teori situasi.docx

Upload: zanawati

Post on 20-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 teori situasi.docx

    1/4

    Teori situasi beranggapan bahawa persekitaran organisasi yang berbeza

    memerlukan cara kepemimpinan yang berbeza jika keberkesanan ingin

    dirasakan. Kepemimpinan yang berkesan bergantung pada beberapa faktor

    seperti faktor pengikut, faktor pemimpin dan faktor situasi yang saling

    mempengaruhi.

    Antara teori situasi adalah:

    Teori Kontinjensi Fiedler !"#$%.

    Teori &ituasi 'ersey dan (lanchard !"$$%.

    Teori Kontinjensi menyatakan bahawa tidak terdapat satu cara terbaik dalam

    memimpin sesebuah organisasi. &esuatu gaya kepemimpinan mungkin

    berkesan dalam satu situasi tetapi sebaliknya berlaku dalam situasi yang

    lain. )engan erti kata lain, kepemimpinan optimal tertakluk

    kepadacontingent upon%orientasi psikologikal pemimipin dan tuntutan

    persekitaran yang terdiri daripada:

    &aiz organisasi, bagaimana pemimpin menyesuaikan diri dengan

    persekitaran.

    &umber dan cara pengoperasian yang berbeza.

    Tanggapan pemimpin terhadap staf dan sebaliknya.

    *enggunaan teknologi dan sebagainya.

    )aripada kajian+kajian yang dijalankan oleh Fiedler, beliau merumuskan

    keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kesepadanan di antara dua

    ariable, iaitu gaya kepemimpinan dan tahap sokongan persekitaran

    situational faorableness%. Tingkah laku pemimpin mungkin digerakkan oleh

    tugasan ataupun perhubungan antara manusia dan diperjelaskan dalam tiga

    dimensi kritikal, iaitu:

  • 7/24/2019 teori situasi.docx

    2/4

    'ubungan pemimpin+ahlileader+member relation%, iaitu sejauh manakah

    pemimpin diterima dan disokong oleh ahli. -ika ahli kumpulan menerima

    pemimpin, pemimpin berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk

    memimpin ahli ke tahap yang lebih berkesan.

    &truktur tugasantask structure% merujuk kepada kejelasan tugas dan

    kejelasan peranan ahli dalam melaksanakan tugas tersebut. Apabila tugas

    adalah rutin dan didenisikan dengan jelas, ahli mengetahui

    bidangtugasannya, maka situasi menyokong proses kepemimpinan.

    Kedudukan kuasaposition power% sekiranya pemimpin mempunyai kuasa

    rasmi yang kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar, menentukan naik

    pangkat%, maka situasi menyokong proses kepemimpinan.

    Teori &ituasi 'ersey dan (lanchard !"$$% menggabungkan dan meluaskan

    idea /rid *engurusan (lake and 0outon serta 0odel Kontinjensi Fiedler.

    0engikut 0ersey dan (lanchard, keberkesanan kepemimpinan berasaskan

    situasi. Terdapat empat gaya kepemimpinan yang diutarakan oleh mereka,

    iaitu gaya memberitahu, menjual, mengambil bahagian dan menurunkan

    tanggungjawabtelling, selling participating, delegating%.

    *enggunaan gaya kepemimpinan yang berbeza+beza perlu disepadankan

    dengan tahap kematangan ahli dalam kumpulannya.

    Tahap kematangan ahli ditafsirkan berdasarkan dua aspek yang khusus,

    iaitu:

    Kematangan psikologikal, iaitu keyakinan, kebolehan dan kesediaan ahli

    untuk menerima tanggungjawab yang diberikan.

    Kematangan pengendalian tugas, iaitu kemahiran dan pengetahuan teknikal

    yang dimiliki.

    Kumpulan Kematangan 1endah20otiasi yang rendah, kurang kemahiran,

    kurang pasti matlamat organisasi, kurang kejelekitan kumpulan. *emimpin

  • 7/24/2019 teori situasi.docx

    3/4

    perlu meluangkan masa untuk memperjelas peranan ahli dan matlamat

    organisasi, membuat penyeliaan yang lebih rapi serta menggalakkan ahli

    untuk 3menerima3 tugas mereka melalui cara 3pujukan.3 /aya kepemimpinan

    yang sesuai bagi kumpulan ini ialah memberitahu dan menjual.

    Kumpulan Kematangan Tinggi20otiasi yang tinggi, mempunyai kemahiran

    tinggi, komited kepada matlamat organisasi, ahli kumpulan dan pemimpin

    saling mempercayai. *eranan pemimpin ialah sebagai pemudah cara dan

    mengekalkan komunikasi yang baik. /aya kepemimpinan mengambil

    bahagian sesuai diamalkan untuk kumpulan ahli yang berkemahiran tinggi

    tetapi kurang bersemangat./aya menurunkan tanggungjawab adalah sesuai

    diamalkan bagi kumpulan yang mempunyai tahap kematangan dan

    kemahiran yang tinggi.

    Terdapat beberapa isu yang perlu diambil kira berkaitan dengan Teori &ituasi

    'ersey dan (lanchard apabila soal kesesuaian gaya kepemimpinan

    dibincangkan. *ertamanya, faktor budaya sesuatu kelompok masyarakat

    akan mempengaruhi cara kerja dan gaya kepemimpinan. 4ontohnya, dalam

    budaya tertentu, tugas dantatakerja dihargai, manakala dalam budaya lain,

    perhubungan manusia dan unsur birokrasi dihargai.

    *erkara kedua berkaitan dengan pendapat bahawa pemimpin lelaki lebih

    berorientasikan tugas, manakala pemimpin wanita bersifat prihatin dan

    sensitif, iaitu lebih berorientasikan perhubungan manusia.Ketiganya, model

    situasi hanya membincangkan hubungan pemimpin dan ahli+ahli dibawah

    jagaannya, isu struktur, politik dan simbol tidak diperbincangkan.

    4iri persamaan antara Teori Kontinjensi Fiedler dengan Teori &ituasi 'ersey

    dan (lanchard adalah kedua+duanya menyatakan bahawa tidak terdapat

    satu cara terbaik dalam memimpin sesebuah organisasi. *erbezaan utama

    ialah Teori &ituasi lebih berfokuskan pelbagai gaya kepemimpinan yang perlu

    diamalkan berdasarkan faktor persekitaran lebih kepada kematangan ahli%,

    manakala Teori Kontinjensi mengambil perspektif yang lebih luas, iaitu faktor+

  • 7/24/2019 teori situasi.docx

    4/4

    faktor penentu keberkesanan kepemimpinan tertakluk kepada kebolehan

    pemimpin itu sendiri serta faktor+ faktor sokongan persekitaran yang lain.