42889642 ngo malaysia

Upload: muhammad-iqbal

Post on 10-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    1/16

    BADAN BUKAN KERAJAAN

    Pertubuhan bukan kerajaan (bahasa Inggeris: non-government organisation atau NGO)

    merupakan pertubuhan yang ditubuhkan oleh pihak atau pertubuhan swasta yang tidakmempunyai apa-apa hubungan dengan mana-mana kerajaan. Ada NGO yang dibiaya oleh

    kerajaan tertentu, namun keahlian pertubuhan sebegini tidak terbuka kepada mana-mana pihakkerajaan.

    Tidak seperti istilahPertubuhan antara kerajaan, "pertubuhan bukan kerajaan" merupakan suatu

    istilah bagi kegunaan umum tetapi ia bukan suatu definasi yang sah di sisi undang-undang. Di

    dalam bidang kuasa mahkamah jenis-jenis pertubuhan ini adalah "pertubuhan masyarakat awam"atau dirujukkan dengan nama-nama yang lain.

    Sesetengah pihak menganggarkan jumlah pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa sebanyak

    40,000.[1]

    Bilangan pertubuhan tempatan adalah lebih tinggi lagi: Russia mempunyai 277,000NGO.[2]India dianggarkan mempunyai di antara 1 juta dan 2 juta NGO.[

    BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN

    1.1 PENGENALAN

    Salah satu kesan globalisasi ekonomi ialah kemunculan multinational corporation (MNCs)

    yang secara perlahan-lahan mengambil peranan sebagai pembuat keputusan dan penentu

    tahap pembangunan sesebuah negara daripada institusi politik iaitu kerajaan. Hal iniberlaku atas desakan luar iaitu pengantarabangsaan ekonomi dan desakan dalaman iaitukeperluan pembangunan ekonomi domestik. Kewujudan pelbagai MNCs yang bertapak di

    dalam negara ini telah mengakibatkan kerajaan sebagai autoriti pusat telah terhakiskuasanya. Pelaburan dan peluang pekerjaan yang disediakan oleh MNCs kepada rakyat di

    sesebuah negara menyebabkan ia memiliki daya untuk mempengaruhi kerajaan dalam

    membuat sebarang keputusan politik yang melibatkan soal ekonomi. Kerajaan bolehdikatakan sebagai satu autoriti yang mengalami dilema apabila sebarang keputusan politik

    terpaksa dibuat sama ada memberi lebih peluang kepada MNCs dari luar negara atau

    peluang kepada peniaga, buruh, pengguna mahupun etnik majoriti. Peluang bagi MNCsialah memperluas pelaburan dan perniagaan mereka di negara ini manakala peluang di

    peringkat peniaga, buruh, pengguna dan etnik majoriti ialah ruang untuk mereka

    memperolehi keperluan asas dan kehendak diri dengan pemilikan ekonomi yang dimiliki. Isupembangunan timbul apabila MNCs dalam negara mengejar keuntungan semata-matatetapi mengambil buruh dari luar negara atau negara periferi, meningkatkan pengeluaran

    tetapi mengabaikan aspek kualiti dan menjadi pesaing hebat bagi syarikat-syarikat anaktempatan. Oleh itu, kerajaan tidak lagi boleh diharapkan sepenuhnya untuk membela nasib

    golongan miskin, buruh dan pengguna di Malaysia kerana perkiraan politik kerajaan harusjuga mengambil kepentingan MNCs di Malaysia. Maka, wujud badan bukan kerajaan yang

    dirujuk sebagai masyarakat sivil untuk memperjuangkan isu pembangunan dalam ruanglingkup mereka. Badan-badan bukan kerajaan ini telah memainkan peranan penting dalam

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan_antara_kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Russiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Russiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pertubuhan_antara_kerajaan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/wiki/Russiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_bukan_kerajaan#cite_note-2
  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    2/16

    isu-isu pembangunan. Esei ini akan membincangkan peranan badan bukan kerajaan.Bahagian pertama akan menjelaskan takrif dan konsep badan bukan kerajaan. Bahagian

    kedua akan menghuraikan faktor kewujudan badan bukan kerajaan dengan melihatdesakan luar dan desakan dalam negara. Bahagian ketiga, badan bukan kerajaan akan

    dikelaskan ke dalam beberapa jenis dengan mencirikan ia kepada golongan yang diwakilidan peranannya. Bahagian keempat pula akan mengandungi contoh-contoh badan bukan

    kerajaan seperti Malaysian Trade Union Congress (MTUC), (FOMCA), Consumer Associationof Penang (CAP) dan Dewan Perniagaan Ekonomi Melayu. Bahagian kelima merupakanrumusan seluruh bahagian seterusnya kesimpulan.

    2.1 BADAN BUKAN KERAJAAN

    2.2 Takrif dan KonsepBadan bukan kerajaan dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai non-governmental

    organization (NGO). Badan bukan kerajaan merupakan kumpulan yang dibentuk berasaskankepentingan umum ahli-ahlinya. Sifat-sifatnya ialah tidak mewakili kerajaan, tidak

    menjalankan fungsi-fungsi kerajaan, tidak memperolehi autoriti langsung kerajaan dantidak membawa agenda kerajaan sebaliknya terbentuk atas dasar sukarela. Apa yang

    penting bagi sesebuah badan bukan kerajaan adalah untuk mewakili kepentingan golongan-golongan tertentu yang tidak memiliki perwakilan dalam pembentukan dasar-dasar kerajaan

    dalam sistem politik negara. Tambahannya, kewujudan badan bukan kerajaan secara tidak

    langsung meringankan bebanan kerajaan, menyediakan fungsi semak dan imbang sertamenyuburkan amalan demokrasi.Badan bukan kerajaan dapat dihuraikan tujuannya berdasarkan teori pluralisme iaitu satu

    keadaan yang mana terdapat pelbagai kumpulan berkepentingan dalam satu arena politik.Seterusnya, kumpulan-kumpulan ini bersaing untuk mempromosikan kepentingan masing-

    masing dan ia mempengaruhi pembentukan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan.Kenyataan ini secocok dengan pendapat Baradat (1979), bahawa proses pembuatan

    keputusan merupakan satu keadaan persaingan yang mana terdapat pelbagai kumpulanpendesak mewakili kepentingan masing-masing untuk menghasilkan dasar kerajaan yang

    merupakan satu bentuk manifestasi dan kompromi terhadap tuntutan kumpulan-kumpulantersebut. Dalam hal ini, kerajaan mesti bersifat bebas agar dasar yang dibentuk tidak

    bersifat bias.

    Terdapat pelbagai penggunaan kaedah oleh badan bukan kerajaan untuk menarik perhatianpembuat-pembuat dasar. Badan bukan kerajaan telah menggunakan teknik melobi,

    demonstrasi dan menarik perhatian umum seperti pengedaran risalah, syarahan umum danpromosi kepada orang awam. Maka, kaedah-kaedah ini akan dapat merealisasikan hasrat

    badan bukan kerajaan untuk mencapai matlamat dan kepentingan masing-masing dalamisu pembangunan.

    2.2 Teori Pluralisme: Kewujudan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia

    Bahagian ini akan menjelaskan kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan dalam teoripluralisme yang

    mengiktiraf kepelbagaian kumpulan-kumpulan berkepentingan dalam sistem politik.Penghuraian ini penting kerana ia dapat membantu untuk memahami bagaimana badan

    bukan kerajaan mendapat keabsahan, autoriti dan kesignifikanannya dalam mempengaruhiisu pembangunan di Malaysia.

    2.2.1 Keabsahan dan AutoritiBadan-badan bukan kerajaan diabsahkan kewujudannya berdasarkan peruntukan dalam

    Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 10. Kebebasan untuk bercakap, berhimpun danmenubuh persatuan. Walaubagaimanapun, badan bukan kerajaan harus mendaftarkan

    kumpulan melalui Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) berdasarkan kehendakAkta Persatuan 1966. Setelah itu, badan bukan kerajaan akan diiktiraf sebagai sebuah

    badan yang berautoriti.2.2.2 Ciri-ciri Pluralisme

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    3/16

    Terdapat beberapa ciri dalam teori pluralisme. Pertama, tiada kumpulan mendominasikumpulan lain. Dalam hal ini kumpulan tersebut merujuk kepada badan bukan kerajaan.

    Kedua, kerajaan bersifat bebas atau neutral. Ketiga, peranan negara adalah untukmengawal dan memantau konflik antara kumpulan bukan untuk mendominasi. Keempat,

    negara akan membuat dasar-dasar hasil interaksi pelbagai kumpulan ini.2.2.3 Kelebihan Pluralisme

    Pluralisme juga memiliki kelebihan dan kelemahan tersendiri. Antara kelebiahannya ialahsetiap kumpulan berpeluang dan berkebolehan untuk mempengaruhi kerajaan dalampembuatan dasar. Hal ini mustahak kerana ia akan memberi peluang kepada semua

    kumpulan untuk menyuarakan pandangan dalam isu pembangunan. Tambahannya,

    kerajaan juga memberi perhatian kepada kumpulan-kumpulan terlibat. Perhatian sebeginisangat penting untuk memastikan setiap isu berbangkit akan disertai tindakan oleh pihak

    berwajib.

    2.2.4 Kelemahan PluralismeTerdapat juga kelemahan-kelemahan dalam pluralisme ini. Pertama, peluang untuk

    membentuk kumpulan mungkin akan terbatas jika terdapat masalah kekurangan sumberkewangan dan kumpulan yang wujud tidak efisien. Buruh-buruh yang berpendapatan

    rendah contohnya tidak dapat menubuhkan kesatuan sekerja yang efisien dalam

    mempengaruhi kerajaan terhadap isu-isu mereka jika dibandingkan dengan kesatuansekerja yang mempunyai sumber kewangan dan tenaga yang lengkap seperti KesatuanSekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS). Selain itu, kerajaan adakalanya bersifat

    tidak neutral kerana berpihak kepada badan bukan kerajaan tertentu. Hal ini akanmengganggu prinsip dalam pluralisme itu sendiri iaitu kerajaan harus bersikap bebas.

    Jadi, teori pluralisme ini harus difahami dengan memahami ciri-ciri, kelebihan dankekurangan kerana ia akan dapat membantu badan bukan kerajaan menjalankan

    peranannya dengan cekap dan berkesan dalam memperjuangkan isu pembangunan diMalaysia.

    3.1 FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNANPembangunan merupakan proses maka ia berterusan. Jika dilihat dalam konteks Malaysia,

    pembangunan telah mula dijalankan sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

    Ia telah diteruskan setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysiapada 16 September 1963. Pembangunan secara holistik telah dijalankan dengan

    berpandukan rangka rancangan lima tahun. Selain itu, terdapat juga dasar-dasar ekonomiseperti Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Pembangunan Negara (DPN) dan yang terbaru

    Model Baru Ekonomi (MBE). Kesemuanya merupakan dasar dan rancangan Malaysia ke arahpembangunan negara.

    Walaubagaimanapun, pembangunan yang harus merangkumi prinsip kesaksamaan,

    kelestarian, produktiviti dan pemberdayaan masih lagi tidak dapat diselesaikanberpandukan dasar-dasar ekonomi ini atau lebih tepat lagi. Peranan kerajaan masih tidak

    dapat menangani isu-isu pembangunan yang timbul di pelbagai peringkat kumpulanmasyarakat. Oleh itu, wujud badan-badan bukan kerajaan sebagai entiti politik yang

    berperanan dalam isu pembangunan. Kerajaan juga tidak harus dipersalahkan seratus-peratus dalam isu pembangunan kerana ia juga berkaitan dengan faktor luaran iaitu

    tuntutan pasaran global yang kian mendesak.Antara isu pembangunan yang sering timbul dalam konteks Malaysia ialah hak dan

    kebajikan pekerja atau buruh, isu pengguna dan isu taraf ekonomi Bumiputera. Isu-isuseperti ini timbul akibat pembangunan yang tidak setara, ekonomi bercirikan kapitalisme

    yang bermotifkan keuntungan semata-mata dan mengabaikan soal kebajikan pekerja sertakepuasan pengguna. Maka, beberapa faktor akan dijelaskan merangkumi faktor luaran dan

    faktor dalaman seterusnya membawa kepada kemunculan badan-badan bukan kerajaan.3.2 Faktor Luaran: Pasaran Global dan Persaingan Multinational Corporation (MNCs)

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    4/16

    Bahagian ini akan menjelaskan bagaimana tuntutan pasaran global dan persaingan antaramultinational corporations (MNCs) telah membawa kepada kemunculan badan bukan

    kerajaan di Malaysia. Globalisasi yang merupakan proses pemampatan masa dan ruangserta dibantu kemajuan teknologi mempunyai beberapa cabang. Salah satu daripada

    cabang globalisasi ialah pengantarabangsaan ekonomi (internationalization of economy).Menurut Petrella (1996), proses pengantarabangsaan ekonomi ialah satu himpunan aliran

    pertukaran bahan mentah, barangan separuh siap dan barangan siap serta perkhidmatan.Ia juga boleh meliputi kewangan dan buruh antara dua atau lebih negara. Pendefinisianpengantarabangsaan ekonomi oleh Petrella ini secocok dengan Teori Sistem Dunia oleh

    sarjana Immanuel Wallerstein yang melihat kesalingan hubungan pergantungan antara

    negara pusat atau core dengan negara semi-periphery dan negara periphery.3.2.1 Teori Sistem Dunia Wallerstein

    Teori sistem dunia diperkenalkan oleh Immanuel Wallerstein. Ia merujuk kepada hubunganantara pusat (core), separa pinggir (semi-periphery) dan pinggir (periphery). Ketiga-tiga

    pembahagian ini didasarkan kepada fungsi ekonominya. Pertama, negara-negara pusatberperanan sebagai pemilik utama modal dan melabur dalam ekonomi negara separa

    pinggir. Kedua, negara separa pinggir pula menjalankan fungsi ekonomi sebagai pengeluarproduk separa siap dan siap. Ketiga, negara-negara pinggir berperanan sebagai pembekal

    bahan mentah dan buruh yang murah untuk proses penghasilan produk. Ketiga-tiga

    segmen dalam teori sistem dunia ini bergantungan antara satu sama lain. Teori ini akanmenerangkan bagaimana ekonomi sesebuah negara dibuka kepada pasaran luar seterusnyadidominasi oleh MNCs.

    Dalam keadaan pergantungan antara satu sama lain, ekonomi sesebuah negara bukan lagibersifat tertutup bagi keperluan domestik sahaja sebagaimana negara Korea Utara yang

    mengamalkan sistem ekonomi sosialisme dan fahaman politik komunisme berdasarkanJuche Idea. Ekonomi sesebuah negara dalam konteks teori sistem dunia bersifat terbuka

    untuk pasaran antarabangsa. Ia berjalan dalam sistem ekonomi bercirikan kapitalisme iaitubermotifkan keuntungan yang maksima. MNCs yang wujud perlu bersaing antara satu sama

    lain dalam sebuah pasaran bebas (laissez-faire). Dalam hal ini, wujud kegiatan import daneksport antara MNCs dan negara. Di Malaysia, MNCs yang wujud adalah seperti produk

    makanan iaitu McDonalds, Coca Cola dan Kentucky Fried Chicken. MNCs ini

    mengembangkan pasaran untuk melipatgandakan keuntungan. Selain itu, wujud juga MNCsdalam pengeluaran barangan elektronik seperti Sony, Panasonic dan Philips. MNCs yang

    datang daripada negara-negara pusat seperti ini akan menyediakan peluang pekerjaan dinegara-negara semi-periphery dalam bentuk pengeluaran barangan separuh siap dan siap.

    Pekerja-pekerja pula didatangkan daripada negara-negara pinggir seperti Bangladesh,Myanmar dan Nepal.

    3.2.2 Teori Globalisasi

    Teori globalisasi menerangkan satu bentuk pergantungan negara-negara pasca kolonialseperti Malaysia. Pergantungan ini wujud hasil sistem ekonomi semasa penjajahan dahulu

    seperti bekalan buruh, pemindahan teknologi dan pasaran untuk produk sertaperkhidmatan. Selain itu, ciri dalam teori globalisasi juga ialah kuasa modal asing atau

    foreign direct investment (FDI). Malaysia sendiri telah meliberalisasikan ekonomi untukpelaburan luar. Tambahannya, kekuatan MNCs juga turut melebihi kuasa negara. Maka,

    teori globalisasi ini akan dapat menjelaskan keadaan ekonomi di Malaysia sehingga ia telahmenghakis kuasa negara dan memulakan peranan badan bukan kerajaan dalam isu

    pembangunan ekonomi.Kewujudan pelbagai MNCs dalam ekonomi negara ini menyebabkan isu-isu pekerja menjadi

    lebih kompleks seperti soal upah, masa kerja, perlindungan pekerja dan jaminan pekerjaan.Isu buruh di negara ini juga bertambah rumit apabila ia melibatkan buruh-buruh asing. Isu

    ekonomi bukan lagi eksklusif kepada konteksnya sahaja tetapi melibatkan hubungan duahala antara Malaysia dan negara-negara pembekal tenaga buruh seperti Indonesia. Isu

    buruh luar ini melibatkan isu-isu seperti layanan berat sebelah, ketiadaan permit dan isu

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    5/16

    jenayah oleh buruh yang bekerja di Malaysia. Jadi, kesan-kesan negatif terhadap prosespembangunan ini membuktikan bahawa kewujudan MNCs telah menghakis kuasa dan

    peranan negara dalam urusan pembangunan maka badan bukan kerajaan dalam bentukkesatuan sekerja, persatuan pengguna dan persatuan peniaga telah beransur-ansur

    memainkan peranan untuk memperjuangkan isu-isu yang telah dinyatakan di atas.Kenyataan ini secocok dengan pendapat Sity (2002), pemerintah tidak lagi dianggap

    sebagai sumber kuasa yang unggul sebaliknya banyak lagi institusi sosial nasional danantarabangsa yang lain seperti persatuan peniaga, persatuan pengguna dan kesatuansekerja yang turut menentukan arah dan matlamat pembangunan sesebuah negara pada

    hari ini.

    Oleh itu, jelas bahawa faktor luaran yang dijelaskan dengan Teori Sistem Dunia Wallersteindan Teori Globalisasi telah meningkatkan kebergantungan ekonomi negara dan peranan

    MNCs seterusnya mencambahkan pelbagai isu pembangunan. Isu-isu pembangunan ini pulatelah mendesak kepada kewujudan pelbagai badan bukan kerajaan yang bertindak sebagai

    kumpulan yang mempengaruhi dasar-dasar dan menyediakan fungsi semak imbang.3.3 Faktor Dalaman: Ciri-ciri Liberalisation, Deregulation and Privatisationdalam Ekonomi

    MalaysiaPembangunan ekonomi di Malaysia melibatkan ciri-ciri liberalisation, deregulation and

    privatization hasil dasar-dasar yang diperkenalkan pihak kerajaan. Walaupun dasar-dasar

    yang melibatkan ciri-ciri ini adalah untuk tujuan pembangunan ia hanya dilihat sebagaiberjaya menunjukkan kesan positif jika dinilai daripada segi makroekonomi. Namun, jikadilihat daripada segi mikroekonomi, ia telah menimbulkan ketidakadilan. Hal ini dapat

    diungkap dalam kata-kata seperti free trade is not a fair trade dan one mans freedom,another mans infringement.

    3.3.1 Liberalisasi (Liberalisation)Usaha liberalisasi ekonomi Malaysia telah dijalankan oleh Datuk Seri Najib Bin Tun Abdul

    Razak, Perdana Menteri Malaysia. Usaha liberalisasi ini telah diumumkan pada tahun 2009sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan Malaysia sebagai pusat kewangan

    antarabangsa dan memanfaatkan aset atau lebihan dalam negara kepada pelaburan asing.Walaubagaimanapun, usaha liberalisasi ekonomi ia dilihat sebagai penghakisan hak-hak

    istimewa Bumiputera dalam pemilikan ekonomi dan anak tempatan lain. Mantan Perdana

    Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir sendiri menyifatkan liberalisasi ekonomi sebagaimengambil hak-hak Bumiputera. Dalam kaca mata politik dan ekonomi Malaysia, isu taraf

    ekonomi Bumiputera sememangnya sesuatu yang dominan dan signifikan kerana iamelibatkan soal perlembagaan iaitu Perkara 153. Perlembagaan Persekutuan dan sokongan

    politik etnik majoriti di Malaysia. Tambahannya, syarikat-syarikat sedia ada perlu bersaingdengan syarikat-syarikat luar. Oleh itu, isu pemilikan ekonomi Bumiputera ini telah

    mewujudkan dan memperkukuhkan badan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan

    ekonomi Bumiputera dan peniaga-peniaga tempatan.3.3.2 Peloggaran Undang-undang dan Peraturan (Deregulation)

    Usaha deregulation merupakan salah satu pakej yang harus ada dalam usaha liberalisasiekonomi. Pelonggaran undang-undang seperti pengurangan tarif dan bukan tarif,

    penyediaan infrastruktur, penyediaan tapak perindustrian dan pengecualian cukai untuktempoh tertentu amat perlu untuk menarik pelabur-pelabur asing. Malaysia sendiri

    contohnya telah melonggarkan peraturan dengan membenarkan pelabur dan syarikat asinguntuk melakukan pembelian sehingga 30 peratus nilai saham dan ekuiti dalam badan

    korporat pada awal tahun 1990-an. Galakan kepada pelaburan asing ini telah menimbulkanisu pemilikan ekonomi Bumiputera dalam sektor korporat. Kerisauan ini berpunca daripada

    Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bersifat pembela kepada Bumiputera tetapi dilihat tidakefektif untuk menangani masalah tersebut. Keadaan sedia ada dikhuatiri akan bertambah

    buruk hasil ciri deregulation dalam ekonomi. Oleh itu, ia telah menggalakkan lagikewujudan badan bukan kerajaan yang bergerak atas kapasiti pembela ekonomi

    Bumiputera.

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    6/16

    3.3.3 Penswastaan (Privatisation)Dasar ini bertentangan dengan konsep pemiliknegaraan yang memusatkan kuasa urusan

    ekonomi kepada kerajaan. Tun Dr. Mahathir telah memperkenalkan penswastaan melaluiDasar Persyarikatan yang memiliki ciri privatisation pada tahun 1983. Penswastaan

    bermotifkan kebaikan seperti kecekapan, kualiti barangan atau perkhidmatan danpengurangan beban kerajaan. Walaubagaimanapun, penswastaan di Malaysia tidak berjalan

    dengan pengurusan yang baik sebagaimana di United Kingdom dan Amerika Syarikat. Masihlagi timbul soal produktiviti, kebajikan pekerja dan perkhidmatan yang melibatkan kos yangamat tinggi seterusnya membebankan pelanggan. Secara tidak langsung, ia telah

    memencarkan kuasa kerajaan kepada badan bukan kerajaan terutamanya dalam isu

    kelemahan pelaksanaan dasar penswastaan di Malaysia seperti produktiviti dan kebajikanpekerja.

    4.1 JENIS-JENIS BADAN BUKAN KERAJAAN DALAM ISU PEMBANGUNAN

    Terdapat beberapa jenis badan bukan kerajaan yang telah wujud hasil isu-isu dalampembangunan di Malaysia. Setiap badan bukan kerajaan mempunyai matlamat atau

    kepentingan tersendiri sebagaimana yang telah diterangkan dalam teori pluralisme.Pelbagai badan bukan kerajaan menggunakan kaedah-kaedah tertentu untuk

    mempengaruhi kerajaan yang bersifat neutral dalam membentuk sesuatu dasar.

    4.1.1 Kesatuan SekerjaKesatuan sekerja memiliki fokus tersendiri dalam isu kebajikan pekerja, dasar-dasar yang

    melindungi pekerja, isu upah, masa kerja, faedah saraan dan perlindungan di tempat kerja.Badan bukan kerajaan seperti ini wujud hasil penindasan dan pengabaian terhadap isu dan

    tuntutan para pekerja. Di Malaysia, terdapat dua contoh kesatuan sekerja yangberpengaruh iaitu Malaysian Trade Union Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam

    Perkhidmatan Awam (CUEPACS). MTUC merupakan kesatuan sekerja yang melibatkankeahlian yang lebih umum berbanding CUEPACS yang hanya mengkhususkan keahlian

    kepada penjawat-penjawat awam.4.1.2 Persatuan Pengguna

    Isu-isu pengguna seperti kualiti produk, soal harga barangan, jaminan halal bagi muslim

    dan soal kesedaran terhadap hak pengguna menjadi fokus kepada persatuan pengguna.Usaha persatuan pengguna ini melibatkan kempen, pengedaran risalah dan penyebaran

    maklumat melalui laman web. Setiap negeri di Malaysia mempunyai persatuan penggunatersendiri. Consumer Association of Penang (CAP) merupakan sebuah persatuan pengguna

    paling aktif dan berpengaruh bukan sahaja di Pulau Pinang tetapi telah menjadi contohkepada negeri-negeri lain. Selain itu, terdapat persatuan pengguna yang merupakan

    himpunan semua persatuan pengguna di Malaysia iaitu Federation of Malaysian Consumers

    Associations (FOMCA). Gabungan seperti ini akan memainkan peranan yang lebih berkesandalam memperjuangkan isu pembangunan.

    4.1.3 Persatuan Peniaga Melayu atau BumiputeraSebagaimana yang telah dihuraikan dalam bahagian faktor kewujudan badan bukan

    kerajaan iaitu isu pemilikan dan taraf ekonomi Bumiputera telah mewujudkan persatuanpeniaga yang mewakili kepentingan ekonomi Bumiputera. Kewujudan badan bukan kerajaan

    seperti ini lahir bukan sahaja daripada kesedaran terhadap keadaan ekonomi mereka tetapijuga adalah kerana tindak balas mereka terhadap jaminan keistimewaan Melayu dan

    Bumiputera yang dilihat masih tidak efektif dalam membela taraf ekonomi mereka selainkegagalan dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang masih belum mampu

    untuk membasmi kemiskinan dan kemelaratan hidup penduduk terutamanya di kawasanluar bandar. Antara persatuan peniaga yang terdapat di Malaysia ialah Dewan Perniagaan

    Melayu Malaysia (DPMM).5.1 BADAN BUKAN KERAJAAN / NON-GOVERNMENTAL ORGANIZATION (NGO) DI MALAYSIA

    DAN PERANANNYA DALAM ISU PEMBANGUNAN

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    7/16

    5.1.1 Malaysian Trade Union Congress (Kesatuan Sekerja)Malaysian Trade Union Congress (MTUC) atau Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia

    merupakan gabungan kesatuan sekerja bagi pekerja-pekerja seluruh Malaysia dengan 500,000 keahlian. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan di bawah Akta Persatuan 1966 yang

    mana pada awal penubuhannya dikenali sebagai National Trade Union Organisation.Kesatuan sekerja ini penting untuk menunjukkan kesatuan berdasarkan prinsipnya iaitu

    Unity is Strength. Antara pemimpin MTUC ialah P. Narayanan dan Zainal Rampak.MTUC berperanan dalam banyak perkara yang melibatkan isu pembangunan dalamkumpulan pekerja di Malaysia. Pertama, MTUC menuntut agar kadar upah minimum yang

    setimpal ditetapkan oleh kerajaan dan dijadikan dasar ekonomi negara. Kedua, MTUC juga

    berperanan dalam menyediakan pusat-pusat latihan untuk para pekerja sebagai nilaitambah kepada kemahiran, menyediakan peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam

    bidang akademik, teknikal dan professional. Ketiga, MTUC berperanan untuk menjagakebajikan para pekerja dengan melindungi pekerja daripada kehilangan pekerjaan, faedah

    saran, kemalangan dan keselamatan sosial para pekerja. Contohnya, PertubuhanKeselamatan Sosial (PERKESO) ditubuhkan untuk menjalankan fungsi pengurusan kebajikan

    para pekerja dan ahli keluarga pekerja. Keempat, MTUC juga menuntut agar waktu bekerjadihadkan kepada lima hari kerana para pekerja perlu untuk diberi waktu bersama keluarga

    dan urusan peribadi. Kelima, MTUC juga lantang mendesak agar pindaan dilakukan

    terhadap beberapa akta yang dilihat tidak mesra pekerja iaitu Emplyment Act, AktaKesatuan Sekerja 1959 dan Akta Perhubungan Perusahaan 1967.5.1.2 Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam/ CUEPACS (Kesatuan Sekerja)

    Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Unions of Employees in thePublic and Civil Services (CUEPACS) merupakan gabungan kesatuan-kesatuan sekerja

    dalam sektor awam di seluruh Malaysia termasuk badan-badan berkanun dan kuasa-kuasatempatan. Kesatuan sekerja ini telah didaftarkan pada 23 Oktober 1957 di bawah Enakmen

    Kesatuan Sekerja dan terus unggul sebagai kesatuan sekerja kepada sektor awam diMalaysia. Sebagai sebuah kesatuan sekerja terulung di negara ini, CUEPACS mengekalkan

    misinya sebagai organisasi yang mampu memperjuangkan kepentingan pekerja sektorawam dan menjadi pusat rujukan utama berkaitan hal ehwal pekerja serta pemimpin

    berlandaskan kepimpinan berpengalaman atau knowledge leadership (k-leadership).

    Keahlian CUEPACS dibuka kepada semua kesatuan sekerja dalam perkhidmatan awam yangberdaftar di bahagian Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    CUEPACS juga berperanan dalam menjaga kebajikan para pekerja tetapi terhad kepadakepentingan dan kumpulan sasarannya iaitu pekerja-pekerja sektor awam di Malaysia. Ia

    juga berperanan untuk membantu mana-mana kesatuan sekerja dan anggota-anggotanyadalam bentuk kewangan. Seterusnya, CUEPACS bertanggungjawab dalam kebajikan

    material, sosial dan pelajaran kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya

    dengan apa sahaja kaedah yang sah dan berpatutan mengikut pendirian KonvensyenKongres atau Majlis Kongres. Sebagai sebuah gabungan kesatuan sekerja yang besar,

    CUEPACS turut berperanan untuk menyelia dan memberi khidmat nasihat perundangankepada kesatuan-kesatuan sekerja yang bernaung di bawahnya berdasarkan perbekalan-

    perbekalan dalam undang-undang kesatuan sekerja yang berkuatkuasa. Terakhir, CUEPACSjuga menjalankan fungsi untuk menubuhkan jentera yang dipersetujui majikan bagi

    menjalankan peranan untuk merunding dan membincangkan segala perkara mengenaikesatuan sekerja dan anggota-anggotanya.

    5.1.3 Federation of Malaysian Consumers Associations (Persatuan Pengguna)

    Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) merupakan sebuah persatuanpengguna yang menggabungkan persatuan-persatuan pengguna lain di seluruh Malaysia.

    Kumpulan sasaran dan kepentingan bagi persatuan ini ialah golongan pengguna. Hal inikerana terdapat pengguna yang dinafikan hak seperti tanda harga, barangan sudah

    mencapai tarikh luput, barangan tidak berkualiti dan tidak mencapai piawaian. Ia telah

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    8/16

    ditubuhkan secara sukarela, tidak bermotifkan keuntungan, bukan bersifat politik danmerupakan sebuah pertubuhan sivik. Demi menjalankan peranannya, FOMCA telah

    bekerjasama dengan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaandan antarabangsa untuk menyebarkan maklumat, memberi pendidikan dan melindungi

    pengguna. Misi FOMCA bukan hanya terhad untuk nilai kewangan pengguna tetapi untuknilai kemanusiaan seperti soal keselamatan dan kesihatan.

    FOMCA berperanan untuk menambah kuasa beli pengguna dan memastikan pembangunanberasaskan keperluan demi menjamin keadilan sosioekonomi dan alam sekitar. Hal iniadalah untuk menjamin kualiti hidup yang lebih baik untuk semua rakyat. Sebagai sebuah

    persatuan pengguna, FOMCA berperanan terhadap beberapa aspek kebajikan terhadap

    pengguna-pengguna di Malaysia. Pertama, FOMCA bertindak memberi dan menyebarkanmaklumat mengenai hak-hak pengguna, senarai harga barang kawalan dan kualiti produk

    melalui laman web, risalah dan kempen. Kedua, FOMCA berperanan untuk memberipendidikan secara percuma kepada semua pengguna. Penumpuan sering diberikan kepada

    ahli komuniti masyarakat dan pelajar-pelajar sekolah. Ketiga, ia merupakan badanbertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna. Kelima, FOMCA bertanggungjawab

    dalam menyiasat, membuat kajian dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benarsebelum disampaikan kepada para pengguna.

    5.1.4 Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (NGO Melayu dan Bumiputera)

    Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) merupakan sebuah persatuan peniaga danbadan bukan kerajaan yang mewakili kepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Isupembangunan di Malaysia seperti yang telah dinyatakan mempunyai kaitan rapat dengan

    isu pembangunan kaum Melayu dan Bumiputera kerana terdapatnya dasar-dasar yangmencakupi kepentingan mereka iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB). Sebagai sebuah badan

    bukan kerajaan yang mewakili Bumiputera, DPMM bermatlamatkan suatu masyarakatperdagangan dan perindustrian Bumiputera yang bernilai, mantap, berjaya menguasai

    ekonomi dan kejayaan setiap negeri-negeri di Malaysia. DPMM beribu pejabat di KualaLumpur dan memiliki 14 cawangan lain di setiap negeri seluruh Semenanjung Malaysia,

    Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan kecuali negeri Sarawak. Umumnya, DPMMberperanan untuk memastikan kelangsungan ekonomi Bumiputera di Malaysia melalui

    aktiviti perniagaan.

    Dalam isu pembangunan, DPMM berperanan dalam beberapa hal yang melibatkankepentingan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Pertama, DPMM berperanan untuk

    mewujudkan sebuah pertubuhan perniagaan Melayu di peringkat kebangsaan dan di setiapnegeri untuk kepentingan dan faedah kaum Melayu dalam lapangan perniagaan dan

    ikhtisas. Kedua, DPMM berperanan dalam usaha untuk menyatukan seluruh peniaga Melayudemi keperntingan dan faedah bersama dalam perniagaan. Ketiga, dengan adanya

    pertubuhan ini diharapkan agar ia dapat mempengaruhi pembentukan dasar-dasar kerajaan

    yang berkaitan dengan perniagaan agar ia tidak mengabaikan kepentingan ekonomi Melayudan Bumiputera. Keempat, DPMM berperanan juga dalam kegiatan penyelidikan masalah-

    masalah perniagaan agar ia dapat dijadikan panduan dalam memajukan dan menyediakanarah terhadap kaedah-kaedah tindakan. Hal ini adalah untuk mengukuhkan strategi dan

    pemilikan sedia ada dalam lapangan ekonomi. Kelima, DPMM turut memelihara kebajikanpara ahli dewan perniagaan dengan menubuhkan yayasan untuk kebajikan, pelajaran,

    latihan, pengurusan dan kemahiran dalam bidang ekonomi dan perniagaan.5.2 Perbandingan Peranan Badan Bukan Kerajaan di Malaysia dan Negara Maju dalam Isu

    PembangunanUmumnya terdapat banyak persamaan peranan dan tanggungjawab badan bukan kerajaan

    di Malaysia dan badan-badan bukan kerajaan di negara-negara maju seperti AmerikaSyarikat, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan. Walaubagaimanapun, terdapat juga

    perbezaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan di negara-negara maju. Perbezaanini terletak pada isu atau tuntutan yang diperjuangkan oleh golongan pekerja. Tujuan

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    9/16

    bahagian ini adalah untuk membandingkan Malaysia yang diklasifikasikan sebagai negaramembangun dan negara-negara yang telah mencapai status maju.

    Terdapat beberapa persamaan antara badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara-negaramaju. Antaranya ialah menyediakan fungsi semak dan imbang (check and balance) dalam

    sesebuah sistem politik terutamanya dalam hal-hal berkaitan pembentukan dasar danmatlamat ekonomi sesebuah kerajaan. Badan bukan kerajaan juga berperanan untuk

    menyedarkan masyarakat tentang adanya hak semulajadi dan hak sivil. Peranan iniselalunya dimainkan oleh persatuan pengguna. Tambahannya, persatuan penggunaberperanan untuk menyediakan persekitaran perniagaan yang bersifat mesra pengguna.

    Akhir sekali, badan bukan kerajaan tidak kira di Malaysia atau di negara-negara maju

    memainkan peranan dalam jaminan sosial terhadap para pekerja, pengguna dan kumpulansasaran tertentu.

    Perbezaan isu pembangunan antara Malaysia dan negara-negara maju ialah isu gajiminimum dan isu gaji maksimum. Isu gaji minimum diperjuangkan di Malaysia oleh

    kesatuan sekerja seperti MTUC manakala negara-negara maju memperjuangkan isu gajimaksimum. Dalam konteks Malaysia, isu gaji minimum adalah untuk menetapkan gaji

    paling rendah boleh dibayar kepada para pekerja. Tujuannya untuk membela nasib pekerjadan membasmi kemiskinan melalui kuatkuasa undang-undang. Isu gaji maksimum pula

    diperjuangkan kerana ia diyakini dapat mengelakkan akumulasi wang ringgit dalam

    segelintir pemilik. Akumulasi wang ringgit ini tidak sihat untuk ekonomi kerana wang harussentiasa dijual beli dan mengalir dalam pasaran.6.1 RUMUSAN

    Esei ini telah menjelaskan peranan badan bukan kerajaan dalam isu pembangunan. Dalambahagian pengenalan, inti pati kepada keseluruhan esei telah diberikan untuk menerangkan

    objektif utama isi esei ini dan bahagian-bahagian lain secara umum. Dalam bahagian takrifdan konsep badan bukan kerajaan, pengertian kepada badan bukan kerajaan telah

    dijelaskan dengan menerangkan ciri-ciri badan bukan kerajaan, kaedah-kaedah yangdigunakan badan bukan kerajaan dan pendapat sarjana iaitu Baradat mengenai pluralisme

    agar ia dapat memberi kefahaman mengenai apa yang dimaksudkan sebagai badan bukankerajaan. Dalam bahagian seterusnya, penerangan ditumpukan kepada teori pluralisme,

    ciri-ciri pluralisme, kelebihan pluralisme dan kelemahan pluralisme supaya ia dapat

    menunjukkan kesignifikanan badan bukan kerajaan dalam menanggapi isu-isupembangunan di Malaysia. Selain itu, perhatian juga turut diberikan terhadap keabsahan

    dan autoriti badan bukan kerajaan melalui Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan danpendaftaran dalam Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia. Ia bertujuan untuk

    memperlihatkan pengiktirafan terhadap kewujudan badan bukan kerajaan sebagai salahsatu entiti politik. Bahagian faktor-faktor kewujudan badan bukan kerajaan dalam isu

    pembangunan pula telah merangkumi penjelasan dan penghuraian terhadap punca

    kemunculan badan-badan bukan kerajaan mengikut kepentingan tersendiri. Faktor-faktorini telah dibahagikan kepada dua iaitu faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor luaran telah

    menjelaskan bagaimana pasaran global dan persaingan MNCs menyebabkan isu-isupembangunan di Malaysia menjadi bertambah kompleks selain percambahan masalah-

    masalah baharu. Untuk menjelaskan lagi kefahaman dan mengukuhkan hujah, Teori SistemDunia Wallerstein dan Teori Globalisasi telah digunakan untuk menerangkan perkaitannya

    dengan pengantarabngsaan ekonomi dan penghakisan kuasa negara akibat kemunculanMNCs dalam ekonomi sesebuah negara. Faktor-faktor dalaman pula telah diterangkan

    dengan memperlihatkan ciri-ciri dasar liberalisation, deregulation and privatizationdalammemberi kesan terhadap golongan pekerja, pengguna dan etnik Melayu Bumiputera.

    Ketiga-tiga faktor dalaman ini merupakan hasil peranan kerajaan maka ia telahmewujudkan pertentangan dengan badan bukan kerajaan sebagai alat semak dan imbang

    terhadap kerajaan. Dalam bahagian seterusnya, jenis-jenis badan bukan kerajaan telahdikemukakan hasil daripada faktor luaran dan faktor dalaman. Antara jenis badan bukan

    kerajaan ialah kesatuan sekerja, persatuan pengguna dan persatuan peniaga Melayu

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    10/16

    Bumiputera. Kesatuan sekerja mewakili kepentingan golongan pekerja iaitu Malaysian TradeUnion Congress (MTUC) dan Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

    Persatuan pengguna pula ditubuhkan untuk mewakili kepentingan para pengguna sepertiFederation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) dan Consumers Association of

    Penang (CAP). Persatuan peniaga Melayu dan Bumiputera pula mewakili kepentinganekonomi etnik Melayu dan Bumiputera seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).

    Bahagian badan bukan kerajaan dan peranannya dalam isu pembangunan menerangkansecara ringkas sejarah, organisasi dan maklumat berkaitan beberapa badan bukan kerajaaniaitu MTUC, CUEPACS, FOMCA dan DPMM. Setiap badan bukan kerajaan ini telah dihuraikan

    peranannya dalam isu-isu pembangunan di Malaysia. Bahagian terakhir ialah perbandingan

    peranan badan bukan kerajaan di Malaysia dan negara maju dalam isu pembangunan.Perbandingan ini adalah untuk menjelaskan persamaan dan perbezaan antara Malaysia iaitu

    negara membangun dan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat. Oleh itu, jelasbahawa badan bukan kerajaan sememangnya berperanan besar dalam isu pembangunan

    kerana ia mewakili kelompok masyarakat yang nyata terpinggir atau terlepas pandangdalam arus ekonomi yang kian dipengaruhi pasaran global dan kewujudan MNCs.

    Kesimpulannya, badan bukan kerajaan harus menjalankan peranan sebagai wakil kumpulanpekerja, pengguna dan etnik Melayu Bumiputera dengan lebih berkesan agar ia dapat

    memberi impak yang berterusan dalam pembangunan di Malaysia yang dihimpit proses

    pengantarabangsaan ekonomi.

    CONTOH NGO

    1) ABIM

    Sejarah

    Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian

    Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hasil beberapa pertemuan generasi pengasasketika itu. Pengerusi penaja rasmi ketika itu ialah (almarhum) Ustaz Abdul Wahab Abdullah dan

    sdr Fauzi Abd. Rahman (sekarang Dato) sebagai Setiausaha Agung. ABIM merupakan sebuah

    (badan bukan kerajaan) NGO Islam yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan pada 17 Ogos1972 di bawah Akta Pertubuhan 1966.

    Muktamar ABIM yang pertama telah diadakan pada tahun 1972 di mana Ustaz Razali Nawawi(sekarang Profesor Dr) telah dipilih sebagai Presiden ABIM yang pertama manakala sdr Anwar

    Ibrahim (sekarang Dato Seri) dipilih sebagai Setiausaha Agung. Pada tahun 1974 sdr Anwar

    Ibrahim telah dilantik sebagai Presiden ABIM yang kedua. Ustaz Siddiq Fadzil (sekarang Dato

    Dr) pula telah dilantik untuk memangku dan seterusnya menjadi Presiden ABIM selepaspenyertaan sdr Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada tahun 1982.

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    11/16

    Ustaz Muhammad Nur Manuty (sekarang Dr) telah dilantik sebagai Presiden pada tahun 1991.

    Pada September 1997, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah dipilih sebagai Presiden ABIM

    yang kelima di Muktamar Sanawi ABIM ke-26 di Alor Setar, Kedah. Dalam era 1970-an,semasa ABIM berada di bawah kepimpinan Ustaz Razali Nawawi dan sdr Anwar Ibrahim,

    ABIM mengambil pendekatan confrontationaldan dengan demikian, ABIM menjadi vocal

    terhadap beberapa dasar dan pendirian pihak pemerintah. Pendekatan ini dirasakan sesuai dengantuntutan dan keperluan era itu.

    Pada dekad kedua, di tahun-tahun 1980-an, ketika kepimpinan Ustaz Siddiq Fadzil, pendekatanABIM ditandai oleh perubahan orientasi ke arah pendekatan menangani dan menyelesaikan

    masalah (problem-solving). Pendekatan ini melahirkan banyak institusi dan agensi ABIM seperti

    Islamic Outreach-ABIM dan seumpamanya. Ketika dekad ketiga 1990-an pula, ABIM yang

    berada di bawah kepimpinan Ustaz Muhammad Nur Manuty berperanan lebih proaktif sebagairakan dalam pembinaan negara (partner in nation-building).

    Di alaf baru, sdr Ahmad Azam Abdul Rahman membawa tema pemugaran semula idealisme

    untuk menggilap semula dinamika perjuangan serta agenda pemersatu ummah, bertepatandengan tuntutan semasa yang begitu mendesak. ABIM terus menjadi jurubicara umat dalam

    pelbagai dimensi agar umat seluruhnya terpelihara iman, nyawa, harta, maruah, kebebasan, hakdan keselamatan mereka.

    Aktiviti Nasional & Antarabangsa

    ABIM mempunyai wawasan untuk melihat kemunculan Malaysia sebagai sebuah negara maju

    yang bermaruah yang mampu mendepani cabaran zaman. Untuk ini ABIM amat prihatinterhadap pelbagai isu sosial, ekonomi dan politik negara. ABIM sedia mendokong dan

    memperjuangkan usaha-usaha

    (a) mewujudkan perpaduan ummah,

    (b) memperkukuhkan hubungan pelbagai kaum dalam rangka membina integrasi nasional,

    (c) membina rupa budaya bangsa yang sihat,

    (d) meningkatkan kualiti alam sekitar,

    (e) memperjuangkan keadilan,

    (f) membanteraskan kemiskinan, dan

    (g) membudayakan amalan politik yang bersih.

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    12/16

    Perpaduan Ummah

    ABIM sentiasa konsisten dalam usahanya membina kesatuan ummah. Usaha ABIMmempertemukan dua pemimpin parti terbesar negara telah terakam dalam sejarah melalui

    Syarahan Perdana Palestin anjuran bersama ABIM dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) pada 8

    Mei 2002. Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Dato Dr. Seri Mahathir Mohamad yang jugamerupakan Presiden UMNO telah dipertemukan dengan almarhum Dato Fadzil Nor (Presiden

    PAS merangkap Ketua Pembangkang Parlimen ketika itu) di Balai Tun Syed Nasir, DBP. Majlis

    yang turut dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Dato Seri Abdullah Ahmad

    Badawi dan Timbalan Presiden PAS ketika itu, Dato Seri Abdul Hadi Awang ini disaksikan disecara langsung di seluruh negara.

    Rakan Dalam Pembangunan Belia

    ABIM juga telah diberikan kepercayaan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untukmenjadi rakan pembangunan belia. Dengan mandat ini, ABIM bertanggungjawab memberi

    pengkhususan kepada program pembinaan insan melalui penganjuran aktiviti keagamaan dan

    kerohanian di seluruh negara. Bengkel Penghayatan Ramadhan merupakan salah satu produkdakwah yang dirangka oleh ABIM untuk memenuhi matlamat tersebut. Sebanyak 555 buah

    masjid, 111 buah daerah seluruh negara terlibat serta seramai 25,000 orang remaja dan belia

    seluruh negara telah mendapat manfaat dari pengisian bengkel tersebut yang berupa pendedahanteori dan praktikal amalan murni di bulan Ramadhan, pengendalian aktiviti keagamaan dan

    kemasyarakatan di masjid dan kawasan setempat.

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    13/16

    Pembangunan Komuniti

    Hari Bersama Komuniti yang dianjurkan di peringkat daerah dan mukim merupakan aktiviti

    lapangan ABIM yang menawarkan peluang kepada masyarakat setempat mendapatkan pelbagai

    manfaat melalui penglibatan agensi kerajaan, penguasa tempatan, sektor swasta, dan pertubuhanbukan kerajaan. Pelbagai pertandingan menarik untuk kanak-kanak, para ibu, remaja, belia, dan

    keluarga seperti sukaneka, pertandingan melukis, mewarna dan gubahan kraftangan, pameran

    dan khidmat nasihat oleh agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), badan swasta, aneka

    jualan gerai amal, pemeriksaan dan ceramah kesihatan secara percuma, kaunter menderma darah

    serta persembahan hiburan dan kesenian Islam.

    Jaringan Dakwah Antarabangsa

    ABIM adalah sebuah organisasi belia berorientasi dakwah yang aktif dalam pelbagai gabunganinduk badan Islam sedunia seperti World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Regional

    Islamic Southeast Asia and the Pacific (RISEAP), dan World Council of Muslim Inter-Faith

    Relations (WCMIR). Di samping itu, ABIM juga menjalin hubungan yang akrab dengan badanbelia lain di peringkat serantau dan antarabangsa. Antaranya ialah Asean Youth Council (AYC),

    Council of ASEAN Youth Coordination (CAYC), ASEAN Muslim Secretariat (AMSEC),

    Dewan Dakwah Islamiah, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama (Indonesia), Young Muslim

    Association of Thailand (YMAT), Darul Arqam Singapura, Rabitah Islami (Arab Saudi),International Institute of Islamic Thought (IIIT), Jamaat-e Islami (Pakistan), Islami Chhatra

    Shibir (Bangladesh), Australian Federation of Islamic Council (AFIC), dan The Islamic

    Foundation (England).

    Bantuan Kemanusiaan

    Projek kemanusiaan ABIM adalah bersifat jangka masa

    panjang melibatkan mangsa-mangsa peperangan seperti

    membekalkan makanan dan ubat-ubatan, bekalan air bersih,pembangunan prasana dan kemudahan pendidikan serta

    kesihatan. ABIM memimpin gabungan 76 badan bukan

    kerajaan (NGO) di bawah Misi Keamanan Sejagat (Global

  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    14/16

    Peace Mission) dan penaja kepada Malaysian Relief Agency Sarajevo (MRA), Malaysian

    Relief International (MRI) selain aktif sebagai badan gabungan dalam Perikatan Keamanan

    Rakyat Malaysia (AMAN).

    Kerjasama dan persefahaman erat dengan badan kemanusiaanantarabangsa seperti Islamic Relief Agency (ISRA), Hashimite Charity (Jordan) dan United

    Nations on Human Committee Relief (UNHCR) telah membolehkan ABIM melaksanakan

    projek bantuan kemanusiaan dan menjalin kerjasama dengan agensi bantuan tempatan dipelbagai pelusuk dunia. ABIM terlibat secara langsung dalam misi kemanusiaan di peringkat

    antarabangsa seperti di Bosnia, Kosovo, Uzbekistan, Peshawar (sempadan Pakistan-

    Afghanistan), Kabul (Afghanistan), Kashmir (sempadan India-Pakistan), Qasr-e-Shirin(sempadan Iran-Iraq), Baghdad dan Najaf di Iraq serta Amman di Jordan.

    2) MERCY

    Sejarah

    Perang Kosovo pada 1999 yang melibatkanpembersihan etnikoleh puakSerbterhadappendudukKosovo telah memberi ilham kepada Datuk DrJemilah Mahmood , seorang doktor

    obstektik- genekologi untuk memberi perkhidmatan kesihatan percuma kepada mereka.

    Malangnya sangat sukar untuk mendapatkan bantuan perubatan , kewangan , pengangkutan dantenaga kerja dari pertubuhan sukarela antarabangsa sedia ada. Lantaran itu, beliau dan beberapa

    rakan sejiwa dengannya telah menubuhkan Persatuan Perubatan Malaysia pada Jun 1999.

    Misi pertama mereka ialah ke Kosovo diketuai oleh Dr Jemilah Mahmood dan 4 sukarelawan

    yang lain.

    [sunting] Organisasi

    Penaung : Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, Perak. Presiden:Datuk Dr. Jemilah Mahmood. Timbalan Presiden I (Perubatan) : Prof. Dr Mohamed Ikram Mohamed Salleh Timbalan Presiden II(Bukan Perubatan) :Mohamad Azman Sulaiman Setiausaha Agung: Raja Riza Shazmin Bt Raja Badrul Shah Penolong Setiausaha : Prof. Dr P Shanmuhasuntharam Bendahari :Pubalan Ramachandaran & Kannan Manickam

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perang_Kosovo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembersihan_etnik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembersihan_etnik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serb&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serb&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kosovohttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kosovohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jemilah_Mahmood&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perang_Kosovo&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pembersihan_etnik&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Serb&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Kosovohttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Jemilah_Mahmood&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=2
  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    15/16

    Ahli jawatan kuasa :Dr. Heng Aik Cheng , Dr Ahmad Faizal Perdaus ,Encik Azman Zainon

    Abidin

    [sunting] Tatacara bantuan

    Bagi menyelaras bantuan perubatan dan kemanusiaan Mercy telah menggunapakai beberapakaedah seperti Sphere Standard .Sphere Standard merupakan penentu keperluan minimum

    mangsa bencana. Ini termasuklah penilaian tahap kesihatan, nutrisi, air, kebersihan serta tempattinggal. 60 agensi kemanusiaan telah menggunakan pelbagai piawai sejak 10 tahun yang lalu.

    Piawai penilaian juga dibuat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Palang Merah

    dan Bulan Sabit Merah serta badan-badan bukan kerajaan. [1]

    [sunting] Misi di Aceh

    Apabilabencana tsunami 2004berlaku di Aceh, Mercy merupakan pasukan pertama tiba di sana.

    Mercy berjaya menyiapkan 16 projek pembangunan bernilai RM18.5 juta.

    Bangunan Program Akademi Jururawat, Fakulti Kedoktoran Universiti SyiahKuala (Unisyiah) yang ditaja sepenuhnya oleh Petroliam Nasional Bhd.(Petronas). Bangunan ini dinamakan Gedung Petronas.

    Rumah anak yatim Kayee Kunyit di Aceh Besar yang ditaja oleh YayasanShamsuddin Abdul Kadir di bawah Kumpulan Sapura.

    Pembinaan semula kem pemindahan dalaman (IDP) Desa Weu raya; rumahpenempatan semula Desa Seubun Ayun dan rumah utama Desa Weu Raya.

    Menyiapkan Pusat Anak Yatim Daruzzahidin di Kuta Baro, rumah anak yatimBabun Najah di Ulee Kareng, dan Pusat Anak Yatim Sukamakmur di Sibreh.

    Pembinaan Sekolah Menengah Umum Lhoknga, Akademi Perawat JabatanKesihatan, Akademi Farmasi Dinas Kesihatan, Pusat Kesihatan MasyarakatMeuraxa dan Pusat Kesihatan Masyarakat Panga, Aceh Jaya.

    Mercy mendapat kerjasama daripada Badan Pemulihan dan Pembinaan Semula (BRR) Indonesia

    dan penduduk tempatan. Majlis penyerahan Gedung Petronas turut disertai Pengarah Urusan

    Khazanah Nasional Bhd., Datuk Azman Mohktar; Yang Dipertua Petronita, Datin Sri NorainiMohd. Yusoff ; Pengerusi dan Pengasas Kumpulan Sapura, Tan Sri Shamsuddin Abdul Kadir

    dan Rektor Unisyiah, Dr. Darni M. Daud.

    Seramai 500 jururawat dan 211 pelajar Unisyiah terkorban pada 26 Disember 2004 akibat

    tsunami.

    [sunting] Banjir di Johor

    Mercy turut memberi bantuan ketikabanjirmelanda Johor, Pahang, Melaka pada 19 Disember

    2006 - Januari 2007. Sukarelawan lain yang turut membantu ialah Yayasan Salam, Kelab LionMalaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM), Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy

    Malaysia), Medic Asia, Persekutuan Pengakap Malaysia, Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia

    dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=3http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=4http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=5http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_di_Malaysia_2006-2007http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=3http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-0http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=4http://ms.wikipedia.org/wiki/Gempa_bumi_26_Disember_2004http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=5http://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_di_Malaysia_2006-2007
  • 7/22/2019 42889642 Ngo Malaysia

    16/16

    [sunting] Misi di Bam,Iran

    Gempa bumi di Bam, provinsi Kerman , Iran pada 26 Disember 2003 memusnahkan bandarpurba tanah liat berusia 2500 tahun.

    Mercy Malaysia telah bertugas di hospital medan bersama pasukan Itali di Baravat, 13 km daribandar Bam . Mercy beroperasi di sana hingga April 2004 , merawat 175 pesakit setiap hari dan

    membantu 18,000 mangsa. Seramai 9 misi Mercy telah dihantar ke sana.[2]

    [sunting] Gaza, Palestin

    Israel melancarkan perang terhadap HamasdiGaza, Palestinsejak 27 Disember 2008 hingga 20Januari 2009. Serangan hanya dihentikan apabila Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barack

    Husssein Obama mengangkat sumpah pada 20 Januari 2009. Pelbagai kemusnahan akibat bom

    digugurkan termasuk sekolah dan penempatan milikPBB.

    Pada 25 Januari 2009, Mercy Malaysia menghantar pasukan pakar perubatan ke-7 keSemenanjung Gaza .Pemangku Presiden Mercy Malaysia Dr Ahmad Faizal Perdaus menyatakan

    infrastruktur dan kemudahan kesihatan di Gaza mengalami kerosakan teruk. Bekalan perubatan

    dan ubat-ubatan bernilai USD400,000 (USD1 = RM3.62) telah dihantar. Orang ramai boleh

    menderma melalui Tabung Bantuan Palestin melalui Mercy Malaysia melalui akaun Maybank5621-7950-4126 atau melayari web www.mercy.org.my .[3]

    [sunting] Rujukan

    1. http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc

    =hive2. http://www.mercy.org.my/country.php3. Mercy Hantar Pasukan Ketujuh Ke Gaza

    3)

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=6http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=7http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Hamashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palestinhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palestinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Barack_Husssein_Obama&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Barack_Husssein_Obama&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/PBBhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=8http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-0http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-1http://www.mercy.org.my/country.phphttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-2http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=385990http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=6http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=7http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamashttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Palestinhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Barack_Husssein_Obama&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Barack_Husssein_Obama&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/PBBhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Semenanjung_Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Gazahttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_note-2http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=MERCY&action=edit&section=8http://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-0http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2007&dt=0117&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_06.htm&arc=hivehttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-1http://www.mercy.org.my/country.phphttp://ms.wikipedia.org/wiki/MERCY#cite_ref-2http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=385990