuat pemerhatian terhadap sifat semulajadi (perancang struktur)

2.3.1.3Teori Dimensi Kecerdasan Raymond Cattell

Cattell menghuraikan kecerdasansebagai makenisme kognitif yang dinamik. Pemikiran manusia berkembang seiring dengan peningkatan umur yang disebutnya sebagai Crystallized intelligence. Konsepnya memberi penekanan terhadap tahap pencapaian pengetahuan dan kemahiran. Crystallized intelligence akan menjadi bermakna jika berlaku fluid intelligence, iaitu aktiviti kognitif untuk analogi, pengelompokan, taakulan, sintesis, membuat konsep dan menyelesaikan masalah. Walaubagaimana pun, Catell berpendapat bahawa unsur pendidikan dan sosial hanya merupakan faktor sampingan kea rah membentuk crystallized intelligence dan fluid intelligence

3.0METHODOLOGI

3.1Reka Bentuk Kajian

Matlamat kajian ini adalah untuk menilai sejauhmana kekuatan dan kelemahan bahan pengajaran yang telah dibuat ( dibina ) oleh guru. Matlamat kajian adalah jelas iaitu ingin memberi nafas baru kepada bahan Bahan Bantu mengajar (BBM) yang telah direka. BBM yang telah reka adalah sebuah aplikasi power point bagi jangka masa dua sesi penjagaran. Bagi memcapai matlamat kajian, pengkaji akan menggunakan kaedah deskriptif tinjauan untuk mengumpul data yang berkaitan dengan beberapa elemen dalam bahan seperti bahan grafik, vedio, audio, teks dan animasi serta kesesuaian isi kandungan pelajaran. Kajian ini juga akan melihat sejauhmana keberkesanan penggunaan komputer ke atas pelajar-pelajar pinggir bandar yang rata-rata latarbelakang ekonomi rendah.

3.2Populasi dan Sampel

Populasi kajian ini ialah para pelajar ( murid ) Tahun 5 Jujur SK. Nongkolud, Tuaran yang mana pelajar adalah seramai 25 orang. Seramai 8 orang pelajar lelaki dan 17 orang pelajar perempuan. Rata-rata para pelajar di Kelas ini adalah anak-anak kepada buruh kasar atau terdapat juga beberapa orang murid yang ibu bapa mereka dari kalangan penjawat jawatan di jabatan kerajaan.

Pemilihan persampelan adalah terbatas kepada pelajar tahun lima Jujur sahaja dan tidak melibatkan pelajar tahun lima yang lain. Tujuannya adalah untuk memudahkan pengkaji untuk menjalankan aktiviti pemungutan data mentah. Pemilihan Tahun 5 Jujur adalah kerana kelas tersebut mempunyai pelajar yang terdiri mereka yang terpilih berdasarkan perstasi akademik mereka pada peperiksaan akhir tahun 2005. Wapau bagaiman pun, kemahiran pelajar-pelajar tersebut adalah berbeza antara satu mata pelajaran dengan mata pelajaran lain. Boleh dikatakan bahawa bahan ini sesuai kerana prestasi atau tahap pencapaian para pelajar dalam mata pelajaran sains adalah berbeza.

3.3Alat Kajian

Bagitujuan mendapatkan maklumat untuk kajian ini. Pengkaji telah membina soal selidik dengan bantuan penysarah TT3082 Reka Bentuk Pengajaran. Soal selidik yangpengkaji telah bina berdasarkan beberapa buah buku Teknologi Pengajaran. Alat kajian yang digunakan terbahagi kepada lima bahagian iaitu A) latarbelakang pelajar, B) Kemahiran, Pengetahuan dan sikap pelajar terhadap penggunaan komputer, C) Komponen Multimedia, D)Isi kandungan pelajaran dan E) latihan. Di samping itu alat kajian yang lain ialah BBM yang telah siap dibuat dan digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

3.4Teknik Pengumpulan Data

Sebelum mengedarkan soalan soal selidik, pengakaji terlebih dahulu telah menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di Kelas Lima Jujur selama 40 minit. Selepas sesi penjajaran dan pembelajaran ini berlaku, pengkaji telah mengedarkan soal selidik kepada semua responden untuk mereka jawab secara serta merta. Masa yang telah diambil ialah kira-kira 20 minit. Para responden telah mengisi soal selidik tanpa pengaruh pangkaji ini dapat dibuktikan tedapat yang dikosongkan oleh pelajar.

Pengumpulan data mentah ini dapat dijalankan dengan lancar kerana pengkaji merupakan guru Kelas kepada responden. Namun, terdapat di antara mereka yang tidak dapat mengisi kerana bebrapa sebab seperti tidak hadir kesekolahatau terlibat dengan sukan peringkat Daerah Tuaran. Oleh itu, hanya seramai 20 orang responden sahaja yang dapat memberi respon. Proses pengumpulan data ini telah dijalankan dengan mudah dan cepat.3.5Teknik Analisa Data

Bagi tujuanmenterjemahkan data mentah yang diperolehi, pengkaji menggunakan statistik deskriptif untuk mengukur paras kecenderungan responden terhadap bahan BBM yang telah dijalankan di kelas seperti penggunaan Min skor dan peratusan.

4.0DAPATAN KAJIAN

4.1Latar belakang Responden4.1.1Pengetahuan Tentang Komputer

Kebanyakanresponden telah mengetahui apa itu komputer dengan 70% daripada mereka tahu apa itu komputer. Walaupun begitu hanya 20% sahaja pernah menggunakan komputer untuk belajar. Terdapat50% ahli keluarga mereka memiliki komputer. Dan yang menariknya mereka tidak pasti kegunaan komputer dengan hanya 10% sahaja tahu kegunaan komputer. Dan daripada 20 orang responden hanya 5% sahaja yang boleh menyenaraikan 3 peralatan komputer yang mereka tahu.Berikut adalah jadual menunjukkan keteranganpengetahuan respondententang komputer:PENGETAHUANKEKERAPAN(orang )

Tahu apa itu komputer14

Pernah menggunakan komputer4

Memiliki komputer sendiri atau ahli keluarga10

Tahu kegunaan komputer2

Menyenaraikan peralatan komputer1

4.1.2Sikap Responden Terhadap Komputer

Seramai85% daripada responden suka belajar dengan komputer, 55% pula ingin memiliki komputer jika mempunyai wang. 90% daripada responden ingin belajar komputer jika diberikan peluang dan 75% pula suka akan aplikasi yang telah dipamerkan oleh pengkaji dan akhir sekali 80% daripada mereka suka belajar dengan aplikasi seperti yang telah dijalankan.Sikap responden terhadap pengajaran berasaskan komputer adalah positif seperti yang ditunjukkan pada Rajah berikut:

Jadual 2 : Sikap responden terhadap penggunaan komputer dalam P & P

SIKAPKEKERAPAN ( orang )

Suka belajar menggunakan Komputer17

Sanggup membeli peralatan komputer11

Mahu belajar komputer18

Suka aplikasi yang dijalankan di kelas15

4.1.3Kemahiran Responden Dalam Komputer

Para pelajar ( responden ) yang telah dijalankan kajian ini amat kurang dalam kemahiran dalam komputer. Ini kerana kemungkinan latarbelakang keluarga dari golongan yang berpendapatan rendah yang rata-rata tidak memiliki komputer di rumah. Kajian mendapati hanya 35% daripada mereka tahu menggunakan komputer dengan jika diagihkan 35% pandai menggunakan tetikus dan menaip perkataan, 25% tahu menggunakan papan kekunci, 20% tahu memainkan CD room dan jumlah yang terbanyak ialah 45% yang pandai bermainGames.

Jadual berikut menunjukkan kemahiran responden dalam menggunakan komputer:Jadual 3 :Kemahiran Pelajar Dalam Penggunaan KomputerKEMAHIRANKEKERAPAN( Orang )

Menaip perkataan7

Menggunakan Tetikus7

Menggunakan Keyboard5

Bermain Games9

Menggunakanplayer dalam CD Room4

4.2Komponen Multimedia

4.2.1Video

Kesemua responden telah tidak setuju dengan pernyataan dalam soal selidik kerana BBM atau bahan yang dijalankan tidak mempunyai video. Hanya beberapa orang yang masih mengisi ruangan video dan pengkaji andaikan responden tidak memahami soalan.

4.2.2Audio

Berdasarkan borang soal selidik, seramai 50% responden menyatakan kesan audio adalah sangat memuaskan. Manakala 45% lagi menyatakan tidak jelas, 25% pula menyatakan bahawa rakaman suara terlalu cepat dan sukar difahami. 100% menyatakan bahawa bahan audio tidak bising serta tidak menggangu pembelajaran.Jadual 4 menunjukkan keterangan tentang audio oleh responden :Bahan AudioKekerapan ( orang )

Sudah memadai10

Audio tidak jelas9

Rakaman terlalu cepat dan sukar difahami5

Bunyi yang mengganggu0

Tiada audio dalam aplikasi0

4.2.3Grafik

Berdasarkan kajian, responden sangat tidak puas hati dengan penggunaan grafik dalam aplikasi ini dengan 80% tidak bersetuju bahawa bahan bahan grafik memadai dalam aplilasi ini. Namun penggunaan warna sesuai dengan 80% bersetuju. Manakala gabungan warna grafik tersebut sesuai dengan 85% memberi persetujuan. Begitu juga dengan penggunaan symbol iaitu 90% menyatakan tidak keliru dengan symbol-simbol yang digunakan. 55% pula bersetuju dengan penggunaan font dalam teks.

Jadual 5 : Menunjukkan pandangan responden terhadap Grafik dalam BBM

Menggunaan GrafikKekerapan ( orang )

Grafik telah memadai4

Gambar terang dan memuaskan16

Gabungan warna yang tidak sesuai3

Simbol yang jelas dan tidak mengelirukan18

Font yang sesuai dan menarik11

4.2.4Animasi

Merujukkepada soal selidik, responden telah bersetuju bahawa pergerakan animasi agak menarik dengan 90% responden menyatakan grafik menarik, 60% mahu pergerakan animasi perlu ditambah. Berdasarkan kajian ini, terdapat 75% responden menyatakan pergerakan tidak selaras dengan teks yang dipamerkan. Dan pegerakan animasi ini perlu dibuat dalam latihan dengan 75% bersetuju.Jadual 6 : Pandangan responden terhadap animasiAnimasiKekerapan ( orang )

Pergerakancukup menarik18

Perlu ditambah8

Selaras dengan kehadiran teks15

Perlu ada dalam latihan15

4.2.5Teks

Dalamruangan teks, responden telah memberikan respon yang amat positif dengan 100% menyatakan teks adalah terang dan jelas. Kesesuaian teks mendapat persetujuan sebanyak 70% manakala kesemua responden faham dan tidak keliru dengan teks tersebut dengan memberikan 100%. Begitu juga dengan penggunaan struktur ayat dengan kesemua responden telah bersetuju iaitu 100%.

Jadual 7 : keterangan responden mengenai teksPengunaan TeksKekerapan ( orang )

Teks terang dan jelas20

Teks sesuai dengan kandungan pelajaran14

Teks yang tidak mengelirukan20

Pengunaan istilah sains dan steruktur ayat yang sesuai20

4.3Isi Kandungan

Selain daripada komponen bahan, kajian ini juga menitik beratkan kesesuaian isi kandungan pelajaran mengikut kurikulum sekolah. Berikut adalah dapatan yang telah dipunggut dari soal selidik berkaitan dengan isi kandungan. Hanya separuh daripada responden bersetuju bahawa isi kandungan mencabar minda, terdapat 75% di kalangan responden maklumat yang terdapat di dalam bahan tidak mencukupi. 100% menyatakan kesesuaian isi kandungan dengan kurikulum yang mereka perlukan. 90% pula bersetuju agar aktiviti pembelajaranmenggunakan bahan tersebut. 75% pula mengaku bahawa belajar cara ini adalah cara yang terbaik dan mudah untuk memehami ipelajaran dan mereka menyatakan boleh belajar sendiri dengan menggunakan bahan ini sebanyak 55%. Latihan yang diberikan dalam bahan tersebut juga telah mencabar minda responden dengan 70% menyatakan peersetujuan. Maklumat yang diberikan agak terperinci dengan 85% bersetuju. Responden telah memberikan respon dengan memberi keyakinan terhadap bahan ini dengan memberi persetujuan bahawa tiada yang mengelirukan dalam teks atau isi kandungan.

Jadual 8 : Mengandungi persetujuan responden terhadap isi kandungan Bahan.

Isi kandunganKekerapan ( 0rang )

Isi pelajaran mencabar minda10

Semua maklumat boleh diperolehi5

Sesuai dengan tahap pembelajaran20

Bahan yang sangat menarik18

Lebih mudah faham dengan cara penggunaan BBMini.15

Boleh belajar sendiri dengan menggunakan aplikasi ini11

Latihan yang mencabar14

4.4Latihan ( Penilaian Terhadap Kefahaman Responden )

Daripada keputusan latihan yang mengandungi 10 item soalan itu, hanya 2 orang pelajar yang memperolehi 9 daripada 10 yang betul.Kesemua pelajar telah mencapai 100% dalam ujian tersebut. Daripada data ini, dapatlah dirumuskan bahawa item ujian yang dibina terlalu rendah arasnya.

5.0PERBINCANGAN / CADANGAN

Dalam kajian ini, pengakaji telah mengadakan aktiviti pemungutan data bagi mengukur kelemahan dan kekuatan bahan Bantu mengajar yang telah direka. Aktiviti yang telah dirancangkan itu, telah disusuli dengan kajian dengan menggunakan alat kajian iaitu soal selidik dan bahan CD dalam aplikasipower point. Sebelum membuat aktiviti dan membina alat kajian soal selidik (Questionaire ),pengkaji telah mendapatkan pandangan beberapa tokoh melalui kajian literature dan pensyarah kursus ini. Daripada analisis data yang diperolehi dalam dapatan kajian, ia merupakan rumusan keseluruhan ke atas kajian.

Dari analisis data yang diperolehi, dapatlah disimpulkan bahawa bahan yang telah direka tersebut mempunyai kelemahan dan kekuatannya dan ia perlu diperbaiki bagi mengelakkan kekeliruan di kalangan murid. Daripada dapatan kajian dapatlah disimpulkan beberapa perkara seperti berikutyang terdapat dalam bahagian latarbelakang pelajar:1. Pelajar yang terlibat dalam kajian merupakan golongan pelajar yang mengalami keciriran dalam bidang ITC dan bolehlah dinyatakan bahawa mereka merupakan wakil kepada golongan pelajar Luar Bandar yang jauh dari arus pembangunan.2. Kekurangan kemudahan di sekolah luar bandar telah menyumbang kepada jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar.3. Kesukaran pelajar untuk menggunakan komputer telah menyumbang kepada rasa bosan rasa putus asa di kalangan mereka.4. Tidak dinafikan juga golongan pelajar ini akan lebih bersemangat lagi untuk belajar dan ingin memiliki sebuah komputer.

Dalam ruanganKomponen Multimedia, kajian ini mendapati terdapat beberapa kelemahan dalam bahan yang dibina. Bahan yang dibina ini tidak mempunyai video yang mana 100% responden telah menyatakan perlu dimasukkan video di dalam bahan tersebut. Daripada dapatan kajian, 24% responden bersetuju bahawa audio cukup jelas dan berkesan. Begitu juga dengan penggunaan grafik, bahan ini perlu ditambah walaupun penggunaan bahan grafik cukup memuaskan iaitu sebanyak 55% menyatakan grafik perlu ditambah. Seperti grafik, animasi juga perlu diperbaiki, responden telah menyatakan melalui soal selidik iaitu 90% responden menyatakan grafik menarik tetapi kebanyakan mereka mahu penambahan dalam beberapa bahagian seperti bahagian latihan. Walau bagaimana pun, ruangan teks merupakan ruangan yang memuaskan 94% responden dengan menyatakan kepuasan mereka namun terdapat selebihnya mahukan supaya teks tersebut ditambah.

Dalam ruangan isi kandungan kajian ini, terdapat 50% daripada responden telah mengalami kesukaran untuk menahaminya. Mereka juga menyatakan kesesuaian isi kandungan dengan pembelajaran yang mereka sedang terima. 100% menyatakan bahan ini menepati isi kandungan pelajaran. Mereka juga menyatakan kekuatan bahan ini iaitu menarik serta mencabar yang manakuntitinya adalah 90% daripada responden. Selain daripada itu, maklumat data menyatakan kesesuaian latihan dengan isi kandungan adalah selaras dan bersepadu.

Pada rumusannya,terdapat beberapacadanganuntuk memperbaiki bahan Bantu mengajar yang berteraskan Multimedia :1. Memastikan bahan tersebut mudah diuruskan ketika menjalankan aktiviti. Penyediaanicon-icondalam aplikasi adalah mudah diurus dan tidak megelirukan. Mempunyai arahan yang terang, jelas dan mudah difahami.2. Pastikan pembinaan yang teratur dengan membina rangka aplikasi terlebih dahulu. Mempunyai mukautamasebagai saluran kepada bahan-bahan lain ( sebagai Menu ).3. Menggunakan pelbagai bahan media, audio, grafik, animasi, teks, dan vedio. Bagi memperjelaskan lagi pelajaran ( maklumat ) yang hendak disampaikan. Penggunaan bahan-bahan ini akan menarik minat pelajar untuk belajar.4. Pembinaan Bahan Bantu mengajar hendaklah diselaraskan dengan isi pelajaran mengikut perancangan kurikulum dari Kementerian Pelajaran.5. Perbanyakkan bahan rujukan yang mempunyai pautan daripada bahan yang diperolehi daripada internet.