3(isi dan lampiran)

Upload: larslevingne9207

Post on 10-Feb-2018

272 views

Category:

Documents

0 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    1/33

    1

    BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.0 PENGENALAN

    Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting yang perlu dikuasaai oleh

    pelajar. Kepentingan menguasai kemahiran menulis ini telah dinyatakan dalam

    Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ( Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).

    Melalui aktiviti menulis, pelajar dapat merakam atau menghasilkan bahan yang

    berbentuk idea, pengalaman, perasaan, dan maklumat dalam bentuk tulissan untuk

    berhubung dengan orang lain atau diri sendiri.

    Menurut Noorazman Mahat (2009), murid perlu mahir menulis kerana hampir semua

    kertas peperiksaan di Negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan

    dan malah memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Pelajar yang

    tidak menguasai kemahiran menulis sering menghadapi masalah untuk menjawab

    soalan. Lantaran itu, pelajar perlu menguasai kemahiran menulis untuk

    menghuraikan data-data yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang

    mudah, teratur dam ,meyakinkan. Sehubungan itu, kemahiran menulis adalah penting

    dan perlu untuk dilaksanakan berdasarkan penguasan kemahiran.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    2/33

    2

    Pendapat ini disokong oleh Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd Rahman

    (2011): 67-68, Jurnal kajian pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran

    Menulis Sekolah Rendah ; penulisan merupakan suatu proses yang kompleks dan

    perlu dikuasai oleh semua pelajar. Oleh itu, penulisan perlulah dilaksanakan

    mengikut tahap-tahap secara sistematik.

    Pendapat ini juga disokong oleh Suhaimi Yunus (2009).Menurut kajian beliau

    ternyata kemahiran menulis dilihat begitu penting dalam pengajaran dan

    pembelajaran Bahasa Melayu kerana kemahiran ini perlu dikuasai oleh murid-murid

    untuk menduduki peperiksaan bertulis.Seterusnya, ramai lagi calon yang mendapat

    keputusan yang rendah atau gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan

    UPSR. Menurut Suhaimi Yunus (2009), dalam peperiksaan UPSR, kemahiran

    penulisan Bahasa Melayu merupakan salah satu mata pelajaran yang perlu diberi

    penilaian.

    Semua pelajar harus didedahkan dengan ilmu pengetahuan tentang cara untuk

    menggunakan pelbagai alat berfikir. Dengan menguasai penggunaan alat berfikir,

    pelajar dapat menggunakannya bukan sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran,

    malahan juga dalam situasi harian.Sehubungan itu, dalam kajian tindakan ini,

    pengkaji mengaplikasikan kemahiran mengguna Teknik SIBIDIBAM berbantukan

    Peta TARANTULA dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Penulisan Tahun 5

    agar lebih seronok dan berkesan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    3/33

    3

    1.1PERNYATAAN MASALAH KAJIANKemahiran mencari idea utama merupakan salah satu tunjang untuk mencapai

    keputusan yang cemerlang dalam Bahasa Melayu Penulisan.Pengkaji telah dapat

    mengenal pasti punca utama mereka gagal mendapat markah yang baik kerana

    mereka tidak dapat mencungkil idea utama dan membuat huraian idea dengan

    tersusun. Hal ini, menarik perhatian pengkaji untuk memikirkan cara untuk

    membantu pelajar-pelajar tersebut.

    Menyedari kepentingan kepada pelajar, pengkaji telah mengambil langkah segera

    untuk mengatasi masalah 10 orang murid Tahun 5 Tabah yang tidak dapat menguasai

    kemahiran mencungkil idea utama. Dengan menggunakan teknik baharu, pengkaji

    akan membantu mereka mencapai kecemerlangan Bahasa Melayu Penulisan Tahun 5

    Tabah.

    Bagi memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam Bahasa Melayu

    Kertas 2 Bahagian B, satu kaedah yang sesuai harus dipilih untuk memastikan pelajar

    dapat menulis karangan dengan baik iaitu melibatkan pengolahan isi utama dan

    huraian idea yang lebih teratur.Justeru, kaedah yang telah dipilih ialah Teknik

    SIABIDIBAM berbantukan Peta TARANTULA untuk percambahan idea pelajar

    semasa penulisan karangan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    4/33

    4

    Selain itu, pengkaji juga memberi ujian, borang soal selidik, dan membuat analisis

    data untuk mengenal pasti sama ada teknik yang digunakan berkesan untuk

    menangani masalah yang mereka hadapi atau sebaliknya.

    1.2SOALAN KAJIANa. Bagaimanakah penggunaan Teknik SIABIDIBAM berbantukan Peta

    TARANTULA dapat meningkatkan kemahiran mencungkil idea utama dalam

    penulisan Tahun 5 ?

    b. Apakah kesan penggunaan Teknik SIBIDIBAM dalam meningkatkan prestasipelajar Tahun 5 ?

    c. Adakah minat pelajar meningkat dengan penggunaan Teknik SIABIDIBAMberbantukan peta TARANTULA untuk kemahiran mencungkil idea utama?

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    5/33

    5

    1.3OBJEKTIF KAJIANa. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencungkil idea utama dalam penulisan

    Bahasa Melayu Tahun 5 Tabah menggunakan Teknik SIABIDIBAM

    berbantukan peta TARANTULA.

    b. Membuktikan keberkesanan Teknik SIABIDIBAM berbantukan petaTARANTULA dalam usaha untuk meningkatkan prestasi pelajar dalam

    penulisan Bahasa Melayu Tahun 5.

    c. Mengenal pasti minat pelajar dalam penulisan melalui penggunaan TeknikSIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

    1.4KEPENTINGAN KAJIANKajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan yang berguna kepada semua

    pelajar dan guru Bahasa Melayu. Di samping itu, dapatan ini akan dapat membantu

    pelajar-pelajar meningkatkan mutu penulisan Bahasa Melayu.

    Kajian ini dapat memberi peluang kepada pelajar berinteraksi dalam kumpulan kecil

    pelbagai kebolehan bagi meningkatkan keyakinan mereka mencungkil idea- idea

    utama menguasai penulisan. Idea dan huraian yang mantap akan dapat membantu

    pelajar memperoleh markah yang tinggi. Keberkesanan menguasai sesuatu tajuk

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    6/33

    6

    penulisan yang diberikan membuktikan sesuatu kaedah yang digunakan oleh guru

    akan dapat mencapai objektif yang ingin dicapai melalui gerak kerja ini.

    Kajian ini juga memberi peluang kepada guru untuk mempraktikkan Teknik

    SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA sebagai satu kaedah mengajar

    Bahasa Melayu Penulisan yang berkesan dalam mencungkil idea dan maklumat serta

    menimbulkan keseronokan dalam kalangan pelajar.Kepelbagaian kaedah yang

    digunakan dapat mewujudkan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih

    menyeronokkan dan lebih bermakna.

    Kajian ini juga diharapkan dapat memberi ruang kepada para guru untuk

    menjalankan kajian selanjutnya di samping dapat memberi penerangan atau kursus

    kepada mereka yang terlibat di dalam dunia pendidikan terutama mata pelajaran

    Bahasa Melayu Penulisan untuk meningkatkan prestasi pelajar yang menghadapi

    masalah yang sama.

    Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA juga diharapkan dapat

    diguna pakai dan boleh diaplikasikan di sekolah-sekolah dalam Pejabat Pelajaran

    Daerah Kota Bharu (PPD) Untuk meningkatkan gred purata daerah dan sekolah

    untuk Bahasa Melayu penulisan seterusnya mencatat kedudukan yang lebih baik

    pada peringkat keseluruhan PPD negeri Kelantan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    7/33

    7

    Seterusnya, kajian ini juga diharapkan akan dapat memberi peluang kepada pegawai

    yang terlibat dalam pendidikan seperti Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan dan

    Jemaah Nazir untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan di kalangan

    pelajar Tahun 5 di seluruh negeri Kelantan

    1.5BATASAN KAJIANSekolah Kebangsaan Dato Hashim 1 merupakan sebuah sekolah yang terletak lebih

    kurang 10 kilometer daripada Bandar Kota Bharu merupakan sebuah sekolah di

    bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bhaaru

    Kajian ini telah dijalankan ke atas 10 orang murid dari kelas tahun 5 Tabah sekolah

    Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1. Mereka merupakan pelajar yang perlukan

    penekanan serta pendedahan yang lebih tentang teknik menulis karangan yang tepat

    menggunakan Teknik SIABIDIBAM. Mereka mendapat markah yang agak rendah

    dalam penulisan. Oleh itu, mereka dipilih menjadi sampel atau responden kepada

    kajian yang telah pengkaji jalankan. Selain itu, responden majoritinya mempunyai

    taraf sosioekonomi keluarga yang sederhana. Kebanyakan ibu bapa responden

    bekerja kerajaan, swasta dan kerja sendiri. Kebolehan mereka dalam bahasa Melayu

    adalah amat baik daripada tinjauan awal dijalankan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    8/33

    8

    1.6DEFINISI ISTILAHDefinisi operasional ialah spesifikasi kegiatan pengkaji dalam mengukur atau

    memanipulasi suatu varaibel.Definisi operasional member batasan atau erti suatu

    varaibel dengan memperinci hal yang harus dikaji oleh pengkaji untuk mengukur

    varaibel tersebut.

    Teknik SIABIDIBAM

    SIABIDIBAM adalah akronim daripada (SI) Siapa, (Apa), (BI) Bila, (DI) Di mana,

    (BA) Bagaimana, (M) Mengapa digubah semula daripada teknik penyoalan (5W

    1H). SIABIDIBAM diilhamkan untuk memudahkan pelajar mengingat beberapa

    kunci penyoalan bagi memudahkan mereka mencungkil idea apabila berhadapan

    dengan soalan-soalan Bahasa Melayu Penulisan.

    Penyoalan menjadi teras dalam mewujudkan pengajaran dan pembelajaran bagi

    aspek kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran menulis,

    dan kemahiran membaca.Penggunaan soalan dan penyoalan juga bertujuan untuk

    memantapkan penguasaan kemahiran berfikir pelajar. Teknik SAIBIDIBAM ini akan

    dilakukan dengan lebih mudah berbantukan teknik Peta TARANTULA. Teknik ini

    digunakan untuk menjelmakan idea atau isi dalam penulisan dengan lebih tersusun.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    9/33

    9

    Peta TARANTULA

    Peta TARANTULA diilhamkan iaitu labah-labah berkaki enam untuk menarik

    minat pelajar serta memudahkan pelajar untuk mencungkil idea berdasarkan enam isi

    penting dalam penulisan Bahasa Melayu. Kebiasaan teknik yang mereka dengar ialah

    peta minda tulang ikan, peta awan dan sebagainya.Peta TARANTULA dianggap

    lebih menarik kerana pelajar meminati aksi Spider Man.

    Selari dengan tujuan peta TARANTULA membolehkan pelajar mencungkil idea bagi

    memahami sesuatu persoalan atau tajuk dan sebagai suatu teknik memori dan

    mengeluarkan idea yang kompleks.Setiap kali maklumat dicatat, Peta TARANTULA

    mampu menguruskan dalam bentuk ringkas yang mudah diasimilasi dan diingati

    otak. Peta TARANTULA boleh digunakan untuk mencungkil idea dalam penulisan

    sama ada cerita, temu bual, rencana, dan sebagainya.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    10/33

    10

    Model Pembelajaran Koperatif Model STAD

    Pengkaji menggunakan Model Pembelajaran Koperatif Student Team Achievement

    Divission (STAD) yang dikembangkan oleh John Dewey dan Herbert Thelan yang

    melibatkan kumpulan pelajar dan dibentuk tidak terlalu ramai iaitu empat atau lima

    orang. Setiap kumpulan terdiri daripada pelbagai kebolehan dan etnik sementara

    aktiviti yang dirancang memberi peluang kepada pelajar untuk memberi dan

    menerima pendapat dan komponen paling penting ialah penggunaan markah

    peningkatan.Dalam pembelajaran koperatif ini, pengkaji bertindak sebagai fasilitator.

    Teknik Penyoalan (5W 1H)

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    11/33

    11

    Soalan dan penyoalan menjadi teras dalam mewujudkan pengajaran dan

    pembelajaran bagi aspek kemahiran lisan iaitu mendengar dan bertutur.Penggunaan

    soalan dan penyoalan adalah untuk memantapkan penguasaan kemahiran berfikir

    pelajar.Teknik penyoalan ini digunakan untuk menjana idea utama dalam penulisan.

    Contoh teknik penyoalan yang digunakan dalam kemahiran menjelmakan idea ialah :

    Siapa - Berdasarkan soalan pelajar dikehendaki memberikan namayang terlibat.

    Apa -Berdasarkan soalan pelajar dikehendaki memberi apa yangterlibat, berlaku atau peristiwa.

    Bagaimana - Berdasarkan soalan pelajar menyatakan bagaimanaperjalanan atau sesuatu peristiwa berlaku.

    Mengapa -Berdasarkan soalan pelajar menyatakan sebab danakibat.

    Di mana - Pelajar menyatakan tempat kejadian atau peristiwa

    Bila - Pelajar menyatakan masa kejadian.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    12/33

    12

    1.7RUMUSANBab ini menghuraikan latar belakang kajian, pernyataan masalah, persoalan kajian,

    objektif kajian, kepentingan kajian, definisi konsep, batasan kajian dan persoalan

    kajian. Bab ini juga merumuskan tahap kemahiran menulis murid dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu Penulisan dengan menggunakan Teknik

    SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA. Teknik yang ditekankan di sini

    ialah menggunakan Teknik SIABIDIBAM.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    13/33

    13

    BAB 2

    TINJAUAN LITERATUR

    2.0 PENGENALAN

    Bab ini memberi huraian literatur tentang kajian ini. Huraian dibuat merujuk kepada

    tiga perkara iaitu kemahiran menulis, Teknik yang digunakan, dan sumber bahan

    bantu mengajar yang digunakan. Perbincangan bahagian ini merujuk kepada kajian

    lepas yang berkaitan dengan kajian dari dalam negara dan kajian luar negara yang

    berkaitan dengan kemahiran dalam Bahasa Melayu penulisan, teknik yang digunakan

    dan bahan sumber yang digunakan di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

    penulisan.

    Kemahiran mencungkil idea utama dalam kalangan murid merupakan keupayaan

    murid dalam mengolah dan mengeluarkan idea- idea yang betul dan tepat dalam

    penulisan.Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan mencungkil idea

    daripada pelbagai bahan untuk penulisan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    14/33

    14

    2.1 TINJAUAN LITERATUR

    Berdasarkan kajian Abd.Aziz Abd. Talib (2007), dalam kajian beliau bertajuk

    Teknik Pengajaran Konvensional secara Syarahan yang Berpandukan Buku Teks,

    Buku Latihan Topikal dan Menyebabkan Topik Menjadi Tidak Menarik, Di samping

    Menjadikan Murid Tidak Dapat Menumpukan Perhatian Kepada Pengajaran

    Penulisan. Manakala Yahya Othman (2005), dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005),

    menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat

    semata-mata malah dipengaruhi juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan

    berkesan.

    Peta minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semua maklumat

    daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat. Kajian Poh

    (2006), menyatakan peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia

    merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama

    membuat pengelolaan yang menyeluruh seperti menghubungkait, membanding,

    menganalisis dan sebagainya.

    Dapatankajian Haris Fadzilah Kassim (2002), melaporkan cara dan gaya guru

    mengajarkan karangan di dalam kelas lebih kepada memberi pendedahan secara

    menyeluruh tentang sesuatu tajuk, demi memenuhi keperluan peperiksaan.

    Kesannya, hasil karangan yang diberi tumpuan oleh guru dan proses pengajaran

    diabaikan. Pengajaran guru kurang memberi pendedahan tentang kemahiran, teknik

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    15/33

    15

    dan strategi menulis karangan dalam kelas menyebabkan pe;ajar kurang bersedia

    untuk menulis.

    Keberkesanan peta minda ini telah diakui oleh pelajr cemerlang SPM 2006, Nadia

    Rohani Malik Pnter-Brick, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul

    Ittifaq , Besut, Terengganu. Beliau mendapat pangkat A1 dalam kesemua 14 mata

    pelajaran yang diambil dalam peperiksaan tersebut.Pejabat Pendidikan Daerah Besut

    (23 Mac 2007) melaporkan, Nadia bercita- cita menjadi seorang doktor pakar

    menggunakan kaedah peta minda Tony Buzan bagi memudahkan mengulangkaji dan

    menghafal pelajaran.

    Dari sudut pengurusan bilik darjah, menurut kajian oleh Long (1981), mendapati

    guru banyak menggunakan teknik penyoalan. Pendapat ini disokong oleh Lee (2006),

    menyatakan bahawa guru- guru boleh menggunakan teknik penyoalan ini untuk

    memperkebalkan topik atau bab baharu dan mengawal perbincangan mengikut

    kehendaknya. Kemahiran menyoal ini merupakan sebahagian daripada kemahiran

    komunikasi lisan. Menurut M.Mojibor (2010), kemahiran komunkasi lisan ini dapat

    mengukur keupayaan dan kebolehan seseorang pelajar itu berkomunikasi dengan

    baik ataupun sebaliknya.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    16/33

    16

    Peta minda pula telah diperkenalkan oleh Tony Buzan pada tahun 1960an sebagai

    kaedah yang boleh membantu pelajar, mencatat nota dengan ringkas dan

    berkesan.Pendapat ini disokong oleh Isma Ishak (2005), dalam kajian ke atas 30

    orang murid Tahun 4 Arif di Sekolah Kebangsaan Jelempok.Dapatan kajian beliau,

    penggunaan peta minda dapat meningkatkan kemahiran mencatat nota.Dapatan

    kajian beliau juga menunjukkan berlaku peningkatan kumpulan pencapaian tinggi

    dalam ujian pasca menjadi 40% berbanding ujian pra 7%.Bagi kumpulan pencapaian

    rendah pula menurun kepada 3% daalam ujian pasca berbanding 40% ujian pra.

    Berdasarkan kajian Tee et al. (2010), Tony Buzan adalah pencipta kepada peta

    minda , alat berfikir yang paling berkuasa. Kajian ini disokong oleh Pengarah

    Microsoft iaitu Bill Gates yang mengenalpasti kepentingan peta minda dalam

    artikelnya yang bertajuk The road ahead-how mind mappers are taking our

    information democracy to the next stage satu generasi perisian peta minda baru

    mampu diguna sebagai asas templet digital untuk membantu menghubungkait dan

    mensintesis idea dan data , justeru mencipta pengetahuan baharu.

    Teknik penyoalan (5W 1H ) cenderung digunakan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran (Myers, 1994; White and Lightbown, 1984) di semua peringkat sama

    ada sekolah rendah dan menengah. Teknik ini merupakan strategi utama dalam

    proses pembelajaran seperti semasa bilik darjah sebagai pengukuran. Pendapat ini

    disokong oleh Zamri Mahamod dan Nor Razah Lim (Mei 2011) : 51-56 dalam jurnal

    Pendidikan Bahasa Melayu bertajuk Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    17/33

    17

    Pengajaran Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian . (Oral Question Approach

    In Teaching Bay).Berdasarkan Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah

    mereka cipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang, dan sebagainya.

    Melalui pembelajaran koperatif Model STAD ini, pelajar dapat meningkatkan

    keyakinan dan memberi sumbangan idea kepada gerak kerja berkumpulan dengan

    rakan- rakan yang lain. Teknik Penyoalan (5W 1H) pula ialah kaedah menggunakan

    soalan yang merangsang pemikiran pelajar untuk mengumpul maklumat dan

    menggalakkan interaksi dalam mencungkil idea utama semasa penulisan karangan

    Bahasa Melayu.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    18/33

    18

    2.2 RUMUSAN

    Berdasarkan tinjauan literatur yang diperolehi, terdapat banyak pandangan dan

    pendapat yang telah dinyatakan oleh pengkaji- pengkaji terdahulu berkaitan dengan

    tajuk kajian ini. Kajian- kajian lepas banyak memberikan pengkaji pengetahuan

    tentang tajuk yang pengkajipilih .Pendedahan ini banyak membaantu pengkaji dalam

    menyiapakan kajian ini.Tinjauan ini ada kepentingannya terhadap kajian pengkaji ini

    iaitu dengan memberikan lebih banyak pengetahuan yang baharu dan berguna serta

    idea- idea yang bernas dalam menjalankan dan menyiapkan kajian pengkaji ini.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    19/33

    19

    BAB 3

    METODOLOGI KAJIAN

    3.0 PENGENALAN

    Menurut Cohen dan Manion (1996), metodologi merupakan satu pendekatan yang

    digunakan dalam penyelidikan bagi mengumpul data.Bagi pendapat Othman(2001)

    pula, metodologi merupakan analisis data yang sealiran dengan peraturan tersendiri

    bagi memastikan presatasi penyelidikan dicapai dengan baik dan sempurna. Dalam

    kajian ini metodologi yang digunakan tertumpu kepada tahap kebolehbacaan atau

    kemahiran membaca murid dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu

    dalam aspek bacaan dengan teknik latih tubi di sebuah Sekolah di Bandar Kota

    Bharu, Kelantan. Bab ini akan membincangkan berkenaan reka bentuk kajian,

    instrumen kajian, populasi, dan sampel kajian, prosedur mengumpul data dan

    prosedur analisis data.

    Reka bentuk kajian yang akan dijalankan bertujuan mengenal pasti kesan

    menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA terhadap

    kebolehan mencungkil idea utama dan membuat huraian idea sampingan untuk

    memudahkan penulisan murid- murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

    penulisan. Dapatan kajian ini kelak akan dapat meneguhkan pendapat tentang Teknik

    SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    20/33

    20

    Aspek- aspek yang dititikberatkan ialah :

    Reka Bentuk Kajian

    Kumpulan sasaran atau pemilihan sampel

    Pelaksanaan tindakan, pengumpulan data dan jadual pelaksanaan kajiantindakan

    Instrumen yang digunakan Prosedur pengutipan data Analisis data

    3.1 Reka Bentuk Kajian

    Menyedati permasalahan itulah pengkaji membuat kajian tindakan ini bagi mencari

    alternative bagi mengatasi persoalan tersebut.Kajian ini berbentuk kajian tindaakan

    dengan menggunakan pendekatan kualitatif untuk pengumpulan maklumat dan

    memudahkan pengkaji menjalankan kajian, memungut dan menganalisa data.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    21/33

    21

    Borang soal selidik digunakan untuk mengesan minat dan kecenderungan pelajar

    terhadap Bahasa Melayu Penulisan. Kaedah yang digunakan ialah Kaedah Gelung

    kajian Tindakan (Action Research Cycle), Kemmis Mc Taggart melibatkan 10 orang

    murid Tahun 5 Tabah . Pengkaji telah mereflek , merancang, bertindak, dan

    memerhati serta membuat refleksi untuk melihat sejauh manakah keberkesanan

    Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA dalam meningkatkan

    prestasi penulisan pelajar Tahun 5 di Sekolah Kebangsaan Dato Hashim 1.

    Kajian tindakan ini telah memberi peluang kepada pengkaji menjalankan kajian

    dalam bilik darjah dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka. Jika

    Gegelung Pertama tidak berjaya pengkaji boleh memulakan semula proses

    Gegelungan Kedua sehingga masalah tersebut dapat diatasi. Melalui kajian tindakan

    ini juga, pengkaji meningkatkan cara pengajaran dan pada masa yang sama dapat

    menyelesaikan masalah yang dihadapi di sekolah. Kajian ini adalah berdasarkan

    Hasil kajian Tindakan seperti Rajah 1 di bawah :

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    22/33

    22

    Rajah 1: Gelungan Kajian Tindakan (Action Research cycle)

    Kemmis & Mc Taggart 1988

    1.

    Mereflek

    4.

    Memerhati

    3.

    Bertindak

    2.

    MerancanGelung

    1

    1.

    Mereflek

    4.

    Memerhati

    3.

    Bertindak

    2.

    MerancanGelung

    2

    Gelung

    3

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    23/33

    23

    3. 2 POPULASI DAN SAMPEL

    Populasi kajian terdiri daripada 10 orang pelajar Tahun 5 Tabah di Sekolah

    Kebangsaan Dato Hashim 1 di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah Kota

    Bharu. Jumlah keseluruhan murid di sekolah ini ialah seramai 1400orang .Rata- rata

    latar belakang sosio-ekonomi ibu bapa murid adalah pekerja sektor awam dan swasta

    serta golongan peniaga.

    Seramai 10 orang murid telah dipilih sebagai kajian iaitu terdiri daripada 6 lelaki dan

    4 perempuan daripada 34 orang pelajar Tahun 5 Tabah yang menghadapi masalah

    untuk mencungkil idea utama dalam penulisan karangan. Bahasa Melayu Penulisan

    bahagian B telah dipilih sebagai soalan yang terkandung dalam instrument kajian

    kerana memerlukan pelajar mengolah sesuatu tajuk yang diberikan dengan

    baik.Keputusan bagi menjalankan kajian ke atas murid- murid ini dibuat untuk

    mengenalpasti keberkesanan intervensi dalam membantu mereka mencungkil idea

    utama dalam penulisan dan seterusnya berusaha untuk memperbaiki potensi diri.

    3.3 INSTRUMEN KAJIAN

    Pengkaji telah membina sendiri instrument kajian berdasarkan persoalan kajian. Satu

    set soal selidik disediakan dan soal selidik ini dijawab oleh responden. Soal selidik

    ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu bahagian A berkaitan dengan demografi

    responden seperti nama, jantina, kelas, pekerjaan ibu bapa dan pengangkutan ke

    sekolah. Bahagian B pula berkaitan dengan tahap kesedian murid untuk

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    24/33

    24

    menggunakan Teknik SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA dalam

    aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu seperti minat, tumpuan,

    pemahaman, tingkah laku, kerja rumah dan personality responden menggunakan peta

    TARANTULA. Borang soal selidik yang lengkap dengan soalan-soalan yang

    berkaitan disediakan sebelum diedarkan kepada responden yang terlibat.Borang soal

    selidik ini juga dilengkapkan dengan cara murid dan ditanda pada ruang yang sesuai.

    Murid- murid yang menjadi respnden juga telah dibuat pemerhatian berdasarkan

    beberapa aspek seperti tingkah laku, dan minat responden terhadap pengjaran yang

    disampaikan serta tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan.Semua perkara

    ini dicatat dalam senarai semak yang telah disediakan.

    3.4 KAJIAN RINTIS

    Kajian rintis telah dijalankan kepada semua murid Tahun 5 Tabah iaitu serami 34

    orang bagi mendapatkan keesahan terhadap soalan yang telah disediakan.Hasil

    daripada kajian tersebut, seramai 10 orang murid telah diambil sampel daripada

    jumlah 34 orang murid tersebut.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    25/33

    25

    3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

    Untuk pengumpulan data, prosedur berikut diikuti bagi melicinkan perjalanan kajian

    penyelidikan. Proses untuk menguji keberkesanan beberapa kaedah dengan

    menggunakan pelbagai teknik untuk menguasai kemahiran menulis meliputi

    beberapa peringkat. Pengkaji mengenalpasti sampel yang bersesuaian dengan

    objektif kajian.Pengkaji telah meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk

    menjalankan kajian. Antara pengumpulan data yang digunakan ialah :

    a. Ujian DiagnostikUjian Diagnostik ialah satu instrumen yang digunakan untuk mengenalpasti masalah

    dan mengukur kelemahan yang dihadapi oleh pelajar dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran. Ujian ini dijalankan untuk mendapat maklumat keseluruhan pelajar

    dalam kelas 5 Tabah iaitu seramai 10 orang untuk dijadikan sampel kajian. Daripada

    ujian ini pengkaji telah dapat mengenal pasti pelajar yang lemah dalam mencungkil

    idea utama serta gagal menulis karangan dengan baik.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    26/33

    26

    b. Ujian PraUjian ini mengandungi satu set soalan penulisan bagi mengukur keupayaan

    pencapaian pelajar sebelum kaedah dipraktikkan. Pelajar- pelajar tidak diberikan

    penerangan mendalam tentang soalan. Pelajar- pelajar menjalani ujian berdasarkan

    pengetahuan sedia ada mereka dalam mengebangkan idea utama dan mengolah ayat

    membentuk karangan beradsarkan tajuk atau persoalan yang diberikan.

    c. Borang kaji selidikBorang kaji selidik juga pengkaji gunakan untuk mengesan minat dan

    kecenderungan pelajar terhadap kaedah-kaedah yang digunakan. Instrumen yang

    digunakan ialah borang ujian dan borang kaji selidik. Pengkaji menjalankan dua kali

    soal selidik iaitu sebelum ujian Pos 1 dan selepas ujian Pos 2 untuk melihat dan

    mengkaji respon pelajar terhadap teknik dan kaedah yang digunakan dalam kajian

    ini.

    d. Ujian PosSelepas segala strategi digunakan bagi membantu responden dalam meningkatkan

    pencapaian mereka. Maka, ujian pos pula dijalankan oleh pengkaji terhadap semua

    responden. Dapatan daripada ujian pos akan menentukan sama ada keberkesanan

    kaedah pengajaran dijalankan itu berjaya atau sebaliknya. Ujian ini merupakan ujian

    pencapaian terakhir bagi mengatasi masalah ini. Ujian ini akan menguji tahap

    penguasaan responden terhadap penggunaan buku kecil yang pengkaji adakan.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    27/33

    27

    3.6 PROSEDUR ANALISIS DATA

    Data kuantitatif dianalisis untuk mendapatkan kategori, jumlah dan peratus.Data ini

    diproses secara diskriptif, kuantitatif, dan kualitatif kerana data tidak terlalu banyak

    dan tidak sesuai untuk menggunakan SPSS.Penyelarasan ini dilakukan bagi

    memudahkan pengkaji mendapatkan unit analisis yang dapat menyokong data

    kuantitatif yang dikemukakan dalam laporan.

    Sebelum itu, terlebih dahulu surat kebenaran telah di hantar kepada pentadbir

    sekolah beserta surat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan. Selepas mendapat

    kebenaran daripada guru besar, satu temu janji telah dibuat dengan guru kelas untuk

    membincangkan jadual waktu bagi melakukan ujian.Maklumat pelajar dan latar

    belakang kelas juga perlu diketahui dan diambil sebelum memulakan kajian.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    28/33

    28

    3.7 RUMUSAN

    Pada keseluruhan bab ini telah menjelaskan bagaimana bentuk tindakan yang akan

    dilaksanakan bagi menjalankan kajian di sekolah yang dipilih. Di antara instrument

    yang digunakan itu adalah bentuk ujian Diagnostik, Ujian pra dan ujian pos di mana

    skop setiap item dianalisis secara kuantitatif. Kaedah Soal selidik dan Kaedah

    pemerhatian juga telah digunakan. Dapatan daripada instrument ini akan dinilai bagi

    melihat tahap kemahiran murid dalam penulisan murid setelah menggunakan Teknik

    SIABIDIBAM berbantukan peta TARANTULA.

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    29/33

    29

    RUJUKAN

    Ahmad Khair Mohd Noor. (2005).Menulis membina ketrampilan berfikir. Pelita

    Bahasa, Julai 18 (7):12-14

    Aminuddin Mansor (2006). Daya Ingatan Penting Semasa Belajar. Diperoleh pada

    Mc, 10, 2006 darihttp://www.islam.gov.my

    Azizi Yahya et.al (2005).Aplikasi Kognitif dalam Pendidikan. Kuala Lumpur.

    Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

    Bity Salwana Alias (2009).Pembudayaan Kajian Tindakan, Kertas Kerja Seminar

    Penyelidikan Kebangsaan 2007. Institut Aninuddin Baki, Pahang.

    Dr. Tam Yeow Kwai (2007). Kajian tindakan kaedah dan praktikal.Negeri

    Sembilan : Institut Perguruan Raja Melewar.

    Mok Soon Sang (2008).Literatur dan kaedah penyelidikan. Selangor : Penerbitan

    Multimedia Sdn. Bhd.

    Sulaiman Masri (2005).Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan (esei,

    proposal, tesis). Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Tony Buzan. (2006)Mind Mapping- Kick-Start Your Creativity and Tranform Your

    Life. England:BBC Active

    http://www.islam.gov.my/http://www.islam.gov.my/http://www.islam.gov.my/http://www.islam.gov.my/
  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    30/33

    30

    LAMPIRAN 1

    Sebelum Ujian Pos

    Arahan : Bulatkan paa skala yang diberikan. Segala maklumat adalah sulit.

    SKALA

    1- Tidak Setuju 2-Setuju 3- Amat Setuju

    BIL SOALAN SKALA

    1 Anda meminati mata pelajaran Bahasa

    Melayu Penulisan

    1 2 3

    2 Teknik Pengajaran guru menarik 1 2 3

    3 Kaedah yang digunakan senang

    difahami untuk mencungkil idea

    1 2 3

    4 Guru sering membantu anda semasa

    pengajaran di dalamkelas

    1 2 3

    5 Anda dapat menghasilkan karangan

    dengan baik

    1 2 3

    6 Anda selalu mendapat markah yang

    tinggi

    1 2 3

    7 Anda berasa seronok belajar Bahasa

    Melayu

    1 2 3

    8 Anda menyukai teknik yang digunakan

    oleh guru

    1 2 3

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    31/33

    31

    LAMPIRAN 2

    Selepas Ujian Pos

    Arahan : Bulatkan paa skala yang diberikan. Segala maklumat adalah sulit.

    SKALA

    2- Tidak Setuju 2-Setuju 3- Amat Setuju

    BIL SOALAN SKALA

    1 Saya semakin meminati mata pelajaran

    Bahasa Melayu Penulisan

    1 2 3

    2 Guru menggunakan eknik Pengajaran

    guru yang menarik

    1 2 3

    3 Kaedah yang digunakan senang

    membantu saya belajar dengan baik

    1 2 3

    4 Saya sering berbincang dengan rakan-

    rakan ketika belajar

    1 2 3

    5 Saya dapat mencungkil idea bagi

    menghasilkan karangan dengan baik

    1 2 3

    6 Saya selalu mendapat markah yang

    tinggi

    1 2 3

    7 Saya menyukai pengajaran Bahasa

    Melayu oleh guru.

    1 2 3

    8 Saya menyukai tekni yang digunakan

    oleh guru

    1 2 3

  • 7/22/2019 3(Isi Dan Lampiran)

    32/33

    32

    LAMPIRAN 3

    UJIAN PRA

    Nama :................................................................

    Tahun :.................................................................

    Pada cuti sekolah yang lalu kam u sekeluarga telah pulang ke kampung . Ceritakan

    aktivviti- aktiviti yang kamu lakukan semasa di kampung. Tulis Karangan kamu

    selengkapnya. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah perkataan

    .........................................................................................................................................

    33/33

    LAMPIRAN 4

    UJIAN PRA

    Nama :................................................................

    Tahun :.................................................................

    Kamu pernah mengalami sesuatu peristiwa yang mencemaskan. Ceritakan

    pengalaman kamu itu. Panjang karangan kamu tidak kurang daripada 80 patah

    perkataan