dialog imam syafie dengan golongan anti hadith

Upload: administrator

Post on 17-Feb-2018

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadith

    1/4

    Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti HadithContributed by Fairiat Yarman

    Thursday, 20 March 2008

    Apakah Ada Gerakan Anti Hadith ( inkarus sunnah ) Pada Zaman Dahulu? Berikut dialog Imam Syafie dengan golonganAnti Hadist/Ingkarus Sunnah

    Pada kurun kedua hijrah, telah muncul satu golongan yang menolak as-Sunnah sebagai salah satu sumberperundangan Islam. Golongan ini terdiri dari mereka yang menolak hadith yang diriwayatkan bukan secara mutawattir(Hadith Ahad) dan juga terdiri daripada golongan mengatakan bahwa hadith bukanlah penerang kepada Al-Qur'an danbukan juga penguat kepadanya, malah ia merupakan satu hukum yang terpisah daripada Al-Qur'an.

    Dan orang pertama yang menjawab golongan anti-hadith/ingkarus sunnah ini ialah Imam Al-Syafie di mana beliau telahmenulis di dalam bukunya "Jama' al-Ilm" dari kitabnya "al-Um" di dalam bab khas. Di dalam buku-bukunya tersebut Al-Syafie telah menyebut tentang perdebatannya dengan satu golongan yang dikenali sebagai golongan anti-hadith ini.Beliau juga telah meletakkan bab khas di dalam bukunya "Ar-Risalah" tentang berhujah dengan hadith ahad,sepertimana yang dinyatakan di dalam kitabnya "al-Um".

    Imam Al-Syafie telah berkata: Salah seorang dari golongan ini (anti-hadith) telah bertanya kepadaku: kamu darikalangan Arab, dan Al-Qur'an diturunkan di dalam bahasa kamu, dan kamu juga mampu menghafaznya, dan didalamnya Allah S.W.T telah menurunkan hukum-hukumnya. Dan sekiranya seseorang itu merasa syak / ragu dankurang jelas akan Al-Qur'an, maka kamu akan menyuruhnya supaya memilih supaya bertaubat ataupun dihukum bunuh.Dan Allah S.W.T telah berfirman di dalam Al-Qur'an: Menerangkan setiap sesuatu (an-Nahl: 89). Dan bagaimanakahkamu mengatakan kepada diri kamu dan orang ramai tentang perkara yang difardhukan oleh Allah dengan menyatakanbahwa ianya adalah am, dan sesekali kamu mengatakan ianya khas, dan buat kali yang seterusnya pula kamu

    mengatakan bahwa perintah di dalam Al-Qur'an membawa maksud fardhu, dan seterusnya pula kamu mengatakan didalam perintah ada dalil yang mungkin membawa maksud harus. Dan apa yang menyebabkan perbedaan ini berlaku dikalangan kamu adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh seseorang perawi dari seorang perawi yang lain, ataudua potong hadith atau lebih hinggalah sampai sanadnya kepada Rasulullah S.A.W.

    Dan saya telah mendapati bahawa kamu dan mereka yang bersependapat dengan kamu tidak sedikit pun mengingkariorang yang kamu temui di kalangan perawi hadith tentang kebenaran dan kekuatan hafalan mereka. Dan saya lihat dikalangan mereka ini tiada seorang pun yang tidak melakukan kesalahan dan lupa semasa meriwayatkan hadith-hadithRasulullah. Bahkan kamu sendiri berkata: "Si fulan telah melakukan kesalahan di dalam hadith ini, dan si fulan ini pulatelah membuat kesalahan di dalam hadith itu." Dan kamu juga telah berkata: "Sekiranya seseorang itu berkata tentanghadith yang kamu benarkan dan juga hadith yang kamu larang berdasarkan sesuatu cara: sesungguhnya Rasulullahtidak pernah menyebut hadith ini dan kamu telah melakukan kesalahan atau satu penipuan, dan kamu tidak menyuruhmereka bertaubat, dan kamu berkata kepada mereka lagi: Berdosalah kamu di atas apa yang kamu katakan, apakahboleh kamu membedakan antara sesuatu itu dengan hukum-hukum di dalam Al-Qur'an yang pada hakikatnya ianya

    adalah sama, dan kamu telah meletakkan berita yang dibawa oleh mereka (perawi) setaraf dengan Al-Qur'an, dan kamutelah melarang dan mengharuskannya.

    Imam Al-Syafie menjawab: Sebenarnya kami telah menetapkan satu lingkungan (keyakinan) dan dari aspek kebenaransesuatu berita itu dengan qias. Dan sebab-sebabnya adalah berbeda dan sekiranya kami memberikan kesemuanya,maka sebahagian darinya adalah lebih kuat dari sebahagian yang lain. Contohnya, sekiranya seseorang itu telahberikrar dengan mengemukakan dalilnya, dan juga bersumpah, maka ikrarnya adalah lebih kuat dari dalilnya, dan segaladalilnya adalah lebih kuat daripada sumpahnya. Dan begitu juga, sekiranya kami meletakkan sesuatu itu pada satukeadaan, maka sebab-sebabnya adalah berbeda.

    AH: Berdasarkan pendapat kamu tadi, sekiranya kamu menerima apa yang di datangkan oleh mereka (hadith),dan kamu juga telah mengemukakan tentang kriteria yang disyaratkan untuk menerima hadith dari mereka ini, makaapakah hujah-hujah kepada golongan yang menolak pendapat kamu ini? Dan bagi saya, saya tidak dapat menerimasedikit pun apa yang kamu katakan tadi, selagi mereka ini manusia yang mungkin melakukan kesalahan, maka saya

    tidak akan menerima kecuali menerusi keyakinan dan kepercayaan dan apa yang saya percaya Al-Qur'an saja yangtidak mendatangkan sedikitpun keraguan kepada seseorang tentang kebenarannya, dan bukan dengan konseplingkungan tadi.

    Al-Syafie: Aku akan berkata kepada mereka, apabila membicarakan tentang Al-Qur'an dan hukum-hukamnya, disana terdapat beberapa dalil yang menyatakan bahawa Al-Qur'an itu sendiri memerlukan hadith-hadith yang benardiriwayatkan oleh junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sama saja dalam bentuk umum maupun khusus.Kemudian Al-Syafie mengemukakan dalil yang menyokong pendapatnya dan berkata, firman Allah Taala: Dialahyang mengutuskan kepada golongan ummi seorang rasul dari kalangan mereka untuk membacakan kepada merekaayat-ayatNya, membersihkan mereka dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab dan Al-Hikmah (al-Jumuah: 2).

  • 7/23/2019 Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadith

    2/4

    AH: Maka telah kita ketahui bahawa Al-Kitab yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'anal-Karim, maka apa pula yang dimaksudkan dengan Al-Hikmah?

    Al-Syafie: Sunnah Rasulullah S.A.W

    AH: Dan mungkin juga apa yang dimaksudkan dalam ayat tadi ialah Al-Qur'an itu diturunkan secara jumlah, danal-hikmah itu bermaksud hukum-hakamnya yang khusus?

    Al-Syafie: Apa yang dimaksudkan di sini ialah penerangan kepada manusia tentang apa yang telah diturunkan

    oleh Allah, contohnya seperti hukum faraid (pembahagian harta), sembahyang, zakat, haji dan sebagainya. Maka Allahtelah menetapkan hukum di dalam Al-Qur'an, dan Rasulullah pula menerangkan bagaimana ibadat-ibadat inidilaksanakan.

    AH: Itu mungkin juga satu andaian/kemungkinan saja.

    Al-Syafie: Dan sekiranya kamu mengikut pendapat ini, maka kamu menerima bahwa Al-Qur'an tidak akandifahami kecuali setelah diterangkan oleh Nabi S.A.W.

    AH: Dan bagaimana sekiranya saya mengatakan bahawa Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah suatu benda yangsama?"

    Al-Syafie: Yang manakah lebih afdhal (utama), Al-Qur'an dan al-Hikmah itu adalah berbeda ataupun kedua-duanya adalah perkara yang sama?

    AH: Mungkin juga ianya adalah dua perkara yang berbeda seperti yang kamu jelaskan tadi, dan mungkin jugakedua-duanya adalah perkara yang sama.

    Al-Syafie: Dan yang paling rajih (tepat) ialah pendapat yang pertama, kerana di dalam Al-Qur'an terdapat dalilyang menguatkan hujah kami dan berbeda dengan pendapat kamu.

    AH: Mana dalilnya?

    Al-Syafie: Firman Allah Taala: Dan bacalah ayat-ayat Allah dan Al-Hikmah yang dibacakan didalamrumah-rumah kamu, sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui ( al-Ahzab: 34) maka menurut ayat inibahwa telah dibacakan di rumah perempuan-perempuan itu dua perkara yaitu Al-Qur'an dan as-Sunnah. Dan apa yangdimaksudkan dengan tilawah (bacaan) ialah bacaan Al-Qur'an dan as-sunnah.

    AH: Di dalam ayat ini menunjukkan bahawa Al-Qur'an bukan bermaksud al-Hikmah adalah lebih tepat.

    Al-Syafie: Dan Allah telah mewajibkan kita mengikut Nabi Muhammad S.A.W.

    AH: Mana dalilnya?

    As-Syafie: Firman Allah Taala: Tidak ! Demi tuhanmu, mereka tiada juga beriman, sehingga merekameminta keputusan kepada engkau di dalam perselisihan mereka, kemudian mereka tiada keberatan dalam hati merekauntuk menerima keputusan engkau dan mereka menerimanya dengan sebenar-benarnya. (an-Nisa: 65) danfirman Allah lagi: Barangsiapa yang mentaati rasul, maka sesungguhnya dia telah mentaati Allah (an-Nisa: 80)dan seterusnya firman Allah dalam surah al-Hasyr ayat 7: Sebab itu hendaklah takut orang yang melanggar perintahrasul itu bahawa mereka akan ditimpa fitnah (ujian) azab yang pedih.

    AH: Tidak ada yang lebih utama pada kami tentang maksud Al-Hikmah adalah Sunnah RasulS.A.W,

    sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian dari kami: Sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepadakami supaya menerima hukum Rasulullah S.A.W dan hukum-hukumNya Dialah yang menurunkannya Maknanya di sini, maka sesiapa yang tidak menerima hukum Allah, maka adalah lebih tepat jika kita katakan mereka inimenolak perintah Allah daripada kita mengatakan mereka ini menolak perintah rasul.

    As-Syafie: Dan Allah telah menyeru kepada hambanya supaya mentaati segala perintahnya, sepertimanafirmanNya yang bermaksud Apa yang didatangkan oleh Rasul kepada kamu, maka hendaklah kamu terima, dan apayang dilarang olehnya maka hendaklah kamu tinggalkan (surah al-Hasyr: 7)

    AH: Dan ayat ini menerangkan tentang penurunan Al-Qur'an, maka adalah wajib bagi kita melakukan apa yangdiperintahkan oleh rasul dan meninggalkan apa yang dilarang olehnya.

    As-Syafie: Adakah fardhu-fardhu yang disyariatkan kepada kita dan kepada umat yang sebelumnya sama?

  • 7/23/2019 Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadith

    3/4

    AH: Ya !

    As-Syafie: Jika yang demikian, maka hendaklah kita mengikut apa yang diperintahkan oleh rasul kepada kita.Dan sekiranya difardhukan kepada kita sesuatu ibadat, adakah ia diambil berdasarkan dalil yang memerintahkan supayakita mengerjakannya?

    AH: Ya !

    As-Syafie: Maka disini, adakah pada pendapat kamu cara untuk mengerjakan suruhan Allah ini yang telahdiperintahkan oleh rasul kepada kamu atau (kaum sebelum atau selepas kamu) yang mereka ini tidak pernah bertemu

    dengan Rasulullah S.A.W kecuali dengan Hadith Al-Nabawi? (Di sini, Imam As-Syafie menyebut tentangbagaimana dinasakhkan ayat-ayat Al-Qur'an, dan tiada cara lain untuk mengetahui pemansukhan ayat-ayat Al-Qur'an inikecuali melalui hadith yang diriwayatkan oleh Nabi S.A.W)

    AH: Dan sesungguhnya hujah kamu adalah kuat, dan kami menerima pendapat kamu dan menerima hadith dariRasulullah S.A.W, dan saya hampir menerima pendapat bahawa hadist menjadi pegangan seseorang muslim.

    Kemudian musuh ini menerima pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syafie dan menganggap ia satu kebenaran.

    AH: ini telah bertanya lagi kepada Imam As-Syafie kemudiannya, tentang permasalahan Umum didalamAl-Qur'an, sesekali didatangkan dalam didalam Al-Qur'an makna umum dan sesekali didatangkan makna khusus. MakaImam As-Syafie menerangkan bahawa bahasa Arab adalah bahasa yang sangat luas, dan kadangkala kita dapatimereka bertutur menggunakan lafaz umum akan tetapi maknanya adalah khusus, dan bilamana kita berbicara tentangpengkhususan yang umum, maka kita tidak akan dapati melainkan setelah merujuk kepada Al-Qur'an dan as-Sunnah.

    Kemudian Imam as-Syafie memberikan beberapa contoh tentang lafaz umum didalam Al-Qur'an yang dikhususkanhukumnya oleh as-Sunnah seperti fardhu sembahyang ke atas mereka yang dituntut dan dikhususkan kepada merekayang datang haidnya, dan fardhu zakat ke atas harta adalah umum kemudian dikhususkan kepada sebahagian dariharta tersebut (bukan kesemuanya), dan wasiat kepada kedua ibu bapa kemudiannya dimansukhkan dengan turunnyaayat faraid (pembahagian harta), dan harta warisan kepada kedua ibu bapa dan anak-anak dikhususkan bahawa orangkafir tidak boleh menerima wasiat dari seorang islam, dan dari seorang tuan tidak boleh diwariskan kepada hambanyadan dari seorang yang dibunuh tidak boleh diwarisi hartanya kepada pembunuhnya. Dan semua yang demikin itu adalahdari hadith, maka musuh tadi menerima bahawa tiada cara lain untuk mengetahui penerangan tentang hukum yangdidatangkan oleh Al-Qur'an kecuali melalui hadith.

    AH: Dan saya masih berpendapat tentang perbedaan makna tadi, sehingga saya menyalahkan siapa yangmengikut golongan tersebut, dan di sana ada 2 jenis golongan: dan salah satu daripadanya tidak menerima as-Sunnahdan mengatakan di dalam Al-Qur'an terdapat penerangan kepada semua hukum.

    As-Syafie: Apa yang menyebabkan semua itu?

    AH: Maka sampailah kita ke noktah yang penting, berkata seorang pemuda: Barangsiapa yang mendatangkansesuatu atas perkataan solat, maka dia seolah-olah telah menunaikannya, walaupun ia mengerjakan solat dua rakaatpada setiap hari. Dan sebarang ibadat yang tidak terdapat di dalam Al-Qur'an maka ianya bukan ibadat yang dituntut.Dan telah berkata yang lain: Apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an, maka diterima baginya hadist. Mereka ini seolah-olah menerima hadist setelah mereka menolaknya. Dan sebenarnya mereka ini tidak mengetahui tentang nasakh danmansukh di dalam Al-Qur'an serta lafaz am dan khusus di dalamnya. Dan di sini jelas kelihatan kesesatan mereka,namun satu pertanyaan yang perlu dikemukakan, bolehkah kita mengharam sesuatu dengan adanya dalil zanni?

    As-Syafie: Ya !

    AH: Apakah ia?

    As-Syafie: Apa pendapat kamu tentang lelaki ini? Adakah diharamkam darah dan hartanya?

    AH: Ya !

    As-Syafie: Sekiranya datang kepada kamu dua orang saksi, dan mengatakan bahawa lelaki ini telah didapatimembunuh, dan merampas hartanya, apa pendapat kamu?

    AH: Saya akan bunuh lelaki tersebut dan hartanya akan dipulangkan kepada warisnya.

    As-Syafie: Dan pada pendapat kamu adakah saksi tadi mungkin melakukan satu penipuan atau satukesilapan?

    AH: Mungkin juga

  • 7/23/2019 Dialog Imam Syafie Dengan Golongan Anti Hadith

    4/4

    As-Syafie: Dan bagaimana kamu menghalalkan darah dan hartanya melalui dalil zanni atau hanya berpandukan2 orang saksi?

    AH: Aku menerimanya berdasarkan penyaksian tadi

    As-Syafie: Dan adakah kamu dapati di dalam Al-Qur'an ada menyebut tentang penyaksian terhadap pembunuhan?

    AH: Tidak, akan tetapi ianya difahami menerusi makna.

    As-Syafie: Dan sekiranya kamu berpendapat demikian, maka kamu secara zahirnya telah menerima penyaksiandua orang saksi tadi yang tidak mengetahui apa-apa tentang perkara ghaib (peristiwa lepas dan akan datang) kecualiAllah. Dan begitu, kami telah mensyaratkan kepada perawi hadith syarat yang lebih ketat daripada penyaksian tadidalam meriwayatkan sesuatu hadith. Kami tidak menerima hadith yang diriwayatkan oleh seorang perawi sahaja, dankami juga mengesan kebenaran dan ketidaksahihan sesuatu hadith itu menerusi perbandingan hadith yang diriwayatkanoleh seorang perawi dengan hadith yang diriwayatkan oleh perawi yang lain dan juga menerusi Al-Qur'an dan as-Sunnah itu sendiri, dan dalam keadaan ini terdapat beberapa perkara yang yang tidak mungkin disyaratkan di dalampenyaksian.

    Dan setelah mendengar hujah-hujah Imam as-Syafie tadi maka musuh itu pun puas hati dengan penjelasannya danmenerima kepentingan as-Sunnah sebagai penerang kepada Al-Qur'an. Maka di sini dapatlah kita membuat beberapakesimpulan: Imam as-Syafie tidak menerangkan secara terperinci siapakah golongan ini yang sebenarnya, dan siapapula syakhsiah sebenarnya orang yang telah kita bincangkan sebentar tadi.

    Dan Syeikh al-Khudri di dalam bukunya Tarikh at-Tasyri al-Islami telah menjelaskan bahawa golongan yang dimaksudkan taialah golongan Mutazilah (Dan Imam as-Syafie juga tidak menerangkan syakhsiah yangberpegang pada pendapat ini, sebagaimana sejarah juga tidak menjelaskan siapakah golongan ini yang secara terperinci.Tetapi Imam as-Syafie di dalam perdebatannya yang seterusnya (dengan mereka yang menolak hadith secarakeseluruhan) secara terangan telah mendakwa bahawa golongan ini berasal dari Basrah, dan Basrah sebagaimanayang kita ketahui merupakan pusat gerakan falsafah (ilmu kalam) dan di sinilah lahirnya mazhab Mutazilah. Dan di sini

    jugalah dibesarkan para ulamak mutazilah dan penulis-penulisnya, yang mana golongan ini terkenal dengan tentanganterhadap ahli hadith. Dan diperkatakan bahawa pendapat yang telah kita bincangkan sebentar tadi merupakan sebahagiandaripada golongan ini.