bahan rujukan tugasan

Upload: rohaya-abdul-rahman

Post on 10-Feb-2018

273 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    1/25

    Tuesday, 4 December 2012

    Kanak-kanak Berkeperluan Khas Unit 1-5 (Modul UPSI-PJJ)

    Unit 1 : Definisi dan Konsep Pendidikan Khas

    1.Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada :

    i) Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran (KKBP)

    ii) Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

    iii) Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan

    2. KKBP terdiri daripada :

    i) Sindrom Downii) Perkembangan Lewat

    iii) Autismeiv) Hiperaktif

    v) Cerebral Palsy

    vi) Epiletikvii) Masalah Emosi

    viii) Masalah Pertuturan

    3. Falsafah Pendidikan Khas di Malaysia : Satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang

    berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskankehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang

    seimbang dan produktif selaras denga Falsafah Pndidikan Negara.

    4. Tiga prinsip dalam pendidikan khas ;

    a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu : Fokus meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial.

    (Penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu )

    b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna : Merangsang dan mengekalkan minat murid

    berkeperluan khas untuk belajar. Suasana pembelajaran yang kondusif agar muridmenguasai pengetahuan dan kemahiran.

    c) Pendidikan sepanjang hayat : Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk

    digunakan dalam kehidupan seharian.

    5. Pendekatan pdp dan penilaian dibentuk mengikut keperluan murid :

    a) Bidang pengurusan kehidupan :pengurusan diri, kemahiran manipulatif, tingkahlaku dan

    kemahiran hidup.

    b) Bidang akademik : komponen m/p - BM, M3, BI, TMKc) Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni : Komponen m/p - Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral.

    d) Bidang sosial, riadah dan kreativiti : Komponen PJK, MZ, Gerakan dan Drama, Sains, Sosial dan AlamSekitar.

    6. Model-model Pelaksanaan Pendidikan Khas:a) Model Sosial (Social model)

    b) Model Perubatan (Medical model)

    7. Pasukan pelbagai disiplin dalam menjayakan program pendidikan khas:

    a) Ibu bapab) Sekolah

    c) Pakar Perubatan

    d) Bahagian Pendidikan Khas

    e) Jabatan Kebajikan

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    2/25

    f) Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)

    g) Masyarakat.

    8. Fungsi keseluruhan kumpulan pelbagai disiplin meliputipengenalpastian masalah iaitu :

    a) Menaksirkan dan memperincikan masalah asal atau spesifik ( kognitif, fizikal, pendengaran, penglihatan,komunikasi, emosi atau tingkah laku).

    b)Mengkaji semula intervensi

    . Mengenalpasti keberkesanan strategi untuk pemulihandan menilai kesesuaian program.

    c) Mencari alternatif: Memberi pelbagai cadangan/pendekatan untuk pemulihan.

    d) Mengenalpasti keperluan khas : Merekod keperluan kanak-kanak.

    e) Pemilihan penyelesaian : Cadangan rancangan pengajaran individu dalam program pendidikan.

    f) Rancangan pendidikan : Bertanggungjawab menjalankan dan memantapkannya.

    9. Peranan pakar perubatan;

    a) Pediatrik: Punca genetik, kewarisan, prenatal dan postnatal

    b) Neurologi : Diagnostik dan mengubati penyakit seperti kecacatan otak, hiperaktif dan memberi ubat "Ritalin"

    untuk mengawal keaktifan.

    c) Terapi pertuturan : Mengesan masalah komunikasi dan menjalankan terapi pertuturan untuk gagap, sumbing

    dan yang mempunyai masalah artikulasi untuk bertutur.

    d) Terapi fizikal : Menaksir fungsi motor halus dan kasar, membantu dan melatih kemahiran

    hidup dan diri.e) Audiologi : Mengesan fungsi pendengaran.

    f) Oftomologi : Menaksir penglihatan pelajar.

    Unit 2 : Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas

    1. Sejarah Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :a) Peringkat Pertama ( Awal 1947) : Peranan utama oleh institusi keluarga dan

    masyarakat iaitu pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela. Pada awalpenubuhan memberi penekanan dan tumpuan pada masalah penglihatan.Sekolah Rendah Pendidikan Khas yang paling awal ialah St. Nicholas di Pulau Pinang(1926)dan Princes Elizabeth di Johor Bharu (1949). Sekolah Menengah Pendidikan Khas

    Persekutuan Pulau Pinang pula dibina khusus untuk masalah pendengaran.

    Bourgeault (1970) : Di zaman penjajahan British, pendidikan khas untuk masalahpenglihatan dipelopori oleh pergerakan sosial iaitu institusi-institusi bercorakkeagamaan.Chua Tee Tee : Pendidikan khas di negara ini bermula apabila Misi Anglicanmendirikan rumah dan Sekolah St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada 1926 yang kemudiandipindahkan ke Pulau Pinang. b) Peringkat Kedua (1948 1980 ) : Historical milestone dengan memperlihatkanperanan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan sekolah pendidikankhas.Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan untuk meningkatkan mutu pendidikaniaitu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan

    khas bermasalah pendengaran dari 1979 -1981 dan 1984-1986.

    Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mempertingkatkan kemudahan di semua sekolahkhas,mengalami zaman anjakan paradigma, merangka dasar pendidikan nasional yang

    komprehensif, menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar yang istimewa.

    Latihan guru-guru khas dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang pendidikan kanak-kanak

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    3/25

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    4/25

    Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di SR dan

    SM.

    1977 : Permulaan latihan perguruan khas di MPIK

    1978 : Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu.

    1983 : Pengambilalihan SRPK oleh Kementerian Pendidikan

    1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran, bahan-bahan dalam braille

    seperti buku teks dan penyelenggaraan alatan braille.

    b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran

    1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam Pulau Pinang.

    1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran SR dan SM.

    Latihan perguruan pendidikan khas cacat pendengaran di MPIK.

    1978 : Pengenalan kaedah komunikasi seluruh oleh KPM untuk menggubal sistem bahasa Melayu kod

    tangan.

    1987 : Pembukaan SMPK Vokasional Shah Alam.

    c) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran

    1988 : KPM memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah masalahpembelajaran.

    d) Program Pendidikan Khas Terencat akal

    1955 : Pembukaan Rumah Jubilee Johor Bahru oleh Kementerian Kebajikan Am.

    1964 : Penubuhan Persatuan Terencat Akal Selangor.

    1966 -1988 : Penubuhan sekolah-sekolah terencat akal di Ipoh, Pulau Pinang, Johor

    Bahru, Seremban, Kuala Terengganu, Kuala Kubu Baru dan Tanjung Aru.

    e) Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif

    1962 : program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan

    1988 : kelas perintis untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.

    1993 : 3 pelajar di Tingkatan 6 Bawah SM Methodist (L) Kuala Lumpur. 1994 : program rintis di 14 buah sekolah seluruh negara.

    1995 : Program Bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan.

    Unit 3 : Punca dan pencegahan

    1. Etiologi atau punca-punca kecacatan :

    a) biologi

    b) psikologi

    c) persekitaran

    2. Menurut Winzer (1996) , wujud 3 kategori utama faktor risiko iaitu risiko yang telah lama wujud (established

    risk), risiko biologi dan risiko persekitaran.

    3. Faktor risiko biologi terbahagi kepada 3 iaituPeringkat Prenatal (Penghamilan), Peringkat Prinatal (7 bulan -

    2 minggu lahir) dan Postnatal (semasa membesar)

    a)Peringkat Prenatal (Penghamilan)

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    5/25

    Jenis darah tidak sesuai (faktor Rh). Kewujudan protein menghasilkan Rh+ dan Rh-. Jika Rh ibu dan janin

    berlainan, darah ibu, akan menghasilkan antibodi yang menyerang darah janin. Kesannya lahir tidak cukup

    bulan, kuning dan kecacatan otak.

    Jangkitan penyakit ibu semasa mengandung; kencing manis, meningitis, demam kuning, sifilis, rubella dan

    virus.

    Toksemia ; racun pada darah ibu.

    Anemia; bekalan oksigen ke otak terputus. Lahir tak cukup bulan/prematang

    Kurang makan makanan berzat.

    Ketidaknormalan kromosom; Genetik (Sebelum lahir 23 pasang kromosom - 1 daripada ibu dan 1 daripada

    bapa)

    Stres semasa mengandung (emosi terganggu) akibat kemiskinan dan lain-lain. Sekiranya berpanjangan

    akan mengeluarkan hormon kortisone yang mengalir ke saluran darah. ( Tidak dapat oksigen yang cukup

    akan menyebabkan ADHD.

    Faktor umur ibu ; ideal (22-25 tahun), tua menyebabkan anak sindrom down, muda akan menyebabkan

    sukar lahir.

    Resapan bahan luaran (terotogen) oleh uri melalui pemakanan atau kulit atau deria.

    Pengambilan dadah atau ubatan atau bahan khayalan menyebabkan kecacatan anggota (thalidomide).

    Amalan merokok menyebabkan saluran darah dalam uri mengecut dan mengurangkan oksigen dan zatmakanan sampai ke janin. Degupan jantung janin cepat, keguguran, kecacatan dan prestasi akademik

    rendah.

    Pengambilan alkohol berbahaya pada tiga bulan terakhir. Saiz bayi kecil, sindrom penarikan (withdrawal)

    lambat dalam pembelajaran dan tidak cergas.

    Pendedahan Pancaran Radiasi - X-ray menyebabkan mutasi genetik iaitu kecacatan sistem saraf.

    Menghadapi tumor, leukemia dan pembesaran terbantut.

    b) Peringkat Perinatal (Semasa kelahiran)

    Sebelum melahirkan (labour-situasi sakit untuk melahirkan). Masa melahirkan panjang (8-11 jam)

    menyebabkan lemas, kecacatan dan kerencatan akal. Proses yang terlalu lama menyebabkan terputusnya

    bekalan oksigen.

    Bersalin (delivery) akibat melintang atau songsang, air mentuban pecah terlalu awal menyebabkan

    jangkitan , uri berada di kedudukan yang tidak betul dan kesukaran bersalin. Forcep atau ubat penahan sakituntuk membantu kelahiran boleh membahayakan bayi. Anoksia (tali pusat terbelit) dan memutuskan

    bekalan oksigen ke otak. Bayi boleh dijangkiti virus yang dibawa oleh ibu seperti herpes (lepuh-lepuh

    berair pada kulit) yang menyebabkan cerebral palsy, sawan dan kerencatan akal, buta, pekak dan lain-lain

    lagi.

    c) Postnatal (Selepas kelahiran)

    Kemalangan, penyakit (demam panas), meningitis. Virus menyerang selaput/penutup otak dan saraf

    tunjang (spinal cord), kekurangan oksigen (lemas, menghidu bahan toksik, tercekik), pendarahan serangan

    terhadap tisu-tisu otak seperti ensefalitis. Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan tisu otak ataupun

    sistem saraf tunjang.

    Keracunan seperti keracunan plumbum (lead poisoning) menyebabkan kerosakan neurologi yang

    berterusan. Pemakanan kanak-kanak yang tidak sempurna

    Faktor persekitaran di mana kanak-kanak itu dibesarkan.

    4. Risiko persekitaran timbul disebabkan oleh faktor persekitaran seperti kemiskinan, permasalahan

    keluarga, trauma, pendedahan pergaulan dan lain-lain.

    Faktor psikologi : perkembangan emosi dan sosial. Kurang mendapat kasih sayang. Gangguan hiperaktif

    Pencemaran toksin : kesan pada autisme. Contohnya kilang yang mengeluarkan asap yang banyak di Brick

    Township, New Jersey menyebabkan kes kanak-kanak autistik.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    6/25

    Bahan Pengawet dan pewarna tiruan : menyebabkan perilaku hiperaktif. Kadar timah (lead) dalam serum

    darah anak yang meningkat.

    Mendapat penyakit berjangkit : disebabkan oleh bakteria dan virus.

    5. Pencegahan berlakunya kecacatan :

    Imunisasiuntuk golongan remaja dan wanita iaituRubellabertujugan untuk mengelakkan jangkitan

    Rubella (German Measles) yang menyerang ibu mengandung pada tiga bulan pertama. Mengelakkan pengambilan dadah dan alkoholyang boleh menyebabkan kecacatan pendengaran.

    Sekiranya telah dikenalpasti seawal tiga bulan, kanak-kanak diberi bantuan alat pendengaran dan

    pembedahan koklea. Mereka masih ada harapan untuk mendengar.

    Mengelakkan mengandung ketika usia mencecah atau melebihi 35 tahun yang boleh menyebabkan

    Sindrom Down. Ibu boleh menjalani ujian imbasan kehamilan tiga bulan pertama atau FTPS.

    Menguji sel yang dikenali sebagai Pensempelan Vilus Korion bagi pengesanan sebaran kecacatan genetik.

    Kaedah lain ialah melakukan ujian Amnonsentesis.

    Program kerjasama antara pelbagai disiplin termasuk terapi bahasa, terapi pertuturan, ahli psikologi, guru

    pendidikan khas, pentadbir dan lain-lain untuk mengembangkan potensi kanak-kanak. Pengesanan dan

    intervensi awal penting untuk mengenalpasti kecacatan yang dialami. Contoh disleksia seperti Thomas

    Edison, Leonardo de Vinci, Winston Churchill, George Pattorn dan William Butler Yeats.

    Tidak membiarkan anak mengalami demam panas berpanjangan yang boleh menyebabkan penyakit sawan

    (epilepsi).

    Elakkan daripada kemalangan yang boleh menyebabkan kecacatan seperti hentakan kuat pada kepala yang

    boleh merosakkan sistem saraf dan kerencatan akal.

    Ibu mengandung mengambil makanan seimbang. Kekurangan gula, kalsium dan magnesium di dalam

    darah mengakibatkan epilepsi kepada bayi.

    Lawatan ke klinik mengikut jadual bagi mengetahui perkembangan kandungan bayi.

    Elakkan daripada terdedah pada keracunan plumbum seperti bau cat, petrol dan sebagainya.

    Rehat yang mencukupi dan tiada tekanan.

    Elakkan mengambil minuman keras dan makanan yang tidak berkhasiat.

    Unit 4 : Kanak-kanak bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku

    1. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran, komunikasi dan tingkahlaku terdiri daripada pelbagai

    kategori sepertiSindrom Down, Perkembangan Lewat, Autisme dan Hiperaktif.

    2. MenurutSmith (1996) , kanak-kanak yang 'specific difficulties'adalah mereka yang tidak

    mempunyai kecacatan pancaindera dan kerosakan organik yang nyata, mempunyai masalah

    kesukaran dalam pembelajaran seperti membaca, menulis, mengeja dan matematik sertakanak-

    kanak tidak memberi tindak balas terhadap pengajaran normal.

    3. Jenis-jenis bermasalah pembelajaran ialah ;

    a) Oral language difficulties ; terdiri daripada dua jenis iaituDysphasia (sebahagiahketidakupayaan untuk memahami percakapan dan sukar bercakap) danAphasia (hilang

    keupayaan untuk memahami, memanipulasi atau mengekspresi perkataan dalam

    percakapan dan gaya penulisan)

    b)Reading difficulties ; terbahagi kepada disleksia (sebahagian ketidakbolehan untuk membaca atau memahami

    apa yang dibaca dan alexia (kanak-kanak yang kehilangan keupayaan untuk membaca, menulis ataupun

    menterjemahkan bahasa.)

    c) Writting difficulties ; terbahagi kepadaDysgraphia ( sebahagian ketidakbolehan menulis) dan Agraphia

    (ketidakbolehan menulis secara keseluruhan ). Formulation danSyntax Disorder

    adalah ketidakupayaan untuk menyusun idea dengan jelas dan meringkaskan corak perkataan.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    7/25

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    8/25

    Komunikasi, Pertuturan dan Bahasa

    Kecelaruan pertuturan

    Kecelaruan bahasa

    Kecelaruan suara

    Masalah artikulasi

    Masalah kelancaran

    http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html

    Thursday, April 8, 2010

    KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    DEFINISI

    Maksud definisi menurut kamus dewan edisi ke 3 ialah kenyataan yg ringkas dan padat bagi menjelaskan

    konsep atau makna sesuatu kata, frasa dan lain-lain takrif. Dalam topik ini akan membincangkan definisi

    kanak-kanak berkeperluan khas dan definisi masalah bahasa dan komunikasi.

    Kanak-kanak berkeperluan khas

    Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang memerlukan perhatian dan

    penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal. Kanak-kanak ini berbeza daripada

    kanak-kanak normal dari segi ciri-ciri mental, keupayaan deria, keupayaan berkomunikasi, tingkah laku

    dan emosi dan ciri-ciri fizikal.

    Kirk et al (1993) menjelaskan difinisi kanak-kanak berkeperluan khas sebagai kanak-kanak yang berbeza

    dari kanak-kanak sederhana atau biasa dalam ciri- ciri mental

    keupayaan-keupayaan deria dalam ciri-ciri saraf dan otot atau fizikal dalam tingkahlaku

    http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.html
  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    9/25

    sosial atau emosi dalam keupayaan komunikasai atau dalam pelbagai kekurangan sehinggakan ia memerlukan

    amalan-amalan sekolah yang diubahsuai atau perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia boleh berkembang sehingga

    kemampuan yang maksimum.

    Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental, keupayaan

    sensori atau deria, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal. Oleh yang demikian

    kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun

    perkhidmatan pendidikan khas bertujuan mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang

    optimum dan tidak terabai seperti kanak-kanak normal.

    McDonnell et a (1995) menglkasifikasikan murid berkeperluan khas kepada rencatan akal,

    gangguan tingkah laku, autisme, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal dan

    kesihatan yang lain. Ada juga yang yang mempunyai gangguan yang pelbagai seperti rencatan akal dan

    gangguan tingkah laku.

    Garciulo (2003) pula mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti yang di bawah;

    "Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These

    differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral

    characteristics. Many of these children may require educational programs customized to

    their unique needs."

    Akta Pendidikan 1996 seksyen 312 (Farrel. 2003) menyatakan kanak-kanak itu dikatakan

    memerlukan keperluan khas jika mereka mempunyai masalah dalam aspek pembelajaran yang

    memerlukan peruntukan pendidikan khusus terhadap mereka. Mereka dikatakan menghadapi masalah

    dalam aspek pembelajaran jika mereka:

    1. mempunyai masalah pembelajaran yang yang besar berbanding kanak-kanak sebaya

    dengannya,

    2.mempunyai kecacatan yang menghalangnya menggunakan kemudahan pendidikan yang

    digunakan oleh kanak-kanak yang sebaya dengannya.

    3.Adalah di bawah umur wajib bersekolah dan berada di kategori (2) di atas.

    Sheila & Samsilah (2006) mengkategorikan murid berkeperluan khas adalah kanak-kanak yang

    memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Murid

    berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan

    bermasalah pembelajaran (Maklumat Pendidikan Khas 2003 dalam Sheila & Samsilah 2006).

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    10/25

    Kanak-kanak berkeperluan khas dianggap kanak-kanak yang dianggap berhadapan dengan

    batasan keupayaan dengan sendirinya bagi memperoleh keperluan biasa dan untuk hidup bermasyarakat

    kerana had fizikal dan mentalnya (Mahmood Nazar, 2000).

    Kesimpulannya, kanak-kanak berkeperluan khas dapat dimaksudkan dengan kanak-kanak yang

    mempunyai masalah dalam pembelajaran dan mereka memerlukan kaedah pengajaran dan

    pembelajaran yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak biasa.

    Masalah bahasa dan komunikasi

    Masalah bahasa ialah kelemahan lisan dan tulisan. Ia juga melibatkan kelemahan dalam bentuk bahasa, kandungan

    bahasa dan pragmatik bahasa.

    Komunikasi ialah proses penyampaian atau pemindahan mesej dari seorang kepada yang lain.Ia juga

    adalah proses mewujudkan kefahaman orang lain mengenai mesej yang disampaikandan kedua-duanya

    mempunyai kefahaman yang dikongsi bersama.

    Komunikasi normal biasanya bergantung kepada pertuturan dan bahasa. Pertuturan ialah

    kemampuan mengeluarkan bunyi-bunyi yang difahami seperti perkataan dan ayat. Bahasa pula

    merupakan apa yang orang lain nyatakan dan kemampuan menggambarkan dalam pemikiran bentuk

    simbolik seperti perkataan ataupun pergerakan yang mewakili perkataan. Masalah komunikasi mungkin

    berpunca dariada masalah pertuturan, masalah bahasa ataupun keduanya sekali.

    Pertuturan ialah gabungan bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan atau dihasilkan oleh alat-alatartikulasi dan dapat diungkapkan dengan sempurna. Ia berlaku pada peringkat penglahiran atau produktif

    level. Ia berlaku setelah si penutur dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang

    diperdengarkan. Individu lebih banyak bertutur melalui pengalaman daripada kecergasan otak

    Kemahiran bertutur merujuk kepada keupayaan pelajar menyampaikan maklumat, pendapat,

    perasaan, serta idea yang kritis dan kreatif secara lisan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara

    sopan. Penekanan diberikan pada keyakinan pelajar untuk bertutur serta penggunaan pengucapan yang

    menggunakan tatabahasa yang sesuai. Namun begitu, murid berkeperluan khas mengalami masalah

    bahasa.

    Masalah pertuturan yang dialami oleh kanak-kanak memberi kesan terhadap bunyi yang

    dikeluarkan. Perbezaan cara kanak-kanak bercakap menjadi suatu masalah apabila pertuturannya tidak

    dapat difahami oleh orang lain yang mendengar. Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan ini

    juga mengalami masalah lain seperti sumbing, palsi serebrum, dyspraxia dan masalah pendengaran.

    Antara ciri-ciri kecacatan ini ialah :

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    11/25

    1.Lewat dalam kemampuan mengeluarkan bunyi da menggunakan bunyi dalam perkataan

    disebabkan masalah artikulasi ataupun fonologi.

    2.Mempunyai suara yang kasar.

    3.Tiada bunyi yang keluar apabila kanak-kanak cuba bercakap.

    4.Bunyi sengaun ataupun bunyi dengungan walaupun kanak-kanak tidak menghadapi penyakit

    lain.

    5.Gagap iaitu kanak-kanak mengulang perkataan yang sama beberapa kali.

    Kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan tidak mampu menyatakan keperluan,

    kehendak dan perassan mereka kepada orang lain. Hal ini seterusnya menjejaskan pembelajaran dan

    interaksi mereka dengan orang lain. Apabila orang sekeliling tidak tidak memahami apa yang mereka

    sampaikan, mereka akan merasa kecewa seterusnya menunjukkan tingkah laku yang agresif. Biasanya

    kanak-kanak yang mengalami masalah pertuturan mengalami masalah dalam bersosial kerana diabaikan

    rakan-rakan yang lain kerana tidak faham apa yang mereka tuturkan. Keadaan ini seterusnya

    membuatkan perkembangan bahasa kanak-kanak lambat terutamanya dalam kemahiran interaksi sosial

    kerana peluang untuk mereka berinteraksi terhad.

    Masalah perkembangan bahasa pula mungkin terjadi dalam bahasa reseptifiaitu kemampuan

    memahami dan mengingat apa yang dikatakan oleh orang lain atau dalam bahasa ekspresifiaitu

    kemampuan untuk menyatakan idea dalam perkataan ataupun simbol. Masalah dalam aspek bahasa

    terbahagi kepada dua iaitu :

    1.Perkembangan lambat: melibatkan kemahiran berbahasa yang berkembang dalam kadar yang

    lambat tetapi dalam urutan normal bagi aspek bahasa seperti pembentukan perkataan, ayat

    dan perbualan. Keadaan persekitaran rumah yang tidak menyumbang kepada masalah

    perkembangan bahasa meruapakan salah satu faktor lewat perkembangan bahasa.

    2.Kecacatan bahasa. Ia dapat dikesan semasa aktivti pengajaran dijalankan. Kanak-kank ini

    dapat dikesan dengan tanda-tanda seperti ayat yang digunakan tidak berkaitan dengan

    perbualan misalnya memberi jawapan yang tidak sesuai dengan soalan. Mereka juga tidak

    menggunakan tatabahasa yang tidak tepat, sukar mengingat sesuatu nama dan percakapan

    mereka terganggu kerana tidak mengetahui perkataan untuk disebut.

    BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS

    Terdapat 4 kategori kanak-kanak berkeperluan khas iaitu bermasalah pendengaran, bermasalah penglihatan,

    bermasalah pembelajaran dan pelajar berbakat atau pintar cerdas.

    i) Bermasalah pendengaran

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    12/25

    Murid yang menghadapi masalah pendengaran ialah murid yang pendengarannya tidak jelas dan memerlukan alat

    bantuan mendengar. Murid yang mengalami masalah ini perkembangan pertuturan dan bahasanya akan terganggu

    dan lambat. Kanak-kanak tidak langsung dapat mendengar pula akan juga tidak dapat bercakap (bisu).

    Mereka yang menghadapi kesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas ( Bee H. 1995).

    Menurut International Encylopedia Volume 5 (1975) , cacat pendengaran bermakna kehilangan atau

    kekurangan daya pendengaran pada satu telinga atau kedua-keduanya kekurangan atau kehilangan daya

    pendengaran.

    ii) Bermasalah penglihatan

    Kanak-kanak bermasalah penglihatan dikategorikan kepada dua iaitu buta yang langsung tidak dapat melihat dan

    separuh buta yang kabur penglihatan. Kanak-kanak ini belajar melalui deria sentuhan, pendengaran, menghidu dan

    merasa. Mereka menggunakan tulisan Braille untuk membaca dan tongkot untuk bergerak ke sesuatu tempat. Dapat

    disimpulkan bahawa:

    Definisi masalah penglihatan dari segi pendidikan bermaksud sekumpulan kanak-kanak yang memerlukan

    pendidikan khas kerana masalah penglihatan

    Kaedah penyampaian pembelajaran dan bahan bantu mengajar perlu diadaptasikan dengan keperluan kanak-

    kanak ini supaya dapat mengoptimakan pembelajaran dan pencapaian mereka(Barrage 1992)

    iii) Bermasalah pembelajaran

    Kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah kanak-kanak yang tekah dikenal pasti dan disahkan oleh pakar-pakar

    klinikal sebagai mengalami kecacatan yang mengganggu proses pembelajaran. Kanak-kanak ini mengalami masalah

    seperti berikut:

    lambat untuk menguasai kemahiran berkomunikasi

    lambat berkembang persepsi pendengaran dan penglihatan

    menghadapi kesukaran untuk membaca, mengeja, menulis dan mengira.

    Kanak-kanak ini memerlukan perhatian dan keprihatinan yang lebih daripada masyarakat terhadap masalah yan

    mereka hadapi supaya dapat menjalani kehidupan seharian bersama orang lain.

    iv) Pintar cerdas

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    13/25

    Mengikut Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, kanak-kanak pintar cerdas ialah

    kanak-kanak yang maju atau berbakat dalam pelajaran dan boleh menerima pelajaran lebih awal atau lebih cepat

    daripada pelajar normal. Kanak-kanak ini dianggap mempunyai kebolehan luar biasa.

    Dalam topik ini akan membincangkan mengenai dua kategori kanak-kanak berkeperluan khas di bawah masalah

    pembelajaran iaitu kanak-kanak yang mengalami sindrom down dan juga lembam. Antara yang akan dibincangkan

    termasuklah punca berlaku sindrom down dan lembam, ciri-ciri yang ditunjukkan oleh kanak-kanak ini, masalah

    bahasa dan komunikasi, masalah lain yang dihadapi mereka dan lain-lain lagi.

    Sindrom down

    Sindrom bermakna kehadiran sekumpulan gejala dan tanda yang boleh menunjukkan kepada

    sesuatu penyakit. Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon Down iaitu

    orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun 1866. Kadar kejadian keseluruhannya ialah

    satu pada setiap 800 kelahiran. Berdasarkan kajian, risiko melahirkan anak sindrom down menjadi tinggi

    dilahirkan oleh ibu yang berumur 35 tahun ke atas.

    Sindrom Down berlaku adalah disebabkan oleh keadaan kromosom yang abnormal. Sindrom

    Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom tambahan pada kromosom nombor 21 yang

    terdapat pada seseorang kanak-kanak. Tiga salinan kromosom 21 terdapat dalam setiap satu sel yang

    biasanya hanya mempunnyai dua salinan. Penyakit ini juga dikenali sebagai Trisomy 21.

    Kanak-kanak sindrom down dapat dikesan sejak lahir kerana ciri-ciri fizikal mereka jelas

    menunjukkan kategori ini. Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas,

    belahan kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper, kepala lebih

    kecil daripada kebiasaan, bentuk leher lebih pendek dan lain-lain lagi. Biasanya kanak-kanak ini

    cenderung menjadi gemuk dan lebih rendah berbanding rakan sebaya mereka.

    Dari segi emosi, kanak-kanak ini mengalami terencat akal sama ada ringan, sederhana, teruk

    dan sangat teruk. Kanak-kanak sindrom down ringan masih boleh dididik. Menangis merupakan isyarat

    utama kanak-kanak ini dan mereka juga mempunyai masalah pendengaran. Kanak-kanak sindrom down

    merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala

    mereka mempunyai masalah yang lain iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila 2005).

    Masalah bahasa kanak-kanak Sindrom Down.

    Kanak-kanak SD menghadapi masalah memproses dan mengingati maklumat verbal. Pada hakikatnya,

    kebolehan belajar untuk berkomunikasi menggunakan bahasa mempunyai impak terhadap perkembangan kanak-

    kanak termasuklah perkembangan sosial dan emosi, serta kebolehan kognitif. Kita menggunakan kata untuk

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    14/25

    membina pengetahuan, berfikir, menaakul, mengingati, dan berkomunikasi dengan dunia di sekitar kita. Terdapat

    dua jenis pemerolehan bahasa, iaitu pertama, menggunakan kata (bahasa ekspresif) dan kedua, memahami kata

    (bahasa reseptif).

    Kajian ini mendapati kanak-kanak Sindrom Down merupakan pelajar visual (lihat) daripada pelajar auditori

    (dengar). Oleh itu, kajian ini mendapati bahawa perkembangan kemahiran bahasa verbal disokong oleh penggunaan

    bahasa bukan verbal seperti gerak badan, bahasa isyarat, tanda, gambar postur dan sebagainya supaya dapat

    memperkembang bahasa kanak-kanak tersebut.

    Lembam (Slow Learner)

    Brennan (1974) mendefinisikan murid lembam sebagai murid yang gagal melaksanakan kerja

    normal sekolah seperti kumpulan sebaya mereka tetapi kegagalan mereka tidak boleh dikatakan

    disebabkan oleh kecacatan. Murid lembam selalunya kurang aktif dan kurang berminat untuk menyertai

    kegiatan pelajaran di dalam bilik darjah.

    Jamila (2005) menyatakan kanak-kanak lembam dikenali sebagai kanak-kanak yang memerlukan

    pendidikan kelas pemulihan. Selalunya kanak-kanak ini dikenal pasti pada peringkat awal setelah

    mendapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira dalam pendidikan. Walau

    bagaimanapun adalah sukar untuk menyediakan garis pemisah yang jelas di peringkat awal

    perkembangan kanak-kanak antara kanak-kanak normal dengan kanak-kanak lembam kerana

    permasalahan mereka tidak begitu ketara. Hanya selepas mereka memasuki alam persekolahan

    permasalahan mereka dapat dikesan.

    Kanak - kanak ini tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas atau kurikulum atau belajar di sekolah biasa.

    Mereka ini terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah atau objektif jangka pendek

    dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah dan rendah.

    Menurut Messe (2001) dalam modul Universiti Terbuka Malaysia, keupayaan intelektual kanak-

    kanak ini berada tahap sederhana iaitu pada tahap 85 atau lebih di dalam skor ujian saringan

    kecerdasan. Mereka juga mempunyai masalah dalam memberi perhatian, mengumpul atau memprosesmaklumat yang diterima di dalam ingatan mereka.

    Di samping itu, kanak-kanak lembam mudah hilang tumpuan, mudah membuat kesalahan akibat

    kecuaian, sukar untuk menyiapkan tugasan dan kepayahan membuat tugasan yang berturutan. Di dalam

    mata pelajaran matematik, mereka menunjukkan kesukaran dalam mengingati simbol-simbol yang

    digunakan dan mengingati turutan proses dalam penyelesaian matematik (Jamila 2005).

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    15/25

    Disebabkan masalah kurang tumpuan, sukar memproses maklumat, sukar menyiapkan tugasan

    dan lain-lain lagi menyebabkan mereka mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak

    lembam sering mengganggu rakan-rakan.

    Ciriciri kanak kanak lembam adalah

    pencapaian pelajaran atau akedemik berbeza. Kanak-kanak ini pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap dan

    sukar menerima arahan. Mereka tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang

    tidak tepat dan salah dan selalu bertukar-tukar huruf. Ketika membaca dan menulis, mereka akan meninggalkan

    huruf,sukukata atau perkataan dan kerap melakukan kesalahan dalam ejaan dan tanda bacaan. Tulisan kanak-kanak

    lembam selalunya buruk dan sukar dibaca apabila mereka menulis tanpa ketetapan sama ada menaik dan menurun,

    menulis huruf terbalik atau turutan dan arah yang salah. Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak

    tepat.

    Punca berlakunya masalah pembelajaran.

    Punca ini boleh pdibahagikan kepada dua kategori iaitu punca biologi yang merangkumi faktor-faktor baka

    dan penyakit -penyakit yang menjejaskan fungsi otak dan urat saraf. Kekurangan oksigen sewaktu kelahiran ,

    lembam lapisan otak dan sawan yang berpanjangan disfungsi urat saraf. kandungan plumbum yang tinggi dalam

    darah seseorang kanak -kanak wujudnya masalah pembelajaran. Kedua ialah punca psikososial Pengaruh sekitaran

    yang tidak sihat kurang rangsangan dan kurang perhatian ibu bapa kepada kanak-kanak dan juga kemiskinan hidup

    Masalah bahasa kanak-kanak bermasalah pembelajaran

    Dari segi fonologi, kanak-kanak bermasalah bahasa ini mengalami masalah untuk mengeluarkan kata.

    Menghadapi masalah dari aspek pendengaran dan sistem saraf mulut yang tidak normal. Juga mengalami

    masalah untuk menyebut perkataan dengan jelas dan bunyi yang betul. Menggunakan bacaan bibir untuk

    memahami pertuturan .

    Bagi morfologi, mereka tidak boleh menggunakan bahasa atau penggunaan perkataan yang betul dalam

    pertuturan seharian mereka. Mereka mengambil masa yang lama untuk menguasai kemahiran menyebut kata-kata.

    Selain itu, menghadapi masalah untuk menggunakan ayat yang panjang kerana penambahan purata panjangujarannya amat lemah. Mereka juga mengalami masalah kelewatan di dalam pemerolehan bentuk kata kerja yang

    betul.

    Dalam sintaksis, kanak-kanak bermasalah pembelajaran gagal memberitahu maklumat yang dikehendaki.

    Mereka jarang sekali bertanya atau meminta penjelasan yang lebih lanjut sekiranya tidak memhami sesuatu. Mereka

    lebih suka mendiamkan diri daripada melibatkan diri di dalam perbualan.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    16/25

    Dari segi sematik, kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk memahami makna perkataan mengikut

    kategori, kuantiti, ruang, dan masa yang diajarkan kepada ereka. Oleh sebab itu mereka mengambll masa yang

    panjang untuk memahami sesuatu makna. Mreka juga mempunyai masalah kekurangan perbendaharaan kata secara

    kualitatif dan kuantitatif.

    Dalam bidang pragmatik pula, mereka menghadapi kesukaran dalam menentukan giliran di dalam

    perbualan mereka. Oleh sebab itu, mereka akan bercakap bila-bila masa sahaja tanpa menunggu giliran mereka

    untuk bercakap.

    KAEDAH INTERVENSI

    Kanak-kanak berkeperluan khas memerlukan pengesanan pada peringkat awal lagi bagi

    membolehkan mereka mengikuti suatu sistem persekolahan yang terancang bagi mengembangkan

    potensi diri mereka.

    Setiap kanak-kanak perlu diberi intervensi awal iaitu satu program yang tersusun, berstruktur,

    dan berperingkat. Intervensi awal mendidik kanak-kanak bekeperluan khas dari masa lahir hingga

    prasekolah. Selain itu juga melibatkan kolaborasi pelbagai disiplin (Zarin, Safani & Soon 2004).

    Intervensi awal ini juga memberi kesan positif pada perkembangan kanak-kanak berkeperluan

    khas antaranya ia dapat member pendekatan penambahan komunikasi. Sesetengah individu

    memerlukan intervensi melalui kaedah komunikasi selain daripada bahasa lisan. Selain itu, dalamsesetengah kes, individu tersebut tidak boleh bertutur disebabkan oleh masalah fizikal atau keupayaan

    kognitif. Oleh itu, kaedah komunikasi yang tidak melibatkan pertuturan hendaklah direka dan

    dilaksanakan untuknya.

    Di Amerika syarikat, program intervensi dijalankan melalui kerjasama di antara agensi seperti

    perkhidmatan dan bantuan teknologi, perkhidmatan jururawat sekolah, latihan dan kaunseling ibu bapa,

    perkhidmatan pemakanan nutrisi, program kebudayaan dan kesenian, terapi cara kerja dan terapi bahasa

    dan pertuturan.

    Guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas supaya dapat melaksanakan pengajaran dan

    pembelajaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran mengurus tingkah laku akan dapat membantu guru

    mengawal dan membentuk tingkah laku muridnya. Oleh itu guru perlu bijak menyusun teknik dan strategi

    untuk membentuk tingkah laku positif dari murid-murid berkeperluan khas ini.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    17/25

    Dari aspek bahasa pula, cadangan kaedah intervensi adalah dari segi fonologi,langkah intervensi

    yang boleh diambil ialah dengan menjalankan terapi pertuturan seperti meniup belon, meniup ke dalam air dengan

    menggunakan straw, menjilat lolipop menggunakan lidah, menjilat ais krim serta pernafasan iaitu dengan menahan

    nafas di dalam air. Teknik ini secara tidak langsung sebagai senaman untuk menguatkan otot mulut.

    Bagi morfologi pula, intervensi yang hendak dilakukan perlu mengambil kira kecerdasan dan masalah

    tingkah laku. Tujuan utama adalah untuk membantu perkembangan bahasa kanak-kanak yang lambat adalah

    dengan mengubahsuai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan alat bantu mengajar yang

    pelbagai. Antara kaedah intervensi untuk morfologi adalah:

    1. Kaedah skills pembinaan komunikasi iaitu satu contoh bahan komersil yang digunakan untuk

    memperkayakan perkembangan pembentukan kata.

    2. Kaedah reformulate. Contohnya, guru memperkenalkan murid dengan perkataan kadang-kadang, semalam,

    esok dan sekarang mengikut situasi dan konteks yang betul supaya murid boleh menceritakan sesuatu

    berdasarkanmasa.

    3. Latihan penggunaaan imbuhan awalan dan akhiran juga diberi penekanan agar murid dapat menggunakanpenambahan imbuhan tersebut mengikut konteks ayat yang betul. Contoh: imbuhan mem dan an. Saya

    membeli makanan ... Saya membeli makanan di kantin.

    Dari segi sintaksis pula intervensi yang boleh dijalankan ialah dengan melakukan perubahan daripada

    belajar secara individu kepada pembelajaran kumpulan. Fokus pengajaran di sini guru perlulah melebihkan tumpuan

    kepada aspek pembinaan perkataan, membaca dan menulis ayat yang mudah. Antara aktiviti yang boleh dijalankan

    oleh guru kepada murid-murid ini adalah dengan penggunaan perkataan di dalam permainan bahasa.

    Bagi semantik pula, langkah intervensi yang perlu diambil ialah dengan memberi penekanan

    kepada aspek kofnitif, linguistik, logik, persekitaran dan motivasi kepada murid. Aktiviti yang membantu

    ialah mengajar perkataan di dalam pertuturan dialek harian serta bahasa kiasan yang sering digunakan

    kerana perkataan tersebut tidak ditemui di dalam kamus.

    Intervensi yang boleh dijalankan untuk komponen pragmatik ialah dengan menjalankan penilaian

    dan pemulihan khusus. Pemulihan yang dijalankan merangkumi aspek tingkah laku, psikolonguistik dan

    interaksi sosial untuk menggalakkan mereka berinteraksi dan berkomunikasi dengan penggunaan konteks

    bahasa yang betul. Contoh: latihan komunikasi melalui aktiviti lakonan. Latihan teknik penyoalan perlu

    ditekan untuk membimbing murid mengemukakan dan memahami soalan apabila diterangkan oleh guru.

    Antara kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran bertutur di

    kalangan murid ialah mengadakan latih tubi sebutan untuk membetulkan kesalahan penyebutan yang telah dikenal

    pasti. Perbualan secara terpimpin, dialog dan soal jawab boleh dijalankan untuk memberi peluang kepada pelajar

    bercakap tanpa perasaan malu, takut, dan bosan. Guru juga boleh mempersembahkan satu daya kreatif berdasarkan

    skrip yang sedia ada atau yang dicipta oleh murid sendiri. Guru dan murid boleh membincangkan berita dan

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    18/25

    peristiwa semasa, membincang isi yang terdapat dalam satu gambar bersiri, membincang aspek-aspek satu filem

    atau slaid yang telah diperlihatkan.

    Kebolehan menulis memerlukan kematangan urat saraf dan urat daging yang mengawal jari dan

    tangan. Ini amat penting untuk pelarasan bagi membolehkan seseorang menulis. Kanak-kanak sewaktu

    berumur dua tahun telah boleh menggunakan jari dan tangan mereka untuk menconteng dan membuat

    gambar mengikut tanggapan mereka. Latihan peringkat rendah menekankan aktiviti seperti melakukan

    latihan pergerakan tangan. Kemudian meggalakkan murid menguasai gerak tangan yang bebas suapaya

    mereka boleh menulis dengan selesa dan sempurna.

    Dalam sukatan pelajaran bahasa Melayu KBSR, kemahiran menulis merupakan objektif untuk

    melihat keupayaan murid menulis perkataan dan membina ayat, serta dapat mengeluarkan idea melalui

    pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan tentang pengalaman peribadi yang dilalui, bahan sastera

    serta bahan berunsur ilmu. Penulisan hendaklah menggunakan ayat yang gramatis serta tanda baca dan

    ejaan yang betul. Tulisan berangkai yang jelas dan cantik hendaklah digalakkan kepada setiap murid.

    Hasil pembelajaran bagi kemahiran menulis ialah keupayaan menggunakan pelbagai jenis ayat dan

    wacana, mencatat dan menyusun maklumat, menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif dan

    membuat ulasan.

    Latihan atau aktiviti yang boleh dilakukan untuk kemahiran menulis ini ialah aktiviti seperti

    membuat corak, menekap dan membentuk huruf. Latihan menulis ini dikenali sebagai kemahiran menulis

    secara mekani kemahiran ini perlu dikuasai pada peringkat awal supaya murid dapat menghasilkan

    tulisan yang kemas dan mudah dibaca oleh orang lain. Ini dapat membantu murid menguasai kemahiran

    selanjutnya.

    RUMUSAN

    Terdapat banyak kategori kanak-kanak berkeperluan khas. Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang

    dilakukan kanak-kanak berkeperluan khas sememangnya menghadapi masalah dalam bahasa dan komunikasi

    disebabkan oleh beberapa faktor seperti genetik dan persekitaran. Kekurangan yang terdapat pada diri mereka

    mengakibatkan mereka susah dan lambat mempelajari bahasa dan berkomunikasi berbanding dengan kanak-kanak

    normal yang lain.

    Bagi kanak-kanak Sindrom Down, ciri- ciri fizikal yang dihadapi tidak boleh diubah lagi namun masalah

    pembelajaran yang dihadapi masih boleh dibaiki. Ciri-ciri fizikal yang dialami disebabkan oleh faktor genetik iaitu

    mempunyai tiga pasang kromosom pada pasangan kormosom ke 21. Ini memberikan ciri-ciri yang telah

    dibincangkan di atas tadi seperti bertubuh pendek, kepala kecil, mata sepet dan lain-lain lagi.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    19/25

    Bagi masalah lembam pula terjadi disebabkan faktor baka dan juga persekitran. Baka yang diperoleh dari

    keturunan yang mempunyai masalah lembam akan diperturunkan kepada anak-anak. Faktor persekitaran pula

    memberi kesan kepada kanak-kanak menjadi lembam kerana tidak ada perhatian dan komunikasi daripada ibu bapa

    menyebabkan anak kurang terdedah dengan perkataan dan interaksi dengan orang lain.

    Pendidikan yang diberikan kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini bukanlah untuk menjadikan mereka

    bijak cemerlang dan dipandang tinggi oleh masyarakat tetapi pendidikan yang diberikan adalah untuk memastikan

    kanak-kanak ini boleh menguruskan diri sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada orang lain. Pendidikan ini

    bukan hanya terletak di bahu guru-guru pendidikan khas malah sepatut semua pihak perlu memberi sumbangan dan

    galakan kepada kanak-kanak istimewa ini.

    Posted by SiTi HaJaR JaMaLuDiN at 2:43 AM

    http://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html

    Rabu, 15 April 2009

    MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    TAJUK 2 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    Masalah Bahasa

    Definisi bahasa yang telah dibincangkan dalam tajuk 1 dengan jelas menyatakan bahawa bahasa adalah merupakan

    alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan komunikasi

    seseorang.

    The National Information Center for Children and Youth with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikanmasalah bahasa sebagai;

    adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami

    dan/atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,

    sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalah

    bahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang

    kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa

    yang kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidakupaya mengikut arahan.

    The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) telah memberikan definisi dan jenis masalah

    bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

    Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan

    pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa ataupenggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya),

    atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan

    satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentuk

    bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan

    bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam

    komunikasi (sistem pragmatik).

    http://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.htmlhttp://sitihajarjamaludin.blogspot.com/2010/04/kanak-kanak-berkeperluan-khas.htmlhttp://anuarsped.blogspot.com/2009/04/masalah-bahasa-dan-komunikasi.html
  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    20/25

    Bentuk bahasa

    a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan kombinasi bunyi.

    b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan pembentukan perkataan daripadaunsur makna yang asas (morfem).

    c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan perkataan-perkataan bagi

    membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam lingkungan ayat tersebut.

    Kandungan Bahasa

    a. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan, kehendak, dan makna perkataan

    dan ayat.

    Fungsi Bahasa

    a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa

    dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan ataupercakapan.

    Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;

    i. Fonologi

    Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

    masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

    menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blinkuntuk drink.

    ii. Morfologi

    Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan

    yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang

    salah (bahasa Inggeris).

    iii. Sintaksis

    Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

    tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan

    menyampaikan pendapat yang kompleks.

    iv. Semantik

    Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata

    yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidakberupaya memahami makna perkataan.

    v. Pragmatik

    Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak

    memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam

    situasi yang berbeza.

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    21/25

    Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?

    Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah bahasa yang

    mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa penerimaan yang tepat,ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

    Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti berikut:

    i. mengingat kembali perkataan

    ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak

    iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna

    iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkapv. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami

    vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis

    vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain

    viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza

    2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa

    Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk dipulihkan

    dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-kanak terutamanya kanak-kanak

    masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran yang khusus bagi memenuhi

    keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu

    kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:

    i. Ajar bahasa di dalam situasi

    Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajaran dan

    seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

    ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

    Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat umur mereka.

    iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

    Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah pembelajaran seperti

    teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

    iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan

    Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah merangsang merekabercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau perkara yang

    mereka sedang lakukan.

    v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

    Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang dilakukan oleh

    orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.

    vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khususMenunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran bahasa

    yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul

    atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

    vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan konteksnya

    Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan

    pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    22/25

    sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

    Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah pembelajaran,

    aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

    Latihan 2.3

    Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal?

    Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah

    bahasa.

    2.2 Masalah Pertuturan

    Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat artikulasi,

    pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk bahasa yang

    formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

    2.2.1 Unsur-unsur pertuturan

    Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan kelancaran.

    a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada suara, (2)

    kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara.

    b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada

    suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.

    c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.

    d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh mengganggu

    komunikasi.

    2.2.2 Kategori masalah pertuturan

    Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

    Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut, dilafazkan

    dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai perbendaharaan kata yang

    mencukupi sesuai dengan peringkat umur.

    Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara, dan

    masalah kelancaran.

    i. Masalah artikulasi

    Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga

    menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada

    perkara-perkara berikut:

    penggantian

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    23/25

    pengguguran

    pengubahan, dan

    penambahan

    Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang lain,misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang

    masih belum matang.

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh

    berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk hidung, besa untuk besar, dan

    lain-lain.

    Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketaradalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip. Sekiranya untuk perkataan susah,

    konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut,

    misalnya sssyusyah

    Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah atau bawuah,

    animal disebut ammanimal atau ammaminal.

    a) Punca masalah artikulasi

    Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di antaranya

    adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun kecacatan pada hidung atau

    tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan

    juga faktor persekitaran.

    Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur bahagian atas

    bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang sengau.

    Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal sistem saraf

    tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima atau mengeluarkan bunyi

    atau suara yang betul.

    Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa. Kebiasaannya sebutan

    perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan perkataan. Mereka juga menyebut

    perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan

    sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan denganbetul.

    Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran keluarga yang tidak

    banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga kanak-kanak yang terbiar tanpa

    bimbingan orang dewasa sebagai model..

    b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

    Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi masalah artikulasi

    sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak tersebut. Di antaranya adalahseperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi tambahan (augmented communication).

    Terapi Pertuturan

    Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan kecil, atau

    secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara strategi yang digunakan

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    24/25

    adalah:

    aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak dan bercakap dengan

    mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku digunakan untuk merangsang

    perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan cara penyebutan yang betul danmenggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur dan juga bahasa.

    Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan melalui tunjuk

    cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti permainan. Misalnya ahli

    terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain itu dia juga akan menunjukkan cara

    bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r sebut.

    Pendekatan Interaktif

    Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru pendidikan khas, atau

    ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak untuk bercakap tentang apa yang dia

    sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan

    semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan

    sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991), tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya

    kanak-kanak banyak. Justeru, sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagiperbendaharaan kata mereka.

    Komunikasi Tambahan

    Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang serius tidak

    dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-kanak ini. Satu bentuk

    komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan oleh golongan masalah

    pendengaran.

    ii. Masalah suara

    Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa yangdihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan punca suara

    dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau garau (hoarseness), dan

    berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

    Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluarmengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti hidung tersumbat . Oleh

    itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi

    konsonan n, m, dan ng .

    Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih apabila tekak

    diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

    Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-petunjuk berikut:

    i. suara sengauii. suara orang yang sesak nafas

    iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil

    bercakap

    iv. suara sangat perlahan

    v. bercakap seperti berlagu

    vi. bercakap senada (monotone voice)

    vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah

  • 7/22/2019 bahan rujukan tugasan

    25/25

    viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan

    ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut, menggenggam tangan, dsb)

    Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi pertuturan

    seperti yang dibincangkan sebelum ini.