eseimen pensejarahan melayu pismp sejarah

Download ESEIMEN PENSEJARAHAN MELAYU PISMP SEJARAH

Post on 11-Oct-2015

45 views

Category:

Documents

1 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PENSEJARAH MELAYU

TRANSCRIPT

PENGENALANBuku Sejarah Melayu ialah sebuah karya Melayu klasik. Nama asalnya Sulalatus Salatin, yang bererti Peraturan Segala Raja. Buku Sejarah Melayu yang dijadikan kajian untuk pengajian Kesusasteraan Melayu ini adalah berasal daripada buku yang ditulis oleh Tun Seri Lanang pada tahun 1612M. Kemudian tulisan tersebut diusahakan pula untuk diterbitkan oleh W.G.Shellabear bagi kegunaan pelajar-pelajar bahasa Melayu sekolah-sekolah Melayu pemerintahan NNS dan diterbitkan pada 1896 di Singapura dalam edisi Jawi. Buku Sejarah Melayu ini merupakan kitab bumiputera yang tertua mengenai sejarah Tanah Melayu yang berhubung dengan kesusasteraan.Kedudukan Sejarah Melayu sebagai masterpiece karya histografi mebgikut Haron Daud (1989:1), menyebabkan ia paling banyak mendapat perhatian para sarjana, baik dalam mahupun luar negeri, berbanding dengan karya-karya jenisnya yang lain. Kemasyhuran dan keunggulan sebagai sebagai sebuah hasil karya kreatif mengikut Muhammad Yusof Hashim (1989:19), dapat dibuktikan daripada kekerapan buku tersebut disalin daripada teks induknya. Penterjemahannya ke bahasa-bahsa Inggeris, Jepun, Jerman, Perancis, Belanda, Tamil dan China.Kebanyakan pengkaji berpendapat, buku Seajarah Melayu ialah sebuah hasil kesusateraan Melayu lama yang bersifat sejarah, kerana kandungannya ada menerangkan peristiwa-peristiwa bersifat sejarah yang telah berlaku pada masa pemerintahn kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke 15 dan 16. Buku Sejarah Melayu tersebut juga banyak menerapkan berbagai-bagai nilai seperti nilai kemanusia, tat setia dan nasionalisme.Sevbagai sebuah buku satera Melayu lama yang bercorak sejarah, buku ini dianggap sangat penting kepada par pelajr bagi mengkaji kaedah sejarah lampau dan juga keadaaan masyarakat pada masa itu. Sehingga ini Sejarah Melayu satu-satunya karangan berbahasa Melayu yang menjadi kemegahan bangsa Melayu di Nusantara ini khasnya dan di seluruh dunia amnya. Dengan demikian, setiap kandungannya dapatlah dikaji mengikut pendekatan satera.

CIRI-CIRI SASTERA SEJARAHSastera Sejarah adalah suatu bentuk penulisan yang menggabungkan unsur-unsur penulisan sejarah dengan unsur-unsur penulisan bukan sejarah atau sastera. Kedua-dua unsur tersebut diolah dengan indah oleh pengarang istana Melayu untuk menggambarkan konsep sejarah zaman silam masyarakat Melayu. Oleh itu karya sastera sejarah bukanlah karya sastera sepenuhnya sebaliknya mengandungi unsur-unsur peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku pada zaman lampau.Dalam pada itu, sastera sejarah merupakan sebuah hasil kesusasteraan yang amat menarik. Sekiranya kita dapat memahami ciri- ciri penulisannya, kita akan mempelolehi banyak bahan tentang masyarakat Melayu lama serta undang-undang dan adat istiadatnya. Ciri adalah sifat dan sifat dalam histriografi Melayu dapat dilihat daripada beberapa aspek iaitu isi, teknik penulisan dan fungsi genre ini dihasilkan.Berdasarkan ciri-ciri tertentu dalam sastera sejarah kita dapati dari aspek isinya, sastera sejarah lebih cenderung kepada sifat-sifat kesusasteraan rakyat yang lebih mementingkan cerita- cerita mitos dan khayalan. Isinya selalu bercampur aduk antara kisah- kisah sejarah atau historis dengan kisah- kisah dongeng atau fantasi. Gambaran yang diceritakan itu dikemukakan secara berlebih- lebihan sehingga terasa luar biasa dan bersifat khayalan.Kisah- kisah benar atau historis biasanya terdiri daripada perisriwa peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah yang sebenarnya. Misalnya kisah raja- raja yang memerintah, cara hidup (budaya dan adat istiadat), kedatangan agama Islam, hubungan antarabangsa atau diplomatik antara dua buah negara dan juga detik- detik kejatuhan negara. Dalam Sejarah Melayu diceritakan raja- raja yang memerintah seperti Sultan Muzaffar Syah, Sultan Mansor Syah, Sultan Mahmud Syah yang kesemuanya merupakan raja- raja yang memang terdapat dalam sejarah kesultanan Melaka. Begitu juga digambarkan hubungan antara Melaka dengan negara- negara luar yang lain seperti Siam, China, India dan Arab.Kisah- kisah dongeng atau fantasi yang digambarkan dalam sastera sejarah selalunya berkaitan dengan mitos atau asal usul keturunan raja atau tempat, lagenda kepahlawanan sesebuah negeri, unsur- unsur keajaiban dan sebagainya.Sejarah Melayu atauSulalatus Salatinmisalnya ada menceritakan tentang keturunan raja-raja yang berasal dari raja besar Makaduniah iaitu Iskandar Zulkarnain. Unsur- unsur keajaiban seperti kebolehan Raja Suran mengembara ke dasar laut.Selain daripada itu, dari aspek tekniknya sastera sejarah biasanya tidak mementingkan kronologi atau urutan peristiwa. Tiada tarikh dalam pemaparan kisah-kisahnya, kalau ada sekalipun tarikh dalam karya-karya tertentu, ia tidak tepat dengan peristiwa yang sebenarnya. Contohnya dalamTuhfat an- Nafis, walaupun terdapat tarikh yang dimasukkan, tetapi tarikh ini tidak tepat.Selanjutnya, ciri- ciri yang terdapat dalam sastera sejarah ialah dari segi fungsinya atau tujuannya dikarang oleh penulis. Sastera sejarah biasanya dicipta atau dihasilkan di istana dengan kehendak atau perintah raja. Sejarah Melayu misalnya dihasilkan atas perintah Sultan Alau ddin Riayat Syah II kepada Bendahara Tun Muhamad atau Tun Seri Lanang. Buktinya sebagaimana titah baginda: Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja- raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucukita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya. Sastera sejarah juga dicipta dengan motif untuk mengagung-agungkan kedudukan dan keturunan raja- raja yang memerintah. Oleh itu, gambaran perlukisannya dibesar-besarkan dan penuh dongeng. Misalnya keturunan raja- raja Melaka dalamSejarah Melayudihubungkan dengan tokoh besar dalam sejarah. Cara pengislaman Raja Kecil Besar yang disertai dengan peristiwa baginda bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dapat menunjukkan kebesaran dan kedudukan baginda sebagai pemerintah yang berwibawa dan disanjung tinggi.Sastera sejarah turut mengandungi unsur- unsur nasihat dan pengajaran yang disampaikan secara halus dalam bentuk kiasan atau secara tidak langsung. DalamSejarah Melayucontohnya, pengarang hendak mengkritik sikap golongan atasan yang mementingkan diri sendiri melalui cerita dongeng seperti peminangan Puteri Gunung Ledang, Singapura dilanggar todak dan sebagainya.Dengan mengetahui ciri- ciri sastera sejarah ini kita dapat memahami nilaian dan pandangan masyarakat Melayu lama terhadap sejarah itu sendiri. Ini kerana sastera sejarah dapat memberikan gambaran terpenting tentang pengkajian sejarah di negara-negara yang diceritakan dan seharusnya penting dalam memberikan gambaran sejarah alam Melayu.

PEMBINAAN JATI DIRI BANGSAMenurut Kamus Dewan, perkataan jati, sama dengan sejatiyangmembawamaksud asli,murni, tulendan tidakbercampur.Apabila dikaitkanjati dengan sejenis tumbuhan, kita akan membayangkan sepohon pokok yang tegap,berakar tunjang yang menjunam ke dasar bumi, berbatang keras dan mahal. Tetapi, apabila kita kaitkan jati diri dengan insan, ia membawa maksud seorang manusia sempurna yang memiliki keseimbangan antara akal, jasmani dan rohaninya.Jatidirijugabermaksud, mengekalkan ciri-ciri keunggulan bangsa Malaysia (identiti).MenurutDatuk Prof. Dr WanHashim (2010),jatidiriatauidentiti pula adalah ciri-ciribudaya dan latar belakang sejarah yang memperkenalkan seseorang atau satu-satu kaum atau kelompok manusia seperti etnik atau ras yang membezakan mereka daripada kelompok lain. Tanggapan orang lain terhadap sesuatu kelompok manusia atau kaum juga menyumbang kepada pembentukan jati diri sesuatu kelompok manusia atau kaum.Taat SetiaDalam karya Sejarah Melayu terdapat banyak aspek pembinaan jati diri bangsa yang dapat dikesan sepanjang kajian yang dilakukan keatas karya agung tersebut. Pembinaan jati diri bangsa banyak ditonjolkan oleh masyarakat pada zaman Melaka. Aspek pembinan jati diri bangsa yang pertama adalah taat setia. Taat setia, dalam konteks Sejarah Melayu, bermaksud setiap hamba Melayu harus patuh terhadap rajaatas sifatnya sebagai pemimpin dan keyakinan bahawa raja mempunyai daulat. Sikap taat setia hamba Melayu kepada rajamenjadikan mereka senantiasa menghormati raja, khususnyainstitusi raja, serta bersedia untuk menjunjung titah perintah raja. Hamba Melayu yang taat setia kepada raja bersediauntuk melakukan apa-apa sahaja demi memuliakan kedudukanraja serta untuk memelihara keselamatan raja walaupun terpaksa menggadaikan nyawa dan harta benda mereka. Pada masa yangsama, sifat taat setia dapat mencegah hamba Melayu daripadamenyanggah dan melanggar suruhan raja sebagaimana yang ditegaskan oleh Bendahara Paduka Raja Tun Perak sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir:,'. .. raja itu umpama ganti Allah dalam dunia, kerana iazillu'llah fil'alam.Apabila berbuat kebaktian kepada raja, serasa berbuat kebaktian kepadanabi Allah, serasa berbuat kebaktian kepada Allah Taala ...Hamba Melayu yang tidak menuruti perintah raja atau melakukan penentangan serta pengkhianatan terhadap raja tergolong sebagaipenderhaka. Penderhakaan terhadap raja merupakan suatukesalahan yang amat besar dan jika ada hamba Melayu yangmelakukan perkara yang sedemikian, mereka bakal berdepandengan musibah dan tulah. Sebagai contohnya, Hang Tuah ialah salah seorang laksamana dalam kesultananMelayu Melaka. Nama asal beliau ialah Daeng Mempawah danbeliau dikatakan berasal dari Mengkasar. Berdasarkan teks Sejarah Melayuini, beliau dapatlah dikatakansalah seorang hamba Melayu yang memperlihatkan sifat taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap raja. Dalam hal ini, sifat taat setia itu terserlah semasa beliau dijatuhi hukuman bunuh olehSultan Mansur Syah atas tuduhan yang belum dibuktikankebenarannya. Beliau langsung tidak menentang hukumantersebut sebaliknya menerimanya dengan penuh taat. Walau bagaimanapun, beliau bernasib baik kerana hukuman itu tidak dilaksanakan oleh Seri Nara Diraja yang lebih rasiona