bab 8. projek.pentaksiran.moral

Upload: zaradi-lestari

Post on 07-Feb-2018

252 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    1/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    1

    BBBaaabbb888:::

    PPPEEENNNGGGGGGUUUNNNAAAAAANNNPPPRRROOOJJJEEEKKKUUUNNNTTTUUUKKKPPPEEENNNTTTAAAKKKSSSIIIRRRAAANNNPPPEEENNNDDDIIIDDDIIIKKKAAANNNMMMOOORRRAAALLL

    Di akhir bab ini, anda harus boleh:

    Menerangkan ciri-ciri kerja projek Menjustifikasi penggunaan projek sebagai alat pentaksiran

    Menjelaskan prosedur menggunakan projek sebagai teknik

    pentaksiran

    8.1 Mukadimah

    8.2 Apa itu Projek?

    8.3 Apa yang Ditaksir Menggunakan Projek?

    8.4 Mereka Bentuk Projek yang Berkesan

    8.5 Masalah Penggunaan Projek

    8.6 Projek Berkumpulan

    8.7 Pentaksiran Kendiri

    8.8 Pentaksiran Dirumah

    Rujukan

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    2/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    2

    Di samping menggunakan ujian objektid dan esei, kaedah lain mentaksir pelajar juga

    digunakan. Dalam bab ini, kita akan menumpukan kepada penggunaan projek sebagai

    alat pentaksiran.

    Projek boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan, dan mungkin aktiviti di

    rumah atau di luar sekolah. Projek berasaskan pendekatan konstruktivis dimanapelajar terlibat dengan pembinaan memembina idea baru berdasarkan pengetahuan

    sedia ada. Katz & Chard (1989) telah mengenal pasti ciri-ciri berikut tentang projek:

    Berpusatkan pelajar

    Masalah yang disiasat bermakna kepada pelajar

    Fenomena yang dikali boleh diperhatikan secara langsung dalam persektaran

    mereka

    Membawa kepada kesedaran tentang budaya setempat

    Peluang untuk pelajar berinteraksi dengan pelajar lain

    Peluang membuat refleksi dan pentaksiran kendiri Produk yang dihasilkan boleh dikongsi

    Sesuatu projek itu boleh boleh dilaksanakan dalam masa yang tersedia. Dengan projek

    pelajar digalakkan keluar daripada bilik darjah. Projek bertujuan memperkayakan

    pengalaman pelajardalam bilik darjah dengan memberi pelajar berpeluang melihat

    aplikasi konsep-konsep pendidikan moral dalam dunia seharian. Contohnya, projek

    membersihkan halaman rumah orang tua.

    Guru akan mengadakan sesi brainstorming dengan pelajar bagi mendapatkan idea

    untuk projek mereka, membincangkan kemungkinan dan pilihan, membantu pelajar

    membina soalan-soalan yang dapat memandu perjalanan projek, menentukan bahan &kemudahan yang diperlu, tarikh-tarikh penting dan sebagainya (Bryson, 1994;

    Rankin, 1993). Secara umumnya, tedapat DUA jenis projek: Projek Berasaskan

    Kajian dan Projek Berasaskan Produk.

    Projek Berasaskan Kajian: Pelajar dikehendaki menyelesaikan masalahdengan menjalankan sesuatu kajian. Pelajar mengemukakan soalan yang

    hendak dijawab atau masalah yang hendak diselesai. Kemudian pelajar

    mengumpulkan data melalui soal selidik, temu bual atau pemerhatian.

    Contohnya, pelajar ingin menebual penghuni rumah orang tua untuk

    mengetahui masalah-masalah yang dihadapi. Berdasarkan penyiasatan ini, satu

    laporan dihasilkan.

    8.1 Mukadimah

    8.2 Apakah itu Projek?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    3/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    3

    Projek Berasaskan Produk: Pelajar menghasilkan sesuatu produk sepertiobjek, persembahan, pameran dan sebagainya. Contohnya, pelajar

    menjalankan kerja amal seperti membersihkan pantai, melawat rumah kanak-

    kanak yatim dan sebagainya.

    Projek kini digunakan dalam berbagai-bagai mata pelajaran kerana didapat digunakan

    untuk mentaksir keupayaan pelajar bekerjasama yang merupakan kemahiran yang

    diperlukan dalam dunia pekerjaan. Penglibatan dalam projek mendekati pelajar

    dengan dunia sebenar (real world) dan menyedikan mereka dengan pengetahuan,

    kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan menghadapi cabaran-cabaran abad ke 21.

    Tujuan mentaksir projek pendidikan moral ialah untuk menilai sama ada murid:

    mengetahui, memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia

    menggunakan pemikiran yang matang berasaskan nilai moral

    berkomunikasi berasaskan nilai moral

    membuat keputusan dengan berasaskan nilai moral

    menyelesaikan masalah berasaskan nilai moral

    menghayati keharmonian antara manusia dan alam sekitar

    mengamalkan nilai-nilai yang murni dengan penuh iltizam

    Pentakrisan projek pendidikan merupakan sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran dan dilakukan secara berterusan. Berikut ini disenaraikan dengan lebih

    terperinci apakah yang ditaksir menggunakan projek:

    APLIKASI PENGETAHUAN

    Kebolehan merancang sesuatu projek dengan mengaitkan berbagai-bagai

    jenis bidang ilmu

    Mengembangkan dan menilai idea dan maklumat yang dapat diaplikasi

    kepada projek

    Kebolehan memilih bahan dan kaedah yang relevan yang dapat diaplikasi

    kepada projek

    KOMUNIKASI

    Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas dan koheren dalam bentuk

    bertulis dan lisan

    Kebolehan membincang dengan guru dan meminta bantuan bagaimana

    menjalankan projek

    Kebolehan menghasilkan laporan yang merupakan penyelesaian masalah

    yang dikaji

    8.3 Apakah yang Ditaksir Menggunakan Projek?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    4/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    4

    KOLABORASI

    Menguasai kemahiran kolaboratif dengan bekerja dalam kumpulan dengan

    pelajar lain untuk mencapai matlamat bersama

    PEMBELAJARAN KENDIRI Kebolehan belajar dengan sendiri tanpa bantuan

    Kebolehan mereflek tentang proses pembelajaran sendiri

    Kebolehan menyimpan log tentang kemajuan kerja

    Kebolehan menilai dengan menulis atau mengatakan secara lisan proses kerja

    dan keputusan

    [sumber:Harwell, S., & Blank, W. (1997). Connecting high school with the real

    world. ERIC Document Reproduction Service No. ED407586]

    Mentaksir prestasi pelajar dalam tugasan projek agak berlainan daripada peperiksaanmenggunakan ujian objektif dan soalan esei. Ia menguji keupayaan sekumpulan

    pelajar melaksanakan projek. Ini menjadikan tugas mentaksir kemajuan pelajar lebih

    rumit berbanding ujian kertas dan pensil di mana semua pelajar dinilai menggunakan

    satu skema pemarkahan.

    MENTAKSIR PRODUK, PROSES ATAU KEDUANYA?

    Sejak awal, guru hendaklah memastikan sama ada projek digunakan untuk menilai

    produk atau proses atau kedua-duanya. Sekiranya anda ingin mentaksir proses,

    banyak manakah markah akan diperuntukkan untuk proses. Juga penting ialahkriteria dan bagaimana menggunakannya untuk mentaksir proses.

    'Saya task kira apa kamu buat

    dalam projek. Yang saya

    mahu tahu ialah produk akhir

    dan bagaimana kamu

    mencapai matlamat, itu

    terpulang kepada kamu.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    5/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    5

    Apakkah sebenarnya yang dimaksudkan dengan 'proses'?Guru dan pelajar

    harus jelas apa yang dimaksudkan dengan proses. Contohnya, sekiranya anda

    ingin mentaksir 'tahap interaksi' dalam kalangan pelajar dalam kumpulan,

    mereka perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan interaksi tinggi atau

    interaksirendah.

    Haruskah guru melibatkan dirinya dalam kerja-kerja setiap kumpulan atau

    bergantung kepada pentaksiran kendiri atau pentaksiran rakan sebaya. Tentunya,

    tidak mungkin guru dapat melibatkan diri di dalam kerja-kerja semua kumpulan.

    Banyak manakah pentaksiran harus berumpu kepada produk dan banyak mana

    pula memumpu kepada proses? Semakin ramai yang menyedari peri pentingnya

    mentaksir kedua-dua proses dan produk sesebuah tugasan projek.

    Berikut ini ialah senarai semak yang boleh digunakan untuk MENILAI PROSES bagi

    projek pendidikan moral.

    Berkomunikasi

    Ya Tidak

    Harga Diri Berkeyakinan diri

    Menjaga maruah diri

    Hemah Tinggi Bercakap sopan

    Berbudi pekerti

    Toleransi Bertolak ansur

    Bersabar

    Berupaya mengawal diri

    Kesederhanaan Bersederhana dalam perlakuan

    Bersederhana dalam pertuturan

    Kebebasan Bersuara Bebas berucap

    Bebas mengeluarka fikiran

    Sikap Keterbukaan Memberi dan menerima pandangan

    Memberi dan menerima kritikan

    Hidup Bersama

    Secara Aman Mengamalkan keharmonian dalam

    kehidupan

    Saling Membantu &

    Bejerjasama Berusaha bersama

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    6/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    6

    Membuat Keputusan

    Ya Tidak

    Bertanggung jawab Sanggup memikul tugas Sanggup melaksanakan

    tugas

    Toleransi Bertolak ansur

    Bersabar

    Berupaya mengawal diri

    Mematuhi Peraturan dan Undang-

    Udang Menerima peraturan

    Mematuhi peraturan

    Sikap Keterbukaan Memberi pandangan /pembaharuan / kritikan

    Menerima pandangan /pembaharuan / kritikan

    Hidup Bersama Secara Aman Mengamalkankeharmonian dalam

    kehidupan

    Memyelesaikan Masalah

    Ya Tidak

    Toleransi Bertolak ansur

    Bersabar

    Berupaya mengawal diri

    Kebebasan Bersuara Bebas mengeluarkanfikiran

    Sikap Keterbukaan Memberi pandangan /pembaharuan / kritikan

    Menerima pandangan /pembaharuan / kritikan

    Hidup Bersama Secara Aman Mengamalkan

    keharmonian dalam

    kehidupan

    Saling Membantu & Bekerjasama Berusaha bersama

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    7/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    7

    Kriteria Pemarkahan Umum Untuk Projek

    100 -90% Cemerlang dan kerja yang unggul, mencapai standard profesional.Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja menunjukkandaya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja menunjukkan bakatdan keaslian yang tinggi.

    89-80% Cemerlang dan kerja yang telah dekembangkan dengan baik, mencapaistandard profesional. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat baik.Kerja menunjukkan daya kerativiti dan imaginasi yang tinggi. Kerjamenunjukkan bakat dan keaslian.

    79-70% Kerja yang sangat baik dan hampir mencapai standard profesional.Kemahiran teknikal dan ekspresif yang sangat tinggi. Kerja menunjukkandaya kreativiti dan imaginasi yang sangat baik. Kerja menunjukkankeaslian.

    69-60% Standard kerja yang baik. Kemahiran teknikal dan ekspresif yang baik.Kerja menunjukkan dayakreativiti dan imaginasi yang baik. Kerjamenunjukkan terdapatnya keaslian.

    59-50% Standard kerja yang boleh diterima. Kemahiran teknikal dan ekspresifmemadai. Kerja menunjukkan kecekapan dalam kriteria yang ditaksir,tetapi mungkin mempunyai kekurangan daripada segi kerativiti dan

    keaslian.

    49-40% Standard kerja yang agak terbatas. Kemahiran teknikal dan ekspresif yangterhad. Kerja menunjukkan beberapa kelemahan dalam criteria yangditaksir dan kelemahan dalam kreativiti atau keaslian.

    39-30% Kerja yang terbatas, yang gagal memenuhi standard yang dikehendaki.Kemahiran teknikal dan ekspresif yang lemah. Kerja menunjukkankelemahan yang ketara dalam criteria yang ditaksir.

    29-20% Kerja yang lemah. Kemahiran teknikal atau ekspresif yang lemah. KerjaMenunjukkan kelemahan yang asas dan ketara dalam kriteria yang

    ditaksir.

    19-10% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan kurang usaha.Terdapat kurang kemahiran teknikal atau ekspresif. Kerja menunjukkanbanyak kelemahan dalam kriteria yang ditaksir.

    9-1% Kerja yang sangat lemah atau kerja yang menunjukkan tiada usaha yang

    serius telah dibuat.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    8/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    8

    Terdapat berbagai jenis projek dan tidak ada satu cara yang betul untuk mereka

    bentuk dan mengimplementasi sebuah projek. Dalam mereka bentuk projek, beberapa

    soalan perlu dipertimbangkan. Adalah penting agar semua orang yang terlibat jelastentang matlamat projek tersebut. Anda mungkin terperanjat bahawa ramai guru tidak

    pasti kenapa mereka menggunakan projek untuk mentaksir pelajar mereka. Guru

    harus membuat panduan yang menjelaskan elemen penting dalam projek dan

    jangkaan-jangkaan guru. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi

    pertimbangan (Bottoms & Webb, 1998):

    Situasi atau Masalah

    Satu atau dua ayat menerangkan isu atau masalah yang projek tersebut cuba

    menangani. Contohnya, mengkaji penebangan hutan, pencemaran sungai,

    kadar jenayah di kawasan setinggan, budaya lepak di pasaraya dalamkalangan belia, pelajar di kafe internet dalam waktu sekolah dan sebagainya.

    Penjelasan dan Matlamat Projek

    Suatu penjelasan yang padat tentang matlamat utama projek dan bagaimana

    ia menangani situasi atau masalah. Contohnya; pelajar akan mengkaji,

    menjalankan kajiselidik, dan membuat usulan tentang bagaimana pelajar

    dapat membantu mengurangkan pencemaran sungai. Hasil kajian akan

    dipersembahkan dalam makalah, brochure, pameran atau laman web.

    Spesifikasi Pelaksanaan

    Apakah projek?

    Bagaimana projek digunakan sebagai pentaksiran dalam pendidikan

    moral?

    Apakah pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ditaksir

    menggunakan projek?

    Bezakankan antara pentaksiran produk dan pentaksiran proses

    Jelaskan kriteria yang digunakan untuk mentaksir projek pendidikan

    moral.

    8.4 Mereka Bentuk Projek

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    9/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    9

    Sebuah senarai kriteria atau standard yang projek itu harus penuhi.

    Peraturan

    Garis panduan menjalankan projek. Masukkan garis waktu dan sasaran

    jangka pendek seperti: menyelesaikan temubual pada tarikh tertentu,

    menyiapkan kajian pada tarikh tertentu.

    Senarai Peserta Projek Serta Peranan Masing-Masing

    Peranan ahli kumpulan dan sekiranya warga masyarakat terlibat, kenal pasti

    peranan mereka.

    Pentaksiran

    Bagaimana prestasi pelajar akan dinilai. Dalam tugasan projek, proses

    pembelajaran dinilai beserta dengan hasilnya.

    SEBELUM MEREKA BENTUK PROJEK:

    Kenal pasti Matlamat dan Objektif Pembelajaran. Kemahiran atau konsep-konsep

    khusus apakah yang pelajara akan belajar? Herman, Aschbacher, and Winters (1992)

    telah mengenal pasti lima soalan untuk dipertimbangkan semasa menentukan

    matlamat pembelajaran:

    1. Kemahiran kognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?(untukmenggunakan algebra untuk menyelesaikan masalah harian, untuk menulis

    dengan meyakinkan).

    2. Kemahiran sosial dan afektif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?(mengembangkan kemahiran belajar berkumpulan).

    3. Kemahiran metakognitif apakah yang saya ingin pelajar kembangkan?(membuat refleksi tentang proses penyelidikan yang digunakan, menilai

    keberkesanannya, dan menentukan kaedah penambahbaikan).

    4. Masalah jenis apakah yang saya ingin pelajar harus boleh selesaikan? (tahubagaimana menjalankan penyelidikan, mengaplikasi kaedah saintifik).

    5. Konsep dan prinsip apakah yang saya ingin pelajar boleh aplikasikan?

    (mengaplikasi prinsip-prinsip asas dalam biologi dan geografi dalamkehidupan mereka, memahami hubungan-hubungan sebab-kesan)

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    10/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    10

    PERKARA-PERKARA BERIKUT ADALAH PENTING UNTUKDIPERTIMBANGKAN:

    Adakah pelajar mempunyai capaian yang mudah kepada sumber-sumber yangmereka per lukan? Ini sangat penting sekiranya pelajar menggunakan teknologi

    khusus atau kepakaran dalam bidang dalam masyarakat.

    Adakah pelajar tahu menggunakan sumber-sumber tersebut? Pelajar-pelajaryang mempunyai pengalaman yang sedikit tentang komputer, misalnya, mungkin

    memerlukan bantuan tambahan untuk menggunakannya.

    Adakah pelajar mempunyai mentor atau jurulatih untuk menyokong merekadalam kerja mereka?Mentor-mentor ini mungkin dalam atau sekolah.

    Adakah pelajar jelas tentanf peranan dan tanggungjawab setiap orang dalamkumpulan mereka?

    Steinberg (1998) menyediakan sebuah senarai semak untuk mereka bentuk projek

    yang berkesan (lihat Jadual dihalaman sebelah). Senarai semak tersebut boleh

    digunakan di sepanjang proses bagi membantu guru dan pelajar merancang dan

    mengembangkan sebuah projek, serta mentaksir samada projek tersebut berjaya

    memenuhi matlamat pembelajaran.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    11/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    11

    Senarai Semak untuk Projek

    [sumber: adaptasi A. Steinberg (1998). Real learning, real work: School-to-work as high school reform. New York, NY: Routledge]

    Autentik

    Adakah projek lahir daripada masalah atau persoalan yang bermakna kepadapelajar?

    Adakah projek itu sama dengan projek yang dijalankan oleh orang dewasa dalammasyarakat atau tempat kerja?

    Adakah projek itu memberi pelajar peluang menghasilkan sesuatu yangmempunyai nilai atau makna kepada pelajar, menjangkau sekolah?

    Usaha Akademik Adakah projek itu membolehkan pelajar memeroleh dan mengaplikasi

    pengetahuan yang penting dalam satu atau lebih disiplin ilmu?

    Adakah projek itu mencabar pelajar menggunakan kaedah penyelidikan daripadasatu atau lebih disiplin ilmu (e.g., berfikir seperti seorang ahli sains)?

    Adakah pelajar mengembangkan kemahiran berfikir tahap tinggi (e.g., mencaribukti, menggunakan berbagai sudut pandang)?

    Aplikasi Adakah pelajar menyelesai masalah yang berdasarkan pekerjaan atau kehidupan

    sebenar (e.g., mereka bentuk projek, menyusun atur suatu acara)

    Adakah pelajar perlu memeroleh dan menggunakan kemahiran yang dijangkadalam persekitaran pekerjaan berprestasi tinggi (e.g., kerja berpasukan,penyelesaian masalah, komunikasi, atau teknologi)?

    Adakah projek memerlukan pelajar mengembangkan kemahiran pengurusan diridan organisasi?

    Pengembaraan Aktif Adakah pelajar meluangkan masa yang banyak membuat kerja lapangan, di luar

    sekolah?

    Adakah projek itu memerlukan pelajar melibatkan diri dalam kerja penyiasatansebenar, menggunakan berbagai kaedah, media, dan sumber?

    Adakah pelajar dikehendaki menjelaskan apa dia telah pelajari melalui sebuahpresentasi atau persembahan?

    Hubungan Orang Dewasa Adakah pelajar perlu berjumpa dan memerhati orang dewasa yang mempunyai

    pengalaman dan kepakaran yang relevan?

    Adakah pelajar dapat bekerjasama dengan rapat dengan sekurang-kurangnnya satuorang dewasa?

    Adakah orang dewasa dan pelajar itu berkolaborasi dalam mereka bentuk danmentaksir projek itu?

    Amalan Pentaksiran Adakah pelajar selalu membuat refleksi tentang pembelajarannya, menggunakan

    kriteria jelas yang dia terlibat dalam pembinaannya?

    Adakah orang dewasa daripada luar masyarakat membantu pelajarmengembangkan kesedaran tentang standard dalam kehidupan sebenar daripadakerja sebagini?

    Adakah kerja pelajar ditaksir secara berkala menggunakan berbagai kaedah,

    termasuk portfolio dan pameran?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    12/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    12

    Antara Projek Pendidikan Moral yang boleh dijalankan ialah:

    bergotong royong membersihkan kawasan

    mengindahkan atau mencantikkan kawasan membimbing calon lain terutama yang lemah dalam pelajaran atau permainan

    menyediakan kemudahan sekolah seperti papan tanda dan peti surat

    membaikpulih perabot sekolah

    membersihkan taman rekreasi

    mengumpul bahan-bahan bacaan untuk perpustakaan

    membuat kerja amal di rumah orang tua atau anak yatim

    membantu ibu bapa

    melakukan kerja-kerja amal lain yang memberi kebaikan kepada masyarakat

    Guru yang ingin menggunakan projek sebagai alat pengajaran dan juga sebagai alat

    pentaksiran harus berhati-hati tentang beberapa masalah yang mungkin timbul.

    Thomas (1998) telah mengenal pasti masalah-masalah berikut semasa menjalankan

    pengajaran berasaskan projek:

    Menyelaraskan matlamat projek dan matlamat kurikulum mungkin sukar.Lebih menyukarkan, ibubapa tidak sentiasa menyokong projek apabila mereka

    tidak dapat melihat perkaitannya dengan pentaksiran pembelajaran secara

    keseluruhannya.

    Projek selalunya mengambil masa yang lebih daripada jangkaan dan gurumemerlukan masa yang banyak untuk menyediakan projek yang baik dan

    authentic.

    Pelajar selalu kurang jelas tentang apa yang diperlukan. Guru perlumenyediakan struktur, panduan dan bimbingan secukupnya tentang bagaimana

    menjalankan projek.

    Perkembangan kakitangan yang intensif harus ada; guru tidak secaratradisinya bersedia menggabungjalin kandungan dengan aktiviti sebenar.

    8.5 Masalah-Masalah dengan Penggunaan Projek

    Apakah perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam mereka bentuk

    projek sebagai alat pentaksiran dalam pendidikan moral?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    13/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    13

    Sumber yang diperlukan untuk tugasan projek mungkin tidak tersedia danmungkin juga terdapat kurang sokongan daripada pihak pentadbiran.

    Ada guru mugkin kurang biasa dengan mentaksir projek.

    Bekerja dalam kumpulan sudah menjadi lumrah dalam proses pembelajaran

    memandangkan ramai telah menyedari manafaat kerja kolaboratif berkumpulan

    kepada pelajar. Apabila kumpulan bekerja dengan baik, pelajar akan belajar lebih dan

    menghasilkan hasil pembelajaran yang lebih tinggi mutunya.

    Apakah beberapa MANAFAAT MEMBUAT PROJEK SECARA

    BERKUMPULAN?

    Pembelajaran rakan sebaya boleh mempertingkatkan mutu keseluruhanpembelajaran pelajar. Kerja berkumpulan mempertingkatkan kefahaman

    pelajar. Pelajar saling belajar daripada rakan yang lain dan mendapat manafaat

    daripada aktiviti-aktiviti yang memerlukan mereka bertutur dan menguji

    pengetahuan mereka. Kerja kumpulan memberi peluang kepada pelajar untuk

    mendapat penjelasan dan memperhalusi kefahaman mereka tentang konsep-

    konsep melalui perbincangan dan latihan dengan rakan-rakan. Ramai,

    walaupun tidak semua, pelajar menyedari nilai bekerja berkumpulan dan

    ditaksir sebagai ahli sesebuah kumpulan, untuk perkembangan peribadi

    mereka. Bekerja di dalam kumpulan juga memotivasi sesetengah pelajar.Pentaksiran berkumpulan membantu pelajar membina rasa tanggungjawab:

    'Saya rasa kerana seseorang bekerja dalam kumpulan, dia tidak sanggup

    ketinggalan atau leka. Saya terpaksa terus bekerja supaya tidak mengecewakan

    rakan-rakan lain'.

    Kerja kumpulan boleh membantu mengembangkan kemahiran generik tertentuyang diingini oleh majikan. Sebagai suatu respon langsung kepada objektif

    mempersiapkan graduan dengan keupayaan berfungsi dengan berkesan

    sebagai ahli kumpulan di tempat kerja terdapat suatu trend kebelakangan ini

    untuk memasukkan kemahiran generic bersama-sama dengan pengetahuan

    khusus-mata pelajaran di dalam hasil pembelajaran di peringkat pengajian

    tinggi. Kerja kumpulan boleh membantu perkembangan kemahiran termasuk:

    o Kemahiran bekerja dalam kumpulan (kemahiran bekerja dalamdinamika kumpulan; kemahiran kepimpinan);

    o Kemahiran analitikal dan kognitif (menganalisis kehendak tugasan;membuat soalan; menginterpretasi bahan dengan kritikal; menilai kerja

    orang lain);

    o Kemahiran kolaboratif (pengurusan konflik dan penyelesaian;

    menerima kritikan intelek; fleksibiliti; tawar menawar dan kompromi);dan

    8.6 Projek Berkumpulan

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    14/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    14

    o Kemahiran pengurusan organisasi dan masa: 'Dengan bekerja dalamkumpulan telah mengubah cara saya bekerja. Saya tidak lagi dapat

    membuat semua pada saat akhir. Saya terpaksa bekerja dengan lebih

    teratur dan cekap'

    Kerja kumpulan mungkin mengurangkan beban kerja dalam mentaksir,menggred dan memberi maklum balas kepada pelajar. Kerja kumpulan, dan

    pentaksiran berkumpulan khususnya, kadang kala dijalankan dengan harapan

    untuk dapat menyelaras pentaksiran dan penggredan tugasan. Dalam erti kata

    lain, sekiranya pelajar menyampaikan kerja kumpulan, bilangan tugasan yang

    perlu ditaksir akan berkurangan dengan ketara. Prospek ini dialu-alukan oleh

    guru yang mempunyai ramai murid.

    Kriteria yang digunakan untuk menilai kerja kumpulan boleh ditentukan oleh gurusahaja ataupun oleh kedua-dua guru dan murid melalui rundingan di antara mereka.

    Ahli kumpulan boleh dirunding tentang apa yang harus ditaksir dalam sesebuah

    projek oleh guru. Yang jelas, anda harus tahu apa hasil pembelajaran yang diinginkan

    dalam projek di dalam bidang anda. Hasil pembelajaran merupakan titik tolak yang

    baik untuk menentukan kriteria untuk mentaksir sesebuah projek. Apabila hasil

    pembelajaran yang lebih umum telah difahami, anda boleh membina kriteria untuk

    memeriksa projek tersebut (lihat Jadual 5.3) yang menunjukkan kriteria pemeriksaan

    yang umum untuk projek). Secara umumnya, adalah lebih mudah untuk menentukan

    kriteria bagi mengukur produk sesebuah tugasan projek dan lebih sukar untuk

    mengukur proses-prosesyang terlibat dalam tuugasan projek. Walau bagaimanapun,

    disarankan bahawa pentaksiran produk dan proses dibuat berasingan berbandingsekaligus. [Kemudian kita akan membincangkan bagaimana proses dalam tugasan

    projek mungkin dinilai].

    Apakah masalah yang mungkin timbul semasa menggunakan

    projeck dalam pengajaran dan beri cadangan untuk

    mengatasinya.

    Bincangkan manafaat bekerja dalam kumpulan untuk projek.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    15/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    15

    SIAPAKAH YANG MENDAPAT MARKAH INDIVIDU ATAU

    KUMPULAN?

    Kebanyakan projek melibatkan lebih

    daripada satu pelajar dan manafaat kerja kumpulan

    telah dibincangkan sebelum ini. Salah satu masalah

    utama menilai projek yang melibatkan kerja

    kumpulan ialah bagaimana untuk memperuntukkan

    markah dengan adil dalam kalangan ahli

    kumpulan. Seperi yang dikatakan oleh seorang

    pelajar, Saya lebih suka guru saya memberitahu

    saya berapa banyak usaha dan kerja akan diberi

    dan banyak mana markah akan diberi untuknya.

    Adakah semua pelajar akan mendapat markahyang sama walaupun usaha mereka berbeza?

    Adakah markah diberi kepada sumbangan

    individu atau ahli kumpulan?

    Soalan-soalan ini yang mengganggu guru,

    terutamanya kerana selalu terdapat mereka yang

    menumpang dalam kumpulan projek. Berikut

    adalah beberapa cadangan bagaimana kerja

    kumpulan mungkin ditaksir seperti yang

    dicadangkan oleh Winchester-Seeto, T. (2002),

    yang bukanlah suatu senarai yang lengkap tetapi

    merupakan pilihan yang selalu digunakan danbertujuan sebagai caadangan untuk

    dipertimgbangkan semasa mereka bentuk

    pentaksiran kumpulan.

    Kaedah 1: Markah Kumpulan Bersama

    Semua ahli kumpulan menerima markah yang sama untuk kerja yang diserahkan

    tidak kira sumbangan individu. Ia merupakan kaedah yang mudah yang

    menggalakkan bekerja dalam kumpulan di mana semua ahli Berjaya atau gagalbersama. Walau bagaimanapun, ia mungkin dianggap tidak adil oleh pelajar yang

    pintar kerana mereka menganggap dikekang oleh pelajar lemah dan kemungkinan

    penumpang adalah tinggi

    Joe tidak menyumbang

    banyak untuk projek kita.

    Adakah dia akan mendapat

    markah yang sama dengan

    kita?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    16/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    16

    Kaedah 3: MarkahIndividuSetiap pelajar dalam kumpulan menyerahkan laporan individu berdasarkan tugasan

    yang diperuntukkan atau seluruh projek.

    a) Tugasan terbahagi : Daripada mula lagi, projek dibahagikan kepada bahagian-bahagian atau tugasan-tugasan berlainan dan setiap pelajar dalam kumpulan

    menyiapkan tugasan yang telah diperuntukkan kepada mereka, yang menyumbang

    kepada produk akhir kumpulan dan mendapat markah untuk tugasan tersebut.

    Kaedah ini adalah suatu cara yang lebih objektif bagi memastikan penyertaan

    individu dan mungkin memotivasi pelajar untuk bekerja keras menyiapkan tugasan

    atau bahagian masing-masing. Masalahnya ialah membahagikan projek kepadatugasan-tugasan yang sama saiznya atau tahap kerumitannya. Juga, kaedah ini

    mungkin tidak menggalakkan kolaborasi dalam kumpulan dan akan ada ahli yang

    melambatkan kemajuan kumpulan.

    b) Laporan individu: Setiap pelajar menulis dan menyerahkan laporan individuberdasarkan keseluruhan projek. Kaedah ini memastikan usaha individu dan

    mungkin dianggap oleh pelajar sebagai adil. Walau bagaimanapun, agak sukar

    untuk menentukan bagaimana setiap laporan individu harus berbeza dan pelajar

    mungkin dengan sengaja melakukan plagiat.

    Kaedah 4: Markah Individu (Peperiksaan)Soalan peperiksaan khususnya mensasarkan projek berkumpulan, dan hanya boleh

    dijawab oleh pelajar yang telah terlibat dengan mendalam dalam projek. Kaedah

    ini mungkin memotivasi pelajar belajar daripada projek berkumpulan termasuk

    belajar daripada ahli kumpulannya. Walau bagaimanapun, ia mungkin kurang

    berkesan sebab pelajar mungkin boleh menjawab soalan peperiksaan dengan

    membaca laporan kumpulan mereka. Di dalam konteks Malaysia, peperiksaan

    nasional mungkin tidak dapat memasukkan soalan-soalan seperti itu kerana ia

    melibatkan beratus ribu orang pelajar.

    Kaedah 2: Pengagihan Markah

    Pelajar dalam kumpulan memutuskan bagaimana jumlah markah harus diagihkandi antara mereka. Contohnya, sejumlah 40 markah diberi oleh guru untuk projek

    yang diserahkan. Ada 5 orang ahli kumpulan dan dengsan itu jumlah markah

    penuh adalah 5 x 40 = 200. Pelajar seterusnya berkongsi 200 markah itu

    bardasarkan sumbangan setiap orang pelajar dalam kumpulan itu; mungkin 35, 45,

    42, 38 and 40. Ini merupakan suatu kaedah yang berkesan sekiranya ahli kumpulan

    berlaku adil, amanah dan tidak berperasaan dengki di antara satu sama lain. Walau

    bagaimanapun, ada kemungkinan markah diagih dengan saksama bagi

    mengelakkan dengki mendengki di antara ahli kumpulan.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    17/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    17

    Kaedah 5: Kombinasi Purata Markah Kumpulan dan Markah Individu

    Markah kumpulan diberi kepada setiap ahli dengan suatu mechanisma untukmengubah mengikut sumbangan individu. Kaedah ini mungkin dianggap sebagai

    lebih adil daripada markah kumpulan yang dikongsi sama rata. Namun, ia memberi

    kerja tambahan kepada guru dalam menentukan sumbangan individu.

    Pentaksiran kendiri merupakan suatu proses di

    mana pelajar mempelajari tentang dirinya; sebagai

    contoh, apa yang mereka telah pelajari daripada

    projek, bagaimana mereka mempelajarinya dan

    bagaimana mereka bertindakbalas dalam situasi

    tertentu semasa menjalankan projek. Melibatkan

    pelajar dalam proses pentaksiran merupakan

    sebahagian penting dalam pentaksiran seimbang.

    Bila pelajar menjadi rakan kongsi dalam proses

    pembelajaran, mereka dapat mengenali diri mereka

    dengan lebih dekat sebagai pembaca, penulis dan

    pemikir.

    Sesetengah guru berasa kurang selesa dengan pentaksiran kendiri kerana secara

    tradisinya guru bertanggungjawab untuk semua jenis pentaksiran dalam bilik darjah,

    Yang manakah di antara LIMA kaedah memberi markah untuk

    projek berkumpulan yang anda pernah gunakan di dalam mata

    pelajaran anda?

    Berikan sebab-sebab pemilihan anda.

    Cadangkan kaedah-kaedah lain memberi markah untuk tugasan

    projek.

    8.7 Pentaksiran Kendiri dalam Projek

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    18/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    18

    dan di sini mereka menyuruh pelajar mentaksir diri mereka sendiri. Pentaksiran

    kendiri boleh mengambil berbagai bentuk:

    Perbincangan melibatkan seluruh kelas atau kumpulan kecil.

    Log refleksi.

    Senarai semak atau inventori pentaksiran kendiri.

    Temubual Guru-pelajar.

    Jenis-jenis pentaksiran kendiri ini mempunyai tema yang sama; mereka menyuruh

    pelajar menyemak kerjanya sendiri untuk menentukan apa yang mereka telah pelajari

    dan bahagian-bahagian yang mereka masih keliru. Walaupun setiap kaedah mungkin

    berbeza sedikit, semuanya memberi masa yang cukup untuk pelajar

    mempertimbangkan dengan mendalam dan menilai kemajuan mereka.

    Oleh kerana pembelajaran projek berpandukan pelajar, pentaksiran harus juga

    berpandukan pelajar. Pelajar boleh menyimpan jurnal dan log untuk mentaksirkemajuan mereka secara berterusan. Suatu esei reflektif akhir atau log boleh memberi

    pelajar dan guru maklumat tentang proses-proses berfikir, justifikasi di sebalik

    keputusan-keputusan, keupayaan membuat rumusan dan menyampaikan apa yangmereka telah pelajari. Menurut Edwards (2000), berikut adalah beberapa soalan yang

    seorang pelajar boleh bertanya kepada dirinya semasa membuat pentaksiran kendiri:

    Apakah kejayaan-kejayaan projek ini?

    Apakah yang mungkin saya lakukan untuk memperbaiki projek ini?

    Bagaimanakah saya mencapai matlamat pembelajaran saya? Apakah perkara

    yang paling sukar dalam mencapai matlamat tersebut?

    Apakah yang paling memeranjatkan saya semasa melaksanakan projek ini?

    Apakah usaha berkumpulan yang paling baik dalam kumpulan kami? Apakah

    pula usaha berkumpulan yang paling lemah?

    Apakah pandangan saya tentang pendapat orang lain yang terlibat tentang

    bagaimana projek ini berjalan?

    Apakah kemahiran-kemahiran yang saya gunakan semasa menjalankan

    projek ini? Bagaimanakah dapat saya amalkan kemahiran-kemahiran ini di

    masa hadapan?

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    19/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    19

    SOAL SELIDIK TINGKAHLAKU MURID DI RUMAH

    PERINGATAN:Sila jawab dengan jujur. Borang ini mengandungi maklumat berkaitan

    tingkahlaku anak anda. Hasil dapatan ini dapat memberi maklumat sebenarsikap dan tingkah laku anak anda.

    BAHAGIAN A:

    Nama murid: ________________________________________________

    Umur :_____________________________

    Bangsa :____________________________

    Agama :____________________________

    Nama ibu: ___________________________________________________

    Pekerjaan:___________________________

    Nama ayah: __________________________________________________

    Pekerjaan:___________________________

    Alamat ibu bapa: _______________________________________________

    _______________________________________________

    ________________________________________________

    8.8 Pentaksiran Tingkah Laku Murid Dirumah

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    20/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    20

    Bi

    l

    Pernyataan Band Ya Tidak

    1. Adakah anak anda mengemas tempat tidur sendiri selepas

    bangun dari tidur setiap hari. B4D1E1

    2. Adakah anak anda membuat bising ketika tetamu datang. B4D12E1

    3. Adakah anak anda suka menceritakan perihal keburukan

    rakan-rakannya.

    B2D9E1

    4. Adakah anak anda sering mengucapkan terima kasih

    kepada anda selepas menikmati hidangan yang anda

    sediakan.

    B3D8E1

    5. Adakah anak anda memulangkan wang baki kepada anda

    selepas membeli barang di kedai

    B5D3E1

    6. Adakah anak anda memohon maaf selepas melakukan

    kesalahan.

    B3D3E1

    7. Adakah anak anda suka berkongsi barang permainan

    dengan adik beradik atau jiran.

    B3D4E1

    8. Adakah anak anda mandi sekurang-kurangnya sekali

    sehari.

    B3D1E1

    9. Bolehkah anak anda mengucapkan terima kasih dalam

    bahasa lain selain daripada bahasa yang digunakan dirumah.

    B1D8E1

    10

    .

    Pernahkah anak anda membantu anda melakukan kerja

    rumah.

    B3D7E1

    11

    .

    Adakah anak anda sentiasa berkomunikasi dengan

    beradab sopan.

    B6D9E1

    12

    .

    Adakah anak anda bermain dengan alatan tajam semasa

    dirumah.

    B3D1E2

    13

    .

    Adakah anak anda melibatkan diri ketika anda

    membersihkan halaman rumah bersama keluarga.

    B3D14E1

    14

    .

    Pernahkah anak anda bercerita mengenai haiwan

    kegemarannya.

    B2D11E1

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    21/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    21

    KERJASAMA ANDA AMAT DIPERLUKAN DALAM MELENGKAPKAN

    SOAL SELIDIK DI BAWAH. SILA LENGKAPKAN TANDAKAN ( / ) PADA

    RUANG YANG BERKAITAN BERDASARKAN INSTRUMEN DI BAWAH:

    NAMA MURID : ....................................................................................

    KELAS : ...............................

    BIL. SOALAN 1 2

    1. Apabila ditanya anak anda tahu bahawa menggosok gigi adalah cara menjaga kebersihan

    gigi.

    2. Anak anda boleh menyenaraikan aktiviti yang dilakukan bersama adik-beradik di rumah.

    3. Anak anda boleh menyatakan cara menjaga keselamatan diri apabila diganggu orang lain.

    4. Anak anda menceritakan semula ucapan terima kasih dalam pelbagai bahasa yang

    dipelajarinya di sekolah.

    5. Anak anda boleh menerangkan kepentingan datang awal ke sekolah.

    6. Anak anda boleh menerangkan cara menjaga kebersihan kuku.

    7. Anak anda boleh menceritakan contoh benda ciptaan Tuhan.

    8. Anak anda tahu kesan tingkah laku yang bersopan.

    9. Anak anda membasuh kasutnya sendiri apabila kotor.

    10. Anak anda akan membahagi makanan dengan adik beradiknya

    11. Anak anda pernah menyatakan bahawa dia gembira apabila menerima hadiah semasa hari

    jadinya.

    12. Anak anda membantu mengemas rumah bersama ahli keluarga.

    13. Jika bergaduh dengan rakan, anak anda berani mengaku kesalahannya.

    14. Setiap pagi anak anda akan mengemaskan tempat tidurnya.

    15. Jika mendapat mendapat barang permainan baru, anak anda sering menunjuk-nunjuk

    kepada rakannya.

    16. Anak anda pernah mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah.

    17. Anak anda akan memulangkan baki wang apabila diminta ke kedai untuk membeli barang.

    18. Anak anda pernah menolong neneknya menyapu sampah.

    19. Setelah pulang dari sekolah, anak anda pernah menceritakan bahawa dia telah menyapu

    sampah di kelas.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    22/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    22

    20. Anak anda pernah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di sekolah.

    21 Anak anda jarang mengucapkan terima kasih sebagai tanda penghargaan.

    22. Setiap hari, anak anda bangun awal dan tiba awal di sekolah.

    23. Anak anda sering membantu rakannnya menyiapkan kerja sekolah.

    24. Anak anda tidak pernah membuang sampah ke dalam sungai.

    BIL SOALAN NILAI BAND

    1. Apabila ditanya, anak anda tahu bahawa menggosok gigiadalah cara menjaga kebersihan gigi.

    KASIH SAYANG(7.1.1)

    B1D1E1

    2. Anak anda boleh menyenaraikan aktiviti yang dilakukan

    bersama adik-beradik di rumah.

    KERJASAMA

    (12.1.2)

    B1D14E1

    3. Anak anda boleh menyatakan cara menjaga keselamatan

    diri apabila diganggu orang lain.

    KASIH SAYANG

    (9.1.1)

    B1D1E2

    4. Anak anda menceritakan semula ucapan terima kasih

    dalam pelbagai bahasa yang dipelajarinya di sekolah.

    BERTERIMA KASIH

    (4.1.1)

    BID8E1

    5. Anak anda boleh menerangkan kepentingan datang awal

    ke sekolah.

    BERTANG-GUNGJAWAB

    (3.1.2)

    B2D13E1

    6. Anak anda boleh menerangkan cara menjaga kebersihan

    kuku.

    KASIH SAYANG

    (7.1.1)

    B2D1E1

    7. Anak anda boleh menceritakan contoh benda ciptaan

    Tuhan.

    KEPERCAYAAN KEPADA

    TUHAN (1.1.2)

    B2D11E1

    8. Anak anda tahu kesan tingkah laku yang bersopan. HEMAH TINGGI (5.1.1) B2D9E2

    9. Anak anda membasuh kasutnya sendiri apabila kotor. KASIH SAYANG (7.1.5) B4D1E1

    10. Anak anda berkongsi makanan dengan adik-beradiknya. KEADILAN

    (8.1.4)

    B3D2E1

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    23/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    23

    11. Anak anda pernah menyatakan bahawa dia gembira

    apabila menerima hadiah.

    BERTERIMA KASIH

    (4.1.3)

    B3D8E1

    12. Anak anda membantu mengemas rumah bersama ahli

    keluarga.

    KERJASAMA

    (12.1.4)

    B3D14E1

    13. Anak anda berani mengaku kesilapannya apabila

    melakukan kesalahan.

    KEBERANIAN

    (9.1.3)

    B3D6E1

    14. Setiap pagi, anak anda akan mengemaskan tempat

    tidurnya.

    BERTANG-GUNGJAWAB

    (3.1.3)

    B4D13E1

    15. Adakah anak anda sentiasa bersahabat baik dengan

    semua rakan di kelasnya.

    KESEDERHA-NAAN

    (13.1.3)

    B4D5E1

    16. Anak anda pernah mengutip sampah dan membuangnya

    ke dalam tong sampah

    BERTANG-

    GUNGJAWAB

    (3.1.3)

    B4D11E1

    17. Anak anda akan memulangkan baki wang apabila diminta

    ke kedai untuk membeli barang.

    KEJUJURAN

    (10.1.4)

    B5D3E1

    18. Anak anda pernah menolong neneknya menyapu

    sampah.

    BAIK HATI

    (2.1.4)

    B5D7E1

    19. Setelah pulang dari sekolah, anak anda menceritakan

    bahawa dia telah menyapu sampah di kelas.

    KERAJINAN

    (11.1.3)

    B5D13E1

    20. Anak anda pernah terlibat dalam aktiviti gotong-royong di

    sekolah.

    BEKERJASAMA

    (12.1.4)

    B5D14E1

    21. Anak anda pernah mengucapkan terima kasih sebagai

    tanda penghargaan.

    BERTERIMA KASIH

    (4.1.5)

    B6D8E1

    22. Setiap hari, anak anda tiba awal di sekolah. HORMAT

    (6.1.4)

    B6D10E1

    23. Anak anda pernah membantu adiknya membuat kerja

    sekolah.

    BAIK HATI

    (2.1.4)

    B6D7E1

    24. Anak anda suka menyiram pokok bunga. KEPERCAYAAN KEPADA

    TUHAN (1.1.5)

    B6D11E1

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    24/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    24

    RUJUKAN:

    Bonthron, S., & Gordon, R. (Eds.). (1999). Service-learning and assessment:A field guide for teachers. Montpelier, VT: Vermont Department of

    Education, National Service-Learning and Assessment Study Group.

    Bottoms, G., & Webb, L.D. (1998). Connecting the curriculum to real life.Breaking Ranks: Making it happen. Reston, VA: National Association of

    Secondary School Principals.

    Bryson, E. (1994). Will a project approach to learning provide childrenopportunities to do purposeful reading and writing, as well as provide

    opportunities for authentic learning in other curriculum areas? Unpublished

    manuscript. (ERIC Document Reproduction Service No. ED392513)

    Chard, S. C. (1992). The Project Approach: A Practical Guide for Teachers.Edmonton, Alberta: University of Alberta Printing Services]

    Harwell, S., & Blank, W. (1997). Connecting high school with the realworld. ERIC Document Reproduction Service No. ED407586]

    Herman, J., Aschbacher, P., & Winters, L. (1992). A practical guide toalternative assessment. Alexandria, VA: Association for Supervision and

    Curriculum Develop-ment. (ERIC Document Reproduction Service No.

    ED352389)

    Katz, L. (1994). The project approach [ERIC digest]. Urbana, IL: ERICClearinghouse on Elementary and Early Childhood Education. (ERIC

    Document Reproduction Service No. ED368509)

    Katz, L.G., & Chard, S.C. (1998). Issues in selecting topics for projects [ERICdigest]. Champaign, IL: ERIC Clearinghouse on Elementary and Early

    Childhood Education.

    Rankin, B. (1993). Curriculum development in Reggio Emilia: A long-termcurriculum project about dinosaurs. In C.P. Edwards, L. Gandini, & G.E.Forman (Eds.), Hundred languages of children: The Reggio Emilia approach

    to early childhood education (pp. 189211). Norwood, NJ: Ablex.

    Sutherland, M. (2003). Checklist for evaluating processes in project work. East SideUnion High School District, San Jose, California.

    Steinberg, A. (1998). Real learning, real work: School-to-work as high schoolreform. New York, NY: Routledge.

    Stannard, P. (1982). Evaluating Laboratory Performance, The QueenslandScience Teacher, November Issue.

  • 7/22/2019 Bab 8. Projek.pentaksiran.moral

    25/25

    Bab 8: Penggunaan Projek untuk Menilai Pendidikan Moral

    25

    The Australian Science Teachers Association (1980). Bulletin for ScienceTeaching. 24. August Issue. Canberra.

    The National Science Teachers Association of America, (1990). Standards forthe Teaching of Science. Washington DC.

    Thomas, J.W. (1998). Project based learning overview. Novato, CA: BuckInstitute for Education.

    Winchester-Seeto, T. (April, 2002). Assessment of collaborative work collaboration versus assessment. Invited paper presented at the Annual

    Uniserve Science Symposium, The University of Sydney