latihan gerak td 3

18
7/24/2019 Latihan Gerak TD 3 http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 1/18 TAHAP TIGA K ekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan sama ada dengan sokongan/bantuan fisikal maupun tanpa sokongan/bantuan fisikal. Melontarkan kekuatan dengan sokongan fisikal, menggunakan suatu perangkat yang disebut  Jurus Tenaga Dalam. Dan jika tanpa sokongan fisikal, perangkat yang digunakan ialah apa yang disebut dengan  Visualisasi  (  = menggambarkan/membayangkan keadaan yang sebenarnya dengan perasaan  ). Sama ada dengan sokongan fisikal mahupun tanpa sokongan fisikal, kekuatan tenaga dalam hanya boleh dilontarkan/ditunjukkan apabila ada rangsangan (berupa: serangan yang dilandasi dengan amarah, perasaan benci dan maksud-maksud lain yang bersifat jahat/merosak), yang datang dari luar. Latihan melontarkan kekuatan tenaga dalam yang akan diberikan di dalam seri latihan ini terutama ditekankan pada latihan melontarkan dengan menggunakan perangkat Jurus-jurus tenaga dalam. Kerana selain daripada menyihatkan cara ini juga lebih mudah dan efektif. Sesiapa sahaja yang belajar tenaga dalam mulai dari "kosong" ( sama ada dengan Guru mahupun tanpa Guru), anda disarankan terlebih dahulu mempelajari jurus-jurus tenaga dalam sebelum mempelajari cara-cara Visualisasi. Cara-cara pelontaran tenaga dalam dengan Visualisasi memerlukan  Prakondisi  yang lebih sukar, dan biasanya hanya boleh dilakukan oleh mereka yang telah menguasai tenaga dalam di tingkat yang lebih tinggi.  Akan tetapi sebagai latihan (dan berdasarkan pengalaman praktikal, hasilnya ternyata lebih memuaskan), latihan-latihan jurus tenaga dalam yang akan diberikan dalam seri latihan ini sedikit-banyak akan dipadukan dengan penggunaan cara-cara visualisasi. Untuk itu, pelajari terlebih dahulu dasar- dasar pengetahuan berikut. A. TEKNIK DASAR MELONTARKAN KEKUATAN TENAGA DALAM Teknik dasar melontarkan kekuatan tenaga dalam pada prinsipnya ada tiga  jenis, iaitu: 1. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TOLAK/LONTAR. 2. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TARIK/HISAP, dan 3. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan NAFAS TAHAN. Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut harus difahami sebelum anda mempelajari jurus-jurus tenaga dalam. Kenapa begitu? Kerana jurus-jurus tenaga dalam pada prinsipnya merupakan penerapan dari ketiga teknik dasar tersebut yang diwujudkan dalam suatu rangkaian gerakan.

Upload: vithe1969

Post on 23-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 1/18

TAHAP TIGA

Kekuatan tenaga dalam boleh dilontarkan sama ada dengan sokongan/bantuanfisikal maupun tanpa sokongan/bantuan fisikal. Melontarkan kekuatan dengansokongan fisikal, menggunakan suatu perangkat yang disebut   Jurus TenagaDalam. Dan jika tanpa sokongan fisikal, perangkat yang digunakan ialah apayang disebut dengan   Visualisasi   (   = m e n g g a m b a r k an /m e m b a y a n g k an  

keadaan yang sebenarnya dengan perasaan  ).

Sama ada dengan sokongan fisikal mahupun tanpa sokongan fisikal, kekuatantenaga dalam hanya boleh dilontarkan/ditunjukkan apabila ada rangsangan(berupa: serangan yang dilandasi dengan amarah, perasaan benci danmaksud-maksud lain yang bersifat jahat/merosak), yang datang dari luar.

Latihan melontarkan kekuatan tenaga dalam yang akan diberikan di dalam serilatihan ini terutama ditekankan pada latihan melontarkan dengan menggunakanperangkat Jurus-jurus tenaga dalam. Kerana selain daripada menyihatkan caraini juga lebih mudah dan efektif. Sesiapa sahaja yang belajar tenaga dalammulai dari "kosong" ( sama ada dengan Guru mahupun tanpa Guru), andadisarankan terlebih dahulu mempelajari jurus-jurus tenaga dalam sebelummempelajari cara-cara Visualisasi. Cara-cara pelontaran tenaga dalam denganVisualisasi memerlukan   Prakondisi   yang lebih sukar, dan biasanya hanyaboleh dilakukan oleh mereka yang telah menguasai tenaga dalam di tingkatyang lebih tinggi.

 Akan tetapi sebagai latihan (dan berdasarkan pengalaman praktikal, hasilnya

ternyata lebih memuaskan), latihan-latihan jurus tenaga dalam yang akandiberikan dalam seri latihan ini sedikit-banyak akan dipadukan denganpenggunaan cara-cara visualisasi. Untuk itu, pelajari terlebih dahulu dasar-dasar pengetahuan berikut.

A. TEKNIK DASAR MELONTARKAN KEKUATAN TENAGA DALAM

Teknik dasar melontarkan kekuatan tenaga dalam pada prinsipnya ada tiga jenis, iaitu:

1. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakan

NAFAS TOLAK/LONTAR.

2. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakanNAFAS TARIK/HISAP, dan

3. Teknik melontarkan kekuatan tenaga dalam dengan menggunakanNAFAS TAHAN.

Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut harus difahamisebelum anda mempelajari jurus-jurus tenaga dalam. Kenapa begitu?Kerana jurus-jurus tenaga dalam pada prinsipnya merupakan penerapandari ketiga teknik dasar tersebut yang diwujudkan dalam suatu rangkaian

gerakan.

Page 2: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 2/18

Page 3: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 3/18

Ketiga teknik dasar pelontaran tenaga dalam tersebut hanya bolehdilakukan secara baik apabila telah memenuhi syarat-syarat tertentu. Ada dua syarat yang harus dipenuhi agar ketiga teknik tersebut dapatditerapkan secara baik, iaitu : syarat utama dan syarat penunjang.

Syarat-syarat Utam a   :

  Pemusatan Tenaga   (   KONSENTRASI   ). Kekuatan tenaga dalamhanya boleh kita lontarkan apabila kita dapat memusatkan tenagayang akan kita lontarkan itu pada pusat getar, kemudian bergerakdan terpancar melalui saluran-saluran yang tersedia, misalnyatelapak tangan, jari-jari tangan dan lain-lain. Tanpa konsentrasi,tenaga dalam tak akan pernah terwujud.

  Penguatan Daya Dorong   (   KEYAKINAN/KEPERCAYAAN   ).Tenaga dalam merupakan hal yang abstrak, tanpa adanya unsur kepercayaan atau keyakinan terhadap kewujudan/eksistensi daridaya tenaga dalam maka tenaga dalam juga tidak dapat dilontarkan.Semakin besar keyakinan/kepercayaan yang kita miliki, makasemakin besar tenaga dalam yang dapat kita lontarkan.

  Penggambaran/Pembayangan   (   VISUALISASI   ). Tenaga dalammerupakan tenaga murni yang bebas nilai, ia akan menemukanbentuknya sesuai dengan cipta-rasa pemiliknya. Untuk dapatmelontarkan kekuatan tenaga dalam harus diciptakan suatu

gambaran atau visualisasi dari sebuah bentuk aplikasi tenaga dalam.Visualisasi ini merupakan syarat utama, kerana tanpa visualisasitenaga dalam tak akan berbentuk dan dengan sendirinya tak akandapat dilontarkan.

Syarat-syarat Penunjang :  

Kecuali tiga syarat utama tersebut di atas, ada beberapa syaratpenunjang yang tidak semestinya dipakai namun apabila dilakukandengan baik akan sangat membantu semua syarat utama. Bahkan

beberapa aliran perguruan tenaga dalam menggunakan syarat-syaratpenunjang ini sebagai hal yang prinsip/pokok dan apabila ditinggalkanbesar sekali pengaruhnya terhadap kekuatan tenaga dalam yangdilontarkan. Syarat-syarat penunjang/pendukung itu ialah :

Manteran/Jampi, Doa dan Kata-kata.

  Mantera / Jampi.   Mantera atau jampi adalah rangkaian kata-kataatau kalimat ( seperti puisi ), yang apabila diucapkan atau dilafazdengan suatu sikap/tatalaku tertentu dan diyakini akan menimbulkansuatu daya atau kekuatan.

  Doa. Doa adalah suatu tuntunan untuk meminta kepada Tuhan Allah.

Berbeza dengan mantera, doa mempunyai sumber yang jelas yakni

Page 4: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 4/18

berasal dari tuntunan para Nabi. Kalimat-kalimat yang tersusundalam suatu doa juga mempunyai erti yang jelas, tidak sepertimantera/jampi yang susunan mahupun erti kata atau kalimat-kalimatnya pada umumnya tidak jelas, kabur bahkan jungkir-balik.

  Kata-kata. Yang dimaksudkan dengan kata-kata di sini ialah ucapan-ucapan yang dilakukan secara spontan semasa seseorangmelontarkan tenaga dalam. Kata-kata ini selalu menggunakanbahasa yang difahami oleh orang yang melakukannya. Misalnya,pada waktu kita melontarkan tenaga dalam kita iringi denganmengucapkan salah satu sifat Allah ( Asma Ul Husna ) yang berbunyi"   Ya Qowiyyu   " =   Yang Maha Kuat. Kata-kata yang kita ucapkanpada waktu melontarkan tenaga dalam juga dapat diambil daribahasa sehari-hari tanpa harus mengikuti aturan tertentu. Yangpenting kita meyakininya, dengan mengucapkan kata-kata itu tenaga

dalam kita akan lebih terpusatkan.Dari penjelasan-penjelasan tersebut jelaslah bahawa syarat-syaratpenunjang mempunyai nilai yang positif yang boleh membantukonsentrasi, keyakinan mahupun visualisasi. Syarat-syarat penunjangtersebut sifatnya subjektif dan perguruan-centris, masing-masingperguruan tenaga dalam mempunyai pelajaran dan tata cara yangberbeza-beza. Dan agar tidak mengurangi nilai "keumuman" sesi latihanini maka ketiga syarat penunjang tersebut sengaja tidak diberikan didalam sesi latihan ini. Walau bagaimanapun, dijamin bahawa kesahihandaripada pelajaran ilmu tenaga dalam dalam sesi latihan ini tidak dibawah mana-mana ilmu tenaga dalam yang menggunakan mantera, doa

mahupun kata-kata.

B. LATIHAN JURUS-JURUS TENAGA DALAM

Jurus tenaga dalam adalah rangkaian gerakan yang dijalankan menurutarah, pola dan cara melangkah tertentu yang ada di dalam ilmu tenagadalam. Gerakan-gerakan yang dirangkaikan di dalam jurus tenaga dalamtidak disiapkan untuk menghadapi hubungan/kontak langsung denganserangan fisikal dari pihak lawan. Akan tetapi lebih ditekankan sebagailatihan guna mempersiapkan fisikal agar dapat dijadikan sebagai sarana

yang baik dalam pengungkapan/pelontaran kekuatan tenaga dalam. Dengan jurus-jurus tenaga dalam, fisikal diberi latihan yang mengarah kepadaterbukanya saluran tenaga dalam melalui fisikal.

Jurus Satu

Jurus Satu merupakan jurus untuk membentuk benteng atau pagar tenagadalam. Dengan jurus ini, maka di sekeliling tubuh anda akan terbentuk suatupancaran tenaga dalam ( aura ) yang akan melindungi diri anda dari

serangan yang bersifat jahat dan destruktif/merosak. Radius tenaga dalam

Page 5: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 5/18

yang boleh ditimbulkan dengan memperagakan jurus yang pertama ini,tebal-nipisnya sangat bergantung pada keberkesanan latihan anda.

Jurus yang pertama ini berfungsi untuk pertahanan diri ( defensif ),dilakukan dengan menggunakan TEKNIK NAFAS TAHAN. Dalam radiustertentu, lawan yang menyerang dari berbagai arah tidak akan mampumendekati anda. Setiap kali hendak mendekat ia akan terdorong atauterpental/terpelanting ke belakang. Bahkan jika tenaga dalam yang kita milikiterlalu kuat, ia akan langsung terpelanting ke tanah dan pengsan.Perhatikan cara melatihnya pada peragaan-peragaan di bawah ini :

Gerakan / Kiraan 1

Gerakan / Kiraan 1 :

Page 6: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 6/18

Berdirilah dengan tegap, kaki rapat. Tarik nafas dengan keras melalui hidungdan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu, letakkan tangan kiri didepan dada dengan hujung-hujung jarinya menghadap ke atas, manakalatangan kanan dirapatkan/ditempelkan rapat-rapat di samping/sisi pinggang (

perhatikan gambar Gerakan 1 ). Pada saat melakukan gerakan tersebut,seluruh kekuatan harus dipusatkan pada perut, dada dan kedua belah tangananda. Pertahankan/kekalkan posisi demikian selama 8 ( lapan saat ), kemudiankeluarkan nafas dengan lembut melalui hidung.

Gerakan / Kiraan 2 :

 Ambil nafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada.Bersamaan dengan itu balikkan badan anda ke kanan ( seperti orang sedang

kawat/berbaris ), dan buatlah gerakan seperti pada gerakan/kiraan 1. tetapiposisi tangan harus dibalik, tangan kanan diletakkan di depan dada sedangkantangan kiri di sisi pinggang. Pertahankan posisi demikian selama 8 saat, lalukeluarkan nafas dengan perlahan-lahan melalui hidung.

Formasi jurus 1 adalah membentuk gerakan empat penjuru/mata angin,dilakukan dengan 4 kali kiraan dengan gerakan dari arah kiri ke kanan. Apabilapada kiraan 1 anda menghadap ke sebelah selatan maka pada kiraan 1 andamenghadap ke sebelah barat. Pada kiraan 3 anda menghadap ke utara danpada kiraan 4 anda menghadap ke sebelah timur. Pada kiraan 1, anda kembalimenghadap ke sebelah selatan. Gerakan/kiraan 1 sama dengan gerakan kiraan

3, dan gerakan kiraan 2 sama dengan gerakan kiraan 4. Perhatikan gambar dibawah:

Formasi gerakan se-arah dengan pusingan jam, merupakan putaran alam yang bolehmenimbulkan suatu kekuatan dan tenaga.

Page 7: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 7/18

Jurus Dua

Jurus Dua merupakan jurus dorong, jurus untuk melontarkan kekuatan tenagadalam melalui satu tangan. Lawan yang terkena serangan jurus ini akanterpental ke belakang. Bahkan jika tenaga dalam yang kita miliki terlalu kuatdan lawan menyerang dengan emosi yang tinggi, lawan akan terdorong dengankeras dan langsung pengsan. Jurus ini dilakukan dengan TEKNIK NAFASTOLAK, dan terdiri dari 4 gerakan atau kiraan. Perhatikan cara melakukannyapada peragaan-peragaan di bawah ini:

Gerakan / Kiraan 1

Gerakan / Kiraan 1 :Berdirilah dengan tegap dan kaki rapat, seperti ketika akan mengawali jurussatu. Kemudian ambil nafas yang dalam dengan perlahan melalui hidung dantahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu, buatlah posisi kuda-kudatengan (ongkong-ongkong) dan letakkan kedua tangan di samping pinggang.Tarik kedua tangan anda itu ke belakang bersama dengan tarikan nafas,pergelangan tangan harus menempel/rapat pada pinggang dan hujung-hujung jari menghadap ke bawah. (Perhatikan gambar di atas ).

Page 8: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 8/18

Gerakan / Kiraan 2 

Gerakan / Kiraan 2 :

Geser kaki kiri anda dan dorongkan telapak tangan anda ke depan. Bersamaandengan itu, hembuskan nafas anda dengan keras melalui hidung. Pada saatmelakukan gerakan dan pernafasan tersebut, anda harus menggambarkan/merasakan seolah-olah tenaga dalam anda terpancar melalui telapak tangankiri.

Catatan : Untuk menguatkan pusat getar, pada saat melakukan gerakan/kiraan

2 ini maka perut, dada dan tangan kanan harus dikeraskan. Ini boleh dibantudengan menempelkan tangan kanan keras-keras pada perut.

Gerakan / Kiraan 3 :

 Ambil nafas lagi perlahan-lahan dan dalam melalui hidung, bersamaan denganitu geser kaki kanan ke depan untuk membentuk posisi seperti pada posisikiraan 1.

Perhatian   :

Pada waktu menggeser kaki ke depan, kaki harus tetap menempel pada

tanah/lantai ( tidak boleh diangkat ). Geseran kaki ke depan harus dilakukandengan gerakan silang, tidak lurus. Perhatikan skets di bawah ini :

Langkah Silang 

Page 9: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 9/18

Gerakan / Kiraan 4

Gerakan / Kiraan 4 :

Geser kaki kanan ke depan dan dorongkan telapak tangan kanan anda searahdengan langkah kaki kanan anda. Bersamaan dengan itu, hembuskan nafasanda dengan keras melalui hidung dan gambarkan/rasakan seolah-olah tenagadalam terpancar melalui telapak tangan kanan. Tempelkan tangan kiri di depanperut dan keraskan dada, perut serta tangan seperti pada waktu melakukangerakan kiraan 2.

Jurus Tiga

Pada prinsipnya jurus tiga sama dengan jurus dua. Perbezaannya, jika jurusdua merupakan cara untuk melontarkan tenaga dalam melalui satu tanganmaka jurus tiga menggunakan dua tangan sekaligus. Sehingga kekuatan yangboleh ditimbulkan oleh jurus tiga ini lebih besar daripada jurus yang kedua.Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah :

Gerakan / Kiraan 1

Page 10: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 10/18

Gerakan / Kiraan 1 :

 Awali jurus tiga dengan berdiri tegap, kaki rapat dan kedua tangan lurus disamping/sisi pinggang ( sikap sempurna ). Ambil nafas perlahan-lahan dandalam melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Bersamaan dengan itu,geserlah kaki ke samping untuk membuat posisi kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong). Silangkan kedua tangan di depan dada seperti nampak pada gambar di atas.

Gerakan / Kiraan 2 Gerakan / Kiraan 2 :

Langkah/geser kaki kiri ke depan dan dorongkan kedua telapak tangan searahdengan langkah anda. Bersamaan dengan itu, hembuskan nafas anda dengan

keras melalui hidung dan bayangkan seolah-olah kekuatan tenaga dalam andaterpancar melalui kedua telapak tangan. Dada, perut dan kedua tangan harusdikeraskan.

Gerakan / Kiraan 3 :

 Ambil nafas lagi dengan perlahan dan dalam melalui hidung, bersamaandengan itu, langkahkan/geser kaki kanan ke depan untuk membentuk posisiseperti posisi pada kiraan 1.

Gerakan / Kiraan 4

Page 11: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 11/18

Gerakan / Kiraan 4 :

Geser/langkahkan kaki kanan ke depan dan dorongkan kedua telapak tangan

searah dengan langkah anda. Bersamaan dengan itu, lakukan tata cara sepertipada gerakan / kiraan yang ke-2 di atas. Jurus tiga ini diakhiri dengan sikapseperti pada waktu akan mengawali jurus.

Jurus Empat

Jurus Empat merupakan kebalikan dari jurus Tiga. Jurus ini berfungsi untukmenarik objek agar mendekat ke arah kita. Dilakukan dengan menggunakan

TEKNIK NAFAS TARIK. Lawan yang terkena sedutan jurus ini, tubuhnya akantertarik dan terhuyung-huyung ke depan ( ke arah kita ) tanpa kendali/kontrol.

Oleh kerana jurus Empat ini bersifat menarik, maka hanya boleh digunakanapabila jarak lawan cukup jauh misalnya untuk menarik pencuri yang melarikandiri. Jurus ini tidak boleh digunakan untuk menarik lawan yang berusahamelakukan serangan, kerana ia akan tertarik ke arah kita dan kemungkinanserangannya akan mengenai diri kita. Apalagi jika lawan membawa senjatatajam. Jurus ni juga boleh digunakan untuk menyedut kekuatan musuh yangemosi, misalnya dalam suatu perkelahian tinju biasa ( tanpa tenaga dalam ).Perhatikan cara melakukannya pada peragaan-peragaan di bawah:

Gerakan / Kiraan 1

Gerakan / Kiraan 1 :

Gerakan / Kiraan 1 jurus Empat ini sama dengan gerakan/kiraan 1 jurus tiga.Tetapi tidak dilakukan dengan mengambil nafas, melainkan cukup denganpernafasan biasa.

Page 12: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 12/18

Gerakan / kiraan 2 

Gerakan / Kiraan 2 :

Langkah / geserlah kaki kiri ke belakang. Tarik kedua siku anda ke belakangdengan hujung-hujung jari tangan menghadap ke bawah dan pergelangantangan menempel di samping/sisi pinggang. Bersamaan dengan itu, tariklahnafas dengan keras melalui hidung dan tahanlah di dalam dada. Pada saatmenarik nafas, gambarkan/rasakan seolah-olah anda menarik benda yangberat serta keraskan otot-otot tangan, dada dan perut.

Gerakan / Kiraan 3 :

Hembuskan nafas dengan perlahan/lembut melalui hidung dan geser kakikanan anda ke belakang untuk membentuk sikap seperti pada gerakan / kiraan1.

Gerakan / Kiraan 4

Page 13: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 13/18

Gerakan / Kiraan 4 :

Geserlah kaki kanan anda ke belakang dan lakukanlah tata cara seperti padawaktu anda melakukan gerakan/kiraan 2. Setelah anda melakukangerakan/kiraan 4, kembalilah ke gerakan/kiraan 1,2,3 dan seterusnya. Untukmengakhiri jurus empat ini anda harus kembali ke sikap sempurna seperti padawaktu mengawali jurus.

Jurus Lima

Jurus Lima adalah jurus tarik sekaligus sebagai jurus kuncian. Jurus ini

terutamanya dimaksudkan untuk menghadapi pengeroyokan. Musuh yangterkena serangan jurus ini badannya akan bergerak terhuyung-huyung tanpakendali, kemudian mengumpul menjadi satu dan terkunci. Jurus ini dilakukandengan menggunakan TEKNIK NAFAS TARIK. Perhatikan cara melakukannyapada peragaan-peragaan di bawah ini :

Gerakan / Kiraan 1

Gerakan / Kiraan 1 :

 Awali jurus dengan sikap sempurna ( = berdiri tetap, kaki rapat dan keduatangan lurus di samping/sisi pinggang). Pada kiraan 1, geser kaki kiri kesamping kiri dan buatlah sikap kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong).Tempatkan kedua tangan seperti nampak pada peragaan di atas.

Page 14: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 14/18

Gerakan / Kiraan 2 

Gerakan / Kiraan 2 :

 Angkat kedua tangan anda perlahan-lahan ke atas, bayangkan / rasakanseolah-olah anda mengangkat benda yang sangat berat. Iringi gerakan itudengan menarik nafas kuat-kuat melalui hidung dan mengeraskan otot-otottangan, dada serta perut. Pada akhir sedutan nafas, kedua telapak tanganharus disatukan di atas kepala. Sementara nafas harus ditahan di dalam dada.

Gerakan / Kiraan 3

Gerakan / Kiraan 3 :

Dengan tetap menahan nafas, turunkan tangan anda ( kedua telapak tangantetap saling menempel/dirapatkan ) dan tariklah siku tangan kiri di sampingtubuh sebelah kiri. Pusatkan seluruh kekuatan pada kedua telapak tangan.

Page 15: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 15/18

Gerakan / Kiraan 4

Gerakan / Kiraan 4 :

Dengan tetap menahan nafas, baliklah telapak tangan anda (telapak tangan kiridi atas telapak tangan kanan, tetap saling menempel ). Gerakkan kedua telapaktangan ke depan perut, keraskan otot perut dan pusatkan seluruh kekuatanpada kedua telapak tangan.

Gerakan / Kiraan 5 :

Kembali ke sikap seperti pada gerakan / kiraan 1.

Gerakan / Kiraan 6 :

Lakukan gerakan dan tata cara seperti pada gerakan dan tata cara kiraan 2.

Gerakan / Kiraan 7 

Gerakan / Kiraan 7 :

Lakukan gerakan seperti pada gerakan/kiraan 3, tetapi letak tangan dan posisi

telapak tangan harus dibalik.

Page 16: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 16/18

Gerakan / Kiraan 8 

Gerakan / Kiraan 8 :

Lakukan gerakan seperti pada gerakan / kiraan 4. Akan tetapi posisi telapaktangan harus dibalik, telapak tangan kanan di atas telapak tangan yang kiri.Jurus Lima ini diakhiri dengan kembali ke sikap sempurna seperti pada waktuakan mengawali jurus.

Jurus Enam

Jurus Enam adalah jurus  buka. Berfungsi untuk membuka kuncian jurus lima.Jurus ini juga dapat digunakan untuk membuka pagaran tenaga dalam yangdibuat oleh orang lain. Teknik pernafasan yang digunakan untuk melakukan jurus ini ialah TEKNIK NAFAS TOLAK. Perhatikan cara melakukannya padaperagaan-peragaan berikut ini :

Gerakan / Kiraan 1

Page 17: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 17/18

Gerakan / Kiraan 1 :

 Awali jurus Enam dengan sikap sempurna. Kemudian pada kiraan 1, geserlahkaki kiri ke samping kiri untuk membuat sikap kuda-kuda tengah (ongkong-ongkong). Bersamaan dengan itu, satukan telapak tangan anda di depan perutdan tariklah nafas dengan perlahan-lahan dan dalam melalui hidung lalutahanlah di dalam dada.

Gerakan / Kiraan 2 

Gerakan / Kiraan 2 :

Langkahkan kaki kiri ke depan dan sibakkan kedua tangan anda ke samping.Gerakan itu harus anda lakukan bersama-sama dengan menghentakkan nafasdengan keras/kuat melalui hidung. Dan juga harus disertai dengan

membayangkan/merasakan adanya aliran tenaga yang mengalir dan terpancar melalui "pedang" tangan ( = sisi telapak tangan ).

Gerakan / Kiraan 3 :

Geser/langkahkan kaki kanan ke depan untuk membentuk sikap seperti padakiraan 1, dengan posisi telapak tangan di balik (telapak tangan kiri di atastelapak tangan kanan ).

Gerakan / Kiraan 4

Page 18: Latihan Gerak TD 3

7/24/2019 Latihan Gerak TD 3

http://slidepdf.com/reader/full/latihan-gerak-td-3 18/18

Gerakan / Kiraan 4 :

Langkahkan/geser kaki kanan ke depan, lakukan gerakan serta tata caraseperti pada kiraan 2. Jurus ini dapat dijalankan terus ke depan dengangerakan/kiraan 1 sampai dengan 4 seperti tersebut di atas. Untuk mengakhiri jurus ini, anda harus kembali membentuk sikap sempurna ( = berdiri tegap, kakirapat dan kedua tangan lurus di samping pinggang ).

Enam jurus tenaga dalam yang telah diberikan dalam Tahap ini merupakan jurus-jurus dasar yang harus dikuasai oleh sesiapa sahaja yang mempelajariilmu tenaga dalam di tingkat permulaan. Oleh kerana jurus tenaga dalam itumerupakan perangkat atau sarana untuk menyalurkan / melontarkan kekuatantenaga dalam, maka harus dilatih secara rutin dan terus menerus. Jurus-jurustersebut tidak cukup dengan hanya dihafal dan difahami pengertiannya,melainkan harus dilatih sehingga sama ada gerakan mahupun tata nafasnya

menjadi suatu yang automatik.

Setelah anda benar-benar telah menguasai Tahap Tiga ini barulah andaberalih ke Tahap Empat. Inilah kunci Kejayaan Latihan Tenaga Dalam ini.