manual penggunaan ippk offline

Upload: khusairi83

Post on 22-Feb-2018

377 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Manual Penggunaan Ippk Offline

    1/4

    1

    BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

    MANUAL PEREKODANINSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN

    Manual ini mengandungi panduan untuk merekod Instrumen Pentaksiran PrasekolahKebangsaan (IPPK) untuk murid.

    Pentaksiran Prasekolah

    Pentaksiran prasekolah ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat

    tentang perkembangan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiranperkembangan murid untuk melihat sejauh mana murid prasekolah dapat mencapaiStandard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam Kurikulum StandardPrasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran perkembangan murid prasekolah jugadapat membantu guru merancang tindakan susulan yang dapat diambil terhadap muridsama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Proses dalam pentaksiran melibatkanaktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

    Pentaksiran dilaksanakan dengan berdasarkan Standard Prestasi (SPr) yangdisediakan. SPr ialah satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaanmurid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. SPr dibina

    berdasarkan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

    Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran

    1. Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran danpembelajaran.

    2. Pemerhatian ialah pengamatan terhadap perlakuan murid yang dilakukan secarabersahaja tanpa murid tahu bahawa dia sedang diperhatikan.

    3. Pemerhatian boleh dilakukan terhadap tingkah laku dan interaksi (lisan) murid.

    4. Pemerhatian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula pada awaltahun.

    5. Kaedah dan masa pemerhatian bergantung kepada kebijaksanaan guru dankesediaan murid.

    6. Pemerhatian yang dilaksanakan tidak semestinya mengikut urutan SPr.

    7. Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan. Maklumat yang direkod ialah tahappenguasaan, perkembangan, kemajuan, potensi, sikap dan nilai yang murid

  • 7/24/2019 Manual Penggunaan Ippk Offline

    2/4

    2

    pamerkan. Guru boleh merekod maklumat pemerhatian menggunakan senaraisemak, rekod anekdot, rekod berterusan dan dokumen lain yang sesuai.

    8. Maklumat yang direkod (termasuk hasil kerja murid) perlu ditafsir dan dianalisisuntuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai perkembangan murid.

    9. IPPK merupakan senarai semak yang menyeluruh berdasarkan SPr (konstruk)yang dibina berasaskan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

    10. Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan dalam IPPK. Perekodan dalaminstrumen ini dilaksanakan sebanyak dua ( 2 ) kali. Perekodan kali ketiga dibuatjika ada keperluan (contoh: tahap perkembangan dan penguasaan murid perlahanatau tidak konsisten).

    Panduan Umum Merekod dalam IPPK

    1. Guru boleh mengisi instrumen ini dengan:

    i. Mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan.ii. Mengenal pasti SPr yang ingin difokuskan.iii. Menilai hasil kerja murid semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran.

    2. Tiga tahap penguasaan bagi SPr yang digunakan iaitu:

    Jadual1 : Tahap Penguasaan bagi Standard Prestasi Prasekolah

    Tahap Penguasaan (TP) Kod Kriteria

    Belum Menguasai (BM) 1 Tahu beberapa perkara asas (yang minimum)berkaitan SPr yang ditetapkan tetapi tidak bolehbuat (sentiasa memerlukan bimbingan)

    Sedang Maju (SM) 2 Tahu dan boleh buat dengan bimbingan

    Telah Menguasai (TM) 3 Tahu dan boleh buat sendiri dengan baik dansecara bertatasusila

    Bahagian: Maklumat Murid

    1. Lengkapkan ruangan nama NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH(PPD)/PARLIMEN/DAERAH, SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, ALAMAT, KODSEKOLAH/TABIKA/TADIKA, KELAS, TAHUN dan NAMA GURU.

    2. Masukkan nama murid (nama murid akan tertera secara automatik dalam ruanganNAMA MURID pada semua Tunjang), NO. MYKID dengan tanda (-) dan TAHUNMULA MASUK KE PRASEKOLAH/TABIKA/TADIKA terdahulu jika ada. RuanganJANTINA iaitu L untuk lelaki dan P untuk perempuan dan UMUR iaitu 4+ dan 5+akan tertera secara automatik.

  • 7/24/2019 Manual Penggunaan Ippk Offline

    3/4

    3

    3. Masukkan nama GURU BESAR/PENYELIA.

    4. Ruangan JUMLAH murid lelaki dan perempuan serta JUMLAH murid 4+ dan 5+akan tertera secara automatik.

    Bahagian: Tahap Penguasaan Murid Mengikut Tunjang

    1. Ruangan NAMA MURID, UMUR dan JANTINA akan tertera secara automatik(sebagaimana Bahagian Maklumat Murid).

    2. Komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang akan terteradalam ruangan paling atas. Contoh: Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membacadan Menulis bagi Tunjang Komunikasi dan sebagainya mengikut Tunjang.

    3. Ruangan SPr bagi setiap Tunjang dinyatakan di bawah KomponenPengetahuan/Kemahiran/Nilai. Contoh: BM5 ialah SPr bagi Kemahiran membaca

    dan memahami ayat mudah. (3.6, 3.7 dan 3.9) ialah SP yang terkandung dalamKSPK.

    4. Ruangan P1, P2 dan P3 adalah berkaitan penilaian pertama, kedua dan ketiga.Lengkapkan ruangan di bawah P1 dan P3 sahaja bagi perekodan yang dibuatsebanyak dua kali (abaikan ruangan P2). Jika perekodan kali ketiga dibuat (jikaberkaitan), lengkapkan ruangan di bawah P1, P2 dan P3. (Ruangan P3 akanmenjana maklumat graf bar pada ruangan Pelaporan Keseluruhan).

    5. Lengkapkan ruangan TP iaitu tahap penguasaan murid dengan memasukkan kodsama ada 1 (Belum Menguasai), 2 (Sedang Maju) dan 3 (Telah Menguasai)mengikut tahap murid yang dinilai.

    6. Lengkapkan ruangan Tarikh semasa penilaian dibuat.

    7. Lengkapkan ruangan Evidensiaitu bukti yang boleh dipamerkan dalam bentuk:

    i. Tingkah laku (contoh: mengurus diri, membuat kolaj dalam kumpulan,bermain dengan rakan, menyusun blok dengan rakan atau bersendirian);

    ii. Interaksi (contoh: membaca, menyanyi, bersoal jawab, interaksi dengan

    bahan, haiwan, tumbuhan dan persekitaran);

    iii. Hasil kerja (contoh: lukisan, buku skrap, kraftangan, lembaran kerja danmodel); dan

    iv. Lain-lain (contoh: maklumat daripada ibu bapa, Pembantu PengurusanMurid, guru lain dan sumber lain).

    Dicadangkan singkatan berikut digunakan:

    Tingkah laku TL InteraksiIK

    Hasil kerja HK Lain-lainLL

  • 7/24/2019 Manual Penggunaan Ippk Offline

    4/4

    4

    8. Ruangan KESELURUHAN mengandungi rumusan pencapaian murid berdasarkanTP mengikut semua SPr yang telah dinilai bagi setiap murid. Rumusan inimerangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang.Rumusan ini akan tertera secara automatik mengikut perekodan TP pada P1 danP3 (dan P2 jika diisi).

    9. Keseluruhan TP ialah rumusan pencapaian murid bagi setiap Tunjang akantertera secara automatik.

    10. Bilangan dan peratusan murid yang telah ditaksir dan tidak ditaksir akan terterasecara automatik dalam ruangan Jumlah mengikut TP.

    Bahagian : Laporan Murid Akhir Tahun

    1. Ruangan maklumat sekolah dan guru akan tertera secara automatik.

    2. Sila klik ruangan Nama Murid untuk memilih murid yang diingini. Maklumat muridakan tertera secara automatik iaitu butiran Nama, Nombor Mykid, Jantina, Kelasdan TP serta deskripsi bagi setiapTunjang.

    3. Ruangan Komen Guru diisi jika ada maklumat tambahan berkaitan tahapperkembangan murid yang ingin difokuskan. Jika perlu, lembaran tambahan bolehdikepilkan.

    4. Laporan ini boleh dicetak dan ditandatangani oleh GuruPrasekolah/Tabika/Tadika, Guru Besar/Penyelia dan Ibu Bapa/Penjaga.

    5. Bahagian ini adalah untuk pelaporan akhir tahun sahaja.

    Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid Mengikut Komponen

    1. Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalamruangan P3 mengikut Tunjang.

    2. Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Komponen dalamTunjang yang dinilai.

    Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid

    1. Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalamruangan P3 mengikut Tunjang (Graf bar hanya akan tertera jika ruangan P3dilengkapkan).

    2. Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Tunjang yang dinilai.