ekonomi asas nota bab 3 t5

Upload: nur1202

Post on 10-Feb-2018

276 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    1/24

    28 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    BAB 3 : HUBUN GAN E KONOM I AN T AR ABAN GS A

    3 .1 PE R DAG AN G AN AN T AR AB AN GS A(P AB)

    MAKSUD

    - perdagangan yang melibatkan pertukaran barangan antara satu negara dengan negara lain.- berlakunya aktiviti import dan eksport- import ialah aktiviti membeli barangan dari luar- eksport ialah aktiviti menjual barangan ke luar negara

    SE B AB WU JU DN Y A PER D AG AN G AN AN T ARABAN GS A

    S u mber semulajadisumber semulajadi yang

    berbeza antara negara contoh :Arab Saudi - minyakAfrika Selatan - berlian

    Ik li m d a nje n is tanahpengeluaran hasilpertanian dan ternakanyang berbeza Contoh :

    Kanada - gandum

    Malaysia - k/sawit

    B u d a y a masyarakatkecenderunganmasyarakat dalam

    pengeluaran sesuatubarang Contoh :

    Perancis - pusat fesyen

    pakaianIndonesia - ubatanherba tradisional

    T in gka tk e c e ka p a npe n g elu a r a n

    pengeluaran sesuatuS barang dengan kos yangE rendah

    B Contoh :Jepun - kereta

    AHong Kong - tekstil

    B

    H a r g a faktorupah, sewa dan modalyang murah makabolehkeluarkan barang dengan

    W harga murahU contoh :J

    Malaysia - minyak

    Uk/sawit

    A.Syarikat - minyakD soya

    C it a r a s a penggunakehendak yang pelbagai Contoh :

    P Kehendak terhadap

    A kereta mewahB sebabkan barang

    diimport

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    2/24

    29

    PE RS AM AAN PER D AGANG AN DAL AM N E GERIDEN G AN PAB

    HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    1. M endapatkeu n tungan- kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama iaitu memperolehi keuntungan

    2. M e m enuhi kepe r luan d a n kehendak pengguna- kedua-duanya bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna bergantung kepadapermintaan pengguna terhadap sesuatu barangan

    3. Kepe r luan t e r hadapp e r k h id m a t an sokongan ya n g sa m a- kedua-duanya memerlukan perkhidmatan sokongan yang sama untuk melancarkan prosesperdagangan

    4. Penggunaan doku m en- kedua-duanya melibatkan transaksi dalam urusan perdagangan yang perlu direkod dan

    didokumentasikan

    5. M en ingka t kan t a r afh id up- kedua-duanya menawarkan pelbagai jenis barangan dan ini dapat meningkatkan taraf hidup

    rakyat

    6. M enga m a lkan pengkhu s usan- kedua-duanya mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    3/24

    30

    PE RBE ZAAN PE RD AGAN G AN D AL AM N E GERIDEN G AN PAB

    HUBUNGAN EKONOMIANTARABANGSA

    PERDAGANGAN DALAM

    NEGERI

    ASPEK

    PERBEZAAN

    PERNIAGAAN

    ANTARABANGSA

    Terhad untuk penduduk tempatan

    Contoh : Pasaran dalamMalaysia lebih kecil berbandingdengan pasaran luar negara

    Pasaran

    Agak luas dan nilai urus niagabesar

    Contoh : Televisyen keluaranJepun dieksport ke Malaysia,Arab Saudi, Indonesia

    Tidak melepasi sempadansesebuah negara

    Contoh : Aktiviti jual beli antaraKelantan dan Melaka masih dlmlingkungan sempadan Malaysia

    Sempadan

    Perdagangan

    Melepasi sempadan sesebuahnegara

    Contoh : Pengeksportan buah-buahan dari Malaysia ke ArabSaudi, Jepun, Singapura

    Tidak tertakluk kepada sebarangsekatan perdagangan

    Contoh : Peniaga dari Melaka

    dan Pahang tidak akan dikenakansekatan spt tarif atau kuota

    Sekatan

    Perdagangan

    Tertakluk kepada sekatanperdagangan antarabangsa

    Contoh : Perdagangan antara

    Malaysia dan Thailanddikenakan duti import, kuota

    Menggunakan mata wang yangsama

    Contoh : Malaysia guna RMMata wang

    Menggunakan mata wang yangberbeza

    Contoh : Thailand - BathJepun - Yen

    Jarak dekat maka kosnya lebihmurah

    Kos pengangkutan, caj insuransdan perkhidmatan pos lebihrendah

    Jarak dan Kos

    Jarak jauh dan gunakanpengangkutan laut atau udara.

    Libatkan kos pengangkutan, cajinsurans dan perkhidmatan poslebih tinggi

    Dokumen penghantaran barangmudah seperti invois, notakiriman, nota kredit Dokumen

    Dokumen penghantaran barangsukar dan banyak spt bilmuatan, resit nakhoda, waranlimbungan, borang kastam

    Faktor pengeluaran bebasbergerak tanpa sekatan

    Contoh : buruh daripada Kedahbebas mencari kerja di Johor

    Mobiliti Faktor

    Pengeluaran

    Pergerakan faktor pengeluarantertakluk kepada kebenaran drpsesebuah negara

    Contoh : buruh dari Indonesiaperlu ada permit utk bekerja diMalaysia

    Penggunaan bahasa yang sama

    dan ini memudahkan urusan Contoh : Malaysia guna bahasa

    Melayu Bahasa

    Penggunaan bahasa yang

    berbeza menyukarkan prosesurus niaga

    Contoh : Peniaga dari Malaysiadan Perancis perlu guna bahasayang boleh difahami

    bersama/guna juru bahasa

    Barang yang dikeluarkan dalamnegeri bergantung kepadakebudayaan dan cara hidupmasyarakatnya

    Contoh : cara pemakanan orangIndia lebih kepada rempah ratus

    Kebudayaan

    Melibatkan pelbagai kebudayaanyang berbeza antara negara

    Contoh : cara pemakanan diAmerika Syarikat berbezadengan cara pemakanan diIndia

    Menggunakan sistem sukatan dantimbangan yang seragam/sama

    Contoh : Malaysia - Sis. Metrik

    Sukatan dan

    Timbangan

    Menggunakan sistem sukatandan timbangan yang berbeza

    Contoh : Britain - Sis. Imperial

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    4/24

    31 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    KE B AIK AN PE RNIAG AAN AN TAR AB AN G S A

    (i) M e n ik m a t i ba ra n g an y ang tid a k d ihas ilk an di da la m n e g a r a- perbezaan sumber semula jadi, iklim dan tanih menghasilkan pengeluaran antara negara berbeza

    (ii) M e m pe r o leh ba r a n g de n g an leb ih m u r ah

    - pengkhususan dalam pengeluaran menyebabkan kos per unit pengeluaran lebih rendah

    (iii) M e m pe r luas k an p ilihan p eng g una- pengguna dapat menikmati pelbagai pilihan barangan tempatan dan import

    (iv) M en gg a la k k an pe n g g u n aan t e k no lo g i b a r u- membolehkan negara membangun mengimport peralatan dan perkhidmatan berteknologi tinggi

    yang dihasilkan oleh negara maju

    (v) M e m pe r luas k an p a sa r an- barangan tempatan dapat dieksport ke pasaran luar negara

    (vi) M e n in g ka tk an k ec e k ap a n pe n g e lua r an m e la lui pe r sa in g an- industri tempatan akan tingkatkan pengetahuan dalam teknologi tinggi agar dapat bersaing

    dengan pengeluar luar negara

    (vii) M e n in g ka tk an pe r s e f ah a m an dan k e rj as a m a a n t a ra n e g a r a- dapat wujudkan hubungan diplomatik dan tingkatkan kerjasama dan persefahaman antara

    negara

    (viii) M ena m bah k an pe lua n g pe k e rj aan- peningkatan dalam eksport akan menyebabkan pengeluaran secara besar-besaran perlu dijalankan

    dan ini akan wujudkan peluang pekerjaan

    (ix) M en gg a la k k an pe labu r a n- PAB akan galakkan negara-negara kaya melakukan pelaburan asing

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    5/24

    32 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    KE BU RU K AN PE RNI AG AAN AN TAR AB AN G S A

    (i) T e r la lu b e rg an t u n g k ep a da e k spo rt d a n im p o r t- ketidakstabilan politik akan beri kesan yang buruk kepada negara

    (ii) M en g a m a lk an pe n g k hu s usan y ang b e r leb ihan

    - negara akan menghadapi risiko jika negara lain menemui barang pengganti

    (iii) M e n y eba r k an buda y a y ang t id a k s ihat- berlakunya kemasukan barang larangan dan berbahaya seperti dadah, filem lucah, pelacur asing

    dan senjata api

    (iv) M e n im bu lk an m asa lah la m b a k an- negara membangun menjadi tempat lambakan barangan asing dan ini memberi persaingan yang

    sengit kepada pengeluar tempatan yang keluarkan barang yang sama

    (v) M e r u g ik an n e g a r a m e m b an g un- kebanyakan negara membangun mengeksport komoditi utama spt getah asli, minyak mentah yang

    mana harganya lebih rendah berbanding dengan harga barang siap

    (vi) Ku r ang m ob ilit i su m ber- negara yang kaya dengan modal keluarkan barangan intensif modal dan negara yang kaya

    dengan buruh akan keluarkan barangan berintensif buruh maka keadan ini akan kurangkanmobiliti antara negara

    (vii) M en g a m a lk an dasar pe r lindun g an- akan menyebabkan pengeluar tempatan kurang cekap dan tidak berdaya saing

    KOM PO SI SI E KS PORT D AN IM POR T

    EKSPORT IMPORT

    Barangan yang dikeluarkan oleh sesebuahnegara dan dijual ke luar negara

    Contoh : petroleum, tekstil, pendidikan

    Barangan yang dibeli oleh sesebuah negara dariluar negara

    Contoh : kapal terbang, buah-buahan

    Eksport nampak(barang nyata)

    Barang yang dikeluarkan dalam negara dandijual ke luar negara seperti komoditi utamadan barang perkilangan -

    Import nampak(barang nyata)

    Barang yang dibeli dari luar negara sepertibarang modal dan barang penggunaan

    Eksport tak nampak(barang tak nyata/perkhidmatan)

    Perkhidmatan atau kepakaran rakyat tempatanyang digunakan oleh negara luar

    Contoh :Pelancong asing menginap di hotel dinegara kita

    Import tak nampak(barang tak nyata/perkhidamtan)

    Penggunaan perkhidmatan rakyat asing olehsesebuah negara

    Contoh :Syarikat insurans asing yang beroperasidi Malaysia

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    6/24

    33 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    KOM PO SI SI E KS PORT

    EKSPORTBARANGNAMPAK

    KOMODITIUTAMA

    BARANGPERKILANGAN

    barang yang dikeluarkan oleh sektorutama seperti barang pertanian dan

    perlombongan spt getah, kelapasawit, petroleum, gas asli cecair,kayu gergaji, koko, nanas

    barang siap dan separuh siap yangdihasilkan oleh sektor perkilanganseperti barang elektrik danelektronik, pakaian, kasut, tekstil

    Pengangkutan dan Insuranspenggunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan olehwarga asing sama ada pengangkutan udara, laut, darat

    Contoh : Pengeksport Jepun hantar barang ke Malaysiadengan kapal terbang MASRakyat asing menginsuranskan barangannya

    dengan syarikat insurans tempatan

    EKSPORT

    BARANG

    TIDAK

    NAMPAK

    Perjalananperbelanjaan warga negara asing untuk pelancongan danperkhidmatan pendidikan di MalaysiaContoh : Penginapan hotel

    Perbelanjaan pendidikan di IPT Malaysia

    Urus niaga Kerajaanperbelanjaan mengurus kedutaan asing di sesebuah negaraContoh : Perbelanjaan mengurus Kedutaan Jepun di

    Malaysia

    Perkhidmatan Lain

    Eksport perkhidmatan rakyat Malaysia yang akan menerimabayaran daripada negara luar dalam bentuk royalti, dividen,bayaran kontrak, yuran profesional dari negara luar

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    7/24

    34 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    KOM PO SI SI IM PORT

    Barang PenggunaanBarang akhir yang diimport untuk tujuan penggunaan terusoleh pengguna seperti jam tangan, pakaian, buah-buahan,

    sayur-sayuran, hasil tenusu

    IMPORT

    BARANG

    NAMPAK

    Barang PerantaraanBahan mentah yang diimport untuk digunakan dalam proses

    pengeluaran seterusnya seperti tepung utk roti, komponenelektronik utk industri elektrik dan elektronik

    Barang Pelaburan(modal)Barang modal yang diimport untuk digunakan dalam proses

    pengeluaran barangan lain seperti mesin pemasangan kereta

    Barang Import Untuk Dieksport Semula

    Barang yang diimport untuk tujuan diproses dan akandieksport semula dalam bentuk barang siap dan barangseparuh siap seperti mengimport bahan kimia untukkeluarkan produk petrokimia utk tujuan eksport

    Barang Import LainBarang dwiguna iaitu barang yang diimport untuk

    penggunaan terus dan juga untuk kegunaan pengeluaran

    seperti bahan api dan kelengkapan kenderaan

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    8/24

    35 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Pengangkutan dan InsuransApabila rakyat Malaysia menggunakan pengangkutan atauinsurans yang ditawarkan oleh negara lain untuk tujuan

    pengangkutan penumpang atau barangContoh : Pengeksport Malaysia menggunakan syarikat

    perkapalan asing untuk menghantar barang ke Iran

    IMPORT

    BARANG

    TIDAK

    NAMPAK

    PerjalananApabila pelancong Malaysia membuat perbelanjaan di luarnegaraContoh : Jemaah haji ke Mekah

    Pelajar Malaysia menuntut di luar negara

    Urus niaga KerajaanPerbelanjaan mengurus kedutaan Malaysia di luar negaraContoh : Perbelanjaan mengurus Kedutaan Malaysia di

    Australia

    Perkhidmatan LainRakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan profesionaldan membayar royalti ke luar negara

    Ramal an Corak Komposi si Eksport dan I mport Negar a M alay si a pada Mas a Depan

    - sumber pertumbuhan ekonomi telah beralih daripada ekonomi berasaskan pengeluaran(p-ekonomi)kepada ekonomi berasaskan pengetahuan(e-ekonomi)

    Ramal an cor ak k omposi si eksport dan i mport bar ang nampak

    K omposisi e ks port bara ng na mpa k

    - Eksport barang nampak akan berkurangan(khususnya komoditi utama)- kerajaan jalankan dasar pemeliharaan sumber di mana mengehadkan pengeluaran petroleum, gas asli

    dan aktiviti pembalakan.- pergantungan kepada eksport barangan perkilangan timbulkan masalah pengangguran akibat penarikanbalik pelabur asing

    - maka kerajaan mempelbagaikan asas perkilangan dengan menekankan kepada aktiviti perkilangankeluaran sektor utama spt. barang berasaskan getah dan kayu balak

    - maka eksport keluaran elektrik dan elektronik dijangka berkurangan tetapi eksport barang kilangberasaskan keluaran komoditi utama dijangka akan meningkat.

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    9/24

    36 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    K o m po si s i i m po r t b a r a ng n a m p a k- Import barang penggunaan tahan lama seperti barang pelaburan(modal) utk kegunaan sektorperkhidmatan seperti peralatan telekomunikasi dan kesihatan dijangka meningkat

    - barang import untuk dieksport semula dijangka akan berkurangan berikutan penekanan kerajaankepada aktiviti perkilangan yang berasaskan sumber tempatan

    K o m po si s i e k s po r t b a ra ng ta k n a m p a k- kerajaan ingin menjadi Malaysia pengeksport sektor perkhidmatan seperti perkhidmatan pendidikan,

    kesihatan, pelancongan, telekomunikasi dan perbankan.- ia dijangka meningkat dan menjadi komponen eksport terbesar negara berbanding eksport nampak

    K o m po si s i i m po r t b a r a ng ta k n a m p a k- kerajaan galakkan perkembangan sektor pengangkutan dan insurans tempatan utk mengatasi punca

    kurangan dalam imbangan perkhidmatan negara- perkembangan sektor ini akan kurangkan komponen import barang tak nampak negara

    Ra mala n Ra ka n Da gang Ut a ma Ne gar a pa da Mas a Depa n

    R a k a n D a g a ng U t a m a Ma s a K i ni1. Amerika Syarikat

    2. Jepun3. Kesatuan Eropah4. Singapura

    R a k a n D a g a ng U ta m a Ma s a D e p a n1. Asia Barat(Arab Saudi, Iran dan Emiriyah Arab Bersatu)

    2. Asia Timur(China, Taiwan, Korea Selatan)3. Afrika

    IM B A N G A N D A G A N GA N- ialah rekod menunjukkan semua jumlah eksport nampak dan import nampaksesebuah negara dalam

    tempoh satu tahun

    Eksport- dikreditkan- sebabkan aliran wang masuk- terima pembayaran

    Import

    - didebitkan

    - sebabkan aliran wang keluar- lakukan pembayaran

    - ia membandingkan eksport barang nampak dan import barang nampak

    - ia ditentukan oleh perbezaan nilai eksport barang nampak berbanding nilai import barang nampak

    IMBANGAN DAGANGAN = Nilai eksport nampak - Nilai import

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    10/24

    37 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    J enis I m b ang an D ag ang an

    Jenis Imbangan Huraian

    IMBANGANDAGANGAN

    LEBIHAN(POSITIF)

    nilai eksport nampak melebihi import nampak(Xn > Mn)

    Contoh : Nilai eksport nampak RM88 juta dan nilai importnampak RM67 jut

    Imbangan Dagangan = Eksport nampak - Import nampak= RM88 juta - RM67juta= RM21 juta

    IMBANGANDAGANGANKURANGAN(NEGATIF)

    nilai eksport nampak kurang daripada import nampak(Xn < Mn)

    Contoh : Nilai eksport nampak RM45 juta dan nilai importnampak RM98 juta

    Imbangan Dagangan = Eksport nampak - Import nampak= RM45 juta - RM98juta= - RM53 juta

    IMBANGANDAGANGANSEIMBANG

    nilai eksport nampak sama dengan import nampak(Xn = Mn) Contoh : Nilai eksport nampak RM62 juta dan nilai import

    nampak RM62 juta

    Imbangan Dagangan = Eksport nampak - Import nampak= RM62 juta - RM62juta= 0

    Cont oh Peng ir aan Im bang an Dag ang an

    Eksport dan Import Jumlah (RM juta)Eksport barang pembuatanEksport minyak kelapa sawit

    Eksport petroleum mentahEksport gas asli cecairImport barang perantaraanImport barang modalImport barang penggunaan

    302 67713 56687 96210 184

    213 4504 5971 850

    Langkah 1 : Mengira nilai eksport barang nampak

    Eksport RM juta

    Eksport barang pembuatanEksport minyak kelapa sawitEksport petroleum mentah

    +Eksport gas asli cecair

    302 67713 56687 96210 184

    Jumlah nilai eksport barang nampak 414 389

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    11/24

    38

    Langkah 2 : Menira nilai import barang nampak

    HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Eksport RM juta

    Import barang perantaraanImport barang modal

    +Import barang penggunaan

    213 4504 597

    1 850Jumlah nilai import barang nampak 219 897

    Langkah 3 : Menira nilai imbangan dagangan

    Eksport RM juta

    Jumlah eksport barang nampak+Jumlah import barang nampak

    414 389219 897

    Imbangan Dagangan 194 492

    IM B A N G A N P E M B A Y A R A N- rekod jumlah pembayaran kewangan yang dibuat ke luar negara dan penerimaan kewangan yang

    diterima dari luar negara dalam tempoh satu tahun

    Butir-butir Imbangan Pembayaran

    AkaunSemasa

    AkaunModal

    Akaun Dagangan

    Akaun Perkhidmatan

    Akaun Pendapatan

    Akaun Pindahan Semasa

    Pelaburan langsung

    Pelaburan portfolio

    Pelaburan lain

    AkaunPergerakanKewangan

    Pertukaran asing

    Emas

    Hak pengeluaran

    istimewa

    Hak pengeluaran IMF

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    12/24

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    13/24

    39 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    A K A U N S E M A S A- merekod semua penerimaan kewangan dan pembayaran kewangan daripada urus niaga antarabangsa

    yang melibatkan pertukaran barang dan perkhidmatan.- butir-butir akaun semasa ialah :

    Akaun Dagangan

    merekod jumlah nilai eksport dan nilai importbarang nampak sesebuah negara dalamtempoh setahun

    eksport barang nampakspt. komoditi utamadan barang perindustrian

    import barang nampakspt. barang siap,barang perantaraan dan barang modal

    Akaun Perkhidmatan

    merekod nilai eksport dan nilai import barangtak nampak untuk tempoh setahun

    terbahagi kepada :- Pengangkutan - rekod perbelanjaan danpenerimaan daripada pengangkutan laut,udara dan darat yang mengangkut barang

    dan penumpang Perjalanan - rekod perbelanjaan danpenerimaan daripada pelancong, pelajar danjemaah haji Urus niaga kerajaan - rekod semuaperbelanjaan pengurusan kedutaan asingContoh : Perbelanjaan pentadbirankedutaan asing Malaysia di Indonesia Perkhidmatan lain - rekod pembayarandan penerimaan seperti royalti dan insurans

    Akaun Pendapatan

    merekod semua penerimaan pandapatan dariluar negara dan pembayaran pendapatan keluar negara dalam tempoh setahun

    merekod dua jenis pendapatan iaitu : penerimaan dan pembayaran kepadapekerja - yang dibayar dan diterimakepada buruh asing.

    Contoh : Bayaran kepada seorangprofesor ekonomi dari Britain utk sesisyarahan di Malaysia pendapatan pelaburan - jumlahpendapatan bersih yang diterima drp negaraasing dalam bentuk penerimaan dividen dan

    keuntunganContoh : Keuntungan yang diterima olehrakyat Singapura yang mendepositkan wangdalam akaun pelaburan Bank Islam diMalaysia.

    Akaun Pindahan Semasa

    merekod bayaran pindahan yang dilakukan danditerima oleh pihak kerajaan dan pihak swastasesebuah negara dalam tempoh setahun

    bayaran yang dibuat tanpa membuat pertukaranbarangan

    ia terdiri daripada :- pindahan kerajaan - bantuan kewanganyang diterima daripada negara luar, bantuanketenteraan dan bencana alam ke negaraasing

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    14/24

    40 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Contoh : Malaysia menghantar bantuanmakanan dan pakaian kepada mangsaTsunami di Indonesia pindahan swasta - kiriman wang tunaiatau hadiah daripada rakyat asing yang

    bekerja di Malaysia kepada keluarga di

    negara asalContoh : Rakyat Indonesia ysng bekerjadi Malaysia mengirimkan wang kepada

    ibunya di Indonesia

    Pe n g ir aan A k a u n Sem asa- imbangan akaun semasa diperoleh dengan membandingkan semua jumlah penerimaan dengan jumlah

    pembayaran yang dibuat bagi semua akaun di dalam akaun semasa

    ButiranPenerimaan(1)

    RM juta

    Pembayaran(2)

    RM juta

    Barang

    PerkhidmatanPengangkutanPerjalananPerkhidmatan lainUrus niaga kerajaan

    Pendapatan Pampasanpekerja Pendapatanpelaburan

    Pindahan Semasa

    349 471

    5958210 64028 63119 819

    492

    7 1991 4895 710

    2 059

    281 281

    68 27723 64510 47333 692

    465

    34 9792 63632 343

    10 542

    C o nt o h Peng ir aan

    Langkah 1 : Mengira akaun dagangan

    AKAUN DAGANGAN = NILAI EKSPORT BARANG NAMPAK - NILAI IMPORT BARANGNAMPAK

    Butiran RM jutaNilai eksport barang nampak

    - Nilai import barang nampak

    Akaun dagangan

    349 471- 281 281

    68 190

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    15/24

    41 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Langkah 2 : Mengira akaun perkhidmatan

    AKAUN PERKHIDMATAN = PENGANGKUTAN + PERJALANAN + PERKHIDMATAN LAIN +URUSNIAGA KERAJAAN

    Butiran RM juta RM juta

    Penerimaan- Pembayaran

    Pengangkutan

    Penerimaan- Pembayaran

    Perjalanan

    Penerimaan- Pembayaran

    Perkhidmatan lain

    Penerimaan- Pembayaran

    Urus niaga kerajaan

    Akaun perkhidmatan

    10 640- 23 645

    28 631- 10 473

    19 819

    - 33 692

    492- 465

    (- 13 005)

    18 158

    (-13 873)

    27

    - 8 693

    Langkah 3 : Mengira akaun pendapatan

    Butiran RM juta RM juta

    Penerimaan- Pembayaran

    Pampasan pekerja

    Penerimaan- Pembayaran

    Pendapatan pelaburan

    Akaun pendapatan

    1 489- 2 636

    5 710- 32 343

    (- 1 147)

    26 633

    - 27 780

    Langkah 4 : Mengira pindahan semasa bersih

    Butiran RM juta

    Penerimaan- Pembayaran

    Akaun pindahan semasa bersih

    2 05910 542

    - 8 483

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    16/24

    42 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Langkah 5 : Mengira akaun semasa

    Butiran RM juta

    Akaun DaganganAkaun PerkhidmatanAkaun Pendapatan

    + Akaun Pindahan Semasa BersihAkaun Semasa

    68 190(-8 693)

    (-27 780)+ (-8 483)

    23 234

    AKAU N M OD AL

    merekod pergerakan modal antara sebuah negara dengan negara lain dalam tempoh satu tahun

    terdiri daripada :-

    (i) pelaburan langsung

    - adalah pelaburan jangka panjangContoh : firma/kilang rakyat Malaysia di China

    (ii) pelaburan portfolio- pelaburan yang melibatkan pembelian surat jaminan dan bonContoh : Apabila sebuah institusi kewangan bukan bank dari Malaysia membeli surat

    jaminan kerajaan Amerika Syarikat

    (iii) pelaburan lain- merujuk kepada pelaburan yang dilakukan antara kerajaanContoh : Apabila Bank Negara Malaysia meminjam surat jaminan negara Australia

    A K A U N P E RG ER A K A N K E W A N G A N

    merekod pergerakan aset rizab negara dalam tempoh setahun aset rizab ialah aset Bank Negara Malaysia yang digunakan untuk mengimbangkan imbangan pembayaran

    aset rizab terdiri dari :-

    (i) pertukaran asing

    (ii) emas

    (iii) hak pengeluaran istimewa

    (iv) hak pengeluaran IMF

    Jika imbangan pembayaran kurang(negatif) rizab asing digunakan

    Jika imbangan pembayaran lebihan(positif) jumlah aset rizab bertambah sebanyak nilai lebihan

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    17/24

    43 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Jenis Imbangan Pembayaran(IPb)

    Jenis IPb Huraian

    IPb lebihan(positif) jika hasil tambah imbangan semasa dan akaun kewanganpositif

    jumlah penerimaan kewangan dari luar negara lebih besardaripada jumlah pembayaran kewangan yang dibuat ke luarnegara

    penerimaan > pembayaran (H>B)

    IPb kurangan(negatif) jika hasil tambah imbangan semasa dan akaun kewangannegatif

    jumlah pembayaran yang dilakukan ke luar negara lebih besardaripada jumlah penerimaan kewangan dari luar negara

    pembayaran > penerimaan (B>H)

    IPb seimbang jika hasil tambah imbangan semasa dan akaun kewangan sifar

    jumlah penerimaan kewangan dari luar negara sama denganjumlah pembayaran kewangan yang dibuat ke luar negara

    penerimaan = pembayaran (H=B)

    SE KAT AN PER D AG AN G AN AN T AR AB AN GS A

    (i) TARIF- satu bentuk cukai ke atas barangan import- bertujuan untuk mewujudkan daya saing firma tempatan dengan firma asing- dengan ini harga barang import menjadi lebih mahal berbanding dengan barangan tempatan- ini dapat meningkatkan permintaan terhadap barang tempatan

    - ada dua bentuk tarif iaitu :-(a) c u k a i a d - v al o re m - dikenakan mengikut nilai barang importContoh : Cukai 15% dikenakan ke atas import kasut

    (b) c u k a i s p e s ifi k - dikenakan mengikut bilangan barang import/ke atas setiap unit importContoh : Cukai RM500 untuk setiap unit mesin jahit

    (ii) KUOTA- kuantiti maksimum barang yang boleh diimport oleh sesebuah negara dalam satu tempoh masa

    tertentu- ini menyebabkan penawaran barang import akan jatuh- tujuannya untuk melindungi industri muda dan tempatan agar dapat bersaing dengan barang

    importContoh : China kenakan kuota ke atas minyak sawit Malaysia

    (iii) SUBSIDI- bantuan kerajaan kepada pengeluar tempatan untuk mengurangkan kos pengeluaran- ini dapat mengurangkan kos pengeluaran dan harga barang keluaran tempatan akan lebih murahContoh : Kerajaan memberi subsidi baja kepada petani

    (iv) KAWALAN PERTUKARAN ASING- satu dasar kerajaan untuk mengawal kuantiti mata wang asing dalam negara

    - kerajaan boleh hadkan jumlah penawaran mata wang asing- dengan ini pengimport terpaksa kurangkan import kerana kekurangan pertukaran asing

    Contoh : Kurangkan import dari Amerika Syarikat, maka kerajaan kurangkan had penawaranDolar Amerika

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    18/24

    44 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    (v) EMBARGO- satu larangan import atau eksport ke atas sesebuah negara atau barangan dalam tempoh masa

    tertentuContoh : Malaysia mengenakan embargo ke atas keluaran tenusu Eropah semasa wabak

    penyakit kuku dan mulut di benua tersebut

    (vi) SEKATAN BUKAN EKONOMI- sekatan yang dikenakan dalam bentuk penguatkuasaan undang-undang dan dasar kerajaan

    Contoh : Kempen Belilah Barangan Buatan TempatanBarang elektrik yang diimport harus mendapat kebenaran daripada SIRIM agarselamat digunakan

    TU JU AN KER AJ AAN KE N AKAN SE KAT AN PAB

    (i) Sumber hasil kerajaan- tarif dapat meningkatkan sumber kerajaan

    (ii) Melindungi industri muda dan tempatan- industri baru tidak stabil dan perlukan sokongan kerajaan maka tarif dikenakan ke atasbarang import

    (iii) Antilambakan- tindakan kerajaan untuk mengurangkan kuantiti barangan import yang berada di pasaran

    tempatan

    (iv) Menghadapi persaingan- melalui kuota, embargo dan duti import dapat mengurangkan penawaran barang import- ini membolehkan barang tempatan bersaing dengan barang import dari segi harga yang rendah

    (v) Keselamatan- untuk menghalang pengimportan barangan yang merbahayakan keselamatan negara dan

    kesihatan pendudukContoh : Kemasukan senjata api

    KE B AI KAN SE KAT AN PAB TE RH AD AP E KONOM I M AL AYSI A

    (i) Mengurangkan penawaran barangan import- embargo dan kuota dapat hadkan jumlah kemasukan barang import

    (ii) Meningkatkan pendapatan negara- duti import yang dikenakan dapat memberi hasil cukai kepada negara

    (iii) Meningkatkan permintaan terhadap barangan tempatan- duti import menyebabkan harga barang import menjadi lebih mahal berbanding barang keluaran

    tempatan- pemberian subsidi oleh kerajaan kepada pengeluaran menyebabkan kos pengeluaran berkurang

    maka harga barangan tempatan menjadi lebih murah dan ini akan meningkatkan eksport

    (iv) Mengurangkan kadar pengangguran- kuota, embargo dan duti import dapat mengurangkan penawaran barangan import

    - maka industri tempatan dapat berkembang dan ini dapat wujudkan peluang pekerjaan

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    19/24

    45

    (v) Memperbaiki imbanganpembayaran

    HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    - duti import yang tinggi sebabkan kejatuhan nilai jumlah import berbanding nilai jumlah eksport- maka dapat perbaiki imbangan pembayaran- pemberian subsidi dapat tambahkan eksport, ini beri kesan positif kepada imbangan pembayaran

    (vi) Melindungi industri muda dan

    tempatan- indistri baru ditubuhkan terpaksa menanggung kos pengeluaran yang tinggi- maka kerajaan perlu berikan subsidi untuk turunkan kos agar harga keluaran tempatan boleh

    dikurangkan- agar dapat bersaing dengan barangan import

    KE BU RU KAN SE KAT AN PAB TE RH AD AP E KON OM I M AL AYSI A

    (i) Salah pengagihan sumber- peruntukan sumber akan tertumpu kepada industri yang diberikan perlindungan sahaja dan ia

    tidak berpandukan kepada kecekapan pengeluaran

    (ii) Merugikan pengguna- pengguna terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk menikmati barangan importpilihan pengguna juga terhad kerana penawaran barangan import di pasaran kurang

    (iii) Pengagihan pendapatan yang tidak adil- negara membangun biasanya bergantung kepada pendapatan eksport komoditi utama- maka sekatan ini dapat menjejaskan pendapatan negara dan pendapatan buruh yang kerja

    di sektor eksport turut terjejas

    (iv) Mengurangkan eksport

    - tindakan menyekat import dari sesebuah negara boleh menyebabkan negara berkenaan timbulkantindak balas yang sama dari negara yang dikenakan sekatan maka peluang eksport kurang

    - pengurangan penawaran import di pasaran tempatan menyebabkan negara terpaksa keluarkansendiri barang pengganti import

    - maka ini mengurangkan sumber dalam sektor eksport

    (v) Mewujudkan monopoli- monopoli merupakan pengeluar tunggal sesuatu barangan- sesetengah barangan tertentu hanya mempunyai pengeluar tunggal- sekatan boleh menyebabkan wujudnya monopoli dan penggabungan firma-firma

    - maka pengeluar mungkin mengenakan harga yang mahal untuk keluarannya

    (vi) Ketidakcekapan industri tempatan- sekatan boleh menyebabkan firma tempatan tidak mempunyai insentif untuk meningkatkan

    kecekapan kerana harga keluarannnya jauh lebih rendah berbanding barangan import- maka mereka tidak melihat kepentingan untuk meningkatkan daya saing keluaran

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    20/24

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    21/24

    46

    3 .2 PE RTU KAR AN ASI N G

    HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Ma k s u d- mata wang negara lain yang dimiliki oleh sesebuah negara

    Contoh : Yen Jepun, Dolar Amerika

    Kep ent ing an Pert ukar an Asing

    (i) Membiayai import- pengimport tempatan perlu menukarkan mata wang tempatan kepada mata wang negarapengeksport untuk membayar barang yang diimport

    (ii) Membuat pelaburan di luar negara- pelabur-pelabur tempatan memerlukan mata wang asing untuk membeli saham/modal di luar

    negara

    (iii) Membayar balik pinjaman luar negara

    - hutang luar negara dalam bentuk mata wang asing, maka negara perlu membayar kembali hutangmengikut mata wang negara pemberi pinjaman

    (iv) Mempertahankan nilai mata wang- bank pusat menggunakan pertukaran asing bagi menjaga nilai mata wang

    - jika nilai RM merosot, bank pusat akan membeli RM maka permintaan RM akanmeningkat. Oleh itu nilai RM akan naik.

    - jika nilai RM meningkat, bank pusat akan menjual RM maka penawaran RM meningkat.Oleh itu nilai RM akan jatuh

    K A D A R P E RT U K A R A N A S I N G- merujuk kepada pertukaran asing dalam sebutan mata wang sesebuah negara

    Contoh : US$1.00 = RM2.80

    Pengiraan Kadar Pertukaran Asing

    1 Menukar Dolar Amerika Kepada Ringgit Malaysia

    Contoh :

    US$1.00 = RM3.80

    Seorang pengimport dari Malaysia mengimport barang bernilai US$2 550.00. Diamenjelaskan pembayaran ke atas importnya dalam Dolar Amerika. Berapakah jumlah

    Ringgit Malaysia yang diperlukan oleh pengimporrt tersebut?

    US$ RM1 3.80

    2 550 x

    X

    US$2 550

    RM3.80=

    US$1ATAU

    X =RM3.80

    US$2 550

    US$1

    US$1.00 = RM3.80

    Jika US$2 550.00 = RM US$2 550.00 x RM3.80= RM9 690.00

    = RM9 690.00

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    22/24

    47

    2 Menukarkan Ringgit Malysia kepada DolarAmerika

    HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Contoh :-

    US$1.00 = RM3.80

    Seorang pengimport dari Amerika Syarikat membeli buah-buahan tropika bernilaiRM76 950.00 dari Malaysia. Kirakan jumlah belian pengimport ini dalam sebutanDolar Amerika.

    US$ RM1 3.80

    x 76 950

    X =RM76 950

    X =

    US$1RM3.80

    US$1

    RM3.80 RM76 950

    = US$20 250

    ATAU

    US$1.00 = RM3.80Jika RM3.80 = US$1.00

    RM76 950.00 = RM76 950.00 x

    = US$20 250.00

    US$1.00RM3.80

    Ke san P er ub ahan Ka d ar Pert ukar an Asing

    Permintaan RM Penawaran RMApabila mengeksport barangan Apabila mengimport barangan

    warga asing perlukan RM negara tawarkan RM

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    23/24

    48 HUBUNGAN EKONOMI ANTARABANGSA

    Ke san P er ub ahan Ka d ar Pert ukar an Asing ke at as E ksport d an I m po rtM alay sia

    RM meningkat RM

    US$1.00 = RM3.80

    US$1.00 = RM3.50

    US$1.00 = RM3.80

    US$1.00 = RM4.00

    KPA negatif KPA positif

    Import > Eksport Eksport > Import

    Harga barangan import murah Harga barangan eksport murah

    Permintaan import meningkat Permintaan eksport bertambah

    Harga barangan eksport mahal Harga barangan import mahal

    Permintaan eksport berkurang Permintaan import berkurang

    Nilai import melebihi nilai eksport Nilai eksport melebihi nilai import

    Imbangan perdagangan Malaysia kurangan Imbangan perdagangan Malaysia lebihan

    Ke san P er ub ahan I mport d an E ksp ort M alay sia ke at as Kad ar Pert ukar anAsing

    Kesan perubahan eksport ke atas KPA

    Eksport meningkat Ekpsort menurun

    Permintaan RM meningkat Permintaan RM jatuh

    Permintaan RM > Penawaran RM Penawaran RM > Permintaan RM

    Lebihan permintaan RM Lebihan penawaran RM

    KP RM meningkat KP RM jatuh

    Kesan perubahan import ke atas KPA

    Import meningkat Import menurun

    Penawaran RM meningkat Penawaran RM menurun

    Penawaran RM > Permintaan RM Permintaan RM > Penawaran RM

    Lebihan penawaran RM Lebihan permintaan RM

    KP RM menurun KP RM meningkat

  • 7/22/2019 Ekonomi Asas Nota Bab 3 T5

    24/24

    DISEDIAKAN OLEH PN. HJH. WAN ROHANA, SMKSB, JB