kajian tindakan jawi

Upload: zali-sura

Post on 14-Oct-2015

294 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA PERSEKITARAN KELUARGA DAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN JAWI TAHUN EMPAT SEK. KEB. DURIAN MENTANGAU, TERENGGANU

OLEH :AHMAD ROZALI BIN WAHAB

PENYELIA :USTAZ ADNAN BIN ABDULLAH

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAOPEN UNIVERSITY MALAYSIA2013

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan dihulurkan kepada isteri dan anak-anak yang telah banyak memberikan dorongan untuk saya menulis kajian yang telah berjaya dihasilkan ini.Segala pengorbanan yang telah mereka berikan amat saya hargai.

Kepada pensyarah pembimbing, Ustaz Adnan bin Abdullah yang telah banyak memberikan bimbingan kepada saya untuk menghasilkan sebuah penulisan seperti ini. Segala bimbingan yang diberikan itu diucapkan jutaan terima kasih.

Guru Besar , kumpulan pentadbir serta guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu ingin saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang telah mereka berikan semasa kajian dijalankan. Tidak lupa juga kepada guru bimbingan yang telah memberikan segala kerjasama yang sepenuhnya sepanjang kajian dijalankan.

Kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu yang sentiasa memberikan kerjasama di atas segala kesulitan yang saya hadapi di sekolah terutama kebenaran yang saya perlukan bagi memenuhi tuntutan kajian saya ini.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang banyak membantu dan memberi pendapat sehingga kajian dapat disiapkan.

i

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Jawi. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dari segi gaya pembelajaran dengan faktor jantina pelajar. Seramai 30 orang pelajar Tahun Empat dari Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian berkaitan persekitaran keluarga telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik Chuah ( 1994 ) dan Fatanah ( 1997 ), sementara instrumen kajian berkaitan gaya pembelajaran telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik Grasha-Riechmann ( 1996 ). Soal selidik telah digunakan untuk menentukan tahap min markat bagi komponen-komponen persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. Data yang diperoleh dianalisis dengan analisa kolerasi Pearson, analisis kolerasi Spearman dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perhubungan dan gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Manakala dimensi pengekalan sistem mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran bebas, mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Analisis kolerasi juga menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian Jawi. Analisis kolerasi juga menunjukkan terdapat hubungan antara gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung dan mengelak dengan pencapaian Jawi. Analisis ujian-t pula menunjukkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

ii

ABSTRACT

The study looked in the relation of home environment and learning style with the Jawi achievement. The study also looked at the differences of learning style in term of gender. 30 Year Four students from Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu were choosen as respondents in the study. The instrument used on home environment was taken and modified from Chuah ( 1994 ) and Fatanah ( 1997 ) questionnaire, where as the instrument for learning style was taken and modified from Grasha-Riechmann ( 1996 ) questionnaire. The questionnaire was used to determine the average level of home environment and learning styles components. The data were gathered and analyzed using Pearson correlation, Spearman correlation and the t-test. The findings showed that there was correlation of home environment for relationship dimension and independent learning style, personality growth and development dimension with independent learning style, collaborative learning style, dependent learning style, competitive learning style and participant learning style. Where as sustained system dimension with the independent avoidant, collaborative, dependent, competitive and participant learning style. Correlation analysis also showed that there was relation between personality growth and development dimension with Jawi achievement. There was relation between independent, collaborative, dependent and avoidant learning style with jawi achievement. T-test analysis showed the different between male and female students in avoidant learning style as well as in collaborative learning style and dependent learning style amongst students.

iiiISI KANDUNGAN

BABPERKARAHALAMAN

PENGHARGAANi

ABSTRAKii

ABSTRACTiii

ISI KANDUNGANiv

BAB 1PENGENALAN

1.1PENDAHULUAN1

1.2PERNYATAAN MASALAH2

1.3TUJUAN KAJIAN3

1.4OBJEKTIF KAJIAN3

1.5PERSOALAN KAJIAN3

1.6KEPENTINGAN KAJIAN4

1.7BATASAN KAJIAN4

1.8DEFINISI ISTILAH DAN OPERASI 5-8

1.9RUMUSAN9

BAB 2TINJAUAN LITERARATUR

2.1PENDAHULUAN10

2.2TEORI-TEORI YANG BERKAITAN 11-15 2.3KAJIAN BERKAITAN 16-18

2.4RUMUSAN19

iv

BAB 3METODOLOGI KAJIAN

3.1PENDAHULUAN20

3.2REKA BENTUK KAJIAN20

3.3POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN21

3.4INSTRUMEN KAJIAN 21-26

3.5TATACARA PENGUMPULAN DATA27

3.6TATACARA PENGANALISAAN DATA27

3.7RUMUSAN28

3.8RUJUKAN29

LAMPIRAN

vBAB 1

PENGENALAN.

1.1 Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah ocus yang sedang pesat membangun. Ini bersesuaian dengan hasrat pemimpin ocus yang ingin menjadikan Malaysia sebuah ocus maju pada tahun 2020 seperti yang terkandung dalam Wawasan 2020. Untuk menjadi sebuah ocus yang maju, keperluan untuk meningkat taraf pendidikan rakyat Malaysia adalah sangat penting supaya lebih ramai penduduk Malaysia mempunyai pencapaian yang tinggi dalam bidang akademik dan cemerlang dalam bidang pendidikan. Dalam menjayakan hasrat menjadikan sebuah ocus maju semua rakyatnya perlu berpendidikan yang bertaraf tinggi dan berpengetahuan yang luas. Justeru, Malaysia sebuah ocus Islam adalah perlu semua rakyatnya terutamanya yang beragama Islam perlu menguasai kemahiran Jawi. Perkara yang menjadi asas dalam perancangan Pelajaran Jawi ialah untuk meningkatkan kesedaran dan perubahan sikap pelajar, guru, ibu bapa dan masyarakat terhadap kepentingan Pelajaran Jawi dalam kehidupan seharian dan masa depan. Kajian tentang persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran amat penting untuk melihat tahap pencapaian pelajar dalam menguasai mata pelajaran Jawi. Suasana persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran pelajar yang berbeza dalam mendapatkan ilmu pengetahuan juga memainkan ocus penting terhadap pencapaian mereka dalam mencapai atau menguasai sesuatu ilmu pengetahuan. Kadang-kala cara pembelajaran yang dilakukan oleh pelajar di mana kebanyakan mereka belajar adalah secara individu dan hanya sebahagian kecil sahaja belajar secara kumpulan menjadikan kumpulan pelajar begitu lemah dan agak sederhana dalam pencapaian mereka dalam menguasai ilmu pengetahuan. Bab ini akan menjelaskan lagi tentang latar belakang kajian, permasalahan kajian, kerangka kajian, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, hipotesis kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, defisini operasional dan rumusan. Ianya akan memberikan gambaran terhadap keperluan kajian ini dilaksanakan serta memberi jawapan kepada persoalan dan hipotesis kajian yang menjadi ocus kajian ini. 11.2. Pernyataan Masalah Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi di Malaysia belum boleh dibanggakan . Kelemahan mata pelajaran ini telah mengakibatkan ramai pelajar khasnya yang beragama Islam gagal untuk membaca al-Quran dan menghayati Islam dengan lebih berkesan kerana pengetahuan dan penguasaan Jawi adalah lemah. Walhal pelbagai usaha telah dilaksanakan namun mata pelajaran Jawi masih lagi tidak dapat dikuasai dengan lebih efektif di kalangan pelajar terutamanya di peringkat sekolah rendah. Adakah faktor-faktor persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dalam kelas merupakan faktur yang mempengaruhi pencapaian pelajaran Jawi di kalangan pelajar?

Berdasarkan prinsip setiap pelajar mempunyai potensi dan boleh dididik maka pembelajaran jawi di sekolah akan menjadi lebih berkesan sekiranya para pelajar diajar dan dapat menggunakan pendekatan pembelajaran yang betul dan efektif. Brophy Entwistle (1988) menyatakan bahawa adalah perlu para pelajar dibantu supaya lebih sedar akan proses pembelajaran mereka. Di samping itu juga, persekitaran dan suasana belajar di dalam kelas juga menjurus pembentukan persekitaran dan gaya pembelajaran. Persekitaran pembelajaran yang merangkumi suasana di dalam sesebuah kelas seperti susun atur kerusi meja, bilangan pelajar ,jantina pelajar, dan corak penerimaan dalam proses pembelajaran boleh mewujudkan situasi gaya pembelajaran yang berbeza dikalangan para pelajar. Senario perbezaan ini boleh menjadi satu faktor penyumbang kepada faktor penguasaan Jawi dikalangan para pelajar kurang memberangsangkan.Selain itu, kaedah pengajaran guru merupakan faktor utama dalam pencapaian para pelajar.Penekanan kepada kaedah lama yang berorientasikan pembelajaran sehala mewujudkan persekitaran belajar yang pasif. Kaedah pembelajaran chalk and talk tanpa persekitaran pembelajaran yang kondusif dan sokongan bahan bantu mengajar boleh menjadikan proses pembelajaran sesuatu yang membosankan. Hal ini, ditambahkan lagi dengan keadaan persekitaran dalam kelas yang tidak kondusif bagi merangsang budaya belajar Jawi yang positif dan efektif.Di samping itu juga , gaya atau budaya belajar pelajar juga menyumbang kepada pencapaian Jawi mereka. Minat dan kecenderungan pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Jawi di luar waktu pembelajaran normal tidak berlaku. 21.3Tujuan Kajian

Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan hubungan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajaran Jawi. Oleh itu objektif, persoalan dan hipotesis kajian diperincikan seperti berikut:

1.4Objektif kajian

Secara khususnya objektif kajian ini adalah untuk :

1.4.1Melihat sama ada terdapat hubungan persekitaran keluarga dengan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi. 1.4.2Melihat sama ada terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi. 1.4.3 Melihat sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.

1.5Persoalan Kajian

Kajian ini juga akan menghasilkan jawapan-jawapan kepada persoalan- persoalan berikut:

1.5.1 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi? 1.5.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara dengan pelajar mata pelajaran Jawi?

1.5.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara pencapaian pelajar lelaki dengan pelajar perempuan dalam mata pelajaran Jawi ?3 1.6Kepentingan Kajian

Kajian ini dapat menunjukkan hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran serta kecenderungan pelbagai budaya belajar yang diamalkan. Seterusnya ia menjurus kepada penentuan persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajaran Jawi. Pengkaji berharap kajian yang dijalankan ini dapat memberi sumbangan kepada pelbagai pihak terutamanya yang terlibat secara langsung dan peka terhadap keputusan pencapaian Jawi dan sentiasa berusaha ke arah pencapaian yang lebih baik dan cemerlang. Di peringkat sekolah hasil kajian ini dapat memberi maklumat yang sangat berguna kepada guru khususnya dalam membuat perancangan pengajaran supaya ianya bersesuaian dengan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran pelajar. Dengan ini guru menjadi lebih sensitif dan peka terhadap persediaan pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta boleh dijadikan amalan dalam proses pengajarannya. Justeru itu kajian ini hanya boleh dijadikan panduan kepada guru-guru untuk membuat pertimbangan yang serius semasa proses pengajaran dan pembelajaran hendak dijalankan. Maklumat ini juga boleh diguna pakai dalam merancang pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Jawi bagi pelajar Tahun Empat. Dengan adanya keserasian persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran diharapkan proses pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan bermakna seterusnya memberi peningkatan kepada pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi.

1.7Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan batasan tertentu. Kajian ini dijalan di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Empat yang mengambil mata pelajaran Jawi. Seramai 30 orang pelajar telah dipilih untuk kajian ini. Oleh sebab sample kajian hanya terbatas kepada pelajar-pelajar Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Paka, Terengganu, maka dapatan kajian hanya menggambarkan keadaan di sekolah ini sahaja dan tidak dapat digeneralisasikan kepada seluruh pelajar Tahun Empat sekolah-sekolah di Malaysia. Maklumat-maklumat yang diperoleh dari responden adalah terhad kepada penyataan-penyataan mereka dalam borang soal selidik sahaja. 41.8Definisi Istilah dan Operasi

Di dalam kajian ini terdapat penggunaan beberapa istilah penting yang memerlukan kepada penjelasan terhadap definisinya. Antaranya persekitaran keluarga, gaya pembelajaran dan pencapaian.

1.8.1 Persekitaran Keluarga Persekitaran keluarga merujuk kepada keadaan hubungan sosial antara ahli-ahli keluarga iaitu ibu dan bapa, ibubapa dengan anak-anak dan di kalangan anak-anak itu sendiri ( Moos & Moos 1993 ). Dalam kajian ini persekitaran keluarga juga merujuk kepada situasi hubungan sosial antara ahli-ahli keluarga yang diukur menggunakan soal selidik yang telah diubahsuai daripada soal selidik yang telah digunakan oleh Chuah ( 1994 ) dan Fatonah ( 1997 ). Persekitaran keluarga terdiri daripada tiga dimensi iaitu perhubungan perkembangan, pertumbuhan personaliti dan pengekalan sistem yang diwakili sepuluh subskala iaitu keakraban, penyataan masalah, konflik, kebebasan orientasi pencapaian, orientasi intelektual, oreintasi rekreasi, pengekalan nilai agama dan moral, organisasi dan kawalan.

Dimensi perhubungan merujuk kepada sejauh manakah pola perhubungan ini dapat menilai tahap komitmen, perasaan kerjasama dan sokongan antara ahli keluarga . Galakan untuk bersikap terbuka dan berterus terang dalam melahirkan perasaan dan pendapat di kalangan ahli keluarga dan juga melihat sejauh manakah ahli keluarga melahirkan perasaaan marah , kelangsangan dan konflik secara terbuka antara ahli keluarga. Dimensi perhubungan terdiri daripada tiga sub skala iaitu :

A )Keakraban : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli-ahli keluarga mengambil berat mengenai keluarga dan saling membantu.

B )Penyataan perasaan : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli- ahli keluarga digalakkan untuk berterus terang dalam mengeluarkan pendapat, perasaan dan pandangan.5C )Konflik : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah perasaan marah dan agresif yang ditonjolkan oleh ahli-ahli keluarga dalam pergaulan seharian di rumah.

Dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti merujuk kepada bidang-bidang yang diberi penekanan oleh ahli keluarga dalam perkembangan kehidupan berkeluarga seperti berdikari , persaingan dalam pencapaian akademik, kegiatan kebudayaan , kesukanan dan menghormati nilai-nilai moral dan agama. Terdapat lima sub skala dalam dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti iaitu :

A ) Kebergantungan : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli-ahli keluarga digalakkan untuk membuat keputusan sendiri tanpa perlu bergantung kepada orang lain.

B )Orientasi pencapaian : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah pelbagai aktiviti di sekolah dianggap sebagai suatu yang bersifat persaingan dan dihargai oleh ahli keluarga.

C )Orientasi intelektual dan budaya : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli-ahli keluarga memberi perhatian kepada pelbagai kegiatan intelektual dan kebudayaan seperti kegiatan politik, sosial, intelek dan kebudayaan.

D )Orientasi rekreasi : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli-ahli keluarga melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai jenis kegiatan rekreasi dan sukan.

E )Penekanan nilai agama dan moral : Dimensi ini merujuk kepada sejauh manakah ahli-ahli keluarga secara aktif berbincang dan menekankan nilai-nilai etika , moral dan agama.

61.8.2 Gaya Pembelajaran

Kaedah bermaksud cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran sebenarnya ialah cara guru mengelolakan serta menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan alat pengajaran supaya objektif-objektif sesuatu pengajaran itu tercapai. Menurut Davis ( 1993 ) gaya pembelajaran adalah kaedah mengumpul, mentaksir dan mengelola serta berfikir tentang pengetahuan yang disukai oleh pelajar. Khalid Et al ( 1999 ) menyatakan gaya pembelajaran ialah strategi dan teknik belajar yang diminati dan diamalkan seseorang pelajar sejak sekian lama. Manakala Rahil Et al ( 2000 ) mendefinasikan gaya pembelajaran sebagai cara setiap pelajar memberi tumpuan ke arah proses mendapat dan memperoleh maklumat baru.

Dalam kajian ini gaya pembelajaran merujuk kepada bagaimana tingkah laku pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Ia memberi tumpuan kepada cara pelajar berinteraksi dengan guru dan kawan-kawan dalam suasana pembelajaran.Kajian ini mengguakan iventori Skala Gaya Pembelajaran Grasha Riechmann ( 1996 ). Iventori ini dikategorikan sebagai indikator sosial dan bukan indikator kognitif. Oleh itu gaya pembelajaran yang diukur oleh inventori ini tidak tekal seperti mana gaya kognitif. Model gaya pembelajaran Grasha Riechmann ( 1996) telah menyenaraikan enam jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bebas, gaya pembelajaran mengelak, gaya pembelajaran bekerjasama, gaya pembelajaran bergantung, gaya pembelajaran bersaing dan gaya pembelajaran melibatkan diri.

A )Gaya Pembelajaran Bebas : Pelajar berfikir dengan sendiri dan yakin tentang kemampuan belajar mereka. Suka belajar isi kandungan yang mereka fikir penting dan bekerja sendirian dalam sesuatu projek.

B )Gaya Pembelajaran Mengelak : Tidak berminat untuk mempelajaran isi kandungan pelajaran dan menghadiri kelas. Tidak melibatkan diri dengan pelajar dan guru dalam kelas. Mereka tidak berminat dan berpuas hati dengan keadaan semasa.7C )Gaya Pembelajaran Bekerjasama : Kebiasaannya pelajar merasa mereka boleh belajar dengan berkongsi bakat. Mereka bekerjasama dengan guru dan rakan sebaya.

D )Gaya Pembelajaran Bergantung : Menunjukkan sedikit minat intelektual dan belajar hanya untuk diperlukan. Melihat guru dan rakan-rakan sebagai sebahagian sumber sokongan dan mencari autoriti untuk mendapatkan garis panduan yang diperlukan.

E )Gaya Pembelajaran Bersaing : Belajar supaya menjadi lebih baik daripada orang lain dalam kelas. Percaya mereka mesti bersaing dengan pelajar lain untuk mendapat ganjaran yang disediakan. Suka untuk menarik perhatian dan pengiktirafan bagi pencapaian mereka.

F )Gaya Pembelajaran Melibatkan Diri : Menjadi ahli kelas yang baik suka datang ke kelas dan mengambil bahagian sebanyak mungkin dalam aktiviti pembelajaran. Selalunya berminat untuk membuat sebanyak mungkin tugasan yang diberikan.

1.8.3 Pencapaian Jawi

Menurut The Grolier International Dictionary (1981 ) dan Collins Dictionaru of the English Language ( 1986 ) , pencapaian ialah sesuatu yang telah disudahi dengan sepuasnya. Untuk mengukur pencapaian dalam akademik, peperiksaan merupakan satu alat utama. Dalam kajian ini, pencapaian dalam mata pelajaran Jawi diukur berdasarkan markah/gred yang diperolehi dalam ujian bulanan atau peperiksaan akhir tahun. Menurut Suriati ( 1991 ) pencapaian akademik sebagai markah-markah atau gred-gred yang diperolehi oleh seseorang pelajar dalam sesuatu ujian atau peperiksaan umum. Ianya lebih ke arah kemampuan seorang pelajar untuk mendapatkan gred yang baik dalam peperiksaan yang didudukinya. 8Bagi kajian ini pencapaian Jawi merujuk kepada prestasi yang telah dicapai oleh pelajar dalam peperiksaan akhir tahun 2012 dan peperiksaan pertengahan tahun 2013. Pelajar yang mendapat gred A dan B dikategorikan sebagai berprestasi tinggi, gred C dan D sebagai prestasi sederhana dan gred E sebagai prestasi rendah.

1.9 Rumusan

Kajian ini memfokuskan elemen hubungan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Jawi. Selain itu, faktor jantina juga akan diuji sama ada mempengaruhi gaya pembelajaran dan pencapaian mata pelajaran Jawi. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pelajar, guru dan ibu bapa dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian mata pelajaran Jawi di kalangan pelajar. Di samping itu juga diharapkan dapat menghasilkan suasana pembelajaran yang kondusif dan efektif bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang dalam pencapaian Jawi.

9

BAB 11

TINJAUAN LITERATUR

2.1Pendahuluan

Pada masa terkini, kajian-kajian luar negeri dan tempatan dalam bidang Jawi ini adalah sedikit dan agak terhad. Bab ini akan menghuraikan maksud,ciri-ciri dan faktor yang mempengaruhi persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran yang dapat mewujudkan satu budaya belajar yang dapat meningkatkan penguasaan pendidikan Jawi dikalangan pelajar. Ianya merangkumi konsep-konsep pengajaran, kaedah pengajaran dan aspek-aspek yang berkaitan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pendekatan pembelajaran dalam kelas.Pencapaian pelajar mempunyai hubung kait dengan pendekatan pembelajaran. Proses tersebut berlaku apabila seorang pelajar dapat memberi respon terhadap persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran di mana proses pembelajaran berlaku..Ia bukanlah ciri semulajadi yang terdapat dalam diri seorang pelajar. Menurut Entwistle & Ramsden (1983) terdapat bukti mengenai pendekatan pembelajaran dapat mewujudkan budaya belajar sesaorang pelajar dengan persepsi pelajar itu terhadap persekitaran pembelajaran dan kualiti hasil pembelajaran.

Lantaran itu, pencapaian akedemik pelajar sering kali diperbincangkan selepas sesuatu peperiksaan diumumkan. Pelajar yang lulus cemerlang mempunyai pandangan yang berbeza-beza tentang pencapaian mereka. Antara faktor-faktor yang kerap dikaitkan dengan pencapaian akedemik pelajar ialah kesedaran yang tinggi, kaedah mengulangkaji pelajaran yang bersistematik serta sokongan keluarga dan rakan-rakan. Selain itu , ada juga pendapat yang mengatakan ianya oleh sumbangan guru , kemudahan pembelajaran dan persekitarannya.

102.2 Teori-teori yang Berkaitan

Bahagian ini akan membincangkan teori-teori yang berkaitan dengan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran .Ianya dapat memberi gambaran tentang hubungan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar. Beberapa bentuk gaya pembelajaran akan dibincangkan untuk melihat kepelbagaian gaya pembelajaran yang diamalkan oleh para pelajar semasa di sekolah atau di rumah.

2.2.1 Teori Persekitaran Keluarga.

Mengikut Alias Baba (1990) tiga faktor yang mempengaruhi pembelajaran individu iaitu faktor latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat peribadi pelajar. Persekitaran adalah faktor luaran yang banyak mempengaruhi proses pembelajaran, manakala kebolehan pula lebih kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang menjurus ke arah kecermelangan juga mempengaruhi pencapaian individu.

Mengikut Marimuthu (1994) keluarga adalah satu kumpulan gabungan penghuni yang terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. Terdapat dua struktur utama keluarga iaitu keluarga asas dan keluarga luas. Keluarga asas terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak manakala keluarga luas pula mengandungi ahli-ahli keluarga yang lain yang tinggal bersama dalam sebuah rumah. Persekitaran pula merujuk kepada faktor luaran individu dan faktor baka yang bermula dari peringkat persenyawaan. (Ee Ah Meng 1999) pengertian ini juga menunjukkan bahawa persekitaran merujuk kepada alam sekitar individu yang bermula di peringkat pra lahir dan seterusnya selepas lahir.

Mengikut Baldwin dan Baronski (1990) persekitaran keluarga merujuk kepada corak interaksi keseluruhan antara ahli-ahli dalam sesebuah keluarga contohnya cara-cara yang digunakan oleh ibu bapa dalam membantu perkembangan potensi anak-anak. Corak interaksi ini merangkumi cara berkomunikasi dan layanan yang diberikan kepada anak-anak sepanjang masa.11Mengikut Fatanah (1997) pencapaian akademik mempunyai hubungan dengan orientasi intelektual, penekanan moral dan agama, organisasi keluarga dan kawalan keluarga. Menurut Hannigge (1998) persekitaran yang efektif mestilah tiada risiko, mengalakkan pelajar mengulangkaji, menguji dan menyelesaikan masalah tanpa merasa takut jika mereka gagal. Cara bermain boleh membentuk persekitaran yang tiada risiko. Peluang untuk bermain secara bebas atau had risiko dengan bahan-bahan pelajaran seperti buku-buku jawi boleh menjadikan pelajar-pelajar mempunyai keinginan dan bersedia untuk menerima pelbagai keadaan dalam pembelajaran jawi. Keith (1982) mendapati penglibatan ibu bapa seperti mengalakkan anak-anak melakukan kerja sekolah atau melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di rumah mempunyai kesan positif terhadap pencapaian akademik anak-anaknya.

Guru perlu meyedari bahawa mempunyai pengaruh terhadap ciri-ciri rohani, intelek, emosi dan jasmani setiap pelajar. Oleh itu guru perlu mengenalpasti ciri-ciri atau potensi yang positif dan mengembangkan ke tahap maksimum dan secara beransur-ansur mempengaruhi mereka untuk mengurangkan dan akhirnya menghapuskan perlakuan negatif yang diwarisi oleh keluarga tersebut. Oleh itu, konsep sekolah sebagai jambatan memerlukan guru memahami dengan mendalam tentang latar belakang dan persekitaran keluarga pelajarnya dan juga persekitaran masyarakat setempat. Semua maklumat mengenai pelajar boleh membantu guru menjalani aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif dan memaksimakan pembelajaran pelajarnya.

2.2.2 Teori Gaya Pembelajaran

Maklumat tentang gaya pembelajaran pelajar akan memberikan kelebihan kepada guru terutama dalam memberikan perancangan pengajaran yang berkesan. Mengikut Keefe (1679) keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dipertingkatkan jika guru dapat memahami gaya pembelajaran pelajarnya. Ciri-ciri dan gaya pembelajaran merangkumi segala usaha dan tingkah laku oleh pelajar-pelajar sendiri.

12Gaya pembelajaran boleh didefinasikan sebagai operasi atau prosedur yang digunakan oleh pelajar untuk mengekalkan dan mengingat kembali pelbagai jenis pengetahuan dan prestasi (Claxton & Charles 1987). Dalam keseluruhan pendidikan, kegiatan pelajar merupakan kegiatan yang paling utama. Ini bererti bahawa kejayaan seseorang pelajar bergantung kepada bagaimana proses belajar yang dialami oleh mereka. Gaya pembelajaran merupakan ruang fizikal di mana berlakunya proses pembelajaran. Persekitaran pembelajaran ini mungkin sebuah bilik darjah, makmal komputer, perpustakaan, bengkel, persekitaran sekolah dan lokasi sekolah. Seterusnya, dalam lingkungan persekitaran pembelajaran pula terdapat pula para pelajar, guru, pembantu pengajar, peralatan atau bahan-bahan yang digunakan dalam proses pengajaran. Persekitaran pembelajaran merujuk kepada keadaan sekeliling yang memberi kesan terus ke atas kejayaan pembelajaran sesaorang pelajar. Antara dimensi dalam merujuk persepsi pelajar terhadap persekitaran pembelajaran ialah sokongan guru, hubungan antara pelajar, persepsi iklim sekolah, penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti kelas, pengurusan dan kawalan guru, persaingan antara pelajar, persaingan antara pelajar, jelas akan peraturan atau arahan, dan tahap guru mengaplikasikan aktiviti yang inovatif dan kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Persekitaran pembelajaran amat mempengaruhi pelajar-pelajar dalam pendekatan pembelajaran yang akan mewujudkan budaya belajar mereka. Antara perkara-perkara yang terangkum di dalam persekitaran pembelajaran ialah cara pengajaran, kandungan, dan corak penilaian yang digunakan. Di samping itu juga , persekitaran dan suasana fizikal bilik darjah juga amat penting dalam pembelajaran di mana ia boleh menjadi faktor menggalak atau menghalang pencapaian sesuatu proses pembelajaran..Manakala guru yang sentiasa riang dan yang mengharapkan prestasi murid yang realistik akan disayangi serta dihormati oleh muridnya.Guru-guru yang mahir berjenaka sentiasa mendapat sambutan serta respon yang baik oleh murid. Situasi ini akan dapat mengeratkan hubungan antara guru dengan murid seterusnya hubungan murid dengan murid. Teknik kawalan yang positif seperti menggunakan pujian ,ganjaran ,senyuman dan anggukan kepada murid untuk menunjukkan persetujuan akan menggalakkan suasana yang kondusif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini dapat mewujudkan serta menggalakkan senario budaya belajar yang harmoni.13Di samping itu, persekitaran pembelajaran merupakan salah satu daripada pembolehubah persekitaran yang memberi efektif ke atas pembelajaran .Menurut Abdul Razak (1999) gaya pembelajaran adalah cara sesaorang itu bertindak balas sewaktu menerima pelajaran mengikut tabiatnya.atau sebagai petunjuk bagaimana pelajar mempelajari perkara yang digemarinya. Ia juga bertindak sebagai petunjuk yang stabil tentang bagaimana sesaorang pelajar membuat persepsi, berinteraksi, dan memberi tindak balas terhadap suasana pembelajaran yang melibatkan faktor kognitif, efektif dan fisiologi. Gaya pembelajaran mempunyai persamaan dengan cara berfikir di mana ia turut memberikan corak yang selalu diikuti semasa belajar. Wan Mohd. Zahid (1993) mencadangkan agar para guru, pelajar dan ibu bapa cuba memahami gaya pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada pelajar merupakan kelebihan dan keistimewaan yang seharusnya digunakan secara berkesan dalam proses pembelajaran mereka.Seseorang guru atau tenaga pengajar perlu memiliki kemahiran-kemahiran yang khusus dalam menjayakan kaedah-kaedah pengajaran Kemahiran khusus tersebut adalah dimaksudkan sebagai teknik. Secara umumnya semua kaedah mempunyai teknik-teknik tertentu yang disusun dengan sistematik untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini. Kaedah yang dipilih mestilah disertai dengan teknik-teknik yang betul. Untuk memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik yang baik mengikut kaedah tersebut tidak akan menjamin tercapainya matlamat kaedah yang diingini.

Untuk menambahkan keberkesanan pengajaran, seorang guru seharusnya memahami berbagai jenis interaksi kumpulan yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Interaksi ini ialah perhubungan yang boleh berlaku antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Strategi serta objektif pengajaran yang berlainan pasti akan mewujudkan interaksi yang berlainan. Antara contoh situasi atau gaya pembelajaran ialah corak interaksi berpusatkan guru yang merupakan interaksi sehala antara murid dengan guru.

14 Situasi 1 : Pendekatan Berpusatkan Guru .

G

M M M M M

Ilustrasi 2.1 Gaya pembelajaran. Dalam situasi di atas guru mengajar dengan kawalan yang ketat dan kesemua murid adalah pelajar yang pasif. Corak interaksi di dalam situasi ini ialah guru bercakap, manakala murid hanya mendengar. Perhubungan murid dengan guru terbatas kepada pendengaran, pengamatan dan asimilasi sahaja. Yang nyata ialah tiada interaksi antara murid-murid. Corak interaksi seperti ini kurang berkesan dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan seperti ini sesuai jika guru memberi taklimat di peringkat awal (set induksi).Gaya pembelajaran berpusatkan guru ini kurang melibatkan peranan murid-murid dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Situasi 2 : Pendekatan Penerangan Perbincangan.

G

M M M M M

Ilustrasi 2.2 Gaya pembelajaran.

Dalam situasi ini guru cuba menggalakkan komunikasi dua hala dengan cara mendorongkan penyertaan murid dalam pengajarannya. Di sini interaksi tidak tertumpu kepada guru sahaja malahan melibatkan interaksi dua hala antara guru dengan murid.15 Situasi 3: Pembelajaran secara aktif.

G

M M M M M Ilustrasi 2.3 Gaya pembelajaran.

Dalam situasi ini menggambarkan suatu keadaan di mana guru membenarkan perbincangan dan kerjasama antara murid-murid. Interaksi antara guru dengan murid masih dikekalkan..Situasi ini sesuai apabila murid-murid menjalankan aktiviti-aktiviti amali semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Kajian Berkaitan

Tulisan Jawi merupakan satu bentuk tulisan yang unik dan tertua dalam sejarah dunia penulisan Melayu. Ia digunakan dengan meluasnya dalam setiap urusan pemerintahan negara suatu ketika dulu. Ia juga menjadi tumpuan utama dalam sistem pendidikan negara pada masa itu. Namun begitu, kini tulisan Jawi seumpama semakin dipinggirkan. Oleh itu, Perdana Menteri kita telah memperkenalkan satu program baru di sekolah rendah iaitu j-QAF yang bertujuan untuk membasmi buta Jawi di kalangan murid-murid dan seterusnya memartabatkan kembali tulisan Jawi. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas 26 murid Tahun 1 di sebuah sekolah dalam meningkatkan kemahiran mengenal, menyebut dan menulis huruf Jawi telah mendapati murid-murid tersebut menghadapi pelbagai masalah dalam menguasai pelajaran Jawi. Berdasarkan kajian yang dibuat murid-murid mengalami kekeliruan dalam mengenal huruf yang bunyinya seakan-akan sama, kekeliruan semasa menyebut nama huruf dengan bunyi huruf dalam bacaan Iqra dan tidak boleh mengadun bunyi-bunyi sukukata terbuka yang dipelajari. 16Suatu perancangan telah dibuat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan penguasaan bagi masalah-masalah tersebut. Satu sesi bimbingan dijalankan selama seminggu dengan menggunakan pendekatan pandang sebut, permainan, penggabungan terhadap asas tulisan dan membaca Jawi. Hasilnya prestasi murid-murid lebih meningkat dari sebelumnya.

Satu kajian oleh Nik Rusila binti Nik Yaakub (1997) mengenai penguasaan Jawi dan hubungannya dengan pencapaian dan minat pelajar dalam Pendidikan Islam. Kajian dibuat ke atas 400 pelajar dari 2 buah sekolah menengah di Shah Alam dan Kuala Lumpur . Hasil kajiannya didapati pelajar-pelajar yang lemah dan sederhana dalam menguasai kemahiran Jawi mempengaruhi minat mereka terhadap Pendidikan Islam adalah rendah. Oleh itu, kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara setiap aspek kemahiran Jawi dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.

Beberapa kajian tentang pengetahuan Jawi telah dijalankan dibeberapa negeri oleh Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan . Dalam kajian 1987 , dilaporkan 30.6% murid Tahun Enam dalam peperiksaan percubaan KBSR tidak boleh membaca Jawi . Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan pula melaporkan 48.3% murid Tahun Enam yang mengambil peperiksaan akhir tahun pada tahun 1989 adalah pada tahap pencapaian lemah dalam Jawi. Negeri Kedah pula melaporkan 63.5% lemah dalam penguasaan kemahiran Jawi. Dapatan dari beberapa negeri-negeri lain juga melaporkan dalam senario yang hampir sama.Kajian Isahak Harun dan Hasan Basri (1995) tentang prestasi Jawi pelajar Tingkatan Dua dan Empat di beberapa buah sekolah di Selangor dan Pahang mendapati lebih 65% pelajar tidak boleh menulis Jawi, dan lebih 45% pula tidak boleh membaca buku teks Jawi. Manakala Mustapha Yazid (1991) dalam kajiannya mendapati murid sekolah rendah lemah jawi dan beliau menyatakan bahawa antara faktor kelemahan adalah berkisar pada pengajaran Jawi di sekolah rendah. Dapatan yang sama diperoleh oleh Norlaila Sulaiman (1992/1993) dalam kajian beliau mendapati di kalangan murid di tiga buah sekolah rendah bahawa masa terhad dan kaedah pengajaran yang kurang berkesan adalah antara punca yang dikenal pasti sebagai sebab kelemahan murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi.17Dewi Maslehah Md.Yusop (1995) dalam kajiannya yang berjudul Pengajaran Bacaan Jawi Menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ( KGBK ) Dengan Bantuan Huruf Rumi mendapati KGBK ini mudah dan berkesan sebagai kaedah alternatif kepada kaedah abjad terutama untuk pengajaran pemulihan jawi sekarang . Di antara dapatannya ialah murid-murid mudah belajar membentuk perkataan seperti abu, ubi, baba,babu dari sukukata ba, bi, bu, ta, ti, tu yang diajar dan mereka mudah mengingati apa yang mereka bina. Murid juga cepat menunjukkan minat untuk belajar Jawi, kerana mereka minat bermain membina perkataan dan ayat serta membacanya. Mereka juga boleh menulis perkataan dengan baik, tetapi kekangan besar pada masa itu ialah murid hanya diperuntukkan masa 30 minit seminggu untuk belajar Jawi. Murid senang lupa apa yang mereka belajar seminggu yang lalu. Dewi Masliha juga menggunakan kaedah kad imbasan untuk membantunya dalam pengajaran Jawi.

Di samping itu, berdasarkan kajian dan laporan yang dijalankan, penguasaan pelajar dalam kemahiran menulis dan membaca Jawi adalah lemah (Awang Mohamad Amin, 1989). Kajian daripada Mustapha Yazid (1991) mendapati, 95 peratus pelajar mempunyai sikap negatif terhadap tulisan Jawi seperti susah dipelajari, tidak penting dan tidak dinilai dalam peperiksaan. Hal ini memberi kesan terhadap pencapaian dan minat terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam (Sulaiman Ngah Ghazali, 1990; Azman Wan Chik, 1986). Pelajar-pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis Jawi akan semakin ketinggalan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam apabila alat bantu mengajar yang digunakan oleh guru ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi (Muhammad Endut, 1992). Oleh itu, Isahak Haron dan Hassan Basri (1994) berpendapat, kelemahan pelajar-pelajar sekolah menengah dalam menguasai kemahiran Jawi mempunyai kaitan langsung dengan keupayaan mereka pada peringkat sekolah rendah.

182.4Rumusan

Bab ini telah membincangkan tentang teori dan tinjauan kajian-kajian yang berkaitan menunjukkan bahawa terdapat banyak kajian yang telah dibuat berkaitan dengan permasalahan pencapaian Jawi dikalangan pelajar. Kebanyakan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar.

Namun demikian , masih kurang kajian yang dibuat untuk melihat apakah corak persekitaran yang ideal dan sesuai dengan corak pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar dalam mempelajari pelajaran Jawi. Dalam mencari atau menentukan gaya atau corak pembelajaran yang mempunyai hubungan yang signifiken dengan persekitaran keluarga dalam menentukan pencapaian Jawi di kalangan pelajar maka maklumat tentang perhubungan ini mungkin akan dapat membantu tindakan atau usaha guru , pelajar dan ibu bapa dalam menentukan proses pembelajaran yang sesuai akan berlaku lantas akan memberilan impak yang positif tentang pencapaian Jawi di kalangan pelajar.

19 BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian, populasi dan sample kajian, instrument kajian, tatacara pengumpulan data dan tatacara penganalisa data.

Di samping itu, kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti kesan hubungan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran keatas pencapaian serta peningkatan prestasi mata pelajaran Jawi. Secara tidak langsung, dapatan kajian ini juga dapat digunakan untuk menyokong atau menolak pendapat tentang hubungan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran ada mempunyai hubung kait dengan meningkatkan pencapaian dan sikap pelajar serta mengukuhkan kefahaman pelajar dan menguatkan ingatan pelajar tentang pelajaran Jawi..

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian diskriptif yang mana ia cuba mencari hubungan antara persekitaran persekitaran dan gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi Tahun 4 sekolah rendah. Angkubah yang diukur adalah persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi Tahun 4. Dalam situasi ini angkubah persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran adalah angkubah bebas manakala angkubah pencapaian adalah angkubah bersandar.

Tumpuan kajian ini adalah pelajar-pelajar tahun 4 yang tahap pencapaiannya sederhana dan lemah di Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau. Satu set instrument digunakan untuk mengukur hubungan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian jawi di kalangan pelajar tersebut. 20Andaian pada kajian ini adalah sekiranya persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran yang baik akan menyebabkan pencapaian dalam mata pelajaran Jawi juga turut baik. Dalam situasi ini juga diandaikan pencapaian yang tidak baik adalah disebabkan secara langsung dengan persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran yang tidak menyokong proses pembelajaran berjalan dengan lancar dan optimun.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun Empat dari Sekolah Kebangsaan Durian Mentangau, Terengganu. Seramai lebih kurang 30 orang pelajar Tahun Empat dijadikan sampel untuk kajian ini. Mereka terdiri daripada 16 orang pelajar lelaki dan 14 orang pelajar perempuan dari pelbagai aras persekitaran, akedemik, dan pendekatan pembelajaran yang berbeza. Kesemua pelajar yang dipilh sebagai sampel adalah merupakan pelajar yang mengambil atau mempelajari mata pelajaran Jawi pada masa tahun kajian dijalankan.

Persampelan dibuat mengikut tahap pencapaian pelajar dalam kategori sederhana dan lemah. Oleh itu, pengkaji telah memilih seramai 30 orang pelajar yang mempunyai tahap pencapaian Jawi yang dikategorikan dalam tahap sederhana dan lemah. Sampel seterusnya dibahagikan mengikut jantina pelajar.

3.4 Instrumen Kajian Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini merupakan satu set soal-selidik yang terdiri daripada tiga bahagian iaitu bahagian A,B dan C. Bahagian A terdiri daripada maklumat biodata pelajar dan pencapaian Jawi. Manakala bahagian B dan C adalah berbentuk skala Likert 5 peringkat digunakan untuk mengukur persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajaran Jawi.

213.4.1 Soal Selidik Maklumat Diri Pelajar

Soal selidik maklumat peribadi pelajar ( bahagian A) ini mengandungi 7 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan jantina, kelas, ibu bapa dan pencapaian pelajaran Jawi dalam Peperiksaan Akhir Tahun.

Selain, mengandungi maklumat diri, pencapaian sebenar pelajar dan prestasi akademik Peperiksaan Akhir Tahun dan markah Jawi boleh diperoleh dalam soal selidik bahagian A. Prestasi Peperiksaan Akhir Tahun diukur berdasarkan gred atau markah yang diperolehi dalam peperiksaan 2012 . Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi adalah berdasar kepada markah yang diperolehi dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012. Markah Peperiksaan Akhir Tahun juga digunakan sebagai ukuran kerana markah tersebut dapat menggambarkan markah sebenar para pelajar. Soalan-soalan peperiksaan meliputi tajuk-tajuk dalam sukatan pelajaran Jawi Tahun 4. Format dan bentuk soalan juga adalah berdasarkan kepada soalan-soalan dalam peperiksaan OTI.

3.4.2Soal selidik Persekitaran Keluarga

Item-item dalan bahagian B pula adalah untuk mengukur persekitaran keluarga pelajar. Item-item ini adalah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik kajian Chuah (1994) dan Fatahah (1997) yang telah diterjemah dan diubahsuai daripada soal selidik persekitaran keluarga Moos & Moos (1986), masing-masing mempunyai lima skala jawapan mengikut skala Likert. Responden dikehendaki menunjukkan sejauh manakah dia bersetuju atau tidak bersetuju dengan tiap-tiap kenyataan yang dinyatakan.Ukuran kebolehpercayaan yang dilaporkan oleh pengkaji-pengkaji lepas atas soal selidik (skala) persekitaran keluarga adalah sederhana. Nilai Croanbachs Alpha yang dilaporkan oleh Moos & Moos (1986) adalah berbeza-beza dari 0.61-0.78 manakala dapatan Chuah (1994) pula adalah .02-0.76.Terdapat sebanyak 30 item dalam bahagian B yang terdiri daripada 23 soalan bersifat positif dan bakinya 7 soalan adalah bersifat negatif.

22

Jadual 3.1

Sifat Item-item Alat Kajian Persekitaran Keluarga

Jenis ItemNombor Item

Item Positif1,3,5,6,7,8,9,10,11,13,14,15,16,17,18,19,21,22,23,24,26,27,28,30,

Item Negatif

2,4,12,13,20,25,29,.

Contoh item positif : Kami selalu menghabiskan masa di rumah (6)Contoh item negatif : Kami tidak meminati aktiviti kebudayaan (25)

Jawapan responden merupakan darjah persetujuan terhadap penyataan item berdasarkan skala Likert yang skornya berjulat di antara 1 hingga 5. Bagi item-item negatif, arah skor ini diterbalikkan. Skor persekitaran keluarga dihitung dengan menjumlahkan skor-skor item untuk ke semua 30 item pada skala itu. Oleh itu, skor maksimum bagi persekitaran keluarga adalah sebanyak 150, manakala skor minimun pula ialah 30. Jadual 3.2 menunjukkan taburan item-item mengikut nombor dalam setiap dimensinya.

23 Jadual 3.2 Taburan Item bagi Dimensi/subskala dalam Skala Persekitaran Keluarga Dimensi / subskala Nombor Item

A. Dmensi Perhubungan 1. Keakraban 1, 11, 21. 2. Pernyataan Masalah 2, 12, 22. 3. Konflik 3, 13, 23.

B. Dimensi Perkembangan dan Pertubuhan Personaliti 4. Kebebasan 4, 14, 24. 5. Orientasi Kejayaan 5, 15, 25. 6. Orientasi Intelek 6, 16, 26. 7. Orientasi Rekreasi 7, 17, 27. 8. Orientasi Agama-Moral 8, 18, 28.

C. Dimensi Pengekalan Sistem 9. Organisasi 9, 19, 29. 10. Kawalan 10, 20, 30.

3.4.3 Soal Selidik Gaya Pembelajaran.

Item-item dalam bahagian C adalah mengukur budaya belajar pelajar dalam kelas. Item-item ini diambil dan diubahsuai daripada soal selidik yang diterjemahkan oleh Tumerah Rosimin (1988 ) daripada soal selidik gaya pembelajaran Grasha Reichmann (1996 ) di mana setiap item soal selidik mempunyai lima skala jawapan mengikut skala Likert. Setiap responden dikehendaki menjawab untuk menunjukkan sejauh manakah dia bersetuju atau tidak dengan setiap item yang dinyatakan. Bahagian ini mengandungi 20 item soal selidik budaya belajar pelajar dengan corak-corak tertentu. Pendekatan gaya pembelajaran adalah mengukur tahap kesediaan pelajar dalam mendapatkan maklumat pelajaran daripada gaya pembelajaran dalam bilik darjah. Pengukuran diambil kira tentang pandangan penyampaian guru dan bagaimana pelajar itu mengolah kefahaman isi pembelajaran tersebut. Perwatakan dalam kelas dan luar kelas diukur melalui soalan-soalan soal selidik yang diajukan megenai respon pelajar dalam menaakul isi pembelajaran.24Terdapat sebanyak 20 item soalan soal selidik dalam bahagian C ini merangkumi soalan-soalan yang bersifat positif.Contoh item : 1. Saya suka menyiapkan kerja sekolah bersendirian. (2) 2. Saya suka guru-guru yang suka berlawak. ( 18)

Jawapan responden merupakan darjah persetujuan terhadap penyataan item berdasarkan skala Likert yang skornya berjulai 1 hingga 5 . Skor gaya pembelajaran dikira dengan menjumlahkan skor-skor item untuk semua 20 item pada skala itu. Oleh itu, skor maksima bagi gaya pembelajaran ialah sebanyak 100 manakala skor minima ialah sebanyak 20. Jadual 3.3 menunjukkan taburan item-item mengikut nombor setiap subskala gaya pembelajaran.

Jadual 3.3

Taburan item bagi setiap subskala gaya pembelajaran.

Gaya Pembelajaran Nombor item.

1. Bebas 2. Mengelak 3. Bekerjasama. 4. Bergantung 5. Bersaing 6. Melibatkan diri 1, 7, 13, 19. 2, 8, 14, 20. 3, 9, 15. 4, 10, 16. 5, 11, 17. 6. 12, 18.

25 3.4.4 Pencapaian Dalam Mata Pelajaran Jawi

Bagi kajian ini, pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi dirujuk kepada keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 yang bertujuan untuk memperolehi maklumat dan pencapaian mata pelajaran Jawi dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2012.

Maklumat-maklumat yang diperoleh ini akan dihubungkaitkan dengan aspek-aspek persekitaran pembelajaran dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Jawi.Pencapaian Jawi dalam peperiksaan akhir tahun merupakan pemboleh ubah bersandar manakala pemboleh ubah persekitaran pembelajaran merupakan pemboleh ubah bebas. Bagi memudahkan proses analisa keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2012 mata pelajaran Jawi dikategorikan seperti Jadual 3.4.

Jadual 3.4.

Nilai skor item gred pencapaian mata pelajaran Jawi.

Gred mata pelajaran Jawi. Skor

Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E 5 4 3 2 1

263.5 Tatacara Pengumpulan Data

Untuk menjayakan kajian ini, pengkaji telah mengikut prosedur-prosedur berikut:

a) Mendapat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan ( EPRD ) Kementerian Pelajaran Malaysia.

b) Mendapat kebenaran menjalankan kajian daripada Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

c) Berjumpa dengan Guru Besar SK Durian Mentangau untuk mendapat kebenaran menjalankan kajian.

d) Memberi taklimat ringkas kepada pelajar-pelajar yang terpilih sebagai responden supaya mereka jelas tentang tujuan kajian ini dijalankan dan cara bagaimana untuk menjawab soal selidik.

3.6 Tatacara Penganalisaan Data

Untuk kajian ini , data yang diperloleh telah dianalisa dengan menggunakan program Statistical Package for Social Science ( SPSS ). Dua jenis statistik digunakan iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Bagi statistik deskriptif digunakan bagi mendapatkan maklumat dalam bentuk frekuensi peratus dan min untuk pembolehubah persekitaraan dan pencapaian Jawi mengikut jantina dan prestasi akademik. Manakala statistik inferensi dianalisa mengikut ujian t , analisa korelasi Spearman dan analisa korelasi Pearson. Analisis secara diskriptif diadakan untuk mengetahui kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus setiap item yang dijalankan serta latar belakang responden. Penilaian skor min yang dibuat adalah seperti berikut:a) Skor min 1.00 hingga 2.34 adalah tahap rendah.b) Skor min 2.35 hingga 3.67 adalah tahap sederhana.c) Skor min 3.68 hingga 5.00 adalah tahap tinggi.

27Untuk meneliti hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian mata pelajaran Jawi pengkaji menggunakan klasifikasi yang dicadangkan oleh Sherri (2003) seperti jadual di bawah.

Jadual 3.6Nilai Koefisi Korelasi dan Kekuatan Hubungan Keofisi kolerasiKekuatan hubungan

0.00 0.29 0.30 0.69 0.70 1.00LemahSederhanaKuat

3.7 Rumusan

Secara keseluruhan bab ini menjelaskan proses pengumpulan data kajian. Ianya lebih menumpukan kepada reka bentuk kajian, populasi dan pemilihan sampel kajian, penyeliaan instrument kajian, tatacara pengumpulan dan penganalisaan data. Hasil kajian ini diharap dapat memberi maklumat tambahan kepada para pendidik dalam mengenalpasti persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka ke arah menempa kejayaan yang lebih cemerlang dalam mata pelajaran Jawi.

28RUJUKAN

Abd Rahim.Abd Rashid. (2005). Profesionalisme Keguruan Prospek dan cabaran Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abdul Rahim Abdul Rashid (1992) , Panduan Latihan Mengajar , Selangor Darul Ehsan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Badariah Mohd.Saad (1997), Dalam Krolerasi Antara Persekitaran dengan Pendekatan Pelajaran, Disertasi Sarjana , Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi.

Ee Ah Meng (2003) , Kursus Perguruan Lepas Ijazah : Ilmu Pendidikan : Pengetahuan dan Ketrampilan Ikhtisas ( Semester 1 ) , Selangor Darul Ehsan: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (2003) , Pedagogi Untuk Bakal Guru : Siri Pendidikan Fajar Bakti, Selangor Darul Ehsan : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Isahak Haron, Abdul Rahim Razali, Zaainiah Mohamed Isa, Samri Sainuddin,[email protected],[email protected], [email protected], [email protected].

Jamalludin Harun & ZaidaTUN Tasir (2003), Multimedia dalam Pendidikan, PTS Publication : Bentong.

Rio Sumarni Shariffuddin. 1997. Pengajaran dan pembelajaran sains berbantukan komputer. Jurnal Pendidikan UTM. Jilid 3. Bil 1. April 1995 : hal 1-5.

Sulaiman Ngah Razali (1997) , Pedagogi : Teori dan Praktik, Selangor Darul Ehsan , Percetakan Dewan dan Bahasa.

Wan Mohd.Zahid Mohd.Nordin (1993) ,Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian, Kuala Lumpur : Nurin Enterprise .

Yusup Hashim.1998. Teknologi pengajaran. Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti.

Zaradi Sudin dan Rozita Hj Md Noh. 2003. Penggunaan computer dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Perkaedahan Pengajaran Pendidikan Islam : Antara Tradisi dan Inovasi. Prosiding Wacana Pendidikan Islam ( Siri 3 ). Bangi : Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zoraini Wati Abas.1992.Penggunaan teknologi maklumat (Komputer) di dalam Pendidikan Islam : keperluan dan masalah.Kertas Kerja. Seminar Pendidikan, Pendidikan Islam Era 2020 :Tasawwur dan Strategi. Bangi, Maktab Perguruan Islam.9-10 Oktober.

Lampiran 1

BAHAGIAN A

MAKLUMAT DIRI PELAJAR:

Sila lengkapkan maklumat di bawah dan sila tandakan / dalam petak yang berkenaan :

1. Lokasi sekolah : Bandar Pinggir bandar

2. Darjah/Kelas : _____________________ 3. Jantina : Lelaki Perempuan

4. Gred Mata Pelajaran Jawi (Pep.Akhir Tahun) : Gred A Gred B Gred C Gred D Gred E

5. Pekerjaan Bapa/Penjaga : ____________________

6. Pekerjaan Ibu : _____________________

7. Pendapatan Ibu/Bapa/Penjaga : RM _____________(Nyatakan)

Lampiran 2.BAHAGIAN B.BilItemSTTSKSSSS

1Saya suka rumah yang kemas dan bersih.1

2345

2Kami tidak suka bekerjasama semasa di rumah1

2345

3Menjadi antara anak terbaik di rumah adalah sangat penting bagi diri saya.1

2345

4Saya kurang bersedia membantu keluarga jika mereka kurang faham sesuatu1

2345

5Untuk menonjolkan diri di rumah,saya menyiapkan tugasan-tugasan baik 1

2345

6Kami selalu menghabiskan masa di rumah.1

2345

7Saya suka menyertai sebanyak mungkin aktiviti semasa di rumah.1

2345

8Kami selalu mengamalkan adab dan sopan semasa di rumah.1

2345

9Pelajar patut digalakkan untuk berkongsi pendapat dengan rakan-rakan yang lain 1

2345

10 Kami selalu disediakan dengan aktiviti-aktivti di rumah yang menyeronokkan1

2345

11Kami selalu diselia dengan lebih rapi oleh ibu bapa semasa di rumah.1

2345

12Kami tidak suka membantu ahli-ahli keluarga lain untuk belajar1

2345

13Untuk mendapat pujian kami perlu bersaing dengan ahli keluarga yang lain bagi mendapat perhatian ibu bapa.1

2345

14Bekerjasama dengan adik beradik semasa melakukan aktiviti adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi saya1

2345

15Menyiapkan kerja rumah adalah tanggungjawab saya .1

2345

Lampiran 3.BAHAGIAN B

BilItemSTTSKSSSS

16Kami selalu berbincang jika ada sebarang masalah.1

2345

17Kami suka berkelah pada hujung minggu.1

2345

18Menjadi anak yang rajin menjadi idaman kami.1

2345

19Ibu bapa selalu membantu anak-anaknya dalam masalah pembelajaran. 1

2345

20Kami jarang menyiapkan tugasan yang diberikan oleh ibu bapa.1

2345

21Kami selalu memberi perhatian terhadap tugasan yang diberi oleh ibu bapa.1

2345

22Kami selalu mencuba untuk menyelesaikan masalah dengan baik.1

2345

23Ibu bapa selalu mengambil berat terhadap pelajaran kami.1

2345

24Kami suka berkongsi pendapat dengan adik-beradik yang lain 1

2345

25Kami tidak meminati aktiviti kebudayaan.1

2345

26Kami sentiasa mengamalkan disiplin oleh ibu bapa semasa di rumah.1

2345

27Kami suka beriadah bersama-sama pada waktu petang.1

2345

28Kami selalu pergi ke surau untuk mengaji al-Quran1

2345

29Kami tidak pernah bekerjasama semasa di luar rumah.1

2345

30Kami bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberi. 1

2345

Lampiran 4. BAHAGIAN C.BilItemSTTSKSSSS

1Saya banyak belajar secara bersendirian.12345

2Saya suka menyiapkan jerja sekolah bersendirian12345

3Saya menyiapkan kerja rumah bersama rakan-rakan.12345

4Saya suka membuat ulangkaji dengan rakan ketika menghadapi ujian12345

5Saya suka menyelesaikan masalah atau menjawab soalan sebelum orang lain boleh melakukannya12345

6Saya suka menjana idea sendiri berkenaan dengan isi pelajaran12345

7Saya menumpukan perhatian belajar semasa di kelas12345

8Saya berasa tertarik dengan bahan yang diajar12345

9Saya berasa seronok apabila berbincang tentang isi pelajaran dengan pelajar lain12345

10Saya selalu merasakan kelas tambahan wajar dihadiri12345

11Saya suka membuat perkara yang diwajibkan sahaja bagi subjek yang dipelajari12345

12Saya perlu beajar bagi mendapat gred yang tinggi12345

13Saya mengharapkan pengiktirafan yang lebih daripada guru dengan hasil kerja saya yang baik12345

14Saya hanya belajar sekadar yang perlu untuk lulus12345

15Saya suka guru-guru yang pandai berjenaka12345

16Saya suka belajar dalam kumpulan kecil12345

17Saya perlu bersaing untuk mendapat gred yang tinggi12345

18Saya suka guru yang suka berlawak12345

19 Saya suka membaca buku sewaktu rehat12345

20Saya suka hadir hampir keseluruhan kelas jawi12345

Lampiran 5

PANDUAN

Bagi setiap penyataan dalam Bahagian B dan Bahagian C, kamu dikehendaki membulatkan nombor yang dipilih pada ruangan yang disediakan mengikut sejauh mana kamu bersetuju dengn penyataan tersebut mengikut skala yang berikut:

Sangat tidak bersetuju ( STS )=1Tidak Bersetuju ( TS )=2Kurang Bersetuju ( KS )=3Setuju ( S )=4Sangat Setuju ( SS )=5