konsep simulasi

Upload: bee-kem

Post on 18-Oct-2015

160 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1BAB 1

    PENGENALAN

    1.1 Pendahuluan

    Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah

    simulasi dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Seperti yang kita

    ketahui, mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk

    mengetengahkan penggunaan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah.

    Menurut Noraini Ishak dalam tulisan beliau bertajuk Teori-teori Yang Boleh Diguna Atau

    Diadaptasi Bagi Setiap Masalah bertarikh 5 Disember 2009, pengajaran dan pembelajaran

    dengan menggunakan kaedah simulasi ini adalah satu gambaran abstrak tentang situasi

    sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

    masing untuk menyelesaikan maslaah atau isu-isu yang berkaitan. Ia juga merupakan satu

    situasi yang diwujudkan utnuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan

    masalah-masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar

    wujud di dalam keadaan yang terkawal.

  • 2Terdapat beberapa jenis simulasi yang dapat digunakan sebagai satu langkah atau aktiviti

    yang boleh menarik minat pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini iaitu :

    a. Lakonan atau drama

    Berskrip

    Tanpa Skrip

    b. Sosio drama

    Pelajar cuba menyelesaikan sesebuah masalah sosial

    Pelakon diberi peranan watak sejarah dan suatu masalah atau

    isu dalam sejarah.

    c. Perbahasan

    Pemidato memegang peranan sebagai seorang tokoh sejarah

    atau sebagai seorang tokoh sejarah yang membahaskan sesuatu

    isu sejarah.

    Syarahan kecil dilakukan oleh seorang pelajar kepada rakan-

    rakan sekelas dan mereka memberi markah.

    Cth : seorang pelajar menerangkan apa yang sebenarnya dilihat

    dan dirasai oleh Marco Polo dalam pengembaraanya.

  • 3d. Simulasi Segera

    Guru memberi penerangan tentang sesuatu tajuk .

    Guru meminta pelajar memegang sesuatu peranan dan

    mengambarkan bagaimana peristiwa itu berlaku.

    Cth : Jika anda tokoh x , apakah yang akan anda lakukan ?

    Bagaimana reaksi anda terhadap ?

    e. Permainan

    Terancang dan berstruktur seperti board games dan teka

    silang kata.

    Dalam kajian ini, saya telah memilih teknik simulasi jenis sosio drama yang mana

    pelajar akan diberikan peranan dan watak yang akan melakonkan watak dalam tajuk

    yang telah dipilih dalam mata pelajaran Sejarah untuk menyelesaikan sesuatu

    permasalahan yang ditimbulkan.

  • 41.2 Penyataan Masalah

    Penyataan masalah di sini mengupas tentang mengapa mata pelajaran Sejarah kurang berjaya

    menarik minat pelajar dan dianggap sebagai satu mata pelajaran yang membosankan.

    Penyataan masalah ini dapat dilihat melalui beberapa kajian. Malah, mata pelajaran Sejarah

    ini sendiri telah dibentangkan sebagai satu mata pelajaran yang wajib diambil oleh semua

    pelajar dan wajib lulus dalam peperiksaan SPM pada tahun 2013 nanti. Kenyataan ini

    disokong oleh satu kenyataan akhbar yang mana kerajaan memutuskan untuk menaik taraf

    status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013

    (Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin).

    Pelbagai pendapat mengapa mata pelajaran Sejarah ini dijadikan sebagai satu mata pelajaran

    wajib kelak. Ramai berpendapat, rata-rata pelajar bosan dengan kaedah dan modul yang

    diguna pakai sekarang. Mata pelajaran Sejarah ini pula banyak menceritakan dan

    memfokuskan tentang tokoh-tokoh atau individu berbanding sejarah bangsa dan negara.

    Mereka seolah-olah hanya belajar mengenali tokoh. Malah, mereka perlu menghafal banyak

    topik, iaitu 8 topik dalam tingakatan 1, 10 topik dalam tingkatan 2, 7 topik dlam tingkatan 3,

    10 topik tingkatan 4 dan 9 topik dalam tingkatan 5. Jumlah keseluruhan adalah sebanyak 44

    topik. Manakala sewaktu tingkatan 4 dan 5, pelajar perlu membaca 19 topik hanya untuk

    menjawab 2 soalan dalam SPM.

  • 5Mereka merasakan pelajaran Sejarah tidak digunakan dalam kehidupan seharian sepertimana

    matematik dan sains contohnya. Mereka juga tidak tahu apa tujuan mereka belajar Sejarah.

    Malah, buku teks yang tebal dan kandungan yang tidak menarik ditambah dengan beribu-ribu

    fakta yang perlu dihafal. Mereka juga berpendapat bahawa hampir tiada majikan atau

    pekerjaan yang memerlukan mereka begitu arif tentang Sejarah.

    Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh dalam kajian mereka yang bertajuk

    Kesan Model STAD Terhadap Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah, Universiti

    Kebangsaan Malaysia menyatakan bahawa kebanyakan pelajar mempunyai tanggapan awal

    bahawa mata pelajaran sains sosial amnya dan Sejarah khususnya adalah mata pelajaran yang

    membosankan. Tanggapan awal ini akan menyebabkan pelajar kurang tumpuan dan kurang

    motivasi untuk mempelajari pelajaran sejarah.

    Menurut Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009), menyatakan

    bahawa mata pelajaran sejarah adalah merupakan mata pelajaran yang kurang diminati oleh

    pelajar dan membosankan. Begitu juga dengan kajian yang dilakukan oleh Abdul Razak dan

    Abdullah (2000) terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya dan Kuala Selangor mendapati

    pelajar-pelajar menganggap mata pelajaran sejarah ini sebagai mata pelajaran sampingan

    yang tidak mendatangkan faedah. Tanggapan ini pula dikaitkan dengan kajian oleh

    Sivachanlingam et al. (2008) yang mana menyatakan bahawa subjek sejarah yang tidak

    memberikan jaminan pekerjaan dan tidak mempunyai nilai komersial.

  • 6Hazri Jamil (2003) pula menyatakan. pengajaran dan pembelajaran sejarah adalah berbeza

    dengan mata pelajaran lain. Dalam pendidikan sejarah, pelajar bukan sahaja diajar

    mendapatkan maklumat atau pengajaran dari peristiwa sejarah dan seterusnya dapat

    merealisasikan dalam kehidupan seharian dan merancang kehidupan akan datang.

    Keberkesanan pengajaran sejarah bergantung kepada perancangan dan kualiti guru sejarah.

    Guru sejarah yang baik menunjukkan kebolehan dan keupayaan diri dari segi kualiti diri,

    sosial dan profesional. Kelemahan dari segi pengajaran masih menjadi isu utama yang

    berkaitan dengan pencapaian pelajar dalam peperiksaan SPM. Malah, corak pengajaran

    sejarah di sekolah masih bersifat tradisional dan membosankan pelajar.

    Satu kajian oleh Mohamad Sultan (2000) di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam,

    menunjukkan pengajaran sejarah di sekolah berkenaan kurang berkualiti. Malah mengikut

    Hariyono (1995), guru sejarah kurang memerhatikan sama ada maklumat tersebut dapat

    membangkitkan minat atau semangat yang boleh membentuk pelajar yang faham akan

    sejarah. Kenyataan ini disokong pula oleh Omardin (1996), Aini (1998) dan Khoo Kay Kin

    (2008) yang menyatakan bahawa pembelajaran sejarah lazimmya dijalankan dalam bentuk

    hafalan. Pelajar difokuskan dengan menitikberatkan aspek-aspek seperti mengingati tarikh,

    fakta-fakta serta pergolakan dunia yang telah berlaku beribu-ribu tahun yang lampau. Ini

    akan menyebabkan mereka mempunyai perspektif yang sempit tentang proses perkembangan

    masyarakat dan negara. Oleh itu, ramai pelajar mendapati mata pelajaran sejarah sangat

    menjemukan dan tidak merangsang pelajar untuk berfikir.

  • 7Menurut Zahara (1999), sekiranya guru mementingkan pengajaran dan yang memberi latihan

    kepada pelajar untuk berfikir, maka apabila pelajar meninggalkan alam persekolahan dan

    menjejak alaf baru, mereka akan merasa lebih yakin kerana berkebolehan dan berinisiatif

    dalam menyelesaikan masalah dan berfikiran dengan kritis dan kreatif. Sekiranya konsep

    sejarah dapat difahami dengan jelas pada peringkat awal lagi, akan dapat memupuk dan

    memperkukuhkan lagi semangat setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan

    warga dunia. Tanggapan negatif pelajar ini boleh dilenyapkan jika guru berfikiran kreatif dan

    inovatif, yang dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan

    dapat menimbulkan keseronokan di dalam kelas.

    Malah, jurnal yang ditulis oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur Atiqah T.

    Abdullah (2009), ada menyatakan bahawa isu tentang mengapa pengajaran dan pembelajaran

    Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar telah ditimbulkan dalam Mesyuarat

    Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke-170 (Pusat Perkembangan Kurikulum:

    2003). Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua

    Pengarah Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 7 Mac 2003. Tindakan susulan oleh PPK

    telah menjalankan kajian ke atas 31 buah sekolah berprestasi rendah dan sederhana Sejarah

    SPM 2002 di Semenanjung Malaysia. Kajian ini telah menunjukkan penurunan prestasi

    Sejarah SPM 2003 sebanyak 4.6%.

  • 8Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Sejarah yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah

    Pendidikan Malaysia telah diadakan pada 1 April 2004 untuk mengenal pasti masalah dan

    mendapatkan pandangan dari pihak IPTA dan guru Sejarah. Selepas daripada mesyuarat

    tersebut, sekali lagi PPK memantau sekolah berprestasi rendah Sejarah SPM 2003 di 36 buah

    sekolah di Semenanjung dan 20 buah sekolah di Sabah dan Sarawak.

    Pemantauan ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum balas mengenai persediaan

    guru Sejarah bagi melaksanakan kurikulum Sejarah (semakan) yang telah didedahkan dan

    mengukur sejauhmana kelancaran pelaksanaan kurikulum Sejarah serta pengaplikasian

    pedagogi yang telah didedahkan. Di samping itu juga ia adalah untuk mengenal pasti punca

    yang menghalang minat murid terhadap Sejarah dan penurunan prestasi Sejarah SPM 2003.

    Menurut Adnan Omar dalam tulisannya yang bertajuk Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap

    Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah,

    Universiti Utara Malaysia mengupas dengan lebih lanjut lagi berkaitan dengan usul

    mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan yang diadakan pada 7 Mac 2003.

    Walaupun terdapat peningkatan pada Kertas SPM Sejarah 1249/2 pada 2006 dan 2007,

    namun peningkatan ini hanya tertumpu kepada pelajar yang berkebolehan tinggi berbanding

    dengan pelajar dalam kumpulan sederhana dan lemah. Ini juga menjadi punca mengapa

    penurunan terhadap mata pelajaran Sejarah berlaku. Selain itu, Adnan Omar juga mengupas

    tentang mengapa Sejarah kurang berjaya menarik minat pelajar iaitu, kebosanan dan kurang

    minat pada Sejarah adalah kerana pelajar disogok dengan gaya pengajaran tradisional,

    pembelajaran yang mendatar, tiada motivasi, berpusatkan kepada guru dan penuh dengan

    hafalan fakta.

  • 9Kata-kata ini disokong dengan satu kajian yang dilakukan oleh Mohamad Sultan (2000) di

    salah sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam, yang mana beliau mendapati keseluruhan

    kajiannya menunjukkan pengajaran Sejarah di sekolah tersebut kurang berkualiti dan ini

    membuktikan bahawa pengajaran adalah berkait rapat dengan tanggungjawab guru sebagai

    penyampai ilmu manakala keberkesanan pengajaran pula ialah kejayaan guru mencapai

    objektif dalam membantu pelajar belajar.

    1.3 Kerangka Konseptual

    Rajah 1.1 : Konsep Rangka Kerja Mengenai Kaedah Simulasi Meningkatkan

    Prestasi Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tingkatan Satu.

    Masalah Pemahaman

    Fakta Sejarah

    Implikasi terhadap prestasi

    pembelajaran pelajar Tingkatan 1

    Sebab / Pemboleh

    ubah Tidak

    Bersandar

    Akibat / Pemboleh

    ubah Bersandar

  • 10

    1.4 Objektif Kajian

    Antara objektif yang disasarkan dalam kajian ini adalah :

    a) Memfokuskan kepada masalah pemahaman murid dalam pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah.

    b) Membantu mengubah pengajaran guru ke arah pendekatan yang lebih baik dalam

    meningkatkan prestasi pencapaian mata pelajaran Sejarah.

    c) Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Sejarah.

    1.5 Persoalan Kajian

    Persoalan kajian di sini adalah seperti yang berikut :

    a) Apakah faktor utama pelajar kurang minat terhadap mata pelajaran Sejarah?

    b) Apakah tingkahlaku yang ditunjukkan pelajar kurang berminat dalam mata

    pelajaran Sejarah?

    c) Apakah kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengatasi masalah kesukaran

    memahami fakta di kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan?

  • 11

    1.6 Kepentingan Kajian

    Kepentingan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan

    penggunaan kaedah yang digunakan dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar yang

    boleh menarik minat pelajar dalam satu-satu mata pelajaran.

    1.7 Batasan Kajian

    1.7.1 Masa

    Kajian ini akan dijalankan berdasarkan tempoh masa yang diberikan mengikut jadual

    yang telah ditetapkan.

    1.7.2 Sampel

    Kajian ini hanya akan dijalankan di salah sebuah kelas tingkatan satu di sekolah

    menengah.

    1.7.3 Lokasi

    Kajian ini dicadangkan akan dilaksanakan di Sekolah Menengah St. Anthony, Tenom.

    1.7.4 Tajuk

    Kajian ini hanya akan memberi fokus pada penggunaan kaedah simulasi iaitu teknik

    sosio drama dalam tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka dalam

    pengajaran Sejarah.

  • 12

    1.7.5 Skop Persepsi

    Skop persepsi dalam kajian ini adalah memfokuskan kepada pemahaman dan minat

    pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah.

    1.8 Definisi

    Definisi-definisi ini boleh dilihat dari segi defini konsep dan definisi operasional yang

    mana definisi knosep adakalanya dirujuk sebagai definisi teori yang harus

    bersandarkan kepada sesuatu teori atau lebih diperkukuhkan oleh kajian-kajian lepas.

    Ia lebih memberi maksud abstrak atau umum. Manakalah dari segi definisi

    operasional pula ialah definisi yang digunakan oleh penyelidik untuk menjelaskan

    responden, pembolehubah yang hendak diuji atau dimanipulasikan dalam kajian. Ia

    memberi gambaran bagaimana konsep yang hendak dikaji itu boleh diperhatikan atau

    dimanipulasikan.

    1.8.1 Kaedah Simulasi

    Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, simulasi bermaksud perbuatan (latihan dll)

    yang berasaskan atau menggunakan sesuatu yang direka atau dibuat-buat

    tetapi yang mirip kepada atau hampir dengan yang sebenarnya. Dari aspek

    kajian ini, simulasi membawa maksud sesuatu situasi sebenar yang

    memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-

    masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

  • 13

    1.8.2 Meningkatkan Prestasi

    Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Empat, meningkatkan prestasi ini

    dapatlah didefinisikan sebagai satu usaha untuk memajukan diri untuk

    mencapai hasil atau mutu yang diperolehi atau dicapai dalam menjalankan

    sesuatu tugas. Dalam aspek kajian ini pula meningkatkan prestasi di sini

    bermaksud berusaha untuk meninggikan lagi hasil pencapaian pelajar agar

    dapat menanam rasa minat terhadap mata pelajaran Sejarah sekaligus dapat

    meningkatkan peratusan pencapaian mata pelajaran Sejarah ke arah yang lebih

    baik.

    1.8.3 Pelajar

    Pelajar pula adalah seseorang yang ingin belajar yang juga dikenali sebagai

    penuntut atau murid. (Kamus Pelajar). Dalam aspek kajian ini, pelajar yang

    dimaksudkan adalah golongan remaja berumur dalam lingkungan 13 tahun

    yang belajar dalam suatu komuniti iaitu sekolah.

    1.8.4 Sejarah

    Sejarah didefinisikan sebagai peristiwa yang benar-benar berlaku pada waktu

    yang lampau, kisah, riwayat, tambo: cerita yang disangka dongeng itu menjadi

    fakta iaitu sesudah dijumpai bukti-bukti yang mengesahkannya. Manakala

    dalam aspek kajian ini, Sejarah adalah satu mata pelajaran yang diajar di

    sesebuah sekolah.

  • 14

    Menurut Siagan (1987), simulasi ialah suatu metodologi untuk melaksanakan

    percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem nyata. Manakala Hasan

    (2002), simulasi merupakan satu model pengambilan keputusan dengan mencontoh

    atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari suatu sistem kehidupan dunia nyata

    tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang sesungguhnya. Simulasi adalah suatu

    teknik yang dapat digunakan untuk memformulasikan dan memecahkan model-model

    dari golongan yang luas. Golongan atau kelas ini sangat luas sehingga dapat dikatakan

    jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi (Schroeder, 1997). Dalam kajian

    ini, simulasi merujuk kepada satu aktiviti bagi menarik minat pelajar dalam suatu

    pembelajaran.

    Menurut sumber lain, simulasi adalah tiruan perbuatan yang hanya pura-pura.

    Simulasi yang berasal daripada perkataan simulate yang bermaksud pura-pura atau

    perbuatan seolah-olah. Beberapa buku yang meghuraikan tentang simulasi ini sering

    menggunakan perkataan simulasi sebagai satu istilah permainan. Robinson (1996)

    menyatakan bahawa simulasi sering bertukar nama kepada permainan. Oleh yang

    demikian, dapatlah disimpulkan di sini bahawa simulasi adalah peniruan atau

    perbuatan yang bersifat meniru suatu peristiwa seolah-olah seperti peristiwa yang

    sebenar.

  • 15

    1.9 Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, kaedah simulasi merupakan satu kaedah yang sesuai

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan prestasi

    pelajar dalam mata pelajaran Sejarah ini. Kajian ini juga bertujuan untuk mellihat

    sejauhman keberkesanan penggunaan kaedah simulasi terhadap nilai patriotisme,

    sikap pelajar terhadap Sejarah dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah

    khususnya dalam kajian yang dijalankan di salah sebuah sekolah menengah di Daerah

    Tenom ini.

  • 16

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.1 Pendahuluan

    Di dalam bab ini membincangkan tentang kajian-kajian literatur yang berkaitan

    dengan kajian yang akan dijalankan terutamanya yang melibatkan pembelajaran yang

    menggunakan kaedah simulasi sebagai satu kaedah untuk meningkatkan prestasi

    pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Simulasi ini dapat meningkatkan motivasi dan

    perhatian pelajar terhadap topik-topik yang diajar dan meningkatkan keterlibatan

    secara langsung pelajar dengan guru. Beberapa kajian literatur yang berkaitan dengan

    penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran ini dapat dilihat

    bagi meningkatkan prestasi pelajar dalam satu-satu mata pelajaran terutama dalam

    mata pelajaran Sejarah ini.

  • 17

    2.2 Pelbagai Pendapat dan Pandangan Mengenai Simulasi

    Satu kajian yang dijalankan oleh Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, dan Nur

    Atiqah T. Abdullah (2009), menyatakan bahawa mata pelajaran Sejarah ini sendiri

    memainkan peranan penting dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi negara

    khususnya dalam pembentukan masyarakat yang seimbang dan harmonis dari segi

    intelek, rohani, emosi dan jasmani di samping mempunyai daya fikir yang tinggi.

    Oleh yang demikian, penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran mata pelajaran Sejarah ini adalah penting untuk meningkatkan prestasi

    pelajar di samping menarik minat pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Ini dapat

    dilihat dari definisi simulasi itu sendiri yang mana simulasi memainkan peranan

    penting dalam melaksanakan percubaan dengan menggunakan model dari satu sistem

    nyata (Siagan, 1987) dan simulasi itu sendiri merupakan satu model pengambilan

    keputusan dengan mencontohi atau mempergunakan gambaran sebenarnya dari satu

    sistem (Hasan, 2002).

    Menurut satu kajian bertajuk Guru Sejarah MRSM Yang Berkesan Kaedah

    Pengajaran Sejarah, kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang dapat mewujudkan

    satu situasi untuk menyerupai keadaan sebenar dan ia melibatkan pelajar-pelajar

    melakonkan sesuatu perkara (secara berpura-pura) dalam suatu suasana yang

    terancang.

  • 18

    Satu kajian oleh Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol

    Rahim Ahmad, Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam kajian mereka bertajuk

    Kajian Tindakan Dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan

    Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi, menyatakan bahawa

    simulasi adalah satu pengajaran yang amat berkesan yang membolehkan para guru

    mencapai objektif pembelajaran dari segi isi kandungan, konsep, kemahiran dan sikap

    yang juga boleh memperbaiki kesihatan mental dan memudahkan kreativiti. Simulasi

    juga adalah suatu situasi pembelajaran dalam keadaan terkawal dan sengaja

    diwujudkan sama dengan situasi sebenar. Tujuannya adalah untuk menjalankan

    latihan demi untuk menyelesaikan masalah.

    Kumpulan pengkaji ini juga menyatakan, dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    di dalam bilik darjah, kaedah simulasi digunakan untuk membolehkan para pelajar

    berlatih sendiri aktiviti lakonan dalam keadaan yang teratur dan terkawal dengan

    tujuan mengemukakan cara penyelesaian untuk satu-satu masalah yang ditimbulkan

    yang mana masalah-masalah yang ditimbulkan itu melibatkan satu kajian yang rumit,

    masalah disiplin atau peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian.

    Noraini Ishak (2009), dalam penulisan beliau bertajuk Teori-teori, Strategi Yang

    Boleh Digunakan atau Diadaptasi Bagi Setiap Masalah menulis bahawa kaedah

    simulasi itu sendiri mampu meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran,

    pelajar akan bergerak aktif serta maningkatkan tahap pencapaian pelajar dalam satu-

    satu mata pelajaran.

  • 19

    Kenyataan ini disokong oleh satu kerangka teoritikal yang berkaitan dengan simulasi

    iaitu kerangka teoritikal terbahagi kepada dua pembolehubah, iaitu pembolehubah

    bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Berdasarkan kajian yang ingin

    dijalankan, pembolehubah tidak bersandar adalah kaedah pengajaran guru contohnya

    kaedah simulasi, manakala pembolehubah bersandar pula adalah minat pelajar

    terhadap pengajaran guru. Ini bermaksud pemboleh ubah bersandar iaitu minat

    bergantung kepada pemboleh ubah tidak bersandar iaitu (kaedah simulasi) kaedah

    yang digunakan oleh guru.

    Rajah 1.2 : Kerangka Teoritikal Simulasi

    Dalam kajian ini kita dapat melihat bahawa mata pelajaran Sejarah sebagai satu mata

    pelajaran yang penting dalam bidang pendidikan dan dalam kehidupan kita sehari-

    hari. Nur Jannah (2010), dalam artikelnya yang bertajuk Penggunaan ICT di dalam

    Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah juga ada menyentuh tentang penggunaan

    kaedah simulasi sebagai satu kaedah yang boleh membantu meningkatkan prestasi

    dan minta murid terhadap mata pelajaran Sejarah ini.

    Simulasi

    Minat

    Aktif

    Pencapaian

  • 20

    Apabila dilihat sendiri dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan

    Empat (2002), telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran

    dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Antara teknik yang dicadangkan adalah

    penggunaan kaedah simulasi. Beliau menambah lagi dalam tulisannya, kaedah

    simulasi dan tutorial multimedia merupakan satu kaedah pengajaran yang terbaik

    sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan

    bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).

    Mohd Nor Izwan Sulaiman dalam penulisannya bertajuk Kaedah dan Teknik

    menyatakan bahawa Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi

    sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan

    masing-masing untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu.

    Ezani Yusoff (Bob) dalam penulisannya bertajuk Teknik Pengajaran dan

    Pembelajaran menyatakan bahawa simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang

    diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar

    berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat

    keputusan menyelesaikan masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para

    pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat,

    menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. Dalam

    proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan

    dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

  • 21

    Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui

    teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan

    terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat mewujudkan

    pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk

    meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

    Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris dalam kajian mereka

    bertajuk Simulasi Menerusi WEB menyatakan bahawa pembelajaran rangkaian

    komunikasi tanpa melalui pengalaman memasang atau menguji rangkaian sebenar

    menyukarkan pelajar untuk menguasai sesuatu mata pelajaran. Salah satu cara yang

    boleh digunakan untuk mewujudkan suasana pembelajaran melalui pengalaman

    adalah menerusi simulasi. Oleh yang demikian, ia berpotensi meningkatkan

    pengalaman pembelajaran individu terutamanya pada era teknologi maklumat yang

    semakin berkembang pesat dan maju ini.

    Menurut M. Alessi dan Stanley (2001), simulasi sering digunakan untuk

    menggantikan proses pembelajaran yang berbentuk handson yang tidak dapat

    dijalankan di dalam bilik darjah. Simulasi dapat memberi pengalaman kepada pelajar

    bagaimana sesuatu teori atau konsep diaplikasikan di dalam masalah sebenar (Alessi

    & Trollip, 2001). Pembelajaran menerusi simulasi merupakan salah satu strategi

    pengajaran yang terbukti berkesan dalam meningkatkan mutu pembelajaran dari

    pelbagai aspek (Van Berkum dan De Jong, 1991).

  • 22

    Pembelajaran berkesan melalui simulasi juga dapat dipersembahkan melalui sistem

    berkomputer unutk menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah. Kenyataan ini

    disokong oleh De Jong (1991) yang menyatakan bahawa terdapat banyak pendekatan

    dan pembelajaran menerusi simulasi ini seperti pendekatan dan pembelajaran

    menerusi simulasi berkomputer seperti analisis, eksperimen dan pengajaran. Menurut

    beliau lagi, menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran

    mempunyai beberapa kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar

    aktif dalam ekplorasi dan belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan

    berkaitan dengan teori pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer

    lebih kepada pembelajaran menerusi pengalaman yang memerllukan sokongan dari

    pengajar atau sistem bagi memastikan simulasi yang digunakan adalah efektif.

    Selain itu, kajian oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), simulasi

    berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi

    dalam dunia pendidikan kerana struktur internet yang luas serta mudah dicapai pada

    bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform komputer yang

    digunakan.

    Kajian yang dilakukan oleh Lorenz et al. (1997), menegaskan bahawa WWWS dapat

    meningkatkan teknik simulasi dan dapat berfungsi sebagai alat atau model yang boleh

    digunakan oleh pelajar dan yang paling utama ia boleh digunakan secara global.

  • 23

    Mengikut teori-teori pembelajaran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner (1966)

    dan Lev Vygotsky (1978), pengajaran berkesan adalah suatu keadaan yang

    menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna melalui interaksi sosial,

    penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan berlebihan kepada guru atau

    pensyarah. Kenyataan ini disokong oleh Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai

    pengajaran yang dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu

    pendekatan yang membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi

    simulasi.

    Keberkesanan simulasi dalam proses pengajaran dan pemahaman tidak dapat

    disangkal lagi kerana terdapat banyak bukti penyelidikan yang telah dijalankan serta

    diterbitkan dalam persidangan tahunan mengenai simulasi menerusi web dalam SCS

    dan Winter Simulation dan dalam isu khas mengenai jurnal-jurnal simulasi

    terutamanya simulasi berasaskan web (Fishwick dan Hill, 1999).

    Pelbagai pendapat dapat dikenalpasti berkaitan dengan simulasi ini iaitu menurut Les

    Pang & Hodson (1999), menyatakan bahawa simulasi dapat menghasilkan tindakbalas

    yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan

    mengupah seorang guru bagi setiap pelajar, membolehkan pelajar meningkatkan serta

    melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan

    meningkatkan kos serta mungkin membahayakan pelajar serta dapat menyediakan

    peralatan bagi membantu dan membimbing pelajar dalam menyediakan struktur

    kajian kes.

  • 24

    Ini terbukti dengan peningkatan pembelajaran yang efektif yang merupakan sesuatu

    yang penting dalam menyelesaikan kes-kes kerana menerusi simulasi pelajar dengan

    mudah dapat mengaitkan kes dengan pengalaman yang telah dilalui. Simulasi juga

    telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan

    pelajar lebih inovatif dan kreatif.

    Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Gokhale (1996), beliau merumuskan

    bahawa integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui aktiviti

    tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar. Tunjuk ajar dari aktiviti simulasi boleh

    digunakan sebagai alternatif bagi memotivasikan pelajar kepada menerokai dan

    membina kemahiran pelajar.

    Beberapa elemen motivasi boleh didapati pada kebanyakan simulasi (Keller &

    Suzuki, 1998); Malone & Lepper, 1987); Alessi & Trollip, 2001). Menerusi simulasi

    juga pemindahan pembelajaran dapat dilaksanakan sama ada berbentuk kemahiran

    atau pengetahuan dalam satu situasi yang dilaksanakan kepada situasi yang lain

    (Clark & Voogel, 1985). Simulasi adalah satu pembelajran yang baik dalam

    memindahkan kemahiran atau pengetahuan ke dunia sebenar. Simulasi juga mudah

    disesuaikan dalam pelbagai bentuk pembelajaran. Simulasi biasanya memenuhi

    kehendak pengguna sama ada mempersembahkan bahan-bahan atau memandu dan

    menunjukkan pengguna cara-cara tertentu bagi melakukan aktiviti. (Alessi & Trollip,

    2001).

  • 25

    2.3 Kesimpulan

    Sebagai kesimpulannya, dapat dinyatakan di sini bahawa kaedah simulasi adalah satu

    kaedah atau cara yang paling sesuai dalam membantu guru meningkatkan prestasi

    pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dan di samping itu juga simulasi ini

    sedikit sebanyak dapat membantu untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari

    satu-satu mata pelajaran dengan lebih baik dan efisien. Oleh yang demikian, dalam

    kajian ini, kaedah simulasi dapat digunakan sebagai satu kaedah untuk meningkatkan

    prestasi pelajar dan menarik minat pelajar dalam mata pelajaran Sejarah.

    Memandangkan mata pelajaran ini telah dianggap sebagai satu mata pelajaran yang

    membosankan dan langsung tidak menarik minat pelajar dalam mempelajarinya.

    Oleh itu, pelbagai kaedah dibuat dengan menggunakan kaedah simulasi ini

    termasuklah penggunaan simulasi dalam sistem berkomputer dan pembelajaran

    simulasi menerusi web yang telah dibincangkan tadi. Ini akan dapat membantu

    dengan lebih mudah menarik minat pelajar dalam menjalankan satu-satu aktiviti yang

    berkaitan dengan mata pelajaran yang mereka kurang minat dan sekaligus dapat

    menarik minat mereka untuk mendalami mata pelajaran tersebut khusunya mata

    pelajaran Sejarah.

  • 26

    BAB 3

    METODOLOGI PENYELIDIKAN

    3.1 Pendahuluan

    Kajian ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian iaitu :

    a) Sejauhmanakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran

    dan pembelajaran Sejarah?

    b) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Sejarah dapat membantu pelajar meningkatkan prestasi?

    c) Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

    Kajian ini memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan pelajar dalam mengaplikasikan

    penggunaan kaedah simulasi sosio drama dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di

    dalam kelas. Penggunaan kaedah simulasi ini akan digunakan dalam tempoh yang ditetapkan

    dan berdasarkan kepada kaedah kajian yang dipilih. Di akhir kajian, data-data akan

    dikumpukan dan dianalisis bagi mengetahui sama ada soalan kajian dapat dijawab.

  • 27

    3.2 Rekabentuk Kajian

    Reka bentuk kajian yang digunakan di sini adalah dengan menggunakan pendekatan

    kuantitatif yang mana pengkaji melihat hubungan pembelajaran menggunakan kaedah

    simulasi dengan penglibatan aktif pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah, iaitu

    kaedah sebelum dan selepas kaedah simulasi koperatif ini dilaksanakan di dalam bilik

    darjah. Kajian ini melibatkan lima peringkat iaitu :

    Rajah 1.3 : Peringkat peringkat Kajian

    Tujuan isu / masalah yang hendak dikaji

    Refleksi / Penilaian Kendiri

    Pemerhatian / Penilaian Tindakan

    Pelaksanaan Tindakan

    Perancangan Tindakan

  • 28

    Merujuk kepada Rajah 1.2 iaitu peringkat-peringkat kajian, kajian yang hendak

    dijalankan ini menggunakan lima peringkat utama iaitu meneliti kepada tujuan isu

    atau masalah utama yang hendak dikaji dalam kajian penyelidikan ini. Tujuan isu atau

    masalah yang hendak dikaji ini adalah melibatkan apakah masalah utama yang

    dihadapi oleh seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

    dalam mata pelajaran Sejarah di kalangan pelajar Tingkatan Satu. Melihat kepada

    permasalahan yang telah dibincangkan sebelum ini, yang mana kaedah yang

    digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini tidak dapat menarik minat

    murid dan tidak dapat melibatkan murid secara aktif dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran ini, maka tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauhmanakah

    keberkesanan kaedah pembelajaran yang dipilih dapat membantu dalam

    menyelesaikan masalah tersebut.

    Setelah itu, perancangan tindakan dijadikan sebagai peringkat kajian yang kedua yang

    mana suatu tindakan dirancang untuk mengatasi permasalahan yang dihadapi.

    Perancangan tindakan di sini bermaksud memilih kaedah yang sesuai digunakan

    untuk dijadikan sebagai kajian terhadap pelajar iaitu sama ada kaedah yang dipilih ini

    dapat membantu pelajar dalam melibatkan diri secara aktif di dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran di samping menarik minat mereka untuk mempelajari

    mata pelajaran ini.

    Setelah pemilihan kaedah dilakukan, pelaksanaan tindakan dijalankan iaitu dengan

    menjalankan pelbagai aktiviti ke atas murid yang dikaji iaitu pelajar dalam Tingkatan

    Satu. Soalan-soalan berbentuk soal selidik berkaitan dengan penggunaan kaedah

    simulasi terhadap pembelajaran Sejarah ini berkesan ataupun tidak. Kemudian,

    pemerhatian serta penilaian dilakukan dan hasil daripada penilaian yang dibuat, satu

    penilaian kendiri dilakukan utuk memastikan kaedah yang dipilih ini dapat membantu

    ataupun sebaliknya.

  • 29

    3.3 Populasi dan Sampel Kajian

    3.3.1 Tempat Kajian

    Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang terletak

    di daerah Tenom. Pemilihan sekolah ini sebagai tempat dan subjek kajian adalah

    berdasarkan kriteria berikut :

    i) Sekolah ini mendapat bantuan penuh kerajaan

    ii) Sekolah ini juga mempunyai kemudahan prasarana yang sesuai bagi

    melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

    iii) Para pelajar memerlukan input dan informasi terkini untuk meningkatkan lagi

    proses pembelajaran sejarah dengan kaedah-kaedah yang dapat menarik minat

    pelajar.

    3.3.2 Subjek Kajian

    Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu.

    3.3.3 Populasi Kajian

    Sasaran kajian atau populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar

    Tingkatan Satu seramai 30 orang.

  • 30

    3.4 Instrumen Kajian

    Untuk tujuan kajian ini, alat yang digunakan untuk memperolehi data ialah kertas

    ujian pra, kertas ujian pasca dan borang soal selidik. Soalan ujian pra dan ujian pasca

    ditadbir mengikut tajuk yang dipilih iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu

    Melaka. Kertas soalan ini diedarkan kepada subjek di awal dan di akhir kajian.

    Manakala borang soal selidik yang disediakan mengandungi rumusan tentang

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah

    simulasi sosiodrama dalam tajuk yang dipilih.

    3.4.1 Borang Soal Selidik

    i) Bahagian A

    Bahagian ini merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk

    mendapatkan profil guru yang terlibat mengajar mata pelajaran Sejarah.

    Antara maklumat penting yang hendak diperolehi melalui soal selidik ini

    termasuklah kelayakan akademik / ikhtisas guru, pengalaman guru mengajar

    dalam mata pelajaran Sejarah, kursus dalam perkhidmatan bagi mata pelajaran

    Sejarah yang pernah dihadiri.

  • 31

    ii) Bahagian B

    Bahagian ini pula merupakan satu senarai yang mengandungi lima masalah

    yang perlu disusun mengikut keutamaan 1 5 ( 1= masalah yang paling

    utama, 5= masalah yang paling kurang utama ). Tujuan senarai ini adalah

    untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan

    pendekatan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di

    sekolah kajian.

    iii) Bahagian C

    Bahagian ini merupakan borang soal selidik untuk mendapatkan jawapan

    daripada pernyataan dengan memilih jawapan (Ya atau Tidak). Borang soal

    selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam

    pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses soal selidik ini pengkaji akan

    dapat mencari alternatif untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

    pembelajaran objektif.

  • 32

    iv) Bahagian D

    Bahagian D merupakan borang soal selidik yang digunakan untuk

    mendapatkan maklumat bagaimana cara-cara mengatasi masalah daripada

    dapatan melalui jawapan soal selidik dengan menggunakan skala likerd

    dengan memilih satu jawapan sahaja tanpa dipengaruhi oleh jawapan orang

    lain bagi mendapatkan penilaian yang sah.

    3.2.1 Soalan Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Prosedur pembinaan atau penggubalan soalan bagi ujian pra dan ujian pasca

    dimulakan dengan membuat pelbagai rujukan seperti sukatan matapelajaran Sejarah

    tingkatan satu, buku teks dan buku ulangkaji yang terdapat di pasaran. Soalan-soalan

    ujian yang lepas juga digunakan bagi mengenalpasti kebolehpercayaan soalan

    tersebut. Setelah maklumat dikumpulkan, jadual spesifikasi ujian digubal bagi

    memastikan soalan ujian mengikut tahap pencapaian sampel kajian. Soalan ujian

    dihasilkan, ujian pra dan ujian pasca dijalankan. Selepas ujian ditadbir, analisis

    dapatan kajian dilaksanakan.

  • 33

    3.5 Prosedur Pengumpulan Data.

    Kajian dimulakan dengan memberikan taklimat ringkas tentang prosedur kerja yang

    akan dilaksanakan sepanjang kajian kepada pelajar-pelajar yang dipilih sebagai

    sampel kajian.

    Sebelum menggunakan kaedah yang ingin dikaji dalam pengajaran dan pembelajaran,

    soal selidik terhadap profil guru diberikan dengan menggunakan borang Bahagian A.

    Setelah itu, borang soal selidik Bahagian B diedarkan kepada pelajar untuk dijawab

    oleh pelajar sebagai sampel kajian ini dengan menyusun masalah mengikut

    keutamaan masalah bermula dari satu hingga yang terakhir. Ini bertujuan agar dapat

    meninjau isu atau masalah yang hendak dikaji. Hasil dapatan ini akan dijadikan asas

    untuk memperolehi maklumat yang seterusnya.

    Beberapa soalan dikemukakan kepada guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah

    secara ringkas sebelum proses pengajaran dan pembelajaran untuk tujuan tinjauan

    pengajaran dan pembelajaran. Kemudian, borang soal selidik Bahagian C diedarkan

    kepada sampel kajian untuk mengenalpasti penglibatan pelajar-pelajar dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi dalam mata

    pelajaran Sejarah. Setelah maklumat diperolehi hasil daripada soal selidik Bahagian

    A, Bahagian B dan Bahagian C diselesaikan, refleksi pengajaran dan pembelajaran

    dengan menggunakan pendekatan kaedah simulasi di sekolah kajian dibuat dengan

    bantuan guru-guru Sejarah yang lain.

  • 34

    Senarai semak juga akan digunakan dalam proses pemerhatian pengajaran dan

    pembelajaran tersebut. Akhir sekali, proses pengumpulan data ini dijalankan dengan

    mengedarkan borang soal selidik Bahagian D untuk tujuan mendapatkan maklumat

    sebagai maklum balas tentang cara-cara untuk meningkatkan kemajuan dan cara-cara

    mengatasi masalah proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

    simulasi.

    3.6 Prosedur Analisis Data

    Semua data kajian yang telah diperolehi akan dianalisis menggunakan kaedah

    kuantitatif. Kaedah diskriptif akan digunakan untuk mendapatkan peratusan dan min

    dengan jumlah sampel kajian. Penilaian bagi setiap item soalan akan menunjukkan

    tahap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah

    simulasi di kalangan pelajar. Untuk menentukan persepsi pelajar terhadap perisian

    yang digunakan, data akan ditafsir dalam bentuk peratusan dan min skor yang

    menunjukkan penerimaan yang negatif.

    Markah-markah pelajar digredkan mengikut ketetapan seperti dalam jadual di bawah,

    pelajar yang mendapat tahap pencapaian 0 30 adalah di tahap rendah yang mana

    pelajar tidak dapat mencapai tahap lulus dan ia dianggap gagal, manakala pelajar yang

    mendapat 31 70 merupakan tahap pencapaian sederhana dan pelajar adalah

    dianggap lulus tetapi mungkin pencapaian mereka boleh diperbaiki lagi.

  • 35

    Bagi pelajar yang mencapai tahap 71 100, mereka dianggap sebagai pelajar yang

    mendapat keputusan cemerlang.

    Jadual 3.1 Markah dan Tahap Pencapaian

    Tahap Pencapaian Markah %

    Tinggi 71 100

    Sederhana 31 70

    Rendah 0 30

    3.7 Kebolehpercayaan Instrumen

    Kajian kes telah dijalankan ke atas 30 orang pelajar dan dapatan menunjukkan

    kebolehpercayaan instrumen adalah kebolehpercayaan yang tinggi.

  • 36

    3.8 Kesimpulan

    Di dalam bahagian ini, aspek aspek mengenai kajian dijelaskan secara ringkas, iaitu

    respon pelajar terhadap keputusan soal selidik yang secara keseluruhannya bersetuju

    dengan kaedah simulasi digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

    Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan kaedah

    simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah ke atas prestasi pelajar-pelajar

    dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan kajian terhadap

    pelajar-pelajar dalam Tingkatan Satu di sekolah kajian. Kemudian para responden

    akan menjawab soalan ujian dan soalan soal selidik. Ujian pra akan dijawab secara

    bertulis mengikut cara tradisional iaitu berbentuk teori sahaja dengan cara membaca

    buku dan menghafal fakta-fakta untuk menjawab soalan manakala ujian pasca di

    jawab setelah menggunakan kaedah simulasi sosiodrama dijalankan dan digabungkan

    dengan pembacaan buku-buku Sejarah sebagai alat bantuan. Kemudian para

    responden akan menjawab soalan soal selidik bagi memberi respon atau persepsi

    terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah.

  • 37

    Kajian ini dijalankan di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom yang melibatkan 30

    orang sampel dalam Tingkatan Satu. Dalam kajian ini, instrumen kajian pelajar terdiri

    daripada dua kertas ujian iaitu kertas Ujian Pra dan kertas Ujian Pasca dan satu set

    soalan soal selidik untuk menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.

    Ujian Pra dan Ujian Pasca digunakan untuk mengesan pencapaian pelajar sebelum

    dan selepas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi bagi

    tajuk Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka. Soal selidik pula diberikan untuk

    menentukan persepsi pelajar tentang keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

    Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi di kalangan pelajar tingkatan satu bagi

    tajuk yang dipilih.

    Prosedur pengumpulan data adalah sama dengan ujian-ujian yang dijalankan di

    sekolah. Soalan yang ada diedarkan kepada setiap pelajar seramai 30 orang dan

    mereka dikehendaki menjawab semua soalan dalam masa 1 jam. Setelah itu, kertas

    soalan yang telah dijawab akan dikumpul untuk diperiksa dan dibuat analisis. Begitu

    juga dengan soalan soal selidik yang diberikan kepada pelajar akan dikumpul untuk

    diperiksa dan dibuat analisis. Ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar

    terhadap pengajaran dan pembelajaran sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi.

  • 38

    Dalam prosedur analisis data, setiap item dalam soal selidik akan dianalisis. Hasil

    dapatan akan dikira dalam bentuk peratusan. Manakala dalam Ujian Pra dan Ujian

    Pasca, pemarkahan berdasarkan kepada tiga kumpulan iaitu cemerlang, sederhana dan

    lemah. Markah ujian pra dan ujian pasca akan dikira dalam bentuk peratusan dan

    diberi gred. Rajah 1.3 menunjukkan carta alir penggunaan instrumen kajian.

    Set Soal Selidik diedarkan

    Set Soal Selidik dikumpulkan

    Memeriksa

    Menganalisis

    Keputusan

    Rajah 1.4 Peringkat Pelaksanaan Instrumen Kajian

  • 39

    BAB 4

    HASIL KAJIAN

    4.1 Pengenalan

    Kajian ini adalah kajian deskriptif yang dikendalikan dengan menggunakan ujian pra,

    ujian pasca dan soal selidik. Dalam mengendalikan kajian ini, kertas ujian pra dan ujian

    pasca disediakan. Selain itu, borang soal selidik juga diedarkan untuk subjek kajian yang

    dipilih. Kajian ini juga berbentuk kajian kes mengenai keberkesanan penggunaan kaedah

    simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah di kalangan pelajar-pelajar

    Tingkatan Satu.

    4.2 Profil Responden

    Kajian ini melibatkan seramai 30 orang responden yang merupakan pelajar-pelajar

    Tingkatan Satu di Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.

  • 40

    4.3 Dapatan Kajian

    Data kajian yang diperolehi daripada ujian pra dan ujian pasca serta soal selidik. Analisis

    data dijalankan untuk menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi

    dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat membantu pelajar dalam memahami

    tajuk yang diajarkan oleh guru.

    4.3.1 Dapatan Ujian Pra

    Pada awal kajian, ujian pra telah ditadbir bagi memperolehi meklumat awal tentang

    prestasi pelajar yang dipilih. Didapati bahawa, semasa ujian dijalankan 20% pelajar

    sukar untuk menjawab soalan yang diedarkan. Oleh yang demikian, keputusan ujian

    diperolehi ialah pelajar dapat menjawab soalan ujian pra dengan baik. Keputusan

    ujian ini dapat dilihat melalui Jadual 4.1

    Jadual 4.1 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pra

    Tahap Pencapaian MarkahKawalan

    Jumlah Peratus %Tinggi 71-100 14 46.7

    Sederhana 31-70 12 40Rendah 0-30 4 13.3Jumlah 30 100

  • 41

    4.3.2 Dapatan Ujian Pasca

    Dalam ujian pasca seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.2, didapati bahawa

    pencapaian pelajar kumpulan kawalan menunjukkan peningkatan selepas pendekatan

    diberikan. Peningkatan ini dapat dilihat melalui Jadual 4.2.

    Jadual 4.3 menunjukkan perbezaan analisis markah bagi pelajar dalam ujian pra dan

    ujian pasca.

    Jadual 4.3 Perbezaan Pencapaian Di antara Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Tahap Pencapaian

    Ujian Pra

    Ujian Pasca

    Tinggi46.7 73.3

    Sederhana40 26.7

    Rendah13.3 0

    Jadual 4.2 Pencapaian Pelajar dalam Ujian Pasca

    Tahap Pencapaian MarkahKawalan

    Jumlah Peratus %Tinggi 71-100 22 73.3

    Sederhana 31-70 8 26.7Rendah 0-30 0 0Jumlah 30 100

  • 42

    Merujuk kepada Jadual 4.3, perbezaan dapat dilihat iaitu peningkatan sebanyak 26.6%

    bagi tahap pencapaian tinggi dan ini menyebabkan jumlah tahap sederhana berkurang

    sebanyak 13.3%. Kebanyakan pelajar dapat menjawab soalan dalam Ujian Pasca dengan

    baik berbanding dengan Ujian Pra yang diberikan pada awal sesi pembelajaran sebelum

    pengajaran pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi sosiodrama

    diperkenalkan kepada pelajar dalam kelas tersebut. Ini bermakna sebagai kesimpulannya,

    pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini lebih menarik

    minat semua pelajar dan mereka dapat menumpukan sepenuh perhatian mereka terhadap

    pembelajaran yang telah diajarkan terutama dalam topik yang berkaitan dengan sejarah.

    Semua data yang diperolehi dianalisis menggunakan komputer. Program yang digunakan

    adalah Program Microsoft Excel. Dalam kajian ini statistik deskriptif seperti frekuensi,

    peratusan, min digunakan untuk menentukan faktor-faktor dominan yang mempengaruhi

    kaedah simulasi di kalangan pelajar-pelajar Tingkatan Satu di Sekolah menengah ST.

    Anthony, Tenom, Sabah.

    Data kajian diperolehi daripada kajian soal selidik. Analisis data dijalankan untuk

    menentukan status kajian sama ada penggunaan kaedah simulasi sosiodrama dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini dapat menggalakkan penglibatan pelajar secara

    aktif dan menarik minat mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.

  • 43

    4.3.3 Dapatan Soal Selidik

    Hasil daripada kajian soal selidik yang telah dibuat dengan menggunakan Borang B, iaitu

    senarai yang mengandungi lima masalah yang perlu disusun oleh pelajar mengikut

    keutamaan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.4 di bawah.

    Jadual 4.4 Taburan Kekerapan Masalah Pelajar Mengikut Keutamaan

    PALING UTAMA PALING KURANG UTAMA1. Tidak menunjukkan minat untuk belajar

    mata pelajaran Sejarah

    1. Tidak mempunyai persediaan untuk

    mempelajari Sejarah

    2. Tidak melibatkan diri secara aktif semasa

    proses pengajaran dan pembelajaran

    dijalankan di dalam kelas terutamanya bagi

    mata pelajaran Sejarah

    2. Tiada pengaplikasian tentang kaedah-

    kaedah yang sesuai agar penyampaian

    pengajaran dan pembelajaran lebih

    menyeronokkan

    3. Sukar memahami sesuatu konsep kerana

    kurangnya praktikal atau aktiviti yang

    menyeronokkan semasa pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah dijalankan

    3. Tiada kesedaran betapa pentingnya

    mempelajari Sejarah dalam kehidupan

    seharian

    4. Kurang minat dan kurang keyakinan diri 4. Kurang mendapat motivasi dari keluarga

    dan diri sendiri dan tidak mahu berusaha

    5. Mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai

    satu mata pelajaran yang membosankan di

    sekolah

    5. Kurang minat kerana pengajaran dan

    pembelajaran tidak dipelbagaikan

  • 44

    Dengan merujuk kepada Jadual 4.4 di atas, dapatlah dirumuskan di sini bahawa masalah

    paling utama yang dapat dilihat ialah kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran

    Sejarah di samping kurangnya penglibatan pelajar secara aktif semasa proses pengajaran

    dan pembelajaran dijalankan. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya aktiviti atau

    kaedah-kaedah yang menarik yang boleh menarik minat pelajar untuk belajar.

    Oleh yang demikian, hasil daripada kajian soal selidik berkaitan dengan masalah-masalah

    yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah inilah

    saya mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah simulasi sosiodrama sebagai

    langkah untuk menarik minat pelajar di samping melibatkan murid secara aktif dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran ini. Selain itu, beberapa kajian

    soal selidik juga dijalankan untuk mengenalpasti penglibatan pelajar dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran. Hasil kaji selidik ini dapat dilihat dalam Jadual 4.5.

    Jadual 4.5 Kekerapan Penglibatan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Bil SoalanSkala

    Ya Tidak Jumlah

    1 Saya suka membaca buku tentang Sejarah 23 7 30

    2 Saya suka mata pelajaran Sejarah 18 12 30

    3 Saya suka mengenal tokoh-tokoh Sejarah 22 8 30

    4 Saya suka membincangkan tentang sejarah-sejarah negara 16 14 30

    5Saya mendapat bantuan dari rakan-rakan untuk belajar

    10 20 30Sejarah

    6 Saya suka guru mata pelajaran Sejarah saya 25 5 30

    7 Saya suka melihat filem-filem yang berunsurkan Sejarah 12 18 30

    8 Saya selalu ketinggalan menyiapkan kerja atau tugasan saya 12 18 30

    9 Saya ada banyak buku- buku sejarah 8 22 30

    10 Saya selalu meminjam buku-buku cerita sejarah daripada rakan 28 2 30

    Jumlah 174 126 300Peratus 58 42 100

  • 45

    Merujuk kepada Jadual 4.5, setelah kajian soal selidik terhadap penglibatan pelajar

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah dijalankan, didapati 42% murid tidak

    melibatkan diri secara aktif dan menyeluruh dalam proses pengajaran dan pembelajaran

    ini. Manakala 58% murid dapat dilihat melibatkan diri secara aktif dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran ini. Oleh yang demikian, kaedah simulasi melalui

    sosiodrama dipilih untuk memastikan agar terdapat penglibatan murid dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Terdapat juga kajian yang dibuat ke atas pelajar

    tentang cara-cara untuk menangani masalah tersebut dengan tujuan untuk meningkatkan

    keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi. Hasil

    dapatan ini dapat dilihat dalam Jadual 4.6 ( Borang Soal Selidik Borang D )

    Jadual 4.6 Taburan Kekerapan Cara-cara Mengatasi Masalah

    Bil PernyataanSkala

    JumlahSTS TS S SS

    1

    Saya menyiapkan segala kerja-kerja yang disuruh

    2 8 12 8 30oleh guru dengan merujuk penerangan yang diberi

    2Saya memberi sepenuh perhatian terhadap proses

    4 5 12 9 30pengajaran dan pembelajaran Sejarah

    3Saya menerima dorongan dari rakan-rakan lain

    5 8 12 5 30untuk dapat memahami konsep sejarah dalam mata pelajaran Sejarah

    4Saya banyak mendapat dorongan dari guru-guru

    3 7 12 8 30Sejarah

    5Keluarga saya selalu mendorong untuk belajar

    5 10 10 5 30Sejarah

    JUMLAH 19 38 58 35 150PERATUS % 12.7 25.3 38.7 23.3 100

    Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju, TS = Tidak Setuju, S = Setuju, SS = Sangat Setuju

  • 46

    Dengan merujuk kepada Jadual 4.6, dapat disimpulkan di sini bahawa 23.3% murid

    memilih skala Sangat Setuju (SS) dengan cara-cara yang dicadangkan untuk

    meningkatkan prestasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran dengan

    menggunakan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

    Manakala 25.3% yang menunjukkan pelajar Tidak Setuju (TS) dan 38.7% pelajar

    Setuju (S) dengan 12.7% yang Sangat Tidak Setuju (STS) dengan cara- cara yang

    dicadangkan dalam meningkatkan prestasi serta minat pelajar dalam pengajaran dan

    pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi ini. Ringkasan Keseluruhan

    analisis soal selidik ini dapat dilihat melalui Jadual 4.7.

    Jadual 4.7 Ringkasan Keseluruhan

    Skala Kekerapan Peratus

    STS 19 12.667

    TS 38 25.333

    S 58 38.667

    ST 35 23.333

    JUM 150 100

    Petunjuk : STS = Sangat Tidak Setuju,

    TS = Tidak Setuju, S = Setuju,

    SS = Sangat Setuju

    Daripada Jadual 4.7 di atas, didapati mod dan median yang menunjukkan kekerapan

    paling tinggi adalah skala Setuju (S) yang mana kekerapan mencapai tahap 58 dalam

    lingkungan peratusan 38.667 mengikut pengiraan.

  • 47

    Oleh yang demikian, dapatlah dirumuskan di sini bahawa terdapat perspektif yang

    positif di kalangan pelajar terhadap keberkesanan penggunaan kaedah simulasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

    Terdapat juga soal selidik atau kaji selidik lain yang digunakan bagi membantu dalam

    pengumpulan data yang akan menentukan keberkesanan kaedah simulasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah ini. Setelah soal selidik dilakukan, hasil yang

    didapati daripada aktiviti soal selidik ini dapatlah dilihat dalam Jadual 4.8 yang

    menunjukkan taburan kekerapan terhadap pembelajaran dengan menggunakan kaedah

    simulasi.

    Jadual 4.8 Taburan Kekerapan Terhadap Penggunaan Kaedah Simulasi

    Bil SoalanSkala

    Ya Tidak Jumlah

    1Tugasan pembelajaran saya melibatkan kerjasama dengan pelajar lain 25 5 30

    2 Ahli dalam kumpulan bekerjasama dengan baik 18 12 30

    3Ahli kumpulan saya dapat membantu saya untuk menguasai

    10 20 30satu-satu topik

    4Saya dan rakan saya saling membantu dalam menyiapkan tugasan

    20 10 30

    5 Kami mendengar pendapat orang lain semasa perbincangan 15 15 30

    6 Saya bebas menyuarakan pendapat semasa perbincangan 10 20 30

    7 Saya sentiasa berpeluang untuk menyuarakan pendapat saya 11 19 30

    8Saya dapat mempelajari banyak perkara melalui sesi perbincangan

    17 13 30

    9 Aktiviti dalam kelas adalah menarik dan berguna 25 5 30

    10Saya boleh mencari jalan untuk meningkatkan penguasaan saya

    18 12 30dalam mata pelajaran Sejarah

    Jumlah 169 131 300Peratus 56.333 43.6667 100

  • 48

    Daripada Jadual 4.8, dapatlah disimpulkan bahawa 56.33% pelajar bersetuju dengan

    pembelajaran dengan menggunakan kaedah simulasi manakala 43.67% masih belum

    dapat menerima kaedah simulasi dijalankan di dalam pengajaran dan pembelajaran

    Sejarah di dalam bilik darjah. Namun demikian, jumlah peratusan yang tinggi

    menunjukkan penerimaan pelajar terhadap pembelajaran yang menggunakan kaedah

    simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah amat tinggi.

    4.4 Rumusan

    Hasil daripada data yang telah dikumpul jelas menunjukkan bahawa penggunaan kaedah

    simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah berupaya meningkatkan prestasi

    pelajar dalam mempelajari Sejarah dan menarik minat mereka di samping meningkatkan

    penglibatan secara aktif dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini. Berdasarkan

    statistik, perbandingan peratus amat ketara di antara ujian pra dan ujian pasca dan begitu

    juga dengan perolehan soal selidik yang dijalankan terhadap keberkesanan penggunaan

    kaedah secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah.

  • 49

    BAB 5

    PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

    5.1 Pendahuluan

    Bab ini mengandungi empat bahagian iaitu Ringkasan Kajian, Peerbincangan

    Dapatan Kajian, Kesimpulan Dapatan Kajian, Implikasi Dapatan Kajian dan

    Cadangan Kajian Lanjut. Bahagian Ringkasan Kajian akan membincangkan tujuan

    kajian, reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan

    data dan prosedur analisis data. Bahagian Perbincangan Dapatan Kajian pula

    membincangkan kesan-kesan dan pengaruh-pengaruh hasil dapatan kajian yang

    diperolehi daripada kajian telah dibuat ke atas penggunaan kaedah simulasi di dalam

    proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kesimpulan dibuat berasaskan

    perbandingan di antara keputusan ujian pra dan ujian pasca yang telah diedarkan

    kepada 30 orang pelajar kajian. Selain itu, rumusan juga dibuat berdasarkan persepsi

    yang diterima daripada pelajar berkenaan. Hasil dapatan serta jawapan bagi setiap

    persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi pelajar terhadap penggunaan

    kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah telah dihuraikan di

    dalam bab terdahulu. Oleh itu, gambaran secara menyeluruh tentang aspek-aspek

    hasil dari penilaian pelajar dan pengkaji akan diberi tumpuan di dalam bab ini.

  • 50

    Kajian ini adalah berkaitan tentang penggunaan kaedah simulasi sebagai satu alat

    yang membantu dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Kajian ini hanya

    dijalankan di sebuah sekolah sahaja, iaitu Sekolah Menengah ST. Anthony, Tenom.

    Oleh itu, dapatan kajian ini hanya merujuk kepada situasi sekolah ini sahaja.

    Penilaian kajian merujuk kepada soalan kajian iaitu :

    i) Adakah penggunaan kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran

    Sejarah dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari Sejarah?

    ii) Adakah persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah simulasi dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

    iii) Sejauh manakah keberkesanan penggunaan kaedah simulasi ini dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah?

  • 51

    5.2 Perbincangan Dapatan Kajian

    Bahagian ini membincangkan data-data yang telah diperolehi dan analisis dapatan

    kajian. Perbincangan dapatan kajian juga menyentuh tentang keberkesanan

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan mengggunakan kaedah simulasi

    ditumpukan kepada dapatan yang diperolehi daripada Ujian Pra, Ujian Pasca dan

    Soal Selidik yang telah dijalankan ke atas sampel kajian. Perbincangan ini juga

    menjurus kepada bagaimana teknik dan kaedah ini dapat membantu pelajar dalam

    meningkatkan prestasi mereka dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah ini di

    samping menarik minat mereka terhadap pembelajaran Sejarah. Secara

    keseluruhannya, penilaian ini juga dapat melihat persepsi murid ke atas pengajaran

    dan pembelajaran Sejarah melalui kaedah simulasi.

    5.2.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca

    Dengan merujuk kepada jadual 4.3, keputusan yang diperolehi yang telah

    membuktikan penggunaan kaedah simulasi telah berjaya membantu pelajar

    menangani masalah dalam menjawab soalan Sejarah secara keseluruhannya . Hasil

    kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar

    terhadap konsep sejarah untuk setiap pelajar adalah menggalakkan sekiranya mereka

    di beri pendedahan lebih awal dengan kaedah ini. Keputusan tersebut mempunyai

    persamaan pendapat dengan beberapa orang cerdik pandai dalam pengajaran dan

    pembelajaran yang menggunakan kaedah simulasi ini.

  • 52

    5.2.2 Kajian dan Pendapat

    Di antara pendapat-pendapat yang menjurus kepada hasil-hasil kajian yang telah

    dibuat antaranya ialah Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I berpendapat bahawa istilah

    sosiodrama dan bermain peranan (role playing) dalam metod merupakan dua istilah

    yang sama, bahkan di dalam pelaksanaannya dapat dilakukan dalam waktu bersamaan

    dan silih berganti. Sosiodrama dimaksudkan adalah suatu cara mengajar dengan jalan

    mendramatisasikan bentuk tingkah laku dalam hubungan sosial. Pada metod bermain

    peranan, titik tekanannya terletak pada keterlibatan emosional dan pengamatan indera

    ke dalam suatu situasi masalah yang secara nyata dihadapi.

    Pendapat lain yang menjurus kepada simulasi ini ialah pendapat daripada Hasan

    (2002) yang menyatakan bahawa simulasi merupakan satu model pengambilan

    keputusan dengan mencontoh atau memprgunakan gambaran sebenarnya dari satu

    sistem kehidupan dunia nyata tanpa harus mengalaminya pada keadaan yang

    sesungguhnya dan ini dapat menarik minat pelajar.

    Menurut Gilstrap, dengan melihat sifat tiruannya, simulasi dapat berbentuk role

    playing, sosiodrama dan permainan. Manakala Hayan, dalam bukunya yang bertajuk

    Ways of Teaching, simulasi merupakan salah satu metod yang termasuk dalam

    kumpulan role playing yang terdiri daripada sosiodrama, permainan dan drama atau

    lakonan.

  • 53

    Hayan juga berpendapat bahawa sosiodrama dalam simulasi di mana peristiwa yang

    dilakonkan oleh para pemegang watak iaitu pelajar memainkan peranan dalam

    menggambarkan peristiwa lampau seolah-olah peristiwa yang sebenarnya.

    Selain itu, pendapat Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad

    Hanifah Moideen dalam kajian mereka berpendapat bahawa kaedah sosiodrama

    dalam bilik darjah lazimnya diserapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau

    mata pelajaran yang lain seperti Sejarah. Bahkan aktiviti berunsurkan drama, begitu

    bermanfaat kepada pelajar kerana mereka akan meneroka dan meraih pelbagai

    kemahiran baik secara langsung mahupun secara tidak langsung. Sebagai contohnya,

    melalui aktiviti berdialog dengan menggunakan skrip, akan mengasuh pelajar

    membaca dan bertutur dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul dan

    jelas. Manakala melalui aktiviti gerak lakon pula, akan memupuk semangat berani

    tampil ke hadapan tanpa malu dan segan, sekaligus akan menjadikan seorang pelajar

    yang bersikap yakin diri, bertolak ansur dan seterusnya berupaya mencorakkan

    pembinaan personaliti diri yang mantap. Dan ini secara tidak langsung dapat

    membantu mereka memahami konsep sebenar dalam mempelajari Sejarah.

    Hakikatnya dari segi teori, pelaksanaan teknik drama dalam amalan pengajaran dan

    pembelajaran di bilik darjah mampu menyuburkan daya kognitif dan kemahiran sosial

    pelajar. Apa yang diharapkan agar strategi yang dirancang dengan mengaplikasikan

    beberapa teknik drama mampu memberi semangat dan dimensi baru kepada minat

    dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah khususnya dan terhadap bidang

    pelajaran amnya.

  • 54

    Kajian mengenai pembelajaran berkesan menerusi simulasi ini disokong lagi

    menerusi teori-teori pembelajran yang diutarakan oleh Piaget (1962), Bruner(1966)

    dan Lev Vygotsky(1978), yang mana menyatakan bahawa pengajaran berkesan adalah

    suatu keadaaan yang menyediakan pelajar boleh berdiri sendiri, membina makna

    melalui interaksi sosial, penemuan sendiri dan mengelakkan pergantungan kepada

    guru. Manakala menurut Hunter (1995), pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang

    dapat meningkatkan pembelajaran dalam diri pelajar. Salah satu pendekatan yang

    membantu pelajar dalam meningkatkan pengajaran adalah menerusi simulasi.

    5.2.3 Soal selidik

    Terdapat dua aspek yang akan dibincangkan hasil dapatan kajian daripada soal

    selidik. Kajian ini adalah untuk mendapatkan persepsi pelajar yang merangkumi

    aspek keberkesanan, keyakinan dan minat di kalangan pelajar dalam mempelajari

    tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka ini dengan menggunakan

    kaedah simulasi iaitu sosiodrama.

    Hasil kajian juga menunjukkan bahawa tahap penguasaan dan pemahaman pelajar

    terhadap mata pelajaran ini adalah menggalakkan sekiranya mereka di beri peluang

    dengan melakukan pelbagai kaedah yang boleh menarik minat mereka dalam

    mempelajari mata pelajaran ini dan ini akan membantu mereka agar tidak merasa

    bosan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Keputusan tersebut mempunyai

  • 55

    5.2.4 Aspek Keberkesanan

    Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan,

    menunjukkan secara keseluruhan pelajar bersetuju adanya keberkesanan dalam

    pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan menggunakan kaedah simulasi bagi

    tajuk Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Mereka berpendapat

    bahawa kaedah ini hendaklah dipraktikan pada setiap kali proses pengajaran dan

    pembelajaran Sejarah. Melalui kaedah ini pelajar bukan sahaja didedahkan dengan

    kemahiran dalam kaedah simulasi tetapi juga memperkukuhkan aspek kognitif dan

    pelbagai perkembangan dalam diri pelajar.

    Situasi ini dapat dilihat dalam matlamat pendidikan Sejarah itu sendiri yang bertujuan

    untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri sebagai

    warganegara Malaysia dan warga dunia. Melalui pengetahuan dan penghayatan

    sejarah tanahair dan sejarah negara luar yang berkaitan, para murid dapat memahami

    keadaan masyarakat dan negara serta hubungannya dengan sejarah dunia. Usaha ini

    bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara

    Malaysia.

  • 56

    Dalam buku teks Sejarah Bab 4 dalam topik Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka

    yang mana pada bahagian 4.1 dalam topik tersebut adalah tajuk yang dipilih untuk

    kajian ini iaitu Parameswara Pengasas Kesultanan Melayu Melaka. Tajuk ini

    merupakan tajuk yang boleh dikatakan amat sukar untuk dipelajari dan difahami oleh

    pelajar memandangkan tajuk ini melibatkan beberapa peranan penting dalam watak-

    watak pahlawan melayu dan pembentukan negeri Melaka itu sendiri.

    Namun demikian, kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran ini

    diharapkan agar dapat membantu pelajar untuk memahami dan menyelami situasi

    dahulu dalam keadaan kini. Ia juga memerlukan usaha yang lebih dan keyakinan

    pelajar. Usaha guru bersama pelajar amatlah diperlukan dalam menjayakan kaedah ini

    yang mana guru juga haruslah bersedia dalam menyediakan bahan-bahan yang

    diperlukan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan

    kaedah simulasi ini.

    Menyelami tajuk dan peristiwa yang berlaku semasa zaman pengasasan Kesultanan

    Melayu Melaka dan bagaimana peranan Parameswara dalam tajuk ini dapat

    memberikan pelajar pengalaman baru dari segi lakonan dan drama. Skrip disediakan

    untuk membantu pelajar dalam melakonkan watak-watak yang terlibat dalam

    pembelajaran ini. Pelajar juga diberi peluang untuk membentuk skrip sendiri

    berdasarkan kepada tajuk ini dan ini memberi peluang pelajar untuk mengembangkan

    bakat serta membuka minda mereka untuk mengetahui lebih lanjut apa yang berlaku

    pada zaman tersebut.

  • 57

    5.2.5 Aspek Motivasi

    Merujuk kepada analisis keseluruhan terhadap soal selidik yang dijalankan, keputusan

    kajian menunjukkan hampir kesemua pelajar mempunyai motivasi yang tinggi dalam

    mempelajari tajuk ini dengan menggunakan kaedah simulasi. Dapatan-dapatan yang

    releven berkaitan dengan konsep yang dipelajari meningkatkan motivasi setiap pelajar

    untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran.

    Hasil kajian menunjukkan 30 (100%) pelajar berasa seronok belajar dengan kaedah

    sosiodrama ini. Mereka seronok dengan lakonan dan watak-watak yang diberikan.

    Keadaan ini seharusnya diberi perhatian agar kajian yang akan datang lebih memberi

    tumpuan kepada individu dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam meneroka

    satu-satu konsep dalam mata pelajaran Sejarah.

    Selain itu, simulasi juga boleh digunakan dengan cara lain selain sosiodrama untuk

    menarik lebih lagi minat pelajar terhadap pelajaran Sejarah ini. De Jong (1991)

    menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa

    kepentingan. Kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi

    dan belajar sesuatu yang man pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori

    pembelajaran moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran

    menerusi pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi

    memastikan simulasi digunakan adalah efektif.

  • 58

    Dari kajian yang dijalankan oleh Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998),

    simulasi berasaskan web menjadi salah satu cara untuk memperluaskan peranan

    simulasi dalam dunia pendidikan kerana struktur Internet yang luas serta mudah

    dicapai pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja tanpa mengira platform

    komputer yang digunakan.

    Hoban dan Casberque (dalam Tornyay dan Thompson, 1982) menyatakan

    penggunaan simulasi dalam pembelajaran dapat memudahkan pelajar belajar,

    membentuk pemahaman pelajar, mewujudkan pembentukan sikap dan memotivasikan

    pelajar. Wilkins (1990), pula menyatakan antara kebaikan-kebaikan menggunakan

    simulasi yang boelh memberikan motivasi kepada pelajar ini ialah simulasi dapat

    melibatkan pelajar melakukan sesuatu sehingga meningkatkan penglibatan mereka

    secara aktif dalam pembelajaran, mendekatkan mereka dengan kenyataan-kenyataan

    sosial yang ada dalam masyarakat sebenar, dapat mengembangkan isu-isu yang dapat

    memberi petunjuk dalam mencapai hasil perbincangan, mendorong pelajar

    memotivasikan diri mereka dalam pembelajaran. Ornstein (1990), menyatakan

    simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik, hasil yang diperolehi

    daripada simulasi dengan melibatkan penggunaan beberapa teknik dan kaedah

    menjalin hubungan pelajar dengan hiburan iaitu pelajar merasa seronok dengan

    aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan kaedah simulasi ini dan ini secara tidak

    langsung dapat memotivasikan diri mereka untuk belajar. Oleh yang demikian, secara

    kesimpulannya, simulasi memberi kesempatan kepada pelajar untuk mendekatkan diri

    dengan pengalaman kehidupan yang nyata. Ia juga merupakan metod yang baik dalam

    pembelajaran Sejarah.

  • 59

    5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian

    Berdasarkan kepada dapatan kajian tentang penilaian keberkesanan menggunakan

    kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah serta persepsi pelajar

    terdapat beberapa kesimpulan iaitu :

    i) Kaedah simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah boleh diterima

    pakai bagi membantu pelajar dan guru dalam usaha memindahkan pengetahuan

    dari tenaga pengajar kepada pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

    kaedah ini diterima dengan baik oleh pelajar kerana memudahkan pelajar untuk

    memahami maklumat dengan lebih berkesan.

    ii) Kaedah simulasi seperti sosiodrama ini mampu menarik perhatian pelajar

    dengan mudah serta maklumat dapat disampaikan dengan lebih pantas

    berbanding penggunaan media yang lain. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar

    memberi tumpuan yang lebih lama terhadap aktiviti yang menggunakan kaedah

    simulasi seperti ini.

    iii) Sosiodrama sebagai satu bentuk simulasi yang bertujuan untuk menemukan

    alternatif pemecahan masalah-masalah sosial yang timbul dalam hubungan

    antara anggota sosial. Dengan menggunakan sosiodrama, pelajar dapat

    membayangkan sesuatu permasalahan sehingga terdorong untuk menemukan

    alternatif pemecahannya dan cuba untuk menyelesaikannya dalam bentuk

    simulasi.

  • 60

    5.4 Implikasi Dapatan Kajian

    Berdasarkan kepada soal selidik yang telah dilaksanakan, kesimpulan dapat dibuat

    iaitu terdapat kebaikkan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah

    simulasi ini. Untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dengan

    kaedah simulasi ini terdapat beberapa kekangan yang wujud di sekolah ini. Maka

    beberapa pendekatan yang perlu diambil bagi memastikan pelaksanaan kaedah ini

    akan dapat berjalan dengan baik pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi

    memudahkan pelaksanaan kaedah pembelajaran ini beberapa cadangan diberikan

    seperti berikut :

    5.4.1 Meningkatkan Pengetahuan Terhadap Kaedah Pembelajaran Kepada Guru

    Para guru perlu diberi pendedahan, latihan dan kursus kemahiran dalam menghasilkan

    kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pembelajaran.

    Menurut Dr. Nor Azizah Salleh, seseorang yang ingin menjalankan kajian itu samalah

    seperti seorang yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu

    menyelesaikan masalah kajian. Begitu juga dengan pendapat Md. Nasir dan Ibrahim

    Hassan (2003) menyatakan bahawa keperluan bagi setiap guru dalam melaksanakan

    tugas pengajaran dan pembelajaran berasaskan ilmu pengetahuan mereka tentang

    falsafah dan teori-teori adalah penting untuk mengetahui pendekatan, kaedah dan

    teknik yang sesuai dan patut digunakan terhadap anak didik mereka.

  • 61

    5.4.2 Melengkapkan Peralatan dan Bahan-Bahan Pembelajaran di Sekolah

    Kementerian Pendidikan hendaklah melengkapkan sekolah dengan kemudahan dan

    peralatan yang mencukupi bagi memudahkan murid-murid menjalankan aktiviti

    pembelajaran dengan baik agar guru dan pelajar mendapat faedah yang maksimum

    dalam pengajaran dan pembelajaran mereka.

    5.4.3 Pihak Ibu Bapa dan Penjaga

    Memberikan galakan yang berterusan kepada anak-anak adalah peranan yang harus

    dimainkan oleh ibu bapa atau penjaga kepada pelajar dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran anak-anak mereka terutamanya dalam pembelajaran yang melibatkan

    penglibatan murid dalam proses pembelajaran.

    5.4.4 Pelajar

    Bakat-bakat yang ada pada pelajar haruslah dititikberatkan dan memberi pelajar

    peluang untuk menunjukkan bakat mereka yang terpendam contohnya mengadakan

    sesi lakonan dan drama yang melibatkan cerita-cerita yang berkisarkan tentang

    sejarah. Ini dapat menarik minat pelajar dan dapat membantu pelajar dalam

    menghasilkan sesuatu yang menarik perhatian dan membantu mereka meningkatkan

    pengetahuan mereka dalam Sejarah di samping meningkatkan keyakinan diri dan

    motivasi dalam diri pelajar.

  • 62

    5.5 Cadangan Kajian Lanjutan

    Hasil daripada kajian yang telah dibuat mendapati bahawa penggunaan kaedah

    pembelajaran secara simulasi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah amat

    berguna dan bermanfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi juga kepada guru dalam

    menghasilkan sesebuah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

    Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan kepada kesimpulan dan hasil kajian

    yang telah dijalankan agar cadangan-cadangan berikut dilaksanakan pada kajian-

    kajian seterusnya. Antaranya ialah :

    Kursus-kursus serta pendedahan terhadap kaedah-kaedah serta teknik-teknik

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai digunakan dalam pengajaran dan

    pembelajaran terutama dalam mata pelajaran Sejarah dan yang berkaitan perlu

    diberikan kepada guru-guru tanpa mengira latar belakang guru. Guru-guru Sejarah

    hendaklah diberi pendedahan tentang ciri kulaiti pengajaran, di samping sentiasa

    kreatif dan inovatif ketika melaksanakan pengajajarannya. Kandungan kursus adalah

    bersesuaian dengan tuntutan dan kehendak yang diperlukan oleh guru dan pihak

    sekolah.

  • 63

    Selain itu, penggunaan buku teks secara menyeluruh juga adalah wajar ditekankan.

    Namun demikian, penggunaan BBM juga perlu diadakan agar pengajaran dan

    pembelajaran dpat dipelbagaikan dan tidak menjadikan pelajar merasa bosan dengan

    sistem pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ini akan dapat menarik minat

    pelajar dalam mempelajari Sejarah.

    KPM juga perlu melatih lebih ramai guru Sejarah yang berminat untuk mengajar

    supaya dapat melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan Sejarah yang tinggi. KPM

    juga harus memberi penekanan kepada aspek psikologi dan motivasi untuk

    meningkatkan keyakinan bukan sahaja kepada pelajar malah kepada guru-guru yang

    mengajar.

    Beberapa cadangan lain timbul setelah kenyataan yang dikeluarkan oleh kerajaan

    yang memutuskan untuk menaik taraf status mata pelajaran Sejarah sebagai mata

    pelajaran wajib lulus di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013.

    Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana

    Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran

    Sejarah sebagai syarat untuk mendapatkan sijil SPM seperti mana mata pelajaran

    Bahasa Malaysia sebelum ini. Antara cadangan-cadangan yang telah dikemukakan

    ialah :

    i) Rombak modul dan sukatan sedia ada kepada sukatan yang lebih menarik

    dengan menekankan kepada teknik atau kaedah-kaedah pengajaran yang

    lebih baik dan menarik perhatian pelajar.

  • 64

    ii) Oleh kerana mata pelajaran Sejarah dianggap sebagai satu mata pelajaran

    yang agak membosankan, kaeadh pembelajaran berbantuk Latihan Dalam

    Kumpulan (LDK) boleh dijadikan ganti kepada pengajaran biasa yang

    mana pelajar duduk mendengar syarahan daripada gruu mereka. LDK

    didapati berkesan dalam meningkatkan pemahaman, komunikasi dan

    interaksi sesama pelajar. Percambahan minda boleh berlaku di sini.

    iii) Otak sukakan gambar dan warna. Oleh itu, buku teks Sejarah haruslah

    menarik dengan memperbanyakkan berita bergambar terutamanya pada

    fakta dan peristiwa penting untuk menarik minat pelajar untuk

    membacanya.

    iv) Membaca dan menghafal adalah membosankan. Oleh yang demikian,

    pendekatan seperti menyediakan slot atau tayangan video di dalam

    pengajaran dan pembelajaran boleh digunapakai. Rakyat tidak marah jika

    wang mereka dihabiskan dengan membuat drama khas berpandukan

    modul sejarah dan dijadikan tayangan pada sesi kelas Sejarah.

    v) Projek folio mereka haruslah dikira markah dalam peperiksaan SPM.

    Dengan ini, akan menimbulkan minat semasa mereka menyiapkan folio

    tersebut.

    vi) Selain itu, selalu adakan lawatan ke tempat yang berlatarbelakangkan

    sejarah dan memanggil penceramah luar bertukar-tukar mengajar di kelas

    mereka.

  • 65

    5.6 Kesimpulan

    Dengan adanya kaedah dan teknik seperti simulasi ini dalam pengajaran dan

    pembelajaran banyak memberikan input kepada kebaikan terutama dari segi

    pencapaian akademik. Murid dapat menimbang sesuatu dari sudut pandangan orang

    lain. Berusaha untuk melibatkan diri mereka dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas dan ini dapat membantu mereka

    mengubah persepsi mereka terhadap mata pelajaran Sejarah yang selama ini dianggap

    sebagai satu mata pelajaran yang amat membosankan kepada satu mata pelajaran

    yang lebih menyeronokkan di samping dapat meningkatkan prestasi mereka dalam

    ujian-ujian dan pembelajaran yang dijalankan di samping dapat mewujudkan

    penglibatan yang aktif mereka dalam pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu,

    dengan adanya pembelajaran seperti kaedah simulasi yang baik dan sesuai ini dapat

    menarik minat murid untuk mempelajari bidang Sejarah dengan lebih cemerlang lagi.

    Selain itu, ia juga dapat memberikan satu lagi teknik pengajaran kepada guru-guru di

    sekolah bagi mewujudkan idea-idea kreatif bagi pelajar-pelajar di tingkatan satu.

    Guru dapat mengenalpasti punca yang dapat mendorong dan merangsang pelajar

    memahami isi pengajaran. Satu bentuk pengajaran yang menyeronokkan dan memberi

    peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan daya kreativiti. Pelajar yang

    berpeluang mengikuti pengajaran ini lebih bermotivasi, mempunyai keyakinan diri

    yang tinggi, lebih mudah berkarya dan mempunyai sikap positif. Mereka dapat

    meluahkan idea dan perasaan dalam aktiviti yang dijalankan (Nor Anuwar Bin

    Hamat).

  • 66

    RUJUKAN

    Abdul Hakim (2002), Abdul Razak dan Ali (2000), Anuar et al. (2009).

    Abdul Razak dan Abdullah (2000), Kajian terhadap 240 pelajar di daerah Petaling Jaya

    dan Kuala Selangor.

    Adnan Omar, Keberkesanan E-Tuisyen Terhadap Pencapaian, Minat dan Sikap Pelajar

    Berprestasi Rendah dalam Mata Pelajaran Sejarah. Universiti Utara Malaysia.

    Anuar Ahmad, Siti Haishah Abd Rahman, Nur Atiqah T. Abdullah (2009).

    Azwani Ismail, Zaharah Aziz dan Sharifah Nur Puteh, Kajian Kesan Model STAD Terhadap

    Pelajar Dalam Mata Pelajaran Sejarah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Clark & Voogel (1985), De Jong (1991), DelGaudio & Julian J. (2002).

    Dr. Nor Azizah Salleh, Seseorang yang ingin menjalankan kajian samalah seperti seorang

    yang menghadapi masalah dan cuba untuk menyelesaikannya iaitu menyelesaikan

    masalah kajian.

    Ezani Yusoff (Bob), Teknik Pengajaran dan Pembelajaran.http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

    Fishwick & Hill (1999)

    Ghazali Ismail, Mazlan Zaharuddin Mat Arof dan Mohamad Hanifah Moideen.

    Gilstrap, simulasi dapat berbentuk role-playing, sosiodrama dan permainan.

    Gokhale (1996), Integrasi simulasi berkomputer kepada pembelajaran makmal melalui

    aktiviti tradisi dapat meningkatkan prestasi pelajar.

  • 67

    Hafiz Muthoharoh, S.Pd.I; Hariyono (1995); Hasan (2002)

    Hayan, Ways of Teaching.

    Hazri Jamil (2003), Pengajaran dan pembelajaran Sejarah adalah berbeza dengan mata

    pelajaran lain.

    Hoban & Casberque (1982), dalam Tornyay dan Thompson.

    Hunter (1995), Pengajaran berkesan sebagai pengajaran yang dapat meningkatkan

    pembelajaran dalam diri pelajar.

    Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002).

    Kamus Dewan Edisi Empat.

    Keller & Suzuki (1998); Malone & Lepper (1987); Alessi & Trollip (2001).

    Les Pang & Hodson (1999), Simulasi dapat menghasilkan tindakbalas yang vetul serta

    teratur.

    Lorenz et al. (1997), WWWS dapat meningkatkan teknik simulasi.

    M. Alessi dan Stanley (2001).; M. Alessi dan Trollip (2001).

    Md. Nasir dan Ibrahim Hassan (2003).

    Mohamad Sultan (2000), Kajian di sebuah sekolah di daerah Sabak Bernam.

    Mohd Nor Izwan Sulaiman, Kaedah dan Teknik.

    Noraini Ishak (2009), Teori-teori yang boleh diguna atau diadaptasi bagi setiap masalah.

    Norazura Yahya, Norhaslina Rosli, Nur Amira Noor Ali dan Abdol Rahim Ahmad, Kajian

    Tindakan dalam Pendidikan Mempertingkatkan Penguasaan Sebutan dan

    Perbendaharaan Kata Bahasa Inggeris Menggunakan Simulasi. Universiti

    Pendidikan Sultan Idris.

    Nur Jannah (2010), Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah.

    Omardin (1996), Aini (1998), dan Khoo Kay Kin (2008).

  • 68

    Ornstein (1990), Simulasi merupakan alat motivasi belajar yang sangat baik.

    Piaget (1962), Bruner (1966), dan Lev Vygotsky (1978).

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan (JPP) ke -170.

    Robinson (1996).

    Schroeder (1997), Jika semua cara yang lain gagal, cubalah simulasi.

    Shaharuddin Md Salleh, Zaidatun Tasir, dan Baharuddin Aris, Simulasi Menerusi WEB.

    Siagan (1987)

    Sivachanlingam et al. (2008), Sejarah sebagai tidak memberikan jaminan pekerjaan dan

    tidak mempunyai nilai komersial.

    Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia (2010), Sejarah sebagai

    mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai tahun 2013.

    Van Berkum dan De Jong (1991).

    Wilkins (1990).

    Yucesan et al., Chun Hung Chen, Insup Lee (1998), Simulasi berasaskan web menjadi salah

    satu cara untuk memperluaskan peranan simulasi dalam dunia pendidikan.

    Zahara (1999).

  • 69