buku panduan mengajar bahasa melayu kssr tahun 6

Upload: mohd-fauzli

Post on 26-Feb-2018

1.034 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    1/189

    Kurikulum Standard Sekolah RendahKurikulum Standard Sekolah Rendah

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    2/189

    KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMBAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    ARAS 4ARAS 4--8, BLOK E98, BLOK E9

    KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL EKOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E

    PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUANPUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

    62604 PUTRAJAYA62604 PUTRAJAYA

    TEL: 03TEL: 03--8884 20008884 2000 FAX: 03FAX: 03--8888991788889917http://www.moe.gov/bpkhttp://www.moe.gov/bpk

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    3/189

    A. BAHAGIAN 1

    PENGENALAN BUKU PANDUAN GURU

    1. Pendahuluan 1

    2. Tunjang Kurikulum Standard Sekolah Rendah 2

    3. Matlamat 3

    4. Objektif Umum 3 - 4

    5. Fokus 4

    6. Organisasi Kandungan Kurikulum 5 - 7

    7. Struktur Modul 8

    8. Pengisian Kurikulum 8 - 10

    9. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 11 - 15

    B. BAHAGIAN 2

    CADANGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    1. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Mendengar dan Bertutur 16 - 47

    2. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Membaca 48 - 75

    3. Strategi Standard Kandungan Kemahiran Menulis 76 - 109

    4. Strategi Standard Kandungan Aspek Seni Bahasa 110 - 1305. Strategi Standard Kandungan Aspek Tatabahasa 131 - 160

    C. BAHAGIAN 3

    PEMETAAN RANCANGAN MENGAJAR MINGGUAN

    1. Tema: Perpaduan 161

    2. Tema: Kesenian dan Estetika 162

    3. Tema: Sains, Teknologi dan Inovasi 163

    D. BAHAGIAN 4

    1. Daftar Kata 164179

    2. Peribahasa 180182

    3. Perumpamaan 183186

    4. Bidalan 187

    5.

    6.

    Pepatah

    Kata-kata Hikmat188 - 189

    190

    KANDUNGAN

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    4/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    1

    Dunia pendidikan mengalami perkembangan yang sangat dinamik dalam arus globalisasi. Perkembangan

    ini juga menuntut perubahan dalam kurikulum. Seiringan dengan itu, Kementerian Pendidkan Malaysia

    mengambil inisiatif menyemak dan melakukan penambahbaikan dalam kurikulum.

    Selaras dengan perubahan tersebut, Kurikulum Bahasa Malaysia turut melalui proses semakan dan

    penambahbaikan dalam penggubalannya hingga terhasil Standard Kurikulum Bahasa Malaysia. Standard

    yang diketengahkan ini mengandungi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Standard

    Kurikulum ini merupakan pernyataan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai murni yang

    mesti dipelajari dan dikuasai oleh murid di sekolah kebangsaan.

    Penggubalan Standard Kurikulum Bahasa Malaysia berpaksikan Rukun Negara, Dasar Pendidikan

    Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Standard ini menjunjung peranan bahasa Melayu

    sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan negara, bahasa ilmu dan bahasa pengantar

    di sekolah. Standard ini turut menitikberatkan penggabungjalinan kemahiran bahasa, penyerapan ilmu

    dan nilai murni. Standard Kurikulum Bahasa Malaysia boleh dijadikan pemangkin untuk memahami akal

    budi, pemikiran dan sosiobudaya penuturnya ke arah melahirkan semangat cinta akan bahasa dan tanah

    air yang dikongsi bersama dalam satu wawasan demi memartabatkan bahasa Melayu.

    Pada asasnya, pembinaan kerangka standard ini berdasarkan prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah

    Rendah. Standard ini mengetengahkan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran secara didik

    hibur bagi mencungkil potensi murid untuk meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Seterusnya,

    membolehkan murid memperkembangkan keupayaan dan penguasaan kemahiran bahasa, serta

    berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dan bertatasusila dalam semua urusan.

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan mengambil kira pendekatan pengajaranBahasa Malaysia sebagai bahasa pertama. Kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran, minat dan

    kecerdasan yang berbeza dalam kalangan murid turut diberi penekanan. Selain itu, aktiviti kokurikulum di

    luar bilik darjah turut dijadikan landasan bagi membina keyakinan diri, mengetengahkan bakat,

    memupuk sifat kepemimpinan, dan ketokohan murid dalam pelbagai bidang. Aktiviti kokurikulum juga

    berupaya memantapkan penguasaan berbahasa murid serta menyokong pelaksanaan Standard KurikulumBahasa Malaysia.

    PENDAHULUAN

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    5/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    2

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dibina berasaskan enam tunjang, iaitu Komunikasi; Kerohanian,

    Sikap dan Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan Keterampilan Diri.

    Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong antara satu sama lain dan

    disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan inovatif.

    Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang seimbang, berpengetahuan dan

    berketerampilan seperti yang terdapat dalam Rajah 1.

    Rajah 1: Standard Kurikulum

    Berasaskan Enam Tunjang

    TUNJANG KURIKULUM

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    6/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    3

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid

    berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperolehpengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

    Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah

    Rendah berkeupayaan untuk:

    i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan

    betul;

    ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan

    betul;

    iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan

    dengan betul;

    iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formaldan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

    v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton

    menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

    vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumberdengan tepat secara bertatasusila;

    vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara

    bertatasusila;

    MATLAMAT

    OBJEKTIF UMUM

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    7/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    4

    viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang

    betul;

    ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutanyang jelas dan intonasi yang betul;

    x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk

    memberi respons dengan betul;

    xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;

    xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk

    minat membaca;

    xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;

    xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

    xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

    xvi. menulis imlak dengan tepat;

    xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan

    menggunakan bahasa yang santun;

    xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

    xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

    xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

    xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan

    xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan

    kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    8/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    5

    Pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa.

    Pada Tahap 1, murid-murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

    Ini bermakna konsep kembali kepada asas (back to basic) diberi penekanan yang khusus. Penekanan juga

    diberikan kepada pembelajaran yang menyeronokkan yang berkonsepkan aktiviti didik hibur. Pada Tahap2 pula, penekanan diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi kemahiran bahasa. Melalui penguasaan

    kemahiran bahasa ini, murid dapatberkomunikasi dalam pelbagai situasi dengan lebih berkesan, manakala

    melalui kemahiran membaca, murid dapat meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca.

    Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan

    berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan pelbagaipendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik

    dapat membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran.

    Standard Kurikulum

    Standard Kurikulum

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid.

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa

    yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.

    Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang

    perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada

    bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi

    yang perlu dikuasai oleh murid.

    Standard KandunganPernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu

    tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

    Standard PembelajaranPernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi

    setiap standard kandungan.

    ORGANISASI KANDUNGAN KURIKULUM

    FOKUS

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    9/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    6

    Kemahiran Bahasa

    Kemahiran bahasa merupakan teras kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia dan pendekatan

    modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran seperti berikut:

    Kemahiran Mendengar Kemahiran Bertutur

    Kemahiran Membaca

    Kemahiran Menulis

    Pendekatan Modular

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk

    memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan

    kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia

    terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni

    Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran iaitu kemahiran

    mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa danModul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.

    Modul Kemahiran Mendengar dan BertuturModul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur.

    Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan

    menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat

    memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin

    hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan

    sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul

    diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur.

    Modul Kemahiran MembacaModul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di sampingpenggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid

    membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada

    aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik

    membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks

    yang dibaca.

    Modul Kemahiran MenulisModul Kemahiran Menulis pula berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan

    murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan

    ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada

    penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur

    pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks

    dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.

    Modul Seni BahasaModul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang

    perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan

    memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    10/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    7

    menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui

    variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan

    secara didik hibur.

    Modul TatabahasaModul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Malaysia yang perlu difahami dan

    dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang

    sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam

    pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.

    Sistem Bahasa

    Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.

    Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid

    menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di

    bawah.

    Tatabahasa

    Sistem Ejaan

    Sebutan dan Intonasi

    Kosa kata

    Peribahasa

    Nota:

    Buku Tatabahasa Dewan Edisi Terkini ialah buku tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan dalam

    pengajaran dan pembelajaran.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    11/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    8

    Modul Standard Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran

    merangkumi fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran, pengayaan dan pemulihan. Isi

    kandungan modul boleh diubah suai mengikut kreativiti guru dan kebolehan murid. Kesemua aspek ini

    dijelmakan mengikut keutamaan berikut;

    Tema

    Tajuk

    Fokus Utama

    Objektif

    Pengisian Kurikulum Sistem Bahasa

    Bahan Bantu Belajar

    Strategi pengajaran dan pembelajaran memuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif.

    Aktiviti-aktiviti ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran yang menggabungjalinkan aktiviti-

    aktiviti fokus utama. Strategi pengajaran dan pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran,

    pengayaan dan pemulihan serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini

    dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan. Aktiviti pengayaan danpemulihan hendaklah dijalankan secara serentak dan terancang dalam strategi pengajaran dan

    pembelajaran.

    Pengisian kurikulum mengambil kira elemen merentas kurikulum iaitu unsur-unsur yang diserap dalam

    setiap mata pelajaran. Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen

    ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat

    menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut merangkumi perkara-perkara yang berikut:

    Ilmu

    Ilmu merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang sains, dan geografi

    dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran bahasa. Ilmu lain yang berkaitan

    dengan hal-hal semasa juga boleh dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.

    STRUKTUR MODUL

    PENGISIAN KURIKULUM

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    12/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    9

    Kemahiran

    Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran

    membaca dan kemahiran menulis merupakan kemahiran yang mesti dilaksanakan. Selain itu, kemahiran

    merentas kurikulum tidak diketepikan, malah turut ditekankan dalamKSSR yang meliputi pelbagai kemahiran yang boleh membantu mempertingkatkan pengetahuan dan

    potensi diri murid. Kemahiran menggunakan teknologi maklumat merupakan antara kemahiran merentas

    kurikulum yang diaplikasikan dalam pengajaran bahasa Malaysia.

    Nilai Murni

    Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang

    berketerampilan dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat

    membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur. Pemahaman dan kesedaran

    tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk secara langsung atau tidak langsungselaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara nilai murni ialah:

    Baik hati

    Berdikari

    Hemah tinggi

    Hormat-menghormati

    Kasih sayang

    Keadilan

    Kebebasan

    Keberanian

    Kebersihan fizikal dan mental

    Kejujuran

    Kerajinan Kerjasama

    Kesederhanaan

    Kesyukuran

    Rasional

    Semangat bermasyarakat

    Patriotisme

    Elemen patriotisme dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan

    taat akan negara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dipupuk melalui mata

    pelajaran dan aktiviti kokurikulum bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati diri,

    cinta akan bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.

    Peraturan Sosiobudaya

    Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa

    dan peribahasa yang diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan sosiobudaya ini

    mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    13/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    10

    Sains dan Teknologi

    Penerapan empat unsur sains dan teknologi dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan,

    aktiviti dan bahan atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi, kemahiran

    saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    Pendidikan Alam Sekitar

    Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam

    jiwa murid. Aktiviti berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika

    murid untuk menghargai alam.

    Kreativiti dan Inovasi

    Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagimembangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid. Selain itu,

    kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialahproses menjana idea dan mengaplikasi idea, serta kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi

    perlu digandingkan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang

    dihasratkan.

    Keusahawanan

    Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan satu pendekatan membudayakan keusahawanan.Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan etika dalam

    keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk ciri-ciri dan amalan

    keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.

    Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid

    dapat belajar mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK sebagai

    alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMK untuk mengakses maklumat dan ilmu

    pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu

    pengetahuan dalam urusan kehidupan.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    14/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    11

    Prinsip 5P

    Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia

    perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.

    Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:

    PenggabungjalinanPenggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui

    proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan

    dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran mendengar,

    bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan.

    PenyerapanDalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai

    tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata

    pelajaran lain, nilai murni masyarakat Malaysia serta kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan

    kemahiran yang lain membolehkan murid menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman

    pembelajaran bahasa.

    Penilaian dan pentaksiran

    Penilaian dan pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.Penilaian dan pentaksiran merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi

    menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dan pentaksiran

    perlulah dijalankan secara berterusan dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Melalui penilaian dan

    pentaksiran secara berterusan, segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat

    dilaksanakan untuk seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.

    PemulihanAktiviti pemulihan disediakan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat

    memahami pengajaran dalam tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan bahan yang berbeza dan sesuai

    dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat

    permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah

    kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasaisesuatu kemahiran. Bahan yang dicadangkan untuk aktiviti ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud,

    alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat daripada yang mudah kepada

    yang sukar. Aktiviti dan latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan dan kadar masa yang sesuai

    untuk murid menguasai sesuatu kemahiran.

    Pengayaan

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    15/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    12

    Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR mengikut

    kecerdasan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat

    latihan pengayaan ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui pentaksiran

    yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang lebih mencabar minda bagi kemahiran tertentu

    yang dipelajari oleh mereka. Bahan-bahan yang disediakan perlu lebih merangsang minda dandilaksanakan secara kendiri atau dengan bimbingan guru yang paling minima. Bahan yang sesuai seperti

    bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk memperluas

    pengalaman dan pengetahuan murid berkaitan kemahiran yang diajar.

    Pendekatan Berpusatkan Murid

    Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid

    bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri.

    Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.

    Pendekatan Tematik

    Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui

    pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan

    kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin

    lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi

    pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya

    kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah

    seperti yang berikut:

    KekeluargaanTema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan

    keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan

    menghormati setiap ahli keluarga.

    KemasyarakatanTema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk

    mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid

    sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat-menghormati,

    bekerjasama dan bertanggungjawab.

    Kesihatan dan KebersihanTema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial.

    Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan

    penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.

    KeselamatanTema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam

    pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar

    mengutamakan keselamatan.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    16/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    13

    PerpaduanTema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam

    kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat

    perpaduan.

    Kebudayaan, Kesenian dan EstetikaTema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam

    masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada

    murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri

    warga Malaysia.

    Jati diri, Patriotisme dan KewarganegaraanTema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan

    keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat

    juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan

    masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.

    Sains, Teknologi dan InovasiTema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh

    diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan

    kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yangberinovasi.

    Alam Sekitar dan Teknologi HijauTema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar

    untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi

    akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalammenjaga alam sekitar dan teknologi hijau.

    Pertanian dan PenternakanTema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan

    penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang

    kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.

    Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan KewanganTema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang perniagaan dan keusahawanan dalam menjana

    pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang

    kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam kehidupan.

    6.4 Kepelbagaian Kaedah dan Teknik

    Proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah menggalakkan

    penggunaan pelbagai kaedah dan teknik mengajar. Guru boleh memilih kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

    bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu mengajar, serta teknologi yang dapat

    merangsang dan menggalakkan murid berkomunikasi dan berinteraksi serta berfikir secara kritis, kreatifdan inovatif.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    17/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    14

    Kemahiran BerfikirKemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui pelbagai aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis

    dan kreatif dalam kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada

    dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah, atau membuat keputusan adalah penting dalam

    kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa hadapan.

    Didik HiburDidik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan

    persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan akan wujud

    melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna dan memikat yang dapat membantu

    memperkukuh pemahaman dan mendorong murid untuk belajar. Didik hibur dilaksanakan mengikut

    konteks isi kandungan mata pelajaran serta menggunakan kepelbagaian strategi dan bahan pengajaran danpembelajaran yang dapat menimbulkan cabaran, rasa ingin tahu, kawalan, fantasi, kerjasama, persaingan

    sihat dan pengiktirafan. Pendekatan ini dilaksanakan merentas kemahiran bahasa iaitu kemahiran

    mendengar, bertutur, membaca, menulis, aspek seni bahasa dan aspek tatabahasa.

    Penyelesaian MasalahPenyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk

    perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaaan kemahiran matematik dalam situasi

    sebenar. Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk

    menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.

    Pembelajaran Berasaskan ProjekMurid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini

    melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini juga

    dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi

    kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.

    Pembelajaran KoperatifKaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama,

    saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan

    bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan.

    Pembelajaran koperatif ini dapat menghasilkan satu tugasan kumpulan, di samping mewujudkan interaksi

    antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.

    Kecerdasan PelbagaiKecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana

    setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi

    kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal

    dan naturalis.

    Pembelajaran KontekstualPembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman

    harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya

    menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran

    dalam kehidupan mereka.

    Pembelajaran KonstruktivismePembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    18/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    15

    membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada.

    Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar sepanjang hayat mereka.

    Kemahiran Belajar Cara Belajar

    Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknikpembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan,

    cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan

    pembelajaran seumur hidup.

    Kajian Masa DepanKajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap

    sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal ini bermakna,murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta menangani perubahan supaya mereka mendapat

    manfaat yang maksimum.

    Pembelajaran Akses Kendiri

    Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendirimelalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan

    memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran

    mereka.

    Pembelajaran Luar Bilik DarjahAktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta

    berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari

    semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar,

    mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan.

    Pembelajaran MasteriPembelajaran Masteri memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu unit

    sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit yang lebih

    kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum berpindah ke unit

    pembelajaran yang baharu.

    6.5 Kepelbagaian Sumber Bahan

    Penggunaan pusat sumber dan komputer amatlah digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran BahasaMalaysia. Bahan-bahan sumber seperti akhbar, majalah, buku rujukan, kamus, internet, bahan sastera dan

    bahan berunsur ilmu hendaklah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran serta untuk bacaan

    ekstensif.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    19/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    16

    Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar menentukan keupayaan

    murid supaya berkebolehan mendengar dengan teliti, memahami, dan menghayati perkara yang

    didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan maklum balas. Manakala

    Kemahiran Bertutur merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan untuk menjalinhubungan, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif, dengan

    sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Penekanan diberikan pada pengucapan yang

    menggunakan tatabahasa yang betul dan ungkapan yang dilafazkan secara bertatasusila.

    Dalam strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur, guru perlumenetapkan objektif yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan

    Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur.

    Standard Kandungan Kemahiran Mendengar Dan BertuturMurid patut mengetahui dan boleh:

    1.2 Mendengar, mengecam dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, suku kata, perkataan, frasa

    dan ayat dengan betul.

    1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesananyang didengar dengan betul.

    1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai

    sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

    1.5 Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat menggunakan sebutan yang

    jelas dan intonasi yang betul.

    1.6 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai

    sumber dengan tepat secara bertatasusila.

    1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber

    secara bertatasusila.

    Standard Pembelajaran Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

    1.2.6 Mendengar, memahami, dan menyebut ayat yang mengandungi pelbagai laras bahasa

    dengan struktur ayat yang betul dan tepat.

    1.3.1 Mendengar, memahami, dan memberikan respons terhadap arahan berdasarkan ayat perintah

    mengikut urutan dalam pelbagai situasi dengan betul.

    1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD

    PEMBELAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN

    BERTUTUR

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    20/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    17

    1.3.2 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap ayat tanya dalam pelbagai situasi

    dengan betul.

    1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap pesanan dan menyampaikanpesanan dengan menggunakan bahasa yang santun dalam pelbagai situasi.

    1.4.1 Bertutur tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat

    yang gramatis dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

    1.4.2 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata gelaran yang sesuai dalam situasiformal dan tidak formal secara bertatasusila.

    1.4.3 Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata ganti nama yang sesuai dengan betul

    dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

    1.4.4 Menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dengan memberikan alasan yang sesuaidalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.

    1.5.1 Bercerita tentang sesuatu perkara dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

    menggunakan ayat yang mengandungi bahasa yang indah.

    1.5.2 Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat, sebutan yang jelas dan intonasi yang

    betul menggunakan pelbagai ayat yang mengandungi bahasa yang indah.

    1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai sumber

    untuk membuat rumusan dengan betul secara bertatasusila.

    1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat daripadapelbagai sumber menggunakan bahasa yang indah secara bertatasusila.

    1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang sesuatu perkara

    daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    21/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    18

    Semasa merancang strategi pengajaran dan

    pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan

    bertutur, guru perlu memberi pertimbangan

    aktiviti yang sesuai sebelum, semasa dan

    selepas kemahiran mendengar dan bertutur

    yang diajar. Pengajaran dan pembelajaran

    kemahiran ini boleh dilaksanakan melaluipelbagai aktiviti secara terancang bagimencapai objektif yang telah ditentukan.

    Guru boleh merancang strategi pengajaran dan

    pembelajaran dengan pelbagai cara seperti

    dalam contoh rancangan mengajar yang

    disediakan ini.

    1.0 STANDARD KANDUNGAN DAN

    STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

    MENDENGAR DAN BERTUTUR

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    22/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    19

    STANDARD

    PEMBELAJARAN

    1.7.2 Berbincang dan mengemukakan pendapat secara kritisdan kreatif tentang sesuatu perkara daripada pelbagai

    sumber dengan menggunakan bahasa yang gramatis

    secara bertatasusila.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat:

    i. mengemukakan pendapat secara kritis dan kreatif tentang

    masyarakat majmuk di Malaysia.

    ii. menyatakan pendapat tentang petikan menggunakan ayat

    yang gramatis secara bertatasusila.

    PENGISIAN KURIKULUM

    Ilmu : Sejarah

    Nilai : Bersatu padu, Patriotisme

    EMK : TMK, Celik Kewangan

    KB : Menghubung kaitTKP : Verbal Linguastik

    BCB : Perbincangan

    SISTEM BAHASA Sebutan dan Intonasi

    Kosa Kata: Kata Nama

    BAHAN BANTU BELAJAR Slaid power point, petikan

    lirik lagu 1 Malaysia

    PENILAIAN PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN

    Murid menyatakan pendapat berkaitan lagu dan perayaan

    menggunakan ayat yang gramatis secara bertatasusila.

    REFLEKSI

    TEMA PERPADUAN

    TAJUK Bersatu Kita Dalam Gembira

    MASA

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    23/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    20

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Memberi pendapat

    1. Murid mendengar dan menyanyikan

    lagu melalui slaid yang dipaparkan.

    2. Murid memberi pendapat tentang

    maklumat yang terdapat dalam lagutersebut.

    EMK : TMK

    ENT : -

    Ilmu : KewarganegaraanNilai : Patriotisme

    Lampiran 1

    Media: slaid dari

    internet

    Petikan lirik lagu1Malaysia

    (Guru juga boleh

    menggunakan bahanberbentuk gambar atau

    poster)

    Bacaan dan berbincang

    1. Murid membaca senyap petikan teks

    yang diedarkan untuk mendapatkan

    maklumat.

    2. Murid berbincang berkumpulan

    tentang isi-isi petikan yang dibaca.

    3. Murid memberi pendapat tentang isi

    petikan dengan bimbingan guru.

    4. Murid menyampaikan hujah/pendapat

    secara kritis dan kreatif denganbimbingan guru.

    EMK :

    ENT :

    BCB: Bacaan mekanisKP: Verbal linguistik

    Nilai: Bersatu padu

    Lampiran 2

    Media:Petikan teks

    Menyampaikan pendapat berdasarkan

    gambar

    1. Setiap kumpulan diberi kad yang

    mengandungi gambar perayaan di

    Malaysia dan diminta berbincang

    EMK : Celik Kewangan

    ENT :

    KP: Verbal linguistik

    Lampiran 3 (a)

    Lampiran 3 (b)

    Lampiran 4

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    24/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    21

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    mengenai aktiviti yang terdapat dalamgambar tersebut.

    2. Murid berbincang cara menjana

    pendapatan menjelang hari perayaan.

    3. Wakil setiap kumpulan

    menyampaikan hasil perbincangan

    dengan menggunakan ayat yang

    gramatis di hadapan kelas.

    Ilmu :Nilai: Berhemah

    (Menyatakan pelbagai

    sumber pendapatan serta

    sumber alternatif)

    Media:Kad imbasan /

    Carta bergambar

    Peta pemikiran

    Penilaian

    1. Murid memberi pendapat tentang 5penyataan yang diberi dan

    menyampaikan hasil perbincangan

    dengan menggunakan bahasa yang

    gramatis secara bertatasusila.

    ENT :BCB : Perbincangan

    KP: Verbal linguistik

    Nilai : Kerjasama

    Lampiran 5

    Pemulihan

    1. Murid membincangkan maksud

    perkataan dalam konteks/tajuk danmemadankan perkataan yang

    diberikan.

    ENT :

    KB: Menghubung kait

    Lampiran 6

    Pengayaan

    1. Murid berbincang tentang gambar

    dengan menggunakan ayat yang

    lengkap secara gramatis.

    ENT :

    BCB: Perbincangan

    Lampiran 7

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    25/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    22

    Lampiran 1

    (Lirik Lagu Tema Satu Malaysia)

    Dunia kian berubah

    Perubahan melingkari

    Melaksana hasrat hati

    Kejayaan terbukti

    Dunia yang megah

    Dengan misi yang gagah

    Kerana perpaduan

    Kita masih bersama

    Chorus

    Kita satu bangsa, kita satu negara

    Kita satu matlamat, oooo

    Kita satu bangsa, satu negara

    Kita satu Malaysia

    Bermulanya sekarang

    Perjalanan dilaksana

    Seia sekata sehati dan sejiwa

    Membina masa hadapan

    Menuju kejayaan

    Kita semua rakyat Malaysia

    Harmoni, saling menghormati

    Chorus x2

    Kita satu bangsa, kita satu negara

    Kita satu matlamat, oooo

    Kita satu bangsa, satu negara

    Kita satu Malaysia

    Hayati dan nyanyikan lagu ini.

    Kemudian bincangkan.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    26/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    23

    Slaid Powerpoint

    Beri gambaran tentang maklumat dalam

    gambar ini dan kaitannya dengan lirik

    lagu yang dinyanyikan.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    27/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    24

    Fahami dan dan

    bincangkan isi-isi petikan

    di bawah

    Lampiran 2

    1Malaysia ialah satu gagasan bagi memupuk sikap saling menghormati dalam kalangan rakyat

    Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi

    amalan setiap rakyat Malaysia. Tidak kira sama ada Melayu, Cina, mahupun India, sikap ini

    perlu disemat kukuh dalam sanubari generasi hari ini untuk mengekalkan perpaduan negara.

    Kita tidak mahu negara gah dengan kemodenan kelas pertama tetapi masyarakat masih

    mengamalkan gaya hidup kelas ketiga lantaran ketempangan sikap saling menghormati.

    Masyarakat Melayu misalnya, perlu menghormati pegangan dan kepercayaan bangsa lain,

    begitu juga sebaliknya kerana setiap bangsa mempunyai amalan dan kepercayaan yang

    tersendiri. Kita tidak boleh bersikap seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

    masing dengan mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan sensitiviti

    bangsa lain. Di sinilah pentingnya sikap hormat-menghormati dalam kalangan rakyat kerana

    apabila hidup bawah satu bumbung bersama kelompok berbeza merupakan suatu perkara yang

    tidak boleh diambil mudah dan dipandang enteng kerana setiap perlakuan dan tutur kata perlu

    dijaga rapi. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, sinergi daripada setiap

    lapisan masyarakat amat diperlukan dengan menjadikan sikap saling menghormati sebagai

    salah satu inisiatif dalam mengekalkan perpaduan.

    Ketelusan dan keterbukaan sikap rakyat Malaysia hidup dalam kesatuan tiga kelompok berbeza

    bangsa sering menjadi buah mulut masyarakat seantero dunia yang kagum dengan perpaduan

    yang dikecapi. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan

    semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didukungi

    oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat Malaysia.

    Teras perpaduan yang diterapkan iaitu penerimaan penerimaan secara terbuka. Konsep

    penerimaan dan toleransi merupakan dua perkara yang berbeza sama ada daripada ungkapan

    mahupun pelaksanaan. Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif, iaitu dengan

    menerima sepenuhnya sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur-unsur paksaan.Toleransi pula berlaku kerana tiada pilihan lain atau secara terpaksa. Perlakuan atau sikap

    toleransi berlaku apabila sesuatu pihak tiada pilihan dan kadangkala diterima dengan tidak

    jujur. Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa-apa sahaja perkara baik dan

    mendapat persetujuan secara kesepakatan. Penerimaan semua kaum mendapatkan yang terbaik

    diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa. Oleh itu, perkara-perkara yang terbaikdaripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain perlu diterima pakai serta mendapat

    penerimaan daripada masyarakat negara ini.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    28/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    25

    Lampiran 3 (a)

    Bincangkan dan berikan pendapat

    anda tentang aktiviti perayaan boleh

    mengeratkan hubungan antara kaum.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    29/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    26

    Lampiran 4

    .__________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    Bincangkan dan berikan pendapat

    anda bagaimana perayaan-perayaan

    menjadi sumber pendapatan bagi

    kaum-kaum lain

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    30/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    27

    Lampiran 5

    1. Latar belakang suku-suku kaum terbesar yang terdapat di negara Malaysia.

    2. Persamaan dan perkaitan budaya kaum-kaum utama di Malaysia.

    3. Aktiviti-aktiviti yang melambangkan perpaduan

    4. Nyatakan satu agen perpaduan yang kamu tahu dan jelaskan bagaimana dapat mewujudkan

    perpaduan.

    5. Nilai-nilai dalam perpaduan dapat mengukuhkan amalan dan kesejahteraan negara.

    Bincang dan beri pendapat

    tentang penyataan di bawah

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    31/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    28

    PemulihanLampiran 6

    angpau

    Hari perayaan keagamaan yang

    dirayakan oleh penganut agama

    Buddha pada bulan Mei setiap tahun.

    makan besar .

    Wang dalam sampul kecil yang

    diberikan sebagai hadiah pada Tahun

    Baru Cina.

    bermaafan Pesta untuk merayakan sesuatuperistiwa.

    perayaan

    Jamuan makan bersama- sama ahli

    keluarga pada petang atau malam

    menjelang Tahun Baru Cina.

    Hari WesakMemohon maaf agar dosa sesama

    manusia dapat dihapuskan.

    Berbicang bersama rakan tentangfrasa sebelum menyesuaikan

    dengan ayat yang diberi.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    32/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    29

    PengayaanLampiran 7

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    ___________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    __________________________________________________________________________________

    Berbincang dengan memberikan

    pendapat anda tentang perbezaan

    aktiviti semasa perayaan-

    perayaan di bawah.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    33/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    30

    TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

    TAJUK Perayaan-perayaan di Negara Kita

    MASA

    STANDARD

    PEMBELAJARAN

    1.6.2 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatuperkara dengan tepat daripada pelbagai sumber menggunakan

    bahasa yang indah secara bertatasusila.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat:

    i. berbicara tentang tajuk yang diberi untuk menyampaikan maklumat

    dengan tepat.

    ii. berbicara dengan menggunakan ayat yang mengandungi bahasayang indah secara bertatasusila.

    PENGISIAN

    KURIKULUM

    Ilmu : Sejarah

    Nilai : Kerjasama, Semangat bermasyarakat

    EMK : TMK, Celik Kewangan

    KB : Mencirikan

    KP : Verbal Linguistik

    BCB : Mencatat

    SISTEM BAHASA Tatabahasa: Kata bilangan, Kata Ganti Nama

    BAHAN BANTU

    BELAJARPower point, teks

    PENILAIAN

    PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN

    Berbicara berdasarkan tajuk dan gambar yang diberi untuk

    menyampaikan maklumat.

    REFLEKSI

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    34/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    31

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Bersoal jawab

    1. Guru menayangkan gambar jenis-jenisperayaan kaum di Malaysia.

    2. Murid menjawab soalan yang diajukan

    oleh guru berkaitan gambar.

    3. Murid menyenaraikan jenis-jenis

    perayaan di Malaysia.

    EMK : TMKENT :

    - Verbal linguistik

    Ilmu : Sejarah

    Nilai : Semangatbermasyarakat

    Lampiran 1Media:

    Slaid powerpoint

    (Guru juga bolehmenggunakan bahanberbentuk gambar atau

    poster)

    Berbicara dan Menyampaikan Maklumat

    1. Murid diberi tugas dalam kumpulan

    berbincang tentang perayaan mengikutkaum.

    a. Hari Raya Aidilfitri

    b. Tahun Baru Cina

    c. Deepavali

    d. Krismas

    2. Wakil murid diminta bercerita tentang

    perayaan mengikut kaum dan

    menyenaraikan barang yang perlu

    disediakan menjelang musim perayaanbeserta anggaran kosnya.

    EMK : TMK, Celik

    kewanganENT :

    KB : Mencirikan

    KP : Verbal linguistik

    Ilmu : Sejarah

    Nilai : Kerjasama

    Lampiran 2

    Lampiran 3

    Media:

    Slaid perayaan

    Peta pemikiran

    Menyampaikan pendapat berdasarkan

    teks

    1. Murid dipilih secara rawak untuk

    membaca petikan.

    2. Berbincang tentang isi-isi penting yang

    terdapat dalam petikan menggunakan

    EMK :

    ENT :KP - Verbal linguistik

    Ilmu : -

    Nilai : Kemasyarakatan

    Lampiran 4

    Media:

    Kad petikan

    Peta pemikiran

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    35/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    32

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    peta konsep i-think.

    3. Setiap wakil kumpulan diminta

    menyampaikan pendapat masing-masing

    tentang perayaan di Malaysia

    menggunakan ayat yang betul di

    hadapan kelas.

    Penilaian

    1. Murid berbincang secara berpasangan

    untuk mengemukakan pendapatberdasarkan gambar dan membina ayat

    yang betul secara lisan.

    EMK :

    ENT :KP - Verbal linguistik

    Ilmu :Nilai : Kerjasama

    Lampiran 1

    Pemulihan

    1. Murid dibimbing untuk berbincang

    berdasarkan gambar masyarakat majmuk

    yang diberi.

    EMK :

    ENT :

    KB : Menjana idea

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Hormat-menghormati

    Lampiran 2

    Pengayaan

    1. Murid bercerita secara lisan pengalaman

    menyambut perayaan mengikut kaum

    masing-masing.

    EMK :

    ENT :

    KP - Verbal linguistik

    Ilmu : Pendidikan Moral

    Nilai : Kerjasama

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    36/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    33

    Lampiran 1

    Ceritakan tentang gambar di

    bawah

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    37/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    34

    Lampiran 2Ceritakan persediaan untuk

    merayakan perayaan di bawah

    ini.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    38/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    35

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    39/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    36

    Ceritakan tentang keperluan

    yang harus disediakan

    menjelang hari perayaan.

    Lampiran 3

    BIL BARANG KEPERLUAN BILANGAN ANGGARAN

    KOS

    CATATAN

    (PERLU / TIDAK)

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    40/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    37

    Lampiran 4

    Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa bagi

    orang Islam, Tahun Baru Cina bagi orang Cina dan perayaan Deepavali bagi orang

    India. Perayaan ini disambut dalam suasana penuh kegembiraan dan sedikit hidangan

    makanan. Semua rakyat negara ini ternanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran

    dan semangat tinggi. Oleh itu, memang banyak kebaikannya jika sambutan perayaan ini

    disambut di negara ini.

    Jika semua perayaan ini disambut bersama-sama pasti akan berlaku interaksi

    antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini berkonsepkan

    rumah terbuka iaitu setiap perayaan akan diadakan majlis kunjung-mengunjung antara

    satu sama lain. Kunjungan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunyainteraksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi

    antara kaum.

    Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan

    pengetahuan terhadap budaya kaum lain. Pemahaman terhadap budaya masyarakat

    pelbagai kaum akan memberikan pengetahuan tentang adat dan kepercayaan sesuatu

    kaum. Ini dapat mengelakkan sikap buruk sangka antara kaum.Justeru, perayaan mampu

    meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain.

    Baca dan fahami petikan

    di bawah

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    41/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    38

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAAN

    TEMA SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

    TAJUK Program Angkasawan Negara

    MASA

    STANDARDPEMBELAJARAN

    1.6.1 Berbicara untuk mendapatkan maklumat yang tersurat dan

    tersirat daripada pelbagai sumber untuk membuat rumusandengan betul secara bertatasusila.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat:

    i. menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat berkaitan

    Program Angkasawan Negara.

    ii. menyatakan sekurang-kurangnya tiga kelebihan menyertai

    Program Angkasawan Negara.

    PENGISIAN KURIKULUM

    Ilmu : Dunia Sains dan Teknologi, Dunia Muzik

    Nilai : Menghargai

    EMK : TMK, Celik Kewangan

    KB : Mengenal pastiKMD : Menggunakan imaginasi dan kreativiti

    TKP : Verbal Linguistik

    BCB : Bacaan Mekanis

    SISTEM BAHASA Kosa Kata: Imbuhan

    BAHAN BANTU BELAJAR Lembaran kerja, peta minda, Kamus Dewan, LCD

    PENILAIAN PENGAJARAN

    DAN PEMBELAJARAN

    Menyatakan sekurang-kurangnya tiga kelebihan menyertai Program

    Angkasawan Negara.

    REFLEKSI

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    42/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    39

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Nyanyian dan bersoal jawab

    1. Murid diperdengarkan lagu Kapal

    Angkasaku sambil membuat gayaberdasarkan lirik lagu yang diberi.

    2. Murid dan guru bersoal jawab tentang

    lirik lagu dan mengaitkan dengan

    tajuk pelajaran.

    EMK : TMK

    ENT :

    KPMuzikIlmu : Pendidikan Muzik

    Nilai : Menghargai

    Lampiran 1

    Media:

    Seni kata lagu KapalAngkasaku

    Bacaan dan berbincang

    1. Murid membaca senyap petikan

    syarahan yang diedarkan untuk

    mendapatkan maklumat.

    2. Murid menjawab soalan yang diberiberdasarkan petikan syarahan

    menggunakan ayat yang gramatis.

    EMK:

    ENT :

    BCB - Bacaan mekanis

    KP - Verbal linguistik

    Ilmu : Sains dan TeknologiNilai : Berdisiplin

    Lampiran 2

    Media:

    Petikan teks

    Menyampaikan maklumat berdasarkan

    teks

    1. Setiap kumpulan berbincang untuk

    menyampaikan maklumat dalam

    bentuk peta pemikiran.

    2. Wakil setiap kumpulanmembentangkan maklumatmenggunakan ayat yang gramatis di

    hadapan kelas.

    3. Murid dan guru menilai serta

    memberikan pendapat.

    EMK:

    ENT :

    BCBMengenal pasti

    KP - Verbal linguistik

    Ilmu : Dunia Sains danTeknologiNilai : Berdisiplin

    Lampiran 3

    Media:

    Peta pemikiran

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    43/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    40

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Berbincang dan Menyampaikan

    maklumat

    1. Murid berbincang secara berpasangan

    untuk mencari makna perkataan yang

    telah ditetapkan.

    2. Beberapa pasangan yang dipilihsecara rawak diminta untuk

    memberikan maklumat yang

    diperoleh di hadapan kelas.

    3. Guru dan murid menilai jawapan.

    EMK:

    ENT :

    BCB - Merujuk kamus

    KP - Verbal linguistik

    Ilmu :Nilai : Berdisiplin

    Lampiran 4

    Media:

    Lembaran kerja

    Penilaian

    1. Secara main peranan, murid diminta

    mewawancara angkasawan negara.

    EMK:

    ENT :

    KP - Verbal linguistik

    Ilmu :

    Nilai : Prihatin

    Lampiran 5

    BBB:

    Petikan

    Pemulihan

    1. Murid bercerita tentang program

    angkasawan negara berpandukan

    petikan.

    EMK:

    ENT :

    BCB - Bacaan mekanis

    Ilmu :

    Nilai :

    Lampiran 2

    Pengayaan

    1. Murid diminta menyatakan persediaan

    yang perlu dilakukan untuk menjadiseorang angkasawan.

    EMK:

    ENT :BCB - Mencatat

    Ilmu :

    Nilai :

    Lampiran 6

    BBB:

    Peta Minda

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    44/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    41

    Mari nyanyi lagu ini.

    Lampiran 1

    Senikata lagu

    Kapal Angkasaku

    Terbanglah, terbanglah,

    Lajulah, lajulah

    Tinggi kutuju angkasa,

    Kurela kumaju,

    Ke awan yang biru,

    Naiklah kapal angkasaku.

    Terbanglah, terbanglah,

    Lajulah, lajulah

    Tinggi kutuju angkasa,

    Kurela kumaju,

    Ke awan yang biru,

    Naiklah kapal angkasaku.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    45/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    42

    Baca petikan syarahan di

    bawah.

    Lampiran 2

    Yang dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Guru Besar, guru-guru,

    barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana dan rakan-rakan sekalian. Terlebih dahulu saya ingin

    mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan syarahan pada hari ini.

    Tajuk syarahan saya ialah Kebaikan Program Angkasawan Negara.

    Hadirin sekalian,

    Program Angkasawan Negara yang bermula pada tahun 2006 bertujuan untuk menghantar

    angkasawan negara ke angkasa lepas. Pada 10 Oktober 2007, Angkasawan Negara yang pertama,

    iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa di

    angkasa lepas dengan menaiki Soyuz TMA-II.Sesungguhnya, Program Angkasawan Negara ini telah membuka jalan yang lebih luas

    dalam usaha meningkatkan minat rakyat di negara ini, khususnya dalam bidang sains angkasa.

    Selain itu, program ini telah menjadi pemangkin kepada semua pelajar untuk belajar tentang ilmu

    sains dan teknologi.

    Melalui program ini juga, para pelajar mula mendalami makna 3G, 4G dan 5G. Mereka

    mengetahui bahawa itulah graviti dan minat mereka terhadap sains semakin bercambah. Tidakkurang juga pelajar yang menanam hasrat untuk menjadi angkasawan.

    Sidang hadirin,

    Program Angkasawan Negara juga telah berjaya meningkatkan minat rakyat dalam

    menimba ilmu seterusnya mampu bersaing dengan masyarakat dunia. Mereka bukan sahaja

    berminat untuk mempelajari ilmu sains angkasa tetapi juga berminat untuk mempelajari ilmu-ilmu

    lain seperti ilmu kejuruteraan dan ilmu perubatan. Di samping itu, para pelajar juga mula

    mempercayai kebolehan mereka sendiri dan berusaha untuk mencapai impian tersebut.

    Sesungguhnya, seseorang yang terpilih menjadi Angkasawan Negara akan mendapat banyakfaedah seperti dihormati masyarakat, pendapatan yang tinggi dan menjadi ikon negara. Mereka

    selalunya akan dipanggil memberi ceramah dan mendapat pulangan yang lumayan daripada

    organisasi yang menjemput mereka. Sehubungan itu, program penghantaran angkasawan keangkasa sewajarnya diteruskan untukmenyuburkan minat masyarakat bagi mengejar kemajuan.

    Akhir sekali, saya ingin menegaskan bahawa Program Angkasawan Negara banyak membawa

    kebaikan kepada negara.

    Sekian, terima kasih.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    46/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    43

    Baca petikan syarahan di

    bawah.

    Lampiran 3

    Isi-isi

    penting

    dalam

    petikan

    2.

    3.4.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    47/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    44

    Lampiran 4Tulis makna perkataan dibawah dengan merujuk kamus

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    48/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    45

    Lampiran 5

    Bil. Perkataan makna

    1. pemangkin

    2. mendalami

    3. graviti

    4. bercambah

    5. hasrat

    6. menimba

    7. bersaing

    8. impian

    9. menyuburkan

    10. kebaikan

    Bilakah Program Angkasawan Negara dijalankan?

    Apakah nama kapal angkasa yang digunakan oleh angkasawan Malaysia untuk ke

    stesen angkasa lepas?

    Murid mewawancara

    angkasawan negara

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    49/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    46

    Lampiran 6Lengkapkan peta minda di

    bawah.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    50/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    47

    Persediaan untuk

    menjadi seorang

    angkasawan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    51/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    48

    Standard Kandungan Kemahiran Membaca menentukan keupayaan murid supaya berkebolehan membaca

    dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek

    pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan ilmu dan bahan sastera secara kritis dengan menggunakan

    pelbagai teknik bacaan. Di samping itu, murid berupaya menghayati teks yang dibaca. Dalam strategi

    pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, guru perlu menetapkan objektif yang perlu dicapai

    oleh murid dengan merujuk Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca.

    Standard Kandungan Kemahiran Membaca

    Murid patut mengetahui dan boleh:

    2.2 Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan

    yang betul.

    2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

    2.4 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk

    memberi respons dengan betul.

    2.5 Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam

    pelbagai bahan dengan betul.

    2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca.

    Standard Pembelajaran Kemahiran Membaca

    2.2.3 Membaca dan memahami ayat yang mengandungi imbuhan dalam bahan bacaan prosa dan puisi

    dengan sebutan yang betul.

    2.3.1 Membaca kuat pelbagai jenis ayat dan ragam ayat mengikut laras daripada pelbagai bahan

    bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

    2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal dan ayat majmuk dengan pelbagai

    keterangan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

    2.4.1 Membaca dan memahami maklumat daripada pelbagai bahan untuk membuat ulasan dengan

    betul.

    2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang

    sesuai untuk membuat rumusan dengan betul.

    2.0 STANDARD KANDUNGAN DAN

    STANDARD PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

    MEMBACA

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    52/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    49

    2.4.3 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan yang

    sesuai untuk membuat keputusan dengan memberikan alasan yang sesuai.

    2.5.1 Membaca, memahami dan menyusun maklumat daripada pelbagai bahan bacaan danmemindahkan maklumat dalam bentuk grafik.

    2.5.2 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan

    maklumat mengikut keutamaan dalam bentuk prosa.

    2.5.3 Membaca, memahami dan menaakul maklumat daripada bahan grafik dan memindahkan

    maklumat dalam bentuk prosa dan puisi.

    2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untuk meningkatkan daya fikir secara kritis dan

    kreatif.

    2.6.2 Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan secara didik hibur untuk membuat ulasan.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    53/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    50

    Semasa menyediakan strategi pengajaran

    dan pembelajaran bagi kemahiran

    membaca, guru perlu memberi

    pertimbangan aktiviti yang sesuai

    sebelum, semasa dan selepas kemahiran

    membaca yang diajar. Pengajaran dan

    pembelajaran kemahiran ini boleh

    dilaksanakan melalui pelbagai aktivitisecara terancang bagi mencapai objektif

    yang telah ditentukan. Guru boleh

    merancang strategi pengajaran dan

    pembelajaran dengan pelbagai cara seperti

    dalam contoh rancangan mengajar yang

    disediakan ini.

    2.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN KEMAHIRAN

    MEMBACA

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    54/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    51

    TEMA PERPADUAN

    TAJUK Generasi Perpaduan

    MASA

    STANDARDPEMBELAJARAN2.6.1 Membaca pelbagai bahan sastera yang sesuai untukmeningkatkan daya fikir secara kritis dan kreatif.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran, murid dapat:

    i. membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutan dan

    intonasi yang betul.

    ii. menjelaskan maksud sajak yang dibaca untuk meningkatkan

    daya fikir secara kritis dan kreatif.

    PENGISIAN KURIKULUMIlmu : SejarahNilai : Patriotisme, semangat bermasyarakat

    EMK: TMK

    KP : Verbal Linguistik

    SISTEM BAHASASebutan dan intonasi

    Ayat tunggal

    BAHAN BANTU BELAJAR Lampiran sajak, borang markah, video sajak

    PENILAIAN PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN Murid dapat membaca dan mendeklamasi sajak dengan sebutanyang betul dan menjelaskan maksud sajak.

    REFLEKSI

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    55/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    52

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Perbincangan

    1. Murid menonton tayangan video

    deklamasi sajak.

    2. Guru dan murid berbincang mengenai

    video tersebut.

    EMK : TMK

    ENT : KP - Verbal

    linguistik

    Ilmu: Sejarah

    Nilai: Patriotisme,Kemasyarakatan

    Sistem Bahasa:- Sebutan dan intonasi

    Video

    Laman Web :You

    Tube

    Membaca Sajak

    1. Murid membaca sajak secara kuat

    dengan sebutan yang betul.

    2. Murid mendeklamasi sajak dengan kuat

    dalam kumpulan, dengan sebutan yang

    jelas dan intonasi yang betul.

    3. Murid mendeklamasi sajak secaraberpasangan.

    EMK :

    ENT : KP - Verbal

    linguistik

    Ilmu : Sejarah

    Nilai: Patriotisme,

    perpaduan

    Sistem bahasa:- Sebutan dan intonasi

    Lampiran 1

    Sajak

    Membaca Prosa

    1. Murid berbincang dalam kumpulan

    maksud sajak berdasarkan rangkap

    yang ditetapkan.

    2. Murid membacakan maksud sajak

    dalam bentuk prosa di hadapan kelas.

    3. Murid menjawab soalan pemahaman

    berdasarkan sajak yang dibaca.

    EMK : -

    ENT : KP - Verbal

    linguistik

    Ilmu: Sejarah

    Nilai: Patriotisme,

    Semangat

    bermasyarakat

    Lampiran 2

    Soalan Pemahaman

    (Lisan )

    Sajak

    Penilaian

    (Pertandingan Mendeklamasi Sajak)

    1. Murid dibahagikan kepada beberapa

    kumpulan untuk menjalankan aktiviti

    pertandingan mendeklamasi sajak.

    EMK : -

    ENT : KP - Verbal

    linguistik

    Lampiran 3

    Borang

    pemarkahan

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    56/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    53

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    2. Murid mendeklamasi sajak dengansebutan yang jelas dan intonasi yang

    betul secara bergilir-gilir di dalam

    kumpulan.

    3. Setiap kumpulan akan menilai

    persembahan rakan dari kumpulan lain

    dengan mengisi borang markah.

    4. Pemenang setiap kumpulan

    mendeklamasi sajak dengan sebutan

    yang jelas dan intonasi yang betul di

    hadapan kelas.

    Ilmu : Sejarah

    Nilai : Patriotisme,Semangat

    bermasyarakat

    Sistem bahasa:

    Sebutan dan intonasi

    Pemulihan.

    1. Murid mendeklamasi sajak dengan

    sebutan yang jelas dan intonasi yang

    betul dengan bimbingan guru.

    Lampiran Pemulihan

    Sajak Pendek

    Pengayaan

    1. Murid mendeklamasi sajak daripadabahan yang lain dan dinilai oleh rakan

    dalam kumpulan.

    ENT : KBMenghubungkait

    Media:Lembaran kerja

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    57/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    54

    Lampiran 1

    Generasi Perpaduan

    Masa berputar tanpa henti

    Generasiku hadir bersilih ganti

    Bijak berbicara namun rapuh jati diri

    Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

    Sedarlah generasi mudaku

    Kemerdekaan ini di tanganmu

    Corakkan ia dengan semangat perpaduan

    Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan

    Agar negara makmur dan aman.

    Bangsaku

    Melayu, India dan Cina mesti bersatu

    Teguh erat berganding bahuBiar bertingkah tidak berseteru

    Bersatu hati dan bermuafakat

    Demi negara kita bertekad.

    Generasiku

    Dikaulah pewaris perjuangan

    Pembela negara di masa hadapan

    Agar negara terus gemilang

    Baca dan fahami sajak di

    bawah.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    58/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    55

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan generasi muda?

    2. Apakah tanggungjawab generasi muda terhadap negara?

    3. Mengapakah kaum Melayu, Cina dan India perlu bersatu padu?

    4. Siapakah pewaris perjuangan?

    5. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ayat Biar bertingkah tidakberseteru ?

    Lampiran 2

    Jawab soalan pemahaman di

    bawah.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    59/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    56

    Penilaian

    Pertandingan Mendeklamasi Sajak

    Kumpulan: ......................

    Dihakimi oleh:

    Bil Nama Murid Markah Penuh( 20 markah ) Kedudukan

    Tulis nama rakan anda. Dengarisajak yang dideklamasi, kemudian

    berikan markah yang sesuai.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    60/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    57

    PemulihanBaca rangkap sajak yangdiberi oleh guru kamu dengan

    sebutan yang jelas dan intonasi

    yang betul.

    Generasi Perpaduan

    Generasiku

    Dikaulah pewaris perjuangan

    Pembela negara di masa hadapan

    Agar negara terus gemilang

    Generasi Perpaduan

    Bangsaku

    Melayu, India dan Cina mesti bersatu

    Teguh erat berganding bahu

    Biar bertingkah tidak berseteru

    Bersatu hati dan bermuafakat

    Demi negara kita bertekad.

    Generasi Perpaduan

    Sedarlah generasi mudaku

    Kemerdekaan ini di tanganmu

    Corakkan ia dengan semangat perpaduan

    Kekalkankan ia dengan semangat kesetiaan

    Agar negara makmur dan aman.

    Generasi Perpaduan

    Masa berputar tanpa henti

    Generasiku hadir bersilih ganti

    Bijak berbicara namun rapuh jati diri

    Pantas bergerak tetapi silap bertindak.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    61/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    58

    Pengayaan

    BERSATU KITA TEGUH

    generasi berganti silih berganti

    mu sim berganti silih berganti

    hari berganti silih berganti

    ma sa berputar tiada henti

    mema tangkan usia dan pemikiran

    mendewasakan manusia dan dunia

    melahirkan insan integriti bangsa

    hai generasi

    tanpamu siapalah dunia ini

    tanpam u tiada akan erti kemerdekaan ini

    kemerdekaan yan g dicapai oleh negaram u hari ini

    kemerdekaan yan g dicapai oleh dirimu sendiri

    corakkanlah hidupmu dengan semangat perpaduan

    corakkanlah hidupmu dengan semangat kemerdekaan

    agar negara tercinta kekal bersama kita selaman ya

    Melayu, India dan Cina

    kita adalah bersama

    jika bercerai kita roboh,

    bersatu kita pasti teguh

    laksana ikatan keakraban persaudaraa n

    kita adalah insan sekelompok

    kita adalah insan satu gagasan

    kita adalah insan satu Ma laysia

    berganding bah u tanpa m engira bangsa serta asal usul

    bersatu hati dalam bermuafakat

    demi negara yan g tercinta

    kita satu Malaysia

    Baca sajak di bawah dengansebutan yang jelas dan intonasi

    yang betul.

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    62/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    59

    TEMA KESENIAN DAN ESTETIKA

    TAJUK Permainan Wau

    MASA

    STANDARD

    PEMBELAJARAN

    2.4.2 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat

    daripada pelbagai bahan yang sesuai untuk membuat rumusan

    dengan betul.

    OBJEKTIF

    Pada akhir pengajaran murid dapat:

    i. membaca dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

    ii. menyenaraikan maklumat yang tersurat dan tersirat berdasarkan

    petikan yang dibaca.

    PENGISIAN KURIKULUM

    EMK : TMK

    Celik kewangan

    KB : Menjana Idea

    KP : Verbal Linguistik

    BCB : Bacaan Mekanis / Bacaan IntensifNilai : Menghargai, bekerjasama

    Ilmu : Dunia Seni Visual

    SISTEM BAHASA Tatabahasa : Kata Hubung / Kata Sendi

    BAHAN BANTU BELAJAR ICT, Bahan maujud

    PENILAIAN PENGAJARANDAN PEMBELAJARAN

    Membaca dan menyenaraikan maklumat dalam bentuk grafik.

    REFLEKSI

  • 7/25/2019 Buku Panduan Mengajar Bahasa Melayu KSSR Tahun 6

    63/189

    Standard Kurikulum Bahasa Malaysia

    Buku Panduan Guru Tahun 6

    Sekolah Kebangsaan

    2015

    60

    STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

    AKTIVITIPENGISIAN

    KURIKULUMCATATAN

    Membaca Seni Kata Lagu

    1. Murid membaca seni kata lagu WauBulan

    2. Guru menayangkan gambar-gambar

    beberapa jenis wau.Contoh:

    wau bulan

    wau pari

    wau katak

    wau bayam

    wau merak

    wau kucing

    3. Murid dan guru bersoal jawab tentang

    pelbagai jenis wau yang ditayangkan.

    EMK : TMK

    ENT : KP - Muzik

    Ilmu : Pendidikan Muzik

    & Pendidikan SeniVisual

    Nilai :

    Menghargai seni budaya

    Lagu Wau Bulanhttp://www.youtube.com

    /watch?v=lkKTVvHSoz

    0

    Lampiran 1

    Media:

    Slaid

    http://malaysia.pnm.

    Membaca dan Memahami

    1. Murid membaca senyap petikan teks yang

    di