sistem bekalan air panas secara tak langsung

Upload: rohayu-abd-ghani

Post on 14-Feb-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Sistem Bekalan Air Panas Secara Tak Langsung

    1/5

    SISTEM BEKALAN AIR PANAS SECARA TAK LANGSUNG

    Pengenalan

    Sistem air panas merupakan salah satu sistem yang menjadi pilihan dalam rekabentuk

    pemanas air untuk kepelbagaian penggunaan bagi bangunan-bangunan kerajaan terutamanya

    klinik kesihatan dan hospital. Kebiasaannya terdapat tiga jenis sumber pemanas air yang

    terdapat di pasaran iaitu pemanas air dengan tenaga elektrik, gas, dan matahari. Oleh itu,pemilihan sistem yang betul penting sebelum pemasangan sistem air panas dilakukan bagi

    memastikan sistem tersebut berkebolehan tinggi bagi memenuhi keperluan pengguna. Selain

    itu, beberapa faktor lain diambilkira sebelum pemasangan dilakukan antaranya mengenalpasti

    lokasi, mendapatkan saiz sistem yang betul, mengambilkira kos awalan sesuatu sistem

    pemanasan air dan perbandingan harga antara sistem.

    Sistem yang sering menjadi pilihan untuk digunapakai dalam pemasangan air panas di

    dalam bangunan kerajaan adalah pemanas air elektrik dan dandang. Sistem ini menjadi pilihan

    kerana pemasangan yang mudah dan pemanasan yang cepat. Namun begitu memandangkan

    pembangunan negara dan penambahan penduduk yang terus meningkat yang memerlukan

    kepada sumber tenaga yang banyak, menyebabkan penggunaannya tenaga elektrik yang

    semakin meluas dan permintaan kepada gas asli meningkat yang boleh menyumbang kepada

    pemanasan global dan meningkatkan kos tenaga.

    Sebagai alternatif lain, teknologi baru telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem

    ini dengan menggunakan sumber semulajadi suria !solar thermal"# untuk menjana tenaga

    kepada sistem air panas. $enggunaan tenaga suria lebih ekonomik kerana %alaysia

    mempunyai radiasi pancaran suria yang tinggi di mana purata radiasi suria setiap hari adalah

    &'''- (''' )hr*m+ dan tempoh pancaran suria selama & hingga jam sehari dengan suhu

    persekitaran + / Sopian dan Othman,011+#. $emasangan sistem ini mewujudkan

  • 7/23/2019 Sistem Bekalan Air Panas Secara Tak Langsung

    2/5

    persekitaran yang selamat dan mengurangkan pergantungan kepada penggunaan bahan bakar

    !fossilfuel"# yang meningkat dari semasa ke semasa.Namun begitu, penggunaan ini terhad

    kerana bergantung kepada cuaca persekitaran. Oleh itu, kawasan yang mempunyai kadar

    radiasi tenaga suria yang tinggi dan lokasi bangunan yang tidak terlindung daripada cahaya

    matahari dipertimbangkan untuk dijadikan lokasi yang sesuai.

    )alaupun terdapat pelbagai sistem air panas yang digunakan silih berganti namun

    masih tidak mencapai matlamat kerajaan dalam penjimatan tenaga yang optimum. Oleh itu,

    kajian ini akan mengfokuskan kepada perbandingan dari segi kos dan teknikal beberapa

    sistem pemanasan air yang terdapat di pasaran %alaysia seperti pemanas air elektrik, pam

    haba dan solar. 2ntuk mengenalpasti sistem yang bersesuaian dengan keperluan serta

    memberi penjimatan yang optimum, pemilihan perlu berdasarkan kepada jenis sistem air

    panas yang terdapat di pasaran dan jenis sumber penjanaan yang betul.

    Petunjuk

    $aip berwarna biru adalah

    air sejuk

    $air berwarna merah adalah

    air panas

    3mpat segi bergaris adalah

    collector

    Silinder berwarna merah

    adalah tangki dan

    pemanasair.

    Rajah 1 : contoh sistem agihan air

    panas di rumah

    Jenis Sistem Air Panas

  • 7/23/2019 Sistem Bekalan Air Panas Secara Tak Langsung

    3/5

    Sistem bekalan air panas terbahagi kepada dua iaitu secara langsung direct# dan tidak

    langsung indirect#. Kebiasaannya sistem air panas secara langsung menggunakan pemanas

    air elektrik untuk memanaskan air kerana kapasiti yang diperlukan adalah rendah manakala

    sistem tidak langsung menggunakan penukar haba untuk memanaskan air bagi menjana

    keperluan air panas yang lebih besar seperti digunapakai di hotel, hospital, bangunan-

    bangunan komensil. Kedua-dua sistem ini digunakan bergantung kepada kesesuaian

    permintaan keperluan pengguna.

    %anakala, kebiasaanya keperluan permintaan yang tinggi menggunakan penyimpan

    air jenis storan kerana mempunyai jumlah kapasiti simpanan yang besar dan menghasilkan

    kadar aliran lebih tinggi. $enyimpan air jenis !instantaneous" banyak dipasang pada rumah

    dimana air dipanaskan apabila diperlukan bergantung kepada kadar keperluan

    pengguna.4ajah + menunjukkan jenis- jenis sistem air panas yang biasa diguna pakai.

    Rajah 2 :Jenis-jenis sistem air panas

    Jenis sistem penjanaan tenaga

  • 7/23/2019 Sistem Bekalan Air Panas Secara Tak Langsung

    4/5

    5erdapat pelbagai jenis sistem penjanaan bagi air panas diantaranya elektrik, pam pemanas,

    gas dan tenaga suria. $emilihan sumber yang betul akan memberi penjimatan dari segi kos

    operasi "running cost"#.

    i. Elektrik

    $enggunaan sumber elektrik sering digunakan untuk menghasilkan tenaga kerana cepat dan

    pemasangan yang mudah melibatkan penyambungan dengansumber elektrik. Kebiasaannya

    sistem ini banyak digunakan di rumah kerana tidak banyak keperluan air panas diperlukan

    berbanding di bangunan komersil yang mempunyai permintaan yang tinggi terhadap

    penggunaan air panas seperti hotel dan hospital. )alaupun kecekapan pemanas air elektrik

    lebihdaripada 1( peratus namun penggunaan yang berlebihan meningkatkan kos penggunaan

    tenaga dan menyumbang kepada pemanasan global.

    ii. Pam a!a

    $am haba ini mempunyai tahap kecekapan prestasi tinggi di dalam pemanasan air berbanding

    penggunaan pemanas elektrik dan gas. $emanas pam haba ini bertindak seperti pemanas

    elektrik biasa tetapi bekalan elektrik digunakan untuk meningkatkan kualiti suhu# tenaga

    haba bukan menjana tenaga haba. Sistem ini menyerap haba daripada sumber suhu rendah

    udara ambien atau air buangan# menggunakan bahan penyejuk gas dan dimampatkan

    sebelum digunakan untuk memanaskan air di dalam tangki. Namun begitu, pam haba ini

    memerlukan penyelenggaraan yang tinggi pada pemampat memandangkan peranan penyejat

    dan kondenser menjadi terbalik.

    iii. Tenaga s"ria

    $enggunaan tenaga suria ini memang paling menjimatkan elektrik kerana menggunakantenaga matahari sebagai sumber pemanasan. 5enaga ini dapat menjana sekurang-kurang 6'7

  • 7/23/2019 Sistem Bekalan Air Panas Secara Tak Langsung

    5/5

    - '7 bekalan air panas tanpa penggunaan tenaga lain . 8iasanya sistem ini menggunakan

    !back-up system" untuk memanaskan air semasa kekurangan tenaga suria. 5erdapat beberapa

    jenis pengumpul tenaga suria yang biasa digunakan antaranya e9acuated tube collectors dan

    glazed flat plate collectors kebiasanya digunakan untuk air panas tempatan: dan unglazed

    plastic collectors kebiasaannya digunakan di dalam kolam-kolam renang. $enggunaan ini

    dapat mengurangkan pemanasan global dan menjimatkan penggunaan tenaga pada masa akan

    datang tetapi oleh kerana kos awalan lebih mahal dan pemasangan lebih rumit jika

    dibandingkan dengan sumber lain menyebabkan sumber ini kurang digunakan