strategi pengajaran strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan...

Upload: khairul-arif

Post on 24-Feb-2018

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/25/2019 Strategi Pengajaran Strategi Pengajaran Adalah Suatu Kemahiran Merancang Dan Menguruskan Kaedah Dan Tekni

    1/5

    Strategi Pengajaran Strategi pengajaran adalah suatu kemahiran merancang dan

    menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-

    strategi pengajaran yang dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada

    pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.

    Strategi Berpusatkan Guru ialah pendekatan yang mana guru berada di tengah-

    tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran

    langsung. Pengajaran langsung bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar

    dan penglibatan. Ia juga bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara

    contoh-contoh termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan

    pelajar.

    erdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenal pasti

    sebagai pengajaran langsung. olehkah anda nyata beberapa ciri! Sekarang, mari kita

    melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini. Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai

    pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan

    sistematik. "erdapat juga hentian sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar.

    Pendekatan ini berguna untuk menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu.

    Sebagai contoh, pengajaran #$ fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan,

    aturan tatabahasa dan konsep,perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan

    membe%akan fakta daripada pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatanpengajaran eksplisit adalah berguna.

    Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang

    menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan

    bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis a&alan dan memberi semua

    pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap. Seorang guru yang masuk bilik

    darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan memperlihatkan ciri-ciri berikut'

    guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran(

    pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas(

    buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas(

    setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru(

    meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur(

    pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

  • 7/25/2019 Strategi Pengajaran Strategi Pengajaran Adalah Suatu Kemahiran Merancang Dan Menguruskan Kaedah Dan Tekni

    2/5

    olehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian

    anda! Adakah anda menggunakan pendekatan ini! Sekarang, berhenti sejenak dan fikir.

    Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan berpusatkan guru!

    Strategi berpusatkan pelajarbermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungja&ab

    untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit kecenderungan

    terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk mereka )*artin et al,

    +#.

    *engapa kita menggunakan pendekatan ini! Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di

    mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat menggalakkan

    pelajar bertanggung ja&ab dan melibatkan diri bagi membantu mereka belajar bagaimana

    untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan me&ujudkan iklim bilik darjah yang baik di mana

    pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih sesuai digunakan

    apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi berpusatkan guru dan

    apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran pemikiran kreatif dan

    kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar selalunya kurang

    berstruktur.

    alaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkanpelajar membuat sesuka hati mereka. uru masih berkuasa dan memberi sedikit

    tanggungja&ab kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan

    oleh guru. Akan tetapi, guru bertindak autoritatif. uru memilih untuk mengagihkan sedikit

    kuasanya kepada pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

    erdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini! 0ajian menunjukkan

    baha&a ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam

    mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,me&ujudkan

    motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial

    kumpulan. ilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang

    lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.

    Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan

    beberapa bentuk perbincangan. 1ontoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit

    termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah

    praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan

    dan menulis tesis. olehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai !

  • 7/25/2019 Strategi Pengajaran Strategi Pengajaran Adalah Suatu Kemahiran Merancang Dan Menguruskan Kaedah Dan Tekni

    3/5

    Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini! uru-guru mestilah mahir

    dalam mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti

    konsep konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang

    bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan

    menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.

    *ari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah

    yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar '

    Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan

    secara keseluruhan kelas.

    Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau

    dalam kumpulan-kumpulan kecil.

    entuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.

    1ara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu

    atau di dalam kumpulan

    Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan

    Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

    Strategi berpusatkan bahanbermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku,

    blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses

    kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi

    cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu

    dapat belajar.

    Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru

    dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang

    digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang

    utama. 0ebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam

    pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran,

    panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. ahan

    yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer,

    12-3om, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalamlaman &eb, telekonferens, konferens video dan telematiks.

  • 7/25/2019 Strategi Pengajaran Strategi Pengajaran Adalah Suatu Kemahiran Merancang Dan Menguruskan Kaedah Dan Tekni

    4/5

    Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi

    keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut

    kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia

    #4 juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran

    diadakan.

    2alam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah '

    membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat(

    membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan(

    mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan(

    memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan( dan

    membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

    Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti

    atau tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan

    apa-apa yang dipelajari )dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi

    mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka

    menyempurnakan aktiviti dengan jayanya. 0riteria-kriteria yang diambil kira dalam

    pemilihan atau membentuk aktiviti adalah'

    Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin diajar di mana

    guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh menuju pencapaian

    matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan kebolehan untuk

    mengaplikasikannya dalam situasi lain.

    erdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti. 1ontohnya,

    aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan( aktiviti tersebut releven dan

    berguna untuk menyampaikan isi kandungan pelajaran. alau bagaimanapun, semasa

    memilih aktiviti yang tidak memenuhi kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria

    sekunder.

    Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi, bukannya

    aktiviti yang dilaksanakan secara individu .

  • 7/25/2019 Strategi Pengajaran Strategi Pengajaran Adalah Suatu Kemahiran Merancang Dan Menguruskan Kaedah Dan Tekni

    5/5

    Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau serta

    disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar perlu bersedia lebih

    a&al sebelum aktiviti. uru perlu memberikan bimbingan dan maklum balas semasa aktiviti

    serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

    Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar

    akan melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai.

    uru boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau

    bantuan tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula

    melaksanakan tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika

    perlu. 0esemua tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan uru

    akan membuat semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi

    dan mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan.