interaksi 1.pdf

Upload: nana-fawzi

Post on 22-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    1/16

    UNIT 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN JASMANI

    Ketika zaman prasejarah kegiatan jasmani dan kecergasan ketika itu didorong oleh

    perasaan untuk terus hidup dan merupakan satu kegiatan harian (routine) yang

    dilakukan dikalangan manusia. Memburu serta mengumpul merupakan aktiviti yang

    popular.

    Masa telah mengubah segalanya kerana manusia kini lebih komited bergiat cergas

    dalam kegiatan jasmani dan kecergasan atas dasar kepentingan menjaga kesihatan.

    Sejarah perkembangan aktiviti Pendidikan Jasmani dan kecergasan ini akan

    mengupas aktiviti Pendidikan Jasmani yang pernah dilakukan bermula dari zaman

    dahulu purba hingga ke zaman moden.

    Zaman Manusia Purba dan Kecergasan

    Pada ketika ini manusia hidup dalam keadaan nomad iaitu berpindah-randah dan

    ketika di setiap penempatan aktiviti hanya bertumpu kepada memburu dan

    mengumpul makanan untuk terus hidup.

    Aktiviti seperti memburu dan brkumpul ini merupakan sebahagian dari keperluan

    dalam kehidupan ketika itu. Ini merupakan salah satu komponen sosial. Setiap kali

    mereka berjaya mendapat tangkapan mereka akan berkumpul dan meraikan

    kejayaan itu dengan pelbagai aktiviti seperti menari, permainan kebudayaan danjuga menziarahi komuniti lain untuk bersama meraikan kejayaan di tempat lain. Jika

    dilihat, motif aktiviti di zaman paleolitik ini lebih kepada melibatkan diri dan berpesta.

    Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

    http://2.bp.blogspot.com/-mC7ENMBlj8E/T9DGNw22iGI/AAAAAAAAARs/OUvPcu_SgBU/s1600/zaman-purba.jpg
  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    2/16

    Zaman NeolitikRevolusi Pertanian

    Zaman Neolitik Revolusi Pertanian merupakan zaman perubahan terhadap gaya

    hidup primitif. Era ini merupakan zaman pembangunan dalam bidang pertanian.

    Manusia tidak lagi berpindah-randah kerana amalan pertanian membantu manusia

    hidup setempat dengan bekalan yang ada. Ini dapat merubah gaya hidup manusia

    zaman primitif kepada gaya hidup manusia dan pertanian atau dikenali sebagaiagrarian. Akibat dari itu manusia mengamal gaya hidup sedentari akibat

    pengenalan teknologi yang memudahkan mereka.

    Tamadun Kuno China dan India

    Di negeri China pengajaran falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam

    aktiviti kecergasan fizikal. Ketika itu jika tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti

    kecergasan, mereka akan dikaitkan dengan penyakit yang memberhentikan fungsi

    organ dalaman atau kini dikenali sebagai masalah sistem kardiak. Ketika itu Kung-fu

    diperkenalkan sebagai aktiviti yang membantu tubuh manusia menjadi sihat dan

    berfungsi. Pergerakan kung-fu dicipta dan kaya dengan pelbagai bentuk pergerakan

    fizikal yang dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti pergerakan kaki yang

    berbeza dan meniru pergerakan binatang berlawan. Ketika itu wujud juga aktiviti

    kecergasan yang lain seperti memanah, menari, lawan pedang dan gusti.

    http://4.bp.blogspot.com/-4AC0A6wSMrA/T9DIwcSfxdI/AAAAAAAAASM/_WaMirxGo0A/s1600/draft_lens18029222module152122648photo_1312573548Ancient_China_Map.gifhttp://3.bp.blogspot.com/-ryH82v5bsUA/T9DG3eBKvCI/AAAAAAAAAR8/hvDuplcEkBA/s1600/images+%2856%29.jpg
  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    3/16

    Di India pula, manusia dihalang penglibatan mereka akibat kepercayaan agama

    Hindu dan Buddha. Mereka lebih menumpukan kepada aktiviti berbentuk spiritual.

    Manusia ketika itu mengabaikan aktiviti kecergasan.

    Satu kaedah senaman yang mirip kepada kung fu telah dicipta yang masih terikat

    dengan kepercayaan agama yang dikenali sebagai yoga. Yoga dipercayai telah

    wujud lebih lima ribu tahun. Yoga bermaksud penyatuan terhadap tubuh, akal dan

    roh berdasarkan kepercayaan falsafah Hindu. Yoga mula dicipta oleh MubalighHindu yang hidup dalam kesederhanaan yang berteraskan disiplin diri dan

    bermeditasi. Dari pemerhatian yang mereka lakukan, pergerakan haiwan dan

    kehidupannya menjadi asas kepada yoga. Mereka percaya aktiviti ini dapat

    mendekatkan manusia dengan alam seperti mana haiwan menyesuaikan diri mereka

    dengan alam sekitar.

    Aktiviti yoga atau nama lainnya Hatha Yoga mula dijadikan teknik dalam beberapa

    program kecergasan. Postur badan dan teknik pernafasan merupakan kaedah yang

    paling baik. Yoga dapat membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan

    tahap kesihtan badan.

    Timur Tengah

    Pemerintahan politik dan pemerintahan tentera pada tamadun di Assyria, Babylon,

    Topikylon, Egypt, Palastine, Parsi, dan Syria pada ketika itu amat mementingkan

    tahap kecergasan yang tinggi dalam setiap pasukan tentera dan seluruh

    masyarakatnya. Pendekatan ini diamalkan dengan baik oleh tamadun Parsi.

    Pemimpin Parsi pada ketika itu menuntut semua rakyat supaya mempunyai tahap

    kecergasan yang tinggi.

    http://1.bp.blogspot.com/-tgncEJvmt8I/T9DKRev8tPI/AAAAAAAAASc/Lwh1E4gG0zk/s1600/huge.pnghttp://1.bp.blogspot.com/-_iEhHKSR-cA/T9DJF857U7I/AAAAAAAAASU/O6VFfSPApL0/s1600/3456966.gif
  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    4/16

    Tahap kecergasan ini diperoleh melalui pelbagai latihan keras yang dilakukan. Ketika

    kanak-kanak berumur enam tahun, mereka adalah milik negara dan perlu melalui

    pelbagai latihan seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar

    lembing. Objektif latihan ini bertujuan untuk meningkatkan kekuatan dan stamina dan

    bukannya untuk kebaikan kesihatan.

    Zaman GreekAthens

    Masyarakat di Yunani amat mengutamakan kesempurnaan fizikal. Kota yang

    terkenal dlam bidang Pendidikan Jasmani ketika itu ialah Sparta dan Athens. Di

    Sparta objektif utama Pendidikan Jasmani ialah untuk menyumbang kepada

    pembentukan tentera yang kuat, manakala di Athens, objektif banyak tertumpu

    kepada prinsip demokrasi.

    Greek adalah tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam kemunculan aktiviti

    kecergasan. Masyarakat Greek ketika itu percaya keseimbangan antara kecergasan

    badan dan otak mempunyai kaitan yang rapat. Kecergasan fizikal dan minda pentingsama penting dengan kepentingan kekuatan dan badan dalam menjana kesihatan

    mental.

    Aktiviti gimnastik dengan menggunakan muzik merupakan antara pelajaran yang

    penting. Mereka mengatakan pergerakan gimnastik adalah untuk tubuh badan dan

    muzik itu untuk jiwa mereka. Gimnastik diajar di sebuah tempat yang dikenali

    Palaestras, ianya merupakan tempat untuk remaja lelaki bagi aktiviti Pendidikan

    Jasmani. Di Palaestras merangkumi sebuah gelanggang gimnastik dalam dewan

    dan gelanggang untuk aktiviti luar seperti berlari, gusti dan melompat.

    Apabila remaja ini telah dewasa, di antara umur 14 dan 16 tahun, tempat mereka

    berlatih ini akan berubah sebuah tempat yang dipanggil gimnasium. Di kedua-dua

    tempat ini latihan diawasi oleh jurulatih kecergasan yang dipanggil Paidotribe.

    http://2.bp.blogspot.com/-7D17FMu2axM/T9DK2ILygpI/AAAAAAAAAS0/M2NMbnqXjA8/s1600/greece06.gif
  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    5/16

    SEJARAH PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN DI MALAYSIA

    Perkembangan pendidikan jasmani di Malaysia dibahagikan kepada tiga peringkat

    yang besar:

    1. Sistem pendidikan asal, iaitu sistem pendidikan yang telah ada sebelum

    kedatangan pengaruh Barat.

    2. Zaman penjajahan menghasilkan pendidikan yang formal yang telah

    menghasilkan pertumbuhan sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India.

    Zaman ini berlanjutan hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

    3. Zaman pendidikan moden, iaitu zaman selepas merdeka.

    Sebelum datangnya pengaruh pendidikan Barat, sistem pendidikan merupakan

    sistem yang tidak formal seperti kelas-kelas agama dan al-Quran, kelas kesenian

    dan pertukangan. Sistem ini tidak memberatkan ciri-ciri pendidikan secara formal.

    Oleh itu, tidak ada langsung pendidikan jasmani.Sistem pendidikan yang formal diperkenalkan di negara ini selepas kedatangan

    Inggeris di negeri-negeri Selat. Ini adalah usaha penganjur Kristian dan Kompeni

    Inggeris. Sekolah yang pertama didirikan di Tanah Melayu ialah Penang Free School

    yang ditubuhkan dalam tahun 1816. Usaha mendirikan sekolah ini dibuat oleh Rev.

    R.S Hutching. Sekolah itu ialah di bawah pengelolaan Kompeni Inggeris. Pendidikan

    jasmani tidak dijalankan lagi.

    Sehingga tahun-tahun 1920-an masih belum ada sistem dan sukatan pelajaran yang

    formal walaupun pelajaran pendidikan jasmani mula diajar secara tidak formal.Keutamaan diberi kepada aktiviti senaman, latihan kawat dan permainan yang

    membawa pengaruh penjajahan Inggeris. Tahun 1924 dilantik seorang pengusaha

    pendidikan jasmani untuk negeri-negeri Selat.

    Sungguhpun begitu, sukatan pelajaran pendidikan jasmani belum tersusun. Guru-

    guru yang tidak pernah menerima latihan pendidikan jasmani ditugaskan mengajar

    pelajaran itu. Tahun-tahun 1930-an barulah usaha rancangan pendidikan jasmani

    untuk sekolah-sekolah dimulakan. Sukatan pelajaran itu merupakan asas untuk

    pelajaran pendidikan jasmani di Tanah Melayu. Ia berdasarkan kepada sukatan

    pelajaran Latihan Fizikal untuk sekolah-sekolah Inggeris di England, yang mana

    telah diperkenalkan dalam tahun 1933. Siri buku-buku Jefferson, How To Teach

    Physical Training dijadikan asas sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. J.W

    Jefferson yang dilantik sebagai penguasa pendidikan jasmani dalam tahun 1932,

    telah melancarkan rancangan latihan guru pendidikan jasmani ke seluruh negara.

    Kursus-kursus dalam perkhidmatan diadakan di seluruh negara. Tahun 1946-48,

    suatu sukatan yang formal untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah. Sukatan

    ini diterbitkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, (MPSI) Tanjung Malim (kini

    Universiti Pendidikan Sultan Idris). Sistem latihan guru pendidikan jasmani

    dilancarkan secara berperingkat-peringkat, iaitu dari peringkat 1 hingga peringkat 4.

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    6/16

    Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu menunjukkan pengaruh penjajahan Inggeris

    dalam perkembangan pendidikan jasmani. Gimnastik, sukan dan rentak irama

    merupakan bahagian program-program yang terdapat di sekolah-sekolah rendah,

    sementara di sekolah-sekolah menengah, Inggeris memajukan satu program yang

    serupa dengan yang terdapat di negara-negara Asia di bawah British Komanwel.

    Bola sepak, bola keranjang, berenang d tenis adalah popular tetapi permainan

    badminton paling popular. Pada tahun 1952 guru-guru tempatan mula dihantar ke

    luar negara untuk meluaskan pengetahuan mengenai pendidikan jasmani. Setahun

    kemudian, Pendidikan Jasmani dimasukkan sebagai satu mata pelajaran bagi kursus

    asas dan pilihan utama di Kirby.

    Kemudian diadakan pula kursus pendidikan dan kesihatan di Kirby dan Brinsford,

    England. Tahun 1955, Jawatan Penguasa Pendidikan Jasmani diambil oleh anak

    tempatan iaitu, En. Teoh Teik Lee. Pada tahun 1958, bahagian Penguasa

    Pendidikan Jasmani dipindahkan kepada Bahagian Nazir Sekolah-sekolah dan jugadisatukan dengan Bahagian Latihan Guru. Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

    IPSI dikekalkan dalam tahun 1950-an dengan beberapa penyesuaian dan pindaan.

    Pada tahun 1960, B.E Chamber diganti oleh E.D Clay sebagai Nazir Sekolah-

    sekolah Persekutuan, Bahagian Pendidikan Jasmani. Sukatan pelajaran Pendidikan

    Jasmani dikaji semula dan wujudlah sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani untuk

    kanak-kanak lelaki dan perempuan pada tahun 1966. Kursus tambahan, satu tahun

    Pendidikan Jasmani diadakan di Maktab Perguruan Ilmu Khas pada tahun 1960.

    Kemudian, diikuti dengan kursus tambahan untuk guru-guru perempuan dalam tahun1961. Pada tahun 1971, sukatan pelajaran disemak semula dan kemudiannya

    sukatan itu dikeluarkan dalam 2 bahasa iaitu dalam bahasa Melayu dan Inggeris.

    Sukatan ini lebih dinamik dan berkesan kerana memberatkan kepada kesan,

    pergerakan dan kemahiran. Dimasukkan juga aspek-aspek moden seperti tarian

    moden atau tarian pendidikan dan gimnastik untuk perempuan.

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    7/16

    UNIT 2 KONSEP, TEORI DAN FALSAFAH PEMBENTUKAN KURIKULUM

    DEFINISI

    Satu proses pembelajaran yang menumpukan kepada peningkatan pengetahuan,

    pengaruh sikap dan tingkah laku berkaitan dengan aktiviti fizikal (senaman, sukan,

    permainan, menari, aktiviti akuatik & pendidikan luar). Pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan di dalam kelas atau di luar kelas secara formal atau tidak formal

    (Pangrazi, R.P. & Darst, w.w, 1997).

    Pendidikan Jasmani juga adalah satu proses di mana perubahan yang positif berlaku

    ke atas individu melalui pengalaman pergerakan (Tillman, K.G., 1996)

    Pendidikan Jasmani juga adalah pendidikan melalui pergerakan yang memberifokus kepada tiga domain iaitu psikomotor, kognitif dan afektif (Pangrazi & Dauer,

    1995).

    KONSEP DAN DEFINISI PENDIDIKAN JASMANI

    Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses pembelajaran yang menyeluruh

    yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial

    dan emosi. Melalui Pendidikan Jasmani pelajar akan diberi ruang untuknya mencubadan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. (Pettitor,

    dalam Wee Eng Hoe 2005)

    Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan gaya

    hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman

    pembelajaran yang rapi dan berturutan. Secara ringkasnya Pendidikan Jasmani

    adalah merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu

    kumpulan pelajar (Colfer, 1986). Pendekatan dalam pendidikan jasmani masa kini

    tertumpu antaranya kepada nilai pendidikan yang dibina. Pendidikan jasmani juga

    mampu memberi sumbangan terhadap perkembangan kemahiran dan kecegasan

    jasmani serta menjadi pemangkin terhadap tabiat sosial yang murni. Selain itu,

    matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai alat untuk mendorong kegiatan-

    kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah.

    Kesemua ini menjadikan matapelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu

    keperluan bagi membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

    Dengan kata lain Pendidikan Jasmani adalah merupakan matapelajaran yang

    diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan

    domain psikomotor. Kesepaduan ini adalah seiring dengan penerapan nilai murni

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    8/16

    yang bermatlamat menghasilkan insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu

    masyarakat yang dinamis dan progresif (Asiah Abu Samah,1993).

    Rajah menunjukkan tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam mata pelajaran

    Pendidikan Jasmani

    FALSAFAH, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

    Falsafah

    Falsafah berasal daripada perkataan yunani tua philosophiayang bermaksud cintakepada pengetahuan dan hikmah. Russle memahami falsafah sebagai sesuatu di

    antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan sains (sains-sains fizik dan

    kemanusian). Falsafah adalah sesuatu yang terletak di antara sains dan teologi.

    Falsafah merupakan susunan ayat yang digunakan secara jelas tentang sesuatu

    pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara keseluruhan terhadap prinsip, teori

    dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah yang baik:

    Falsafah mempunyai susunan ayat yang jelas.

    Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti.

    Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan.

    Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada

    keupayaan memberi penerangan.

    Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.

    Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari

    objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran

    terhadap sesuatu prinsip dan konsep. Objektif utama yang digariskan dalam PJ

    adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi

    kesemua aspek domain pembelajaran.

    http://1.bp.blogspot.com/-I_V-4Ak5bgU/T9DFPth-eGI/AAAAAAAAARk/_YpOwJieueU/s1600/we.png
  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    9/16

    Falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu guru

    memahami semua tugasan secara menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini

    bermakna melalui falsafah secara tidak langsung akan berupaya membantu guru

    supaya memahami peranannya yang telah ditetapkan. Dengan kata lain juga

    falsafah juga boleh diibaratkan sebagai petunjuk arah dan mampu membantu guru

    menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara tersusun dan

    berterusan.

    Zeigler (1962) berpendapat falsafah dapat membantu guru memahamidan

    menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih menyeluruh. Ini dapat

    membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan peranannya

    melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang

    sepatutnya.

    Matlamat dan Objektif

    Menurut Bucher dan Wuest (1987) penetapan matlamat dan objektif dalam

    Pendidikan Jasmani dapat membantu matapelajaran ini dalam aspek-aspek seperti

    berikut:

    1. Memahami apa yang hendak dilakukan.

    2. Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika

    berhadapan dengan masalah.

    3. Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai Pendidikan Jasmani.

    4. Memahami sumbangan Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.

    5. Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat.

    6. Menghargai dan mengambilberat pencapaian murid melalui penglibatan

    mereka di dalam program di bawah penjagaan mereka.

    Aktiviti Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakan aktiviti

    yang terancang dan berupaya memberi ruang persekitaran yang baik bagi

    membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan penjagaan kesihatan.

    Oleh ynag demikian guru perlu sentiasa memahami matlamat utama Pendidikan

    Jasmani iaitu:

    .Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

    pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan

    (Pusat Perkembangan Kurikulum,1999)

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    10/16

    Seiring dengan matlamatnya guru perlu memahami objektif utama Pendidikan

    Jasmani yang digariskan seperti berikut:

    1. Mempertingkat dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan

    perlakuan motor;

    2. Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan

    diri;

    3. Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

    4. Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

    pelbagai kegiatan fizikal

    5. Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

    6. Membuat keputusan bijak dalam kehidupan

    (Sukatan Pelajaran Rendah Menengah, Pendidikan Jasmani, 1999)

    Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untukmencapai tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan. Menurut Seefeldt dan

    Vogel (1986) persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada

    hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor

    sebagai satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian.

    Oleh yang demikian dapat dirumuskan bahawa falsafah digunakan sebagai panduan

    dan penggerak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat untuk

    menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial makamelalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai. Ini adalah

    berdasarkan keperluan dan inspirasi yang telah dinyatakan di dalam Buku Panduan

    Guru Pendidikan Jasmani Kesihatan (1988) Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Pendidikan Jasmani

    Education for the physical

    Education through the physical

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    11/16

    SUKAN

    Satu pertandingan dalam bentuk permainan dan terdapat eksploitasi individu

    Mempunyai ciri-ciri seperti kontinuiti, pembahagian peranan, interaksi yang dinamik dengan

    peserta dan pengurusan yang berkesan.

    Satu perlakuan atau permainan yang melibatkan kemahiran daya usaha fizikal. Penglibatan adalah untuk keseronokan, pertandingan, penghargaan, penghormatan

    atau kewangan.

    MAIN

    Satu aktiviti bebas di luar kehidupan seharian yang melibatkan seseorang secara

    langsung

    Aktiviti yang tidak mementingkan penghargaan material atau keuntungan

    Tiada had masa tertentu dan ruang mengikut undang-undang tertentu dan teratur

    PERMAINAN

    Satu aktiviti main yang mempunyai undang-undang yang eksplisit, matlamat yang

    ditetapkan, mempunyai elemen pertandingan, had masa dan ruang yang dikenal

    pasti serta pergerakan yang berturutan berulang kali setiap kali dijalankan.

    MATLAMAT PENDIDIKAN JASMANI DALAM KONTEKS PENDIDIKAN DI MALAYSIA

    Falsafah dan matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk menghasilkan pelajar-pelajar

    yang kelak menjadi rakyat yang terdidikdan terpelajardari segi mental, jasmani, emosi dan

    sosial. Perubahan tingkah laku yang positif diharapkan dapat berlaku dalam perkembangan

    hidup melalui proses pendidikan yang sempurna. Melalui sIstem pendidikan yang terancang

    masyarakat amnya dan individu khasnya, seharusnya mencapai perubahan-perubahan

    positif dalam perspektif-perspektif berikut :

    1. Kehidupan dan kesihatan

    2. Pencapaian nafkah hidup

    3. Kewarganegaraan

    4. Kesenggangan

    Membantu individu untuk mencapai tahap perkembangan yang optimum &

    menyumbang ke arah matlamat yang terdapat dalam masyarakat

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    12/16

    Di Malaysia, kerana terdapat pelbagai kaum, agama dan kebudayaan, maka falsafah dan

    matlamat pendidikan berhasrat memenuhi cita-cita Negara untuk menghasilkan :

    1. Perpaduan nasional

    2. Integrasi nasional

    3. Keseimbangan ekonomi.

    OBJEKTIF PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

    Objektif mata peiajaran Pendidikan Jasmani adalah untuk membolehkan murid-murid :

    1. Memberi sumbangan positif terhadap kesegaran dan pertumbuhan fizikal, mental,

    rohani, sosial dan emosi.

    2. Menguasai kemahiran asas yang betul seperti duduk, berdiri, berjalan dan lain-lain

    yang berguna untuk kesihatan, keselamatan dan kegiatan kreatif.3. Menguasai kemahiran sukan dan permainan, pergerakan kreatif dan asas gimnastik.

    4. Mengetahui hak kebolehan diri sendiri serta hubungannya dengan Alam persekitaran.

    5. Mencapai taraf disiplin diri yang tinggi.

    6. Merasa gembira ketika melibatkan diri dalam kegiatan jasmani dan sukan dalam dan di

    luar sekolah.

    7. Menggunakan masa lapang dengan berfaedah dan

    8. Menyedari peranan sukan dalam kehidupan masyarakat dan bergembira ketika

    mengambil bahagian sebagai peserta atau penonton

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    13/16

    UNIT 3 : KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

    Domain-domain yang membentuk nilai pendidikan dalam Pendidikan Jasmani

    Kognitif Afektif Psikomotor

    Amalan berfikir

    Proses penerokaan

    Inkuiri penemuan

    Penyelesaian masalah

    Sikap ingin tahu

    Proses imaginasi

    Permikiran kreatif

    Permikiran kritis Konsep kendiri

    Permahaman kendiri

    Penghargaan kendiri

    Kawalan kendiri

    Emosi

    Kecergasan

    Kekuatan otot

    Daya tahan otot

    Pengamatan motor

    Aspek Kogni t i f

    Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan

    berfikir serta menginterprestasi. Dengan kata lain pembangunan kognitif melibatkan

    rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti,

    perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan.

    Pengetahuan dalam aktiviti pendidikan luar dapat menjadikan pendidikan luar dapat

    dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya sebelum mengikuti pendidikan luarpelajar perlu mempelajari cara melaksanakan sesuatu aktiviti yang hendak dilakukan

    dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan penghayatan cara atau teknik

    melaksanakan aktiviti pendidikan luar membawa kepada pelaksanaan aktiviti

    pendidikan luar yang lebih cekap dan berkesan.

    Pengetahuan tentang disiplin pendidikan luar juga penting bagi menjadikan aktiviti

    yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program pendidikan luar yang

    baik bukan saja memberi kekuatan fizikal tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan

    kognitif. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dankreativiti seharusnya diserapkan dalam aktiviti pendidikan luar.

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    14/16

    Asp ek Afekt i f

    Matlamat utama yang diingini oleh semua program pendidikan luar pada umumnya

    tertumpu kepada perkembangan individu dan kemahiran bersosial. Perkembangan

    individu melibatkan sikap, emosi, apresiasi, dan nilai dan pembentukan sahsiah.

    Kemahiran bersosial pula melibatkan interaksi dan corak komunikasi dengan orang

    lain. Pendidikan luar memberi sumbangan terhadap perkembangan sikap dan

    konsep kendiri kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalankan aktiviti

    pendidikan luar.

    Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong orang lain,

    mengiktiraf sumbangan, kepentingan menjaga kebersihan, penggunaan masa

    lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan, menghormati

    orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti fizikal.Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan kanak-kanak melalui

    penglibatan di dalam pesertanya. Contohnya dengan aktiviti pendidikan luar peserta

    akan membentuk persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri.

    Pendidikan luar adalah suatu medium yang dapat membantu dalam pembangunan

    sosial. Pendidikan Jasmani akan menolong individu menyesuaikan diri dengan

    keadaan dan ahli masyarakat. Melalui kepimpinan yang sempurna dan teratur akan

    menjadi pendidikan luar sebagai jambatan utama untuk mencapai matlamat sosial.

    Aspek Kemahiran Psikomotor

    Aspek Psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang

    mampu dipamerkan. Psikomotor ini juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti

    kekuatan, kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan

    dan kelajuan. Di dalam Pendidikan Jasmani suaian aspek ini perlu difokus selepas

    pelajar melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

    Bucher (1979) mengatakan bahawa pelajaran Pendidikan Jasmani berkemampuan

    untuk memberi sesuatu hasil yang berkesan kepada pelajar melalui proses

    pembelajaran yang telah digariskan dalam suatu kurikulum bagi memenuhi

    keperluan pelajar. Menurut Weston (1979) yang berpandangan bahawa kurikulum

    yang dihasilkan adalah program yang dirancang untuk kepentingan pelajar yang

    telah mengambil kira semua faktor utama seperti sekolah dan keperluan pelajar

    sebagai matlamat.

    Menurut Raddick (1982) Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada

    pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan.Ianya menekankan tentang pembentukkan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    15/16

    berhubung dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik

    sehingga cara hidup dan kualiti seseorang ditingkatkan. Ianya lebih menekan

    pendidikan melalui Pendidikan Jasmani.

    Pukal KBSM (1992) mendefinisikan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

    (PJK) bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan produktif. Ketiga-

    tiga unsur ini dapat dilakukan melalui pemupukan dan penerapan nilai, sikap,

    pengetahuan dan amalan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

    Pendidikan Jasmani adalah matapelajaran yang menekankan kepada proses

    pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah

    pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan emosi (Teng Boon Tong 2001).

    Oleh yang demikian Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan sebagai matapelajaran

    yang memberi penekanan terhadap proses pembelajaran dan pengajaran melalui

    aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial danemosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan pelajar lebih sihat, cergas dan

    produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan kesihatan dan

    kecergasan dalam kehidupan seharian.

    DOMAIN PENDIDIKAN JASMANI

    1. Keperluan Psikomotor

    Kebolehan untuk:

    i. Membina kekuatan otot-otot dan organ-organ.

    ii. Membina daya tahan, ketangkasan, kelembutan, kuasa dan kordinasi.

    iii. Membina sistem neuromuscular bagi kemahiran asas hingga kepada

    kemahiran yang lebih kompleks

    2. Keperluan Kognitif

    Kebolehan untuk:

    i. Mendapat pengetahuan

    ii. Menyelidik

    iii. Memahami

    iv. Menerang

    v. Menilai

    vi. Menghurai

    vii. Memilih

  • 7/24/2019 INTERAKSI 1.pdf

    16/16

    3. Keperluan Afektif

    Kebolehan untuk:

    i. Berinteraksi dengan individu dan masyarakat dll

    ii. Perhubungan dalam sosial dan segi personaliti ,pandangan dan nilai yang

    diterima.

    iii. Bertukar pendapat dalam kelompok

    iv. Menyalur emosi dengan cara yang sesuai

    v. Menghargai sesuatu yang baik

    vi. Membina sikap dan nilai