garis panduan ads1m

Upload: ensyirah

Post on 06-Feb-2018

274 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    1/14

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA

    1MALAYSIA (ADS1M)

    Bahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    2/14

    Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | i

    KANDUNGAN

    Bil . Perkara Halaman

    1. Latar Belakang 1

    2. Objektif 1

    3. Syarat Penyertaan 12

    4. Taklimat/ Kursus 23

    5. Jawatankuasa 3 4

    6. Penghakiman 4

    7. Hadiah Pemenang 4 5

    8. Insentif Sambutan Kemerdekaan 5

    9. Penutup 5

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    3/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | ii

    LAMPIRAN

    Lamp iran Perkara Halaman

    Lampiran 1 Borang Penyertaan ADS1M 6

    Lampiran 2 Jawatankuasa ADS1M 7

    Lampiran 3 Takwim Tahunan ADS1M 8

    Lampiran 4 Panel Hakim / Skema Pemarkahan ADS1M 9

    Lampiran 5 Kadar Nilai Hadiah ADS1M 10

    Lampiran 6Tatacara Pelaksanaan SambutanKemerdekaan

    11

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    4/14

    Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 1

    GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    1. LATAR-BELAKANG

    1.1 Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya pada 09 Oktober 2013telah bersetuju dengan penggabungan pertandingan AnugerahDesa Cemerlang (ADC) dan Anugerah Desa Sejahtera (ADS)yang membawa kepada nama baru pertandingan, iaitu

    Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M).

    1.2 Berdasarkan keputusan di atas, pertandinganADS1M akan

    dilaksanakan mulai tahun 2014 secara tahunan bersamaKementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan KerajaanTempatan (KPKT) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA)dengan kerjasama Kerajaan Negeri dan Jabatan/AgensiKerajaan di peringkat persekutuan dan negeri.

    2. OBJEKTIF

    2.1 Merealisasikan program transformasi luar bandar untukmelahirkan masyarakat desa yang berdaya saing, berinisiatif,berilmu, berdikari dan berdisiplin kerja.

    2.2 Menyuburkan semangat 1Malaysia, patriotisme merdeka dannilai-nilai murni tradisi secara istiqamah di peringkat akar umbiyang merentas sempadan kaum, agama, budaya sertageografi.

    2.3 Merangsang kelestarian desa yang maju, menarik danmenguntungkan serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

    3. SYARAT PENYERTAAN

    3.1 Pertandingan bagi kategori Kampung Tradisional / RumahPanjang dibuka penyertaan kepada kampung yang ditadbiroleh JKKK/P sahaja.

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    5/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 2

    3.2 Hanya satu (1) Rumah Panjang berJKKK yang mempunyaisekurang-kurangnya 50 pintu akan dicalonkan oleh PejabatResiden bagi mewakili Bahagian masing-masing untukbertanding dalam kategori khas Rumah Panjang.

    3.3 Kampung Tradisional / Rumah Panjang yang terpilih untukmelaksanakan projek/program berskala besar seperti ProgramDesa Lestari Abad Ke-21, tiga (3) pemenang teratas ADS2012, MyKampung MyFuture, Program Agropolitan dan

    sebagainya adalah TIDAK LAYAK untuk menyertaipertandingan ini.

    3.4 Kampung Tradisional yang menjadi Johan ADSIM Peringkat

    Negeri / Rumah Panjang yang menjadi Rumah PanjangTerbaik ADS1M; dan Kampung Tradisional / Rumah Panjangyang pernah menjadi Johan Peringkat Negeri / Zon dalampertandingan ADC atau Anugerah Ilham Desa (AID) antara

    tahun 2010-2013 adalah TIDAK DIBENARKAN untukmenyertai pertandingan ini selama lima (5) tahun berturut-turut.

    4. TAKLIMAT / KURSUS

    4.1. TAKLIMAT

    a. Semua Kampung Tradisional / Rumah Panjang akandijemput secara rasmi ke suatu sesi taklimat GarisPanduan ADS1M. Taklimat akan diberikan oleh pihakKEMAS selaku urus setia.

    b. Sesi taklimat ini akan disempurnakan oleh Pengerusi

    Jawatankuasa ADS1M. Tiada elaun hilang puncapendapatan, elaun makan atau elaun minyak akandisediakan untuk sesi taklimat ini.

    c. Di akhir sesi taklimat tersebut, Kampung Tradisional /Rumah Panjang yang berminat untuk menyertaipertandingan ini perlu mengisi dan mengembalikan borang

    penyertaan sepertimana di Lampiran 1 pada hari yangsama (atau mengikut tarikh yang ditetapkan).

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    6/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 3

    4.2. KURSUS

    (a) Kursus khas akan diadakan kepada semua KampungTradisional/ Rumah Panjang yang diputuskan oleh

    Jawatankuasa ADSIM sebagai LAYAK menyertaipertandingan ini.

    (b) Tujuan kursus khas adalah untuk memberi peneranganyang jelas mengenai tatacara penyediaan dokumenpenghakiman dan jadual lawatan/pergerakan panel hakim(oleh pihak KEMAS); serta skema penilaian panel hakim(oleh Naib Ketua Hakim).

    5. JAWATANKUASA

    5.1 Jawatankuasa ADS1M sepertimana di Lampiran 2 perluditubuhkan di ketiga-tiga peringkat pelaksanaan.Jawatankuasa ini berfungsi untuk mengesah dan meluluskanperkara-perkara berikut:-

    (a) Kadar hadiah, peruntukan yang telah diluluskan; sertaunjuran perbelanjaan keseluruhan;

    (b) Kelayakan Kampung Tradisional / Rumah Panjang untukmenyertai ADS1M berdasarkan Para 3;

    (c) Senarai pegawai yang mendapat pelepasan rasmiJabatan/ Agensi untuk dilantik secara rasmi sebagai panelhakim;

    (d) Keputusan pemarkahan panel hakim (mengikut format

    sepertimana di FORMAT A) serta penentuan pemenang;dan

    (e) Isu-Isu berbangkit yang berkaitan dengan perancangan,pelaksanaan dan penghakiman ADS1M.

    5.2 Takwim tahunan ADS1M yang ditetapkan mengikut peringkatdaerah/jajahan/bahagian/parlimen, negeri dan kebangsaan

    adalah sepertimana di Lampiran 3.

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    7/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 4

    6. PENGHAKIMAN

    6.1 Sejumlah sembilan (9) orang panel hakim berdasarkan gred

    jawatan dari pelbagai Jabatan/ Agensi Kerajaan peringkatnegeri/ persekutuan akan dilantik oleh Jawatankuasa ADS1MPeringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen, Negeri danKebangsaan.

    6.2 Sejumlah tujuh (7) aspek yang terbahagi kepada markah teras(pemberat 65%) dan markah elektif (pemberat 35%) akandinilai oleh sembilan (9) orang panel hakim sepertimana di

    Lampiran 4. Naib Ketua Hakim akan memberi bengkel khas

    kepada Ketua/Ahli Panel Hakim.

    6.3 Panel Hakim ADS1M Peringkat Negeri Sarawak akanmembuat penilaian bagi kedua-dua kategori; iaitu KategoriKhas Rumah Panjang dan Kategori Kampung Tradisional.

    7. HADIAH PEMENANG

    7.1 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenangperingkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen dan negeri akanmenerima hadiah dalam bentuk wang tunai dan sijil penyertaansempena Majlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1MPeringkat Negeri.

    7.2 Kampung Tradisional yang diisytiharkan sebagai pemenangperingkat kebangsaan; dan Rumah Panjang yang dinobatkansebagai Johan peringkat negeri akan menerima hadiah dalambentuk wang tunai, projek ekonomi, trofi piala dan plak sijil.Keputusan pemenang kedua-dua kategori ini akan diumumkansempena Majlis Penyampaian Hadiah ADS1M PeringkatKebangsaan.

    7.3 Hadiah wang tunai, trofi piala dan plak sijil akan diberi semasamajlis penyampaian; manakala hadiah projek ekonomi akandisalurkan sebaik sahaja kertas cadangan projek ekonomidikemukakan oleh pihak JKKK/P mengikut syarat-syarat yangditetapkan.

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    8/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 5

    7.4 Kadar nilai hadiah ADS1M adalah tertakluk kepada bajetperuntukan tahun semasa yang diluluskan. Siling minimum

    kadar nilai hadiah ADS1M adalah sepertimana di Lampiran 5.

    8. INSENTIF SAMBUTAN KEMERDEKAAN

    8.1 Pemenang Johan ADS1M Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/ Parlimen; serta Rumah Panjang yang mewakiliBahagian akan menerima insentif sambutan kemerdekaandalam bentuk wang tunai. Insentif ini akan diberikan semasaMajlis Ringkas Penyampaian Hadiah ADS1M Peringkat Negeri.

    8.2 Insentif ini perlu digunakan untuk membiayai majlis sambutankemerdekaan sepertimana yang telah dibentangkan kepadapanel hakim. Tatacara pelaksanaan sambutan kemerdekaan

    ini adalah sepertimana di Lampiran 5.

    9. PENUTUP

    Komitmen dan kerjasama semua pihak di semua peringkatpelaksanaan adalah diharapkan bagi menjayakan pelaksanaan

    ADS1M dalam usaha merangsang kelestarian luar bandar sebagaisuatu kawasan yang maju, menarik dan menguntungkan selarasdengan wawasan Malaysia sebuah negara maju berpendapatantinggi menjelang 2020.

    Februari 2014Unit Pengupayaan Komuniti Luar BandarBahagian Pengupayaan Komuniti dan Infodesa

    Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    9/14

    Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 6

    LAMPIRAN 1

    BORANG PENYERTAANANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M)

    Nama JKKK/P : ________________________________________

    Mukim / Daerah (Kel shj) : ________________________________________

    Dae. / Jjhn. / Bhg. / Par. : ________________________________________

    DUN : ________________________________________

    Parlimen : ________________________________________

    Alamat Surat Menyurat : ________________________________________

    ________________________________________

    .

    Kami pihak JKKK/P dengan ini bersetuju untuk menyertai Anugerah Desa

    Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Tahun _______dan bersetuju dengan syarat-syarat

    yang telah ditetapkan.

    _______________________________(Tandatangan JKKK/P)

    Nama :No. KP :Jawatan :Tel. HP :

    Pengesahan Jawatanku asa ADS1MPeringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen

    _______________________________(Tandatangan)

    Nama :

    Tarikh :Cop Jbtn :

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    10/14

    Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 7

    Lampiran 2

    JAWATANKUASA

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALYSIA (ADS1M)

    BIL.PENGERUSI

    JAWATANKUASA

    SETIAUSAHA/

    URUSETIA

    AHLI

    TETAP

    DAERAH / JAJAHAN / BAHAGIAN / PARLIMEN

    1.2.3.4.5.

    6.

    Pejabat DaerahPejabat Pembangunan Negeri (Perlis)Pejabat Kemajuan Zon (Selangor / Pulau Pinang)Pejabat Pembangunan Jajahan (Kelantan)Pejabat Residen (Sarawak)

    Perbadanan Labuan

    KEMASDaerah

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    Penghulu /Pentadbir Mukim

    NEGERI

    1.2.3.4.5.

    Setiausaha Kerajaan NegeriPejabat Pembangunan Negeri (Selangor / Pulau Pinang)Jabatan Pembangunan Persekutuan (Kelantan)Kementerian Pembangunan Luar Bandar (Sabah / Sarawak)Perbadanan Labuan

    KEMASNegeri

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    KEMAS Daerah

    KEBANGSAAN

    1. Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan)Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah

    KEMASIbu Pejabat

    Ketua Hakim

    Naib Ketua Hakim

    Panel Hakim

    Bhg KI, KKLW

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    11/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 8

    Lampiran 3

    TAKWIM TAHUNAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL PERINGKAT PERISTIWA JADUAL

    1.

    DAERAH/JAJAHAN/

    BAHAGIAN/PARLIMEN

    (i) Penyaluran peruntukan pelaksanaanADS1M

    (ii) Taklimat kepada kampung mengenai garispanduan & dokumen yang akan dinilai olehpanel hakim oleh KEMAS

    (iii) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/Panel Hakim mengenai skemapenghakimanoleh Naib Ketua Hakim

    (iv) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahankeputusan peringkat daerah/jajahan/bahagian/parlimen

    Jan Jun

    2. NEGERI

    (i) Taklimat kepada Ketua Panel Hakim/ PanelHakim mengenai skema penghakiman oleh Naib Ketua Hakim

    (ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahankeputusan peringkat negeri

    (iii) Majlis Ringkas Penyampaian HadiahADS1M Peringkat Negeri (KategoriKampung Tradisional)

    (iv) Sambutan kemerdekaan oleh KampungTradisional Johan ADS1M PeringkatDaerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen; sertaRumah Panjang yang mewakili Bahagian

    Jul Sept

    3. KEBANGSAAN

    (i) Bengkel skema pemarkahan kepada

    ketua/ahli panel hakim (Ketua Hakim)

    (ii) Pelaksanaan, penghakiman & pengesahankeputusan peringkat kebangsaan

    (iii) Majlis Penyampaian Hadiah ADS1MPeringkat Kebangsaan (Kategori KampungTradisional & Rumah Panjang)

    Okt FebTahun Berikut

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    12/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 9

    Lampiran 4

    PANEL HAKIM / SKEMA PEMARKAHAN

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    Bil.Aspek

    Penilaian

    Markah

    Pemberat

    Peringkat

    Daerah/Jajahan/

    Bahagian/Parlimen

    Peringkat

    Negeri

    Peringkat

    Kebangsaan

    GRED

    JAWATAN

    Gred

    41 - 44

    Gred

    44 - 48

    Gred

    48 - 54

    1. Ketua Hakim 100% Dilantik oleh Jawatankuasa ADSIM

    2. Naib Ketua Hakim 100% MARA KKLW * KKLW

    GRED

    JAWATAN

    Gred

    27 - 44

    Gred

    41 - 48

    Gred

    41 - 54

    3.Kepimpinan& Pentadbiran

    15%Teras

    PPN / SUK / Belia &Sukan / JPNIN

    Pendidikan /Penerangan

    KEMENTER

    IAN

    KEMAJUANLUARBANDAR&WILAYAH

    4.Pendidikan& Latihan

    15%Teras

    Pendidikan /Institut Kemahiran

    IPTA /IPTS Negeri

    5. Ekonomi& Keusahawanan

    15%Teras

    Agensi Pertanian /PERDA / FELDA

    SKM / MARA /UPUB / SEDC

    6.Patriotisme& Kemerdekaan

    20%Teras

    Penerangan /PDRM / RELA

    BTN / ATM /Jab. Penyiaran

    7.Kerohanian& Kemasyarakatan

    15%Elektif

    JAIN / MAIN / JPNIN/ JASA / JKM

    JAIN / MAIN /JPNIN / JASA

    8. Teknologi Maklumat& Komunikasi

    10%Elektif

    Institusi Latihan /PBT / SAINS

    SKMM /ICT, SUK

    9.Kebersihan, Kesihatan& Keceriaan

    10%Elektif

    Kesihatan / PBT /Kg Desa Lestari

    Johan ADC /AID Zon / Negeri

    (20102013)

    * Naib Ketua Hakim (Negeri) :

    KEDA (Kedah), KESEDAR (Kelantan), KETENGAH (Terengganu), KEJORA (Johor)

    FELCRA - Pahang / Perak / Sabah / Sarawak

    RISDA - Pulau Pinang / Selangor / Negeri Sembilan / Melaka / Perlis

    KEMAS WPKL Labuan

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    13/14

    Garis Panduan Pelaksanaan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) | 10

    Lampiran 5

    KADAR NILAI HADIAH

    ANUGERAH DESA SEJAHTERA 1MALAYSIA (ADS1M)

    BIL.TAHAP

    PENCAPAIANKADAR HADIAH- WANG TUNAI -

    PeringkatDaerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen

    1. Johan* RM4,000

    2. Naib Johan RM3,000

    3. Ketiga RM2,000

    JUMLAH KESELURUHAN RM9,000

    Peringkat Negeri

    1. Johan RM10,000

    2. Naib Johan RM8,000

    3. Ketiga RM6,000

    JUMLAH KESELURUHAN RM24,000

    Peringkat Kebangsaan

    Bil.Tahap

    Pencapaian

    Kadar Hadiah

    WangTunai

    ProjekEkonomi

    1.Kampung Wawasan

    Skor Markah Melebihi 85%

    RM100,000 RM400,000

    RM500,000

    2.Kampung Cemerlang

    Skor Markah 75% - 84%

    RM50,000 RM200,000

    RM250,000

    3.Kampung Harapan

    Skor Markah 60% - 74%

    RM30,000 RM120,000

    RM150,000

    4.Rumah Panjang Terbaik

    Skor Markah Tertinggi

    RM30,000 RM120,000

    RM150,000

    JUMLAH KESELURUHANRM240,000 RM810,000

    RM1,050,000

    * Tidak Termasuk Insentif (Kewangan) Sambungan Kemerdekaan

  • 7/21/2019 Garis Panduan Ads1m

    14/14

    Garis Panduan Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia | 11

    Lampiran 6

    TATACARA PELAKSANAAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN

    BIL PERINGKAT PENGHAKIMAN

    TARIKH

    PELAKSANAAN

    1.

    KAMPUNG TRADISIONAL

    Johan Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen

    Tiada penghakimanakan dibuat.

    Ditentukan olehKEMAS Negeri

    2.

    RUMAH PANJANG

    Dicalonkan untuk mewakili Bahagian

    Penghakiman akan

    dibuat oleh panel

    hakim peringkat

    negeri (Sarawak)bagiAspek Patriotisme &Kemerdekaan.

    Ditentukan olehKEMAS Negeri

    3.

    KAMPUNG TRADISIONAL

    Johan Peringkat Daerah/Jajahan/Bahagian/Parlimen yang turut diiktirafsebagai Johan Peringkat Negeri

    Penghakiman akan

    dibuat oleh panel

    hakim peringkat

    kebangsaan bagiAspek Patriotisme &Kemerdekaan.

    Ditentukan olehKEMAS Ibu Pejabat