20150121070035_topik 6 komunikasi dalam organisasi

Upload: siti-umminor

Post on 21-Feb-2018

564 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    1/16

    PENGENALAN

    Menurut Lewis et al. (2001), terdapat banyak sebab mengapa seorang pengurusperlu berkomunikasi. Pengurus-pengurus memberi motivasi, memaklumkan,mengawal dan memenuhi keperluan sosial. Komunikasi digunakan untukmempengaruhi pekerja-pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.

    Penyampaian maklumat memberikan fakta dan data yang boleh digunakandalam pembuatan keputusan ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan.

    Komunikasi juga digunakan untuk menyelaraskan pekerja-pekerja dengantugas-tugasnya.

    Pengurus-pengurus juga berkomunikasi bagi memenuhi keperluan sosialmelalui interaksi yang tidak melibatkan kerja. Misalnya, seorang pekerja bukansahaja perlu bercakap tentang perkara berkaitan dengan kerja, tetapi jugamengenai perkara-perkara berkaitan dengan isu-isu lain seperti sukan, cuaca,

    TTooppii

    66

    KomunikasidalamOrganisasi

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan kepentingan komunikasi yang baik dalam sesebuahorganisasi;

    2. Membezakan antara komunikasi formal dengan komunikasi tidakformal dan menjelaskan bentuk-bentuk komunikasi; dan

    3. Menilai langkah-langkah untuk mengatasi beberapa halangan dalamkomunikasi.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    2/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI118

    hiburan, politik dan sebagainya. Meskipun komunikasi seperti ini tidak memberikesan secara langsung terhadap prestasi kerja dalam organisasi itu, ia bolehmempengaruhi persepsi pekerja tentang tempat kerjanya dan hubungannya

    dengan pekerja-pekerja lain.

    Menurut Rue et al. (2000), satu kajian mendapati sebanyak 50 hingga 90 peratusmasa seorang pengurus digunakan untuk berkomunikasi. Malangnya, menurutsatu kajian lain, hampir 70 peratus komunikasi perniagaan gagal mencapaiobjektif yang diingini. Menurut satu lagi kajian pengurus-pengurus peringkat

    bawahan meluangkan 57 peratus masa mereka untuk dalam berkomunikasi,manakala untuk pengurus-pengurus pertengahan ialah 63 peratus danpengurus-pengurus peringkat atasan adalah 78 peratus.

    DEFINISI KOMUNIKASI

    Komunikasi adalah satu proses yang dinamik dan rumit yang melibatkanbanyak faktor yang boleh menjejaskan keberkesanannya. Proses yang dinamikadalah proses komunikasi dalam keadaan yang tidak statik atau tetap. Sementara

    itu, proses yang rumit pula melibatkan pelbagai pembolehubah seperti individu,persekitaran, pengalaman kedua-dua belah pihak dan keadaan kerja yangmenentukan kecekapan dan keberkesanan proses komunikasi tersebut.Walaupun ia merupakan interaksi mudah yang melibatkan dua orang.

    6.1

    Terangkan sebab-sebab utama mengapa seorang pengurus berkomunikasi.

    LATIHAN 6.1

    Pernahkah anda menghadapi situasi salah faham antara anda danpekerja atau antara anda dengan pengurus anda? Apakah tindakananda?

    SEMAK KENDIRI 6.1

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    3/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 119

    Proses komunikasi bermula dengan pengirim yang ingin menghantar mesejtertentu dan proses ini tamat apabila penerima mesej memberi maklum balassama ada mesej yang diterima dapat difahami atau sebaliknya. Rajah 6.1menggambarkan unsur-unsur yang terdapat dalam proses komunikasi.

    Rajah 6.1:Proses komunikasiSumber:Jones, G. R., George, J. M., & Hill, C. W. L. (2000). Contemporary management

    (2nd ed.). Boston: Irwin-McGraw Hill

    Komunikasi ialah satu proses di mana pertukaran maklumat berlaku antara duaorang atau lebih. Unsur-unsur proses komunikasi adalah seperti berikut:

    (a) PengirimIa juga dipanggil sumber mesej. Pengirim adalah seseorang yangmempunyai maklumat dan ingin menyampaikannya kepada pihak lain.

    (b) MengekodPengekodan berlaku apabila pengirim menterjemahkan maklumat yang

    hendak dihantar ke dalam satu siri simbol yang boleh dikenal pasti dandifahami oleh penerima.

    (c) MesejMesej mengandungi simbol-simbol dalam bentuk lisan, tulisan atau bahasaisyarat yang melambangkan maklumat yang hendak dihantar olehpengirim kepada penerima.

    Komunikasi adalah proses pemindahan maklumat dan pengetahuan dariseorang individu atau pihak kepada orang lain atau pihak denganmenggunakan simbol-simbol yang bermakna. Ia adalah satu kaedahpertukaran dan perkongsian idea, sikap, nilai, pendapat dan maklumat.

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    4/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI120

    (d) SaluranSaluran ialah kaedah penghantaran daripada seorang kepada seorang yanglain. Saluran tersebut mesti bersesuaian dengan mesej yang hendak

    dihantar bagi memastikan proses komunikasi berjalan dengan lancar,berkesan dan cekap.

    (e) NyahkodNyahkod ialah proses di mana penerima menterjemahkan mesej yangditerima ke dalam satu bentuk yang boleh difahami dan membawa maksudkepadanya.

    (f) PenerimaPenerima ialah individu atau pihak yang menerima mesej yang dihantar

    oleh pengirim. Mesej yang terbentuk adalah bergantung latar belakangpenerima tersebut.

    (g) Maklum BalasIni merujuk kepada reaksi penerima terhadap mesej yang diterimadaripada pengirim. Ia merupakan satu proses di mana mesej itu dibalaskepada pengirim untuk menunjukkan tahap pemahaman penerimaterhadap mesej tertentu. Memberi maklum balas adalah cara terbaik untukmenunjukkan bahawa sesuatu mesej itu telah diterima dan sama ada mesejitu difahami atau sebaliknya.

    (h)

    Gangguan atau Hingar

    Sebarang faktor yang mengganggu, mengelirukan atau menyekatpenghantaran mesej boleh dianggap sebagai gangguan atau hingar.Gangguan mungkin secara dalaman atau luaran. Faktor-faktor dalamanadalah berhubung kait dengan individu itu sendiri, misalnya seorangpenerima tidak memberi perhatian terhadap mesej yang dihantar.Sementara itu, faktor luaran ialah faktor persekitaran dan fizikal yangmenyebabkan mesej yang dihantar tidak dapat difahami dengan baik olehpenerima.

    Definisikan komunikasi dan elemen-elemen yang terlibat dalamkomunikasi.

    LATIHAN 6.2

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    5/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 121

    JENIS-JENIS KOMUNIKASI

    Dalam sesebuah organisasi, komunikasi adalah sangat penting untukmemastikan bahawa mesej yang dihantar sampai kepada penerima. Rajah 6.2menunjukkan tiga jenis komunikasi yang digunakan dalam organisasi.

    Rajah 6.2:Jenis-jenis komunikasi

    6.2.1 Komunikasi Formal

    Komunikasi formal adalah mesej atau maklumat yang dihantar melalui

    rangkaian hierarki atau tanggungjawab kerja yang ditetapkan oleh sesebuahorganisasi. Tiga sistem komunikasi formal yang kerap digunakan ialah:

    Komunikasi menegak;

    Komunikasi mendatar; dan

    Komunikasi menyilang.

    (a) Komunikasi MenegakKomunikasi menegak merujuk kepada dua jenis komunikasi: aliran mesejke bawah dan ke atas.

    (i) Komunikasi ke BawahMenurut Rue et al. (2000), komunikasi ke bawah merupakansebahagian daripada sistem komunikasi yang wujud dalam sesebuahorganisasi. Saluran komunikasi ini kerap digunakan oleh pengurusuntuk menyampaikan mesej kepada subordinat atau pelanggan.Komunikasi menegak ke bawah ini bermula daripada pengurusanatasan dan bergerak ke bawah di sepanjang peringkat pengurusan

    6.2

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    6/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI122

    kepada pengurusan pertengahan, pengurusan bawahan/pengurusanjaluran dan pekerja.

    Tujuan komunikasi menegak ke bawah adalah untuk memaklumkanatau mengarahkan pengurusan dan pekerja-pekerja lain mengenaipolisi atau matlamat organisasi yang telah ditetapkan olehpengurusan atasan. Tujuan lain bagi komunikasi termasuk untukmemberi nasihat, maklumat, arahan dan penilaian kepada subordinatdan memberi maklumat berkenaan matlamat dan polisi organisasikepada kakitangan organisasi tersebut.

    Masalah-masalah dalam komunikasi ke bawah wujud apabila iadisalahgunakan. Contohnya ialah apabila pengurus-pengurus tidak

    memberikan peluang kepada subordinat untuk memberi maklumbalas atau tidak memberikan maklumat lengkap yang diperlukanoleh subordinatnya untuk melaksanakan tugas mereka dengan

    berkesan. Ia mungkin akan menyebabkan subordinat keliru, kurangfaham dan gagal untuk melaksanakan kerja mereka. Keadaan ini

    berlaku kerana kebanyakan komunikasi ke bawah adalah sehala danini tidak menggalakkan maklum balas daripada subordinat yangmenggunakan maklumat itu.

    Pilihan saluran yang digunakan dalam sistem juga adalah penting.Komunikasi bertulis biasanya sukar untuk dipinda. Ia menyediakansatu bentuk rekod rasmi tetapi ia tidak membenarkan maklum balasserta-merta. Sementara itu, komunikasi lisan tidak menyediakan saturekod dan mudah diubah dan membenarkan maklum balas serta-merta.

    (ii) Komunikasi ke AtasKomunikasi menegak ke atas mengandungi mesej atau maklumatdaripada pihak di peringkat bawahan hierarki atau subordinat keperingkat pengurusan tinggi. Komunikasi menegak ke atasdigunakan oleh pekerja untuk menyampaikan cadangan, pendapatatau maklum balas kepada pihak pengurusan atasan. Ini bolehdilakukan melalui mesyuarat, perbincangan, kajian dan lain-lain.

    Fungsi utama komunikasi jenis ini adalah untuk menyediakanmaklumat kepada pengurusan atasan tentang apa yang telah berlakudi peringkat bawahan. Sebaik-baiknya, struktur organisasi perlumembenarkan kedua-dua komunikasi ke bawah dan ke atas.Komunikasi sepatutnya mengalir secara dua hala melalui strukturformal organisasi. Malangnya, komunikasi ke atas tidak mengalir

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    7/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 123

    selancar komunikasi ke bawah. Menurut Rue et al. (2000), berikutadalah beberapa halangan kepada komunikasi menaik ke atas:

    Pengurusan gagal memberikan reaksi yang sewajarnya apabilasubordinat menghantar maklumat. Kegagalan ini akanmengakibatkan kekecewaan dan menghalang komunikasi padamasa hadapan.

    Pengurus tidak menyukai maklumat yang negatif atau masalah.Apabila pekerja mempunyai persepsi bahawa pengurusmempunyai sikap sedemikian, mereka akan mengelak daripadamemberikan maklumat.

    Sikap pengurus memainkan peranan yang penting dalamkomunikasi ke atas. Sekiranya pengurus itu prihatin danmendengar dengan baik, maka komunikasi ke atas bolehdiperbaiki.

    (b) Komunikasi MendatarKomunikasi mendatar merujuk kepada aliran mesej di kalangankakitangan yang bekerja di peringkat hierarki yang sama dalam organisasitertentu. Komunikasi ini berlaku antara rakan sekerja atau di kalanganpengurus-pengurus. Komunikasi ini dapat mewujudkan penyelarasan dan

    hubungan di kalangan rakan-rakan di peringkat yang sama. Sebagaicontoh, pengurus jualan berbincang dengan pengurus sumber manusiamengenai keperluan bilangan pekerja separuh masa dalam jabatannya bagi

    bulan hadapan.

    Secara asasnya, komunikasi ke atas dan ke bawah mengambil tempatmelalui rantaian perintah organisasi tersebut. Komunikasi mendatar adalahpenting bagi penyelarasan antara jabatan-jabatan dan untuk memastikankomunikasi ke bawah berjalan dengan sempurna, yang meliputi arahandaripada pihak pengurusan atasan; dan komunikasi ke atas, yang terdiri

    daripada maklum balas dari subordinat kepada pihak pengurusan atasan.

    Komunikasi mendatar biasanya mengikut corak aliran kerja dalam sebuahorganisasi tertentu, yang berlaku di kalangan rakan sekerja, pengurus dan

    jabatan. Tujuan utamanya ialah untuk menyediakan satu saluran langsungdalam penyelarasan dan penyelesaian masalah dalam organisasi tersebut.Manfaat komunikasi mendatar ialah ia membenarkan kakitanganorganisasi untuk membangunkan hubungan dengan dengan rakan sekerjamereka dari peringkat yang sama. Ini akan terus mewujudkan kepuasan

    bekerja dan kerjasama.

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    8/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI124

    (c) Komunikasi MenyilangKomunikasi menyilang merujuk kepada aliran mesej antara dua pihak darihierarki atau jabatan yang berbeza dalam sebuah organisasi tertentu.

    Komunikasi ini tidak mengikut protokol. Komunikasi ini kerap digunakandalam organisasi tidak formal. Sebagai contoh, seorang pengurus sumbermanusia berbincang dengan kerani dari jabatan akaun mengenai maklumatyang tidak lengkap dalam rekod pekerja.

    6.2.2 Komunikasi Tidak Formal

    Menurut Rue et al. (2000), terdapat banyak laluan komunikasi tidak formal dalamsebuah organisasi. Kebanyakan komunikasi ini berlaku di luar rantaian perintah.Saluran komunikasi tidak rasmi dikenali sebagai buah mulut atau 'grapevine'.Buah mulut adalah satu rangkaian maklumat yang tidak formal di kalanganpekerja. Buah mulut dalam organisasi tidak menekankan kuasa dan pangkat. Buahmulut juga boleh menghubungkan kakitangan organisasi dalam apa jua halakomunikasi, sama ada secara menegak, melintang atau menyilang.

    Walaupun komunikasi ini cuma dianggap sebagai khabar angin daripadasumber yang meragukan, namun ia masih berguna kepada pihak pengurusan.Menerusi buah mulut, pengurusan mampu menyampaikan maklumat danmenerima maklum balas lebih cepat lagi tanpa melibatkan kos yang tinggi.Berdasarkan maklum balas yang diterima, pengurusan boleh menilai sama adauntuk menjalankan siasatan lanjut mengenai isu berkaitan.

    Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi formal? Nyatakanenis-jenis saluran komunikasi formal yang terdapat dalam sebuah

    organisasi.

    SEMAK KENDIRI 6.2

    Apakah yang anda faham tentang komunikasi tidak formal?

    SEMAK KENDIRI 6.3

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    9/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 125

    6.2.3 Komunikasi Bukan Lisan

    Komunikasi bukan lisan ialah sejenis komunikasi yang tidak menggunakan

    perkataan sama ada secara lisan ataupun tulisan. Komunikasi bukan lisanmerupakan tambahan penting kepada komunikasi lisan dan adakalanya bolehmengubah maksud komunikasi lisan. Komunikasi bukan lisan adalah kaedahterbaik untuk berkomunikasi tentang emosi. Apabila ia digabungkan dengankomunikasi lisan, ia menjadi alat yang bagi seorang pengurus untuk menghantarmaklumat kepada pekerja. Komunikasi bukan lisan terdiri daripada:

    (a) KinesikMenurut William (2000), kinesik adalah sejenis komunikasi yang tidakmenggunakan kata-kata. Sebaliknya, ia menggunakan bahasa tubuh dan

    ekspresi muka. Seseorang dapat memahami mesej yang disampaikanhanya dengan melihat pergerakan badan atau ekspresi yang ditunjukkan.Sebagai contoh, seseorang itu akan menggerakkan kepalanya dari kiri kekanan apabila dia tidak memahami sesuatu perkara tertentu. Penggunaan

    bahasa badan sentiasa menimbulkan masalah antara pengirim danpenerima.

    (b) ParalinguistikMenurut Rue et al. (2000), bentuk komunikasi bukan lisan melibatkan nada,pic, tahap intonasi, kelantangan dan corak pertuturan seperti berdiam diri

    seseorang juga boleh dianggap sebagai satu bentuk komunikasi. Sebagaicontoh, di Amerika Syarikat, seseorang boleh mengangkat keningnyasebagai tanda bantahan, tarikan atau sebagai tanda memberi perhatian.Sebaliknya, di Jepun, mengangkat kening dianggap sebagai isyarat lucah.

    MENINGKATKAN KEBERKESANANKOMUNIKASI

    Langkah pertama dalam membentuk komunikasi yang berkesan adalah dengan

    mengenal pasti dan mengatasi halangan dalam proses komunikasi. Halangan-halangan ini akan mengganggu mesej yang akan dihantar kepada penerima.

    6.3.1 Halangan dalam Komunikasi

    Terdapat lima halangan dalam komunikasi seperti yang ditunjukkan di dalamRajah 6.3.

    6.3

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    10/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI126

    Rajah 6.3: Halangan-halangan dalam komunikasi

    (a) Persepsi TerpilihIni adalah kecenderungan penerima untuk mendengar dan menerima objekdan maklumat yang selari dengan nilai-nilai, kepercayaan dan keinginan

    mereka tetapi mengabaikan atau menolak maklumat yang bertentangandengan mereka. Persepsi adalah proses di mana seorang individumenerima, mengatur, mentafsir dan menyimpan maklumat yang diperolehdaripada persekitaran mereka. Ini diikuti dengan proses penapisanpersepsi. Penapisan persepsi melibatkan perbezaan dari segi personaliti,psikologi atau pengalaman asas yang mempengaruhi orang lain untukmengabaikan atau tidak memberi perhatian kepada rangsangan tertentu.Individu juga cenderung untuk mengisi tempat kosong bagi maklumatyang hilang dengan menganggap apa yang dia tidak tahu adalah konsistendengan apa yang dia sudah tahu.

    (b) GangguanGangguan adalah sebarang faktor yang mengganggu, menyekat ataumenyebabkan kekeliruan dalam komunikasi. Sebagai contoh, seorang yang

    bercakap di telefon dalam persekitaran yang bising akan menghadapikesukaran untuk memahami apa yang diperkatakan oleh pengirim.Gangguan ini mungkin menyebabkan penerima mendapat persepsi yangsalah terhadap mesej yang disampaikan.

    (c) Emosi

    Reaksi emosi seperti marah, cinta, cemburu dan takut akan mempengaruhiseseorang dalam memahami mesej yang dihantar kepadanya. Emosi adalahreaksi subjektif apabila seseorang itu berkomunikasi. Emosi serta sentimenpenghantar akan memberi kesan kepada pengekodan mesej dan penerimamungkin sedar atau tidak sedar keadaan emosi pengirim tersebut. Selainitu, emosi pengirim dan penerima akan mempengaruhi penyahkodanmesej dan reaksi penerima.

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    11/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 127

    (d) Kemahiran BerkomunikasiKemahiran untuk berkomunikasi berbeza dari satu individu dengan yanglain. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh budaya, pendidikan, latihan dan

    personaliti orang tertentu. Sebagai contoh, orang Amerika lebih banyakbercakap berbanding dengan orang Jepun.

    Orang Jepun lebih suka menunggu, mendengar dan membincangkanperkara secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.Keberkesanan komunikasi juga bergantung kepada masa mesej itudihantar. Sebagai contoh, jika seorang pengurus membuat keputusan untukmemberi arahan atau mesej semasa musim perayaan atau pada waktupetang apabila pekerja bersedia untuk meninggalkan tempat kerja ataumemikirkan pengambilan cuti panjang, maka komunikasi ketika itu

    pastinya kurang berkesan.

    (e) KecurigaanKebolehpercayaan mesej tertentu akan menjejaskan keberkesanan terhadappenerimaan mesej. Sebagai contoh, dalam perbincangan antara pekerja danpihak pengurusan, pekerja sering kali ragu dengan pengakuan dan janjipihak pengurusan. Dalam situasi ini, persepsi terhadap sifat atau kejujuranpengirim adalah penting. Pendidikan dan pengalaman seseorang berkaitandengan subjek komunikasi juga akan memberi kesan kepada proseskomunikasi. Satu lagi faktor penting ialah keakraban penerima denganpengirim. Hubungan baik antara kedua-dua pihak akan menggalakkankomunikasi yang lebih baik dan lebih efektif antara satu sama lain

    berbanding dengan individu yang sentiasa berbalah antara satu sama lain.

    6.3.2 Langkah-langkah Mengatasi Halangan dalamKomunikasi

    Terdapat tujuh langkah-langkah yang boleh diambil oleh pengurus atau majikanuntuk mengatasi halangan dalam komunikasi seperti yang ditunjukkan di dalamRajah 6.4 berikut.

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    12/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI128

    Rajah 6.4:Langkah-langkah mengatasi halangan dalam komunikasi

    (a) Mengawal Aliran MaklumatAda masanya seorang pengurus menerima terlalu banyak maklumat yangmungkin tidak relevan atau penting kepadanya. Oleh itu, pengurus perlumewujudkan satu sistem yang mampu mengenal pasti dan memberikeutamaan kepada mesej penting sahaja yang memerlukan perhatian serta-merta.

    (b)

    Menggalakkan Maklum Balas

    Pengurus dan pihak berkaitan perlu mengambil langkah-langkah untukmenentukan sama ada mesej telah difahami dengan tepat. Daripadamaklum balas yang diterima, pengirim dapat mengetahui sama ada mesejyang disampaikan telah mencapai sasarannya.

    (c) Bahasa yang DigunakanMemandangkan bahasa boleh menjadi satu halangan kepada komunikasi,pengurus perlu memilih perkataan yang betul dan bahasa yang mudahdifahami oleh subordinat. Sebagai contoh, penggunaan bahasa teknikal

    hanya sesuai untuk pakar-pakar dalam suatu bidang tertentu.

    (d) Mendengar Secara AktifSeorang pengurus menganggap sebahagian daripada tanggungjawabuntuk komunikasi dengan jayanya adalah dengan memberi maklum balasyang bukan untuk menghukum atau meminta pekerja memberikanmaklum balas. Ini bermakna bahawa pengurus mendengar dengan jelasapa yang diberitahu. Subordinat mesti bertindak sebagai pendengar danpenerima maklumat yang baik. Mereka perlu mendengar secara aktif,

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    13/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 129

    mengurangkan gangguan dan membentuk kemahiran komunikasi yanglebih baik dengan cara melaksanakan perlakuan peranan dan latihanpembentangan kumpulan.

    (e) Mengawal Emosi yang NegatifSeperti orang lain, seorang pengurus perlu mengawal emosi negatifnyasemasa berkomunikasi kerana ini boleh mengubah kandungan mesejtertentu.

    (f) Menggunakan Isyarat-isyarat Bukan LisanPengurus-pengurus perlu menggunakan isyarat bukan lisan untukmenegaskan bahagian-bahagian penting yang terdapat dalam mesejtertentu dalam menggambarkan perasaan mereka.

    (g) Menggunakan Buah Mulut sebagai Saluran KomunikasiBuah mulut merupakan satu saluran komunikasi yang sukar untukdihapuskan daripada mana-mana organisasi. Oleh itu, pengurus mestilah

    boleh menggunakan medium ini untuk menyampaikan maklumat dengansegera, menguji reaksi sebelum membuat keputusan muktamad danmendapatkan maklum balas.

    Anda telah pun mengenal pasti tujuh langkah-langkah dalammenangani halangan komunikasi. Pada pendapat anda, sejauhmanakahamalan ini berkesan di dalam praktis?

    SEMAK KENDIRI 6.4

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    14/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI130

    Pernyataan BENAR B) atau PALSU P)

    1. Setiap fungsi asas pengurusan memerlukan kemahiran komunikasiyang efektif.

    2. Komunikasi bergantung kepada kemampuan untuk menyampaikanmesej dan bukannya dalam menerima mesej.

    3. Paralinguistik terdiri daripada bahasa tubuh dan ekspresi muka.

    4. Sistem komunikasi dalam organisasi boleh bergerak ke bawah, keatas dan mendatar.

    5. Buah mulut boleh menjadi sumber maklumat kepada pengurus.

    Soalan-soalan Aneka Pilihan

    1. Aliran maklumat yang diterima oleh penerima daripada pengirimmesej dikenali sebagai:

    A. Nyahkodan

    B.

    Maklum balasC. PersepsiD. Buah mulut

    2. Manakah antara berikut sejenis komunikasi bukan lisan?

    A. ParalinguistikB. PersepsiC. Komunikasi mendatarD. Komunikasi menegak

    3. Apakah yang menentukan aliran komunikasi ke bawah dalamsebuah organisasi?

    A. Buah mulutB. SemantikC. PersepsiD. Rantaian perintah

    LATIHAN 6.3

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    15/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI 131

    4. Apakah nama lain bagi komunikasi mendatar?

    A. Komunikasi sehala

    B.

    Komunikasi lateral/sisiC. Komunikasi tidak formalD. Komunikasi ke atas

    5. Manakah antara berikut BUKAN dianggap sebagai halangan dalamkomunikasi?

    A. Persepsi terpilihB. GangguanC. Emosi

    D.

    Buah mulut

    Soalan Kes: Komunikasi

    (a)

    Apakah kemahiran komunikasi yang diperlukan oleh seseorangpengurus?

    (b) Pada pendapat anda, manakah yang paling penting?

  • 7/24/2019 20150121070035_Topik 6 Komunikasi Dalam Organisasi

    16/16

    TOPIK 6 KOMUNIKASI DALAM ORGANISASI132

    Komunikasi adalah suatu tindakan menghantar atau menyebarkanmaklumat. Komunikasi adalah satu proses yang dinamik dan kompleks yangmelibatkan banyak faktor.

    Terdapat lapan elemen yang terlibat dalam proses komunikasi pengirim,mengekod, mesej, saluran, nyahkod, penerima, maklum balas dan gangguan.

    Komunikasi boleh dibahagikan kepada dua jenis: formal dan tidak formal.

    Terdapat tiga sistem perhubungan formal yang kerap digunakan komunikasi ke bawah, komunikasi ke atas dan komunikasi mendatar.

    Saluran komunikasi tidak formal dalam sesebuah organisasi dipanggilsebagai buah mulut.

    Komunikasi lisan adalah jenis komunikasi yang menggunakan ucapan atautulisan.

    Komunikasi bukan lisan terdiri daripada kinesik dan paralinguistik.

    Terdapat banyak halangan yang mengganggu pembentukan komunikasiyang berkesan persepsi terpilih, gangguan, emosi, kemahiran komunikasidan kecurigaan.

    Terdapat beberapa langkah-langkah yang boleh dilaksanakan untukmengatasi halangan-halangan dalam komunikasi mengawal aliranmaklumat, menggalakkan pemberian maklum balas, bahasa yang digunakan,mendengar secara aktif, mengawal emosi negatif, menggunakan isyarat

    bukan lisan dan menggunakan buah mulut sebagai saluran komunikasi.

    Kinesik

    Komunikasi mendatar

    Komunikasi menegak

    Komunikasi menyilang

    Paralinguistik