tugasan tmk 3.docx

Upload: zahiruddin-zahrudin

Post on 13-Oct-2015

122 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TUGASAN TMK 3.docx

TRANSCRIPT

TUGASAN / ASSIGNMENT________________________________________________________________________HBEF2303TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN /INFORMATION TECHNOLOGY IN EDUCATIONSEMESTER MEI 2014 / MAY 2014 SEMESTER________________________________________________________________________

Sejak kebelakangan ini, kita telah melihat perkembangan teknologi telefon pintar dan tablet berkembang dengan pesat. Terdapat banyak aplikasi Android dan Apple Apps (iOS) yang berbentuk pendidikan telah dibangunkan dan ada diantaranya mungkin sesuai digunakan untuk Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK).

Oleh yang demikian, pelajar dikehendaki;(a) Memilih satu aplikasi Android atau iOS yang sesuai untuk digunakan sebagai satu bahan PPBK di dalam kelas. Sediakan satu borang penilaian sumatif PPBK untuk mendapat maklumbalas daripada guru yang berkaitan dalam menilai aspek isi kandungan dan teknikal.

(b) Sediakan satu laporan yang lengkap dengan menggunakan Microsoft Word untuk membentangkan dan membincangkan hasil dapatan. Analisis data yang dikumpulkan dan plotkan beberapa graf dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. NAMA PELAJAR: NO. MATRIKULASI : NO. KAD PENGENALAN : NO. TELEFON : E-MEL : NAMA PENSYARAH : PUSAT PEMBELAJARAN : 01. ISI KANDUNGAN

01. ISI KANDUNGAN202. PENGHARGAAN303. PENGENALAN404. KAJIAN ILMIAH RINGKASAN, HURAIAN DAN PENILAIAN SECARA KRITIKAL BAHAN ILMIAH TERKINI UNTUK MEMANTAPKAN PEMAHAMAN TENTANG TOPIK605. METADOLOGI PENERANGAN TENTANG KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKAN1206. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN1607. KESIMPULAN3108. BIBLIOGRAFI32

02. PENGHARGAANPertamanya saya melafazkan sepenuh kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan yang telah mengurniakan kekuatan dan keazaman yang tinggi dalam menyiapkan tugasan bagi kursus HBEF2303, Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan bagi semester Mei 2014 ini.Sesungguhnya tugasan bagi kursus HBEF2303, Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan bagi semester Mei 2014 ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu mendapatkan kajian literatur berkaitan perisian PPBK yang berbentuk mudah alih sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Keduanya adalah membuat penilaian ke atas salah satu perisian berbentuk PPBK yang digunakan dalam peranti mudah alih. Pada pandangan saya, perisian PPBK pada hari ini telah mengalami evolusi dan inovasi menerusi penggunaan peranti teknologi maklumat dan komunikasi seperti tablet dan telefon pintar. Ini bererti pembelajaran secara formal dan tidak formal boleh berlangsung pada bila-bila masa dan tanpa sempadan. Ini juga membawa signifikan bahawa para pelajar mampu menaakul konsep dan isi pelajaran dengan lebih berkesan menerusi penggunaan peranti dan perisian yang boleh didapati pada peranti mudah alih. Sementara itu, penilaian ke atas perisian PPBK ini akan membantu saya memahami fungsian dan ciri-ciri yang terdapat dalam perisian English Flash Cards yang menjadi fokus pernilaian saya dalam tugasan ini.Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada e-tutor dan pensayarah yang telah banyak berkongsi pandangan dan idea serta melayan karenah kami sepanjang kursus ini berlangsung. Sesungguhnya pengorbanan dan jasa baik tenaga pengajar amat bererti bagi diri saya dan rakan pelajar lain. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan seperjuangan sekolah saya yang turut sama meluangkan masa dan berkongsi idea dan buah fikiran dalam memastikan saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan spesifikasi yang dikehendaki oleh pihak OUM.Akhirnya, saya juga mengharapkan para tenaga pengajar dapat memberikan wajaran markah yang baik dan setimpal dengan hasilan ini. Selain itu, seandainya terdapat kekurangan dan kelemahan dalam mana-mana bahagian tugasan ini, saya sekali lagi mengharapkan pihak tenaga pengajar dapat mengemukakan resolusi dan cadangan penambahbaikan yang membina demi memastikan saya dapat menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti dan memenuhi kehendak pihak pemeriksa pada masa akan datang. Sekian.Terima kasih.03. PENGENALANPengajaran Pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah menjadi suatu perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah di negara kita, perisan PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Apakah yang dimaksudkan dengan PBK. Menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Manakala Moursund (1980) pula menyatakan PBK ini adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan yang dipelajari. Secara umumnya, PPBK ini mengandungi nota, soalan dan ulangkaji. Kebolehan komputer dalam mengintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini.Perkembangan PPBK telah lama wujud sejak tahun 1960-an lagi di Amerika Syarikat dengan menggunakan komputer IBM. Satu projek PPBK yang dinamakan PLATO (Programmed Logic Automatic Teaching Operation) telah dibangunkan dengan kerjasama Universiti Illinois untuk membangunkan bahan perisian kursus untuk di gunakan di sekolah-sekolah. Di Malaysia, PPBK telah mula di perkenalkan dengan melibatkan 60 buah sekolah menengah yang dibekalkan 20 buah komputer pada tahun1993. Suatu bahan perisian yang di namakan ComIL telah di perkenalkan dengan kerjasama MIMOS dan Kementerian Pendidikan. Sekarang ini tumpuan utama PPBK adalah melibatkan empat mata pelajaran iaitu Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Kaedah pengajaran menggunakan komputer juga akan semakin berkembang dengan wujudnya Sekolah Bestari yang mana merupakan salah satu dari tujuh aplikasi MSC. Usaha-usaha sedang dijalankan oleh semua pihak untuk menjadikan mutu dan taraf pendidikan dapat ditingkatkan melalui pelbagai aspek dan salah satunya ialah penggunaan bahan-bahan perisian. Terdapat lima jenis PPBK yang utama iaitu latihtubi, tutorial, simulasi, permainan dan penyelesaian masalah. Setiap jenis PPBK mempunyai kelebihan masing-masing dan sesuai digunakan dalam mata pelajaran peringkat rendah, menengah dan tinggi. Terkini, PPBK memasuki dimensi baru apabila inovasi teknologi maklumat dan komunikasi mudah alih mula menjadi pilihan dan trend masyarakat dunia. Penciptaan telefon pintar, ipad, tablet, tab dan sebagainya memudahkan pengguna mengakses pelbagai perisian menerusi peranti meskipun berada di dalam lif, kenderaan, tandas, atau di pejabat, Di Malaysia, Mobile Learning atau selepas ini dipanggil M-Learning boleh dikatakan masih baru dari segi implementasinya. Apakah M-Learning? M-Learning merupakan suatu konsep baru dalam proses pembelajaran. Ianya menekankan kepada keupayaan untuk memudah alih proses pembelajaran tanpa terikat kepada lokasi fizikal proses pembelajaran berlaku (Kukulska-Hulme & Traxler, 2005). Dalam kata mudah, proses pembelajaran boleh dilakukan dimana-mana sahaja dan bukannya di kelas semata-mata. Sebagai seseorang pelajar di institusi pengajian tinggi khususnya di Malaysia, telefon mudah alih, komputer riba, palm talk mahupun i-pod merupakan gadget yang mampu dimiliki. Dengan adanya peralatan berteknologi ini, kita berpeluang untuk merubah bentuk kaedah pembelajaran: untuk mencipta komuniti pembelajaran yang luas, untuk menghubungkan manusia pada masa nyata ataupun dunia maya, untuk menyediakan kepakaran yang diperlukan dan seterusnya menyokong pembelajaran sepanjang hayat (Sharples, 2007).

Bagi tujuan tersebut, tugasan ini akan menghuraikan perbincangan mengenai salah satu perisian PPBK yang boleh didapati menerusi peranti teknologi maklumat dan komunikasi mudah alih pada hari ini berdasarkan kepada objektif-objektif berikut :1. Menyediakan huraian pengenalan ringkas berkaitan intipati tajuk tugasan.2. Menyediakan 6 dapatan kajian literatur berhubung PPBK pada peranti mudah alih.3. Menyediakan metadologi kajian yang digunakan dalam menilai PPBK pada peranti mudah alih.4. Mengemukakan dapatan dan isi kandungan perbincangan.5. Mengemukakan rumusan keseluruhan isi kandungan perbincangan6. Memastikan isi kandungan penulisan tugasan memenuhi kehendak spesifikasi tugasan.

32

04. KAJIAN ILMIAH RINGKASAN, HURAIAN DAN PENILAIAN SECARA KRITIKAL BAHAN ILMIAH TERKINI UNTUK MEMANTAPKAN PEMAHAMAN TENTANG TOPIK

Artikel 1 Nama Penulis : Irwan Mahazir Ismail dan Norazah Mohd Nordin Tajuk : Kesediaan Pelajar Politeknik Terhadap Pembelajaran Mobile Tahun terbitan : 2011Sumber : Universiti Kebangsaan MalaysiaDapatan :

Kertas kerja ini meninjau kesediaan dan minat para pelajar politeknik terhadap PPBK berbentuk pembelajaran mobile. Pembelajaran mobile adalah kaedah penyampaian pengajaran menggunakan aplikasi elektronik (Traxler,2005) dan pembelajaran mobile boleh dilakukan dengan bantuan komputer seperti komputer riba, tablet komputer , telefon pintar, Personal Digital Assistants (PDAs), Pocket PCs dan proses pembelajaran ini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa. Bagi menghasilkan bahan pembelajaran mobile, elemen yang sesuai untuk diaplikasi terhadap pembelajaran mobile perlu ditentukan bagi disesuaikan dengan persekitaran dan kehendak pelajar. Dapatan kajian menunjukkan para pelajar mempunyai kesediaan yang tinggi bagi menggunakan aplikasi SMS iaitu skor min (4.24), aplikasi membuat penggilan iaitu skor min (4.19), aplikasi iaitu skor min Bluetooth iaitu skor min (4.17), komputer riba iaitu skor min (3.62) dan aplikasi telefon tangan iaitu skor min (3.82). Manakala kesediaan pelajar adalah sederhana terhadap MMS iaitu skor min (3.24) dan kamera iaitu skor min (3.39). Sementara itu, dalam dapatan selanjutnya menunjukkan kesediaan pelajar menggunakan elemen tambahan dalam pembelajaran mobile iaitu elemen internet, diari, kulklator, ramalan cuaca, permainan, maklumat keputusan pembelajaran dan aplikasi panggilan video juga tinggi. Dapatan menunjukan pelajar mempunyai kesediaan yang tinggi bagi menggunakan internet iaitu skor min (3.70) dan kulkulator iaitu skor min(3.70). Manakala kesediaan pelajar adalah sederhana terhadap diari iaitu skor min (3.08), ramalan cuaca iaitu skor min (3.03), permainan iaitu skor min (2.92) dan maklumat keputusan pembelajaran iaitu skor min (2.87) dan iaitu aplikasi panggilan video skor min (2.73). Berdasarkan kajian, kesediaan pelajar dan minat pelajar menggunakan elemen pembelajaran mobile berada padat tahap yang sama (tinggi). Walaubagaimanapun, elemen tambahan pada pembelajaran mobile juga perlu dipertimbangkan dalam fasa mereka bentuk dan pembangunan bahan pembelajaran mobile. Tambahan pula, elemen tambahan juga dijangkakan dapat meningkatkan minat dan mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Elemen yang dikaji akan menjadi satu panduan untuk menentukan dalam pemilihan platform, pemilihan strategi pembelajaran serta mewujudkan penglibatan pelajar yang berkesan khususnya untuk pelajar Politeknik. Seterusnya produk pembelajaran mobile yang dibangunkan akan menjadi satu bahan pembelajaran alternative di politeknik yang dapat membantu pelajar mencapai pencapaian yang baik disamping pelajar mampu beljar di mana-manadanbila-bilamasa.

Artikel 2Nama Penulis : Rossyahida Abd Rahman dan Prof. Madya Dr. Mohamad Hisyam Mohd HashimTajuk : Teknologi Mudah Alih Dalam Pembelajaran Kolaboratif Tahun terbitan : 2011Sumber : Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Dapatan :

Kertas kerja ini menengahkan isu m-pembelajaran di UHTM. Antara masalah tersebut adalah Pelaksanaan m-pembelajaran memerlukan kerjasama dari semua pihak dalam universiti untuk membangunkan teori, strategi dan teknik-teknik yang bersesuaian dengan mengambil kira segala aspek. Bermula daripada sistem pengurusan, penyediaan dan penilaian bahan pembelajaran dilakukan, persediaan pensyarah untuk menggunakan teknologi tersebut dan bagaimana pula kaedah yang akan digunakan untuk menilai pelajar. Beberapa masalah dan kekangan dalam melaksanakan m-pembelajaran telah dapat dikenal pasti. Malah, masalah dan kekangan ini telah wujud sejak pelaksaan e-pembelajaran di UTHM. Masalah utama ialah kurangnya tenaga yang berkemahiran dalam pembangunan kandungan m-pembelajaran berbentuk multimedia dan interaktif (Sayadi & Jalal, 2010).

Sebelum ini, pihak universiti telah menyediakan infrastruktur yang membantu menyokong pelaksanaan e-pembelajaran. Kemudahan asas ICT seperti LCD projektor dan smartboard di bilik kuliah dan kemudahan komputer riba bagi setiap pensyarah serta capaian Internet dan WiFi meliputi keseluruhan universiti, memberansangkan lagi penggunaan e-pembelajaran di UTHM. Namun, banyak lagi yang boleh diperbaiki. Sebagai contoh, beberapa aplikasi Internet seperti video streaming tidak boleh dicapai melalui WiFi. Penyelenggaraan peralatan di bilik dan dewan kuliah juga perlu dijalankan secara berkala bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala. Ketiadaan polisi penggunaan e-pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran juga menyebabkan segelintir pensyarah tidak menitikberatkan penggunaan e-pembelajaran. Oleh itu, polisi yang sedang dibangunkan perlu diperkemas lagi dan seterusnya diterima pakai sebagai panduan yang jelas kepada semua pihak yang terbabit. Pensyarah juga perlu lebih komited dalam meningkatkan kemahiran penggunaan m-pembelajaran yang melibatkan pengetahuan teknologi dan yang lebih penting bagaimana penggunaannya mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

Dalam pada itu, penulis turut mencadangkan kaedah pengajaran m-pembelajaran dengan menggunakan pendekatatan kolaboratif yang antara lain menengahkan i. Perkongsian ilmu pengetahuan di antara pensyarah dan pelajar.Dalam pengajaran dan pembelajaran tradisional, peranan pensyarah hanya menyalurkan pengetahuan seberapa banyak yang boleh kepada pelajar. Pensyarah perlu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang isi pelajaran dan mempunyai kemahiran serta menyalurkannya kepada pelajar. Dalam pembelajaran kolaboratif pula, pensyarah perlu menilai dan membina satu persekitaran pengetahuan yang meliputi pengalaman individu, bahasa, strategi dan budaya yang boleh membawa pelajar kepada satu situasi pembelajaran yang efektif. Pelajar digalakkan berkongsi ilmu pengetahuan serta pengalaman pembelajaran serta strategi pembelajaran dengan pensyarah lain.ii. Perkongsian autoriti di antara pensyarah dan pelajar.Organisasi LainPembelajaran kolaboratif memerlukan perkongsian autoriti di antara pensyarah dan pelajar. Autoriti dari perspektif pelajar bermaksud pelajar berhak memberi pendapat dalam proses membuat sesuatu keputusan. Manakala dari perspektif pensyarah, pensyarah berhak untuk menyediakan beberapa pilihan bagi tajuk tugasan dan aktiviti kelas yang sesuai dengan minat dan tahap pencapaian pelajar dan pelajar boleh membuat pilihan sendiri. Pensyarah perlu menggalakkan pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari serta memastikan pelajar berkongsi pengetahuan dan strategi pembelajaran. Dengan itu, pelajar boleh belajar menerima pendapat pensyarah atau pelajar lain dan membina kemahiran pemikiran kritis dan kreatif.iii. Pensyarah sebagai fasilitator.Dalam perkongsian pengetahuan dan autoriti di antara pensyarah dan pelajar, pensyarah berperanan sebagai fasilitator. Seorang fasilitator yang berjaya akan membantu pelajar menghubungkaitkan pembelajaran baru kepada pengalaman dan pembelajaran dalam bidang yang lain. Pensyarah perlu menilai tahap informasi dan bantuan yang diberi untuk memaksimumkan keupayaan pelajar untuk belajar.Sebelum ini, pembelajaran kolaboratif dalam e-pembelajaran banyak digunakan dalam pembelajaran jarak jauh berasaskan Internet (Chin, 2006). Pengaplikasian pembelajaran kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran akan membentuk komuniti atas talian seperti group chatting di kalangan pelajar berasaskan sistem pengurusan pembelajaran atau learning management system (LMS) yang dikenali sebagai MoodleTM. Perkataan Moodle merupakan singkatan bagi Modular Object-Oriented Dynamic Learning Environment. Sistem LMS merupakan satu sistem perisian yang digunakan untuk mengakses pendidikan atas talian. Antara fasiliti LMS yang telah digunakan secara meluas dalam web termasuklah forum perbincangan, chats dan jurnal. Manakala contoh aplikasi bagi LMS termasuk WebCT dan blackboard. Secara umumnya, LMS mempunyai dua kriteria yang utama iaitu:a. Pelajar mempunyai hubungan dengan organisasi yang menyediakan perkhidmatan.b. Pelajar mempunyai kebebasan untuk belajar berdasarkan tahap penguasaan mereka.

Artikel 3Nama Penulis : Azidah Abu Ziden dan Muhammad Faizal Abdul RahmanTajuk : Penggunaan Sistem Kuiz Melalui SMS Sebagai Alternatif Dalam Pengajaran Dan PembelajaranTahun terbitan : 2009Sumber : Universiti Sains MalaysiaDapatan :

Kertas konsep ini membincangkan pembangunan sistem yang menggunakan SMS (sistem mesej pendek) untuk memudahkan pembelajaran dan juga sebagai satu kaedah baru dalam penilaian pengajaran dan pembelajaran. Reka bentuk satu sistem yang menggunakan SMS bagi menjalankan kuiz dicadangkan sebagai alternatif untuk penilaian formatif bagi pengajaran dan pembelajaran bagi kursus-kursus di institut pengajian tinggi di Malaysia. Idea asas bagi sistem penilaian melalui SMS ini adalah berasaskan fungsi SMS yang merupakan cirri asas dalam telefon bimbit biasa untuk menerima dan menghantar mesej teks bila-bila masa dan di mana sahaja. Ini membolehkan penilaian formatif ini dapat dilakukan dalam sesuatu kursus dengan lebih fleksibel. Alasan bahawa tidak semua pelajar mampu memiliki telefon bimbit mahal atau telefon pintar (Smart Phones) yang menjadi penghalang utama dalam mengintegrasi penggunaan yang telefon bimbit dalam pengajaran dan pembelajaran di Malaysia akan dapat diatasi. Ini memberi ruang kepada keperluan menyediakan satu sistem mudah bagi pensyarah dan pelajar menggunakan telefon bimbit biasa sebagai alat dalam penilaian pengajaran dan pembelajaran. Artikel ini menawarkan alternatif baru untuk pensyarah, guru dan pelajar dalam melaksanakan penilaian formatif iaitu kuiz melalui sistem SMS.

Artikel 4Nama Penulis : Mohd Fizam bin Hj Zainon, Khairul Anuar bin Aziz dan Mohd Tarmizi bin Mahmud Tajuk : Rangka Kerja Pelaksanaan Membudayakan Pembelajaran Menerusi Mobiliti (m-Learning) Di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi MalaysiaTahun terbitan : 2013Sumber : Kolej Komuniti Sungai PetaniDapatan :

Kertas kajian ini dihasilkan untuk mencadangkan rangka pelaksanaan konsep pembelajaran m-learning di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Selain itu dicadangkan juga rekabentuk persekitaran kelas tanpa wayar wifi dan teknologi yang berkaitan bagi menyokong pembelajaran m-learning. Di Malaysia terdapat keperluan kepada konsep pembelajaran menerusi mobiliti mudah alih (m-learning). Ini adalah satu bentuk pengiktirafan peranan mobiliti dan komunikasi dalam proses pembelajaran. Selain itu; ianya juga menunjukkan betapa pentingnya transformatif rangkaian digital dalam menyokong komuniti maya yang merentasi sempadan negara, usia dan sosio budaya. Pembelajaran mobiliti mudah alih membolehkan aktiviti seperti interaktif, penangkapan dan pengurusan kandungan kuliah serta pencapaian maklumat boleh di akses dengan mudah dan cepat. Kesimpulannya pembelajaran secara mobiliti mudah mudah alih dapat memberi sumbangan dalam memajukan lagi kaedah pembelajaran di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Seterusnya, penulis juga mengutarakan dapatan semasa model m-pembelajaran. Persekitaran bilik kuliah tanpa wayar (wireless) terdiri daripada komputer riba, PDA, telefon bimbit, iPhone, iPad dan titik akses tanpa wayar (Kabara, Krishnamurthy, & Weiss, 2000). Pusat akses di tempatkan di bangunan kelas dan bersambungan dengan rangkaian tanpa wayar, terus kepada komputer pengguna atau peralatan mobiliti. Aktiviti pelajar boleh berlaku seperti melayari web, menjalankan program atau belajar di dalam kelas dengan di bantu oleh pensyarah. Menurut laporan yang di sediakan oleh Kabara, Krishnamurthy, & Weiss, (2000), pelajar di dalam kelas boleh mengakses sumber teragih seperti perpustakaan elektronik, pangkalan data, koleksi fail peribadi, simulasi dan ini meningkatkan pengalaman pembelajaran secara interaktif. Kenyataan dari Kabara, Krishnamurthy, & Weiss, (2000), turut di persetujui oleh Devinder & Zaitun, (2006).Sharples, Taylor, & Vavoula, (2005) menyatakan pembelajaran m-learning boleh dilaksanakan dengan mengambil kira kepada:i. Pembelajaran berpusat: pelajar belajar melalui pengalaman sendiri dan dengan ini ianya membina kemahiran serta meningkatkan pengetahuan pelajar;ii. Pengetahuan berpusat: kurikulum dibina daripada asas yang kukuh dimana pengetahuan disahkan, pensyarah dan pelajar merekacipta konsep dan kaedah untuk memudahkan pembelajaran;iii. Taksiran berpusat: Penilaian dipadankan dengan keupayaan pelajar, pensyarah menyediakan diagnosis dan bimbingan formatif untuk membina kejayaan;iv. Komuniti berpusat: pelajar yang berjaya membentuk sebuah komuniti yang saling bantu membantu, berkongsi pengetahuan dan menyokong pelajar-pelajar kurang aktif di dalam pembelajaran.

05. METADOLOGI PENERANGAN TENTANG KAEDAH KAJIAN YANG DIGUNAKANBagi tujuan penilaian PPBK perisian ini, saya mengemukakan borang soal selidik penilaian perisian multimedia penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Set borang penilaian ini mengandungi 3 bahagian utama seperti berikut :1. Bahagian 1 Kandungan (5 item soalan)2. Bahagian 2 Pembelajaran (14 item soalan)3. Bahagian 3 Multimedia (12 item soalan)

Setiap item soalan mengandungi 5 skala penilaian seperti berikut :

1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak Pasti4. Setuju5. Sangat Setuju

Bagi tujuan penilaian perisian PPBK ini, saya juga meminta 10 orang respondan dari kalangan guru yang memiliki telefon pintar yang menggunakan Sistem Operasi (OS) android atau IOS untuk memuat turun perisian ini dan menerokanya dalam tempoh 10 hari. Kemudiannya para respondan dikehendaki membuat penilaian berdasarkan pengalaman mereka menggunakan aplikasi berkenaan. Para respondan juga dikehendaki menandakan jawapan masing-masing pada set borang penilaian yang diedarkan dalam tempoh masa 1jam.

Bagi tujuan penilaian perisian PPBK ini juga, saya memilih perisian MIMI The Monkey Who Can Count sebagai fokus penilaian. Perisian berbentuk tutorial dan ujian ini adalah berkaitan dengan kurikulum mata pelajaran Matematik dengan memfokuskan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain itu, perisian ini sesuai digunakan untuk para pelajar sekolah rendah khasnya bagi pelajar Tahun 1, 2, dan 3. Ini adalah kerana perisian ini menyediakan sokongan tutorial dan latihan bagi setiap kemahiran dalam pelbagai tahap kesukaran.

Gambarajah 1 : Antaramuka perisian MIMI The Monkey Who Can Count

BORANG SOAL SELIDIK PENILAIAN PERISIAN MULTIMEDIA

Arahan sila bulatkan jawapan anda mengikut skala di bawah jawab dengan jujur dan ikhlasBorang Penilaian1. Sangat tidak setuju2. Tidak Setuju3. Tidak Pasti4. Setuju5. Sangat Setuju

A. KANDUNGAN

BIL.ITEMSKALA

12345

01Maklumat disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum

02Maklumat yang terkandung terlalu cetek

03Maklumat yang terkandung adalah sukar

04Maklumat boleh diaplikasi dalam tugas seharian

05Isi kandungan perisian ini adalah bertepatan dengan kurikulum kursus

B. HASIL PEMBELAJARAN

BIL.ITEMSKALA

12345

06Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini.

07Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran.

08Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pembelajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini

09Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran

10Saya seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu saya untuk meneroka perisian ini

11Saya boleh keluar dari perisian ini bila-bila masa

12Tiada gangguan teknikal di sepanjang saya menggunakan perisian ini

13Ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya

14Ikon yang digunakan dalam perisian ini konsisten dan tersusun

15Butang pertolongan dapat membantu saya sekiranya saya mempunyai masalah

16Manual penggunaan perisian ini mudah difahami

17Setiap arahan yang diberikan oleh perisian ini jelas dan mudah difahami maksudnya

18Hipertext yang digunakan memudahkan proses penjelajahan

19Kesemua butang yang dibina dapat merangsang saya berinteraksi dengan komputer.

C. MULTIMEDIA

BIL.ITEMSKALA

12345

20Saiz, jenis font dan warna teks yang digunakan dalam perisian ini adalah sesuai

21Susunan teks dalam perisian ini teratur

22Susunan teks dalam perisian ini sistematik

23Susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat

24Animasi yang digunakan bersesuaian dengan perisian ini dan menarik minat saya

25Animasi yang digunakan membantu saya mengingat dan memahami isi kandungan yang dipersembahkan dalam perisian ini

26Warna, bentuk dan lokasi butang interaktif membantu dan memudahkan penerokaan saya

27Gambar latar belakang yang digunakan menarik minat saya

28Klip video yang digunakan bersesuaian serta memberi contoh sebenar

29Penggunaan klip video memudahkan saya memahami tajuk ini

30Muzik latar belakang dalam perisian ini bersesuaian

31Audio yang digunakan membantu saya memahami konsep

06. HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Gambarajah 2 : Dapatan respondan bagi bahagian A-KandunganBagi item soalan 1 komponen kandungan ini membicarakan persoalan sama ada maklumat yang terkandung di dalam perisian disusun dengan teratur mengikut urutan kurikulum atau sebaliknya. Didapati seramai 4 orang respondan masing-masing mengatakan bersetuju dan amat bersetuju dan 2 orang respondan lagi mengatakan tidak pasti. Ini menunjukkan bahawa majoriti respondan bersetuju bahawa maklumat di dalam perisian ini disusun mengikut urutan kurikulum matematik di sekolah.

Sementara itu, bagi item soalan kedua pula menunjukkan seramai 3 orang respondan amat tidak bersetuju dan seramai 5 orang respondan mengatakan tidak bersetuju bahawa maklumat di dalam perisian ini terlalu cetek bagi keperluan pembelajaran para pelajar di sekolah. Dalam pada itu, seramai 2orang respondan mengatakan tidak pasti sama ada maklumat yang terkandung di dalam perisian terlalu cetek atau sebaliknya.

Gambarajah 3 : Antaramuka perisian yang menunjukkan terdapatnya aras kesukaran tertentu (tahap) untuk pilihan pengguna

Dalam pada itu, bagi item soalan ketiga pula membincangkan persoalan sama ada maklumat yang terkandung di dalam perisian adalah sukar atau sebaliknya. Didapati seramai 2 orang respondan mengatakan bersetuju bahawa maklumat dalam perisian sukar, seramai 2 orang respondan lagi tidak pasti sama ada maklumat yang terkandung dalam perisian sukar atau sebaliknya, 3 orang respondan masing-masing bersetuju dan amat bersetuju kandungan maklumat dalam perisian sukar. Dapatan maklumat ini menunjukkan bahawa isi kandungan perisian adalah sukar kerana mengandungi pelbagai tahap dan aras kesukaran.

Bagi item soalan keempat pula membincangkan persoalan sama ada isi kandungan perisian boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian atau sebaliknya. Seramai 4 orang respondan masing-masing bersetuju dan amat bersetuju bahawa isi kandungan perisian boleh diaplikasi dalam kehidupan harian. Sementara itu, 2 orang respondan mengatakan tidak pasti sama ada isi kandungan perisian boleh diaplikasi dalam kehidupan harian. Dapatan maklumat ini menunjukkan majoriti respondan bersetuju bahawa isi kandungan perisian seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi boleh digunakan dalam aktiviti harian sama ada di sekolah mahupun di rumah seperti bagi tujuan membeli belah, pengiraan dan sebagainya.

Item soalan kelima dan terakhir bagi bahagian kandungan ini pula membincangkan persoalan sama ada isi kandungan perisian bertepatan dengan kurikulum kursus. Dapatan respondan menunjukkan seramai 4 orang masing-masing bersetuju dan amat bersetuju bahawa isi kandungan perisian bertepatan dengan kurikulum kursus khasnya berkaitan dengan kurikulum matematik sekolah rendah kerana turut dipelajari oleh para pelajar Tahap 1 dan Tahap 2. Sementara itu, 2 orang respondan lain mengatakan tidak pasti sama ada isi kandungan perisian bertepatan dengan isi kandungan kurikulum matematik sekolah pada masa ini.

Kesimpulannya, bagi bahagian pertama (kandungan) borang pernilaian, majoriti respondan bersetuju dan mengakui bahawa isi kandungan perisian adalah berkaitan dengan kurikulum matematik, mempunyai aras kesukaran yang pelbagai, mampu diaplikasi dalam kehidupan harian serta bertepatan dengan kurikulum matematik yang digunakan dalam sistem pendidikan kebangsaan sekolah rendah pada masa kini. Sementara itu, majoriti respondan juga tidak bersetuju bahawa isi kandungan perisian adalah terlalu cetek.

Bagi bahagian kedua pula membicarakan tentang aspek hasil pembelajaran. Bagi bahagian hasil pembelajaran ini, saya klasifikasikan kepada beberapa 4 kumpulan item soalan. Kumpulan item soalan pertama membincangkan tentang aspek penggunaan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) yang terdiri daripada 4 item soalan yang terdiri daripada :1.Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini.2. Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran.3.Saya dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pembelajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini4. Selepas menggunakan perisian ini saya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran

Bagi item soalan pertama bahagian kedua ini membincangkan sama ada pengguna dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini. Didapati 5 orang respondan masing-masing bersetuju dan amat bersetuju bahawa mereka dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini. Ini menunjukkan pengguna tidak mengalami kesukaran dapat menggunakan aplikasi ini dalam sesi penerokaan khasnya bagi pengguna yang baru meneroka dan menjelajah perisian ini. Ini dapati dilihat menerusi gambarajah 3 di bawah.

Gambarajah 4 : Dapatan respondan bagi bahagian B Penggunaan TMKSementara itu, bagi item soalan kedua pula membincangkan sama pengguna dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini. Didapati seramai 2 orang respondan tidak pasti sama ada dapat atau tidak dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini. Sementara itu, seramai 3 orang respondan bersetuju dan 5 orang respondan amat bersetuju bahawa pengguna dapat mengkategori penggunaan TMK dalam proses pengajaran dengan lebih mudah menggunakan perisian ini. Ini mungkin disebabkan antaramuka perisian ini mesra pengguna dan senang difahami oleh para pengguna meskipun baru menggunakannya buat kali pertama.

Bagi item soalan ketiga pula menunjukkan dapatan maklum balas yang sama seperti item soalan kedua di mana seramai 2 orang respondan tidak pasti sama ada selepas menggunakan perisian ini pengguna dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran atau sebaliknya. Dalam pada itu, seramai 3 orang respondan bersetuju dan 5 orang respondan amat bersetuju bahawa selepas menggunakan perisian ini pengguna dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pengajaran.

Bagi item soalan keempat pula membincangkan sama ada selepas menggunakan perisian ini pengguna dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran. Dapatan respondan menunjukkan seramai 2 orang respondan tidak pasti sama ada selepas menggunakan perisian ini pengguna dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran. Sementara itu, seramai 3 orang respondan bersetuju dan 5 orang respondan amat bersetuju bahawa selepas menggunakan perisian ini pengguna dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK lebih mudah dalam proses pembelajaran. Dapatan respondan membuktikan bahawa menerusi penggunaan perisian ini pengguna dapat mengkategori dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan penggunaan TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Bagi item soalan keempat hingga keenam pula membincangkan persoalan mengenai :1.Saya seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu saya untuk meneroka perisian ini2.Saya boleh keluar dari perisian ini bila-bila masa3. Tiada gangguan teknikal di sepanjang saya menggunakan perisian ini

Item soalan kelima adalah berkaitan sama ada pengguna seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu pengguna untuk meneroka perisian ini menunjukkan seramai 6 orang respondan bersetuju dan 4 orang respondan lagi amat bersetuju bahawa pengguna seronok menggunakan program perisian ini kerana menu dan butang yang digunakan sentiasa membantu pengguna untuk meneroka perisian ini.

Gambarajah 5 : Paparan antaramuka yang memaparkan ikon nombor yang boleh diheret (drag) secara mudah bagi kegunaan para pengguna

Gambarajah 6 : Dapatan respondan bagi item soalan 5 hingga 7

Bagi item soalan 6 pula membincangkan persoalan sama ada pengguna dapat keluar dari perisian bila-bila masa menunjukkan 5 orang respondan bersetuju dan 5 orang respondan lagi amat bersetuju bahawa pengguna boleh keluar pada bila-bila masa daripada perisian mengikut kehendak mereka. Dalam erti kata lain, perisian ini mesra pengguna kerana menyediakan kemudahan fungsian untuk menggunakan dan keluar daripada perisian mengikut kehendak masing-masing.

Bagi item soalan 7 pula membincangkan persoalan sama ada terdapatnya gangguan sepanjang menggunakan perisian ini atau sebaliknya. Didapati seramai 6 orang respondan amat bersetuju dan 3 orang respondan lagi bersetuju bahawa mereka tidak mengalami sebarang gangguan teknikal semasa menggunakan perisian ini. Sementara itu, seramai 1 orang respondan lagi tidak pasti sama ada terdapat gangguan teknikal semasa menggunakan perisian ini.

Secara ringkasnya, perisian permainan matematik ini bersifat mesra pengguna kerana menyediakan fungsian butang yang boleh difahami dengan mudah selain sistem operasi yang teguh iaitu tiada sebarang ralat atau gangguan teknikal sepanjang menggunakannya.

Selanjutnya, bagi item soalan 8 hingga 14 pula membincangkan persoalan berikut :1. Ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya2.Ikon yang digunakan dalam perisian ini konsisten dan tersusun3.Butang pertolongan dapat membantu saya sekiranya saya mempunyai masalah4.Manual penggunaan perisian ini mudah difahami5.Setiap arahan yang diberikan oleh perisian ini jelas dan mudah difahami maksudnya6.Hipertext yang digunakan memudahkan proses penjelajahan7. Kesemua butang yang dibina dapat merangsang saya berinteraksi dengan komputer.

Bagi item soalan 9 pula membincangkan persoalan sama ada ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya atau sebaliknya. Didapati semua respondan bersetuju bahawa ikon yang digunakan dalam perisian ini senang dikenal pasti fungsinya. Contohnya, ikon nombor digunakan untuk melabelkan jawapan dan ikon objek melambangkan soalan yang perlu dijawab oleh pengguna perisian ini.

Gambarajah 7 : Dapatan Respondan Bagi Item Soalan 9 Hingga 14 Bahagian Hasil PembelajaranBagi item soalan 10 hingga 14 pula membincangkan persoalan sama ikon yang digunakan dalam perisian ini konsisten dan tersusun, butang pertolongan dapat membantu pengguna sekiranya pengguna mempunyai masalah, manual penggunaan perisian ini mudah difahami, setiap arahan yang diberikan oleh perisian ini jelas dan mudah difahami maksudnya serta hypertext yang digunakan memudahkan proses penjelajahan. Didapati kesemua respondan bersetuju bagi kelima-lima persoalan yang dikemukakan. Ini menunjukkan bahawa perisian ini menyediakan khidmat sokongan dan bantuan dalam menggunakan perisian ini dan mengelakkan para pengguna sesat semasa menggunakannya.

Bagi bahagian ketiga pula adalah mengenai elemen multimedia dalam perisian ini. Ini termasuklah elemen teks, audio, video, animasi dan visual yang terdapat dalam perisian ini. Berikut adalah item soalan 1 hingga 4 bagi bahagian multimedia. 1.Saiz, jenis font dan warna teks yang digunakan dalam perisian ini adalah sesuai2.Susunan teks dalam perisian ini teratur3.Susunan teks dalam perisian ini sistematik4.Susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat

Bagi item soalan pertama bahagian multimedia ini membincangkan aspek teks yang digunakan dari sudut kesesuaian saiz, jenis font dan warna teks yang digunakan dalam perisian ini. Didapati 5 orang respondan bersetuju dan 5 orang respondan lain amat bersetuju bahawa saiz, jenis font dan warna teks yang digunakan dalam perisian ini adalah sesuai.

Dalam pada itu, bagi item soalan kedua pula membincangkan persoalan sama ada susunan teks dalam perisian ini teratur atau sebaliknya. Di dapati seramai 5 orang respondan bersetuju dan 3 orang amat bersetuju bahawa susunan teks dalam perisian ini teratur. Sementara itu, terdapat 2 orang respondan mengatakan susunan teks dalam perisian ini tidak teratur.

Bagi item soalan ketiga pula membincangkan persoalan sama ada susunan teks dalam perisian ini sistematik atau sebaliknya. Dapatan respondan menunjukkan seramai 5 orang respondan masing-masing bersetuju dan amat bersetuju dengan kenyataan bahawa susunan teks dalam perisian ini sistematik.

Gambarajah 8 : Dapatan Respondan Bagi Item Soalan 1 Hingga 4 Bahagian MultimediaDalam pada itu, bagi item soalan keempat pula membincangkan persoalan sama ada susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat atau sebaliknya. Didapati seramai 5 orang respondan bersetuju dan 2 orang lagi amat bersetuju bahawa susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat. Pada masa yang sama, seramai 3 orang respondan pula mengatakan tidak pasti sama ada susunan teks dalam perisian ini tidak terlalu padat atau sebaliknya.

Gambarajah 9 : Antaramuka perisian yang memaparkan susunan teks dalam perisian

Item soalan kelima dan keenam pula membincangkan persoalan animasi. Bagi item soalan kelima membincangkan persoalan sama ada animasi yang digunakan bersesuaian dengan perisian ini dan menarik minat pengguna. Didapati seramai 8 orang respondan bersetuju dan 2 orang respondan lain amat bersetuju bahawa animasi yang digunakan bersesuaian dengan perisian ini dan menarik minat para pengguna.

Bagi item soalan keenam pula membincangkan sama ada animasi yang digunakan membantu pengguna mengingat dan memahami isi kandungan yang dipersembahkan dalam perisian ini atau sebaliknya. Didapati seramai 5 orang respondan bersetuju dan 3 orang respondan amat bersetuju bahawa animasi yang digunakan membantu pengguna mengingat dan memahami isi kandungan yang dipersembahkan dalam perisian ini. Sementara itu, seramai 2 orang respondan lain mengatakan tidak pasti sama ada animasi yang digunakan membantu pengguna mengingat dan memahami isi kandungan yang dipersembahkan dalam perisian ini.

Gambarajah 10 : Dapatan Respondan Bagi Item Soalan 5 Hingga 6 Bahagian Multimedia

Bagi item soalan 7 hingga 12 membincangkan persoalan seperti berikut :1.Warna, bentuk dan lokasi butang interaktif membantu dan memudahkan penerokaan pengguna2.Gambar latar belakang yang digunakan menarik minat pengguna3.Klip video yang digunakan bersesuaian serta memberi contoh sebenar4.Penggunaan klip video memudahkan pengguna memahami tajuk ini5.Muzik latar belakang dalam perisian ini bersesuaian6.Audio yang digunakan membantu pengguna memahami konsep

Gambarajah 11 :Dapatan Respondan Bagi Item Soalan 7 Hingga 12 Bagi Bahagian MultimediaBagi item soalan 7, seramai 6 orang respondan bersetuju dan 3 orang respondan lagi amat bersetuju bahawa warna, bentuk dan lokasi butang interaktif membantu dan memudahkan penerokaan pengguna. Sementara itu, seramai seorang respondan mengatakan tidak pasti sama ada warna, bentuk dan lokasi butang interaktif membantu dan memudahkan penerokaan pengguna.

Seterusnya, bagi item soalan 8 pula, seramai 6 orang respondan bersetuju dan 3 orang respondan lain amat bersetuju bahawa gambar latar belakang yang digunakan menarik minat pengguna. Sementara itu, hanya seorang respondan mengatakan tidak pasti sama ada gambar latar belakang yang digunakan menarik minat pengguna.

Bagi item soalan 8, 9 dan 10 pula seramai 9 orang mengatakan amat tidak bersetuju dan 1 orang respondan lain mengatakan tidak bersetuju bahawa klip video yang digunakan bersesuaian serta memberi contoh sebenar, penggunaan klip video memudahkan pengguna memahami tajuk ini dan muzik latar belakang dalam perisian ini bersesuaian. Ini adalah kerana perisian ini tidak menyediakan sebarang klip video yang berperanan untuk membantu pengguna dan muzik latar yang bersesuaian. Ini menunjukkan perisian ini mengandungi sedikit kelemahan kerana tidak menyediakan klip video bagi membantu para pengguna memahami dan menggunakan perisian ini dengan lebih baik dan mudah.

Akhirnya, bagi item soalan 11 pula seramai 6 orang respondan bersetuju dan 4 orang respondan amat bersetuju bahawa audio yang digunakan membantu pengguna memahami konsep dalam menggunakan perisian ini. Ini adalah kerana perisian ini menyediakan sokongan audio bagi jawapan yang betul dan salah yang dikemukakan oleh para respondan.

Secara keseluruhannya, bagi bahagian multimedia, elemen teks, animasi dan butang serta ikon dalam perisian memainkan peranan dalam memudahkan navigasi para pengguna namun pada masa yang sama terdapat sedikit kelemahan di mana klip video bagi membantu para pengguna memahami dan menggunakan perisian tidak disediakan.

07. KESIMPULAN

Kepelbagaian perisian PPBK pada peranti mudah alih pada hari ini telah mewujudkan inovasi dalam sistem pembelajaran secara maya. Dahulu, kita kita acap kali mendengar PPBK berbentuk CD perisian dan komputer riba, kini wujud pula dimensi baru dalam PPBK menerusi inovasi peranti teknologi maklumat dan komunikasi mudah alih seperti telefon pintar dan tablet. Antara kelebihan PPBK pada peranti TMK mudah alih adalah ia dapat diakses pada bila-bila masa dan di mana juga. Selain itu, ia menawarkan sokongan variasi multimedia yang menarik dan memotivasikan para pelajar. Malah, pada hari ini kebanyakan ibu bapa menyediakan tablet sebagai salah satu medium pembelajaran di rumah atau semasa bercuti di tempat lain. Perkembangan semasa memaparkan kebanyakan pusat institusi tinggi dalam dan luar negara kian menjadikan peranti mudah alih sebagai medium sokongan pembelajaran yang menjadi salah satu keperluan pelajar. Peranti seperti i-pad semakin menjadi pilihan pusat pendidikan untuk memuatkan pelbagai isi kandungan pelajaran, latihan, ujian dan sebagainya berbanding kaedah sebelum ini yang menggunakan CD dan perisian pembelajaran yang lain.

Dalam membicarakan perisian MIMI The Monkey Who Can Count yang menjadi fokus penilaian dalam tugasan ini didapati kebanyakan elemen yang disediakan dalam perisian ini menyokong aktiviti pembelajaran para pelajar khasnya para pelajar sekolah rendah. Ini kerana ia membantu para pelajar membuat ulangkaji dan memperkukuh kemahiran asas matematik seperti operasi tambah, tolak, bahagi dan darab menerusi penggunaan elemen multimedia dan antaramuka yang menarik minat dan memotivasikan para pelajar. Secara keseluruhannya kebanyakkan elemen dalam perisian ini memenuhi criteria yang dikehendaki oleh para pengguna. Namun demikian, disebabkan saiz storan peranti mudah alih yang kecil maka elemen video tidak dapat dimuatkan dalam perisian ini. Faktor ini juga menjadi kekangan semasa peranti mudah alih yang lain kerana saiz fizikalnya kecil maka ia tidak boleh memuatkan perisian yang bersaiz besar. Ringkasnya, perisian perisian MIMI The Monkey Who Can Count ini berjaya memainkan peranan sebagai salah satu PPBK bagi kurikulum matematik bagi para pelajar sekolah rendah kerana menyediakan sokongan latihan, tutorial dan permainan nombor menggunakan operasi asas matematik sebagai fokus pembelajaran dalam perisian.

08. BIBLIOGRAFI1. Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.2.Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.3.Gagne, Briggs and Wager. 1974. Dalam EdTech'98 Proceedings:Dalgarno4.Mohd Nasarruddin Ahmad. 1990. Penghasilan dan penilaian satu perisian penjana ujian: satu kajian. Universiti Sains Malaysia.5.Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.6.Norhashimah Abu Samah.1996. Pengajaran Bantuan Komputer.DBP.Kuala Lumpur7.Reeves, Thomas C. 1991. Ten commandments for the evaluation of interactive multimedia in higher education. Journal of Computing in Higher Education Vol. 2: 84-113.8.Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.10.Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication.11.Zoraini Wati Abas. 1992. Penggunaan Teknologi Maklumat (Komputer) Dalam Pendidikan Islam: Keperluan dan Masalah. Kertas Kerja Seminar Pendidikan, Pendidikan Islam Era 2020 Tasawwur Dan Strategi. Maktab Perguruan Islam. Bangi, 9-10 Oktober.