kajian kerja kursus - sederhana

Upload: timy-foo

Post on 14-Oct-2015

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Kerja kursus

TRANSCRIPT

Muka surat 1 ( ini )

1.PENDAHULUAN

1.1PENGENALAN

Struktur ekonomi Malaysia telah berubah daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada berasaskan pembuatan mulai tahun 1970an . Di dalam sektor pembuatan, sumbangan dan peranan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat besar dan penting. PKS memberikan sumbangan yang penting kepada pertumbuhan ekonomi yang mantap dan memberansangkan. Dalam teks ucapan Belanjawan 2001 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia pada 27 Oktober 2000, telah menyentuh tentang peranan penting PKS dalam menjana kegiatan ekonomi melalui peningkatan pengeluaran untuk memenuhi permintaan dalam negeri dan mengurangkan keperluan negara untuk mengimport. PKS juga merupakan laluan bagi usahawan baru untuk memulakan perniagaan dalam pengeluaran. PKS berpotensi untuk berkembang maju ke arah menjadikan Malaysia sebagai negara perindustrian pada tahun 2020.

Syarikat Jaminan Kredit (CGC) (1993) mentakrifkan PKS sebagai firma yang mempunyai modal berbayar dalam lingkungan RM 100,000 hingga RM 200,000. Secara umumnya pengetahuan asas, pengurusan yang tidak cekap, masalah tenaga pekerja dan organisasi menyebabkan PKS mengalami masalah keluaran. Perbadanan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) mentakrifkan PKS sebagai syarikat dengan pusingan jualan tahunan tidak melebihi 25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang. Ini bermakna PKS meliputi semua pertubuhan perniagaan sama ada terlibat dalam pengeluaran barang atau perkhidmatan tanpa mengira saiz. Antara contoh pertubuhan perniagaan tersebut ialah kedai runcit yang menawarkan perkhidmatan peruncitan, syarikat atau pengusaha kecil yang mengeluarkan rempah ratus, keluaran produk makanan ringan, pengusaha home stay, pengusaha batik dan kraftangan, restoran, dan pemberi pinjaman yang memberi perkhidmatan kewangan.

1.2PENYATAAN MASALAH

Sebagai sebuah perusahaan kecil semestinya ia berhadapan dengan pelbagai masalah. Antaranya, masalah untuk mendapatkan modal, masalah pemasaran, masalah produk yang tidak pelbagai dan berkualiti rendah, dan masalah mendapatkan bahan mentah yang berterusan.

PKS di Bukit Gambir terlibat dalam pengeluaran secara kecil-kecilan berasaskan makanan dan peruncitan. Persoalannya adakah PKS di Bukit Gambir ini berhadapan dengan masalah kepelbagaian produk dan masalah pemasaran produk sama seperti PKS yang lain.

1.3OBJEKTIF KAJIAN

Pada amnya tujuan kajian ini ialah untuk meneliti PKS di kawasan Bukit Gambir, Ledang. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti;

(i)jenis produk PKS

(ii)pasaran produk PKS

(iii)masalah yang dihadapi oleh pengusaha PKS

2.LATAR BELAKANG KAJIAN

2.1INDUSTRI KECIL DAN SEDERHAHA DI MALAYSIADalam tahun 2005, Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK) telah bersetuju supaya definisi PKS yang sama digunakan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan berkaitan perkilangan, pertanian asas dan perkhidmatan.** Definisi ini adalah untuk kegunaan kesemua Kementerian dan Agensi Kerajaan yang ada kaitan dengan pembangunan PKS, dan juga institusi-institusi kewangan. Kegunaan definisi PKS ini akan memudahkan penggubalan dasar-dasar dan program-program sokongan yang berkesan untuk sektor-sektor sasar ekonomi; memudahkan penyediaan bantuan teknikal dan kewangan; dan memudahkan identifikasi PKS di pelbagai kategori dan peringkat. Definisi PKS di Malaysia boleh ditempatkan dalam tiga kategori, iaitu: Mikro, Kecil, atau Sederhana. Ketiga-tiga kumpulan ini ditetapkan berasaskan kepada: jumlah pekerja sesebuah perniagaan; atau jumlah hasil jualan sesebuah perniagaan dalam tempoh setahun.

I. Jumlah Pekerja

Berasaskan jumlah pekerja sepenuh masa :

Pertanian Asas Perkilangan (termasuk Asas tani) dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan Sektor Perkhidmatan (termasuk ICT*)

Mikro Kurang daripada 5 orang pekerja Kurang daripada 5 orang pekerja Kurang daripada 5 orang pekerja

Kecil Antara 5 hingga 19 pekerja Antara 5 hingga 50 pekerja Antara 5 hingga 19 pekerja

Sederhana Antara 20 hingga 50 pekerja Antara 51 hingga 150 pekerja Antara 20 hingga 50 pekerja

Sumber: Laman web SME

II. Jumlah Jualan Tahunan

Berasaskan jumlah jualan tahunan : Pertanian Asas Perkilangan (termasuk Asas tani) dan Perkhidmatan Berkaitan Perkilangan Sektor Perkhidmatan (termasuk ICT*)

Mikro Kurang daripada RM200,000 Kurang daripada RM250,000 Kurang daripada RM200,000

Kecil Antara RM200,000 hingga kurang daripada RM1 juta Antara RM250,000 hingga kurang daripada RM10 juta Antara RM200,000 hingga kurang daripada RM1 juta

Sederhana Antara RM1 juta hingga RM5 juta Antara RM10 juta hingga RM25 juta Antara RM1 juta hingga RM5 juta

Sumber: Laman web SME

Berasaskan jadual di atas, PKS berpotensi memberi sumbangan yang besar untuk pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan .

2.1.1Ciri-Ciri Industri Kecil Dan Sederhana

Industri kecil dan sederhana mempunyai ciri-ciri berikut, iaitu

(a)Jenis keluaran

Jenis keluaran PKS boleh dibahagikan kepada dua jenis yang utama, iaitu (i)Barang pengguna untuk memenuhi keperluan harian. Contohnya industri makanan, industri tekstil, industri perabot, dan industri kraf tangan.

(ii)Barang berupa alat gantian untuk menyokong industri besar seperti kusyen kereta, nat, skru, madgag dan sebagainya.

(b)Organisasi

Organisasi PKS lebih mudah, berskala kecil, kurang birokratik, dan kurang formal. Biasanya seorang pegawai atau pekerja terpaksa menjalankan berbagai fungsi kerana skop bekerja yang kecil.

(c)Modal

Kebanyakan PKS terdiri daripada syarikat sendirian berhad, perkongsian atau milikan tunggal yang bermodal kecil atau sederhana. PKS sering kali menghadapi kekurangan modal kerana kesukaran mendapatkan pinjaman daripada bank. Sebahagian besar modal disumbang oleh rakan kongsi dan keluarga atau daripada tabungan sendiri.

(d)Lokasi

PKS biasanya terdapat di kawasan perindustrian yang murah, di pinggir bandar, di bandar kecil, di desa, dan adakalanya di rumah sendiri.(e)Pekerja

Kebanyakan pekerja mempunyai pendidikan formal yang rendah dan kurang didedahkan kepada kursus dan latihan. Pekerja sering bertukar ganti kerana faktor gaji yang murah.

2.1.2Jenis Kegiatan Perusahaan Kecil Dan Sederhana

(a)Perusahaan berasaskan sumberPKS ini wujud kerana kewujudan bahan mentah di kawasan tersebut. Contoh, jika di kawasan tersebut banyak terdapat buah-buahan maka wujud PKS yang menghasilkan kerepek ubi, pisang, gula melaka, dan jeruk.

(b)Perusahaan berasaskan logam

Biasanya PKS jenis ini menggunakan logam seperti besi, perak dan emas untuk menghasilkan nat, skru, bingkai gambar, alat ganti jentera.

(c) Perusahaan berasaskan plastik dan getah

PKS ini menggunakan bahan plastik dan getah untuk menghasilkan keluaran seperti tudung getah, paip getah, dan tayar.

(d)Industri pemprosesan makanan

IKS ini mengeluarkan makanan untuk pasaran dalam negeri dan dieksport ke luar negara.

(e)Perusahaan pembuatan lain

Contohnya PKS yang mengeluarkan ubat-ubatan tradisional.

2.2LATAR BELAKANG LOKASI KAJIAN

Bukit Gambir adalah sebuah kampung yang terletak kira-kira 35 km dari bandar Muar, Johor. Bilangan penduduknya seramai 35,000 orang yang terdiri daripada 80% melayu, 15% cina, dan 5% india (sumber: ketua kampung Bukit Gambir). Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada melayu keturunan jawa. Aktiviti utama ekonomi berasaskan pertanian (maklumat sebenar tentang taburan pekerjaan tidak diperolehi). Aktiviti ekonomi lain perniagaan runcit dan pengeluaran barang-barang berasaskan pertanian. PETA: BUKIT GAMBIR

Terdapat beberapa kawasan perindustrian dari Kampung Bukit Gambir iaitu kawasan perindustrian Grisek dan kawasan perindustrian Tangkak. Terdapat juga kawasan pelancongan Gunung Ledang yang merupakan satu sumber pekerjaan bagi penduduk daerah Ledang. (http://www.majlisdaerahmuar.gov.my), dilayari pada 08 Ogos 2008).

Dari segi urusan pentadbiran, Kampung Bukit Gambir ditadbir oleh Majlis Perbandaran Muar sehingga tahun 2007. Mulai tahun 2008, Kampung ini ditadbir oleh Majlis Daerah Ledang. Pada tahun 2007, mengikut rekod di Pejabat Daerah Muar, terdapat 18 syarikat/pengusaha yang membayar cukai pintu. (Pejabat Daerah Muar, Laporan Tahunan 2008, Lampiran 2.4).

Sumber: Laman web j-travel.blogspot.com

Sumber: Laman web j-travel.blogspot.com3.KAEDAH KAJIAN

Berdasarkan objektif kajian, kajian dimulakan dengan menyenarai syarikat/pengusaha yang terdapat di Kampung Bukit Gambir. Berasaskan maklumat yang diberi oleh pihak berkuasa serta tinjauan di lokasi penyelidik mendapat maklumat tentang nama syarikat/pengusaha, alamat, jenis syarikat/pengusaha dan nombor telefon. Bilangan dan jenis syarikat/pengusaha seperti Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Perusahaan

JenisBilangan

Pembuat perabut2

Kedai runcit4

Restoran5

Bengkel besi2

Pengetuk dan pengecat kereta2

Pemprosesan makanan12

Jumlah27

Berasaskan dapatan ini dan objektif kajian, penyelidik memutuskan untuk mengkaji syarikat/pengusaha pemprosesan makanan berasaskan pengumpulan data yang diberikan di Lampiran 3 (Borang Soal Selidik).

Sampel yang dipilih ialah enam perusahaan pemprosesan makanan dan setiap perusahaan dikenakan satu instrumen penyelidikan yang mengandungi dua komponen (a) latar belakang perusahaan seperti pemilik, jenis produk, dan bilangan pekerja, dan (b) soalan-soalan untuk mendapat maklumat tentang jenis produk, pasaran produk dan masalah yang dihadapi oleh pengusaha.

4.DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

4.1Profil Syarikat/Pengusaha

Enam syarikat yang dipilih terdiri daripada syarikat yang mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan iaitu dua syarikat yang mengeluarkan makanan ringan, manakala empat syarikat lagi masing-masing mengeluarkan kicap dan sos, roti dan kek, rempah ratus, dan makanan sejuk beku. Terdapat empat syarikat dimiliki oleh bumiputra manakala dua buah syarikat lagi dimiliki oleh bukan bumiputra. Syarikat yang paling lama beroperasi ialah Syarikat A, iaitu pada tahun 1980. Syarikat yang paling baru ditubuhkan ialah Syarikat F yang mengeluarkan makanan sejuk beku, iaitu pada tahun 2007. Nilai hasil jualan yang tertinggi ialah Syarikat B yang mengeluarkan makanan ringan manakala nilai hasil jualan yang terendah ialah Syarikat E yang juga mengeluarkan makanan ringan. Sila rujuk Jadual 2.Jadual 2: Profil Syarikat

Nama SyarikatKegiatan Yang DijalankanHasil Jualan Kasar Sebulan (RM)Tahun Mula BeroperasiPemilikan

1Syarikat AKicap dan sos40 000 50 0001980Bumiputra

2Syarikat BMakanan ringan50 000 60 0002000Bumiputra

3Syarikat CRempah ratus20 000 30 0002003Bumiputra

4Syarikat DRoti dan kek30 000 40 0002005Bukan Bumiputra

5Syarikat EMakanan ringan< 10 0001990Bumiputra

6Syarikat FMakanan sejuk bekuTiada maklumat2007Bukan Bumiputra

Sumber: Kaji selidikSemua syarikat menggunakan pekerja tetap dengan bilangan tertinggi sebanyak lima orang. Didapati lebih ramai pekerja sambilan daripada pekerja tetap dan hanya dua syarikat yang mengambil pekerja asing yang berasal dari Indonesia. Jadual 3 menunjukkan bilangan pekerja yang digunakan oleh setiap syarikat . Jadual ini juga menunjukkan bahawa syarikat pemprosesan makanan di Bukit Gambir menggunakan pekerja keluarga iaitu ahli keluarga yang membantu kerja-kerja syarikat.Jadual 3 : Bilangan Pekerja

Nama SyarikatBilangan Pekerja TetapBilangan Pekerja SambilanBilangan Pekerja KeluargaBilangan Pekerja Asing

1Syarikat A51030

2Syarikat B52025

3Syarikat C3510

4Syarikat D4212

5Syarikat E1130

6Syarikat F4003

Sumber: Kaji selidik

Nota: Terdapat pertindihan dalam pengelasan jenis pekerja.

Terdapat pekerja asing yang bekerja secara tetap atau bekerja

secara sambilan.

4.2Pemasaran

4.2.1Jenis produk

Jadual 4 menunjukkan pelbagai jenis produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat yang dikaji di kawasan kajian. Contoh produk makanan seperti di bawah:Produk kicap dan sos Syarikat A

Produk makanan ringan Syarikat B dan Syarikat E

Produk roti dan kek Syarikat D

Rempah ratus Syarikat B

Produk makanan sejuk beku Syarikat F

Jadual 4 : Jenis ProdukNama SyarikatJenis Produk

1Syarikat AMemproses makanan halal seperti kicap, sos, sri kaya dan perisa minuman.

2Syarikat BMemprosesdan mengedar kerepek pisang, ubi, dan keledek

3Syarikat CMembuat dan memproses rempah mee bandung, rempah soto, kerisik kelapa dan bawang goreng.

4Syarikat DMemproses pelbagai biskut, kek, roti, muffin dan lain-lain.

5Syarikat EMemproses dan menjual sendiri makanan ringan buatan sendiri iaitu semua jenis kacang.

6Syarikat FMemproses dan membekal makanan sejuk beku seperti roti pita, roti canai, karipap, pau, bebola ikan, daging kebab ayam dan lembu, dan sate.

Sumber: Kaji selidik

Produk syarikat yang pelbagai dapat memberi banyak pilihan kepada pengguna . Contohnya perusahaan makanan ringan yang diusahakan oleh Syarikat B dan Syarikat E.

4.2.2Saluran Pemasaran

Terdapat empat saluran pemasaran, iaitu menjual sendiri, rangkaian peruncit tempatan, dan wakil pengedar untuk menjual di luar kawasan dan di luar negeri Johor. Beberapa syarikat juga menjual produknya dipasar malam dan pasar tani. Tiada syarikat yang memasarkan melalui pasaraya dan pasaraya besar. Semua syarikat memasarkan produk mereka di pasaran dalam negeri dan tiada produk yang dieksport. Ini ditunjukkan dalam Jadual 5.Jadual 5 : Saluran PemasaranNama SyarikatSaluran Pemasaran

Jual SendiriRangkaian Peruncit TempatanWakil PengedarPasar Malam/

Pasar Tani

1Syarikat A-((-

2Syarikat B((((

3Syarikat C((((

4Syarikat D((((

5Syarikat E((--

6Syarikat F((((

Sumber: Kaji selidik

Nota: tanda (-) menunjukkan syarikat tidak menggunakan saluran pemasaran ini.

4.2.3Saluran maklumatTerdapat pelbagai cara syarikat menyebarkan maklumat kepada pelanggan untuk tujuan promosi. Semua syarikat menggunakan sebaran secara lisan dan risalah edaran. Disamping itu terdapat juga cara sampel percuma, laman web dan media cetak.Jadual 6 : Saluran Maklumat

Nama SyarikatSaluran Maklumat

Risalah edaranSampel percumaSebaran lisanLaman webMedia cetak

1Syarikat A(-((-

2Syarikat B(((((

3Syarikat C(((--

4Syarikat D(((--

5Syarikat E(((--

6Syarikat F((((-

Sumber: Kaji selidik

Nota: tanda (-) menunjukkan syarikat tidak menggunakan saluran pemasaran ini.

4.2.4Masalah yang dihadapi oleh syarikatJadual 7 menunjukkan masalah umum yang dihadapi setiap syarikat. Masalah utama ialah pekerja kurang mahir dihadapi oleh semua syarikat. Disamping itu syarikat juga mengalami kesukaran meningkatkan kualiti produk. Masalah ini mungkin berpunca daripada pekerja kurang mahir. Jadual juga menunjukkan bahawa semua syarikat kurang menghadapi masalah kemudahan asas.

Jadual 7: Masalah Umum

BilMasalah UmumSyarikat/Skala Respon

ABCDEFPurata

1.Sukar untuk menambah modal333333

3.0

2.Sukar mendapat bantuan daripada khidmat sokongan334343

3.3

3.Sukar meningkatkan kualiti produk4443423.5

4.Sukar mendapat bahan mentah/bahan mentah mahal333332

2.8

5.Buruh tempatan sukar diperolehi332332

2.7

6.Kemudahan asas tidak mencukupi di premis anda222222

2.0

7.Pekerja kurang mahir4444454.2

Jadual 8 menunjukkan masalah pemasaran yang dihadapi oleh syarikat. Syarikat menghadapi masalah kos pengangkutan tinggi, kos pembungkusan yang mahal dan kuasa beli pengguna tempatan yang rendah. Disamping itu, syarikat juga menghadapi masalah sukar mendapat rakan pengedar dan ramai pesaing yang mengeluarkan produk yang sama. Bagaimanapun semua syarikat kurang menghadapi masalah lokasi perniagaan yang tidak strategik.Jadual 8: Masalah PemasaranBilMasalah PemasaranSyarikat/Skala Respon

ABCDEFPurata

1.Sukar mendapat rakan pengedar5344433.5

2.Lokasi perniagaan anda tidak strategik1111111.0

3.Persaing yang sama jenis produk terlalu ramai4453523.8

4.Kos pengangkutan yang tinggi 5535454.5

5.Kos meningkatkan kualiti pembungkusan mahal4445454.3

6.Kuasa beli pengguna tempatan rendah4444454.2

5.RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan yang diperolehi dari kajian luar ini jelas menunjukkan bahawa terdapat pelbagai jenis perusahaan memproses makanan di kawasan Bukit Gambir. Pengeluaran pelbagai jenis produk makanan membolehkan pengguna mempelbagai jenis cita rasa mereka. PKS membentuk lebih daripada 99% daripada jumlah perusahaan perniagaan di Malaysia. Ini bermakna PKS berpotensi memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi dan boleh menyediakan asas-asas yang kukuh untuk menjana pertumbuhan industri baru sementara mengukuhkan industri yang ada, untuk pertumbuhan masa hadapan negara

6.SENARAI RUJUKAN

1. www.mara.gov.my2. www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_business.php?id=2979873. www.umk.edu.my/v2/bm/index.php?...&view=article&id=129&Itemid=124. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bandar_Jengka5. http://www.mdmaran.gov.my/peta.htm8.PENEMUAN KAJIANLAMPIRAN

PAGE 1