bm folio(sipnosis)

32
PUISI TRADISIONAL : SELOKA SI LUNCAI SELOKA MAKSUD Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan …  Ada rumah tidak dijag a,  Ada ana k tidak dilatih,  Ada terna kan tidak dibela,  Ada keb un tidak ditanam,  Ada cerd ik tidak sel idik,  Ada bela jar kepalan g ajar ,  Ada meng aji tiada mengkaji,  Ada mata tiada kua sa,  Ada kua t tiada b uat, Biarkan, biarkan ...! Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya. Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan perlu dijauhi iaitu; Si Luncai memiliki rumah tetapi rumah tersebut tidak dijaga dengan baik, Si Luncai mempunyai anak tetapi tidak diasuh dengan sempurna, Si Luncai mempunyai binatang ternakan tetapi tidak dijaga dengan baik, Si Luncai mempunyai tanah kebun tetapi tidak diusahakan, Si Luncai mempunyai akal yang cerdik tetapi tidak menggunakan kecerdikannya untuk membuat kajian, Si Luncai mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki, Si Luncai ada mengaji tetapi tidak membuat penyelidikan, Si Luncai berupaya melihat sesuatu keburukan tetapi tidak mampu untuk membuat teguran, Si Luncai mempunyai keupayaan tetapi tidak mampu untuk membuat sesuatu,  Akhirnya S i Luncai k erugian k erana tida k memanaatkan segala yang dimiliki.

Upload: ummiana-rahman

Post on 12-Oct-2015

44 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gfdhg

TRANSCRIPT

PUISI TRADISIONAL : SELOKA SI LUNCAI

SELOKAMAKSUD

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan

Ada rumah tidak dijaga,

Ada anak tidak dilatih,

Ada ternakan tidak dibela,

Ada kebun tidak ditanam,

Ada cerdik tidak selidik,

Ada belajar kepalang ajar,

Ada mengaji tiada mengkaji,

Ada mata tiada kuasa,

Ada kuat tiada buat,

Biarkan, biarkan ...!Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.Sikap Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dan perlu dijauhi iaitu;Si Luncai memiliki rumah tetapi rumah tersebut tidak dijaga dengan baik,Si Luncai mempunyai anak tetapi tidak diasuh dengan sempurna,Si Luncai mempunyai binatang ternakan tetapi tidak dijaga dengan baik,Si Luncai mempunyai tanah kebun tetapi tidak diusahakan,Si Luncai mempunyai akal yang cerdik tetapi tidak menggunakan kecerdikannya untuk membuat kajian,Si Luncai mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmu yang dimiliki,Si Luncai ada mengaji tetapi tidak membuat penyelidikan,Si Luncai berupaya melihat sesuatu keburukan tetapi tidak mampu untuk membuat teguran,Si Luncai mempunyai keupayaan tetapi tidak mampu untuk membuat sesuatu,Akhirnya Si Luncai kerugian kerana tidak memanfaatkan segala yang dimiliki.


PUISI TRADISIONAL : GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

GURINDAMMAKSUD

Hendak pandai menghargai masa.Jangan dinanti esok lusa.Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa

Ketekunan akan membawa kejayaan.Kegigihan bekerja dengan keupayaanKejayaan akan dikecapi jika seseorang berusaha dengan gigih dan tekun

Wajah ceria keseronokan bekerja.Usah berduka bermuram durja.Apabila seseorang seronok bekerja, hidup akan lebih gembira

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan.Bertndak dengan penuh kebijaksanaan.Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana

Ketinggian peribadi jadi amalan.Ketelusan hati jadi bekalan.Keperibadian yang unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan

Kekuatan sifat baik hati.Bertimbang rasa dan bersimpati.Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati hendaklah dijadikan amalan

Pengaruh kepimpinan melalui teladan.Baik buruk jadikan sempadan.Pemimpin yang baik hendaklah dijadikan ikutan dan pemimpin yang tidak amanah hendaklah dijauhi

Menjadi kewajipan menjalankan tugas.Walaupun sederhana tetapi tegas.Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna walaupun bertindak secara sederhana tetapi tegas

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama.Tidak membazir teliti saksama.Kita hendaklah bijak berbelanja dan pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja

Keutamaan kesabaran fikiran tenang.Perkara susah menjadi senang.Kesabaran dan ketenangan amat perlu dalam menghadapi sebarang situasi kerana perkara yang sukar akan menjadi mudah

Peningkatan bakat diberi sokongan.Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.Kebolehan diri dan bakat yang dimiliki hendaklah ditonjolkan sebagai motivasi ketika bekerja

Nikmat mencipta budaya kreatif.Kembangkan bakat semoga aktif.Pemikiran yang kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif


Syair Pemberontakan Pattani

MAKSUD

Rangkap 1:

Laksamana telah dititahkan oleh betara ke negeri Patani dengan segera untuk pergi mendapatkan panji-panji atau perintah daripada Raja Senggora tentang peraturan dan hukuman.

Rangkap 2:

Mereka yang dikenakan hukuman harus menerimanya. Mereka boleh memohon agar diberikan pengampunan daripada pegawai yang berkenaan.

Rangkap 3:

Setelah mendengar titah betara, laksamana tidak lagi risau kerana negeri yang ditinggalkannya akan tetap terpelihara daripada huru-hara.

Rangkap 4:

Pada masa yang sama bonda Duli Mahkota Indera iaitu emak saudara laksamana, sudah lama gering dan laksamana tidak sanggup meninggalkan baginda.

Rangkap 5:

Walaupun dengan berat hati, laksamana tetap menjunjung perintah betara.

Rangkap 6:

Laksamana tidak dapat berkata apa-apa kerana dia terpaksa menurut perintah dan laksamana menyerahkan segala-galanya pada Allah.

Rangkap 7:

Harapan laksamana agar dapat mendaulatkan nama baginda demi keamanan negara walaupun laksamana terpaksa berkorban.

Rangkap 8:

Dalam menjalankan tugas, laksamana tetap tidak melupakan bonda yang gering meskipun dalam hati kecilnya kemungkinan tidak dapat bertemu dengan bondanya.

Rangkap 9:

Sudah tersurat bahawa masalah yang dihadapi dalam negeri lebih berat berbanding dengan masalah bondanya yang sakit seorang diri kerana melibatkan rakyat jelata.

Rangkap 10:

Maka laksamana melaksanakan titah seri betara dengan segera bagi mendapat panji-panji/perintah Raja Senggora.

Syair RiakMaksud Syair :

Rangkap 1:
Riak merupakan satu perbuatan atau sifat baik untuk menunjuk-nunjuk kepada orang ramai. Perbuatan ini dibenci oleh tuhan kerana mendatangkan syirik.

Rangkap 2:
Kadang-kadang perbuatan riak ini ditunjukkan dengan cara berpuasa, bercakap dengan lemah lembut dan melakukan sesuatu perkara tanpa menghiraukan kepentingan diri.

Rangkap 3:
Dia melakukan perkara itu agar orang menganggap dirinya wali yang tidak peduli hal dunia. Perbuatannya nampak baik tetapi sebenarnya dia sekadar berpura-pura.

Rangkap 4:
Kadang-kadang riaknya dilakukan dengan meninggi-ninggikan kelebihan ilmunya. Dia sentiasa membaca al-quran dan memberi ceramah. Namun perkara yang betul dan salah semua dicampur aduk.

Rangkap 5:
Kadang-kadang dia bercakap seolah-olah idea/fikirannya logik. Seolah-olah telah membuat penyelidikan supaya dia disangka cerdik. Oleh itu, banyak orang ingin menjadikannya sebagai menantu.

Rangkap 6:
Kadang-kadang orang riak dengan cara berpakaian. Mereka berserban dan sejadah sentiasa terletak di bahunya serta di tangannnya memegang tasbih.

Rangkap 7:
Duduk bersila dan mata terpejam sambil berzikir menyebut nama Allah. Gayanya keterlaluan seolah-olah dialah ketua.

Rangkap 8:

Riak boleh mendatangkan bala. Amalan kita akan ditolak dan Allah tidak suka dengan sifat riak

PANTUN ENAM KERATMd Ali Bachik (ILADAM) (Penyelenggara)

PANTUNMAKSUD

Putik kelapa menjadi muda,Kelapa muda jadi kemirau,Sudah kemirau menjadi kotai;Hati luka pura tiada,Rasa pedih buat tak hirau,Ibarat kaca jatuh ke lantai.Seseorang yang tidak menunjukkan rasa kecewa dan tidak mempedulikan kesakitan walaupun perkara yang ditanggung itu begitu perit untuk dihadapi.

Ambil galah jolok kedondong,Galah pendek buluh sumpitan,Buluh bersisip tali jerami;Bukan salah ibu mengandung,Sudah takdir sudah suratan,Sudah nasib jadi begini.Jangan menyalahkan orang lain atas nasib yang menimpa diri kerana perkara tersebut sudah ditakdirkan dan telah tersurat menerima nasib sedemikian.

Sarat bermuat ikan cencaru,Gelama tidak berumpan lagi,Kail tersangkut di tepi batang;Sudah dapat orang yang baru,Yang lama tidak berkenan lagi,Ibarat melukut di tepi gantang.Sikap orang yang bertemu dengan teman baharu tidak mempedulikan lagi teman yang lama dan menganggap orang lama itu sudah tidak berguna lagi


PANTUN LAPAN KERATHarun Mat Piah (Penyelenggara)

PANTUNMAKSUD

Buat bangsal di tengah hutan,Tebaslah hutan buat halaman,Di tepi halaman menanam kubis,Diselang dengan pokok papaya;Biarlah sabar dengan perlahan,Itulah tanda tuan beriman,Tidak patah digoncang iblis,Akhirnya tuan menang berjaya.Orang yang beriman mempunyai sifat sabar dalam diri yang dapat mencegah daripada dihasut oleh iblis dan akhirnya akan berjaya dalam hidup.

Ikan teluk parang-parang,Anak ketam disangka lelabi,Berburu musim tengkujuh,Dapat buruan dibelah-belah;Bukan makhluk sebarang-barang,Cucu Adam sepaian nabi,Turun dari langit ketujuh,Jadi khalifah kepada Allah.Manusia bukan sebarang makhluk kerana ia adalah daripada keturunan nabi Adam yang diturunkan daripada langit ketujuh untuk menjadi pemimpin dibumi Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,Paku jatuh patah dua,Menjadi riuh orang didarat,Anak Cik Itam jatuh jalar;Bumi kandungan nenek moyangku,Kerana lalai rosak binasa,Kebudayaan Timur dinodai Barat,Bahasa ibunda hina terbiar.Bumi yang diwarisi daripada nenek moyang akan musnah jika kita leka. Budaya Timur akan lenyap apabila dipengaruhi oleh budaya Barat sehingga bahasa ibunda terpinggir di bumi sendiri


PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT LANGLANG BUANA

Cerita mengisahkan Tuan Puteri Mandu Ratna Dewi anak kepada Raja Bahrum Dewa. Pada suatu malam, ketika Tuan Puteri dikelilingi dayang-dayang, baginda mendengar inang memberitahu bahawa dia bermimpi langit berpayung dan bulan dipagar bintang. Tuan Puteri juga memberitahu bahawa baginda bermimpi diselimut oleh bunga yang telah digubah.Sampai sekarang bau harum bunga tersebut masih terlekat pada badan baginda. Dayang memberitahu bahawa mimpi Tuan Puteri menandakan Tuan Puteri akan bersuami. Tuan Puteri tersenyum sambil bergurau dengan dayang-dayang. Tuan Puteri mencadangkan kepada inang supaya mereka pergi ke taman besok hari untuk mandi, berbedak dan mencuci badan.

Keesokan hari, pada waktu pagi Tuan Puteri bersama-sama dengan dayang pergi ke taman. Apabila penunggu tasik melihat kehadiran Tuan Puteri, dia meminta supaya Raja Indera Bumaya bersembunyi di tempat sunyi.

Tuan Puteri memanggil nenek (penunggu) apabila tiba di taman itu. Dayang-dayang memaklumkan bahawa terdapat orang lelaki yang telah tidur di rumah nenek kerana terdapat bantal dan tikar di situ. Tuan Puteri berbedak dan mencuci badan sambil diikuti oleh dayang-dayang. Segala perbuatan Tuan Puteri itu dilihat oleh Raja Indera Bumaya sehingga menimbulkan rasa berahi (cinta).

Ketika Tuan Puteri sedang mandi, Raja Indera Bumaya mendekati kolam itu tanpa ada sesiapa yang melihatnya. Raja Indera Bumaya berlindung di sebalik pokok kemunting. Ketika itu baginda merupakan dirinya sebagai burung bayan yang sangat indah rupanya. Sifat burung itu ialah memiliki mata daripada intan, bulu daripada pusparagam dan kaki daripada emas. Bayan itu hinggap pada pokok kemunting sambil mengeluarkan bunyi yang sangat merdu.

Apabila Tuan Puteri melihat burung bayan itu, baginda memerintah supaya inang menangkapnya. Burung bayan itu terbang ke puncak pokok kemunting menyebabkan inang tidak dapat menangkapnya. Tuan Puteri menyuruh dayang menangkap burung itu tetapi tidak dapat kerana burung bayan itu terbang dari satu dahan ke satu dahan. Dayang memberitahu bahawa burung bayan itu mungkin boleh ditangkap oleh Tuan Puteri sendiri. Apabila Tuan Puteri hendak menangkap burung itu, burung bayan itu hinggap di atas tangan baginda.Baginda sangat gembira.

Tuan Puteri pulang ke rumah nenek setelah selesai mandi.Baginda gembira apabila burung bayan itu berpantun. Tuan Puteri menanyakan asal usul burung bayan itu. Buurng bayan memberitahu bahawa dia datang dari Negeri Lela Gambar, daerah matahari hidup. Negeri itu sangat besar. Ada seorang anak raja di negeri itu yang bernama Raja Indera Bumaya. Baginda merupakan tuannya. Baginda memiliki budi bahasa yang baik, bijaksana dan rupanya terlalu elok. Dayang bertanyakan burung bayan itu sama ada tuannya itu sangat tampan. Burung bayan melompat di atas dayang sambil berpantun yang bermaksud jika dia memberitahu tentang wajah tuannya itu, nescaya mereka akan ghairah apabila mendengarnya.

Tuan Puteri ingin mengetahui cerita tentang Raja Indera Bumaya dan meminta supaya bayan menceritakan dengan lebih lanjut. Bayan menceritakan perihal dia hendak pergi berjumpa dengan Seri Maharaja Sakti dan bertemu dengan Tuan Puteri Candera Lela Nurlela sehingga berlaku perselisihan faham dengan Raja Johan Syahperi, iaitu tunang kepada Tuan Puteri Candera Lela Nurlela. Apabila mendengar cerita itu, Tuan Puteri ingin mengetahui sama ada Raja Indera Bumaya akan datang atau tidak ke situ. Bayan mengagak bahawa tuannya akan datang ke situ.

Tuan Puteri pulang ke mahligainya bersama-sama bayan itu. Baginda meminta supaya diperbuatkan sangkar daripada emas bertatahkan ratna manikam dan meletakkan bayan di dalamnya apabila siap. Apabila hari malam, bayan itu dikeluarkan daripada sangkar tersebut dan datang mendekati Tuan Puteri. Dayang memberitahu bahawa bayan itu jinak dengan Tuan Puteri. Bayan memberitahu bahawa dia jinak kerana dia mempunyai tuan yang memiliki rupa paras yang baik.Tuan Puteri menanyakan masa tuan kepada bayan itu akan datang ke situ. Bayan memberitahu bahawa tuannya akan datang pada bulan itu juga dan dia akan memaklumkan kepada Tuan Puteri jika tuannya datang. Bayan menukarkan dirinya menjadi nuri dan berpantun, maksudnya tuannya minta untuk menghambakan dirinya apabila datang nanti. Tuan Puteri hairan mendengar pantun bayan itu sambil memikirkan bahawa Raja Indera Bumaya sangat bijaksana. Tuan Puteri bertanyakan lagi kedudukan Raja Indera Bumaya ketika itu dan bayan memberitahu bahawa tuannya itu sudah hampir tiba. Tuan Puteri menjadi tidak sabar untuk melihat Raja Indera Bumaya. Tuan Puteri meminta supaya nuri membantunya menunjukkan rupa Raja Indera Bumaya. Nuri menyelit dada Tuan Puteri dengan sayapnya menyebabkan Tuan Puteri dapat melihat rupa Raja Indera Bumaya.Nuri bertukar pula menjadi bunga yang telah digubah dengan indah.Tuan Puteri mengambil bunga itu lalu menciumnya.

Raja Indera Bumaya kembali kepada rupanya yang asal sambil duduk di sebelah kanan Tuan Puteri. Tuan Puteri dapat meneka bahawa lelaki di sebelahnya ialah orang yang dimaksudkan oleh nuri. Tuan Puteri menjadi malu dan ingin meninggalkan tempat itu. Raja Indera Bumaya memegang tangan Tuan Puteri tetapi sempat ditepis oleh Tuan Puteri. Raja Indera Bumaya berpantun supaya menerima dirinya seadanya.

Tuan Puteri tersenyum dan menjeling ke arah Raja Indera Bumaya. Dayang-dayang sangat suka melihat sikap Raja Indera Bumaya dan menganggap baginda sangat bijaksana. Tuan Puteri meminta supaya dayang menyediakan makanan kepada Raja Indera Bumaya sambil berpantun mempersilakan Raja Indera makan jika sudi dan tidak menjadi hal jika tidak sudi.

Raja Indera Bumaya tersenyum mendengar pantun Tuan Puteri dan mengajak Tuan Puteri makan bersama-samanya. Selepas itu mereka bergurau senda dengan dayang-dayang.

Pengawal yang berkawal di mahligai Tuan Puteri setiap hari mendengar suara orang ketawa di atas mahligai itu. Mereka memberitahu Raja Bahrum Dewa tentang hal itu. Raja Bahrum Dewa sangat marah dan memerintahkan supaya mencari lelaki itu kerana telah membuatkan diirnya menjadi malu.Pada malam itu, hulubalang diminta supaya mengepung mahligai Tuan Puteri. Apabila dayang melihat kehadiran ramai hulubalang, mereka memberitahu Raja Indera Bumaya dan Tuan Puteri. Raja Indera Bumaya tidak menunjukkan reaksi takut sebaliknya berpantun dengan mengatakan bahawa baginda tidak akan melepaskan tuan puteri meskipun seribu orang datang mengepung mereka.

Tuan Puteri turun daripada pangkuan Raja Indera untuk beredar daripada situ tetapi dihalang oleh Raja Indera. Raja Indera ingin mengetahui sama ada Tuan Puteri ingin melihat kematiannya atau tidak kerana dia menganggap Tuan Puteri adalah nyawanya. Tuan Puteri menangis melihat kasih sayang yang ditunjukkan oleh Raja Indera. Baginda memikirkan bahawa jika Raja Indera mati maka dia juga akan mati kerana tiada guna lagi hidup tanpa Raja Indera.Pelbagai cara digunakan oleh Raja Indera untuk menghalang Tuan Puteri daripada meninggalkannya.

Apabila semakin ramai yang datang mengepung, Raja Indera Bumaya memuja geliga daripada Raja Johan Syahperi dan keluarlah empat jin yang lengkap bersenjata. Raja Indera menyeru supaya jin itu menyerang Raja Bahrum Dewa tetapi diminta supaya tidak membunuhnya. Setelah berperang ramai rakyat Raja Bahrum telah lari dan dapat ditangkap. Hulubalang yang melarikan diri telah menghadap baginda dan memaklumkan bahawa Raja Indera belum mati. Raja Bahrum menjadi marah apabila mendengar berita itu. Baginda mengumpul seluruh rakyat dan memerintahkan supaya segera menagkap Raja Indera. Setelah datang ke mahligai Tuan Puteri, Raja Indera memujuk supaya Tuan Puteri tidak menangis dan tidak takut menghadapi tentera ayahandanya. Raja Indera memberitahu bahawa dia mahu mati seorang diri tetapi tuan puteri juga mahu mati jika Raja Indera telah mati. Raja Indera memuja gemala hikmat lalu keluarlah jin empat ribu. Raja Indera menyeru supaya jin-jin itu berperang dengan rakyat Raja Bahrum. Peperangan besar berlaku dan banyak nyawa yang terkorban.

DRAMA DATO ONNKarya : Othman Hj Zainudin

Sinopsis

Drama ini mengisahkan sejarah hidup Dato Onn yang berjuang menentang penjajahan dan menuntut kemerdekaan sehinggalah ke akhir hayatnya. Selepas kematian isteri, Dato Onn berkahwin dengan anak panggung iaitu Cik Kiah tetapi jodoh mereka tidak panjang. Dato Onn mengahwini Halimah, balu adiknya. Dato Onn dipecat daripada jawatan pemungut cukai kerana menentang keras dasar penjajah Inggeris yang ingin memungut cukai. Rumah dan tanah keluarganya dirampas. Mereka sekeluarga berhijrah ke Singapura.

Di Singapura, Dato Onn dan Syed Hussien Alsagoff menerbit akhbar Warta Malaya untuk menyatakan pendapat, membentuk fikiran rakyat dan menentang Inggeris secara halus. Rakyat Tanah Melayu mula sedar dan bangun menentang Inggeris bersama-sama Dato Onn. Penentangan bertambah kuat apabila ada gagasan untuk mewujudkan Malayan Union.

Kemudian Jepun menyerang Tanah Melayu dan Inggeris melarikan diri. Selepas Jepun menyerah kalah, berlaku huru-hara apabila MPAJA cuba mengambil alih pemerintahan secara kekerasan. Banyak nyawa yang terkorban dan kerugian harta benda yang banyak. Kemudian Dato Onn dilantik menjadi pegawai daerah Muar. Satu pertemuan diatur bersama pemimpin MPAJA dan KMM, ketua kampung, Kiai Salleh dan lain-lain. Masing-masing tidak mahu mengalah. Dato Onn menegah mereka berpecah belah dan menyeru mereka bersatu dan menuntut kemerdekaan tanpa pertumpahan darah.

Pada tahun 1946 dalam Kongres Melayu, UMNO telah lahir untuk memperjuangkan hak orang Melayu. Dato Onn keluar parti lantaran cadangan untuk membuka keahlian kepada semua kaum ditolak. Masih ramai yang menyokong kepimpinannya sehingga namanya tersohor. Tanah Melayu diisytiharkan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman.Dato Onn menghembuskan nafasnya pada usia 67 tahun di Larkin, Johor Bharu.

DRAMA : 1400Oleh: Nordin Hassan

Sinopsis

Dollah yang capik menyuarakan rasa tidak puas hati atas sikap masyarakat yang menolaknya disebabkan harta dan kecacatannya. Dia berazam untuk menjadi kaya dan mengubah pendirian orang kampung.

Dollah bertemu dukun dengan menggunakan azimat daripada mayat ibunya. Hasil pertolongan dukun Dollah mendapat harta karun dengan pertolongan jin. Dollah bertukar corak dengan memakai kaki palsu dan pakaian mahal serta mempunyai pembantu bernama Doli.

Pada peringkat awal peminangannya ditolak. Walaupun begitu dengan kekayaannya Dollah telah membina empayar yang luas dengan membeli tanah orang kampung. Dollah juga telah berkahwin dengan Intan Siti Rahimah yang beriman dan baik perangainya. Sikap Intan Siti Rahimah itu menyebabkan dia disayangi oleh orang surau dan orang kampung. Sebaliknya Dollah dibenci orang kampung kerana Dollah menindas orang kampung dan memelihara kuda yang banyak serta mengotorkan sungai dengan najis kuda yang menjadi sumber air penduduk kampung. Akibat pencemaran tersebut, penyakit merebak dan ramai penduduk kampung yang menggunakan air sungai yang tercemar itu mendapat zuriat yang cacat.

Dollah suka berburu, dia gembira dengan kehamilan isterinya dan meminta Intan Siti Rahimah makan makanan yang baik sahaja dan tidak mengambil makanan dari kampung tersebut.

Apabila anaknya lahir, anak itu cacat. Anak tersebut dibuang dan isterinya dihalau. Dollah telah bertemu dengan mayat ibunya yang meminta supaya dia bertaubat. Akhirnya semua hartanya hilang dan balik kepada keadaan asal.

Dollah bertemu semula dengan isterinya di kampung lain yang memperjuangkan Islam.Akhirnya Dollah hilang di laut dan Siti Rahimah mendoakan keselamatannya.

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNGOleh: Suriani Mohd Yusof

Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepad ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja.Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis.Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya cebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

DRAMA : TIANG CENGAL DINDING SAYUNGOleh: Suriani Mohd Yusof

Sinopsis

Mak Jimah isteri Pak Jumaat menghadapi kesedihan apabila Pak Jumaat didapati hilang semasa kejadian ombak tsunami di Kedah. Anak-anak Jimah iaitu Sabri, Shahrul, Sabariah dan Salmah, manakala Sani anak angkatnya cuba menenangkan perasaan Jimah agar sabar dengan takdir Tuhan. Shahrul meminta pertolongan Sani agar menyatakan hasratnya ingin pulang ke Kuala Lumpur kepada emaknya kerana telah tamat cuti, sebaliknya Sani meminta Shahrul sendiri memberitahunya. Sabariah yang panas baran baru balik dari London menyalahkan bapanya yang terus turun ke laut untuk menangkap ikan. Sebenarnya dia telah mengirim wang kepad ibu bapanya supaya mereka tidak perlu bekerja.Sikapnya ditegur oleh Pak Man jiran mereka yang tidak memahami Jimah. Salmah merupakan anak Jimah yang baru balik dengan pakaian seksi dimarahi Sabariah supaya menukar pakaian sebelum berjumpa emaknya. Berlaku pertengkaran antara Sabri dan Sabariah untuk menyerahkan tugas menjaga emak mereka. Sikap mereka ditegur Pak Man. Sikap anak-anaknya menyebabkan Jimah menyerahkan kembali buku bank hasil pemberian mereka. Sabariah memarahi Jimah yang masih berharap bapa mereka akan selamat. Dalam keadaan kecoh itu Wahid dan Senin mengambil kesempatan untuk menipu serta mencuri barangan mangsa tsunami. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis.Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya cebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi. Akhirnya Jumaat dijumpai dan dikhabarkan oleh Man Bengap serta menyatakan Sani sahaja diminta menemani Jimah menjemput Jumaat di balai polis. Walau bagaimanapun, atas sikap bertolak ansur Sani maka mereka sama-sama menjemput Jumaat. Sabariah, Salmah dan Shahrul memohon maaf kepada Jimah. Pak Man dan Mak Jah terharu dengan peristiwa itu. Atas pengajaran peristiwa yang menimpa Mak Jah, maka Pak Man berfikir bahawa dia harus bersyukur mempunyai Man Bengap walaupun hanya sebagai cucu angkat tetapi dapat menghiburkannya terutama dalam masa dia dan isterinya sunyi.

Dirhagayu BahasakuSAJAKMAKSUD

Tempatku di singgahsanahati nurani bangsakuwarga yang berbudisetia dan amanahBahasa Melayu berada di tempat yang tinggidi dalam sanubari orang Melayuyang merupakan bangsa yang berbudisetia dan amanah

Bahasa itu maruah bangsayang mesti dipelihara martabatnyaagar tetap kukuh dan ampuhmelayari lautan bijaksanasalam ikatan mesra dan teguhBahasa umpama maruah bagi suatu bangsayang mesti dipelihara dan dijaga kedudukannyaagar terus kukuh dan mantapsebagai sumber bahasa dalam dunia pendidikandan bahasa komunikasi serta dapat mengeratkan silaturahim

Cekal dan waja semangat pejuangkuhak bangsaku mendaulatkanmudi bumi bertuah inimerentas dunia tak bertepiBegitulah tabah dan cekal semangat pejuang bahasakerana semua orang mempunyai hakdan usaha untuk mendaulatkan bahasa Melayu di negara inibagi menghadapi dunia penuh cabaran

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilanganke barat dan ke timur menjalin persaudaraangagah pelautku membelah hutanke utara dan ke selatan bahasaku mencengkamdari pulau ke pulau menggilap mutiara silamSejarah menunjukkan bahasa Melayu pernah gemilangke timur dan ke barat menjalinkan hubungan diplomatikpelayar-pelayar yang merentas lautan dengan gagahdari benua ke benua bahasa Melayu disebarkanserta dari pulau ke pulau bagi mengembalikan kegemilangan

Dirgahayu bahasakudi arena antarabangsa suaramu tumbuhmenusuk kalbu lagu bahasamubahasamu bahasa mindamudah akrab dan bertatasusiladaripada bangsa yang bernama Melayumenempa kejayaan di alat baruMoga kekal bahasakudi seluruh dunia bahasaku dikenalibahasaku dicintaikerana bahasa Melayu merupakan bahasa ilmumenjadi bahasa penyatuan serta lambang tatasusilauntuk bangsa Melayumencapai kejayaan dalam dunia yang moden ini


SAJAK KECEK V karya Awang AbdullahSAJAKMAKSUD

1seseorang pengarahmembuka akaun semasanyadi sebuah bank ternamatetapi dalam diamdia mencantum kemiskinanorang lainke dalam amanahnyayang telah lama pecah

seseorang yang berjawatan pengarahtelah membuka akaundi sebuah bank yang terkenalsecara diam-diamdia telah mengambil harta orang lain yang bersusah payah menyimpannyauntuk dimasukkan ke dalam akaunnyadan perbuatan ini telah lama dilakukannya

2di kampungseorang petanimembuka akaun kemiskinannyadi ruang kedaifandan mengunci sedozen anak-anaknyadi dalam pagar sengsaratetapi dia tidak pernah mencantumkekayaan orang lainke dalam getirnyayang sudah lamaberumbi

di sebuah kampungseorang petaniyang hidup dalam keadaan miskindan naiftetap menyara kehidupan 12 orang anak walaupun dikelilingi keperitan hiduptetapi dia tidak pernah mengambilhak orang lainuntuk membantu hidupnya yang sengsarakerana prinsip ini sudah lama sebati dalam hidupnya

3di pantaiseorang nelayanmembuka akaun sengsaranyadi rahang laut tergangadan mengurung sederet anak-anaknyadi bawah pusaran nasibtapi dia tidak pernah mengumpulkesenangan orang lainke dalam kegusarannyayang telah sekian musimberlumutdi papan hidupnya

di pantaiseorang nelayanmenyara hidupnya yang penuh sengsaradi tengah lautan yang ganasdan meletakkan harapan anak-anaknya yang ramai atas rezeki yang diperolehtetapi dia tidak pernah mengambilkekayaan orang lainuntuk mengubati kegelisahannyaprinsip ini telah lama dipupukdalam hidupnya

4Tuhan tidak pernah mungkirmencatatkan setiap angkadan nilai hitungan paling kecilke dalam akaun-Nyadi rumah keadilan

Tuhan tidak pernah mungkir janjimencatatkan setiap kesalahanwalaupun kesalahan yang paling keciluntuk dibuat perhitungandi muka pengadilan

DI BAWAH LANGIT YANG SAMALim Swee Tin

SAJAKMAKSUD

Di bawah langit yang samaKita hirupi udaraTanpa mengira BeirutmuAtaupun Kuala LumpurkuKita menghirup udara di bawah langit yang samaPenyajak menggambarkan bahawa walau di manapun kita berada sama ada di bumi Beirut atau di Kuala Lumpur, kita menghirup udara yang sama kerana kita adalah sama taraf sahaja

Aku suka gerimis di Kota LondonPernah terpesona angin dingin-tajam di WashingtonPohon-pohon hijau atau aneka warnatiada bezanya.Penyajak menyatakan bahawa beliau pernah ke kota London dan suka akan gerimis di sana. Penyajak juga terpesona dengan tiupan angin yang begitu mendinginkan di Washington. Pepohon yang menghijau dan beraneka warna adalah serupa seperti yang terdapat di tempat-tempat lain

Siapapun menghuni Australia penghuni AfrikaKerana di bawah langit iniKita sama.Sesiapa yang tinggal di bumi Australia atau Afrika juga setaraf kerana kita tinggal di bumi ciptaan Tuhan yang satu.

Aku menyeberangi Laut China SelatanLayariLautan Teduh rentasi Laluan SuteraBerkongsi siang miliki malamAnyam cinta pelangikan zamanTiupkan harapan senadaSesama kita warga duniaDi bawah langitnyaYang sama.Penyajak menyatakan bahawa beliau ingin merentasi Laut China Selatan melalui Lautan Teduh dan Laluan Sutera untuk berkongsi impian, iaitu melihat keamanan dan keharmonian dunia. Beliau ingin melihat supaya dunia sama-sama berjuang menegakkan kedamaian. Harapan ini dibuat oleh penyajak kerana kita adalah sama sahaja walaupun di mana kita berdiri di bumi ini.

Peta-peta itu yang memisahkanJangan tutup pos sempadanVisa hanya keperluan rasmi seketikaPasport dokumen pengenalan tiitk mulaKita dakapi mimpi tak berbeza gapai hasratLebur kebencian kuburkan sejarah hitamDi bawah langit ini yangSamaPenyajak menyatakan bahawa garis pemisah antara negara adalah sempadan yang telah ditetapkan. Beliau menyeru supaya pintu sempadan tidak ditutup untuk memudahkan kemasukan warga asing walaupun ada negara-negara tertentu yang mewajibkan penggunaan visa dan pasport untuk memasuki sesebuah negara. Penyajak menyeru agar penduduk dunia memasang impian yang sama untuk mencapai hasrat melihat dunia menjadi lebih aman. Penyajak juga menyeru supaya kita mengikis rasa benci dan melupakan sejarah hitam agar keamanan dunia dapat dicapai. Hal ini perlu kerana kita berdiri di bumi yang sama dan kita adalah sama taraf.



BANGKITLAHRejab F.I

SAJAKMAKSUD

Anak-anak yang sedang lenabangkitlahmatahari sudah tinggidi puncak gunung.Penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang terlena dan dibuai kelalaian supaya segera bangkit kerana matahari sudah meninggi dan orang lain sudah jauh meninggalkan mereka selepas negara mengecapi kemerdekaan

Lihat jernihnya pagi iniburung-burung berterbangan di udaradan pepohon hijau merendang daunnyaapa kau masih belum bangkit?Penyajak menyeru supaya anak-anak muda melihat kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinikmati kini telah dikuasai oleh orang lain. Penyajak ingin mengetahui sama anak-anak muda kini masih belum sedar atau sebaliknya

Bangkitlahjangan sesal nantimadu bumi yang kekeringanisi laut kekosongandan perut belantara menjadi ladang.Penyajak menyeru supaya anak-anak muda segera bangkit agar mereka tidak menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara yang dinikmati kini akan berkurangan dek pembangunan yang semakin pesat dimonopoli oleh orang lain

Anak-anakesok apa yang akan kaumakan?tanah atau batu atau debu?kau mahu terus nangistanpa air mata?Penyajak mengingatkan anak-anak muda akan masa hadapan bangsanya yang mungkin akan terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan apabila hasil kekayaan negara dikaut oleh orang lain. Beliau tidak mahu anak-anak bangsanya nanti terus menangis dan berputih mata

Kalau tidakbangkitlahmatahari belum lagi rembangdan burung-burung belum lagi menjamah awan!Penyajak mengingatkan jika anak bangsanya tidak mahu keadaan sedemikian berlaku, mereka perlu bangkit segera serta berusaha kerana waktu masih ada. Mereka masih sempat untuk mengejar arus pembangunan yang semakin pesat ini bagi menjadi bangsa yang maju.


PASAR PERASAANT. Alias Taib

SAJAKMAKSUD

ini pasar perasaanpada gerainya duduk penjual sentimentalyang sering dikunjungi pembeli emosional.Penyajak mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat tentang pelbagai isu. Perdebatan yang berlangsung kadang-kadang penuh dengan emosi yang sukar untuk dikawal.

ini pasar perasaanmereka memperdagangkan kata-katayang terbit daripada kalbubukan terbit daripada akal.Di warung-warung, perdebatan yang berlangsung penuh dengan perasaan. Kata-kata yang dilontarkan lebih kepada luahan perasaan yang terbuku dalam kalbu bukannya lahir daripada pemikiran yang bernas.

mereka memperdagangkan hujahyang rapuh dan lapukbagai kayu buruk;yang mudah dipatahkanbagai ranting kering.Mereka melontarkan pelbagai hujah yang longgar dan basi serta tidak berdasarkan fakta sehingga tidak memberi apa-apa makna. Hujah-hujah yang dilontarkan begitu rapuh sehingga mudah untuk dipatahkan oleh pihak lawan

ini pasar perasaandi dalamnya mengalir sungai manusiayang menghilirkan suara kosong.Warung-warung telah menjadi tumpuan ramai dan para pengunjung datang silih berganti. Mereka berbual-bual kosong di situ tanpa ada kata putus.

ini pasar perasaanyang memperdagangkan akal cetekdan tawar-menawar yang dangkal.Di warung-warung jugalah, para pengunjung memperlihatkan kelemahan mereka yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong menjadi agenda walaupun tidak membawa kebaikan.

kumasuki pasar inikususuri sungai sibuk inidi tengah-tengah penjual dan pembeliyang kaya dengan perasaantetapi miskin dengan kebijaksanaanPenyajak cuba memasuki warung tersebut dan melibatkan diri dalam perdebatan dengan pengunjung lain. Penyajak cuba menyelami intipati perdebatan tersebut. Beliau mendapati para pendebat lebih dikuasai oleh emosi ketika berbicara dan tidak bersandarkan pada fakta dan ilmu pengetahuan.

ini pasar tidak berakalyang diriuhkan kekosonganPenyajak membuat kesimpulan bahawa warung-warung merupakan tempat yang hanya sesuai untuk mereka berbual-bual kosong sahaja. Walaupun perdebatan nampak menarik tetapi keriuhannya tidak membawa apa-apa makna.

ARKITEK KOTAMuhammad Hj. Salleh

SAJAKMAKSUD

hanya seniman pekayang faham akan jiwa lautkenal lambung gelombangnyaalur sungai serta diam batuperasaan musimfiil langit dan sabar bumiberhak membina kota.Penyajak menyatakan bahawa usaha membangunkan sesebuah kota perlu dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak dan bertanggungjawab. Mereka merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok-belok dan keadaan sesebuah kota yang ingin dibangunkan.

kerana arkitek matang itu anak di tamanperenung di perpustakaanorang muda pulang bertandang di lorong malampemunggah barang pasar di subuh haripengadil di bangku bijaksanadan datuk bandar yang banggaHal ini demikian kerana golongan perancang bandar ini merupakan penghuni yang tinggal di situ dan banyak mengetahui hal-hal berkaitan dengan masalah yang dihadapi penduduk. Mereka juga telah banyak membuat kajian dengan mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Usaha ini akan memudahkan perancang bandar tersebut membangunkan kota kerana mereka telah mengambil kira semua pertimbangan.

dia harus sayangkan lagu burungpemancing di teduh pohonpemerhati tasikpengawas bintangdan bunga menjalar di beranda.Seseorang perancang bandar juga harus mencintai alam sekitar. Usaha membangunkan sesebuah kota perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar kepada flora dan fauna. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan alam semulajadi perlu dipertahankan untuk mewujudkan landskap yang mempesonakan.

pencipta kota ialahpendekar muda dengan langkah berbagai-bagaikelakar tua yang mengampungkan ceritaorang bercinta yang perlukan bulanPerancang kota sebaiknya terdiri daripada golongan muda yang banyak idea untuk merencanakan keindahan kota. Idea bernas yang diilhamkan oleh golongan ini dapat memberi kegembiraan kepada semua lapisan dan menjadi tarikan kepada golongan yang inginkan keindahan.

dia pengukir ruang hiduppenghias suasana sempurnamembenarkan penemuanmemungkinkan kemungkinanPerancang kota merupakan arkitek yang mampu memberikan kehidupan yang selesa dan sempurna kepada warga kota. Mereka mampu merencanakan perancangan dengan mengambil kira keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan alam sekitar. Pembangunan kota dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar mampu memberikan kehidupan yang sempurna kepada warga kota.


Hikayat Opu Daeng MenambunSinopsisBab III
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng dengan lima bersaudara dan disertai Sultan Muhammad Zainuddin.Baginda berkenaan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng dan lima saudaranya.Daeng Perani menolak kerana telah berkahwin.Daeng Perani mencadangkan Daeng Menambung berkahwin dengan Puteri Kesumba anakanda Sultan Muhammad Zainuddin.Opu Daeng Menambung bersetuju.Bab IV
Setelah berkahwin dengan puterinya,SultanMauhammad Zainuddin bertitah kepada Opu Daeng dan lima sudaranya menyerang Panembahan Agung.Kedatangan Opu Daeng sampai sampai ke pengkalan negeri Matan.Menantu Panembahan Agung iaitu Daeng Mataku dan tuan Hj.Hafiz berjumpa Opu Daeng berlima.Mereka bersalaman dan bertanya khabar.selepas itu mereka menghunus keris untuk bertikaman.Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Hj.Hafiz bahawa mereka orang Bugis menyebabkan Daeng Mataku dan Tuan Hj Hafiz serba salah kerana arahan Panembahan supaya menghalang Opu Daeng berlima daripada masuk ke kota sama ada secara lembut atau kekerasan.Tuan Hj.Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah.Opu Daeng lima bersaudara masuk ke dalam kota dan menawan Panembahan Agung dan dibawa menghadap Sultan Muhamad Zainuddin.Bab V
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman.Baginda meminta pertolongan Opu Daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri.Opu Daeng bersetuju dengan syarat salah seorang daripada mereka berlima dilantik sebagai Yamtuan Muda.Berperanglah antara orang siak dan Bugis.Yam Amtuan Kecil terpaksa berundur ke hulu Siak.seperti yang dijanjikan Yam Amtuan Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yam Amtuan Muda di Riau.Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yam Tuan Raja Sulaiman ,Tengku Puan.Bab IV
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan tahta lalu meminta bantuan Opu Daeng berlima.Mereka sanggup menolong Yam Amtuan Raja Kedah dan berjanji memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng berjaya mengumpul pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabal menjadi Yang Dipertuan Raja Kedah.Saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan itu menyerangnya dan berlarutan selama lapan hari.Kemenagan berpihak kepada orang Bugis.Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuan nya dan membayar tiga bahara seorang seperti yang dijanjikan.Bab VII
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput olah raja Sambas antara mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas.Opu Daeng Menambung menerima tawaran itu dan pergi ke Sambas bersama-sama Opu Daeng Kemasi.Kedatangan mereka telah disambut oelh sultan Adil dan anakandanya dan disediakan satu sebuah rumah dalam sebuah kampung.Setelah tiga hari,Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah.Opu Daeng Menambung mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin.Opu Daeng Kemasi telah dilantik menjadi pangeran Mangkubumi di dalam daerah Sambas.BabVIIISetelah sekian lama di negeri Sambas,Opu Daeng Menambung teringin untuk balik ke negeri Matan.Hal ini mengembirakan Sultan Muhamad Zainuddin lalau mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaanya.setelah setahun,Sultan Muhamad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknua serat saudaranya dan pengeran Kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya.Pangeran dan Menteri penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin.Seluruh penduduk Mantan tidak bersepakat untuk memilih pengganti Sultan Muhammad.Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan anak Raja Mempawah.Bab IX
Khabar berita telah sampai ke Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sangkawak telah mangkat.lalu anakanda Puteri Kesumba dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan dengan besar-besaran.Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam,rombongan raja perempuan .Mereka kemudiannya sampai ke sebukit lalu membuka negeri di situ.Setelah selesai segala urusan membuka negeri,mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sangkawak.

Prosa Tradisonal (Hikayat Siak) Tingkatan 5Sinopsis
Kisah bermula dengan pelayaran Tuan Bujang setelah mendapat perkenan daripada Sultan Palembang. Tuan Bujang dibekalkan oleh Sultan Palembang dengan pakaian keemasan dan keris kebesaran. Tuan Bujang sampai ke Rawas dan berkahwin dengan anak Dipati Batu Kuching. Tuan Bujang mendapat seorang anak lelaki dan dinamakan Raja Alang. Di Pagar Ruyung, Tuan Bujang telah ditabalkan sebagai Yamtuan Sakti. Tuan Bujang juga telah diuji bagi membuktikan bahawa baginda ialah daripada keturunan kesultanan Johor. Tuan Bujang telah diberi gelaran Yang Dipertuan Raja Kecik. Yang Dipertuan Raja Kecik telah pergi ke Siak namun tiada sesiapa yang mengenali baginda malah baginda terpaksa bekerja sebagai Nakhoda Penangguk . Kemudian baginda pergi ke Mengkalis dan di sana telah digelar oleh orang Minangkabau sebagai Yang Dipertuan. Baginda berhajat hendak menyerang negeri Johor. Pada masa yang sama, Raja Bugis iaitu Daheng Parani, Daheng Calak dan Raja Tuha telah datang ke Mengkalis. Mereka ingin membantu menyerang Johor. Daheng Parani telah membuat perjanjian sekiranya baginda berjaya menawan Johor, maka baginda akan menjadi Yang Dipertuan Besar dan Daheng Parani dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda. Sepucuk surat telah dihantar kepada Yang Dipertuan Johor memaklumkan bahawa paduka anakanda Marhum Mangkat Dijulang ingin menuntut bela atas kematian ayandanya. Berita kedatangan Yang Dipertuan Raja Kecik anakanda Marhum Mangkat Dijulang di negari Johor menjadi perbualan rakyat. Bagi membuktikan bahawa baginda ialah anakanda Marhum Mangkat Dijulang , rakyat Johor telah meminta supaya baginda menawarkan air masin menjadi air tawar. Dengan izin-Nya, maka air masin telah bertukar menjadi air tawar. Rakyat Johor terus bersorak dan menyebut Yang Dipertuan Raja Kecik sebagai Tuanku Yang Maha Mulia. Baginda juga bertitah kepada rakyat Johor agar menyembah dengan ucapan daulat. Baginda kemudian menyerang Johor. Yang Dipertuan Johor bersama anakanda baginda telah pulang ke kampung lama Bendahara. Sesampai Yang Dipertuan Raja Kecik ke dalam Kota Johor, baginda telah masuk ke istana. Baginda hairan kerana tidak ada Bendahara di dalam Istana. Baginda dimaklumkan bahawa Bendahara sudah melarikan diri. Yang Dipertuan Raja Kecik dimaklumkan bahawa bondanya Encik Apung telah meninggal dunia. Baginda berasa sugul dengan berita tersebut. Baginda telah bertunang dengan anak Bendahara yang bernama Tengku Tengah tetapi telah memutuskan pertunangan tersebut kerana terpikat dengan anak bongsu Bendahara iaitu Tengku Kamariah. Akhirnya baginda berkahwin dengan Tengku Kamariah dan ditabalkan menjadi Raja Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Syah.

ROSA TRADISIONAL : DUA GELIGA HIKMAT

SINOPSIS

Mengisahkan seorang anak raja bernama Inderaputera yang mengembara sehingga berjumpa dengan Tasik Semendera Jin yang amat luas. Pasir di sekeliling tasik daripada emas urai dan batunya daripada permata yang sangat indah. Inderaputera berasa amat takjub. Semasa Inderaputera berjalan di tepi tasik, Inderaputera mendengar suara memberi nasihat agar dia berhati-hati tetapi tiada manusia yang kelihatan. Inderaputera menuju ke sepohon pokok dan dilihatnya banyak mayat yang bergelimpangan. Suara itu datang daripada mayat-mayat tersebut. Mayat tersebut memberitahu Inderaputera bahawa ada raksasa di tasik itu namun Inderaputera tidak gentar. Tidak lama kemudian keluarlah raksasa daripada tasik itu. Inderaputera pura-pura tidur. Apabila raksasa ingin menindih Inderaputera, dia bingkas bangun dan mencengkam rambut raksasa. Raksasa merayu agar Inderaputera melepaskannya dan sanggup memenuhi setiap permintaan Inderaputera. raksasa telah memberikan batu geliga Mayan Bedi kepada Inderaputera. Batu geliga itu boleh digunakan untuk menghasilkan angin, ombak, kilat atau petir dengan cara menyeru nama raksasa itu. Inderaputera telah melepaskan rambut raksasa itu. Inderaputera menyatakan bahawa dia ingin pergi ke Berma Sakti. Raksasa memberitahu di situ tempat seorang puteri yang cantik iaitu Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran dan dayang-dayangnya datang mandi. Raksasa berpesan agar Inderaputera menyorokkan baju tuan puteri semasa tuan puteri sedang mandi. Inderaputera melakukan perkara yang disuruh oleh raksasa. Tuan Puteri merayu agar Inderaputera memulangkan bajunya. Inderaputera meminta Tuan Puteri bersumpah sebelum dia memulangkan baju tersebut. Inderaputera meminta Tuan Puteri memberikan gemala hikmat yang ada di mahligai tuan puteri. Tuan Puteri berjanji akan memberikan gemala hikmat itu dan meminta Inderaputera datang ke mahligainya. Istana tuan puteri dikawal rapi oleh seekor harimau, seekor badak, seekor naga, seekor garuda dan seekor raksasa yang sangat hebat. Inderaputera berjaya mengatasi semua halangan itu dan berjaya sampai ke mahligai Tuan Puteri Seri Ratna Gemala Nehran. Seperti yang dijanjikan, tuan puteri telah memberikan batu gemala hikmat kepada Inderaputera.


Cerpen Idola ( Zaen Kasturi)

Sinopsis

Si penjaga panggung menjadikan hero sebagai idola hidupnya. Pendiriannya bercanggah dengan pendapat isterinya yang mahu dia mengubah cara hidup agar mereka tidak terus miskin. Pada suatu petang dia berjumpa dengan si hero yang memperihalkan realiti kehidupannya yang sebenar dan menasihati si penjaga panggung agar sedar akan hakikat kehidupan yang sebenar. Hal ini menyedarkan si penjaga panggung bahawa idola yang ideal hanya wujud dalam pementasan sandiwara dan dia perlu melakukan perubahan diri.

CERPEN: PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONGOleh: Mohamaed Latiff Mohamed

Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina peranakan. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa nanti tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Pungut perlu dijaga setiap masa oleh Mak Timah kerana Pungut menjadi bisu, pekak dan tidak boleh mengurus dirinya sendiri. Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Ada kalanya Mak Timah merungut kerana Pungut dipanjangkan umur tetapi tetap menyayangi dan akan menjaga Pungut walaupun anak lelakinya ada mencadangkan supaya Pungut dihantar ke rumah orang cacat. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut terlebih dahulu sebelum dia meninggal dunia.

CERPEN : PAHLAWAN BUNTUNGOleh: S. Othman Kelantan

Sinopsis

Pertemuan semula Khalid (aku), anak kepada Pak Hassan dengan Pak Hussain selepas berpisah selama 30 tahun memngimbas kembali peristiwa peperangan pada zaman Jepun sehingga menyebabkan kesengsaraan hidup orang kampong Pulau Pak Amat.Hal ini menyebabkan mereka terpaksa berpindah apabila kampung mereka diserang tentera Jepun.Sekembali semula dia di kampung halaman selepas tamat perang, orang kampung kembali memulakan kehidupan sebagai nelayan. Selepas itu, Pak Hussain terkena serpihan bom tentera Jepun yang mengakibatkan kakinya dipotong. Walau bagaimanapun Pak Hussain dianggap sebagai wira atau pahlawan kerana telah menggadai nyawa demi keselamatan penduduk Kampung Pulau Pak Amat.

CERPEN : TANGGAR AMANATOleh: Amaruszati Noor Rahim

Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang wanita bernama Hawa yang bakal menjadi seorang ibu. Dia Amat menyayangi kandungannya yang berusia empat bulan. Zuriat itu telah dinantikan hampir lapan tahun. Hawa menghadari konflik sama ada mahu pulang ke tanah air atau terus berada di Yellowstone, Amerika untuk mempertahankan empayar perniagaan Ahmad Abdullah. Adam, suaminya mahu pulang ke tanah air. Mereka harus pulang dan memulakan sesuatu yang baharu. Bagaimanapun, Hawa tetap mempertahankan hasratnya untuk terus berada di Amerika. Akhirnya anak dalam kandungannya telah bertindak sebagai suara hati nurani untuk mengajak ibunya melihat secara mendalam akan rasional keputusan yang dibuatnya. melalui dialog, janinnya berjaya menyedarkan Hawa bahawa dia tidak perlu bersekongkol dengan Amerika kerana keuntungan perniagaan tersebut secara tidak langsung membiayai musuh Islam. Akhirnya hawa membuat keputusan untuk pulang ke tanah air bersama-sama suaminya, Adam.

CERPEN : HUTAN RIMBAOleh: Sasjira

Sinopsis

Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasita anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya bagi memelihara alam sekitar.

CERPEN : PENANGGUNGANOleh: Wijaya Mala

Sinopsis

Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab musababnya. Akhirnya, masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.