11011-panduan.pdf

Upload: ting-shiang

Post on 23-Feb-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    1/12

    GARIS PANDUAN PENYEDIAAN

    SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR

    UNIVERSITI

    Unit Peperiksaan

    Hal Ehwal Akademik

    Universiti Industri Selangor

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    2/12

    1

    GARIS PANDUAN PENYEDIAAN

    SOALAN PEPERIKSAAN AKHIR UNIVERSITI

    1.0 Panduan Umum Penyedia Soalan

    1.1. Semua soalan peperiksaan hendaklah ditaip menggunakan komputer.

    1.2. Semua soalan peperiksaan mesti mematuhi garis panduan penyediaan

    format kertas soalan bagi memastikan keseragaman.

    1.3. Masa menjawab setiap kertas peperiksaan akhir semester adalah dalam

    masa minimum satu (1) jam sehingga maksimum tiga (3) jam sahaja.

    1.4. Penyedia soalan adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas isi

    kandungan soalan peperiksaan serta memastikan susunan ayat, ejaan,

    penggunaan bahasa, gambarajah, jumlah soalan, bilangan mukasurat dan

    lampiran adalah tepat dan betul.

    1.5. Semua soalan peperiksaan yang disediakan hendaklah melalui proses

    penyemakan dan penyuntingan ( vetting) di peringkat fakulti bagi

    menjamin mutu dan kesesuaian tahap soalan.

    1.6. Mana-mana kakitangan Universiti yang terlibat secar a langsung atau

    tidak langsung dalam perihal peperiksaan hendaklah bertanggungjawab

    dan menyimpan semua rahsia berkenaan peperiksaan dan tidak

    membocorkan apa-apa maklumat rahsia kepada sesiapa.

    1.7. Tindakan tatatertib akan diambil kepada mana -mana kakitangan yangdidapati membocorkan atau cuba membocorkan, bersubahat dalam

    membocorkan atau didapati cuai sehingga menyebabkan kebocoran

    maklumat atau soalan peperiksaan.

    1.8. Penyedia soalan dimestikan mematuhi tarikh akhir penghantaran soalan

    peperiksaan sepertimana yang ditetapkan (tiga minggu sebelum

    peperiksaan bermula) kepada Penolong Pendaftar fakulti .

    1.9. Fakulti bertanggungjawab menghantar soalan peperiksaan yang telah

    disahkan oleh penyedia soalan, pemeriksa kedua ( moderator) dan Dekan

    Fakulti menggunakan borang penyerahan soalan peperiksaan (bagi setiapsoalan peperiksaan) ke Unit Peperiksaan.

    1.10. Penghantaran soalan peperiksaan ke fakulti dan seterusnya ke Unit

    Peperiksaan adalah di dalam bentuk cakera cd serta mempunyai satu kata

    laluan sahaja.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    3/12

    2

    1.11. Soalan peperiksaan hendaklah diserahkan ke Unit Peperiksaan pada

    tarikh yang telah ditetapkan.

    1.12. Unit Peperiksaan tidak akan bertanggungjawab di atas kelewatan

    percetakan kertas soalan sekiranya kertas soalan dihantar selepas tarikh

    akhir yang telah ditetapkan.

    1.13. Soalan yang dihantar ke Unit Peperiksaan mestilah di dalam bentuk

    muktamad. Sebarang pindaan tidak akan dilayan sekiranya soalan

    peperiksaan telah diterima oleh Unit Peperiksaan. Sekiranya perlu ,

    penggubal soalan dibenarkan membuat pengumuman pembetulan pada

    lima minit sebelum peperiksaan bermula.

    1.14. Unit Peperiksaan berhak memulangkan soalan peperiksaan kepada fakulti

    bagi sekiranya matapelajaran tersebut tiada di dalam Jadual Waktu

    Peperiksaan Akhir Universiti.

    1.15. Arahan Timbalan Naib Canselor , Hal Ehwal Akademik atau Pendaftarberkaitan penyediaan soalan dan perihal peperiksaan dari masa ke semasa

    adalah muktamad dan berkuatkuasa serta merta.

    CARTA ALIR PROSES PENYEDIAAN KERTAS SOALAN

    Semester kuliah bermula

    penyediaan kertas soalan dan skima jawapan

    -tindakan Penggubal Soalan

    pemeriksaan (vetting) peringkat program / jabatan

    -tindakan Ketua Program / Ketua Jabatan

    pemeriksaan (vetting) dan kelulusan peringkat fakulti-tindakan Dekan

    penyerahan soalan ke fakulti

    Peperiksaan akhir semester

    penyerahan soalan ke Ketua Unit Peperiksaan

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    4/12

    3

    1.15 Tarikh mesyuarat vetting tertakluk kepada tentatif penjadualan fakulti

    masing-masing dengan mengambil kira akan diadakan selewat -lewatnya

    sebelum tarikh akhir penyerahan soalan peperiksaan kepada Unit

    Peperiksaan.

    1.16 Setelah soalan peperiksaan diperiksa serta diluluskan diperingkat fakulti

    telah dihantar ke Unit Peperiksaan dan disahkan penerimaannya, segalasalinan pada simpanan komputer hard disc atau soft copy mestilah

    dipadamkan.

    1.17 Setiap penggubal soalan dikehendaki menyediakan dua set soalan

    peperiksaan bersama skima jawapan pada setiap peperiksaan akhir

    semester. Skima jawapan tidak perlu dihantar ke Unit Peperiksaan.

    1.18 Set pertama soalan peperiksaan akan digunakan pada tarikh yang telah

    ditetapkan di dalam jadual waktu peperiksaan semester tersebut.

    1.19 Set kedua yang telah dihantar ke Pejabat Dekan adalah untuk simpanan

    sokongan (back up) yang akan diminta oleh Unit Peperiksaan pada bila -bila masa sekiranya perlu.

    1.19.1 Permintaan untuk set kedua boleh dibuat sekiranya terdapat atau

    disyaki berlaku kebocoran soalan.

    1.19.2 Set soalan kedua juga akan digunakan untuk pelajar yang perlu

    menduduki peperiksaan khas untuk semester berkenaan.

    1.20 Kertas soalan yang tidak digunakan atau terdapat lebihan kertas soalan

    hendaklah diserahkan semula kepada Sekretariat Peperiksaan.

    1.21 Penggubal soalan yang mengkehendaki calon menjawab di dalam kertas

    soalan hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas untuk

    mengutip semula semua kertas soalan di akhir peperiksaan.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    5/12

    4

    2.0 PANDUAN MENAIP KERTAS SOALAN

    2.1. Gunakan perisianMicrosoft Word.

    2.2. Gunakan font Times New Roman sahaja saiz 12 dan taip menggunakan

    single spacing.

    2.3. Page Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut :-

    2.3.1. MarginTop - 1

    Bottom - 1

    Left - 1.25

    Right - 1.25

    2.3.2. From Edge

    Header - 0.5Footer - 0.5

    2.3.3. Paper SizeA4 (210 x 297 mm) / (8.27 x 11.69 inci)

    2.4. Gunakan footer untuk menaip perkataan SULIT untuk kertas soalan

    berbahasa Malaysia dan CONFIDENTIAL untuk set soalan berbahasa

    Inggeris di bahagian bawah kanan setiap muka surat termasuk di muka

    hadapan.

    2.4.1 font Times New Roman

    2.4.2 tulis di bahagianfooter

    2.4.3 saiz 11

    2.4.4 boldkan

    2.4.5 huruf besar

    2.4.6 di penjuru bawah kanan align rightsetiap muka surat

    i.e SULIT

    2.5. Penggunaan versi bahasa muka hadapan mestilah selaras dan samadengan penggunaan bahasa isi kandungan keseluruhan soalan termasuk

    arahan.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    6/12

    5

    2.6 GunakanHeader(mulai muka surat dua) untuk perkara-perkara berikut :

    2.6.1 Nombor Rujukan Kertas Soalan

    2.6.1.1 nama fakulti penggubal yang membuat soalan / kod

    matapelajaran / semester peperiksaan2.6.1.2 font Times New Roman

    2.6.1.3 saiz 11

    2.6.1.4boldkan

    2.6.1.5 huruf besar

    2.6.1.6 di bahagian penjuru kanan muka surat (align right)

    i.eFAD/AGD1234/JUL 08

    Gunakan footeruntuknombor muka surat dimulakan pada muka surat

    kedua dan diletakkan di penjuru kanan bahagian bawah setia p muka surat

    bersebelahan perkatan SULIT (tidak termasuk lampiran).

    i.eSULIT/2

    2.7 Semua maklumat di dalam Headerdan Footermesti diboldkan.

    2.8 Print Setup hendaklah ditetapkan seperti berikut :

    Printers Properties

    Paper Size : A4 (210 x 297 mm) / (8.27 x 11.69 inci)

    2.9 Bahasa soalan rasmi peperiksaan univ ersiti adalah Bahasa Inggeris.Walaubagaimanapun, Bahasa Malaysia hanya boleh digunakan sebagai

    bahasa soalan contohnya bagi matapelajaran Pendidikan Islam,

    Pendidikan Moral dan Pengajian Malaysia sek iranya keperluan dan

    kelulusan bagi mengendalikan kursus matapelajaran seperti yang tersebut

    diluluskan.

    2.10 Set soalan boleh dibuat dalam satu versi bahasa (selain dari Ba hasa

    Malaysia) sekiranya kursus matapelajaran yang ditawarkan diajar

    sepenuhnya dalam bahasa lain dan bergantung kepada keperluan dan

    kelulusan dalam mengendalikan kursus tersebut.

    2.11 Bagi kursus-kursus bahasa yang tertentu (bahasa kedua) contohnya

    bahasa Mandarin, bahasa Jepun dan sebagainya. Kertas soalan dan

    jawapan boleh disediakan menggunakan bahasa yang berkenaan.

    2.12 Set soalan peperiksaan bagi pelajar antarabangsa hendaklah disediakan

    menggunakan Bahasa Inggeris.

    2.13 Mana-mana quotation, nama khas atau nama khusus yang digunakan

    dalam soalan tidak perlu diterjemahkan.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    7/12

    6

    2.14 Penyedia soalan hendaklah mengambil perhatian bahawa semua soalan

    berbentuk esei hendaklah dijawab di dalam kertas jawapan yang

    berasingan yang disediakan oleh Unit Peperiksaan. Pelajar tidak dibenar

    menjawab di dalam kertas soalan bagi soalan berbentuk esei.

    3.0. PANDUAN MENAIP UNTUK MUKA HADAPAN

    3.1. Pastikan perkara-perkara berikut diberi perhatian :

    3.1.1. Font Size ( 12 points)

    3.1.2. Font Style (Bold / Regular)

    3.1.3. Font Effect (All caps / Small letters)

    3.1.4. Indentation, Alignment dan Spacing

    3.2. Logo Unisel hendaklah diletakkan di tengah bahagian atas muka hadapan

    serta diikuti dengan perkataan UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR di

    bawah logo tersebut.

    3.2.1 Saiz logo adalah : tinggi 2cm x lebar 9 cm

    3.3. Nama peperiksaan dan sesi akademik (mengikut semester) hendakla h

    ditaip di bawah perkataan UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR

    i.e

    FINAL EXAMINATION

    JULY 2008 SEMESTER EXAMINATION

    1/2007/2008 ACADEMIC SESSION

    3.4. Maklumat peperiksaan yang perlu ditaip adalah meliputi perkara -perkara

    seperti contoh di bawah dan hendaklah ditaip di bahagian align left 4

    baris single spacing ke bawah selepas baris terakhir di atas.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    8/12

    7

    3.5. Selepas perkara 3.4 gariskan satu garisan lurus melintang dengan

    menggunakan line dengan line style 2 1/4ptsepanjang 18 cm dan tuliskan

    arahan menjawab.

    i.e

    SUBJECT : (nyatakan nama mata pelajaran)

    SUBJECT CODE : (nyatakan kod mata pelajaran)

    DURATION : (nyatakan tempoh masa menjawab)

    FACULTY : (nyatakan fakulti-fakulti terlibat)

    PROGRAMME : (nyatakan program-program terlibat)

    LECTURER : (nyatakan nama semua pensyarah yang

    mengajar subjek/matapelajaran tersebut)

    GROUP : (mengikut program/kursus/kumpulan

    kuliah, sekiranya lebih dari satu

    kumpulan nyatakan kesemuanya)

    ARAHAN KEPADA CALON

    3.6. Arahan menjawab soalan kepada calon hendaklah ditaip di dalam ruang

    di bawah ARAHAN KEPADA CALON dan ditaip mengikut

    kesesuaian dan kehendak penggubal soalan untuk calon menjawab

    soalan.

    i.e.

    Kertas soalan ini mengandungi tiga (3) bahagian:

    Bahagian A20 soalan (objektif aneka pilihan)

    Bahagian B20 soalan (betul/salah)

    Bahagian C 5 soalan

    Jawab semua soalan Bahagian A, B dan tiga (3) soalan bagi Section C.

    Jawab semua soalan:

    Bahagian A mesti dijawab di dalam kertas OMR yang disediakan.

    Bahagian B mesti dijawab di dalam kertas MCQ yang disediakan.Bahagian C mesti dijawab di dalam buku jawapan yang disediakan.

    Sila jawab soalan yang baru dimuka surat yang lain.

    Calon DILARANG membawa barang-barang selain keperluan

    peperiksaan kedalam dewan peperiksaan kecuali dengan izin Ketua

    Pengawas peperiksaan.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    9/12

    8

    3.7. Perkataan Jangan Buka Kertas Soalan Sebelum Diarahkan Berbuat

    Demikian (Do Not Open the Question Paper Until Instructed)hendaklah ditaip bold, saiz 12 di bahagian akhir tengah bawah selepas

    arahan kepada calon.

    3.8. Kemudian taipkan perkara berikut (contoh) :

    3.8.1. Kertas Soalan Ini Mengandungi Lapan (8) Halaman Bercetak

    (This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages)

    ditaip bold, saiz 12 di bawah satu garisan lurus melintang dengan

    line style 3/4 ptsepanjang 18 cm.

    i.e.

    Do Not Open The Question Paper Until Instructed

    This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages

    4.0 PANDUAN MENAIP MULAI MUKA SURAT 2 KERTAS SOALAN

    4.1. Semua perkara di dalam headerdan footerhendaklah menggunakan font

    bersaiz 12, bolddan all caps.

    4.2. Kandungan teks soalan hendaklah ditaip menggunak an font Times New

    Roman saiz 12 dan justify.

    4.3. Peruntukkan markah hendaklah ditaip di tepi sebelah kanan bagi tiap -tiap

    soalan (di dalam kurungan).

    4.4. Susunan soalan hendaklah seragam dan menggunakan sistem nombor

    yang bersesuaian.

    i.e

    BAHAGIAN A

    1. a)

    b)

    2. a)

    3. a)

    i.

    ii.

    iii.

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    10/12

    9

    4.5. Penyediaan soalan menggunakan komputer sepenuhnya adalah

    digalakkan bagi keseluruhan isi kandungan yang berbentuk teks, jadual

    atau gambarajah sama ada dengan menaip/melukis menggunakan perisian

    yang khusus atau kaedah scan danpaste ke atas kertas soalan.

    4.6. Perkataan yang bukan menggunakan huruf rumi yang tidak menggunakankomputer hendaklah dibuat menggunakan dakwat hitam sahaja atau

    mesin taip khas (jika berkenaan).

    4.7. Sekiranya menggunakan bahan keratan berasingan yang ditampal pada

    kertas soalan, ianya hendaklah dipastikan dibuat dengan cermat, kemas

    dan jelas.

    4.8. Taipkan soalan bermula dihelaian hadapan setiap muka surat. Soalan

    tidak boleh ditaip pada belakang kertas atau helaian yang sudah

    digunakan.

    4.9. Perkataan KERTAS SOALAN TAMAT (font 12, bold, all caps, aligncenter) hendaklah ditaip di bahagian tengah 4 baris single spacing ke

    bawah selepas ayat terakhir pada soalan terakhir di muka surat terakhir

    kertas soalan (tidak termasuk lampiran).

    i.e

    17. Yang manakah antara yang berikut BUKAN merupakan langkah

    awal yang diambil oleh kerajaan bagi memupuk perpaduan dan

    integrasi nasional?

    A. Rukun NegaraB. Wawasan 2020

    C. Dasar Pelajaran Kebangsaan

    D. Dasar Kebudayaan Kebangsaan

    KERTAS SOALAN TAMATSULIT/2

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    11/12

    10

    FINAL EXAMINATION

    JULY 2007 SEMESTER EXAMINATION

    1/2007/2008 ACADEMIC SESSION

    SUBJECT : HUMAN ANATOMY

    SUBJECT CODE : ABC 1234

    DURATION : 2 HOURS 30 MINUTES

    FACULTY : BIOMEDICAL AND HEALTH SCIENCES

    PROGRAMME : DIPLOMA IN PHYSIOTHERAPY

    LECTURER : PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD

    : PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT

    GROUP : PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (A)

    PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (B)PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (C)

    PROF. DR. MUNIRAH MOHAMAD (D)

    PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (1)

    PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (2)

    PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (3)

    PROF. DR. SHAZRULE SELAMAT (4)

    INSTRUCTIONS TO CANDIDATES

    This paper consists of three (3) sections:

    Section A20 questions (multi choice questions)

    Section B20 questions (true/false questions)

    Section C 5 questions

    Answer all questions in Section A and B and only three (3) questions in Section C.

    All answers of:

    Section A must be written in OMR objective paper provided.

    Section B must be written in MCQ paper provided.

    Section C must be written in answer booklet provided.The answer for each question must start on a new page.

    Candidates are NOT ALLOWED to bring any unauthorized items into the exam hall

    except with the permission of your invigilator.

    Do Not Open the Question Paper Until Instructed

    This Question Paper Consists of Eight (8) Printed Pages

    Logo size:

    height 2cm x width 9 cm

    Type of font :Times New Roman

    Font size :12

  • 7/24/2019 11011-panduan.pdf

    12/12

    11

    END OF QUESTION PAPER

    Space from the last question, press enter four

    (4) times :END OF QUESTION PAPER

    SETUP FOR THE PAGE DEPANDS ON

    WINDOWS

    Page setup:Top 1 Bottom 1

    Left 1.25 Right 1.25

    Gutter 0 (left)

    Layoutportrait

    Header and footer 0.5

    OR

    Page setup:Top 2.54 Bottom 2.54

    Left 3.17 Right 3.17Gutter 0 (left)

    Paper size A4

    Layoutportrait

    Header and footer 1.27

    Type and size of font for header and footer :Times New Roman 11

    (on the right side)

    Paper size:A4 (210 x 297 mm)

    -width 21 cm

    -height 29.7 cm