rujukan 4 jld. 2.pdf

Upload: penjejakawan

Post on 17-Feb-2018

296 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    1/6

    JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA

    PEJABAT KETUA PENGARAH KERJA RAYA

    IBU PEJABAT JKR MALAYSIA,

    JALAN SULTAN SALAHUDDIN,

    50582 KUALA LUMPUR.

    Telefon : (03) 2919011

    Teleks

    : KRTMA30415

    Kawat

    : MINWORK. KUALA LUMPUR

    T fax : (03) 2921202

    Ruj. Kami : (4)dh-n. KPKR.020.050/03 Jld. 2.

    12 hb. D ember 1997.

    Semua Pengarah Cawangan Ibu Pejabat JKR

    Semua Pengarah Kerja Raya Negeri

    Semua Pengarah Bekalan Air Negeri

    Semua Pengarah JKR Unit Khas

    Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan Sabah

    Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan

    Semua Jurutera Daerah

    Semua Jurutera Daerah Bekalan Air

    Tuan,

    Garispanduan Perlaksanaan Dasar Perolehan Kerajaan Mengenai

    arangan Import dan Penggunaan Perkhidmatan Asiw

    1.0 LATARBELAKANG

    Dasar dan peraturan perolehan Kerajaan bagi perolehan yang melibatkan

    barangan dan perkhidmatan yang diirnport serta penggunaan bahan-bahan

    binaan buatan tempatan telah dijelaskan melalui Surat-surat Pekeliling

    Perbendaharaan Bil. 2/95, Bil. 4/96 dan Bil. 6/96. Melalui SPP Bil. 6/97

    dasar ini telah diperketatkan lagi dengan larangan penggunaan barangan

    import atau menggunakan perkhidmatan asing melainkan setelah mendapat

    kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

    dan/atau Perbendaharaan Malaysia terlebih dahulu.

    2.0 TUJUAN

    Garispanduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai pelaksanaan dasar

    tersebut bagi kontrak-kontrak kerja yang dilaksanakan oleh JKR.

    Garispanduan ini meliputi nilai barangan import yang melebihi RM50,OOO

    termasuk bahan-bahan, logi, peralatan, kenderaan dan lain-lain barangan

    yang akan menjadi sebahagian daripada skop kerja kontraktor. Bagi

    melaksanakan dasar ini, adalah diputuskan bahawa penggunaan bahan-

    bahan import adalah dilarang bagi bahan-bahan binaan kecuali bahan yang

    mempunyai fungsi l as dan yang melibatkan kepakaran. Bagi barangan

    Mekanikal Elektrikal (M E), sekiranya tiada peralatan buatan tempatan,

    pengimportan peralatan te,rsebut memerlukan kelulusan MIT1 dan/atau

    Perbendaharaan.

    . ..2/-

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    2/6

    -2-

    3.0 PELAKSANAAN BAG1 SEMUA KONTRAK YANG SEDANG BERJALAN

    3.1 Bahan-bahan Biuaau dan Kejuruteraau Awam

    P .P. hendaklah mengenalpasti bahan-bahan yang terlibat dan mengambil

    tindakan-tindakan seperti berikut : -

    (i) Jika bahan belum sampai di tapak bina bincang dengan Kontraktor

    samaada boleh ditukar kepada bahan-bahan buatan tempatan.

    Kontraktor hendaklah diminta menukar kepada bahan-bahan buatan

    tempatan sekiranya penukaran ini tidak melibatkan penambahan kos,

    kelewatan projek atau tuntutan oleh Kontraktor.

    (ii) Jika bahan sudah sampai di tapak bina, tiada apa-apa tindakan

    diperlukan.

    3.2. Peralatan Mekanikal, Elektrik dan Bahan Fungsi Khas

    3.2.1 P.P. hendaklah mengenalpasti peralatan M E dan baban fungsi l as

    yang terlibat dan mengambil tindakan-tindakan seperti berikut:-

    Peralatan M E dan Bahan Fungsi Khas yang belum

    dipesan

    (i) Jika ada peralatan M E dan bahan fungsi khas buatan

    tempatan P.P. hendaklah meminta Kontraktor untuk

    menukar kepada buatan tempatan sekiranya penukaran

    ini tidak melibatkan penambahan kos, kelewatan projek

    atau tuntutan oleh Kontraktor.

    (ii) Jika tiada peralatan M E dan bahan fungsi khas buatan

    tempatan P.P. hendaklah mengambil tindakan yang

    sewajarnya untuk mendapatkan kelulusan daripada

    MIT1 dan/atau Perbendaharaan.

    . .3/-

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    3/6

    -3-

    b)

    Peralatan M E dan Bahan Fungsi Khas yang sudah

    dipesan

    (i) Jika peralatan M E dan bahan fungsi khas belum

    sampai di tapakbina, bincang dengan Kontraktor

    samaada boleh ditukar kepada peralatan M E dan

    bahan fungsi khas buatan tempatan. Kontraktor

    hendaklah diminta menukar kepada buatan tempatan

    sekiranya penukaran ini tidak melibatkan penambahan

    kos, kelewatan projek atau tuntutan oleh Kontraktor.

    (ii) Jika peralatan M E dan bahan fungsi khas sudah

    sampai di tapak bina, tiada apa-apa tindakan

    diperlukan.

    3.3 Sebarang penjimatan daripada pertukaran bahan/peralatan import

    kepada buatan tempatan hendaklah dipotong dari harga kontrak.

    4.0 PELAKSANAAN BAG1 PROJEK YANG BELUM/ AKAN DITENDER

    4.1 Bagi projek yang dilaksanakan secara konvensional, perekabentuk projek

    hendaklah mengenalpasti peralatan yang perlu diimport dan mendapatkan

    segala butir-butir mengenai peralatan tersebut untuk kelulusan MIT1

    dan/atau Perbendaharaan semasa penyediaan rekabentuk dan dokumen

    tender.

    4.2 Bagi projek yang dilaksanakan secara Design Build atau Turnkey,

    pentender yang diperaku dan diluluskan oleh Lembaga Perolehan

    hendaklah diminta untuk mengemukakan senarai barangan yang perlu

    diimport termasuk butir-butir barangan tersebut sebelum Surat

    Setujuterima Tender dikeluarkan.

    . . .4/-

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    4/6

    -4-

    4.3 Untuk melaksanakan dasar ini penyediaan dokumen tender hendaklah

    memasukkan perkara-perkara seperti berikut:

    4.3.1 Kontrak-kontrak secara konvensional

    a>

    Arahan kepada pentender

    Tambah peruntukan seperti di Lampiran A dan A/l : Senarai

    Barangan Import yang diluluskan oleh Kerajaan.

    @)

    Syarat-syarat Kontrak

    Tambah Peruntukan Khas kepada syarat-syarat Kontrak

    seperti di Lampiran B dan B/l. Tajuk peruntukan khas ini

    hendaklah disenaraikan di bawah klausa l(a)(i) Syarat-syarat

    Kontrak JKR 203 dan JKR 203A.

    cc>

    Kerja-kerja Awalan dan Syarat-syarat Am dalam

    Spesifkasi

    .

    Pinda peruntukan yang berkaitan penggunaan barangan buatan

    tempatan mengikut peruntukan di Lampiran C atau jika

    menggunakan Spesifikasi Piawai untuk Kerja-kerja Binaan

    Bangunan batalkan Lampiran A/l dan gantikan keseluruhan

    perenggan 7.5 dengan peruntukan tersebut.

    4.3.2 Projek Design Build atau Turnkey

    (a) Kehendak Am dan Kontraktual

    Gantikan peruntukan berkaitan dengan peruntukan seperti di

    Lampiran D.

    . . .5/-

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    5/6

    (b)

    -5-

    Syarat-syarat Kontrak

    (i) Penggunaan Bahan Buatan Tempatan dan

    Pengurusan Penghantarm Barangan Import

    Gantikan klausa 9 dan 19 syarat-syarat Turnkey

    sediaada dengan klausa 9 di Lampiran E.

    (ii) Juruperunding Kontraktor

    Gantikan subklausa 2.9.1 dengan klausa mengenai

    larangan pengambilan kerja juruperunding asing seperti

    di Lampiran E.

    5.0 DASARPJTRCIJMA ATASKAPAL (FOB) DANPENGIJRUSANPJXNGHAJTARAN

    BARANGAN IMPORTKERAJAAN

    Bagi perolehan mana-mana barangan yang dibenar untuk diimport, P.P,

    hendaklah memastikan Kontraktor mematuhi peraturan seperti berikut:

    a>

    b)

    c)

    Harga yang ditawarkan oleh Kontraktor untuk barangan yang

    diimport hendaklah berdasarkan harga FOB atau kaedah-kaedah lain

    yang seumpamanya di mana urusan pengangkutan dan insurans

    diurus oleh Kontraktor.

    Semua barangan hendaklah dihantar terus dari negara asal barangan

    dibeli (Country of Origin) hingga ke tapak bina dengan

    menggunakan perkhidmatan Multimodal Transport Operator

    (MTO) Kerajaan seperti yang disenaraikan dalarn SPP Bil. 6/96.

    Barangan hendaklah dilindungi insurans daripada mana-mana

    syarikat insurans yang berdaftar dengan Perbendaharaan.

    . ..6/-

  • 7/23/2019 rujukan 4 jld. 2.pdf

    6/6

    -6

    d)

    Kontraktor/Subkontraktor bertanggungjawab untuk mengatur dan

    mengurus pengangkutan dan insurans barang-barang yang diimport

    melalui MT0 dan mengambilkira semua kos perkhidmatan yang

    disediakan oleh MT0 termasuk perlindungan insurans dalam

    tendernya.

    f

    6.0

    Garispanduan ini adalah berkuatkuasa serta merta.

    Sekian.

    BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

    CINTAILAH BAHASA KITA

    Ketua Pengarah Kerja Raya,

    Malaysia.

    s.k. - Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya I.

    Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.