rph bahasa melayu tahun 3

Upload: nia-khalid

Post on 13-Oct-2015

197 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

RPH KSSR Tahun 3

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN INOVASIRANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIATAHUN 3 ANGGUN

Model Pembelajaran: Inkuiri Penemuan

Bidang / Mata Pelajaran: Bahasa Malaysia

Tajuk: Amalan Murni Hidup Sejahtera

Bilangan Murid: 36 orang

Standard Kandungan: 1.7 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. 2.2 membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

Standard Pembelajaran:1.7.1 Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang sesuai daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.2.2.1 Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat daripada pelbagai bahan bacaan dengan sebutan yang betul.

Objektif:1. Murid berupaya mengemukakan pendapat daripada pelbagai sumber dengan bertatasusila. 2. Murid dapat membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat.

Pengetahuan Sedia Ada: Murid biasa membaca pelbagai bahan bacaan

Alat Bantu Mengajar: Komputer, borang pengurusan grafik, slaid power point

Masa: 60 minit (2 waktu)

FASA/LANGKAHAKTIVITI GURUAKTIVITI MURIDCATATAN

1. Persediaan / Set induksi (5 minit)1.1PemerhatianIndikator Amalan

1.2 AnalisisIndikator Amalan1. Guru mengedarkan teks pendek kepada murid.

2. Guru meminta murid membaca teks tersebut secara beramai dan individu.

3. Guru meminta murid menyebut perkataan-perkataan yang dihitamkan1. Semua murid diminta membaca teks yang diedarkan

2. Beberapa orang murid dipilih untuk membaca teks secara individu.

3. Murid mengenalpasti dan menyebut perkataan-perkataan yang dihitamkan

BBM-Teks- Komputer

2. Imaginasi

2.1 Penjanaan IdeaIndikator Amalan

2.2 Sintesis IdeaIndikator Amalan1. Guru meminta murid mengelaskan perkataan yang tidak mempunyai imbuhan dan perkataan yang mempunyai imbuhan

2. Guru meminta murid mencari perbezaan yang terdapat pada perkataan-perkataan tersebut.

3. Guru menerangkan jenis-jenis imbuhan yang terdapat pada perkataan yang dipilih.

1. Murid dikehendaki mengelaskan perkataan yang dihitamkan pada borang pengurusan grafik yang telah disediakan oleh guru.

2. Murid mencari dan menyatakan perbezaan yang terdapat pada setiap perkataan yang telah dikelaskan.

3. Murid diminta mencadangkan beberapa perkataan lain yang mempunyai imbuhan awalan dan akhiran.

BBM-Borang pengurusan grafik

KBT:KB Mengenal pastiMenaakulmengelas

3. Perkembangan

3.1 PenambahbaikanIndikator Amalan

3.2 MenilaiIndikator Amalan

1. Guru menayangkan slaid power point yang menunjukkan beberapa aktiviti

2. Guru meminta murid mengenalpasti aktiviti yang ditunjukkan.

3. Guru meminta murid menyenaraikan aktiviti yang terdapat dalam gambar tersebut dan menambah imbuhan awalan dan akhiran yang sesuai.

1. Murid diminta menyebut aktiviti yang ditayangkan.

2. Murid mencadangkan aktiviti yang ditunjukkan dengan menggunakan perkataan berimbuhan secara bertatasusila

3. Murid diminta mencatat perkataan yang telah dicadangkanBBM-Komputer-Slaid Powerpoint

KBT:KB Mengenal pasti

BCBBacaan Imbasan

4. Tindakan

4.1 PelaksanaanIndikator Amalan

4.2Amalan BerterusanIndikator Amalan1. Guru memberi beberapa kata dasar

2. Guru meminta murid menambah imbuhan awalan dan akhiran yang sesuai.

3. Guru meminta murid membina ayat daripada kata terbitan yang dibina tersebut.

1. Murid membaca dan menyebut kata dasar yang diberi

2. Murid mencadangkan imbuhan yang sesuai

3. Murid membina ayat berdasarkan kata terbitan yang telah dibina.BBMKad Perkataan

KBT:KBMenjana Idea

BCBPerbincangan

Pentaksiran

B6 DL1 E1 (1.7.1)Berbincang dan menyatakan pandangan tentang sesuatu perkara yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusilaB2 DB1 E1 (2.2.1)Membaca dan memahami perkataan berimbuhan awalan dan berimbuhan akhiran dalam ayat

Nilai dan SikapBekerjasama, tekun, bersungguh-sungguh

Refleksi:Aktiviti yang dipilih pula sesuai dengan minat dan keupayaan murid. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan melibatkan murid dan jelas menunjukkan bahawa mereka dapat memberi respon setiap kali soalan diajukan.Terdapat beberapa strategi dan langkah digunakan untuk mempertingkatkan lagi PdP. Suasana komunikasi yang baik antara guru denganmurid dapat menjayakan objektif yang hendak dicapai. Unsur-unsur jenaka dan kecindan yangdiselitkandapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid. Nilai murni turut diselitkan untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segala aspek.Penggunaan masa yang panjang juga dapat membantu proses PdP berjalan dengan lancar. Secara tidak langsung guru berpeluang memantau aktiviti pembelajaran murid terutamanya aktiviti dalam kumpulan.Disebalik kekuatan PdP ini, terselit juga kelemahan yang boleh dilihat. Kelemahan yang ketara ialah dari aspek penyediaan lembaran kerja untuk penilaian murid. Lembaran kerja untuk aktiviti pengayaan bagi murid yang cerdas terlalu mudah.dan mereka dapat menyelesaikannya dengan cepat. Keadaan inimembuatkan mereka berasa bosan dan wujud ruang untuk berbuat bising dan mengusik rakan-rakan yang lain. Selain itu, penglibatan murid yang aktif juga menyebabkan kelas agak bising kerana masing-masing bersaing untuk menarik perhatian guru serta mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang.Untuk mengatasi kelemahan ini, saya harus bijak memainkan peranan serta peka dengan setiap perlakuan murid. Guru perlu sentiasa memantau murid dan sekiranya perlu murid-murid yang tidak mendengar arahan perlu diberi hukuman agar semua murid berwaspada dan memberi komitmen semasa guru mengajar.Dari segi latihan pula, guru perlu menyediakan latihan yang mencabar mengikut aras pemikiran murid. Dengan cara ini, murid yang cerdas tidak akan berasa bosan. Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang p&p supaya murid dapat menguasai kemahiran.