yang amat berhormat dato

Upload: mimi

Post on 24-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    1/12

    Yang Amat Berhormat Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah

    Perdana Menteri Malaysia (ke-6) sejak 3 April 2009sehingga kini. Beliau juga sebagai Menteri Kewangan

    dan merupakan Ahli Parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana

    menteriMalaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau

    merupakan Presiden UMNO yang ke-7.

    Latar belakang

    Dato' Seri Najib dilahirkan di Kuala Lipis, Pahang. Beliau merupakan anak sulung kepada Tun Abdul Razak

    Hussein dan Toh Puan Rahah Mohammad Noah. Selain itu, beliau berdarah bangsawan Makassar iaitu

    susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi

    Selatan.[2]

    Pada tahun 1976, Najib berkahwin dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar dan mendapat tiga

    anak: Mohd Nizar Najib (lahir 1978), Mohd Nazifuddin Najib dan Puteri Norlisa Najib. Pada tahun 1987beliau bercerai dengan Ku Yie dan berkahwin dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan mendapat dua

    anak lagi: Mohd Norashman Najib dan Nooryana Najwa Najib. Beliau juga sepupu kepada Datuk

    Hishamuddin Tun Hussein.

    Pendidikan

    Najib mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur, dan kemudian

    belajar di Kolej Lelaki Malvern di Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda

    dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun

    1974.

    Politik

    Najib mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian mengejut bapanya, Tun Abdul Razak

    Hussein di London pada 14 Januari 1976. Beliau menang tanpa bertanding merebut kerusi Parlimen

    Pekan yang kosong, dengan kematian bapanya. Beliau menjadi ahli parlimen termuda yang pernah

    dipilih dengan usia 23 tahun ketika itu.

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    2/12

    Najib menjadi timbalan menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom

    dan Pos pada tahun 1978 ketika usia 25 tahun. Kemudian, pada tahun 1982 hingga 1986, beliau menjadi

    Menteri Besar paling muda dalam sejarah negara apabila dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika

    berumur 29 tahun.

    Antara jawatan yang pernah disandang dalam kabinet ialah:

    1978-1980 - Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos

    1980-1981 - Timbalan Menteri Pendidikan

    1981-1982 - Timbalan Menteri Kewangan

    1982-1986 - Menteri Besar Pahang

    1986-1987 - Kementerian Belia dan Sukan|Menteri Kebudayaan, Belia & Sukan

    1990-1995, 1999-2008 - Menteri Pertahanan

    1995-1999 - Menteri Pendidikan

    Najib juga pernah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan (Majuternak) pada tahun

    1977-1979. Kepimpinan beliau teruji dan terus diberi tanggungjawab oleh pucuk pimpinan negara.

    Dalam UMNO, beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan dan ahli EXCO Pemuda

    UMNO pada 1976. Kemudian beliau dipilih sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO mulai tahun 1981.

    Pada tahun 1982, Najib memenangi kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa bertanding setelah Datuk

    Mokhtar Hashim mengosongkan jawatan itu.

    Pada 1987, beliau diumumkan sebagai Pemangku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO oleh Anwar Ibrahim

    setelah Anwar didesak bertanding Naib Presiden UMNO. Beliau menjadi ketua pada 25 Mei 1988 setelah

    UMNO ditubuhkan semula. Pada tahun 1993 pula, beliau bertanding jawatan Naib Presiden UMNO,

    ekoran langkah Anwar untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO. Beliau terus

    mempertahankan jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti pada tahun 1993, 1996 dan 2000.

    Pada 7 Januari 2004, Najib dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

    Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Datuk Seri Najib bertanding menggunakan tiket Barisan

    Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pekan, negeri Pahang. Datuk Seri Najib telah

    menang dengan mendapat undi sebanyak 36262 menewaskan calon lawan Khairul Anuar bin AhmadZainudin dari PKR yang beroleh 9,798 undi.

    Gagasan 1 Malaysia

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    3/12

    Setelah beliau memegang tampuk Perdana Menteri, beliau telah memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia

    yang memupuk perpaduan rakyat di antara kaum. Ia juga dijadikan tema kemerdekaan pada tahun

    2009[3]. Terdapat dakwaan yang menyamakannya dengan Parti politik Gagasan One Israel dan ada juga

    ura-ura DAP yang cuba mengalihkan perhatian dengan retorik 'Middle Malaysia" yang dikatakan sama

    seperti 1 Malaysia.

    Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1 Malaysia yang telah

    perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak apabila beliau mengambil alih teraju

    kepimpinan kerajaan pada 3 April yang lalu.

    Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan mengukuhkan perpaduan

    nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak

    Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi. Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan

    kepada mereka kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat

    pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah negara yang aman dan

    makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan pula oleh Najib.

    Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang cuba memutarbelitkan

    hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk

    orang Malaysia konsep yang menjadi teras perjuangan DAP. Penyamaan ini telah menimbulkan

    kegusaran kepada orang Melayu/bumiputera kerana ia satu konsep yang amat sensitif kepada mereka.

    Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk kerana walaupun konsep Malaysia untuk orang Malaysia ini

    berbunyi muluk dan bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata

    kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep ini ialah penolakan

    kepada sebarang bentuk tindakan afirmatif dan pelaksanaan prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam

    dasar-dasar negara terutamanya dasar sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan

    afirmatif dan pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan

    sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta ketidaksaksamaan yang

    akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas majoriti.

    Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini bertunjangkan kepada realiti

    tempatan dan sejarah negara. Memahami dan menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana

    kata seorang Ahli Falsafah Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak

    belajar dari sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Najib semasa

    merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan baru-baru ini kita akan

    mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua-dua konsep ini apabila

    memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitu penerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

    Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas perhubungan kaum di Malaysia

    dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan[4]. Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini

    amat penting kerana untuk Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam

    rakyat Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk menjadi

    sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    4/12

    Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia perlu terus membina di

    atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di

    antara satu sama lain tanpa bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang

    wujud sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca dari perkara

    titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

    Bantuan Rakyat 1 Malaysia

    Projek BR1M yang pertama datang dari idea Datuk Seri Najib Razak untuk membantu rakyat Malaysia

    yang miskin dan tidak berkemampuan. Jumlah sebanyak RM 500.00 Ringgit Malaysia telah diberikan

    kepada isi rumah yang berpendapatan RM 3,000.00 sebulan. [5]

    Pemberian BR1M kali kedua telah dilancarkan pada Februari 2013 dan lebih 2.5 Billion telah diagihkan

    kepada rakyat Malaysia seluruh Malaysia. Ini secara langsung akan melibatkan 5.7 juta isi rumah di

    seluruh Negara. Tambahan daripada RM 500 yang diagihkan oleh kerajaan kepada isi rumah, rakyat

    Malaysia yang belum berkeluarga akan menerima 250 dari projek BR1M. [6]

    Dalam pembentangan Bajet 2015 Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak telah mengumumkan pemberian

    BR1M buat kali ketiga. Bagi isi rumah RM3,000 sebulan, pemberian meningkat daripada RM650 kepada

    RM950 yang akan dibayar secara berperingkat sebanyak tiga kali. Bagi isi rumah berpendapatan antara

    RM3,000 sehingga RM4,000 pula, kerajaan akan meningkatkan nilai BR1M daripada RM450 kepada

    RM750. Bantuan ini juga akan dibayar sebanyak tiga kali setahun. Kerajaan juga mengumumkan

    peningkatan nilai BR1M daripada RM300 kepada RM350 kepada individu bujang yang berumur 21 tahun

    ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan.[7]

    Program Perumahan Rakyat 1 Malaysia

    Perumahan Rakyat 1 Malaysia merupakan satu inisiatif yang dibuat dibawah peruntukan akta PR1MA

    2012 untuk merancang, membangun, membina dan mengurus perumahan mampu milik untuk rakyat

    Malaysia yang berpendapatan pertengahan terutamanya di kawasan Bandar. Mereka yang

    berpendapatan pertengahan ini dikenalpasti dengan pendapatan bulanan antara RM 2,500-RM 7,500.[8]

    Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak amat prihatin dengan tekanan yang

    dikenakan oleh penduduk di kawasan Bandar yang berpendapatan sederhana. Dengan perkembangan

    ekonomi Malaysia, Datuk Seri Najib mengilhamkan untuk menstabilkan kehidupan rakyat terutamanya

    bagi mereka yang tinggal di kawasan Bandar. Justeru itu, PR1MA akan memberi focus kepada golongan

    pertengahan dengan harga rumah dari RM 100,000.00 ke RM 400,000.00 untuk dibina dibawah kawasan

    komuniti padat.[9]

    Program Transformasi Kerajaan

    Kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul Razak sedang menggerakkan proses

    menjalankan Transformasi Kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan awam,

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    5/12

    meningkatkan kecekapan pengurusan dan menjadikan kerajaan lebih transparen. Langkah-langkah yang

    dilaksanakan juga termasuk menggunakan Key Performance Indicator @ KPI untuk mengukur

    kebolehupayaan pegawai dan agensi dan Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA untuk menjelaskan

    target kepada kawasan atau bidang spesifik untuk kepentingan rakyat.

    Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai langkah untuk meningkatkan kadar ketelusan dankebertanggungjawaban kerajaan. Langkah ini termasuk penggunaan KPI untuk memastikan menteri

    yang terlibat bertanggungjawab atas segala perbuatan mereka,[10][11] dengan menggunakan media

    seperti twitter[12] and Facebook[13] untuk berkomunikasi dengan penduduk tentang apa yang sedang

    berlaku di dalam kerajaan, membuka tender kerajaan supaya rakyat boleh terlibat dan mengkritik, dan

    memberikan pandangan tentang perbelanjaan kerajaan. [14]

    Anugerah diterima

    Tahun

    Nama Anugerah

    Pemberi Anugerah

    2012

    Imam Khalifah Agung[15]

    Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM)

    2012

    Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat[16]

    Majlis Perniagaan Global Forum Ekonomi China (WCEF)

    2011

    Anugerah Kepimpinan Transformasi[17]

    Forum Ekonomi Cina Dunia

    2010

    AFC Diamond of Asia[18]

    Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC)

    2010

    King Abdul Aziz Order of Merit (Kelas Pertama)[19]

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    6/12

    Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud

    2010

    Anugerah Persatuan Telekomunikasi dan Maklumat Dunia 2010[20]

    Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)

    2007

    Darjah Utama Negeri Melaka (DUNM)[21]

    Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob

    Kontroversi

    Najib telah menjadi sasaran pihak pembangkang dalam pentadbirannya. Kecaman-kecaman yang

    dilemparkan ada yang diselitkan dengan bukti yang boleh dipercayai[perlu rujukan] dan ada juga

    tuduhan yang tidak berasas.

    Isu wang RM 2.6 bilion adalah sumbangan derma

    Pada 3 Ogos 2015, dalam satu kenyataan media, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

    memaklumkan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana

    Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukannya disalurkan oleh

    syarikat pelaburan yang ditubuhkan Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Bhd

    (1MDB).[22][23][24]

    SPRM turut memaklumkan penemuan berkenaan diperolehi susulan siasatan badan itu ke atas syarikat

    SRC International. Laporan hasil siasatan berkenaan dana itu juga sudah dirujuk dan dimaklumkan

    kepada Peguam Negara. SPRM turut memaklumkan akan terus menyiasat SRC International termasuk

    yang melibatkan dana berjumlah RM4 bilion.

    Sebelum itu pada 30 Julai 2015, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan Datuk Seri

    Najib memindahkan wang berjumlah RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan menegaskan perkara

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    7/12

    tersebut sudah dijelaskan perdana menteri dan beliau juga menafikan menggunakan dana 1Malaysia

    Development Berhad (1MDB).[25]

    Terdapat sebuah video pendek berdurasi 53 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan,

    Muhyiddin sedang berbual dengan beberapa tetamu antaranya Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz

    Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu. Dalam perbualan mereka itu,Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat wang RM2.6 bilion dideposit

    ke dalam akaun peribadinya.[26]

    Pada 22 Ogos 2015, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan

    bahawa dana RM 2.6 yang diterima oleh Najib Razak adalah sumbangan penderma dari Timur Tengah,

    beliau enggan memeberitahu identiti penderma, tetapi mengesahkan sudah bertemu wakil penderma

    tersebut. Zahid Hamidi memberitahu, Malaysia dipilih untuk menjadi hub penderma membuat khidmat

    bayaran kerana Malaysia dilihat komited dalam gerakan anti keganasan, selain sebagai penghargaan

    terhadap komitmen Perdana Menteri dan mahu UMNO dan Barisan Nasional kekal berkuasa di

    Malaysia.[27]

    1 Malaysia Development Berhad

    1MDB telah dipalit dengan pelbagai kontroversi yang melibatkan nilai hutang mencecah RM 42

    bilion[28], yang memberikan imej negetif kepada Kerajaan Malaysia khususnya kepada Perdana Menteri

    nya, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB.

    Kes pembunuhan Shaariibuugiin Altantuyaa

    Pada 9 April 2009, dua bekas ahli keselamatan Najib Razak Azilah Hadri dan Sirul Umar telah didapati

    bersalah dalam kes pembunuhan Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.[29]

    Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh

    Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

    Dalam laporan Liberation 5 March 2009, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama

    mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu

    sebelumnya. Bagaimanapun tiada gambar yang sah pernah dikemukakan sebagai bukti dan laporan

    tersebut sama dengan kenyataan laman web pengkritik kerajaan.

    Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati

    dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam. Beliau juga pernah bersumpah tidak mengenali wanita itu

    sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

    Keputusan kes bunuh tersebut mendapati kedua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK)

    bersalah.

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    8/12

    Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersubahat dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada

    pertuduhan tersebut.

    Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya

    berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia. Arnaud Dubus melaporkan,

    Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan mayatnyaselepas itu dibungkus dalam beg plastik hitam. Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat

    masih bergerak.[30]

    Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan

    wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek

    bukunya akan datang.

    Walaupun meringkuk di bawah tahanan ISA, tapak web Raja Petra Kamarudin Malaysia Today telah

    melaporkan melalui sebuah artikel bertajuk Abuse of Power by the Deputy Prime Minister [1] pada 11

    Oktober 2008 tuduhan pertukaran mesej teks (SMS) antara Najib dan Shafee Abdullah, peguam

    terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda sebelum dia dituduh dengan tuduhan bersuhabatnya

    dengan dua pegawai polis dalam kes pembunuhan Altantuyaa. SMS-SMS tersebut, bertarikh dari 8

    November hingga 2 Disember 2006 menimbulkan beberapa soalan mengenai penanganan kes

    pembunuhan itu dan mencadangkan yang Najib bercampur tangan dan berkepentingan sendiri dalam

    penyiasatan kes tersebut dari awal-awal lagi.[31] Bagaimanapun, Raja Petra Kamarudin enggan/gagal

    memberi bukti berkenaan tuduhan ini.

    Pada Jun 2008, Raja Petra Kamaruddin pernah membuat kenyataan bersumpah di mahkamah tinggi

    Kuala Lumpur bahawa Datin Seri Rosmah Mansor hadir di tempat pembunuhan tersebut. [32] Beliau

    bagaimanapun mengeluarkan kenyataan yang beliau tidak lagi mempercayai bahawa Datin Seri Rosmah

    Mansor atau Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dengan pembunuhan tersebut pada tahun 2011.[33],[34]

    Penyiasatan tentang isu pembelian kapal selam

    Pakatan Rakyat yang merupakan barisan alternatif di Malaysia telah membuat pendakwaan atau

    pertuduhan kepada Najib melalui organisasi Suaram yang mengupah peguam Perancis William Bourdon,

    Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan mendakwa Najib terjebak dalam sindiket penerimaan

    komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam pertama negara Malaysia iaitu Scorpne, 18 buah

    jet tempurSukhoi, 12 buah Eurocopter (helikopter) dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam

    terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[35][36] Mahkamah Perancis kini dilaporkan sedang

    menyiasat syarikat yang terlibat dalam isu pembelian kapal selam yang didakwa mempunyai skandal

    rasuah.[37][38][39][40][41] Pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel menafikan berlangsung

    sebarang perbicaraan di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung

    pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002. Yves Charpenel

    sebaliknya berkata "media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan

    antara siasatan dan perbicaraan". [42], [43], [44]

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    9/12

    Perhimpunan Kampung Baru 1987

    Ketika krisis dalaman UMNO pada tahun 1987, satu perhimpunan yang diketuai oleh Najib diadakan di

    Kampung Baru. Penulis Chin Huat Wong dalam rencana berjudul "The political revival of Malaysia's

    Anwar" mendakwa sentimen anti-Cina diluahkan secara terbuka semasa perhimpunan itu di mana

    sepanduk-sepanduk yang bertulis slogan seperti "13 Mei telah bermula", dan "Basahkan keris dengan

    darah Cina".[45]Perkara ini menyebabkan ketegangan antara kaum yang membawa kepada

    kebimbangan berulangnya keganasan kaum dan membawa kepada operasi keselamatan yang dikenali

    sebagai Operasi lalang, di mana beratus-ratus individu ditahan[46]. Perkara ini telah dinafikan oleh Najib

    dalam sidang Dewan Rakyat. [47]

    Dakwaan Malaysia sebuah negara bukan sekular

    Najib mengisytiharkan Malaysia "tidak pernah sekular kerana sekular mengikut definisi Barat bermaksud

    pemisahan antara prinsip Islam dengan cara kita memerintah negara."[48]

    Perkauman

    Chin Huat Wong dalam Asia Times Online mendakwa bahawa pada tahun 1987, ketika menyandang

    Ketua Pemuda UMNO, Najib mempertahankan hak istimewa orang Melayu dalam satu ucapan di mana

    dia bersumpah untuk memandikan keris dengan darah kaum cina. [49] Perkara ini telah dinafikan oleh

    Najib dalam sidang Dewan Rakyat. [50] Tiada ada bukti bergambar atau rakaman pernah dikemukakan

    bagi menyokong tuduhan tersebut.

    Kecekapan dan kemampuan diragui

    Malaysia kini memetik Mantan Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad sebagai berkata "Saya

    tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama, dan bagaimana pula Najib? Kerana ini

    terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama,".[51]

    Alamat e-mail

    [email protected]

    Lihat juga

    Dasar luar era Najib Tun Razak

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    10/12

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    11/12

    Panjat Najib Terima Anugerah Persatuan Telekomunikasi Dan Maklumat Dunia

    Panjat Najib Ketuai Senarai Penerima Anugerah Kebesaran Negeri Melaka

    Panjat Sprm.gov.my,. (2015). Portal Rasmi :: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Dicapai pada

    3 August 2015, from http://www.sprm.gov.my/hasil-siasatan-dana.html

    PanjatAstroawani.com,. (2015). RM2.6 bilion didakwa dalam akaun Najib dari dana penderma, bukan

    1MDB - SPRM. Retrieved 3 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-malaysia/rm2-6-

    bilion-didakwa-dalam-akaun-najib-dari-dana-penderma-bukan-1mdb-sprm-68292

    Panjat Malaysiakini.com,. (2015). MACC: RM2.6b a donation, not 1MDB funds. Retrieved 3 August

    2015, fromhttp://www.malaysiakini.com/news/307196

    Panjat Yutim, H. (2015). Dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib tidak betul - Ahmad

    Maslan.Astroawani.com. Dicapai pada 3 August 2015, from http://www.astroawani.com/berita-

    malaysia/dakwaan-muhyiddin-wang-1mdb-masuk-ke-akaun-najib-tidak-betul-ahmad-maslan-67688

    Panjat Malaysiakini.com,. (2015). Mukhriz tahu siapa rakam video Muhyiddin. Dicapai pada 3 August

    2015, fromhttp://www.malaysiakini.com/news/306764

    Panjat Awani, A. (2015). Saya sudah bertemu wakil keluarga penderma RM2.6 bilion - Ahmad

    Zahid.Astroawani.com. Dicapai pada 23 Ogos 2015, dari http://www.astroawani.com/berita-

    malaysia/saya-sudah-bertemu-wakil-keluarga-penderma-rm2-6-bilion-ahmad-zahid-70851

    Panjat Putrajaya sets up task force to investigate 1MDB.

    Panjat Najibs Ex-Security Guards Guilty of Malaysian Murder Bloomberg

    Panjat French newspaper reveals identity of Altantuyas alleged assassins.

    Panjat "Najib under pressure, again". The MalaysianInsider (Malaysian Insider). 2008-10-11. Diperoleh

    pada2008-10-11. Check date values in: |date= (bantuan)

    Panjat ROSMAH AT MURDER SCENE, Saturday, 21 June 2008 00:16

    Panjat Najib thankful that truth has been revealed, Friday April 15, 2011

    Panjat Raja Petras admission exposes the chief conspirator, Friday April 15, 2011 , The Star Online.

    Panjat "Opposition group alleges corruption in report against Najib". Malaysia Today. Diperoleh pada

    2008-10-21.

    Panjat "Claims of huge spending in Eurocopter deal proven wrong: Najib". The Nut Graph Sun.

    Diperoleh pada2011-02-11.

    Panjat "France probes corruption in arms to Malaysia". Agence France-Presse. Diperoleh pada 2010-

    04-28.

  • 7/24/2019 Yang Amat Berhormat Dato

    12/12

    Panjat "Malaysia's Submarine Scandal Surfaces in France". Asian Sentinel. Diperoleh pada 2010-04-16.

    Panjat "Malaysia Probes Claim Najib's Wife Witnessed Murder". Bloomberg. 25 June 2008. Diperoleh

    pada2010-04-16.

    Panjat "Najib takes a brick from the wall". Asia Times. Diperoleh pada 2010-04-16.

    Panjat "Ghost of Mongolian model continues to haunt Malaysian government". Vancouver Sun.

    Diperoleh pada 2010-07-6. Check date values in: |accessdate= (bantuan)

    Panjat Tiada perbicaraan di Perancis.

    Panjat 'No trial in France over Scorpene'

    Panjat French official says Scorpene probe not at trial stage yet.

    Panjat The political revival of Malaysia's Anwar

    Panjat Brown, Graham K. (April 2005), Balancing the Risks of Corrective Surgery: The political economy

    of horizontal inequalities and the end of the New Economic Policy in Malaysia, Oxford: Centre for

    Research on Inequality, Human Security and Ethnicity, CRISE; Queen Elizabeth House, University of

    Oxford, diperoleh pada 07-12-08 Check date values in: |accessdate= (bantuan)

    Panjat Fitnah burukkan imej PM

    Panjat Islams war on sin dims bright lights in a nation torn between cultures, Nick Meo, Kota Bharu,

    August 18, 2007

    Panjat The political revival of Malaysia's Anwar.

    Panjat Fitnah burukkan imej PM

    Panjat Krisis ekonomi: Dr M sifatkan Najib tidak mampu, HarakahDaily.net