perniagaan mengikut perspektif islam

19
7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 1/19  PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM (EPPD2033) Tugasan/ Projek Berkumpulan: Perlaksanaan Sistem Agihan Zakat dan Statistik Agihan bagi Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Disediakan Oleh:  NORHAZALILA BINTI OSMAN (GA01616) SITI KHADIJAH BINTI KAMARUDDIN (GA01664) SITI NUR FARHANA BUX BT SHEIKH RAZALI BUX (GA01653) Disediakan Untuk: PROF.MADYA DR.MOHD HIZAM HANAFIAH

Upload: nanabux

Post on 18-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 1/19

 

PERNIAGAAN MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM

(EPPD2033)

Tugasan/ Projek Berkumpulan:Perlaksanaan Sistem Agihan Zakat dan Statistik Agihan bagi

Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Disediakan Oleh:

 NORHAZALILA BINTI OSMAN (GA01616)

SITI KHADIJAH BINTI KAMARUDDIN (GA01664)

SITI NUR FARHANA BUX BT SHEIKH RAZALI BUX (GA01653)

Disediakan Untuk:

PROF.MADYA DR.MOHD HIZAM HANAFIAH

Page 2: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 2/19

2

JADUAL KANDUNGAN

1.0  RINGKASAN KAJIAN………………………………………………………3  

Page 3: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 3/19

3

1.0 RINGKASAN KAJIAN

Zakat merupakan tunggak ekonomi umat islam. Zakat menjadi salah satu rukun Islam yang

wajib ditunaikan oleh setiap orang Islam yang berkemampuan. Penulisan atau kajian ini berharap dapat memberikan pemahaman dan penjelasan kepada masyarakat Islam tentang

 peruntukan agihan zakat. Disamping itu, secara tidak langsung, penulisan ini juga dapat

memberikan keyakinan kepada pembayar zakat untuk terus membayar zakat kepada institusi

formal dan dalam pada masa yang sama dapat melonjakkan hasil kutipan zakat setiap tahun.

Selain itu, penulisan ini juga menerangkan serba sedikit mengenai isu-isu yang timbul

dalam pengagihan zakat khususya yang dilaksanakan oleh pihak baitumal daripada Majlis

Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Pelbagai perubahan dan perkembangan

yang telah berlaku dalam aktiviti agihan zakat dibuktikan daripada pertumbuhan jumlah agihan

dan aset yang dimiliki oleh badan bertanggungjawab. Pengenalan terhadap pelbagai bentuk dan

skim-skim agihan zakat kepada masyarakat diharap dapat meningkatkan keyakinan pembayar

untuk terus menunaikan kewajipan berzakat.

Justeru itu, kajian ini akan membincangkan berkenaan dengan bagaimana pengagihan

zakat dan data statistik terhadap agihan zakat yang telah dilaksanakan oleh Majlis Agamas

Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi tahun 2010-2013. MAIWP sebagai sebuah badan

yang bertanggungjawab menasihati Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam hal

ehwal agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan telah bertindak secara proaktif dalam

memartabatkan pengurusan hal ehwal Islam dan meningkatkan sosio-ekonomi umat Islam.

Kutipan zakat di Wilayah Persekutuan terus meningkat pada tahun 2013. Ini membuktikan

kepercayaan para pembayar zakat terhadap kemampuan MAIWP untuk memanfaatkan dana

zakat secara optimum kepada golongan asnaf. MAIWP sentiasa berusaha meneroka ruang-

ruang untuk menambahbaik program-program agihan selari dengan peredaran masa. Selain

daripada mengagihkan kepada golongan-golongan yang diperlukan, penulisan ini juga akan

menerangkan bagaimana zakat diagihkan melalui aktiviti atau program yang dilaksanakan oleh

Pusat Zakat atau Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Tumpuan bukan

hanya diberikan kepada output program sebaliknya MAIWP melihat dengan lebih dalam

kepada outcome program bagi menilai keberkesanan program yang dijalankan.

Page 4: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 4/19

4

2.0 PENDAHULUAN

Sesebuah masyarakat terdiri daripada golongan berada dan golongan yang tidak berada.

Untuk mendapatkan keadilan sosial, Allah s.w.t memerintahkan supaya mengeluarkan zakatdikalangan golongan berada dan dapat membantu golongan yang kurang bernasib baik atau

dikenali sebagai miskin dan fakir. Dalam era pembangunan yang pesat, keseimbangan

kebendaan dan kerohanian perlu diberikan perhatian sewajarnya. Antar aspeknya dalan

melaksanakan pembangunan ialah kemiskinan dan agihan pendapatan yang adil di kalangan

masyarakat. Kemiskinan merupakan masalah utama dalam pembangunan Negara kita mahupun

 Negara luar. Sehubungan itu, pelbagai dasar dan strategi telah dilaksanakan dalam usaha

membasmi kemiskinan.

Sistem yang dikenali sebagai zakat menyediakan saluran agihan yang efektif untuk

membantu golongan yang kurang bernasib baik. Secara tidak langsung zakat merupakan

alternative atau pendekatan yang berkesan dalam mengatasi masalah kemiskinan khususnya yang

tinggal di wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Zakat menjadi instrumen penting dana umat

islam. Dalam persoalan ini, Allah SWT berfirman:

 Dan jangan sekali-kali orang yang bakhil dengan harta benda yang telah dikurniakan Allah

kepada mereka daripada kemurahan-Nya menyangka bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi

mereka. Bahkan ia adalah buruk bagi mereka. Mereka akan dikalungkan (diseksa) dengan apa

 yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat kelak. Dan bagi Allah jualah hak milik segala

warisan (isi) langit dan bumi. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan

 segala yang kamu kerjakan. (Mukjizat) yang nyata dan dengan (korban) yang katakana, maka

membunuh mereka, jika kamu orang yang benar (dalam apa yang kamu dakwakan itu).

(Surah A-li Imran3:180)

Bagi meningkatkan keberkesanan agihan zakat, Institusi Zakat perlulah berusaha didalam

menungkatkan kesedaran masyarakat untuk membayar zakat secara terus kepada institusi formal.

Ini sekaligus, dapat membantu Institusi Zakat di dalam mengagihkan zakat kepada golongan

asnaf yang berhak. Selain itu, institusi zakat juga perlu mendapatkan maklumat yang tepat

mengenai golongan asnaf bagi mengelakkan masalah keciciran. Sekiranya masalah-masalah ini

dapat diatasi dengan baik, ekonomi golongan fakir dan miskin khususnya di Wilayah

Persekutuan Kuala Lumpur dapat ditingkatkan.

Page 5: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 5/19

5

3.0 PENGERTIAN DAN KONSEP ZAKAT ZAKAT DALAM ISLAM

Perkataan zakat atau al-zakah dalam bahasa Arab mengandungi pelbagai maksud. Dalam bahasa

Arab, zakat ialah ism masdar  (kata nama dasar) daripada kata fi’il zaka yang bererti berkat,

tumbuh, bersih dan baik. Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”,

“BERKAT” dan “BERKEMBANG”. Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat

ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan

 bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap

orang kaya. Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan

kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan

oleh syarak.

“Wahai orang -orang yang beriman! Belanjakan sebahagian hasil usaha kamu yang baik-baik

dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi...”. (Al -Baqarah : Ayat 267)

Al- tabari berpendapat, ayat diatas ditujukan kepada Tha’labah dan Mu’tab serta para petani

Madinah yang berjanji akan mengeluarkan hasil pertanian mereka sebaliknya mereka kedekut

dengan perolehan pertanian yang lumayan. Ayat ma kasabtum bererti umum yang menunjukkan

apa-apa hasil yang diperoleh melalui pekerjaan yang halal wajib dikeluarkan zakat pendapatan.

Agihan zakat boleh diklasfikasikan kepada tiga kategori berikut:

1)  Agihan berdasarkan kepada keperluan. Golongan yang mendapat agihan ialah fakir,

miskin, hamba, si berhutang dan ibn al-Sabil.

2)  Agihan berdasarkan kepada dakwah dan galakan kepada hidup beragama dan bermoral.

Golongan yang mendapat bantuan ialah mualat dan fi sabilillah.

3) 

Agihan berdasarkan kepada insentif dan motivasi kepada pengurus zakat. Asnaf yang

terlibat ialah amil.

Page 6: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 6/19

6

Prinsip agihan zakat merupakan garis panduan yang mesti dipatuhi oleh orang yang

diamanahkan. Agihan tidak boleh diagihkan sewenangnya sehingga merugikan asnaf yang lain.

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima.

Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

I.  Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada

golongan yang kurang berada.

II.  Membersihkan diri pembayar zakat.

III.  Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.

IV.  Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di

kalangan golongan yang berada.

V.  Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.

VI.  Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan

antara manusia dengan manusia.

VII.  Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk

mengeluarkan zakat daripada harta mereka.

III.  Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan

kewangan.

IX.  Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai ALLAH

SWT.

X.  Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.

Oleh yang demikian, kewajipan menunaikan zakat menjadi tanggungjawab setiap orang Islam

apabila cukup syarat-syarat wajib zakat. Zakat meletakkan tanggungjawab kepada golongan

yang berada terhadap golongan asnaf yang telah jelas dinyatakan dalam al-Quran. Kepentingan

 perlaksanaan zakat di sesebuah negara adalah bagi menjamin keadilan dan kestabilan sosial serta

merapatkan jurang pendapatan antara masyarakat dan menghindari dari berlakunya permusuhan

dan sifat dengki sesama manusia.

Page 7: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 7/19

7

4.0 OBJEKTIF PENULISAN

Terdapat lapan golongan yang layak menerima zakat sepertimana yang telah diputuskan oleh

agama Islam iaitu golongan fakir, miskin, amil, muallaf, untuk memerdekakan hamba, orang

yang berhutang, untuk jalan Allah (ibnu sabil) dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan

(musafir). Ini selari dengan ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang

miskin, dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya

hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya dan orang-orang yang

berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah dan orang-orang musafir (yang

keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

 Bijaksana” (Surah At -Taubah, ayat 60).

Agihan zakat kepada lapan golongan asnaf di atas memerlukan satu sistem agihan yang berkesan

agar setiap pihak merasakan mereka dilayan dengan adil dan saksama. Oleh itu peranan yang

dimainkan oleh pejabat zakat dalam aspek agihan zakat ini penting untuk diberi perhatian. Dalam

membincangkan aspek agihan zakat ini, adalah lebih baik jika ianya dihubungkan juga dengan

aspek kutipan zakat. Secara umumnya kedua-dua aspek ini boleh dihubungkan melalui rajah di

 bawah.

Page 8: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 8/19

8

Bagaimana Agihan Zakat diagihkan dan dilaksanakan?

Rantaian hubungan diantara pihak yang terlibat dengan zakat bolehlah diringkaskan seperti

 berikut: Pembayar zakat akan membayar zakat di pejabat zakat yang kemudiannya akan

menyalurkan dana zakat kepada golongan asnaf. Fasa pertama di sini adalah hubungan diantara

 pembayar zakat dan pejabat zakat manakala fasa kedua pula adalah hubungan diantara pejabat

zakat dan penerima zakat (golongan asnaf). Walaubagaimanapun, terdapat juga pembayar zakat

yang memberikan zakat mereka terus kepada penerima zakat tanpa melalui pejabat zakat.

Tumpuan kepada aspek kutipan zakat (iaitu fasa pertama) telah banyak mendapat perhatian

daripada penyelidik-penyelidik dalam bidang zakat (Kamil & Ahmad Madzhan, 2002; Zainol,

2008; Ram Al Jaffri, Zainol, Kamil & Md Hairi, 2008). Justeru kajian yang bakal dilakukan ini

akan membawa kepada satu aspek yang masih kurang diberi perhatian oleh penyelidik-

 penyelidik iaitu berkenaan dengan agihan wang zakat kepada golongan yang layak menerimanya(fasa kedua).

Objektif dan tujuan penulisan ini adalah:

1. Untuk mengetahui jumlah kutipan dan peratus agihannya kepada asnaf yang layak.

2. Untuk mengetahui statistik agihan zakat Wilayah Persekutuan tahun 2010-2013

3. Untuk mengenalpasti bagaimana agihan zakat dilaksanakan oleh Majlis Agama Islam Kuala

Lumpur dan Pusat Zakat Wilayah Persekutuan.

Pembayar

Zakat

Pejabat

Zakat

Penerima

Zakat

Page 9: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 9/19

9

5.0 STRUKTUR ZAKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

MAIWP merupakan satu agensi yang berkait rapat dengan Jabatan Agama Islam Wilayah

Persekutuan (JAWI). MAIWP merupakan badan penggubal dasar dan JAWI pula bertindaksebagai urus setia atau pelaksana sebahagian dasar yang telah diputuskan oleh MAIWP.

Sebahagian besar strategi MAIWP yang berkaitan dengan pendidikan, pengurusan tempat

 beribadah, perkhidmatan dan kebajikan agama, kegiatan dakwah, undang-undang pentadbiran

agama Islam adalah dilaksanakan oleh JAWI melalui bahagian-bahagian yang diwujudkan.

Wilayah Persekutuan Malaysia terdiri daripada Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Badan yang bertanggungjawab memungut dan mengagihkan zakat di Wilayah Persekutuan ialah

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang ditubuhkan melalui seksyen 4(1)

Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505 yang menyebut

 bahawa:

“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam Wilayah

 Persekutuan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang

berhubungan dengan agama Islam”.

Amalan pengurusan PPZ-MAIWP adalah berbentuk korporat yang diuruskan oleh Hartasuci Sdn

Bhd iaitu anak syarikat milik penuh MAIWP. Hartasuci Sdn Bhd diletakkan di bawah Yayasan

Taqwa Berhad yang dikawal MAIWP. Mulai 1 Januari 2006 Hartasuci Sdn Bhd diletakkan terus

di bawah MAIWP. PPZ-MAIWP yang berteraskan kepada memungut zakat harta di tiga wilayah

utama iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Antara fungsi

MAIWP adalah pengurusan kutipan agihan zakat, melaksanakan kegiatan pembangunan harta-

harta MAIWP, serta melaksanakan program pembangunan modal insan.Pengagihan zakat atau

 program-program agihan kepada lapan asnaf yang layak menerima zakat pula adalah di bawah

Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. PPZ-MAIWP menjadi contoh

organisasi kutipan zakat di Malaysia kerana julung kali mula beroperasi menggunakan teknologi

komputer 16 tahun lalu. Kecekapan dan keberkesanannya meningkatkan kutipan zakat dari tahun

ke tahun serta bentuk pemasaran yang agresif meningkatkan kesedaran masyarakat Islam untuk

 berzakat. Baitulmal berjaya menjalankan pelbagai bentuk program dan mendirikan beberapa

 pusat sosial, kebajikan dan pendidikan khususnya masyarakat bandar hasil dari kutipan zakat

yang meningkat setiap tahun.

Page 10: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 10/19

10

6.0 SISTEM AGIHAN ZAKAT

Al-Quran menjelaskan asnaf yang berhak menerima zakat terdiri daripada lapan golongan seperti

yang disebut dalam firman Allah S.W.T.“Sesungguhnya sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang fakir, orang miskin, amil-amil yang

menguruskannya, orang mualaf yang dijinakkan hatinya, hamba-hamba yang memerdekakan

dirinya, orang yang berhutang, untuk jalan Allah S.W.T, orang musafir (yang keputusan)dalam

 perjalanan. (ketetapan hukum yang demikian itu) sebagai satu ketetapan (yang datangnya)

daripada Allah S.W.T Amat mengetahui lagi Amat bijaksana.” 

(Surah at-taubah 9:60)

Program agihan zakat merupakan program utama MAIWP. Kutipan zakat harta di Wilayah

Persekutuan diuruskan oleh MAIWP melalui Pusat Pungutan Zakat MAIWP manakala kutipan

zakat fitrah diuruskan sendiri oleh MAIWP. Kutipan tersebut kemudiannya diagihkan oleh

MAIWP kepada golongan asnaf yang ditetapkan. MAIWP berusaha menunaikan amanah para

 pembayar zakat dengan melaksanakan pelbagai program agihan agar zakat dapat disalurkan

secara optimum kepada golongan sasar. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

 pada tahun 2013 telah menunjukkan prestasi yang membanggakan. Dengan matlamat untuk

menjadi sebuah Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) yang menjadi contoh kepada MAIN yang

lain, MAIWP kini dilihat semakin hampir dengan matlamat tersebut. Pencapaian-pencapaian

sepanjang tahun 2013 yang semakin baik berbanding tahun 2012 menjadi indikator bahawa

MAIWP berada di landasan yang betul ke arah menjadi sebuah institusi yang unggul dalam

membangunkan sosio ekonomi ummah. Kekuatan dana kewangan merupakan antara faktor

utama MAIWP mampu berada di tahapnya kini. Sehingga akhir tahun 2013, MAIWP mencatat

 pendapatan kumpulan keseluruhan berjumlah RM662.46 juta. Pendapatan kumpulan

merangkumi kutipan zakat, sewaan bangunan, keuntungan pelaburan, Yuran Pengajian, Upah

Amil, Hasil Klinik, Farmasi, Wad dan Makmal Merujuk kepada Carta 1, sejak daripada tahun

2010, pendapatan dan perbelanjaan kumpulan MAIWP telah mencatatkan peningkatan.

Page 11: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 11/19

11

Jadual 1: Statistik Pendapatan dan Perbelanjaan Zakat 2010-2013

Berdasarkan statistik jadual 1 menunjukkan pendapatan yang diperolehi oleh Pusat Zakat Kuala

Lumpur meningkat dari tahun ke tahun.

Jenis Zakat 2010 2011 2012 2013

Pendapatan 192,723,071.57 231,636,631.89 264,814,612.05 318,789,658.83

Perniagaan 33,622,330.60 54,879,599.26 74,424,879.13 97,161,344.30

Wang

Simpanan

20,843,849.85 18,435,555.20 20,473,911.68 23,377,179.67

Emas /

Perak

- 909,425.69 1,486,580.80 1,679,873.25

Saham - 1,047,541.65 1,308,423.97 1,483,083.35

KWSP - 3,134,037.19 3,652,852.63 3,763,591.42

Mal (Harta) 26,928,829.61 29,367,547.29 34,540,891.26 35,970,139.26

Qadha 477,109.07 596,728.83 512,385.13 627,947.13

Lain-lain

Kutipan

1,040,234.23 1,323,102.85 1,599,103.23 1,799,212.32

Jadual 2: Pecahan Kutipan Mengikut Jenis Zakat 2010-2014

410.26

473.55

555.3

662.46

326.71

393.05432.6

511.54

0

100

200

300

400

500

600

700

2010 2011 2012 2013

RM (juta)

Tahun

Pendapatan

Perbelanjaan

Page 12: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 12/19

12

6.1 Takrif Asnaf Zakat

“Sesungguhnya zakat -zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin,

 pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak,orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam

 perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi

 Maha Bijaksana”  Surah At-Taubah: Ayat 60

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian

Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa

Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

1. FAKIR

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari

sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan

keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang

hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. Contohnya ia memerlukan RM10 sehari tetapi

hanya mampu RM3 sahaja.

2. MISKIN 

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian

keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga

menampung orang-orang tanggungannya.

3. AMIL

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi

 bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan

dan sebagainya.

4. MUALLAF 

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk

Page 13: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 13/19

13

menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi

kepada dua iaitu :

a) Beragama Islam

+ Baru memeluk agama Islam+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan

atau sama taraf dengannya.

+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di

 bawah pimpinannya.

+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

 b) Bukan beragama Islam

+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.

+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.

5. AL-RIQAB

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada

dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah

kawalan orang-orang tertentu.

6. AL-GHARIMIN

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi faedah diri, keluarga

tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh

hukum syarak.

7. FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak,

mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. IBNU SABIL

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari

mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.

Page 14: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 14/19

14

ASNAF

AGIHAN ZAKAT (RM)

2010 2011 2012 2013

Fakir 36,086,388.00 56,837,760.00 64,262,422.00 69,802,102

Miskin 25,932,448.00 58,526,035.00 65,105,757.00 81,753,969Amil 40,350,845.00 27,807,763.00 25,899,122.00 60,623,218

Muallaf 6,570,162.00 6,640,566.00 6,324,973.00 13,529,219

Al-Riqab 0.00 0.00 0.00 0.00

Al-Gharimin 2,229,586.00 3,770,992.00 2,618,557.00 4,574,842

Ibnu Sabil 487,030.00 2,145,720.00 417,506.00 414,685

Fisabillillah 63,329,554.00 90,975,847.00 107,339,260.00 204,744,240

Jadual 3: Statistik Agihan Zakat Golongan Asnaf 2010-2013

Belanja Agihan Secara Tidak Langsung merupakan belanja mengurus bagi menampung kos

 pengurusan MAIWP seperti bayaran gaji kakitangan, belanja aktiviti-aktiviti agihan,

 penyelenggaraan, penyewaan bangunan atau premis dan utiliti. Termasuk belanja pembinaan

atau penyediaan prasarana yang memberi faedah besar kepada ummah untuk jangka masa yang

 panjang. Antara perbelanjaannya adalah menaiktaraf Institut Kemahiran Baitulmal, Darul

Hidayah dan projek pembinaan Darul Hidayah, pembinaan Sekolah Menengah Agama MAIWP,

menaiktaraf Tadika-tadika Islam dan pembinaan Masjid Alam Shah yang baharu. Perbelanjaan

ini juga melibatkan pembelian harta atau aset untuk tujuan pengurusan zakat dan kepentingan

umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Bahagian Baitulmal MAIWP telah mewujudkan lebih 28 jenis skim bantuan yang telah

memberi manfaat lebih 85,957 orang pada tahun 2010-2014 (Laporan Tahunan MAIWP).Bantuan ini disalurkan kepada pemohon-pemohon melalui kaunter Bahagian Baitulmal.

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusus. Syarat khusus adalah bergantung kepada

 bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan. Antara syarat umum yang

dikenakan kepada pemohon adalah:

Page 15: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 15/19

15

  Beragama Islam

  Warganegara Malaysia

  Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih

menetap di Wilayah Persekutuan  Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak pula adalah berbeza-

 beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Jadual 4: Agihan Zakat Menerusi Skim Bantuan Baitumal MAWIWP

BIL SKIM BANTUAN

1 Bantuan Kewangan Bulanan

2 Bantuan Menyelesaikan Hutang

3 Bantuan Deposit Sewa Rumah

4 Bantuan Sewa Rumah Bulanan

5 Bantuan Membaiki Rumah

6 Bantuan Membina Rumah

7 Bantuan Deposit Beli Rumah Kos Rendah

8 Bantuan Dialisis

9 Bantuan Peralatan Kesihatan

10 Bantuan Perubatan Am

11 Bantuan Motosikal Roda 3 OKU

12 Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi

13 Bantuan Perniagaan Skala Kecil (Modal Pusingan)

14 Bantuan Perniagaan Skala Kecil (Peralatan)

15 Bantuan Pertanian Skala Kecil (Modal Pusingan)

16 Bantuan Pertanian Skala Kecil (Peralatan)

17 Bantuan Perkahwinan

18 Bantuan Guaman Syarie

19 Bantuan Serta Merta (Beras dan Makanan Kering)

20 Bantuan Kecemasan

21 Bantuan Ibnu Sabil (Waran Tiket Bas)

Page 16: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 16/19

16

22 Bantuan Musibah

23 Bantuan Persediaan IPT

24 Bantuan Am Persediaan IPT

25 Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran26 Bantuan Pelajaran Institut Profesional Baitulmal (IPB)

27 Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan Pusrawi

28 Bantuan Am Persekolahan

29 Bantuan Peralatan Persekolahan

30 Bantuan Yuran Persekolahan

31 Bantuan Agensi Kebajikan

32 Bantuan Institut Pendidikan

Agihan zakat di Wilayah Persekutuan diuruskan oleh Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan yang melibatkan perbelanjaan agihan secara langsung dan tidak langsung.

Belanja Agihan Secara Langsung atau 75.76% daripada keseluruhan perbelanjaan zakat

merupakan perbelanjaan yang dibuat menerusi 28 skim agihan zakat di Baitulmal MAIWP

 berjumlah RM 264.8 Juta dan RM 63.6 Juta adalah perbelanjaan melalui institusi-institusi

MAIWP seperti Institut Kemahiran Baitulmal, Darul Hannan, Tadika Islam, Darul Kifayah,

Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan PPZ. Termasuk, MAIWP juga

mewakilkan pengagihan zakat kepada pihak ketiga iaitu pembayar yang terdiri daripada syarikat

korporat, individu dan institusi pengajian tinggi melalui prinsip wakalah dalam usaha

meningkatkan liputan pengagihan di luar dan dalam Wilayah Persekutuan.

“ Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang orang muallaf yang dijinakkan

hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang

berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang

keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu

Page 17: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 17/19

17

ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha

 Bijaksana.” 

7.0 

MASALAH ATAU ISU YANG DIHADAPI DALAM PENGAGIHAN ZAKATZakat mampu berperanan untuk meningkatkan taraf hidup, pendapatan dan seterusnya

membasmi kemiskinan ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kesedaran membayar zakat

dan meningkatkan potensi kutipan zakat serta membasmi kemiskinan melalui program

 pembangunan insan dan pendidikan. Antara cabaran yang dihadapi adalah sejauh mana bantuan

yang diberi dapat membawa golongan yang mendapat bantuan ini mengubah hidup mereka

supaya tidak terus dalam terbelenggu dalam kemiskinan serta tidak bergantung kepada

 pendapatan yang diberi selamanya.

Selain itu, Pusat Zakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur harus berfikir supaya dapat

melonjakkan peningkatan kutipan daripada pembayar zakat supaya dana dapat diagihkan

kepada orang yang berhak pada setiap tahun.

8.0 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN DALAM PENGAGIHAN ZAKAT

1.  23 Mei 2011 - Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP

menyatakan MAIWP bersedia mengambil anak-anak yatim yang terselamat dalam kejadian

tanah runtuh di Hulu Langat sebagai anak angkat. Menurut beliau lagi,anak-anak yatim di

Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa Hulu Langat yang

terselamat akan ditempatkan di Kompleks Darul Kifayah milik MAIWP di Taman Koperasi

Polis 2, Kuala Lumpur. Selain menjaga keperluan harian, MAIWP juga akan menyediakan

 pendidikan buat anak-anak yatim berkenaan.

2.  Sempena Karnival Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 pada 2 hingga 5 Jun

2011,MAIWP telah menyalurkan penajaan sebanyak RM141,050 bagi menjayakan carnival

tersebut. Dengan penajaan tersebut, ianya membuktikan keprihatinan dan sokongan padu

MAIWP dalam usaha-usaha dakwah di Malaysia. Karnival tersebut telah dirasmikan oleh

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal

Page 18: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 18/19

18

Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al- Muktafi Billah Shah pada 2 Jun 2011. Baginda

 pada majlis tersebut telah berkenan menyampaikan anugerah bagi 6 kategori Anugerah

Inovasi.

3. 

9.0 KESIMPULAN

Pusat Zakat Wilayah Persekutuan dan Pihak Baitumal dibawah Majlis Agama Islam Wilayah

Persekutuan merupakan wakil yang menguruskan segala kutipan kutipan dan agihan bagi

wilayah persekutuan Kuala Lumpur. Penilaian keberkesanan agihan zakat dilakukan

 berdasarkan prinsip maqosid al-syariah yang mengambil kira kesemua elemen penting dalam

kehidupan. Penulisan ini juga dapat dirumuskan bahawa kegagalan program bantuan modal

dalam meningkatkan pendapatan secara signifikan tidak bermakna kegagalan program agihan

zakat.

10.0  LAMPIRAN

11.0  RUJUKAN

1.  Pengurusan Zakat Kontemporari, 2013, abdul halim mohd noor, hasan baharom2.  Zakat teori, kutipan dan agihan, mohd uda kasim, 2005

3.  Panduan mengeluarkan zakat, ahmad abdul aziz al-mazini, 1989

4.  Baitulmal: masihkan relevan, Dato Dr. Hj Sohaimi Hj Mohd Salleh, Hassan Hafizi

Hanapi5.  Institusi zakat: peranan dan tanggungjawab, yusuf al-qaradhawi2009

6.  Zakat di Malaysia, mujaini tarimin, 1949

Page 19: Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

7/23/2019 Perniagaan Mengikut Perspektif Islam

http://slidepdf.com/reader/full/perniagaan-mengikut-perspektif-islam 19/19

19