latihan gerak td 4

8
7/24/2019 Latihan Gerak TD 4 http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 1/8 TAHAP EMPAT Cara Mencoba Kekuatan Tenaga Dalam / Praktik Pertahanan Diri Tenaga Dalam / Menghadapi Lawan Yang Emosi / Membuat Benteng Diri / Cara Melontar Musuh / Cara Menarik Musuh / Cara Mengunci Musuh / Cara Membebaskan Kuncian atau Pagar Tenaga Dalam /Menghadapi Lawan Yang Tidak Emosi/ Praktik Penyembuhan Tenaga Dalam / Makluman untuk ahli Praktik ilmu Tenaga Dalam pada saat dunia dilanda oleh krisis rasa aman, premanisme, gengsterisme, terorisme dan krisis-krisis di dalam bidang kesihatan, telah memberikan harapan-harapan baru. Para pakar Parapsikologi meramalkan bahawa tenaga dalam dan kemampuan-kemampuan paranormal lainnya kelak akan beradaptasi dengan ilmu pengetahuan moden. Keadaan dunia masa depan kemungkinan akan sangat jauh berbeza dengan keadaan dunia yang kita diami sekarang. Akan terjadi revolusi teknologi di bidang persenjataan, ketenteraan, komunikasi, pendidikan dan perubatan. Dan dalam semua bidang itu peranan paranormal tak dapat diketepikan. Kecenderungan ke arah terjadinya revolusi teknologi itu telah terlihat di mana- mana. Di dalam negara, trend tenaga dalam telah melanda hampir di semua kalangan termasuk kalangan elit terpelajar. Di Indonesia, tenaga dalam sudah tidak asing lagi, hampir semua golongan muda-mudi dan orang dewasa menjadikan trend tenaga dalam sebagai latihan rutin/senaman sahaja. Di negara-negara barat, terutama di Amerika Syarikat, Rusia, England, Perancis dan Belanda, bahkan tenaga dalam ( = kemampuan-kemampuan paranormal ) telah dibawa ke makmal-makmal dan diselidiki oleh para ahli saintis di Universiti- universiti terkemuka. Di dalam tahap ini akan dijelaskan manfaat-manfaat tenaga dalam, khususnya untuk pertahanan diri dan perubatan/penyembuhan. Apa yang akan dijelaskan ini merupakan pengetahuan-pengetahuan dasar yang harus difahami oleh sesiapa sahaja yang sedang mempelajari ilmu tenaga dalam di tingkat permulaan. A. CARA MENCUBA KEKUATAN TENAGA DALAM Untuk mengetahui sama ada anda benar-benar telah memiliki tenaga dalam atau belum, diperlukan suatu percubaan. hal ini juga dimaksudkan untuk

Upload: vithe1969

Post on 23-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 1/8

TAHAP EMPAT

Cara Mencoba Kekuatan Tenaga Dalam / Praktik Pertahanan Diri Tenaga

Dalam / Menghadapi Lawan Yang Emosi / Membuat Benteng Diri / CaraMelontar Musuh / Cara Menarik Musuh / Cara Mengunci Musuh / Cara

Membebaskan Kuncian atau Pagar Tenaga Dalam /Menghadapi Lawan Yang

Tidak Emosi / Praktik Penyembuhan Tenaga Dalam / Makluman untuk ahli

Praktik ilmu Tenaga Dalam pada saat dunia dilanda oleh krisis rasa aman,premanisme, gengsterisme, terorisme dan krisis-krisis di dalam bidang

kesihatan, telah memberikan harapan-harapan baru. Para pakar Parapsikologimeramalkan bahawa tenaga dalam dan kemampuan-kemampuan paranormallainnya kelak akan beradaptasi dengan ilmu pengetahuan moden. Keadaandunia masa depan kemungkinan akan sangat jauh berbeza dengan keadaandunia yang kita diami sekarang. Akan terjadi revolusi teknologi di bidangpersenjataan, ketenteraan, komunikasi, pendidikan dan perubatan. Dan dalamsemua bidang itu peranan paranormal tak dapat diketepikan.

Kecenderungan ke arah terjadinya revolusi teknologi itu telah terlihat di mana-mana. Di dalam negara, trend tenaga dalam telah melanda hampir di semuakalangan termasuk kalangan elit terpelajar. Di Indonesia, tenaga dalam sudahtidak asing lagi, hampir semua golongan muda-mudi dan orang dewasamenjadikan trend tenaga dalam sebagai latihan rutin/senaman sahaja. Dinegara-negara barat, terutama di Amerika Syarikat, Rusia, England, Perancisdan Belanda, bahkan tenaga dalam ( = kemampuan-kemampuan paranormal )telah dibawa ke makmal-makmal dan diselidiki oleh para ahli saintis di Universiti-universiti terkemuka.

Di dalam tahap ini akan dijelaskan manfaat-manfaat tenaga dalam, khususnyauntuk pertahanan diri dan perubatan/penyembuhan. Apa yang akan dijelaskan inimerupakan pengetahuan-pengetahuan dasar yang harus difahami oleh sesiapasahaja yang sedang mempelajari ilmu tenaga dalam di tingkat permulaan.

A. CARA MENCUBA KEKUATAN TENAGA DALAM

Untuk mengetahui sama ada anda benar-benar telah memiliki tenaga dalamatau belum, diperlukan suatu percubaan. hal ini juga dimaksudkan untuk

Page 2: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 2/8

membangun kepercayaan di dalam diri anda, kerana tanpa kepercayaanakan adanya kekuatan tenaga dalam di dalam diri kita maka pelajaranpraktik-praktik tenaga dalam akan menjadi terasa lebih sukar.

Cara mencuba kekuatan tenaga dalam ada bermacam-macam. Akan tetapi

dalam sesi latihan ini hanya akan diterangkan cara yang paling praktis danmudah untuk dilakukan. Perhatikan petunjuk-petunjuk di bawah ini.

1. Mintalah kepada seorang teman yang telah memiliki ilmu tenaga dalam(dari aliran apapun) untuk menyerang anda dengan emosi.

2. Pada saat teman anda menyerang, anda harus siap sediamenghadapinya dengan jurus-jurus tenaga dalam. Mula-mulapraktikkanlah jurus satu, kemudian jurus dua, jurus tiga dan seterusnya.

3. Apabila jurus-jurus yang anda praktikkan itu memberi kesan kepadateman anda: terpental, tertarik atau terkunci, maka bererti anda telah

berhasil menguasai ilmu tenaga dalam. Sebaliknya, jika percubaan andatidak berhasil, maka jangan kelam kabut atau terlalu cepat beranggapanbahawa anda telah Gagal. Kegagalan percubaan tenaga dalam andatersebut mungkin disebabkan kerana Teman anda itu tidak menyeranganda dengan emosi yang penuh, atau mungkin anda sendiri yang belumdapat memusatkan konsentrasi.

4. Apabila anda ingin mencuba bagaimana rasanya terpental/terlontar olehkekuatan tenaga dalam, seranglah teman anda dengan emosi danmintalah agar ia melawan anda dengan sebuah jurus tenaga dalam.Mintalah supaya ia tidak menggunakan jurus-jurus yang merbahaya. Jika

dengan percubaan tersebut anda berhasil terpental/terlontar, bererti dirianda termasuk peka. Tetapi jika anda tidak terpental, bererti anda belumdapat melakukan serangan sambil marah/emosi. Anda harus berusahahingga dapat melakukan serangan sambil marah/emosi. Sebelum andadapat menyerang dengan marah maka anda tak akan pernah dapatmembuktikan bagaimana rasanya dipentalkan oleh suatu kekuatan tenagadalam.

5. Cara yang lazim digunakan untuk berlatih melakukan serangan denganemosi ialah, mengingat-ingat suatu peristiwa yang tidak menyenangkanatau yang pernah menyinggung perasaan kemudian seraya diiringi

dengan melakukan serangan membabi buta ke arah lawan (teman dalamlatihan). lakukan hal ini berulang-ulang kali hingga berhasil.

6. Percobaan tenaga dalam tersebut sebaiknya dilakukan di tempat yangterbuka, dengan lantai yang tidak terlalu keras serta tidak berbatu. Hal inidimaksudkan untuk menghindari terjadinya cedera apabila anda atauteman anda terpental dengan keras tanpa kendali/kontrol.

Page 3: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 3/8

7. Dalam suatu percubaan mempraktikkan sebuah jurus kuncian, kemudiananda tidak dapat melepaskannya dengan jurus buka. Anda tidak perlupanik, suruhlah agar ia melepaskan seluruh emosinya (tenang) makadengan sendirinya kesan kuncian yang telah anda praktikkan akanlenyap/hilang.

B. PRAKTIK PERTAHANAN DIRI TENAGA DALAM

Penggunaan tenaga dalam pada suatu perkelahian yang sebenar tidaklahsemudah teorinya, kerana tidak semua orang yang berkelahi itu pasti akanmarah. Kadangkala seseorang yang terlatih dalam seni mempertahankan diritidak akan mudah terpancing oleh emosi, mereka sudah terbiasamengendalikan fikiran mahupun perasaannya. Mereka tidak akan dapatdikalahkan dengan begitu sahaja oleh musuh yang menggunakan ilmutenaga dalam.

 Akhir-akhir ini muncul gejala penggabungan ilmu tenaga dalam dengan ilmu-ilmu seni mempertahankan diri biasa khususnya Pencak Silat. Hal inidimaksudkan kecuali agar para pemilik ilmu tenaga dalam lebih percaya diri,

 juga dimaksudkan agar mereka tidak "KO" terlebih dahulu apabila terpaksaharus menghadapi lawan yang pakar dalam seni mempertahankan diri dantidak mudah emosi/marah. Berikut ini diberikan beberapa panduanbagaimana cara menggunakan ilmu tenaga dalam, dalam suatu perkelahianyang sebenarnya.

1. Menghadapi Lawan Yang Emosi

Menghadapi lawan yang emosi, terutama yang menyerang secaramembabi buta adalah perkara yang paling mudah. Dengan tenaga dalamyang kecil sahaja ia boleh terpental/terlontar, kerana ia sebenarnyatermakan oleh tenaganya sendiri. Semakin besar/tinggi emosinya makasemakin besar daya pental yang ditimbulkannya. Begitu pula jika ia kitaserang dengan menggunakan jurus kunci atau jurus tarik.

Untuk menghadapi lawan yang sudah memuncak emosinya/amarahnya,kita tidak perlu menggunakan jurus lengkap dengan semuagerakan/kiraannya. Melainkan cukup dengan mengambil   gerakan inti

 jurus.

Di bawah ini diberikan cara menggunakan inti gerakan jurus untukmenghadapi lawan yang sudah emosi :

1. Membentengi/memagari diri :

Untuk membentengi diri, kita dapat mengambil gerakan Jurus Satupada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tahan.

Page 4: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 4/8

2. Melontarkan musuh :

Untuk melontarkan musuh, kita dapat mengambil gerakan Jurus Duaatau Jurus Tiga pada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tolak.

3. Menarik Musuh :

Untuk menarik musuh/objek, kita dapat menggunakan Jurus Empatpada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tarik/Hisap.

4. Mengunci Musuh :

Untuk mengunci musuh agar tak dapat bergerak, kita dapat mengambilinti Jurus Lima iaitu gerakan pada kiraan 2, 3 dan 4, dengan teknikNafas Tarik dan Nafas Tahan.

5. Membebaskan kuncian atau Pagaran Tenaga Dalam :

Untuk membebaskan/melepaskan kuncian atau pagaran tenaga

dalam, kita dapat langsung mengambil inti Jurus Enam iaitu gerakanpada kiraan 2, dengan teknik Nafas Tolak.

Hadapi musuh dengan penuh percaya diri 

Page 5: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 5/8

Satu perkara lagi yang harus anda perhatikan pada saat andamenghadapi lawan yang sudah emosi/marah ialah,   percaya diri   ataukeyakinan. Keyakinan merupakan syarat utama agar tenaga dalam dapatberfungsi dengan berkesan. Perasaan takut dan ragu-ragu merupakan halyang berlawanan dengan keyakinan, jika anda tidak dapat

melenyapkannya pada saat melancarkan jurus-jurus tenaga dalam makakemungkinan besar tenaga dalam anda juga tidak akan dapat terwujud.

2. Menghadapi Lawan Yang Tidak Emosi/Marah.

Lawan yang tidak emosi tidak dapat dihadapi begitu sahaja dengan jurus- jurus tenaga dalam. Ia harus dihadapi dengan cara-cara tertentu terlebihdahulu sampai emosinya benar-benar bangkit. Barulah kemudian kitadapat menghadapinya dengan jurus-jurus tenaga dalam.

Berikut ini diberikan beberapa panduan untuk menghadapi lawan yangtidak emosi :

1. Mula-mula pada saat musuh menyerang cubalah tenaga dalam dari jarak jauh barang sejurus dua jurus. Jika tenaga dalam anda ternyatatidak memberikan hasil, hadapi lawan dengan menggunakan teknik-teknik mempertahankan diri/belaan biasa. Jagalah jarak dengangerakan-gerakan memutari gelanggang, jangan bergerak mundur/kebelakang.

2. Sambil sentiasa mengambil jarak antara anda dengan lawan anda,

berusahalah untuk memancing kemarahannya. Misalnya dengan kata-kata atau gerakan-gerakan yang dapat menyebabkan lawan andamenjadi emosi/marah.

3. Setelah lawan anda menjadi marah dan berusaha menyerang anda,terapkan jurus-jurus tenaga dalam anda dengan penuh percaya diri.Hilangkan rasa takut dan ragu-ragu. Jangan menyerang terlebihdahulu dan lakukan pertahanan diri anda dengan tenang-tenangsahaja.

4. Jika dengan berbagai usaha ternyata lawan anda tidak dapatdibangkitkan amarahnya dan jurus-jurus tenaga dalam anda tidakmemberikan akibat apa-apa, berhati-hatilah. Apalagi jika nampaknya iapenuh percaya diri dan mahir bermain silat. Kerana boleh jadi iaadalah seorang Pendekar yang sudah "berpengalaman", dan akanlebih baik jika anda mengajak berdamai sahaja.

5. Anda, apabila kelak telah menjadi seorang   Pendekar Ilmu TenagaDalam, berusahalah untuk sentiasa meningkatkan kualiti keperibadian.

Page 6: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 6/8

Jangan kerana menguasai ilmu tenaga dalam lantas menyelesaikansemua persoalan/masalah dengan adu kekuatan.

Peganglah ajaran ini : "MAAFKANLAH SESAMAMU : DIRIMU,TEMANMU DAN ......MUSUHMU."

C. PRAKTIK PERAWATAN/PENYEMBUHAN TENAGA DALAM

Pemanfaatan tenaga dalam untuk penyembuhan sebenarnya sudah dimulaisejak sebelum ilmu kedoktoran moden lahir. tetapi secara luas,penggunaantenaga dalam di bidang kesihatan baru dimulai akhir-akhir ini. Diciptakannyabeberapa kaedah penyembuhan, seperti: penyembuhan dengan daya prana,penyembuhan kaedah gambar atau visualisasi, hipnoterapi, penyembuhandengan relaksasi, hipnosis dan sebagainya, merupakan eksploitasi daripadadaya-daya tenaga dalam.

Walaupun secara statistik tingkat keberhasilan penyembuhan tenaga dalambelum pernah didokumentasikan, namun berdasarkan kenyataan beratus-ratus penyakit berat dan ringan telah berhasil ditaklukkan dengan dayatenaga dalam. Bahkan ada beberapa kes penyembuhan tenaga dalam yangmencengangkan/menghairankan ilmu kedoktoran moden. Misalnyamelakukan pembedahan tanpa pembiusan, pembedahan pengambilan tonsilhanya dengan menggunakan daun sirih dan tanpa mengeluarkan darah sertarasa sakit, penyembuhan kanser mata tanpa pembedahan dan bermacam-macam jenis penyakit lagi.

Di dalam seri latihan ini, khusus akan diterangkan tentang dasar penyembuhan diri sendiri ( autoterapi ). Pengetahuan ini perlu dikuasai untukmembangun kepercayaan diri, di samping sebagai dasar penyembuhantenaga dalam terhadap orang lain.

Secara filosofis tidak ada satupun penyakit yang tidak dapat disembuhkan,semua penyakit diciptakan lengkap dengan ubatnya. Jika seseorang sakitkemudian tidak dapat disembuhkan, mungkin sebabnya bukan kerana tidakada ubatnya melainkan kerana malas berubat atau memang belumditemukan ubatnya. Sehingga perawatan yang dilakukan kemudian menjaditerlanjur/terlambat dan akhirnya kalah melawan penyakitnya. Akibatnya,

tubuh orang itu kemudian menjadi rapuh dimakan penyakit serta tidak mampulagi menjalankan fungsi hidupnya. Panduan-panduan di bawah ini harus andaikuti jika anda hendak melakukan penyembuhan tenaga dalam secaraautoterapi :

1. Berbaringlah di lantai ( boleh dengan menggunakan alas tikar ) pusatkankonsentrasi dan berusahalah agar dapat berbaring se-rileks yang boleh.

Page 7: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 7/8

2. Lakukan pernafasan tenaga dalam dengan pola pernafasan SegitigaTidak Samasisi.

3. Kemudian lakukan penyembuhan dengan urutan-urutan sebagai berikut:

a. Ambil nafas dalam-dalam melalui hidung, dengan niat menghirup dayahidup. Tekan dan tahan pernafasan anda di bawah pusar.

b. Keluarkan nafas perlahan-lahan juga melalui hidung, bayangkanseolah-olah pernafasan itu anda salurkan ke bahagian tubuh yangsakit dengan maksud/niat membersihkan bahagian tubuh yang sakit itudari   energi-energi yang merusak   yang ditimbulkan oleh penyakit.Lakukan hal itu beberapa kali hingga anda merasa lebih tenang danrasa sakitnya berkurang.

c. Lakukan panduan tersebut di atas, tetapi pada waktu menyalurkannafas harus diniatkan untuk membekalkan daya hidup ke dalam

organ/bahagian tubuh anda yang sakit. lakukan hal itu beberapa kalihingga anda merasa lebih memiliki semangat hidup.

4. Sebagai umat beragama, seharusnya kita selalu berdoa setiap kalimelakukan perawatan dan mengucap syukur tatkala akan mengakhirinya.Cara berdoa bebas, boleh menggunakan bahasa sendiri atauberdasarkan tuntunan agama.

5. Lakukan penyembuhan tersebut di atas sekurang-kurangnya 3 kali sehari,hingga penyakit anda benar-benar sembuh.

6. Jika anda merasa belum boleh mempercayai sepenuhnya akankemampuan tenaga dalam anda, anda tidak dilarang untuk memadukankaedah penyembuhan tenaga dalam ini dengan perawatan konvensional (kedoktoran ) mahupun tradisional ( ubat-ubat kampung, ginseng dll. ). Halini biasanya malah akan memberi hasil yang lebih baik. Memang dengankombinasi beberapa kaedah perawatan ini kemudian menimbulkankeraguan kaedah perawatan mana yang sebenarnya lebihberkesan/manjur, yang konvensional atau yang inkonvensional. Danbiasanya kaedah perawatan yang inkonvensionallah yang kemudiandianggap mengada-ada. tetapi adalah dinasihatkan, jika anda inginmenjadi orang yang pakar di dalam bidang ilmu tenaga dalam, jangan

hiraukan semua anggapan/persepsi, anggapan-anggapan yang berusahamenjatuhkan nilai dan kemampuan kuasa tenaga dalam.

Untuk mengakhiri seri latihan ini perlu ditekankan sekali lagi bahawakeyakinan dan keberanian untuk mendisiplinkan diri merupakan modal yangtak ternilai harganya bagi usaha penguasaan ilmu tenaga dalam.

Page 8: Latihan Gerak TD 4

7/24/2019 Latihan Gerak TD 4

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-4 8/8

Peganglah ajaran seorang Filosof di bawah ini :

" JIKA INGINKAN SEBESAR KEINGINAN UNTUK MENGHIRUP UDARATATKALA SELURUH KEPALAMU DITENGGELAMKAN KE DALAM SUNGAI,

MAKA APAPUN KEINGINANMU AKAN TERCAPAI"