prakata ( pakaian melayu).docx
TRANSCRIPT
-
7/24/2019 Prakata ( Pakaian melayu).docx
1/2
Prakata
Alhamdulillah, segala puji pujian bagi Allah pencipta sekian alam. Seterusnya kesempatan ini
juga diambil untuk memanjangkan rasa syukur dan rendah diri kerana dapat menyiapkan
karya ulung ini dengan seadanya.
Buku ini ditulis berdasarkan keinginan saya yang amat mengamati perkembangan budaya
pakaian Melayu. Terdapat pelbagai aspek berpakaian dalam budaya bangsa Melayu. Secara
amnya aspek pemakaian dalam budaya bangsa Melayu adalah seperti kurung, kebaya, baju
Kedah, Pahang dan pakaian kepala seperti tengkolok, songkok, serban dan kopiah. Oleh itu
terdapat pelbagai sudut pandangan dan penilaian oleh pakar dalam bidang ini telah dirujuk
dan intipatinya telah diolah dengan sebaik mungkin. Saya juga telah menonjolkan unsur
pakaian Melayu yang terdapat pada merata negeri dan membuktikan bahaa pakaian adalah
sebagai satu cabang budaya dan mempunyai si!at gagasan yang lebih luas daripada sempadan
negeri.
"engan selesainya penulisan buku ini saya dengan setinggi tingginya merakam ucapan terima
kasih kepada isteri dan kaum keluarga yang banyak memberi sokongan. Selain itu ucapan
terima kasih juga kepada semua pihak yang turut serta memberi pandangan dan semua bentuk
kemudahan yang telah diberikan benar#benar berman!aat bagi saya.
Meskipun telah berusaha untuk menghindari kesalahan, saya sedar bahaa buku ini masih
mempunyai kelemahan sebagai kekurangannya. Secara khususnya, diharap agar buku ini
dapat membaa man!aat kepada pembaca dan dapat menginspirasi generasi bangsa ini agar
mempunyai jati diri dan nilai kebangsaan yang tinggi. $adilah generasi yang bermartabat.
Mohd %ai&al Md %a&il
-
7/24/2019 Prakata ( Pakaian melayu).docx
2/2
Prakata
Alhamdulillah syukur pada Allah s..t kerana dengan i&in'ya dapat kami menyiapkan buku
ini dengan sebaik mungkin. Tujuan utama buku ini ditulis adlaah semata mata untuk
mendokumentasikan perihal pakaian Melayu dari dahulu hinggalah sekarang.
Secara amnya, buku ini amat komprehensi! dan lengkap dengan maklumat tentang aspek
pemakaian didalam budaya bangsa Melayu. Beberapa perkara telah disentuh dan diterangkan
secara mendalam mengenai sejarah dan perkembangan pakaian Melayu termasuk maklumat
tekstil pada masa itu. Antara pakaian Melayu yang terkenal pada masa itu adalah seperti baju
kurung, kebaya, baju Kedah, Pahang dan lain lain. Antara tajuk yang menarik perhatian
adalah seperti pengaruh agama islam di dalam aspek pemakaian seperti tudung dan
selendang.
"isini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada (steri dan
juga rakan seperjuangan saya Pn. 'orani Md.'ai kerana tanpa mereka agak sukar untuk
saya meyiapkan buku ini.
Tiada gading yang tak retak. Selagi buatan manusia dan makhluk, tentu ciptaannya pasti
berkekurangan. Begitulah diibaratkan buku ini, sekira terdapat sebarang kekurangan didalam
penulisan saya ini dipohon maa!. )arapan saya agar buku ini dapat menjadi panduan dan
rujukan terutama pengiat bidang kebudayaan.
Abbas Alias
"ekan Pusat Pengajian Bahasa
*ni+ersiti Sains Malaysia