panduan percukaian individu
Post on 22-Feb-2018
310 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
1/91
PANDUAN PERCUKAIAN UNTUK INDIVIDU
___________________________________________________________________________
KANDUNGAN___________________________________________________________________________
1. TAKSIRAN TAHUN SEMASA
1.1 Maksud Taksiran Tahun Semasa
1.2 Implikasi Peralihan Kepada Taksiran Tahun Semasa
1.3 Mengemukakan Borang Nyata Pendapatan Tahun Taksiran 2000
Berasaskan Tahun Sebelum
1.4 Jenis Pendapatan Yang Tidak Dilepaskan Dari Cukai
2. AM
2.1 Cukai Pendapatan
2.2 Pendapatan Yang Boleh Dikenakan Cukai
2.3 Skop Pengenaan Cukai
2.4 Pembayar Cukai Pemastautin
2.5 Memberitahu Tentang Pengenaan Cukai
2.6 Borang Nyata Pendapatan Yang Mesti Diisi
2.7 Mengembalikan Borang Nyata Pendapatan Tahunan
2.8 Di mana Menghantar Borang Nyata Pendapatan
3. PENGENAAN CUKAI
3.1 Skop Pengenaan Cukai
3.2 Jenis-Jenis Pendapatan Yang Boleh Dikenakan Cukai
- Pendapatan Daripada Perniagaan, Perdagangan Atau Profesion
- Pendapatan Penggajian
- Pendapatan Daripada Wang Simpanan/Pelaburan
- Pendapatan Sewa
- Pendapatan Daripada Menduduki Tempat Kediaman
(Premis Bukan Untuk Perniagaan)
4. PERCUKAIAN PENDAPATAN PENGGAJIAN
4.1 Pendapatan Penggajian
4.2 Manfaat Berupa Barangan (MBB)
4.3 Nilai Tempat Kediaman
4.4 Pendapatan Kasar Daripada Punca Penggajian
5. PERCUKAIAN PENDAPATAN PERNIAGAAN
5.1 Individu Bekerja Sendiri
5.2 Tanggungjawab Apabila Memulakan Perniagaan5.3 Pendapatan Kasar Daripada Punca Perniagaan
5.4 Pendapatan Larasan Daripada Punca Perniagaan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
2/91
5.5 Perbelanjaan Yang Boleh Dibenarkan
5.6 Perbelanjaan Khusus Yang Boleh Dibenarkan
5.7 Perbelanjaan Yang Tidak Boleh Dibenarkan
5.8 Galakan Cukai
6. ELAUN MODAL UNTUK LOJI,
MESIN DAN BANGUNAN INDUSTRI
6.1 Elaun Modal
6.2 Pengiraan Elaun Modal
6.3 Penjualan Loji, Mesin Atau Bangunan Industri
6.4 Potongan Elaun Modal
6.5 Tuntutan Elaun Modal Loji Dan Mesin
6.6 Tuntutan Elaun Modal Bangunan Industri
7. KERUGIAN PERNIAGAAN
7.1 Kerugian Perniagaan
7.2 Potongan Kerugian Larasan
8. PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN DARI CUKAI
8.1 Pendapatan Penggajian Bagi Pelawat Jangka Pendek
8.2 Pencen
8.3 Ganjaran Persaraan
8.4 Pampasan Kerana Kehilangan Penggajian
8.5 Faedah
8.6 Dividen8.7 Pengagihan Daripada Unit Amanah Yang Diluluskan
9. DERMA DAN SUMBANGAN
9.1 Derma Wang Tunai
9.2 Hadiah Artifek, Manuskrip Atau Lukisan
9.3 Sumbangan Untuk Manfaat Orang-Orang Cacat
9.4 Sumbangan Kepada Pusat Rawatan Perubatan
9.5 Hadiah Lukisan
10. PELEPASAN INDIVIDU
10.1 Pelepasan Individu
10.2 Pelepasan Untuk Diri Sendiri Dan Saudara Tanggungan
10.3 Pelepasan Untuk Yuran Pendidikan
10.4 Perbelanjaan Untuk Rawatan Perubatan Ibubapa
10.5 Perbelanjaan Untuk Rawatan Penyakit Serius
10.6 Pelepasan Untuk Membeli Peralatan-Peralatan Sokongan Asas Individu Cacat
10.7 Isteri
10.8 Bekas Isteri
10.9 Anak-Anak10.10 Pelepasan Anak-Anak Dinaikkan Jika Belajar Di Kolej/Universiti
10.11 Anak Cacat
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
3/91
10.12 Pelepasan Anak Yang Tidak Dibenarkan
10.13 Caruman Kepada Kumpulan Wang Simpanan Atau Kumpulan Wang Pencen
Dan Premium Insurans Nyawa
10.14 Premium Untuk Insurans Atas Pelajaran Atau Untuk Manfaat Perubatan
10.15 Premium Anuiti Yang Di Beli Melalui Skim Anuiti KWSP
11. REBAT CUKAI
11.1 Rebat Cukai
11.2 Rebat Cukai Atas bayaran Zakat, Fitrah
Dan Lain-Lain Bayaran Yang Wajib Oleh Agama
11.3 Rebat Cukai Atas Pembelian Komputer Peribadi
11.4 Rebat Cukai Atas Levi Pekerja Asing
12. PELEPASAN KHUSUS BAGI SESEORANG YANG BUKAN PEMASTAUTIN
12.1 Pelepasan Warganegara Yang Bukan Pemastautin
13. CUKAI PENDAPATAN DAN PERKAHWINAN
13.1 Jika Anda Telah Berkahwin
13.2 Jika Anda Mempunyai Lebih Daripada Seorang Isteri
14. TAKSIRAN BERASINGAN
14.1 Taksiran Berasingan
14.2 Kesan Daripada Taksiran Berasingan
15. TAKSIRAN BERSAMA
15.1 Isteri Membuat Pilihan Untuk Taksiran Bersama
15.2 Kesan-Kesan Daripada Taksiran Bersama
16. PERPISAHAN (PERCERAIAN)/KEMATIAN SUAMI/ISTERI
16.1 Seseorang Individu Berhenti Tinggal Bersama
Dengan Suami Atau Isteri
16.2 Jika Suami/Isteri Berpisah Atau Bercerai16.3 Jika Salah Seorang (Suami/Isteri) Meninggal Dunia
16.4 Layanan Cukai Atas Pendapatan Individu Yang
Meninggal Dunia
17. PENAKSIRAN CUKAI
17.1 Pengiraan Cukai
17.2 Contoh Pengiraan Cukai Berasaskan Tahun Semasa :
(a) Contoh 1 - Pendapatan Bukan Perniagaan
(Taksiran Bersama)
(b) Contoh 2 - Pendapatan Bukan Perniagaan(Taksiran Berasingan)
(c) Contoh 3 - Pendapatan Perniagaan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
4/91
(Taksiran Berasingan)
17.3 Contoh Pengiraan Cukai Bagi Tahun Taksiran 2000 Berasaskan Tahun
Sebelum :
(a) Contoh 1
(b) Contoh 2
(c) Contoh 3
(d) Contoh 4
18. HAK RAYUAN
18.1 Rayuan
18.2 Bagaimana Membuat Rayuan
18.3 Cukai Hendaklah Dibayar Walaupun Rayuan Dibuat
18.4 Menyelesaikan Rayuan
18.5 Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan
19. PEMBAYARAN CUKAI
19.1 Tanggungjawab Anda
19.2 Potongan Cukai Bulanan Daripada Gaji Yang Diwajibkan
19.3 Skim Bayaran Ansuran Pendapatan Perniagaan
19.4 Denda Di Bawah Skim Bayaran Ansuran
19.5 Bayaran Menerusi Bank
19.6 Membayar Cukai Isteri
19.7 Berhenti Kerja
20. PEMBAYARAN BALIK CUKAI
20.1 Pembayaran Balik Cukai
21. KESALAHAN DAN DENDA
21.1 Kesalahan
21.2 Jika Anda Melakukan Kesalahan
21.3 Kesalahan Boleh Dikompaunkan
22. PENGENALAN KEPADA SISTEM TAKSIR SENDIRI
22.1 Tujuan Pelaksanaan Sistem Taksir Sendiri
22.2 Apakah Taksiran Sendiri
22.3 Bila Dilaksanakan
LAMPIRAN A LOKASI PEJABAT-PEJABAT LHDN
LAMPIRAN B1 KADAR ELAUN MODAL UNTUK
B2 LOJI DAN MESIN
LAMPIRAN C SUMBANGAN YANG DIBENARKAN SEBAGAIPOTONGAN DARI PENDAPATAN AGREGAT
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
5/91
LAMPIRAN D RINGKASAN PELEPASAN INDIVIDU PEMASTAUTIN
LAMPIRAN E REBAT CUKAI PENDAPATAN BAGI INDIVIDU YANG
MEMPUNYAI PENDAPATAN BOLEH DIKENAKAN
CUKAI KURANG DARIPADA RM10,000
LAMPIRAN F RINGKASAN PELEPASAN INDIVIDU
PEMASTAUTIN MENGIKUT JENIS TAKSIRAN
LAMPIRAN G CONTOH PENGIRAAN CUKAI
LAMPIRAN H KADAR CUKAI PENDAPATAN UNTUK
INDIVIDU YANG BERMASTAUTIN
___________________________________________________________________________
1. TAKSIRAN TAHUN SEMASA___________________________________________________________________________
Akta Cukai Pendapatan 1967 telah dipinda untuk melaksanakan sistem taksiran
berasaskan tahun semasa daripada sistem taksiran berasaskan tahun sebelum bermula
dalam tahun 2000.
___________________________________________________________________________
1.1 Maksud Taksiran Tahun Semasa___________________________________________________________________________
Di bawah taksiran tahun semasa, pendapatan yang diperolehi dalam suatu tahun akanditaksirkan cukai dalam tahun yang sama. Ini bermakna pendapatan yang diperolehi
dalam tahun 2000 akan dikenakan cukai dalam tahun itu juga.
___________________________________________________________________________
1.2 Implikasi Peralihan Kepada Taksiran Tahun Semasa___________________________________________________________________________
Dalam tahun 2000 terdapat dua tahun taksiran iaitu :
a) Tempoh asas berakhir dalam tahun 1999 (taksiran berasaskan tahun sebelum).
b) Tempoh asas berakhir dalam tahun 2000 (taksiran berasaskan tahun semasa).
Ini bermakna, tahun berikutnya selepas tahun taksiran 2000 yang berasaskan tahun
sebelum adalah tahun taksiran 2000 yang berasaskan tahun semasa.
Untuk meringankan beban pembayar cukai membayar cukai pendapatan untuk dua
tahun dalam tahun 2000 Kerajaan telah bersetuju melepaskan cukai pendapatan atas
pendapatan tahun 1999. Anda hanya perlu membayar cukai atas pendapatan tahun
2000 sahaja.
___________________________________________________________________________
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
6/91
1.3 Mengemukakan Borang Nyata Pendapatan Tahun Taksiran 2000
Berasaskan Tahun Sebelum___________________________________________________________________________
Borang Nyata Pendapatan bagi tahun taksiran 2000 berasaskan tahun sebelum masih
perlu dikemukakan kepada LHDN berserta dengan penyata gaji, akaun dan pengiraan
cukai bagi pendapatan perniagaan.
Elaun modal dan rugi bawa ke hadapan akan dibenarkan bagi tujuan pengiraan
pendapatan berkanun sesuatu perniagaan walaupun tiada tuntutan dibuat. Cukai akan
ditentukan dan apa-apa cukai yang kena dibayar akan dilepaskan melainkan beberapa
jenis pendapatan seperti dalam para 1.4.
___________________________________________________________________________
1.4 Jenis Pendapatan Yang Tidak Dilepaskan Dari Cukai.___________________________________________________________________________
Pelepasan cukai ke atas pendapatan yang terbit dalam tahun 1999 tidak diberikan
kepada semua jenis pendapatan.
Berikut ialah jenis pendapatan yang akan dikenakan cukai :-
Dividen.
Pendapatan yang tertakluk kepada cukai pegangan.
Pendapatan penggajian yang diterima oleh seorang individu yang bukan
warganegara atau bukan pemastautin yang memulakan penggajian atau berhenti
daripada penggajian dalam tahun 1999.
___________________________________________________________________________
2. AM___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
2.1 Cukai Pendapatan___________________________________________________________________________
Cukai Pendapatan adalah sejumlah wang yang diambil daripada pendapatan anda
untuk digunakan oleh Kerajaan bagi menyediakan berbagai kemudahan awam dinegara ini. Sesiapa yang memperolehi pendapatan melebihi daripada suatu amaun
yang tertentu dikehendaki membayar cukai pendapatan. Cukai yang kena bayar untuk
satu tahun cukai (satu tahun taksiran) adalah didasarkan pada pendapatan yang
diperolehi dalam tahun tersebut. Misalnya, untuk tahun cukai 2000 (Tahun Taksiran
2000 berasaskan tahun semasa) anda hendaklah melaporkan pendapatan yang anda
perolehi dalam tahun 2000.
___________________________________________________________________________
2.2 Pendapatan Yang Boleh Dikenakan Cukai___________________________________________________________________________
Pada amnya anda perlu membayar cukai ke atas semua jenis pendapatan termasuk :
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
7/91
(a) Pendapatan daripada perniagaan atau profesion.
(b) Pendapatan daripada penggajian/pekerjaan :
Gaji, upah, terimaan, gaji cuti, komisen, elaun, bonus, ganjaran dan manfaat
sama ada dalam bentuk wang atau sebaliknya.
(c) Pendapatan daripada pelaburan/wang simpanan :
Dividen dan faedah/bunga.
(d) Pendapatan daripada menyewakan hartanah/pendapatan sewa.
(e) Nilai tempat kediaman berkadar yang diadakan oleh majikan.
(f) Bayaran daripada skim pencen yang tidak diluluskan berhubung dengan
sumbangan majikan.
(g) Pampasan.
___________________________________________________________________________
2.3 Skop Pengenaan Cukai___________________________________________________________________________
Jika anda seorang pemastautin anda akan dikenakan cukai ke atas semua pendapatan
yang diperolehi di Malaysia dan pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar
Malaysia. Jika anda seorang bukan pemastautin anda dikenakan cukai ke atas
pendapatan yang diperolehi di Malaysia sahaja.
___________________________________________________________________________
2.4 Pembayar Cukai Pemastautin___________________________________________________________________________
Penentuan taraf mastautin untuk maksud percukaian tidak tertakluk kepada faktor
kerakyatan atau kewarganegaraan tetapi pada faktor tempoh anda tinggal di negara ini.
Jika anda telah berada di Malaysia selama 182 hari atau lebih dalam tahun misalnya
tahun 2000 anda dianggap sebagai seorang pemastautin untuk tahun taksiran 2000
berasaskan tahun semasa.
Contoh :
Encik John tiba di Malaysia pada 1.4.2000 dan tinggal di Malaysia hingga 15.11.2000
(jumlah 229 hari). Encik John ialah seorang pemastautin untuk tahun taksiran 2000
berasaskan tahun semasa kerana dia telah berada di Malaysia selama lebih dari 182
hari dalam tahun 2000.
Walau bagaimanapun terdapat juga keadaan-keadaan lain di mana seorang individu
yang berada di Malaysia bagi tempoh kurang dari 182 hari boleh dianggap sebagai
pemastautin. Anda boleh mendapatkan nasihat daripada pegawai di pejabat LHDN
terdekat atau daripada perunding cukai anda untuk menentukan samada anda seorang
pemastautin atau tidak.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
8/91
___________________________________________________________________________
2.5 Memberitahu Tentang Pengenaan Cukai___________________________________________________________________________
Jika anda boleh dikenakan cukai dan tidak pernah menerima Borang Nyata
Pendapatan sebelum ini, anda dikehendaki memberitahu pejabat LHDN yang terdekat
tentang pengenaan cukai dan meminta Borang Nyata Pendapatan.
Jika anda sudah mempunyai fail cukai pendapatan tetapi masih belum menerima
Borang Nyata Pendapatan anda selewat-lewatnya pada 31hb Mac, anda dikehendaki
meminta secara bertulis dengan segera borang tersebut dari pejabat LHDN yang
mengeluarkan Borang Nyata Pendapatan anda yang terakhir.
Jika anda seorang pekerja asing di negara ini anda dikehendaki memberitahu pejabat
LHDN yang terdekat tentang pengenaan cukai anda dalam tempoh 2 bulan dari tarikh
ketibaan di Malaysia.
Jika anda seorang pembayar cukai yang telah berdaftar anda juga perlu memberitahupejabat LHDN tentang pertukaran alamat dalam tempoh 3 bulan dari tarikh
pertukaran. Sila gunakan nombor fail rujukan cukai anda dalam semua urusan surat-
menyurat dengan pejabat LHDN.
LOKASI PEJABAT-PEJABAT LHDN : LAMPIRAN A
___________________________________________________________________________
2.6 Borang Nyata Pendapatan Yang Mesti Diisi___________________________________________________________________________
Jika anda seorang individu pemastautin anda hendaklah mengisi Borang B. Jika anda
seorang yang bukan pemastautin anda perlu mengisi Borang M.
___________________________________________________________________________
2.7 Mengembalikan Borang Nyata Pendapatan Tahunan___________________________________________________________________________
Apabila menerima Borang Nyata Pendapatan anda dikehendaki mengisi borang
tersebut dengan lengkap dan kembalikan bersama-sama dengan dokumen yang
berkaitan dengan pendapatan anda ke pejabat LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh
yang tercatat pada borang tersebut.
___________________________________________________________________________
2.8 Di Mana Menghantar Borang Nyata Pendapatan___________________________________________________________________________
Anda harus menyerahkan Borang Nyata Pendapatan yang telah lengkap ke pejabat
LHDN yang berkenaan seperti yang dicatatkan pada borang tersebut. Anda boleh
menghantarnya tanpa bayaran pos dengan menggunakan sampul surat yang ditanda
dengan perkataan CUKAI PENDAPATAN. Jika anda berpindah anda harus juga
memberitahu pejabat LHDN alamat surat menyurat baru anda dalam tempoh 3 bulandari tarikh pertukaran alamat.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
9/91
LOKASI PEJABAT-PEJABAT LHDN : LAMPIRAN A
___________________________________________________________________________
3. PENGENAAN CUKAI___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
3.1 Skop Pengenaan Cukai___________________________________________________________________________
Pengenaan cukai ke atas seseorang individu adalah bergantung kepada taraf
pemastautinnya sebagaimana ditunjukkan di bawah :
(i) Pendapatan diperolehi
daripada sumber-sumber di
Malaysia.Pemastautin# (ii) Pendapatan dari luar Malaysia
tetapi diterima di Malaysia.
Individu
(i) Pendapatan diperolehi daripada
sumber-sumber di Malaysia.
Bukan
PemastautinNota :
Pendapatan luar negeri yang
diterima oleh seorang bukanpemastautin di Malaysia
dikecualikan daripada cukai.
# Jika anda seorang pemastautin dan menerima pendapatan dari luar Malaysia
yang dikenakan cukai di Malaysia, anda diberi pelepasan cukai ke atas
pendapatan dari luar negeri sama ada di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
atau di bawah Perjanjian Cukai Dua Kali untuk mengurangkan atau
mengelakkan pengenaan cukai dua kali.
___________________________________________________________________________
3.2 Jenis-Jenis Pendapatan Yang Boleh Dikenakan Cukai___________________________________________________________________________
Lazimnya anda akan membayar cukai ke atas semua jenis penerimaan termasuk :
3.2.1 Pendapatan daripada Perniagaan, Perdagangan atau Profesion.
Pendapatan daripada perniagaan, perdagangan atau profesion adalah perolehan
dan keuntungan dari menjalankan perniagaan, perdagangan atau profesion.
Pada lazimnya perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada
penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan (Rujuk
Bab 5 : Percukaian Pendapatan Perniagaan).
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
10/91
3.2.2 Pendapatan Penggajian :
Pendapatan pekerja daripada penggajian boleh didapati dalam beberapa bentuk
dan jenis-jenis yang spesifik seperti berikut :
(a) Apa-apa upah, gaji saraan, gaji cuti, bayaran, komisen, bonus,
ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada berupa wang atau lain)yang berhubung dengan mempunyai penggajian atau menjalankan
penggajian.
(b) Sesuatu amaun bersamaan dengan nilai faedah atau kemudahan yang
dipakai atau dinikmati oleh seseorang pekerja (yang tidak boleh ditukar
kepada wang) yang diperuntukan kepada pekerja itu oleh majikannya
atau bagi pihak majikan yang tidak termasuk manfaat-manfaat atau
kemudahan rawatan perubatan atau pergigian atau tambang perjalanan
bercuti di dalam Malaysia yang tidak melebihi tiga perjalanan di dalam
sesuatu tahun kalendar atau tambang perjalanan bercuti di luarMalaysia yang tidak melebihi satu perjalanan di dalam sesuatu tahun
kalendar (tertakluk kepada jumlah maksimum tiga ribu ringgit) atau
faedah atau kemudahan yang digunakan oleh pekerja itu yang cuma
berkaitan dengan perlaksanaan tugas-tugasnya atau faedah atau
kemudahan di bawah perenggan kecil (c).
(c) Amaun yang berkaitan dengan penggunaan tempat kediaman atau yang
dinikmatinya di Malaysia termasuk tempat kediaman di premis-premis
yang disediakan oleh majikan yang diperuntukkan kepada pekerja oleh
atau bagi pihak majikan dengan sewa percuma atau sebaliknya.
(d) Amaun yang diterima oleh pekerja, sama ada sebelum atau selepas
penggajiannya tamat, daripada pencen atau tabung yang tidak
diluluskan yang sepatutnya tidak akan diterima sekiranya majikan tidak
membuat caruman bagi pekerja yang berkenaan terhadap tabung
tersebut.
(e) Mana-mana amaun yang diterima oleh pekerja sama ada sebelum atau
selepas penggajiannya tamat sebagai pampasan kerana kehilangan
pekerjaan termasuk mana-mana amaun yang berkaitan dengan :
(i) Sesuatu waad yang dibuat oleh pekerja menghadkan haknya
selepas meninggalkan pekerjaan untuk menjalankan pekerjaan
yang serupa, atau;
(ii) Mana-mana perjanjian atau peraturan yang mempunyai kesan
yang sama (Rujuk Bab 4 : Percukaian Pendapatan Penggajian).
3.2.3 Pendapatan daripada wang simpanan/pelaburan.
(a) Faedah
Semua faedah yang diperolehi daripada wang simpanan :
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
11/91
(i) Dalam akaun simpanan dengan bank (kecuali Bank Simpanan
Nasional) atau syarikat-syarikat kewangan dan
(ii) Dalam akaun simpanan tetap dengan bank atau syarikat
kewangan
adalah dikenakan cukai. Walau bagaimanapun terdapat faedah-faedahtertentu yang dikecualikan daripada cukai. Sila rujuk para 8.5
berkenaan pengecualian. Jika anda seorang individu pemastautin,
faedah anda yang tidak dikecualikan adalah tertakluk kepada cukai
pegangan sebanyak 5% oleh bank atau syarikat kewangan. Dari itu,
anda tidak lagi perlu mengisytiharkan faedah tersebut di Borang Nyata
Pendapatan anda.
(b) Dividen
Anda harus mengisytiharkan dividen kasar anda dalam Borang NyataPendapatan anda, misalnya, jika anda menerima dividen dari Syarikat
ABC Sdn. Bhd. dalam tahun 2000 berjumlah RM 72.00 dari syarikat
berkenaan selepas potongan cukai sebanyak RM 28.00, anda
hendaklah melaporkan RM 100.00 dan bukan RM 72.00. Anda boleh
membuat tuntutan ke atas potongan cukai sebanyak RM 28.00 yang
akan digunakan sebagai kredit dalam penentuan cukai yang perlu
dibayar oleh anda. Jumlah berlebihan akan dibayar balik kepada anda.
Jika anda ingin membuat tuntutan kredit cukai bagi potongan cukai ke
atas dividen dari Syarikat ABC Sdn. Bhd. anda perlu mengemukakan
semua baucar dividen asal dan anda perlu mengisi di ruangan penyatadividen dalam Borang Nyata Pendapatan Tahun Taksiran 2000 yang
berkaitan dengan dividen seperti berikut :
Sendiri Isteri
TarikhNama
Syarikat
Dividen
Bersih
Seperti di
Baucar
Dividen
Kasar
Cukai
Yang
Dipotong
Dividen
KasarCukai
Yang
Dipotong
1.3.2000 Syarikat ABC
Sdn. Bhd.
72.00 100.00 28.00 - -
Jumlah 72.00 100.00 28.00 - -
Sila sediakan senarai yang lengkap untuk semua baucar dividen bagi membolehkan
penentuan tanggungan cukai atau bayaran balik yang awal.
3.2.4 Pendapatan Sewa.
Pendapatan sewa daripada :
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
12/91
(a) Sewaan premis (rumah, rumah kedai, tanah) dan
(b) Sewaan loji, mesin, perabot dan lain-lain
adalah dikenakan cukai.
Anda boleh membuat tuntutan ke atas perbelanjaan seperti cukai tanah, cukaipintu, bayaran pembaikan dan penyelenggaraan, faedah atas pinjaman untuk
membeli harta dan perbelanjaan pungutan sewa. Bagi penyata pendapatan dan
perbelanjaan sewa, anda perlu mengisi di ruangan penyata sewa dalam Borang
Nyata Pendapatan bagi tahun taksiran berkenaan. Contoh diberikan seperti
berikut :
Tandakan (8888 ) di dalam petak yang berkenaan
Sewa Royalti PremiumSendiri
RM Isteri
RM
Alamat Harta
PUNCA SEWA
(ALAMAT),
ROYALTI ATAUPREMIUM KASAR [a] 6,000
JUMLAH (RM)TOLAK : PERBELANJAAN (jika ada)
Sendiri Isteri
Perbelanjaan Cukai Tanah 300 -
Premium Insurans Api 80
Perbelanjaan Pembaikan dan Penyelenggaraan 520 -
Faedah
(atas pinjaman untuk membeli harta berkaitan)
2,000 -
-JUMLAH KECIL PERBELANJAAN [b] 2,900 2,900
JUMLAH BERSIH [a] - [b] 3,100
Sila ambil perhatian bahawa anda tidak boleh membuat tuntutan ke atas beberapa
jenis perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai tolakan iaitu :
(i) Pembayaran balik pinjaman.
(ii) Perbelanjaan pengubahsuaian atau pengubahan terhadap harta.
(iii) Bayaran kepada ejen untuk mendapatkan penyewa dan kos
guaman dalam menyediakan surat pajakan berkenaan
penyewaan yang pertama.
3.2.5 Pendapatan Daripada Menduduki Tempat Kediaman (Premis Bukan
Untuk Perniagaan).
Jika anda menduduki rumah kediaman milik sendiri atau kediaman tanpa
bayaran sewa, anda boleh ditaksir ke atas nilai yang boleh dikadar (rateable
value) bagi premis tersebut. Jika tidak dapat nilai yang boleh dikadar, andaakan ditaksir atas sewa ekonomi (economic rent) premis itu. Bagaimanapun,
anda boleh membuat tuntutan pengecualian cukai bagi premis yang dimiliki
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
13/91
dan didiami oleh anda. Tuntutan itu hendaklah dibuat dalam Borang Nyata
Pendapatan anda.
Jika anda memiliki dan tinggal dalam sebuah rumah dan isteri anda juga
memiliki dan tinggal dalam sebuah rumah lain, tempat kediaman anda dan
tempat kediaman isteri anda akan dikecualikan daripada cukai, sekiranya isteri
anda ditaksir berasingan.
Tetapi dalam keadaan di mana pendapatan isteri anda ditaksir atas nama anda
(taksiran bersama), pengecualian cukai akan hanya diberi untuk satu tempat
kediaman sahaja. Tempat kediaman yang lain akan ditaksirkan cukai atas nilai
yang boleh dikadarkan atau sewa ekonomi (jika tidak ada nilai yang boleh
dikadar).
Pada lazimnya, nilai aktuari yang boleh dikadarkan ialah nilai tahunan yang
ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Sewa ekonomi ialah sewa yang
dijangka akan diperolehi jika premis itu disewakan.
Apabila anda dikenakan cukai ke atas nilai yang boleh dikadar atau sewa
ekonomi anda boleh membuat tuntutan perbelanjaan yang dilakukan oleh anda
seperti berikut :
(a) Bayaran faedah atas pinjaman perumahan.
(b) Cukai pintu (house assessment rates), cukai tanah (quit rent) dan
premium insurans kebakaran.
(b) Perbelanjaan pembaikan dan penyelenggaraan rumah.
___________________________________________________________________________
4. PERCUKAIAN PENDAPATAN PENGGAJIAN___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
4.1 Pendapatan Penggajian___________________________________________________________________________
Pendapatan seseorang pekerja daripada penggajian termasuk upahan, gaji, saraan, gaji
cuti, bayaran komisen, bonus, ganjaran, penambahan atau elaun (sama ada butir-butir
itu dibayar dengan wang atau sebaliknya) yang berkaitan dengan mempunyai atau
menjalankan penggajian.
Bidangnya sangat luas dan meliputi pada hakikatnya semua bentuk saraan. Semua
jenis elaun, misalnya elaun perumahan, elaun perjalanan, elaun keraian adalah dikira
sebagai pendapatan kasar jika dapat ditunjukkan bahawa elaun-elaun tersebut, dan
lain-lain terbit daripada mempunyai atau menjalankan penggajian.
Pada ringkasnya pendapatan berkenaan adalah seperti berikut :
Pendapatan Bukan Tunai
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
14/91
Pendapatan Tunai
dan
Upah, gaji dan gaji cuti, komisen, bayaran
bonus, elaun, cukai pendapatan pekerja
dibayar oleh pihak majikan, bayaran
perbelanjaan rumah, bayaran yuran kelabdan persatuan, subsidi untuk pinjaman
wang dan lain-lain kemudahan berbentuk
tunai.
Kereta, nilai kediaman dan
kelengkapan rumah, makananpercuma, perkhidmatan pemandu,
perkhidmatan pembantu rumah.
___________________________________________________________________________
4.2. Manfaat Berupa Barangan (MBB)___________________________________________________________________________
4.2.1 Kenderaan Dan Manfaat Yang Berkaitan.
4.2.1.1 Kereta Dan Minyak Yang Diperuntukkan.
(a) Nilai manfaat kegunaan persendirian kereta dan minyak yang
diperuntukkan dibuat berdasarkan kepada jadual berikut :
Kos Kereta Yang Baru
(RM)
Nilai Manfaat Setahun
(RM)
Minyak Setahun
(RM)
Sehingga 50,000 1,200 600
50,001 - 75,000 2,400 900
75,001 - 100,000 3,600 1,200
100,001 - 150,000 5,000 1,500
150,001 - 200,000 7,000 1,800
200,001 - 250,000 9,000 2,100
250,001 - 350,000 15,000 2,400
350,001 - 500,000 21,250 2,700
500,001 dan ke atas 25,000 3,000
Kos bermaksud harga sebenar atau nilai pasaran kereta
(disewa/sewa pajak) termasuk aksesori tetapi tidak termasuk
kenaan kewangan, premium insurans dan cukai jalan.
Tol yang dibayar oleh majikan dianggap telah dimasukkan
dalam nilai MBB yang ditaksir untuk kereta.
(b) Nilai manfaat kereta bersamaan dengan separuh daripada kadar
di atas akan diambil sekiranya umur kereta yang diperuntukkan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
15/91
melebihi lima tahun, tetapi nilai minyak yang diperuntukkan
tidak berubah.
(c) Nilai manfaat akan diselaraskan mengikut tempoh sekiranya
peruntukkan tidak disediakan untuk sepanjang tahun asas.
(d) Dalam semua kes, majikan mestilah menyatakan dalam penyatasaraan tiap-tiap pekerjanya jenis, tahun, model kereta dan tarikh
sebenar kereta diperuntukkan kepada pekerja berkenaan.
(e) Majikan mestilah melaporkan manfaat kereta dan minyak yang
diperuntukkan kepada pekerja berdasarkan kepada jadual di
atas. Sekiranya ada pekerja yang mempertikaikan nilai manfaat
ini sebagai berlebihan, perkara ini hendaklah dirujuk kepada
Cawangan Penaksiran yang berkenaan apabila mengemukakan
Borang Nyata Pendapatan. Untuk membuktikan tuntutan
perniagaan, rekod yang terperinci dan mencukupi mestilahdikemukakan.
4.2.1.2 Minyak Diperuntukkan Tanpa Kereta.
Manfaat yang akan ditaksir adalah bersamaan dengan jumlah
nilai sebenar minyak yang diberi kepada pekerja.
4.2.1.3 Pemandu Diperuntukkan.
Sekiranya pemandu kereta diperuntukkan, nilai manfaat yang
ditetapkan ialah sebanyak RM 300 sebulan.
4.2.2 Kelengkapan Rumah, Perkakas dan Perlengkapan.
4.2.2.1 Perincian manfaat :
Jenis MBB Nilai MBB Setahun
(a) Separuh lengkap dengan perabot di
ruang tamu, bilik makan dan bilik tidur.
RM 840
(RM 70 Sebulan)
(b) Separuh lengkap dengan perabot dan
satu atau lebih kelengkapan berikut :Penyaman udara
Kain langsir
Permaidani
RM 1,680
(RM 140 Sebulan)
(c) Lengkap sepenuhnya berserta perkakas
dapur atau pinggan mangkuk atau
peralatan dan perkakas-perkakas.
RM 3,360
(RM 280 Sebulan)
(d) Kemudahan bayaran perkhidmatan dan
bil-bil seperti air, letrik dan telefon.
Nilai perkhidmatan dan bil-bil yang dibayar
oleh majikan.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
16/91
4.2.2.2 Nilai manfaat boleh diselaraskan berdasarkan sama ada
semua/sebahagian jenis kelengkapan di atas diperuntukkan.
Oleh itu seseorang pekerja yang telah diperuntukkan dengan
semua kelengkapan kecuali kelengkapan dalam perenggan (a),
akan ditaksirkan atas nilai MBB sebanyak RM 2,520 (RM
3,360 - RM 840).
4.2.2.3 Nilai juga boleh diselaraskan mengikut tempoh kelengkapan
rumah diperuntukkan. Sekiranya seorang pekerja diperuntukkan
dengan kelengkapan dalam perenggan (a) mulai dari 1.4.2000,
maka jumlah MBB yang ditaksir untuk Tahun Taksiran 2000
berasaskan tahun semasa adalah untuk tempoh 1.4.2000 -
31.12.2000, iaitu sebanyak RM 630 (9 x RM 70).
4.2.2.4 Pelarasan sewajarnya atas nilai MBB boleh dibuat sekiranya
kelengkapan/perkakas/peralatan digunakan bersama denganpekerja lain.
4.2.2.5 Di mana difikirkan nilai yang ditetapkan adalah berlebihan,
penilaian oleh majikan bagi manfaat yang diperuntukkan boleh
dibuat dengan menggunakan formula yang telah ditetapkan atas
tiap-tiap barang. (Rujuk para 4.2.4.1)
4.2.2.6 Kipas angin dan pemanas air tidak diambilkira kerana
kelengkapan tersebut dianggap sebagai sebahagian daripada
premis tempat tinggal.
4.2.2.7 Aset-aset lain yang diperuntukkan kepada pekerja bagi keraian,
rekreasi atau untuk tujuan lain seperti piano, organ, televisyen,
set stereo, kolam renang (yang boleh dipisahkan) dan lain-lain
dikira sebagai manfaat tambahan dan mesti dinilaikan
berdasarkan formula. (Rujuk para 4.2.4.1)
4.2.3 Manfaat Lain & Manfaat Yang Dikecualikan Cukai.
4.2.3.1 Manfaat Lain.
Jenis MBB Nilai Tahunan MBB
(a) Telefon bergerak (sewa & bayaran) RM 600
(b) Tukang kebun RM 3,600
(c) Pembantu rumah RM 4,800
(d) (i) Pinjaman tanpa faedah.
(ii) Pinjaman subsidi/faedah di
bawah kadar pasaran.
(i) Nilai faedah yang dibayar oleh majikan.
(ii) Subsidi faedah pinjaman yang dibayar oleh
majikan.
(e) Premium insurans yang dibayar Premium yang dibayar oleh majikan tidak
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
17/91
oleh majikan. termasuk :
(i) Premium yang mesti dibayar untuk
pekerja-pekerja asing sebagai gantian
kepada sumbangan kepada SOCSO.
(ii) Premium Polisi Insurans Berkelompok
untuk pekerja-pekerja sekiranya berlakukemalangan / kecederaan.
(f) Yuran sekolah / tuisyen. Yuran sekolah / tuisyen yang dibayar oleh
majikan.
(g) Keahlian dalam Kelab Rekreasi. Yuran keahlian yang dibayar oleh majikan.
4.2.3.2 Manfaat Yang Dikecualikan Cukai.
(a) Barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan pada
harga yang lebih murah atau dengan diskaun.
(b) Makanan dan minuman disediakan/secara subsidi.
(c) Pengangkutan percuma.
(d) Kemudahan penjagaan anak.
(e) Manfaat perubatan/pergigian.
(f) Pakej Percutian :
(i) Dalam Malaysia tidak melebihi 3 kali dalam
mana-mana tahun kalendar.
(ii) Luar Malaysia tidak melebihi sekali dalam tahun
kalendar tertakluk kepada maksimum RM 3,000.
4.2.4 Manfaat Lain Yang Tidak Disenaraikan.
4.2.4.1 Sekiranya terdapat kemudahan dan manfaat-manfaat lain yang
diperuntukkan untuk pekerja, majikan mestilah melaporkanmanfaat tersebut dengan menggunakan formula.
(a) Secara umumnya, nilai tahunan manfaat berupa
barangan yang disediakan dikira mengikut formula
berikut :
Kos Aset yang mendatangkan
manfaat/kemudahan
= Nilai Manfaat Setahun
Tempoh Purata Umur Aset
yang ditetapkan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
18/91
Kos bermakna kos sebenar yang dilakukan oleh majikan
atau nilai pasaran aset. Dari itu, di dalam kes di mana
kos aset ialah RM 10,000 dan ia mempunyai purata
umur selama 10 tahun nilai tahunannya ialah RM 1,000.
(b) Purata umur aset yang ditetapkan bagi berbagai aset
adalah seperti berikut :
Aset Purata Umur Yang Ditetapkan
(i) Kereta. 8
(ii) Kelengkapan Perabut -
Kain Langsir dan Permaidani
Perabut, Mesin Jahit
Penyaman Udara
Peti Sejuk
5
15
8
10
(iii) Perkakas dapur iaitu pinggan
mangkuk, periuk nasi, cerek
elektrik, pembakar roti, pembuat
kopi, dapur gas, cooker hood,
oven, pembasuh pinggan, mesin
basuh, pengering kain, alat
memproses makanan
6
(iv) Hiburan dan rekreasi -
Piano
Organ
Televisyen, perakam video, set stereo
Kolam renang (yang boleh dipisahkan),
sauna
20
10
7
15
(v) Pelbagai -
Telefon bergerak 5
4.2.4.2 Skim Opsyen Saham (SOS) - Manfaat yang berbangkit
daripada SOS dikenakan cukai sebagai pendapatan tambahan.
Mengikut amalan semasa semua majikan dikehendaki
memaklumkan kepada LHDN sebaik sahaja SOS dilancarkan.
Selepas SOS dikaji dan nilai manfaat dipersetujui oleh LHDN,
majikan akan mengeluarkan Borang EC yang
bersesuaian/pemberitahuan yang berasingan untuk setiap
pekerja.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
19/91
4.2.5 Apa-apa tuntutan potongan bagi kegunaan rasmi untuk sebarang MBB
mestilah dibuat oleh pekerja sendiri bersama dengan bukti-buktinya semasa
mengemukakan Borang Nyata Pendapatan.
Jika anda menerima manfaat berupa barangan, nilai manfaat atau kemudahan
berupa barangan itu akan ditunjukkan dalam penyata pendapatan (EA/EC)
yang disediakan oleh majikan anda. Penyata EA/EC ini hendaklahdikemukakan bersama dengan Borang Nyata Pendapatan anda.
Perbelanjaan Boleh Ditolak.
Perbelanjaan yang dibuat dalam menjalankan kerja anda boleh ditolak dari
pendapatan penggajian. Perbelanjaan biasa yang boleh dituntut sebagai
potongan ialah :
- Perbelanjaan Perjalanan yang ditanggung oleh anda dalammenjalankan tugas. Perbelanjaan ini biasanya dipotong daripada elaun
tetap yang diterima daripada majikan anda . Penggantian wang bagi
perbelanjaan yang sebenar tidak dikenakan cukai sama juga
perbelanjaan yang dilakukan itu tidak dibenarkan potongan. Juga,
anda tidak dibenarkan membuat tuntutan perbelanjaan perjalanan dari
tempat kediaman ke tempat kerja.
- Perbelanjaan Keraian yang ditanggung oleh anda untuk meraikan
pelanggan yang sedia ada bagi pihak majikan anda. Perbelanjaan ini
ditolak daripada elaun tetap yang diterima daripada majikan anda. Jika
anda telah dibayar ganti oleh majikan anda atas perbelanjaan sebenar,anda tidak boleh lagi membuat tuntutan, sama juga penggantian wang
yang diterima itu tidak dikenakan cukai.
- Yuran Tahunan yang dibayar kepada badan-badan profesional di
mana keahlian anda adalah untuk kepentingan status pekerjaan anda.
Semua tuntutan perbelanjaan hendaklah disokong dengan resit
asal.
___________________________________________________________________________
4.3 Nilai Tempat Kediaman___________________________________________________________________________
4.3.1 Nilai tempat kediaman termasuk tempat kediaman di premis yang didiami oleh
pekerja yang diperuntukkan di Malaysia oleh majikan hendaklah diambilkira
sebagai pendapatan kasar pekerja.
4.3.2 Dalam semua kes pekerja dan pengarah kecuali pengarah (bukan pengarah
urusan) syarikat terkawal, nilai yang akan diambilkira bagi menentukan
pendapatan kasar daripada penggajian bagi tempoh asas yang berkenaan
dengan peruntukan tempat kediaman adalah nilai tertentu tempat kediaman
atau 30% daripada pendapatan kasar pekerja daripada punca-punca seperti
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
20/91
upahan, gaji, saraan, gaji cuti, yuran, komisen, bonus, ganjaran, penambahan
atau elaun (sama ada berupa wang atau lain) yang berkaitan dengan
mempunyai atau menjalankan penggajian untuk tempoh asas, yang mana
terkurang.
(a) Nilai tertentu ialah :
(i) di mana tempat kediaman tidak tertakluk kepada mana-manaundang-undang yang memperuntukkan had atau kawalan sewa
dan orang yang menyediakan tempat kediaman memiliki tempat
kediaman itu di atas pajakan, sewa yang dibayar atau patut
dibayar jika tempat kediaman itu disewakan tanpa perabot dan
pemberi pajakan dan pemegang pajakan adalah orang-orang
yang bebas berurusniaga mengikut aturan perniagaan (at arms
length).
(ii) dalam keadaan lain nilai yang boleh dikadarkan atau jika
ketiadaan nilai yang boleh dikadarkan, sewa ekonominya.
(b) Sewa ekonomi ialah sewa di mana premis dijangka dapat disewakan
jika:
(i) pemberi pajakan bersetuju membayar kos insurans api, cukai
awam, pembaikkan dan penyenggaraan biasa yang merupakan
kerja-kerja yang pada kebiasaanya dimasukkan dalam
perjanjian bagi memperbaiki dan menyenggara oleh pemberi
pajakan yang bebas berurusniaga mengikut aturan perniagaan
(at arms length)
(ii) mana-mana undang-undang yang memperuntukkan had dan
kawalan sewa diketepikan.
4.3.3 Oleh itu, nilai tempat kediaman ialah nilai tempat kediaman yang
diperuntukkan tanpa perabot. Nilai perabot yang diperuntukkan oleh majikan
adalah suatu kemudahan dan hendaklah diambilkira sebagai pendapatan kasar
daripada penggajian seperti di para 4.2.2 di atas. Had 30% yang diperkatakan
itu adalah hanya berkaitan dengan tempat kediaman yang diperuntukkan tanpa
perabot, sebarang nilai kemudahan yang diperuntukkan dalam bentuk perabot
hendaklah diambilkira sebagai tambahan kepada 30% apabila mengirapendapatan kasar.
4.3.4 Jika tempat kediaman yang diperuntukkan kepada mana-mana pekerja atau
pengarah kecuali pengarah (bukan seorang pengarah urusan) syarikat terkawal:
(a) di hotel, asrama atau premis yang serupa; atau
(b) mana-mana premis di sebuah ladang atau dalam sebuah hutan; atau
(c) mana-mana premis yang boleh dikadarkan tetapi tidak dikadarkan,
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
21/91
amaun yang bersamaan 3% daripada pendapatan kasar penggajian,
haruslah diambilkira dalam mengira pendapatan kasar penggajian
berkaitan dengan tempat kediaman yang diperuntukkan. Penyesuaian
selanjutnya mungkin perlu bagi perkhidmatan-perkhidmatan dan lain-
lain kemudahan yang diperuntukkan.
4.3.5 Pegawai-pegawai kerajaan yang menduduki tempat kediaman yang dibantuoleh kerajaan umpamanya mes, calet atau hotel dan pegawai-pegawai yang
menduduki premis-premis yang disewa daripada sektor swasta dikenakan 3% di
atas pendapatan kasar daripada penggajian tanpa sebarang potongan ke atas
sewa yang dikenakan oleh kerajaan. Akan tetapi jika pegawai-pegawai yang
menduduki rumah-rumah kerajaan terpaksa membayar sewa ekonomi
berdasarkan ketetapan, nilai tempat kediaman tersebut (rumah-rumah kerajaan)
seharusnya tidak diambilkira apabila membuat taksiran. Elaun perumahan yang
dibayar mestilah diambilkira sebagai pendapatan kasar daripada penggajian.
4.3.6 (a) Jika sesuatu harta dimiliki oleh sebuah badan berkanun dan ianyadiperuntukkan sama ada secara percuma atau pada kadar sewa yang
rendah kepada pekerja, nilai tempat kediaman tersebut hendaklah
ditaksirkan pada 3% daripada pendapatan kasar penggajian.
(b) Jika harta dimiliki oleh sebuah badan berkanun dan pekerja yang
mendudukinya dikenakan sewa ekonomi berdasarkan ketetapan, maka
nilai tempat kediaman tidak seharusnya ditaksirkan.
(c) Jika tempat kediaman yang diperuntukkan dalam harta yang disewakan
oleh sebuah badan berkanun dan pekerja tidak dikenakan sewa atau
dikenakan kadar sewa yang rendah kerana mendudukinya, nilai tempatkediaman juga akan ditentukan pada 3% di atas pendapatan kasar
penggajian.
4.3.7 Sekiranya tempat kediaman itu :
(a) dikongsi dengan pekerja-pekerja lain, atau
(b) pekerja itu dikehendaki tinggal di premis yang tertentu; atau
(c) pekerja itu dikehendaki menggunakan sebahagian daripada kediamanuntuk kepentingan majikan, misalnya untuk keraian dan oleh kerana itu
tempat kediaman tersebut adalah lebih besar dari yang sepatutnya,
nilai tertentu tempat kediaman bolehlah dikurangkan kepada amaun
yang berpatutan dan munasabah dalam semua keadaan kes.
4.3.8 Jika tempat kediaman yang diperuntukkan itu kurang dari 12 bulan, amaun
yang hendak diambilkira dalam pendapatan kasar dari penggajian ialah amaun
yang berpatutan dan munasabah dalam semua keadaan kes.
Apa yang penting ialah tempoh tempat kediaman itu diperuntukkan dan
bukannya tempoh sebenar didiami.
___________________________________________________________________________
4.4 Pendapatan Kasar Daripada Punca Penggajian
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
22/91
___________________________________________________________________________
(a) Contoh I :
Seorang pekerja mempunyai pendapatan daripada penggajian bagi tahun berakhir 31
Disember 1999 seperti berikut :
RM
Gaji. 8,000
Elaun Saraan Hidup. 2,400
Tempat kediaman yang diperuntukkan oleh majikan/nilai yang boleh
dikadarkan (Rumah Kerajaan/Badan Berkanun).
7,000
Oleh itu, pendapatan kasar beliau daripada penggajian bagi tempoh asas tahun
berakhir 31 Disember 1999 adalah :
Gaji. 8,000
Elaun Sara Hidup. 2,400
10,400
Tempat Kediaman (12 Bulan) 3% daripada RM 10,400. 312
Pendapatan kasar penggajian. 10,712
Bagi rumah kerajaan atau rumah disewa oleh kerajaan atau rumah milik badan
berkanun, nilai 3% itu tidak diambil kira, sekiranya pekerja berkenaan dikenakan
bayaran sewa ekonomi berdasarkan ketetapan.
(b) Contoh II :
Seorang pekerja yang mempunyai pendapatan daripada penggajiannya bagi tahun berakhir
31.12.1999 seperti berikut :
RM
Gaji. 12,000
Bonus. 2,000
Tip. 500
Elaun perjalanan tempatan. 500Tempat kediaman yang tidak mempunyai perabot yang
diperuntukkan untuk beliau dan keluarganya bagi 12 bulan
4,600
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
23/91
(sewa dibayar oleh majikan).
Pakaian percuma yang diperuntukkan oleh majikan. 500
Rawatan perubatan yang dibayar oleh majikan. 400
Pendapatan kasar daripada penggajian bagi tempoh asas tahun berakhir 31.12.1999 ialah :
RM
Gaji. 12,000
Bonus. 2,000
Tip. 500
Elaun perjalanan. 500
Pakaian percuma.
(nilai rawatan perubatan tidak dimasukkan sebagai pendapatan
kasar).
500
______
15,500
Tempat kediaman RM 4,600
atau 30% daripada pendapatan
di atas yang mana kurang. 4,600 (30% daripada
15,500=4,650)
______
Pendapatan kasar penggajian. 20,100
_____
Jika tempat kediaman telah dikongsi dengan seorang pekerja lain nilai yang akan dibawa
ke dalam pengiraan pendapatan kasar ialah RM 2,300. Nilai tertentu ialah RM 4,600 dan
jumlah ini dibahagi dua akan memberi angka RM 2,300. Jika tempat kediaman hanya
diperuntukkan bagi empat bulan sahaja dalam tempoh asas, nilai yang akan diambilkira
dalam menentukan pendapatan kasar ialah RM 1,533 (1/3 x RM 4,600).
(c) Contoh III
Seorang pengarah (bukan seorang pengarah urusan) sebuah syarikat terkawal mempunyai
pendapatan penggajian bagi tahun terakhir 31 Disember 1999 seperti berikut :
RM
Gaji. 15,000
Yuran. 10,000
Elaun Perbelanjaan. 3,000
Rawatan perubatan dan pergigian untuk
diri dan keluarga yang dibayar oleh
syarikat.
500
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
24/91
Tempat kediaman yang tidak
dilengkapkan dengan perabot yang
diperuntukkan bagi 12 bulan.
12,000
Amah yang digaji oleh syarikat untuk
pengarah.
2,500
Upah pemandu yang dibayar oleh syarikat. 2,000
Motokar yang diperuntukan oleh syarikat
termasuk perbelanjaan-perbelanjaan
minyak dan penjagaan.
4,800 (separuh digunakan
bagi kepentingan
syarikat).
Pendapatan kasar bagi tempoh asas tahun berakhir 31 Disember 1999 ialah :
RM
Gaji. 15,000
Yuran. 10,000
Elaun perbelanjaan. 3,000
Motokar. 2,400 (1/ 2 X 4,800)
Upah Amah. 2,500
Upah Pemandu. 1,000 (1 / 2 X 2,000)
Tempat kediaman. 12,000 ( tidak ada had bagi
pengarah syarikat
terkawal).
_____45,900
Jika tempat kediaman telah dikongsi dengan pekerja-pekerja lain, RM 12,000 akan
dikurangkan mengikut kadarnya.
___________________________________________________________________________
5. PERCUKAIAN PENDAPATAN PERNIAGAAN
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5.1 Individu Bekerja Sendiri___________________________________________________________________________
Individu bekerja sendiri ialah seorang peniaga yang menjalankan perniagaan atau
profesion sendiri.
___________________________________________________________________________
5.2 Tanggungjawab Apabila Memulakan Perniagaan___________________________________________________________________________
Anda harus :
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
25/91
(a) Menyimpan rekod-rekod yang tepat untuk semua urusniaga perniagaan ;
(b) Menyimpan rekod, buku dan akaun perniagaan ;
(c) Menyimpan :
(i) resit-resit.
(ii) invois.
(iii) bil-bil.
(iv) penyata-penyata bank.
(v) keratan cek.
(vi) senarai dan rekod stok perniagaan.
(d) Melampirkan bersama-sama Borang Nyata Pendapatan anda:
(i) penyata perniagaan dan kira-kira untung rugi.
(ii) kunci kira-kira (balance sheet).
(iii) penerangan atau perincian butiran besar/urusniaga seperti dalam
penyata perniagaan, kira-kira untung rugi dan kunci kira-kira.
(iv) pengiraan pendapatan dikenakan cukai dan perincian tuntutan elaun
modal.
(v) pengiraan cukai.
Sekiranya anda tidak pernah menerima Borang Nyata Pendapatan, sila beritahu
pejabat LHDN yang terdekat dan dapatkan Borang Nyata Pendapatan apabila mula
berniaga.
___________________________________________________________________________5.3 Pendapatan Kasar Daripada Punca Perniagaan___________________________________________________________________________
Pendapatan kasar daripada perniagaan termasuk :
(a) pendapatan tunai bagi barang-barang yang dijual atau perkhidmatan yang
diberi;
(b) semua hutang yang terbit daripada barang-barang yang dijual dan
perkhidmatan yang diberi;
(c) pendapatan berupa barangan;
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
26/91
(d) hutang perniagaan yang dapat kembali setelah ia dihapuskira sebagai hutang
lapuk;
(e) pembayaran insurans yang diterima berhubung dengan kerugian perniagaan.
___________________________________________________________________________
5.4 Pendapatan Larasan Daripada Punca Perniagaan___________________________________________________________________________
Pendapatan larasan dikira dengan menolak semua perbelanjaan yang boleh dibenarkan
untuk maksud percukaian daripada pendapatan kasar perniagaan.
___________________________________________________________________________
5.5 Perbelanjaan Yang Boleh Dibenarkan
___________________________________________________________________________
Perbelanjaan hendaklah sebenarnya dibelanjakan untuk maksud perniagaan sebelum
ia boleh dibenarkan sebagai potongan bagi maksud cukai. Berikut adalah antara
perbelanjaan yang boleh dibenarkan dalam penentuan pendapatan larasan bagi
sesuatu perniagaan.
(a) Upah dan Gaji untuk kakitangan tetapi gaji yang dikeluarkan untuk diri
sendiri tidak dibenarkan.
(b) Faedah yang dibayar ke atas pinjaman/overdraf yang diambil dan digunakan
untuk tujuan perniagaan atau untuk membeli aset yang digunakan dalam
perniagaan. Di mana peniaga meminjam wang untuk membeli pelaburan
(misalnya, saham-saham atau harta tanah) faedah yang dikenakan tidak
dibenarkan sebagai potongan daripada keuntungan perniagaan.
(c) Sewa yang kena dibayar ke atas bangunan atau tanah, digunakan untuk tujuan
menghasilkan pendapatan kasar daripada perniagaan.
(d) Perbelanjaan pembaikkan ke atas premis perniagaan, jentera atau perabot
yang digunakan dalam perniagaan tetapi perbelanjaan untuk memperbaiki
rumah sendiri tidak dibenarkan.
(e) Premium Insurans yang dibayar ke atas polisi yang diambil untuk
melindungi tanggungan kerugian atau kehilangan aset perniagaan (termasuk
kehilangan keuntungan perniagaan). Walau bagaimanapun jika peniaga
mengambil insurans nyawa untuk diri sendiri atau ahli keluarganya,
premiumnya tidak dibenarkan ditolak daripada keuntungan perniagaan.
(f) Hutang Lapuk yang dihapuskira dalam sesuatu tahun berkaitan dengan
hutang perniagaan yang tidak dapat dipungut lagi.
(g) Peruntukkan Untuk Hutang Khusus(hutang perniagaan) yang dianggarkan
tidak boleh dipungut lagi.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
27/91
(h) Yuran Guaman Dan Lain-lain Yuran Profesional yang dibelanjakan dalam
perniagaan, misalnya di mana perkhidmatan peguam dikehendaki untuk
memastikan sesuatu kontrak perniagaan dilaksanakan atau untuk mendapatkan
balik hutang. Belanja guaman yang tidak berkaitan dengan menghasilkan
keuntungan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Misalnya belanja guaman
berkaitan dengan pembelian rumah kediaman peniaga. Belanja peguam bagirayuan terhadap taksiran cukai juga tidak dibenarkan.
(i) Caruman Kepada Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Atau
Pertubuhan yang diluluskan bagi pekerja-pekerja (contoh KWSP).
___________________________________________________________________________
5.6 Perbelanjaan Khusus Yang Boleh Dibenarkan___________________________________________________________________________
(a) Perbelanjaan majikan atas peralatan untuk membantu pekerja yang
cacat.
Perbelanjaan yang dilakukan bagi menyediakan sebarang peralatan yang dapat
membantu pekerja yang cacat dalam menjalankan tugasnya.
(b) Perbelanjaan bagi penyebaran dalam bahasa kebangsaan.
Perbelanjaan yang dilakukan berhubung dengan penterjemahan atau
penyebaran dalam bahasa kebangsaan berkaitan dengan buku kebudayaan,
kesusasteraan, profesional, sains atau buku teknikal yang diluluskan olehDewan Bahasa dan Pustaka.
(c) Sumbangan kepada perpustakaan.
Perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan peralatan perpustakaan yang
boleh dikunjungi oleh orang awam dan sumbangan ke perpustakaan
awam, sekolah atau institusi penggajian tinggi. (Perbelanjaan yang
dibenarkan tidak melebihi RM 100,000).
(d) Perbelanjaan mengadakan perkhidmatan, kemudahan awam dan
sumbangan kepada Badan Amal atau projek awam .
Perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan perkhidmatan, kemudahan
awam dan sumbangan kepada Badan Amal atau projek awam berkaitan
dengan pelajaran, kesihatan, perumahan dan infrastruktur yang diluluskan oleh
Menteri.
(e) Perbelanjaan majikan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pusat
penjagaan kanak-kanak untuk manfaat pekerja .
Perbelanjaan yang dilakukan bagi penyediaan dan penyelenggaraan pusat
penjagaan kanak-kanak (bukan perbelanjaan modal) untuk manfaat pekerja.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
28/91
(f) Sumbangan bagi menubuhkan dan menyelenggara kumpulan muzik atau
kebudayaan .
Perbelanjaan yang dilakukan bagi menubuh dan menyelenggara kumpulan
muzik atau kebudayaan yang diluluskan oleh Menteri.
(g) Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian dan kebudayaan .
Perbelanjaan yang dilakukan bagi tujuan menaja aktiviti kesenian dan
kebudayaan yang diluluskan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Pelancongan. (Perbelanjaan dibenarkan tidak melebihi RM 200,000).
___________________________________________________________________________
5.7 Perbelanjaan Yang Tidak Boleh Dibenarkan___________________________________________________________________________
Berikut pula adalah perbelanjaan yang tidak dibenarkan sebagai potongan daripada
keuntungan dalam menentukan pendapatan larasan perniagaan :
(a) bayaran atau perbelanjaan persendirian misalnya, gaji yang dibayar kepada
orang gaji yang bekerja di rumah peniaga, perbelanjaan perjalanan dari rumah
ke tempat perniagaan dan pengeluaran wang daripada perniagaan untuk
kegunaan sendiri.
(b) modal yang dikeluarkan atau sebarang jumlah wang yang digunakan atau
bertujuan digunakan sebagai modal, misalnya bayaran bagi pembeli aset tetapatau aset persendirian seperti rumah kediaman, kereta dan saham.
(c) perbelanjaan tambang percuma yang disediakan kepada pekerja-pekerja.
(d) perbelanjaan keraian dan elaun keraian yang dibayar kepada pekerja.
(e) caruman kepada wang kumpulan atau pencen yang tidak diluluskan untuk
pekerja-pekerja.
(f) peruntukan am untuk hutang ragu atau hutang lapuk yang bukan tujuan
perniagaan yang dihapuskira.(g) susutan nilai untuk aset tetap.
(h) bayaran bonus kepada pekerja melebihi 2 bulan gaji pekerja (mulai pada
17.10.1997).
___________________________________________________________________________
5.8 Galakan Cukai___________________________________________________________________________
Peniaga individu yang terlibat semata-mata dalam aktiviti pertanian yang digalakkan
layak mendapat beberapa jenis insentif yang diperuntukkan di bawah Akta
Penggalakan Pelaburan 1986 seperti :
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
29/91
(a) Taraf Perintis
(b) Elaun Cukai Pelaburan
Anda boleh mendapatkan penjelasan dan maklumat tambahan berkenaan insentif yang
boleh dinikmati daripada pejabat LHDN yang berdekatan.
__________________________________________________________________________
6. ELAUN MODAL UNTUK LOJI, MESIN DAN BANGUNAN
INDUSTRI ___________________________________________________________________________
Di samping potongan perbelanjaan perniagaan, suatu potongan dalam bentuk elaun
modal juga dibenarkan sebagai potongan daripada pendapatan perniagaan.
___________________________________________________________________________
6.1 Elaun Modal___________________________________________________________________________
Elaun modal ialah potongan tahunan yang dibenarkan daripada keuntungan
perniagaan, berhubung dengan :
(i) Kos loji dan mesin (misalnya van, mesin pendaftar wang tunai, perabot
pejabat) yang dibeli dan digunakan dalam perniagaan.
(ii) Kos Bangunan Industri.
(a) Bangunan Industri ialah bangunan yang digunakan bagi maksud
perniagaan dan;
(1) Ia digunakan sebagai kilang.
(2) Ia digunakan sebagai limbungan dermaga, jeti atau bangunan
sepertinya.
(3) Ia digunakan sebagai gudang dan perniagaan utama ialahmenyewakan ruang menyimpan kepada orang awam.
(4) Perniagaan adalah berkaitan dengan perusahaan bekalan air atau
elektrik untuk kegunaan orang awam.
(5) Ia digunakan untuk mengerjakan ladang dan perniagaan utama
ialah mengerjakan ladang.
(6) Ia digunakan untuk mengerjakan lombong dan perniagaan utama
ialah mengerjakan lombong.
(b) Lain-lain bangunan industri ialah bangunan yang digunakan bagi
maksud perniagaan dan;
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
30/91
(1) Bangunan yang diperuntukkan kepada pekerja sebagai kantin,
bilik rehat, bilik rekreasi, tandas, bilik air atau bilik cuci, di
mana sudah sedia ada sebuah bangunan industri dan di mana
pekerja-pekerja diambil bekerja bagi maksud bangunan industri
itu digunakan.
(2) Bangunan yang diperuntukkan kepada pekerja untuk kebajikan
atau sebagai tempat tinggal pekerja yang diambil bekerja
berhubung dengan mengerjakan ladang. Bangunan berkenaan
mungkin tidak berguna kepada orang lain, kecuali berhubung
dengan mengerjakan ladang itu atau ladang lain.
(3) Bangunan yang dibina oleh majikan yang mempunyai bangunan
industri yang sedang digunakan dalam tahun asas dan bangunan
baru itu diperuntukkan olehnya sebagai tempat tinggal
pekerjanya yang bukan menjalankan tugas pengurusan,pentadbiran atau perkeranian bagi perniagaan berkenaan.
(4) Hospital swasta, rumah bersalin dan rumah penjagaan yang
berlesen.
(5) Bangunan yang digunakan untuk penyelidikan atau latihan.
(6) Bangunan yang digunakan untuk projek perkhidmatan yang
diluluskan.
(7) Perbelanjaan modal atas pembinaan, pembinaan semula,penyambungan atau pembaikkan jalan raya dan struktur
tambahan yang mana perbelanjaannya boleh didapati kembali
melalui pungutan tol.
(8) Bangunan yang disediakan untuk tempat tinggal individu yang
diambil bekerja oleh seseorang yang menjalankan perniagaan
pembuatan, hotel atau pelancongan atau projek perkhidmatan
yang diluluskan di bawah peruntukkan Elaun Pelaburan Sektor
Perkhidmatan.
(9) Bangunan yang disediakan untuk kemudahan penjagaan kanak-
kanak untuk individu yang diambil bekerja oleh seseorang yang
menjalankan perniagaan.
(10) Bangunan untuk sekolah atau institusi pendidikan yang
diluluskan oleh Menteri Pendidikan atau pihak berkuasa.
(11) Bangunan untuk tujuan latihan industri, teknikal atau
vokasional yang diluluskan oleh Menteri.
(12) Bangunan atau sebahagian daripadanya digunakan olehseseorang semata-mata untuk tujuan penyimpanan barangan
untuk dieksport atau untuk penyimpanan barangan yang
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
31/91
diimport di mana ianya akan diproses dan diagihkan atau
dieksport semula.
Elaun ini dibenarkan sebagai alternatif kepada susutan nilai yang dituntut dalam
akaun untung dan rugi perniagaan yang mana tidak dibenarkan sebagai potongan
daripada keuntungan perniagaan.
KADAR ELAUN MODAL UNTUK LOJI DAN MESIN : LAMPIRAN B1DAN
B2
___________________________________________________________________________
6.2 Pengiraan Elaun Modal___________________________________________________________________________
Struktur dan kadar elaun modal bagi loji dan mesin telah dikaji semula bagimemudahkan pengiraan elaun modal. Elaun modal permulaan bagi semua jenis loji
dan mesin kekal pada kadar 20%. Elaun modal tahunan telah disusun semula kepada 3
kelas dan 3 kadar sahaja. Kadar baru itu berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2000
berasaskan tahun semasa. Sila rujuk Lampiran B2.
(a) Loji dan Mesin.
Kaedah pengiraan elaun bagi loji dan mesin adalah seperti berikut :
Tahun Pertama (tahun pembelian) :
Elaun Permulaan - 20% ke atas kos aset (Jentera diimport selepas
17.10.1997 Elaun Permulaan - 10%).
Elaun Tahunan - kadar yang tertentu (seperti mana ditetapkan) ke atas
kos aset. (Lampiran B1 dan B2).
Tahun-tahun yang berikut :
Elaun Tahunan - Kadar yang tertentu (seperti mana ditetapkan) ke atas
kos aset. (Lampiran B1 dan B2).
(b) Bangunan Industri.
Kaedah pengiraan elaun modal bagi Bangunan Industri adalah seperti
berikut :
!!!! Jika Bangunan Dibina.
Tahun Pertama (tahun pembinaan) :
Elaun Permulaan - 10% ke atas kos aset.
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
32/91
Elaun Tahunan - 2% ke atas kos aset.
Tahun-tahun yang berikut :
Elaun Tahunan - 2% ke atas kos aset.
! Jika Bangunan Dibeli.
Tahun Pertama (tahun dibeli) :
Elaun Permulaan - Tiada.
Elaun Tahunan - Berdasarkan pecahan yang dibenarkan.
Pecahan Dibenarkan ialah : 1 x Kos Belian
Bilangan tahun dari Tahun
Taksiran dalam tahun asas
di mana bangunan dibeli,
ke lima puluh Tahun Taksiran
selepas Tahun Taksiran dalam
tahun asas di mana bangunan dibina
Tahun-tahun yang berikut :
Elaun Tahunan - Berdasarkan pecahan yang dibenarkan.
___________________________________________________________________________
6.3 Penjualan Loji, Mesin Atau Bangunan Industri___________________________________________________________________________
Jika loji dijual pada harga yang lebih rendah daripada baki susutan nilai cukai (kos
aset selepas ditolak elaun modal), perbezaan di antara baki susutan nilai cukai dengan
harga jualan akan dibenarkan sebagai elaun imbangan. Jika loji dijual pada suatu
harga jualan yang melebihi baki susutan nilai cukai, perbezaan di antara harga jualan
dan baki susutan nilai cukai akan dicampurkan kepada pendapatan perniagaan sebagai
pengenaan imbangan. Kaedah yang sama juga terpakai apabila bangunan industri
dijual.
___________________________________________________________________________
6.4 Potongan Elaun Modal___________________________________________________________________________
Elaun Modal diberi sebagai potongan daripada pendapatan larasan perniagaan.___________________________________________________________________________
6.5 Tuntutan Elaun Modal Loji Dan Mesin
___________________________________________________________________________
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
33/91
Anda boleh membuat tuntutan elaun modal loji dan mesin di ruangan yang telah
disediakan di dalam Borang Nyata Pendapatan. Tuntutan anda yang pertama perlu
disokong dengan penyata yang menunjukkan butir-butir loji dan mesin.
Contoh Pengiraan Elaun Modal Loji Dan Mesin
AsetKos
(RM)
Kadar Elaun
Tahunan (%)
Motor Van dibeli pada Jun 1996
Mesin Pendaftar Wang dibeli pada Jun
1997, dijual pada Mac 2000 untuk RM
1,000.
20,000
4,000
20%
10%
Motor Van
Tahun Taksiran Belanja
Modal (RM)
Elaun
Permulaan
(RM)
Elaun
Tahunan
(RM)
Baki Susutnilai
Cukai (RM)
1997 20,000 4,000 4,000 12,000
1998 - - 4,000 8,000
1999 - - 4,000 4,000
2000 (berasaskan
tahun sebelum)
- - 4,000 -
2000 (berasaskan
tahun semasa)- - Tiada -
Mesin Pendaftar Wang Tunai
Tahun Taksiran Belanja
Modal (RM)
Elaun
Permulaan
(RM)
Elaun
Tahunan
(RM)
Baki Susutnilai
Cukai (RM)
1998 4,000 800 400 2,800
1999 - - 400 2,400
2000 (berasaskan
tahun sebelum)- - 400 2,000
Oleh sebab aset itu dijual pada Mac 2000 dengan harga RM 1,000 elaun imbangan
sebanyak RM 1,000 (2,000 - 1,000) dibenarkan pada Tahun Taksiran 2000
(berasaskan tahun semasa).
___________________________________________________________________________
6.6 Tuntutan Elaun Modal Bangunan Industri___________________________________________________________________________
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
34/91
Anda boleh membuat tuntutan Elaun Modal Bangunan Industri dalam ruangan yang
berkaitan dalam Borang Nyata Pendapatan seperti di para 6.5.
Contoh Pengiraan Elaun Modal Bangunan Industri
Individu A membina bangunan industri atas tanahnya dengan kos RM 20,000 dalam
tahun asas berakhir 31.12.1997. Bangunan digunakan dalam perniagaannya. Dalam
tahun asas berakhir 31.12.2000 bangunan itu dijual kepada individu B dengan hargaRM 15,000.
Individu A : Elaun Modal Bangunan Industri
Tahun
Taksiran
Belanja Modal
(RM)
Elaun
Permulaan
(RM)
Elaun Tahunan
(RM)
Baki Susutnilai
Cukai (RM)
1998 20,000 2,000 400 17,600
1999 - - 400 17,2002000
(berasaskan
tahun sebelum)
- - 400 16,800
2000
(berasaskan
tahun semasa)
- - - -
Oleh sebab bangunan dijual pada tahun asas berakhir 31.12.2000 dengan harga RM
15,000, elaun imbangan sebanyak RM 1,800 (16,800 - 15,000) dibenarkan kepada
Individu A pada Tahun Taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa).
Individu B: Elaun Bangunan Industri seperti berikut :
Tahun
Taksiran
Belanja Modal
(RM)
Elaun
Permulaan
(RM)
Elaun Tahunan
(RM)
Baki Susutnilai
Cukai (RM)
2000
(berasaskan
tahun semasa)
15,000 Tiada 313 14,687
Elaun Tahunan: Tahun Taksiran 2000 berasaskan tahun semasa (Pecahan Dibenarkanx Kos Belian)
1/48 x 15,000 = 313
48 ialah bilangan tahun dari Tahun Taksiran bangunan dibeli (2000 berasaskan tahun
semasa) hingga Tahun Taksiran 2047.
___________________________________________________________________________
7. KERUGIAN PERNIAGAAN ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
7.1 Kerugian Perniagaan___________________________________________________________________________
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
35/91
Umumnya kerugian perniagaan dimaksudkan kekurangan yang timbul akibat lebihan
perbelanjaan daripada penerimaan dalam sesuatu perniagaan bagi suatu tempoh
tertentu.
Bagi maksud cukai, di mana semua perbelanjaan yang dibenarkan melebihi semua
pendapatan perniagaan yang boleh dikenakan cukai bagi sesuatu tahun, timbullah apayang disebutkan sebagai kerugian larasan daripada perniagaan.
___________________________________________________________________________
7.2 Potongan Kerugian Larasan___________________________________________________________________________
Jika perniagaan anda menghasilkan kerugian, kerugian itu bolehlah ditolak daripada
pendapatan anda daripada semua punca lain. Akan tetapi jika kerugian larasan bagi
sesuatu tahun tidak dapat dibenarkan sepenuhnya daripada jumlah pendapatan
daripada semua punca, baki kerugian yang tidak diserap itu akan dihantar ke tahunhadapan. Kerugian yang dibawa ke hadapan hanya boleh dibenarkan daripada jumlah
pendapatan daripada punca-punca perniagaan sahaja.
Contoh yang berikut menunjukkan kaedah bagaimana kerugian perniagaan
dibenarkan.
Tahun Taksiran 2000 Tahun Taksiran 2000
(berasaskan tahun sebelum) (berasaskan tahun semasa)
(RM) (RM)
Perniagaan A - Pendapatan 30,000 8,000
Larasan
Perniagaan B - Pendapatan/ (60,000) 2,000
Kerugian Larasan
Penggajian 5,000 8,000
Sewaan 2,000 4,000
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
36/91
Tahun Taksiran 2000 (berasaskan tahun sebelum) RM
Perniagaan A 30,000
Perniagaan B Tiada
Penggajian 5,000
Sewaan 2,000
37,000
Tolak : Kerugian Larasan Perniagaan B (60,000)
Kerugian yang tidak diserap dihantar ke hadapan (23,000)
JUMLAH PENDAPATAN TIADA
Tahun Taksiran 2000 (berasaskan tahun semasa) RM
Perniagaan A 8,000
Perniagaan B 2,000
10,000
Tolak :kerugian yang tidak diserap dibawa ke hadapan (23,000)
Baki kerugian yang tidak diserap dihantar ke hadapan (13,000)
Perniagaan A + B TIADA
Pendapatan Penggajian 8,000
Sewaan 4,000
JUMLAH PENDAPATAN 12,000
Baki kerugian yang tidak diserap sebanyak RM 13,000 dihantar ke hadapan untuk ditolak
daripada pendapatan agregat daripada punca perniagaan untuk tahun-tahun yang akan
datang.
________________________________________________________________________
8. PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN DARI CUKAI ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
8.1 Pendapatan Penggajian Bagi Pelawat Jangka Pendek
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
37/91
___________________________________________________________________________
Seseorang individu yang berada di Malaysia sebagai pelawat jangka pendek akan
dikecualikan daripada cukai berhubung dengan pendapatannya daripada sesuatu
penggajian yang dijalankan di Malaysia jika :
(a) Ia bukan pemastautin untuk maksud cukai pendapatan dalam tahun yangberkenaan; dan
(b) Ia menjalankan sesuatu penggajian tidak melebihi 60 hari dalam tahun
berkenaan; dan
(c) Pendapatan penggajian diperolehi dari Malaysia untuk suatu tempoh yang
tidak melebihi 60 hari dalam tahun berkenaan.
Walau bagaimanapun, pengecualian ini tidak terpakai bagi pendapatan yang diterima
oleh seorang penghibur awam yang bukan pemastautin (misalnya, penghiburprofesional, artis) berhubung dengan perkhidmatan yang dijalankan di Malaysia.
___________________________________________________________________________
8.2 Pencen___________________________________________________________________________
Pencen yang diterima oleh seorang individu adalah dikecualikan daripada cukai
pendapatan di bawah syarat-syarat yang berikut :
(a) Jika ia bersara pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk bersaradaripada penggajiannya seperti yang ditetapkan di bawah mana-mana undang-
undang bertulis.
(b) Jika ia bersara kerana keuzuran.
Di mana seorang pekerja dari sektor awam memilih persaraan pilihan, pendapatan
pencennya akan ditaksir sehingga ia mencapai umur 55 tahun atau umur wajib untuk
bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis. Di mana seseorang layak untuk
mendapat lebih daripada satu pencen, hanya pencen yang tertinggi dikecualikan.
___________________________________________________________________________
8.3 Ganjaran Persaraan___________________________________________________________________________
Jumlah penuh ganjaran persaraan yang diterima pada masa persaraan dikecualikan :
(a) Jika persaraan disebabkan oleh keuzuran.
(b) Jika beliau merupakan seorang pekerja dari sektor awam yang telah memilih
persaraan pilihan atau atas penamatan kontrak penggajian.
(c) Jika persaraan itu berlaku pada umur 55 tahun atau pada umur wajib untuk
bersara di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia dengan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
38/91
syarat penggajian telah berjalan sekurang-kurangnya 10 tahun dengan majikan
yang sama.
_____________________________________________________________
8.4 Pampasan Kerana Kehilangan Penggajian___________________________________________________________________________
Pampasan yang dibayar kepada seorang pekerja kerana kehilangan penggajian adalah
dikecualikan sepenuhnya jika kehilangan penggajian disebabkan oleh keuzuran
pembayar cukai itu. Walau bagaimanapun di dalam keadaan lain, pampasan adalah
dikecualikan sebanyak RM 4,000 bagi tiap-tiap satu tahun penuh perkhidmatan
dengan majikan yang sama.
Contohnya, pada penamatan kerja, Encik Ali menerima RM 27,000 sebagai pampasan
kerana kehilangan penggajian. Dia telah berkhidmat dengan syarikat itu selama 6
tahun 10 bulan. Jumlah pampasan bagi kehilangan penggajian yang boleh
dikecualikan daripada cukai ialah :
RM 4,000 x 6 = RM 24,000
Dari itu, baki RM 3,000 (RM 27,000 - RM 24,000) dikenakan cukai sebagai
sebahagian daripada pendapatan kasar daripada penggajian untuk tahun berkenaan.
___________________________________________________________________________
8.5 Faedah___________________________________________________________________________
Bagi maksud cukai pegangan sebanyak 5 %, seorang individu yang bermastautin di
Malaysia dikecualikan cukai ke atas faedah (laba atau keuntungan dalam kes Skim
Perbankan Tanpa Faedah) seperti berikut :
(a) Faedah yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaun
simpanan dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).
(b) Faedah atau bonus yang terakru di atas wang yang didepositkan dengan BSN
di bawah skim Simpanan Dari Pendapatan.
(c) Faedah yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaunsimpanan sehingga RM 100,000 dengan suatu koperasi berdaftar, Bank
Pertanian Malaysia, Malaysia Building Society Berhad, Borneo Housing
Mortgage Finance Bhd. atau institusi-institusi lain yang diluluskan oleh
Menteri Kewangan.
(d) Bonus yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaun
simpanan dengan Lembaga Tabung Haji.
(e) Faedah yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaunsimpanan sehingga RM 100,000 dengan suatu bank atau syarikat kewangan
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
39/91
yang berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989
(ABIK 1989).
(f) Faedah yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaun
simpanan tetap (termasuk perakuan simpanan boleh niaga) sehingga RM
100,000 bagi tempoh tidak melebihi dua belas bulan dengan Bank Pertanian
Malaysia, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd., Bank Simpanan Nasional,Borneo Housing Mortgage Finance Bhd., Malaysia Building Society Berhad,
atau suatu bank atau syarikat kewangan yang berlesen di bawah Akta Bank
dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
(g) Faedah yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam mana-mana akaun
simpanan tetap (termasuk perakuan simpanan boleh niaga) bagi tempoh
melebihi dua belas bulan dengan Bank Pertanian Malaysia, Bank Kerjasama
Rakyat Malaysia Bhd., Bank Simpanan Nasional, Borneo Housing Mortgage
Finance Bhd., Malaysia Building Society Berhad, atau suatu bank atau syarikat
kewangan yang berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan1989.
(h) Laba atau keuntungan yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam
mana-mana akaun simpanan sehingga RM 100,000 di bawah Skim Perbankan
Tanpa Faedah dengan suatu bank atau syarikat kewangan yang berlesen di
bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta Bank Islam
1983, Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.
(i) Laba atau keuntungan yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam
mana-mana akaun pelaburan sehingga RM 100,000 bagi tempoh tidak
melebihi dua belas bulan dengan suatu bank atau syarikat kewangan yangberlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau Akta
Bank Islam 1983, Bank Kerjasama Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.
(j) Laba atau keuntungan yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam
mana-mana akaun pelaburan bagi tempoh dua belas bulan atau lebih di bawah
Skim Perbankan Tanpa Faedah dengan suatu bank atau syarikat kewangan
yang berlesen di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 atau
Akta Bank Islam 1983.
(k) Laba atau keuntungan yang terakru di atas wang yang didepositkan dalam
mana-mana akaun pelaburan sehingga RM 100,000 bagi tempoh dua belas
bulan atau lebih di bawah Skim Perbankan Tanpa Faedah dengan Bank
Kerjasama Rakyat dan Bank Simpanan Nasional.
(l) Simpanan dengan Lembaga Urusan Tabung Haji (LUTH).
(m) Bonus daripada akaun simpanan.
(n) Faedah yang diperolehi dari sekuriti-sekuriti Kerajaan Malaysia dan bonus
korporat yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat awam yang disenaraikan diBursa Saham Kuala Lumpur (selain daripada faedah dari stok-stok pinjaman
yang boleh ditukar kepada saham-saham ekuiti).
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
40/91
(o) Faedah yang diperolehi dari bon yang dikeluarkan oleh syarikat yang
dikadarkan oleh Agensi Rating Malaysia Berhad (selain daripada faedah dari
stok-stok pinjaman yang boleh ditukar kepada saham-saham).
(p) Faedah yang diperolehi dari Bon Simpanan Malaysia yang dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia.
___________________________________________________________________________
8.6 Dividen___________________________________________________________________________
(a) Dividen yang dibayar oleh syarikat dari akaun yang dikecualikan.
(b) Dividen daripada sebuah syarikat kerjasama (koperasi).
___________________________________________________________________________
8.7 Pengagihan Daripada Unit Amanah Yang Diluluskan___________________________________________________________________________
(a) Dividen (pengagihan) daripada Amanah Saham Bumiputra adalah
dikecualikan sepenuhnya mulai tahun taksiran 1990 dan tahun-tahun taksiran
berikutnya.
(b) Dividen daripada pertubuhan Unit Amanah yang diluluskan dan mempunyai
90% atau lebih daripada pelaburannya dalam sekuriti Kerajaan.
___________________________________________________________________________
9. DERMA DAN SUMBANGAN ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
9.1 Derma Wang Tunai___________________________________________________________________________
Anda juga layak mendapat potongan untuk :
(a) Derma wang yang dibuat kepada Kerajaan, Kerajaan Negeri, Majlis Tempatanatau sebuah institusi atau pertubuhan yang diluluskan.
(b) Derma wang untuk kemudahan perpustakaan yang dibuka kepada orang awam
dan sumbangan untuk perpustakaan awam, perpustakaan sekolah dan institusi
penggajian tinggi tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.
___________________________________________________________________________
9.2 Hadiah Artifek, Manuskrip Atau Lukisan___________________________________________________________________________
Potongan dibenarkan bagi tahun asas yang berkenaan, satu amaun yang bersamaan
dengan nilai yang ditentukan oleh Jabatan Museum dan Antikuiti atau Arkib Negara
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
41/91
bagi apa-apa hadiah artifek, manuskrip atau lukisan (tidak berbentuk wang) yang
dibuat kepada kerajaan atau kerajaan negeri.
___________________________________________________________________________
9.3 Sumbangan Untuk Manfaat Orang-Orang Cacat___________________________________________________________________________
Potongan dibenarkan bagi tahun asas yang berkenaan, satu amaun yang bersamaan
dengan hadiah berbentuk wang atau sumbangan barangan (nilai ditentukan oleh pihak
berkuasa) bagi peruntukkan kemudahan di tempat-tempat awam untuk manfaat orang-
orang cacat.
___________________________________________________________________________
9.4 Sumbangan Kepada Pusat Rawatan/Perubatan___________________________________________________________________________
Potongan dibenarkan bagi tahun asas yang berkenaan, satu amaun yang bersamaandengan hadiah berbentuk wang atau kos atau nilai (yang disahkan oleh Kementerian
Kesihatan), berhubung dengan apa-apa sumbangan bagi peralatan perubatan yang
dihadiahkan oleh anda dalam tahun itu kepada mana-mana pusat rawatan yang
diluluskan oleh Kementerian (Maksimum RM 20,000).
___________________________________________________________________________
9.5 Hadiah Lukisan___________________________________________________________________________
Potongan dibenarkan bagi tahun asas yang berkenaan, satu amaun yang bersamaan
dengan nilai sebarang hadiah lukisan (yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara
atau Balai Seni Lukis Negeri) yang dihadiahkan oleh anda dalam tahun itu kepada
Balai Seni Lukis Negara atau Balai Seni Lukis Negeri.
SUMBANGAN YANG DIBENARKAN SEBAGAI POTONGAN DARI
PENDAPATAN AGREGAT : LAMPIRAN C
___________________________________________________________________________
10. PELEPASAN INDIVIDU ___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
10.1 Pelepasan Individu___________________________________________________________________________
Pelepasan individu ialah suatu potongan yang diberi untuk anda, isteri dan anak-anak,
rawatan perubatan ibubapa, perbelanjaan perubatan penyakit serius, perbelanjaan
untuk membeli peralatan asas individu cacat dan sebarang premium insurans
nyawa/caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan atau Kumpulan Wang Pencen
yang diluluskan, premium insurans untuk pelajaran atau manfaat perubatan danpremium anuiti yang dibeli melalui skim anuiti KWSP. Potongan itu akan ditolak
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
42/91
daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Anda hanya layak mendapat
pelepasan tersebut di atas jika anda bermastautin di Malaysia.
___________________________________________________________________________
10.2 Pelepasan Untuk Diri Sendiri Dan Saudara Tanggungan
___________________________________________________________________________
Anda akan diberikan pelepasan secara automatik seperti berikut :
(a) RM 8,000 untuk diri sendiri dan saudara tanggungan (berkuatkuasa mulai
tahun taksiran 2000 berasaskan tahun semasa).
(b) RM 5,000 untuk individu yang hilang upaya.
___________________________________________________________________________
10.3 Pelepasan Untuk Yuran Pendidikan___________________________________________________________________________
Anda boleh menuntut potongan sehingga maksimum RM 2,000 atas perbelanjaan
pelajaran kajian saintifik, teknologi dan vokasional. Tuntutan hendaklah disokong
dengan resit asal.
___________________________________________________________________________
10.4 Perbelanjaan Untuk Rawatan Perubatan Ibubapa___________________________________________________________________________
Anda boleh menuntut potongan sehingga maksimum RM 5,000 berkaitan denganperbelanjaan rawatan perubatan ibubapa. Tuntutan hendaklah disokong dengan resit
asal daripada doktor yang mengesahkan bahawa ia telah memberi rawatan kepada
ibubapa anda.
___________________________________________________________________________
10.5 Perbelanjaan Untuk Rawatan Penyakit Serius___________________________________________________________________________
Anda boleh menuntut potongan sehingga maksimum RM 5,000 berkaitan dengan
perbelanjaan rawatan penyakit serius atas diri sendiri, isteri atau anak. Jika isteri andamembuat bayaran tersebut, pelepasan sehingga maksimum RM5,000 akan diberikan.
Sekiranya isteri tidak mempunyai jumlah pendapatan, di bawah taksiran bersama,
jumlah pelepasan maksimum yang dibenarkan bagi suami dan isteri terhad kepada
RM5,000. Tuntutan hendaklah disokong dengan resit asal dan perakuan daripada
doktor yang mengesahkan bahawa ia telah memberi rawatan kepada anda, isteri dan
anak-anak. Semua tuntutan hendaklah disokong dengan resit dan pengesahan daripada
pengamal perubatan yang berdaftar.
___________________________________________________________________________
10.6 Pelepasan Untuk Membeli Peralatan-Peralatan Sokongan Asas Individu
Cacat___________________________________________________________________________
-
7/24/2019 panduan percukaian individu
43/91
Anda boleh menuntut potongan sehingga maksimum RM 5,000 untuk pembelian apa-
apa alat sokongan asas untuk diri sendiri, isteri, anak atau ibubapa yang cacat.
___________________________________________________________________________
10.7 Isteri___________________________________________________________________________
Anda boleh membuat tuntutan sebanyak RM 3,000 sebagai pelepasan isteri, jika isteri
anda tinggal bersama anda dan isteri anda tidak ditaksir berasingan (Rujuk para 14.2).
Anda juga boleh menuntut pelepasan tambahan RM 2,500 jika isteri cacat.
___________________________________________________________________________
10.8 Bekas Isteri___________________________________________________________________________
Jika anda telah bercerai dengan isteri dan dikehendaki membayar alimoni atau
bayaran nafkah, anda dibenarkan membuat tuntutan pelepasan ke atas jumlah bayaran
yang dilakukan tertakluk kepada maksimum RM 3,000. Bagaimanapun, jika anda
berkahwin semula jumlah pelepasan masih terhad kepada RM 3,000.
___________________________________________________________________________
10.9
top related