perutusan tahun bahru kp jpkk 2016
TRANSCRIPT
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
1/27
1
UCAPAN PERUTUSAN TAHUN BAHRU 2016
PPj. KEHORMAT (PA) DATO AMIR MD NOOR
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
Kementerian Pendidikan Tinggi
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
2/27
2
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM.
Yang dihormati tuan pengerusi majlis,
Pengarah-Pengarah di Jabatan dan Kolej Komuniti,
Pegawai-Pegawai Kanan di Jabatan dan Kolej Komuniti,
Barisan Pensyarah dan Pelajar Kolej Komuniti yang dikasihi,
Dif-dif jemputan,
Tuan-tuan dan Puan-puan serta sidang hadirin yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.
1. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T
dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, mengizinkan kita berkumpul
dalam majlis Perutusan Tahun Baharu 2016pada hari ini. Saya kira
tidak terlewat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu
kepada semua warga Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti dan semua
Kolej Komuniti diseluruh negara. Saya ingin mengambil kesempatan di
awal ucapan saya ini dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada
anda semua yang telah berusaha dengan gigih dan cemerlang dalam
melaksanakan tugas yang diamanahkan sepanjang tahun 2015.
Tahniah dan syabas saya ucapkan. Semoga segala usaha, kerja
keras serta komitmen tuan puan sepanjang tahun 2015 diberkati oleh
Nya.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
3/27
3
2. Menyusuri perjalanan tahun 2015, kolej komuniti telah melakarkan
pelbagai kisah kejayaan selari dengan harapan kolej komuniti dalam
mencipta sang juara. Di samping itu, kita juga berhadapan dengan
pelbagai cabaran di sepanjang tempoh tersebut. Dalam hubungan ini,
adalah sangat penting bagi kita untuk meneliti, menganalisa pelbagai
faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan yang dicapai atau
cabaran yang ditempuh di masa lalu serta mengambil iktibar serta dan
pengajaran daripadanya untuk kita lebih bersiapsiaga bagi mendepani
tahun 2016 ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Kejayaan dan pencapaian 2015
Anugerah dan Pengiktirafan
3. Tahun 2015 meninggalkan kita dengan beberapa kejayaan yang boleh
dijadikan penanda aras dan kesinambungan untuk kejayaan yang
lebih gemilang pada tahun 2016. Pada tahun 2015, JPKK juga telah
mendapat pengiktirafan dari ASEAN Retail-Chain Francaise
Federation (ARFF) bagi anugerah 'Asean Most Recognised Brand
Award in Leading Education in Social Entrepreneur Development'
pada majlis Asean Outstanding Business Award 2015 yang telah
berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali
kedua berturut-turut kita menerima pengiktirafan antarabangsa
tersebut daripada ASEAN Retail-Chain Francaise Federation, di mana
pada tahun 2014 kita telah dianugerahkan bagi kategori Community
Training & Education. Syabas, saya ucapkan kepada semua warga
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
4/27
4
jabatan dan kolej komuniti. Kecemerlangan kolej komuniti ini perlu
diteruskan pada tahun ini dan juga pada tahun-tahun mendatang.
4. JPKK turut menerima Anugerah Kecemerlangan Pengurusan
Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti (AI) tahun 2014 bagi
kementerian, jabatan dan badan berkanun. Anugerah tersebut telah
disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Disember 2015
dalam majlis di Jabatan Perdana Menteri. Saya mengucapkan tahniah
dan syabas kepada semua warga jabatan dan kolej komuniti di atas
kesungguhan dan kecemerlangan pengurusan tuan-puan. Harapan
saya agar penganugerahan ini akan memberi dorongan kepada
jabatan dan kolej komuniti untuk mengekal dan mempertingkat
prestasi pengurusan kewanganpada masa akan datang.
5. Suka saya nyatakan di sini bahawa pada tahun lalu, inisiatif Public-
Private Partnership (PPP) JPKK iaitu LTA@KK Langkawi telah
menerima satu pengiktirafan antarabangsa - PATA Grand Awards
2015 yang mengiktiraf pencapaian terbaik industri pelancongan bagi
rantau Asia Pasifik. Anugerah telah disampaikan di Bangalore, India
yang mana LTA@KKLangkawi telah menerima anugerah tersebut
bersama Taylors University Malaysia.
Kolaborasi
6. Selain itu, JPKK telah berkolaborasi bersama rakan industri MMC-
Gamuda iaitu syarikat yang bertanggungjawab membangunkan projek
Mass Rapid Transit (MRT). Usaha ini telah memberi peluang kepada
graduan kolej komuniti untuk bekerja dalam bidang Tunnel Mechanic
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
5/27
5
dan Tunnel Electrician pembinaan terowong berteknologi tinggi bagi
memenuhi permintaan di sektor pembinaan. Seramai 17 orang pelajar
Kolej Komuniti Sabak Bernam dan Kuantan merupakan kumpulan
perintis internship tersebut. Pada tahun ini, kolaborasi ini akan
diteruskan dalamTunnel Electrician pembinaan terowong fasa baharu
dan Projek Gamuda IBS. Melalui projek ini lebih ramai juruteknik akan
ditawarkan perkerjaan dibawah MMC-Gamuda.
7. Di samping itu, kerjasama dengan syarikat seni permainan bertaraf
antarabangsa, Codemasters Studios dengan Kolej Komuniti Selayang
juga telah melahirkan seramai 12 orang pelajar Diploma in Games Art.
Hasil daripada kerjasama ini pelajar tersebut telah berjaya
menghasilkan permainan Race Driver Grid and F1 yang mendapat
pengiktirafan BAFTA Awards. Pada tahun ini juga, kerjasama ini akan
diteruskan bagi melahirkan lebih ramai graduan Diploma in Games Art.
8. Dalam tahun 2015 JPKK telah menajalinkan kolaborasi strategik
bersama Sarawak Corridor of Renewable Energy (SCORE) dan 15
syarikat terkemuka dalam bidang minyak dan gas, keluli dan
aluminium, hospitaliti, hi-tech fesyen, tenaga baharu (new energy) dan
hi-tech landskap.
9. Manakala, Center Of Training (CoT) Kolej Komuniti Bandar Penawar
dalam bidang minyak dan gas telah ditubuhkan dengan kerjasama
Malaysia Offshore Contractors Association dan Johor Petroleum
Development Cooperation yang telah melatih 400 pekerja industri.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
6/27
6
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Akreditasi
10. Akreditasi adalah penting untuk memastikan kualiti program pengajiandi kolej komuniti menepati standard Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA). Sehingga November 2015, sebanyak 22 Sijil Kolej Komuniti
(Bermodular) dan 9 Sijil Kolej Komuniti (Berterusan) mendapat
akreditasi penuh. Manakala tiga program telah mendapat pengiktirafan
daripada industri pada iaitu Diploma Games Art (Kolej Komuniti
Selayang) yang diiktiraf oleh Codemaster, Sijil Pemasangan Elektrik
(Kolej Komuniti Kuantan) dan Sijil Mekanikal Pembuatan (Kolej
Komuniti Sabak Bernam) oleh MMC-Gamuda. Tahniah dan Syabas!
Kejayaan Pelajar menyerlahkan potensi bakat
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
11. Pelajar merupakan aset utama sesebuah negara. Bakat dan potensi
diri dalam kalangan pelajar kolej komuniti perlu sentiasa digilap dan
diasah agar berupaya menyumbang secara produktif kepada
pembangunan negara.
12. Pada 20 Oktober 2015, Saudari Chin Pheynie pelajar Langkawi
Tourism Academy @ KK Langkawi telah berjaya merangkul pingatemas dalam bidang Restaurant Services dalam Pertandingan
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) 2015.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
7/27
7
13. Turut membanggakan, apabila kolej komuniti berjaya meraih dua
anugerah semasa Program Daya e-Usahawan 2015 anjuran
Multimedia Development Corporation (MDEC). Anugerah e-Usahawan
Muda dirangkul oleh Syed Mustafa Tarmizi bin Tuah Ahmad dan
Anugerah Tenaga Pengajar Konsisten oleh Puan Mastura Mustaffa.
Kedua-dua penerima adalah dari Kolej Komuniti Paya Besar. Program
ini merupakan salah satu usaha menerapkan ilmu keusahawan digital
serta memberi pendedahan dan pembelajaran kepada generasi muda
untuk menerokai peluang sebagai usahawan teknologi.
14. Di samping itu, kolej komuniti juga telah berjaya ke peringkat akhir
bagi tiga kategori dalam Mohe Entrepreneurial Awards (MEA) 2015
iaitu Best Student Enterprise, Best Entrepreneurship Project dan Best
Entrepreneurship Mentor. Semoga penganugerahan ini menjadi
pemangkin kepada semua warga kolej komuniti untuk berusaha
dengan lebih gigih lagi dan seterusnya melahirkan lebih ramai
usahawanan dari kalangan komuniti setempat, pelajar dan warga kolejkomuniti sendiri.
15. Pada hujung tahun lepas, JPKK telah berjaya mengelola kejohanan
Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2015. Kejohanan ini
telah mendapat perkenaan DYTM Raja Muda Perlis untuk turut sama
mencemar duli dalam menghadiri majlis-majlis rasmi kejohanan seperti
Jelajah Berbasikal SIPMA, Kejohanan Woodball Jemputan SIPMA danMajlis Perasmian Penutup SIPMA. DYTM Raja Muda turut teruja serta
berpuas hati dengan penganjuran Kejohanan SIPMA pada kali ini.
Dalam kejohanan ini, kolej komuniti berjaya membawa pulang satu
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
8/27
8
emas, tiga perak dan satu gangsa. Apa yang membanggakan saya,
pelajar dari Kolej Komuniti Kluang, Muhammad Ashraf bin Abu telah
mencipta rekod baru SIPMA dalam sukan merejam lembing dengan
jarak sejauh 61.91 meter.
16. Kisah sang juara yang sempat saya sebutkan di sini merupakan
sebahagian sahaja dari kejayaan yang telah diperolehi oleh pensyarah
dan pelajar kolej komuniti sepanjang tahun 2015. Malah banyak lagi
kejayaan lain yang dicapai menunjukkan kesungguhan dalam
meningkatkan potensi bakat dan kemahiran yang boleh dikongsi dan
dimanfaatkan dengan warga kolej komuniti.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Mendepani Tahun 2016-Cabaran JPKK
17. Kita akan tempuhi tahun 2016 dengan penuh iltizam, semangat serta
memandang kehadapan dengan pandangan yang penuh positif. Kita
sedar bahawa dalam ketidaktentuan ekonomi global serta senario
persekitaran yang semakin mencabar, kita dituntut untuk lebih
realistik, kreatif, inovatif dalam melaksanakan tugas dan
tangunggjawab yang telah diamanahkan.
18. Dalam ketidaktentuan keadaan ekonomi semasa, kita harus
meneruskan perancangan yang telah dirangka. Sebarang
pengumuman yang bakal diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada
28 Januari nanti, kita harus menerima dengan hati yang terbuka dan
kita perlu sesuaikan perancanganmengikut kemampuan.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
9/27
9
Ringkasan Petikan Bajet 2016
19. Seperti mana Tuan-tuan dan Puan-puan sedia maklum, Bajet 2016
telah dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat 23 Oktober 2015
oleh YAB Perdana Menteri. Tumpuan utama kerajaan dalam Bajet
2016 adalah menumpukan usaha mengukuhkan daya tahan ekonomi
negara, mengurus impak kelemahan luaran serta melindungi
kesejahteraan rakyat. Seperti mana Tuan-tuan dan Puan-puan sedia
maklum, Bajet 2016 merupakan bajet pertama di bawah Rancangan
Malaysia Ke-11.
20. Secara ringkasnya, kerajaan telah menggariskan enam teras strategik
iaitu:
i. memperkukuh inklusiviti ke arah masyarakat yang saksama;
ii. meningkatkan kesejahteraan rakyat;
iii. meningkatkan pembangunan modal insan untuk negara maju;
iv. menuju ke arah pertumbuhan hijau bagi meningkatkan
kemampanan dan daya tahan;
v. memperkukuh infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan
ekonomi: dan
vi. merekayasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan
kemakmuran.
21. Bajet 2016 turut menggariskan lima Strategi Utama iaitu:
i. memperteguh ketahanan ekonomi Negara;
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
10/27
10
ii. meningkatkan produktiviti, inovasi dan teknologi hijau;
iii. mempersiaga modal insan;
iv. memperkasa agenda bumiputera; dan
v. meringankan kos sara hidup rakyat.
22. Justeru, kita sebagai warga jabatan dan kolej komuniti perlu
merealisasikan Strategik Utama yang ketiga di bawah touch point:
Mentransformasi Latihan Teknikal dan Vokasional di mana Kerajaan
telah mensasarkan 60 peratus daripada 1.5 juta pekerja baharu
adalah berkemahiran TVET pada 2020.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
Cabaran 2016 : Optimumkan perbelanjaan dan perbelanjaan berhemat
23. Umum mengetahui kejatuhan matawang dunia serta ketidak stabilan
ekonomi memberi kesan secara global. Antara punca ketidakstabilan
ekonomi dunia adalah disebabkan oleh penurunan harga minyak
dunia yang merudum yang mengakibatkan pendapatan negara
terjejas. Sehingga 15 Januari 2016, harga minyak mentah dunia telah
jatuh ke paras bawah 30 USD setong. Ini mengakibatkan nilai
matawang ringgit berbanding dollar jatuh kepada RM4.38.
24. Oleh yang demikian, warga jabatan dan kolej komuniti sewajarnya
lebih berjimat dan mengutamakan perkara-perkara penting (priort ize
your spending) . Oleh yang demikan, warga diingatkan keluar dari
amalan biasa ataum ove out of com for t zone dalam pengurusan
operasi jabatan dan kolej komuniti dengan memperbanyakkan
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
11/27
11
perbincangan dan melaksanakan urusan secara kreatif dan
inovatif.
25. Sebagaimana selaras dengan saranan Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri yang menekankan kepada langkah
mengoptimumkan perbelanjaan iaitu setiap ringgit yang dibelanjakan
boleh mendatangkan hasil dan kesan yang paling besar.
26. Sehubungan itu, semua warga perlu memastikan setiap program atau
aktiviti dilakukan secara kolektif iaitu melaksanakan program secara
bersama contohnya berdasarkan zon ataupun negeri. Usaha ini juga
perlu dipanjangkan dengan mengadakan program secara berpusat
dan mengelakkan daripada penganjuran program secara berasingan.
27. Sejajar dengan itu, Kementerian telah mengeluarkan garis panduan
Perbelanjaan Berhemat bagi tahun 2016 meliputi :
a) Elaun lebih masa digalakkkan membuat tuntutan cuti
gantian;
b) Makan Minum Mesyuarat / Majlis Rasmi Kerajaan /
Persidangan / Bengkel / Kursus / Seminar / yang tidak
melibatkan pakej - Tempahan makan minum yang diadakan
pada sebelah petang dan makan tengah hari tidak dibenarkan.
Pengurusan secara berpusat di jabatan dan kolej komuniti perlu
diwujudkan. (minimum ahli mesyuarat adalah 15 orang);
c) Kelayakan tiket kapal terbang digalakkan membuat
tempahan dan bayaran sendiri dan perjalanan yang kurang satu
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
12/27
12
jam hanya dibenarkan menggunakan penerbangan kelas
ekonomi sahaja;
d) Tempahan kad namadigalakkan dalam bentuk elektronik;
e) Permohonan pesanan tempatan disertakan bersama tiga
kajian pasaran bagi semua nilai perolehan;
f) Penggunaan utiliti dan bahan menggunakan kertas kitar
semula bagi dokumen bentuk deraf, cetakan kedua belah muka
surat, kitar semula sampul kecil dan digalakkan penggunaan
dokumen secara elektronik;
g) Kontrak semakan semula ke atas kontrak sedia ada bagi
melihat keperluan sebenar yang kritikal sahaja dan kajian impak
perlu disediakan bagi memastikan selaras dengan outcome
Kementerian termasuklah PPPM (PT);
h) Dari segi penganjuran program:
i. memerlukan perancangan lebih awal;
ii. aspek penjimatan;
iii. penyediaan makan minum berdasarkan keperluan
sebenar kehadiran;
iv. digalakkan di bangunan pejabat, Institut Latihan Awam
atau Universiti Awam yang berdekatan; dan
v. pergerakan pegawai secara pool atau urus setia
menyediakan kemudahan kenderaan.
i) Dan empat perkara yang tiada pindaan dalam garis panduan
iaitu :
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
13/27
13
i. Tuntutan perjalanan mengikut pekeliling yang sedang
berkuatkuasa;
ii. Pengubahsuaian ruang pejabat juga mengikut pekeliling
yang sedang berkuatkuasa;
iii. Door gift / pemberian sagu hati tidak dibenarkan sama
sekali; dan
iv. Menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS)
dalam pengoperasian.
28. Berikutan pengurangan peruntukan oleh Kerajaan, kita berhadapan
dengan cabaran dalam menggunakan perkhidmatan Pekerja Sambilan
Harian (PSH). Sehubungan dengan itu, kita perlu melihat semula cara
cara kita bekerja dengan mengurangkan kebergantungan kpd PSH.
Keperluan PSH hanya akan diluluskan kepada KK yang mempunyai
pengambilan yang tinggi untuk setiap program. Begitu juga dengan
pengurusan Akaun Amanah di kolej komuniti yang harus digunakan
secara optimum, kreatif dan smart spending dengan menjalankan
pelbagai program.
Way Forward: Perancangan 2016
Pembangunan :
Penubuhan Kota Kinabalu Tourism Academy @ Kolej Komuniti Kota
Kinabalu (KKTA)
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
14/27
14
29. Ekoran kejayaan LTA@KK Langkawi, sekali lagi kolej komuniti telah
diberi kepercayaan untuk menerajui Penubuhan Akademi
Pelancongan di Kota Kinabalu. Sebanyak RM 56.1 juta diperuntukkan
bagi penubuhan akademi ini. KKTA akan menggunakan konsep Hotel
School in a Hotel iaitu pelajar didedahkan dengan situasi operasi
hotel sebenar bermodelkan PolyU, Hong Kong yang merupakan Hotel
Icon sebagai pusat pembelajaran dan penyelidikan hotel yang pertama
di dunia. Dua kolej komuniti akan melalui proses perolehan dan
pengubahsuaian bangunan iaitu Kolej Komuniti Jeli, Kelantan yang
bernilai RM 30.4 juta dan Kolej Komuniti Pagoh, Johor dengan kos
projek berjumlah RM 33.9 juta. Sebelas buah kolej komuniti akan
dinaiktaraf dengan jumlah kos sebanyak RM7.5 Juta.
30. Sukacita dimaklumkan LTA@KK Langkawi akan memasuki Fasa
kedua pelaksanaannya. Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana
Menteri (EPU) telah bersetuju menyalurkan peruntukan sebanyak
RM3.13 juta yang akan diturunkan secara berperingkat sepanjangtahun 2016 hingga 2017.
31. Sepuluh kolej komuniti baharu berkonsepkan Blue Ocean Strategy
(BOS) antara Universiti Awam dan kolej komuniti ( KPT BOS-
UA) akan laksanakan tanpa melibatkan permohonan tambahan
peruntukan dan perjawatan baharu. 10 KK ini adalah cawangan padaKK yang sediada yang menjalankan satu kursus yang akan
diumumkan nanti. Jumlah kos keseluruhan bagi sepuluh kolej komuniti
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
15/27
15
cawangan baharu tahun 2016 ialah RM10 juta dengan menggunakan
peruntukan sedia ada Kementerian.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
(Latihan)Gambar pensyarah
32. Peningkatan kompetensi penjawat awam sentiasa mendapat
keutamaan dalam pengagihan Peruntukan Pembangunan
(Development Expenditure) Kerajaan untuk melahirkan modal insan
negara. Dalam Rancangan Malaysia terdahulu, peruntukan melatihtenaga pengajar TVET khususnya politeknik dan kolej komuniti telah
disalurkan terus kepada institusi melalui Kementerian Pendidikan
Tinggi.
33. Sepanjang tahun 2015, kita telah berjaya melatih seramai 935 orang
pensyarah dalam PPK, CPCM dan KIPA. Manakala 17 pensyarah
telah berpeluang mengikuti program SIP di industri dalam pelbagai
bidang dan 11 orang telah diiktiraf sebagai SME oleh industri
berkaitan.
34. Bagi tahun 2016, disasarkan seramai 1860 pegawai dan pensyarah
akan mengikuti latihan kompetensi dalam pelbagai bidang.
35. Walaubagaimanapun, mulai Rancangan Malaysia Kesebelas, EPU
telah melantik Kementerian Sumber Manusia melalui agensi pusat
CIAST bagi menagih Peruntukan Pembangunan kepada semua
institusi latihan yang menjalankan program TVET. Jumlah agihan yang
dikhusus kepada kolej komuniti pada tahun ini ialah hanya RM2.5juta.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
16/27
16
36. Rentetan daripada itu, tatacara perolehan dan perbelanjaan
peruntukan ini telah berubah. Mulai tahun ini, kita dikehendaki
melaksanakan audit abi l i tysebelum peruntukan tersebut diluluskan
melalui pendekatan Curr iculum Development Based on Abi l i ty
St ructure (CUDBAS). Kaedah ini bertujuan mengenalpasti jurang
kompetensi pensyarah kolej komuniti dan seterusnya menyediakan
latihan yang relevan. Disasarkan seramai 768 pensyarah akan
mengikuti latihan dalam 10 bidang TVET sepanjang tahun ini.
37. Walaubagaimanapun, kursus-kursus yang bukan berasaskan TVET
seperti CPCM terkecuali daripada peruntukan ini dan kita perlu
mendapatkan sumber peruntukan lain daripada Kementerian.
Program Baharu Diploma Kolej Komuniti Mod Work-Based Learning
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
38. YB Menteri Pendidikan Tinggi menzahirkan keterujaan dengan
program-prgram Diploma yang berimpak tinggi yang ditawarkan di
kolej komuniti. Empat program Diploma Kolej Komuniti Mod Work-
Based Learning berimpak tinggi yang ditawarkan pada tahun lepas
ialah:
i. Diploma in Architectural technology di Kolej Komuniti Sabak
Bernam;
ii. Diploma in security Technology di Kolej Komuniti Segamat;
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
17/27
17
iii. Diploma in Customer Service Management di Kolej Komuniti
Hulu Langat; dan
iv. Diploma in Patisserie di Kolej Komuniti Kuala Kangsar
39. Inisiatif ini diteruskan lagi pada tahun 2016 dengan empat lagi
program baharu iaitu:
i. Diploma in Heavy Vehicles di Kolej Komuniti Bandar
Darulaman (MARA Liner);
ii. Diploma in Lighting and Sound di Kolej Komuniti Kuala Langat
(RTM);
iii. Diploma in Electronics (Instrumentation) di Kolej Komuniti
Seberang Jaya (National Instruments); dan
iv. Diploma in Rapid Transit Technology di Kolej Komuniti Kelana
Jaya (Global Rail).
40. Pertambahan ini menjadikan 15 program Diploma Kolej Komuniti
ditawarkan sehingga kini.
Pengukuhan PSH 2016 dilaksanakan secaraStackab le Module
41. Bagi meneruskan agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH),
PSH di kolej komuniti akan ditingkatkan supaya lebih berkualiti dalam
pelbagai laluan untuk pembangunan profesional dan individu serta
komuniti setempat.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
18/27
18
42. Selaras dengan itu, program Sijil Modular Kebangsaan (SMK)
Stackable Modu ledijenamakan semula dengankonsep pelaksanaan
yang lebih berstruktur dan fleksible bagi memudahkan penyertaan
merangkumi individu dewasa (adult learner), pekerja industri dan
individu yang berminat. Diharapkan dengan adanya modul yang lebih
mantap ini, akaun amanah KK akan dapat ditingkatkan sehingga
mencapai minima RM 500 ribu setahun.
43. Sukacita dimaklumkan bahawa Kertas makluman Program Sijil
Modular Kebangsaan Kolej Komuniti ini telah dibentangkan dalam
Mesyuarat Pasca Kabinet pada 13 Januari 2016 dan akan diangkat
sebagai Nota Jemaah Menteri.
44. Secara dasarnya, Kementerian telah bersetuju melantik kolej komuniti
sebagai hab pelaksanaan Accreditation of Prior Experiential Learning
(APEL) SMK untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma
melalui APEL dengan kerjasama MQA.
Kolaborasi baharu dengan Silver Ant
45. Kolej komuniti akan menjalankan kolaborasi dengan Silver Ant dalam
bidang Sijil Animasi 3D di Kolej Komuniti Besut. Silver Ant dikenali
sebagai syarikat animasi yang terkemuka dan mendapat pengiktirafan
antarabangsa serta terlibat secara aktif dalam menghasilkan karya
filem animasi dan permainan video. Peluang ini harus digunakan
dengan sebaiknya oleh pensyarah dan pelajar untuk meningkatkan
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
19/27
19
daya kreativiti dan peluang-peluang baharu dalam bidang animasi
bukan sahaja kepada pelajar kolej komuniti tetapi juga dapat
diperluaskan kepada lepasan sekolah, belia serta komuniti setempat.
Rumah Kos rendah DKomuniti menggunakan Teknologi Komposit
46. YB Dato Seri Idris Jusoh, Menteri Pendidikan Tinggi menaruh
harapan tinggi kepada kita untuk melaksanakan 50 unit rumah
pembinaan Rumah Kos Rendah DKomuniti menggunakan teknologi
komposit di Besut, Terengganu. Majlis Pecah Tanah Tapak Rumah D
Komuniti telah diadakan pada 11 Januari 2016. (Gambar)
47. Kos rumah pasang siap ini ialah RM19,900.00 seunit yang dibina
dengan kerjasama Syarikat DK Composites Sdn. Bhd dalam tempoh
sebulan. Keluasan tapak rumah yang dicadangkan ialah 600 kaki
persegi (20 x 30) dengan tiga buah bilik tidur, satu ruang tamu dan
satu bilik air. Empat buah kolej komuniti yang terlibat ialah Kolej
Komuniti Sabak Bernam, Kolej Komuniti Kuala Terengganu, Kolej
Komuniti Besut dan Kolej Komuniti Kemaman dan diterajui oleh
Bahagian Akademik dan Pendidikan dan Berterusan JPKK. Bidang
kerjasama meliputi pelan rumah, pemasangan, pendawaian, dan
plumbing.
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
20/27
20
48. Melalui projek yang dijalankan ini yang berkonsepkan sukarelawan
diperkasakan oleh pensyarah dan pelajar diharap dapat menyumbang
kepada masyarakat di samping menjalani latihan lapangan. Selain itu
juga, projek ini merupakan tanggungjawab sosial kolej komuniti
kepada masyarakat selain yang dilaksanakan dalam kurikulum
pembelajaran. Majlis Pelancaran Rumah Kos rendah DKomuniti yang
Pertama ini akan disempurnakan oleh YB Menteri pada 28 Februari
2016 di Besut, Terengganu.
49. Adalah menjadi cabaran kita untuk menyahut harapan tinggi YB
Menteri bagi menyediakan 50 unit Rumah Kos Rendah DKomuniti
dalam tempoh yang ditetapkan. Saya berharap, kita berupaya untuk
merealisasikan hasrat tersebut mengikut keupayaan dan kemampuan.
Saya memetik kata-kata semangat daripada Winston Churchill
Never, never, never give up.
Pengiktirafan Asia Pacific Accreditation dan Certification Comission
(APACC)
50. Sebagai penanda aras, kita berhasrat untuk memperoleh akreditasi
Asia Pacific Accreditation dan Certification Comission (APACC) yang
mana ianya merupakan persijilan antarabangsa yang dikeluarkan oleh
Colombo Plan Staff College (CPSC). Pemerolehan akreditasi APACC
dan inisiatif pensijilan ini adalah bagi menyelaraskan kualiti institusi
TVET, menyeragamkan kemahiran dan memudahkan mobiliti tenaga
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
21/27
21
kerja di rantau Asia dan Pasifik. Kolej Komuniti Selayang merupakan
kolej komuniti pertama yang akan memohon persijilan APACC nanti.
51. Selaras dengan PPPM (PT) 2015-2025, peranan pelajar ditonjolkan
ke arah melahirkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan
seimbang. Oleh yang demikian, pelajar kolej komuniti perlu
didedahkan serta dididik untuk menghadapi masa hadapan yang lebih
mencabar.
52. Pada tahun ini, saya berbangga dengan pencapaian pelajar kolejkomuniti yang berjaya membawa nama kolej komuniti di persada
antarabangsa. Dua orang pelajar kelainan upaya (masalah
pembelajaran) Saudara Yap Yee Heng dan Muhamad Safiuddin B.
Haji Rosli dari Kolej Komuniti Selayang telah melayakkan diri
menyertai 9th International Abilympic Competition, Bordeaux,
Perancis. Harapan saya semoga kedua-dua pelajar ini akan
membawa pulang pingat kemenangan. Begitu juga dengan saudari
Chin Pheynie, pelajar LTA@KK Langkawi yang telah memenangi
WorldSkills Malaysia Belia (WSMB) pada tahun lepas. Beliau akan
mewakili kolej komuniti ke pertandingan Asean Skills Competition
2016.
Program Usahawan Muda SME Bank 90 Days Business Challenge
53. Pagi tadi telah berlangsung majlis penyampaian hadian bagi Program
Usahawan Muda SME Bank 90 Days Business Challenge. Ini
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
22/27
22
merupakan kolaborasi diantara SME Bank-JPKK yang memberi fokus
kepada inkubator keusahawanan pelajar di Kolej Komuniti untuk
memperlihatkan kecenderungan dan kesungguhan mereka
menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan selepas
bergraduan dari Kolej Komuniti. Melalui program ini, inkubator pelajar
diupayakan dengan mekanisme pertandingan bagi mewujudkan
suasana persaingan yang sihat dengan tujuan mendapatkan
outcome yang terbaik dari pelajar. Program ini telah berjaya dan
mendapat pujian dari YB Menteri Pendidikan Tinggi kerana ia
membantu pelajar untuk menceburi bidang keusahawanan. Selaras
dengan itu, pihak SME Bank telah bersetuju supaya program ini
disambung pada tahun 2016 dan telah dilancarkan oleh YB Menteri
pada tadi. Tahniah kepada KK Paya Besar, KK Sandakan dan KK
Selandar kerana telah menjadi mendapat tempat pertama, kedua dan
ketiga bagi Program Usahawan Muda SME Bank 90 Days Business
Challenge 2015. Harapan saya, tahun 2016 akan lebih banyak KK
yang akan memyertai pertandingan ini.
Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT)
54. Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2016 akan diadakan pada
25 januari 2015 hingga 5 Februari 2016 di UTM Johor. Kejohanan
SUKIPT kali ini menyaksikan penyertaan seramai hampir 444 orang
staf dan atlet KK yang akan bertanding dalam 16 daripada 25 acara
sukan yang dipertandingkan. Saya doakan semoga atlet KK berjaya
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
23/27
23
mendapat pingat dan mengharumkan nama KK dalam SUKIPT pada
tahun ini.
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
55. JPKK dalam usaha mendapat pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor
Awam (EKSA). Dijangka audit daripada MAMPU, JPM akan
berkunjung ke premis kita pada bulan Mac tahun ini. Terdapat
beberapa kolej telah mendapat pensijilan EKSA. Saya berharap
inisiatif ini diteruskan dan diperluaskan di semua kolej komuniti yang
lain.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,
56. Selaras dengan saranan YB Menteri dalam Amanatnya semalam,
kita perlu meneruskan jalinan kerjasama akademia-industri-komuniti-
kerajaan yang bukanlah perkara baru bagi kita. Melalui pendekatan
Quadruple Helix dan pengkomersialan idea, diharap warga kolej
dan komuniti setempat akan dapat merasai manfaat jaringan
kerjasama ini. Kita juga disaran supaya merangka Pelan Tranformasi
berdasarkan PlaybookEnhancing University Board Governance and
Effectiveness .
57. Di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada semua
warga jabatan dan kolej komuniti atas sumbangan dan komitmen
yang dicurahkan selama ini. Saya jangkakan ada pergerakan
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
24/27
24
pegawai yang mana ada antara kita akan berhijrah. Tahniah
diucapkan. Ini merupakan fenomena dan sustainabality of the
system. Apa yang penting framework untuk move on telah tersedia
untuk dilaksanakan.
58. Saya akhiri ucapan saya dengan perkongsian lirik lagu Life is
Beautiful yang kita sama-sama dengar tadi untuk dihayati maksud
yang terkandung di dalamnya.
Hey now
Come on
Let's go
The music's playin'
I've got
To move on
To go out
No more delayin'
Pack my things up
Care free
Adventure's waitin'
I'm headin' out
Headin' out to see the rest of the worldYeah, yeah
So kick it up to stir it up
Alive will make you feel
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
25/27
25
Press reset with no regret
Make sure to keep it real
The possibilities, right in front of me
Oh all the things that I can beGot me feelin' free
Yeah
So turn it up and shout it out
Cause you got something to shout about
And let the world just spin around
As you go on and make more ground
And throw your hands up, ya put em up high
Walk a new path, and go on
And let the cares fly by
And if you take some time to ask me why
You always see me with a smile
I'll tell you that
Life is grand, life is great, life is good
Life is beautiful
Ya gotta give it all ya got
Everything you got to give
Time to shine, time to live
Life is grand, life is great, life is good
Life is beautiful
Now your living out your dream
With your hopes up high
Your only limit is the sky
Hey, hey, hey, hey
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
26/27
26
Standing in a brand new place
I feel the sun shine on my face
The weather's good, the day is bright
I watched it turn from dark to light
And keep the music going
Keep the good times rollin'
And now I'll never let it stop
You'll only find me growin'
Come on
Sing out a song
And don't be shyCause you'll never know
Till you give it a try
Colourful like a work of art
A brand new day, a brand new start
And once you go up, you'll never come down
Like your walking right on the air, with your feet far off the
ground
And if I take some time to ask you why
I always see you with a smile
You'll tell me that
Life is grand, life is great, life is good
Life is beautiful
Ya gotta give it all ya got
Everything you got to give
Time to shine, time to live
Life is grand, life is great, life is good
-
7/25/2019 Perutusan Tahun Bahru KP JPKK 2016
27/27
27
Life is beautiful
Now your living out your dream
With your hopes up high
Your only limit is the sky
Hey, hey, hey, hey
Dengan itu saya sudahi ucapan saya kali ini dengan lafaz ;
Wabillahitaufik Walhidayah Assalamualaikum W.B.T.
Sekian, terima kasih.