pqe contoh tugasan kurus
Post on 10-Feb-2018
321 Views
Preview:
TRANSCRIPT
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
1/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
1
ISI KANDUNGAN
TAJUK
MUKA
SURAT
HALAMAN PENGAKUAN 2
PENGHARGAAN 3
AYAT AL-QURAN DAN PEMIKIRAN SAINTIS 4
TOKOH SAINTIS DAN ISLAM 10
SEJARAH KEMUNCULAN HADIS MAUDHU 21
KESAN HADIS MAUDHU TERHADAP MASYARAKAT 26
PENYELESAIAN TERHADAP FENOMENA HADIS MAUDHU 28
RUJUKAN30
LAMPIRAN-
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
2/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
2
HALAMAN PENGAKUAN
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan :.
Nama penulis : Muhamad Zulhilmi Bin Rosli
Tarikh : 23 September 2013
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
3/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
3
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya,
tugasan saya dapat disempurnakan dengan jayanya. Dikesempatan ini juga saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensayarah saya, Ustaz Zulkarnain Bin Mohamad
yang banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang berguna sepanjang interaksi
PQE3102 bersama beliau.
Segala input berguna yang diperoleh sepanjang interaksi cuba untuk saya terjemahkan
kedalam tugasan saya yang serba ringkas ini.Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
terima kasih kepada semua rakan-rakan yang terlibat sama ada secara lansung atau tidak
dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata,diharapkan tugasan serba ringkas ini dapat memberi suatu impak yang yang
maksima kepada saya juga kepada individu yang ingin menggunakan metid yang sama dalam
menjadikan sesi pengajaran & pembelajaran di sekolah lebih menarik.
Sekian,Terima kasih.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
4/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
4
1. AYAT- AYAT AL QURAN YANG MEMBUKA RUANG PEMIKIRAN SAINTIS
BUKAN ISLAM
Penemuan teori-teori sains yang selari dengan isi yang terkandung dalam Al-Quran
bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi mereka yang beriman dan mengkaji mukjizat
yang dikurniakan kepada rasul terkahir ,Muhammad s.a.w. Namun, bagi orang kebanyakan
khususnya mereka yang bukan beragama islam jauh sekali beriman dengan Al-Quran,
penemuan seperti ini sudah pasti menimbulkan rasa takjub dan kagum dalam diri mereka.
Terdapat kira-kira 750 ayat dalam Al-Quran dalam Al-quran yang membicarakan tentang
alam serta proses kejadiannya, sistem suria, geologi, bumi dan sebagainya. Titik
pertemuan antara sains dan Al-Quran kebanyakannya ditemui pada abad ke 19 dan 20
setelah pengkaji,saintis,dan ahli akademik dari serata dunia khususnya barat dan timur
melakukan kajian.
Perkara ini bukan sahaja membuka mata pemikiran serta mengubah persepsi jumud
mereka terhadap kebenaran islam yang dibawa oleh Muhammad 1400 tahun yang lalu
malah turut menyebabkan segelintir daripada mereka terbuka hati untuk memeluk islam.
Agak sukar untuk menyatakant tokoh saintis dan ahli akademik yang memeluk islam
walaupun kebanyakan daripada mereka dapat membuktikan bahawa teori-teori yang
mereka temui disokong oleh Al-Quran. Hanya sebahagian daripada mereka yang terkesan
dengannya lalu memeluk islam. Tiada yang perlu dihairankan kerana Allah Telah berfirman
dalam surah Al-Baqarah ayat 18 :
Maksudnya : Mereka (seolah-olah orang yang) pekak, bisu dan buta; dengan keadaan itu
mereka tidak dapat kembali (kepada kebenaran)
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
5/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
5
Meskipun ramai antara mereka menyatakan ketakjuban dan mengakui kebenaran Al-
Quran,namun segelintir daripada mereka masih tidak mahu menjadikan islam sebagai cara
hidup. Hal ini juga tidak perlu dipertikaikan kerana hidayah hanya milik Allah.Firman Allah taala
dalam surah Al-Qashash yang bermaksud :
Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi,
tetapi Allahlah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih
mengetahui orang2 yang mahu menerima petunjuk.
Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus.
(Surah Al-Baqarah: 213)
Dan barangsiapa yang disesatkan Allah, nescaya tak ada baginya seorang pemberi petunjuk.
(Surah Az-Zumar:23).
Jika menelusuri kembali sejarah,kita akan dapati ramai umat terdahulu yang melihat
sendiri dengan mata mereka akan mukjizat hissi yang dikurniakan kepada rasul-rasul yang
diutuskan namun enggan beriman dengan Allah serta rasulNya . Sedang Al-Quran adalah
mukjizat maknawi yang mana kemukjizatannya hanya akan terserlah setelah ditadabbur dan
dikaji dengan teliti. Inilah yang ditemui oleh beberapa orang saintis dan ahli akademik
terkemuka. Penulis akan menyatakan beberapa ayat yang mana telah membuka ruang
pemikiran dan akhirnya mempengaruhi mereka untuk memeluk islam.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
6/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
6
1.1 TEORI BIG-BANG
"Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu
keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.
Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada
juga beriman?"(QS Al-Anbiya' : 30)
Ayat diatas menjelaskan tentang dua perkara penting. Pertama, mengenai asal-usul
kejadian langit dan bumi yang pada asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara
kedua-duanya. Kedua, dijelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi
segala kehidupan.
Pada tahun 1929, seorang tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, menemui bukti-
bukti kukuh yang menyokong teori Big Bang. Dengan menggunakan peralatan canggih,
beliau mendapati alam ini sedang mengembang. Penemuan ini mengukuhkan lagi
pendapat yang menyatakan alam ini bercantum pada asalnya diikuti dengan letupan
besar, ekoran dari letupan itulah yang menyebabkan pengembangan ini.
Justeru, kenyataan Al-Quran berhubung teori permulaan alam sememangnya saintifik.
Antara pakar yang kagum dengan ayat ini adalah Dr. Alfred Kroner.seorang proffesor
dalam bidang sains geologi. Berhubung dengan ayat ini, beliau berkata:
" Melihat asal-usul Muhammad, saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui
langit dan bumi mempunyai asal-usul yang sama. Hal ini kerana ilmu mengenainya baru
diketahui beberapa tahun baru-baru ini, itupun dengan menggunakan alat-alat yang
canggih. Seseorang yang tidak mengetahui ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu saya
rasa,tidak akan mampu mengetahui tentang hal ini."1
1Quran Saintifik, Meneroka kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains, Dr. Danial Zainal Abidin
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
7/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
7
Dr. Gary Miller atau nama islamnya Abdul Ahad Omar, seorang pakar matematik
dan ahli teologi kristian dari Kanada antara yang mengakui kebenaran ayat ini dan
menjadi faktor beliau memeluk islam. Ianya bermula sebaik beliau menerima hadiah
senaskah al-Quran pada 1978. Beliau pada awalnya mengkaji dan ingin membaca al-
Quran untuk bertujuan menarik orang Islam masuk ke agama Kristian.Sebolehnya
beliau mahu mencari kesalahan dalam al-Quran supaya mudah untuk menggoyahkan
akidah umat Islam.Namun, kehendak tuhan mengatasi segala-galanya, beliau menemui
satu persatu penemuan saintifik dan ayat ke-30 daripada surah Al- Anbiya yang menjadi
asab hidayah kepada beliau.Penjelasan tentang Dr.Gary Miller akan dikupas dengan
lebih lanjut pada sub tajuk yang seterusnya.
Berbalik kepada penjelasan ayat 30 surah Al-Anbiya, menurut teori 'big bang',
alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlakulah satu letupan yang kuat (
cosmix explotion ) 10 hingga 20 bilion tahun yang lampau, yang dinamakan 'big
bang'.Sejak itu berlakulah pengembangan dan penyejukan ( expending and cooling )
sehingga akhirnya lahirlah bintang-bintang, galaksi dan seumpamanya.Teori ini pada
asalnya diasaskan dari formula General Theory of Relativity yang diutarakan oleh Albert
Einstein pada tahun 1915.Kemudian, pada tahun 1922, seorang pakar fizik Rusia,
Alexandar Friedmann mengembang dan mengukuhkan lagi teori ini. Seperti yang telah
dinyatakan diatas,teori ini disahkan secara rasmi pada tahun 1929.
Penemuan oleh sarjana barat ini juga bukanlah sebagai penemuan baru kerana
sebelum Albert Einstien, Alexander Friedman,dan Edwin hubble, teori ini telah pun
diutarakan oleh sarjana islam Syaikh Tantawi Jauhari .Menurut kitab Al-Jawahir yang
ditulis oleh beliau sekitar tahun 1920-1930 menyebut :
"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk
matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum
padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat
yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya
diketahui pada hari ini" .
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
8/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
8
Jesteru penemuan ini mengukuhkan lagi pendapat yang mengatakan alam ini
bercantum padu pada asalnya diikuti satu letupan besar kerana letupan itulah yang
menyebabkan pengembangan ini. Manfaat penemuan ini adalah untuk seluruh umat
manusia .Juga sebagai bukti bahawa Al-quran bukanlah karangan Muhammad
melainkan ianya kalam tuhan.
1.2 KISAH FIRAUN DALAM AL-QURAN
Pada pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan
Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan dan dana untuk
mengkaji mumia Firaun, Ramsess II. Ramsess II antara firaun yang dikatakan hidup di
zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejarMusa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir
menyambut baik tawaran tersebut dan mumia Ramsess II diterbangkan ke Paris.
Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis
dan diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan
autopsi Perancis dibawah pimpinan Profesor. Dr. Maurice Bucaille,seorang pakar bedah
Perancis tersohor ketika itu.Hasil kajian Dr. Bucaille mendapati bahawa Ramsess II mati
akibat tenggelam pada dasar lautan. Ini kerana beliau menemukan sisa-sisa garamyang masih melekat pada jasad mumia tersebut. Namun penemuan itu menimbulkan
persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille kerana jasad tersebut masih dalam
keadaan sangat baik jika dibandingkan dengan jasad-jasad yang lazimnya tenggelam
dan dikeluarkan daripada laut.
Persoalan tentang kondisi firaun Ramsess II tersebut menyebabkan beliau telah
meluaskan lagi kajian dengan berjumpa para ilmuan islam untuk mengetahui kisah lebih
lanjut tentang kisah nabi musa dan firaun. Ini kerana, apa yang terkandung dalam kitabperjanjian lama tidak menjawab persoalan beliau meskipun ada diceritakan tentang
kisah firaun mengejar nabi musa yang akhirnya mati tenggelam.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
9/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
9
Hasilnya, beliau menemukan ayat ini yang mana dibacakan oleh salah seorang
ilmuan islam yang beliau temui.
Firman Allah yang bermaksud:
Maka pada hari ini Kami selamatkan badanmu(hai firau) supaya kamu dapat
menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya
kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. [QS.Yunus:92]
Ayat ini nyata membuka hati Dr. Bucaille. Beliau mengakui kebenaran ayat
tersebut kerana ia sememangnya dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi
serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi. Hanya dengan
sepotong ayat, ia mampu menjawab persoalan Dr Bucaille tentang mengapa tubuh
firaun yang dikaji beliau dalam kondisi yang sangat sempurna.Beliau kemudiannya
memeluk islam dihadapan ilmuan islam tersebut.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
10/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
10
2.0 TOKOH SAINTIS YANG MEMELUK ISLAM
2.1 PENGENALAN
Seorang ahli sains atau saintis, secara umumnya, merujuk kepada sesiapa sahaja yang
melakukan aktiviti-aktiviti bersistem untuk mengaut ilmu atau mana-mana individu yang
melakukan apa-apa jenis aktiviti yang berkaitan dengan asas pemikiran atau falsafah.
Dalam suatu sudut pandangan yang lebih terhad, para saintis merupakan individu-individu
yang menggunakan kaedah saintifik. Individu tersebut mungkin sekali pakar dalam satu
bidang sains ataupun lebih.
Cara sains mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya dengan teliti,
mengukurnya, membuat uji kaji, dan dengan cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara
terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains. Setiap pakar sains perlu
berhati-hati apabila memberi penerangan mengenai sesuatu yang mereka kaji
Inilah yang dipanggil kaedah saintifik. Kebanyakan orang menerima kaedah ini sebagai
cara yang paling boleh dipercayai untuk mendapatkan maklumat mengenai alam, dunia,
badan manusia atau binatang dan lain-lain. Walau bagaimanapun, perlu diingati bahawa
sains merupakan suatu proses yang berterusan, apa yang benar hari ini mungkin kurang
tepat dalam masa 100 tahun lagi
Selain itu, matematik juga turut memainkan peranan yang amat penting dalam sains.
Fungsi terpenting yang dijalankan oleh matematik adalah dalam pembinaan model saintifik.
Untuk mengumpul dan mengkaji data, serta meramal dan menjangka keputusan, semuanya
memerlukan pembinaan model saintifik. Dan apabila data telah dikumpul, statistik pula
diperlukan untuk menganalisanya.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
11/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
11
2.2. Dr. Gary Miller (Abdul Ahad Omar)
One thing which surprises non-Muslims who are examining the book very closely is
that the Qur'an does not appear to them to be what they expected. What they assume is
that they have an old book which came fourteen centuries ago from the Arabian desert;
and they expect that the book should look something like that - an old book from the
desert. And then they find out that it does not resemble what they expected at all.2
Terjemahan:
Seperkara yang mengejutkan golongan bukan Islam selepas mengkaji al-Quran adalah
tidak seperti yang mereka jangkakan.Pada awalnya sebahagian mereka menjangkakan
isi al-Quran pasti tua lagi kuno seperti umurnya yang hanya membicarakan mengenaipadang pasir. Bagaimanapun mereka mula sedar bahawa al-Quran mampu menyahut
cabaran ahli-ahli sains.'
Dipetik daripada buku The Amazing Quran oleh Dr. Gary Miller.
Gary Miller atau nama islam beliau Abdul Ahad Omar merupakan seorang pakar
matematik juga ahli teologi (ketuhanan) kristian yang berasal dari Kanada.Beliau lahir
daripada keluarga kristian.Ketika zaman mudanya, beliau bergiat aktif sebagai
pendakwah kristian. Namun, tugasnya sebagai pendakwah kristian tidak lama apabila
beliau mula meragui kitab bible yang selama ini menjadi pegangan beliau.
2The Amazing Qur'an by Gary Miller, Saheeh International Published 1992 by Abul-Qasim Publishing House,
edition language-English
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
12/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
12
Segalanya bermula pada tahun 1978 dimana beliau dihadiahkan senaskah Al-
Quran oleh seseorang. Sesuai dengan latar belakang dan pendidikannya, beliau
seorang yang gemar mencari bukti secara saintifik dan logik. Pada masa yang
sama,beliau beranggapan bahawa kitab al-Quran hanyalah sebuah kitab kuno yang
hanya mengandungi cerita tentang padang pasir sahaja. Tidak cukup dengan itu, beliau
mengkaji al-quran dengan untuk menjadikannya sebagai senjata untuk melemahkan
umat islam dengan mencari kesalahan dalam al-quran.Ini kerana beliau berpegang
dengan prinsip saintifik yang mana perlunya untuk mencari kesalahan dalam teori
sehingga ianya terbukti benar
Setelah kajian demi kajian dilakukan,nyata lebih banyak kebenaran yang
tersingkap malahan tiada satu pun kesalahan yang beliau temui. Hal ini secara tidak
lansung memenuhi kehendak gaya dan cara pemikiran beliau sebagai pakar matematik
yang meletakkan prinsip logik dan saintifik sebagai penanda aras dalam menilai dan
mengkaji sesuatu.Beliau juga turut terkesan dengan ayat 82 surah An-nisa yang mana
kata beliau Tidak ada penulis di dunia ini memiliki keberanian untuk menulis buku dan
mengatakan bahawa hal itu tiada langsung kesalahan.Namun al-Quran, sebaliknya. Ia
memberitahu anda bahawa ia tidak mempunyai kesalahan dan meminta anda untuk
cuba mencari waima satu kesilapan. Yang pastinya, anda tidak akan menemui apa pun.
Firman Allah S.W.T:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah, nescaya mereka akan dapati
perselisihan yang banyak didalamnya. (An-Nisa, Ayat 82)
Kemudian, beliau bertemu pula dengan surah al-Anbiya ayat 30, yang mana
beliau mendapati bahawa ayat ini sama dengan kajian saintifik yang memenangi Hadiah
Nobel pada tahun 1973 iaitu kajian tentang teori Big Bang. Selepas memeluk islam,
beliau mula melakukan kajian secara ilmiah dan menerbitkan buku. Antara buku beliau
yang mendapat sambutan dan sering dijadikan rujukan oleh segenap lapisan
masyarakat ialah The Amazing Quran
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
13/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
13
Antara kupasan beliu yang menarik dalam The Amazing Quran beliau cuba
membuktikan bahawa al-quran bukanlah karangan manusia yang mana beliau hanya
menyatakan sepotong ayat yang bermaksud :
Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebihdahulu) memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan Syaitan yang kena rejam.
(An-Nahl :98)
Tujuan beliau adalah untuk menyangkal dakwaan sesetengah golongan athies
dan mereka yang meragui alquran dengan mengatakan ianya kitab yang dikarang
Muhammad dengan bantuan syaitan.Persoalan yang cuba ditimbulkan Miller adakah ini
caranya syaitan menulis sesebuah kitab?Bagaimana syaitan yang didakwa mereka
mengarang kitab kemudiannya memberitahu supaya meminta kepada Tuhan untukperlindungan dari syaitan sebelum membaca Al Quran? Bagi Miller,ayat ini mempunyai
jawapan yang cukup logik untuk menangkis dakwaan karut golongan tersebut.
Kesimpulannya, Dr.Miller Gary sedaya upaya memanfaatkan ilmu matematik dan
teologi serta kebolehan yang dikurniakan kepada beliau untuk terus mengkaji dan
menyingkap mukjizat yang terkandung dalam kitab suci Al-Quran. Berdasarkan data
terkini yang diperolehi, Gary Miller kini giat melakukan kerja-kerja dakwah
,pembentangan kertas kerja selain memberi kefahaman islam kepada orang ramai.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
14/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
14
2.3. Prof. Dr. Tejatat Tejasen
Ketua Jurusan Anatomi di Universiti Chiang Mai, Thailand yang juga bekas
Dekan Fakulti Perubatan di Universiti yang sama merupakan seorang pakar dalam
bidang anatomi. Kisah perjalanan Tejasen sebagai seorang islam bermula ketika
berlansungnya Persidangan Perubatan ke-5 yang diadakan di Riyadh, Saudi Arabia.
Ketika persidangan tersebut, beliau telah diajukan soalan dan diajukan beberapa
dalil dari al-quran dan sunnah oleh ilmuan islam yang berkaitan dengan perkembangan
embrio.Oleh kerana beliau mempunyai kepakaran di dalam bidang anatomi maka
diberikan alasan kepada ilmuan islam tersebut bahawa mereka juga mempunyai kitab
dalam agama Buddha yang menerangkan gambaran fasa perkembangan embrio yang
sangat tepat.
Setelah kajian dilakukan beliau antaranya dengan merujuk kitab suci bagi agam
Buddha, iaitu kitab Tipiaka.Namun, beliau gagal menemui sebarang fakta atau hujah
yang dapat menyokong beliau. Jesteru,setahun kemudian ketika beliau berkunjung ke
Universiti King Abdul Aziz atas urusan tugas,beliau telah membuat permohonan maaf .
Tejasan kemudiannya diberikan buku yang ditulis oleh Profesor Keith Moore tentang
persamaan antara embriologi moden dibandingkan dengan apa yang tertulis di dalam al-
Quran dan Sunnah.
Beliau memulakan penelitian dan kajian dengan dengan berpandukan buku hasil
karya professor dari Kanada tersebut yang mana disifatkan oleh beliau sebagai seorang
saintis dan ilmuan yang terkenal dalam bidangnya. Professor Moore juga antara tokoh
saintis yang turut diminanti beliau.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
15/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
15
Sepanjang kajian beliau terhadap buku tulisan Prof Moore beliau telah
menemukan suatu fakta yang sangat luar biasa yang berkaitan dengan dermatologi iaitu
tentang sifat-sifat kulit sebagai salah satu alat deria. Penemuan ini bukan sahaja
menjelaskan kepentingan kulit dan urat saraf dari sudut sains tetapi ia juga menjelaskan
dengan lebih mendalam mengapa Allah mengenakan azab dengan membakar golongan
kuffar dan golongan yang ingkar di akhirat kelak.
Kajian saintis membuktikan bahawa rasa sakit apabila dibakar badan manusia ini
adalah pada sel-sel yang terdapat pada kulit manusia. Apabila keseluruhan kulit
manusia terbakar maka sel-sel yang memberi rasa sakit ini akan musnah. Hal ini akan
menyebabkan manusia tidak akan merasa sakit lagi selepas itu .Persoalannya, adakah
manusia tidak akan merasa sakit apabila dibakar dalam api neraka kelak dan adakah
sakit itu hanya pada pertama kali dibakar ?
Jawapannya ada pada surah ke 4 iaitu surah an-Nisa , ayat ke 56 yang
bermaksud :
Bahawasanya orang-orang yang kafir akan ayat-ayat Kami itu akan dilemparkan ke
dalam neraka . Tiap-tiap hangus kulit mereka terbakar, maka ditukarkan dengan kulit
yang baru, supaya dirasakannya seksa dengan amat sangat. Sesungguhnya Allah
Perkasa lagi Bijaksana
Terdapat dua fakta penting pada ayat ini. Pertama,ayat ini menjelaskan tentang
sifat kulit sepertimana yang diakui oleh saintis. Ini bermakna, apa yang saintis temui
tentang dengan sifat kulit adalah benar. Jelas,ayat ini membenarkan apa yang mereka
temui dan membuktikan bahawa al-quran bukanlah karangan manusia. Ini diakui sendiri
oleh Profesor Tejasen sebelum beliau memeluk islam.Beliau bingung dan tertanya-tanya
tentang dari manakah sumber Nabi Muhammad menerima ayat-ayat itu. Sedang
baginda seorang yang tidak boleh membaca mahupun menulis.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
16/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
16
Kedua,ayat tersebut menjelaskan rasional mengapa api neraka dijadikan
sebagai hukuman terhadap manusia yang ingkar. Gambaran daripada ayat surah an-
Nisa tersebut menggambarkan betapa pedihnya azab yang bakal diterima bagi mereka
yang ingkar. Sebagai contoh, jika kulit kita terluka, melecet,tersiat,terkena air panas
sedikit pun sudah terasa pedihnya. Atau mungkin terbakar meliputi keseluruhan
badan,sudah pasti kita merasa sakit teramat menahan penderitaan. Kerana itulah, jika
meneliti kembali firman Allah Taala tersebut jelaslah bahawa penyeksaan manusia
terhadap kulitnya sendiri itu amat azab sekali. Apatah lagi kulit yang terbakar akan
sentiasa digantikan dengan kulit yang baru lalu dibakar kembali begitulah seterusnya.
Oleh kerana, penemuan ini dalam lingkungan skop kepakaran beliau, maka
Tejasen bersetuju dengan teori dan dalil ini setelah melakukan perbincangan bersama
ilmuan islam di Negara timur tengah. Beliau kemudian kembali ke negaranya di mana
dia telah menyampaikan tentang penemuan baru tersebut dalam seminar-seminar
tempatan mahupun antarabangsa.
Ketika Persidangan Perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh, Profesor Tejasen
mengikuti siri seminar tentang tanda-tanda perubatan dalam al-Quran dan Sunnah.
Profesor Tejasen menghabiskan masa selama empat hari bersama muslim dan bukan
Islam di dalam seminar, membingcangkan tentang kandungan al-Quran dan Sunnah.
Pada persidangan ini juga, beliau berkesempatan menuntut ilmu dengan Syeikh Abdul
Majid az-Zindani3.
3Pengasas Badan 'Ijaz Ilmu Sains Al Quran dan Hadis. Beliau juga merupakan pengasas Universiti Iman Yaman,
Presiden Majlis Syura Perhimpunan Islah Yaman dan salah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin Yaman.Hasil
kajian yang dilakukan terutama dalam bidang sains telah mendapat perhatian dan beliau telah dianugerahkan
Ijazah Doktor Kehormat daripada Universiti Oum Darman, Sudan
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
17/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
17
Berdasarkan penelitian dan apa yang beliau pelajari dalam persidangan
tersebut, beliau meyakini bahawa apa yang telah terkandung di dalam al-Quran adalah
benar. Tambahan pula Nabi Muhammad seorang tidak boleh membaca mahupun
menulis, sudah pastinya Muhammad seorang utusan yang menyebarkan kebenaran
yang diturunkan kepadanya sebagai seorang yang dipilih oleh Sang Pencipta. Pencipta
ini pasti Allah atau Tuhan. SelepasPersidangan Perubatan ke-8 berakhir,Professor Dr.
Tejatat Tejasen secara rasminya bergelar seorang muslim. Beliau tidak hanya belajar
dari pengetahuan ilmiah selama persidangan itu berlangsung, tetapi ini juga memebri
kesempatan yang bagus kepada beliau untuk bertemu dengan beberapa ilmuwan baru.
Bagi beliau saat yang paling berharga sepanjang persidangan tersebut adalah ketika
mana beliau mengucapkan kalimat syahadat.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
18/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
18
2.4 Prof. Dr. Maurice Bucaille (Dr. Yahya Maurice Bucaille)
Maurice Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di
Pont-LEveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan
pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.Ramai kerabat
diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat beliau antaranya Raja Faisal
Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.
Nama Bucaille terkenal dengan buku The Bible , The Al-Quran and Science
yang diterbitkan pada 1976 .Dalam buku tersebut,Bucaille menegaskan bahawa al-
Quran tidak mengandungi kenyataan yang bercanggah dengan fakta-fakta saintifik .
Beliau menyatakan bahawa dalam Islam , sains dan agama telah diibaratkan sebagai "
adik-beradik kembar " . Menurut Bucaille , terdapat banyak kesilapan sains dalam Al
kitab(Bible) manakala tidak ada satu pun yang ditemui dalam al-quran. Atas dasar inilahBucaille membuat kesimpulan bahawa al-Quran adalah kata-kata daripada Allah.
Segalanya bermula pada pertengahan tahun 1975, Perancis di bawah
pemerintahan Presiden Francisco Mitterand telah menawarkan dana kepada kerajaan
mesir untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II.Firaun
tersebut antara yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati
tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang
melarikan diri daripada kekejamannya.Mesir menerima tawaran tersebut dan
membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
19/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
19
Ketibaan mumia tersebut di perancis disambut dengan pesta.Ini termasuklah
apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu
dibawa lalu di hadapan mereka.Mumia itu kemudiannya diletakkan di satu ruang khas di
Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya
oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang
sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.
Laporan kajian kemudiannya diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah
Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).
Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan
iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise
dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.
Hasil kajian keatas mumia tersebut nyata memberi keputusan yang sangat
mengejutkan Bucaille kerana mumia yang diperiksa tersebut menunjukkan tanda-tanda
bahawa firaun tersebut sememangnya mati di dasar laut. Namun seorang rakan beliau
memberitahu bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.Beliau
dinasihatkan agar tidak tergesa-gesa kerana umat Islam telah lama berbicara mengenai
peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini.Namun Dr.
Bucaille tetap berkeras kerana kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya
membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan
perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih.
Tidak lama selepas itu,beliau dimaklumkan tentang kisah Firaun yang tenggelam
dan kemudian diselamatkan mayatnya sudahpun tercatat dalam al-quran.Hal ini
menyebabkan Bucaille menjadi serba salah dan bingung.Beliau semakin tertanya-tanya,
bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja
ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak
ribuan tahun sebelumnya.
Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah
Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.Pelbagai
persoalan mula membenak di fikiran beliau .Yang paling menghairankan beliau adalah
bagaimana nabi Muhammad s.a.w mengetahui hal sejarah tersebut kerana kejadian
Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
20/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
20
Berdasarkan penelitian terhadap kitab bible,apa yang beliau temui hanya kisah
Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan
mengenai mayat Firaun.Begitu juga dengan kitab perjanjian lama .Dr. Bucaille sangat
terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya
kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.Ini menjadikan beliau semakin
kebingungan.Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus
mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu
dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun
sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala
tentera di belakang mereka.
Ketika pertemuan dan perbincangan antara mereka berlansung,salah seorang daripada
mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr.
Bucaille mendengarkannya sendiri:
Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan
manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).
Ayat ini benar-benar menyentuh hati Dr. Bucaille. Sebagai manusia yang
dikurniakan kefahaman dan akal yang sihat serta waras,beliau mengakui akan
kebenaran ayat tersebut. Bagi Bucaille,ayat tersebut umpama satu inspirasi serta
dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.Lalu dengan hati yang
begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan
suara yang lantang berkata: Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-
Quran ini.Pengislaman beliau idak terhenti disitu.Sekembalinya Bucaille ke
Perancis,beliau memanfaat setiap isi yang terkandung dalam al-Quran dengan
melakukan kajian susulan yang mana bukan sahaja mendatangkan kebaikan kepada
beliau sendiri bahkan kepda seluruh umat manusia.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
21/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
21
3.0 SEJARAH RINGKAS KEMUNCULAN HADIS MAUDHU
Definisi Hadith Maudhu:
Secara umumnya,definisi hadis maudhu dapat dipecahkan kepada tiga sebagaimana
yang berikut:
Dari Sudut Bahasa Arab:
Hadith Maudhu dari sudut bahasa Arab ialah:
Hadith ialah perkara baru atau percakapan.
Maudhuialah sesuatu yang diletakkan atau ditinggalkan atau direka.[3]
Dari Sudut Ilmu Hadith:
Hadith Maudhu dari sudut definisi ilmu Hadith ialah:
Apa sahaja yang disandarkan secara rekaan dan bohong kepada Rasulullah s.a.w.
bahawa Baginda berkata, membuat atau memperakuinya.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
22/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
22
Hukum Periwayatan Hadith Maudhu:
Nabi bersabda: "Barangsiapa berdusta atas namaku secara sengaja, maka hendaknya
ia bersia-siap menempati tempatnya dineraka.
Hadis diatas jelas menunjukkan ancaman bagi mereka yang mencipta,meriwayatkan
atau menyebarkan hadis palsu.Terdapat beberapa kategori berkaitan hukum
meriwayatkan hadis palsu.
a) Secara Sengaja:
Para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa hukum meriwayatkan hadith
maudhu adalah haram berdasarkan kepada hadith Nabi s.a.w. :
[ ]Maksudnya : Sesiapa yang menipu ke atasku secara sengaja maka hendaklah dia
sediakan tempatnya dalam neraka.4
b) Secara Tidak Sengaja:
Orang yang melakukan perkara ini iaitu meriwayatkan hadith maudhu secara tidak
sengaja pula, dia dimaafkan dan tidak mendapat apa-apa dosa berdasarkan hadith Nabi
s.a.w. :
[ ]Maksudnya: Sesungguhnya Allah mengampunkan maksiat yang dilakukan umatku
kerana tersilap, terlupa atau dipaksa.
5
c) Secara Jahil atau Sambil Lewa:
4Al-Bukhari, Kitab al-Adab, No. 6197.
5Sunan Ibnu Majah, Kitab al-Thalaq, Bab Thalaq al-mukrah wa al-nasi, No. 2033. Dihukum Sahih oleh al-Albani
dalam Sahih Ibnu Majah No. 1675.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
23/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
23
Orang yang meriwayatkan hadith maudhu secara jahil atau sambil lewa pula, dia tidak
dimaafkan dan tetap akan mendapat dosa menyebarkan hadith maudhu walaupun dosa
ini tidaklah sama seperti dosa orang yang mengetahui tentang kepalsuan hadith itu. Ini
berdasarkan beberapa dalil seperti berikut:
1- Firman Allah Taala (Surah al-Isra :36) :
Maksudnya : Dan janganlah engkau ikut apa yang engkau tidak mempunyai ilmu
tentangnya.
2- Hadith :
Maksudnya : Sesiapa yang meriwayatkan hadith daripadaku sedang ianya diketahui
sebagai tipu, dia dikira salah seorang daripada golongan penipu.6
3- Hadith :
Maksudnya : Para qadhi terbahagi tiga; satu dalam syurga dan dua dalam neraka. Lelaki
yang di dalam syurga ialah yang mengetahui kebenaran lalu menghukum dengannya.
Lelaki yang mengetahui kebenaran lalu menzalimi dalam hukum, dia dalam neraka.
Lelaki yang menghukum antara manusia dalam keadaan jahil pula, dia dalam neraka.7
6Sahih Muslim, al-Muqaddimah.
7Sunan Abu Daud, Kitab al-Aqdiyah, Bab fi al-Qadi Yukhti, No. 3573. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Abi
Daud No. 3573
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
24/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
24
Punca Kemunculan Hadith Maudhu :
Punca kemunculan hadith maudhu boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian
seperti berikut :
a. Fanatik kepada individu yang lebih layak menjadi pemimpin iaitu dari sudut
siyasah.
Disebabkan fanatik, ada golongan yang memalsukan hadith untuk pemimpin mereka.
Perbuatan ini merangkumi semua kumpulan khususnya Syiah, Nasibah dan Sunnah
yang jahil.
b. Fanatik kepada Aqidah.
Disebabkan kekurangan ilmu tentang hadith dan kekurangan dalil dalam menetapkan
sesuatu pegangan dan kepercayaan, ada di kalangan kumpulan-kumpulan Aqidah yang
telah memalsukan hadith untuk memenangkan diri mereka.
c. Fanatik kepada Mazhab Fiqh.
Kepelbagaian dalam pendapat fiqh yang sepatutnya dapat ditoleransikan telah
menimbulkan pergaduhan sengit dalam umat Islam. Ada di kalangan mereka yang tidak
segan silu memalsukan hadith untuk mengangkat imam dan pendapat mereka.
d. Fanatik kepada bangsa, bahasa dan negara.
Dasar utama kepelbagaian bangsa dan bahasa adalah untuk saling kenal mengenali.
Akan tetapi sesetengah manusia telah terseleweng lalu menyangka bangsa, bahasa dan
negara mereka adalah yang termulia. Ada di kalangan mereka yang mereka cipta hadith
untuk tujuan ini.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
25/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
25
e. Mengharap habuan dunia:
i. Mendekatkan diri kepada pemerintah.
Apabila berada di hadapan pemerintah ada di kalangan individu yang memalsukan
hadith untuk mendapat keredhaan pemerintah tersebut.
ii. Pencerita.
Di dalam menyampai sesuatu peringatan ada di kalangan individu yang membawa
cerita-cerita pelik untuk menarik perhatian para pendengar lalu dengan itu mereka dapat
habuan yang lebih.
Contoh : Kisah Nabi Ayyub a.s., antaranya ulat keluar dari badannya dan baunya dapat
dicium dari jauh...
iii. Ingin masyhur.
Ada juga di kalangan penuntut hadith yang ingin dikenali lalu mereka cipta hadith yang
gharib dari sudut sanad dan matannya supaya dikenali dengan lebihan ilmu.
f) Tazkirah (targhib / memberi galakan dan tarhib / memberi ancaman) :
i. Ada di kalangan orang-orang salih yang kurang ilmu merasa kurang senang
melihat kebanyakan manusia bergelumang dengan maksiat. Untuk mengatasi masalah
ini mereka mereka cipta hadith-hadith yang memberi galakan agar manusia kembali
kepada Allah Taala dan yang memberi ancaman agar manusia meninggalkan maksiat.
Contoh : Hadith fadhilat al-Quran surah demi surah yang direka oleh Nuh bin Abi
Maryam; hadith fadhilat solat malam Ashura dan siangnya, solat malam pertama bulan
Rejab, solat malam Nisf Shaban...
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
26/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
26
4.0 KESAN HADIS MAUDU TERHADAP MASYARAKAT ISLAM:
Kemunculan hadith maudhu di alam ini semestinya meninggalkan kesan terhadap
manusia sejagat. Yang pasti, kesannya akan kembali kepada umat islam
sendiri.Jesteru,sikap berhati-hati perlu sentiasa ada dalam diri seorang individu muslim .
Kesan hadis maudhu adalah seperti yangb berikut:
1- Merosakkan aqidah umat Islam.
Hadith Maudhu yang berkaitan dengan aqidah pastinya akan merosakkan aqidah umat
Islam. Dengan membaca atau mendengar hadith-hadith maudhu dalam bidang ini,
pastinya pendengar yang tidak peka terhadap kepalsuannya akan terpedaya lalu
mempercayai sedikit-sebanyak isi kandungan hadith tersebut. Dengan ini
kepercayaannya atau aqidahnya akan terseleweng sedikit demi sedikit. Tanpa disedari
pendengar akan muncul dengan satu bentuk aqidah dalam dirinya yang menyalahi
ajaran sebenar Islam.Fahaman syiah yang kian menular antara contoh yang paling
dekat untuk diambil sebagai pengajaran.
2- Merosakkan amalan syariah umat Islam.
Berkenaan amalan syariat pula, hadith maudhu juga memberi kesan buruk yang tidak
kurang hebatnya. Amalan-amalan dalam agama Islam yang pada asalnya begitu mudah
untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja, akhirnya bertukar menjadi satu amalan yang
ditakuti oleh penganutnya sendiri. Perselisihan dalam mazhab dan kekerasan dalam
hukum menyebabkan amalan syariah atau fiqh umat Islam lari jauh dari ajaran asal Nabi
Muhammad s.a.w..
3- Merosakkan akhlak umat Islam.
Di dalam akhlak pula, hadith-hadith maudhu berkenaan bangsa, bahasa dan negara
pastinya meniggalkan impak besar dalam pendengar yang mempercayai hadith-hadith
maudhu berkenaan. Dengan ini timbullah rasa tinggi diri yang dicela oleh agama.
Ukhuwwah Islamiyyah dipinggirkan akibat dari gejala hadith maudhu itu.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
27/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
27
4- Merosakkan pendirian umat Islam.
Berhadapan dengan janji pahala yang lumayan di samping amalan yang ringkas boleh
menimbulkan perasaan berpada-pada di kalangan umat Islam. Akibatnya pendirian dan
pegangan umat Islam akan menjadi lemah. Amalan yang murni mungkin ditinggalkan
kerana terdapat amalan lain yang lebih berbaloi dan menguntungkan. Di penghujung
jalan wujudlah umat yang tidak tegas dan tidak bersemangat mengamalkan ajaran
Islam. Contohnya seperti fadilat palsu berkenaan solat terawih yang sering dicanang
ketika tibanya bulan ramadhan.
5- Mengabaikan hadith sahih.
Satu perkara lain yang pasti muncul akibat penyebaran hadith maudhu ialah
pengabaian hadith maqbul / sahih. Secara otomatik sekiranya ditekankan hadith
maudhu dalam sesuatu majlis, hadith sahih akan tersisih dan tidak mendapat tempat
yang sepatutnya. Akhirnya orang ramai akan senang apabila mendengar hadith
maudhu dan merasa janggal apabila mendengar hadith sahih. Ini adalah di antara
musibah yang terbesar dalam perbincangan ini.Sedang hadis sahih sudah cukup untuk
menjadi panduan tetapi ramai masyarakat khususnya di Malaysia gemar mendengar
dan menyebarkan hadis palsu tanpa sebarang usul periksa.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
28/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
28
5.0 PENYELESAIAN TERHADAP FENOMENA HADIS MAUDU
Terdapat pelbagai jenis bentuk atau jalan penyelesaian yang yang boleh diambil untuk
mengekang fenomena hadis palsu dalam masyarakat. Meskipun tidak secara
menyeluruh namun setidak-tidaknya ia dapat mengurangkan keburukan akibat
penyebaran hadith-hadith maudhu di dalam masyarakat Islam khususnya dan di dalam
masyarakat bukan Islam umumnya. Di antaranya ialah seperti berikut:
1. Pemantapan Ilmu-ilmu Hadith:
Penyelesaian bagi kemelut penyebaran hadith palsu tidak lain tidak bukan hanyalah
dengan memantapkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan Hadith Rasulullah s.a.w. Ilmu-
ilmu amat luas sekiranya dilihat dari satu aspek, seperti ilmu Bahasa Arab yang
merangkumi Nahu, Saraf dan sebagainya; ilmu Ushul al-Fiqh yang antara lainnya
memastikan kefahaman sahih terhadap sesuatu hadith yang sahih; serta ilmu-ilmu lain.
Akan tetapi yang ingin disentuh di dalam perbincangan ini ialah ilmu-ilmu Hadith yang
paling asas, yang mampu dimiliki dan boleh dilaksanakan oleh semua. Ilmu-ilmu yang
dimaksudkan ini ialah seperti berikut:
2. Kempen celik Hadith:
Amatlah baik sekiranya dapat diadakan kempen secara berterusan atau berkala di
semua institusi pengajian tinggi. Buat permulaan, penekanan harus diberikan kepada
kepentingan hadith dan kedudukannya dalam perundangan Islam secara menyeluruh.
Di samping penekanan kepada fungsi hadith dalam membuahkan kefahaman yang tepat
berkenaan agama Islam dari semua sudut baik Aqidah, Syariah, Manhaj dan juga
Akhlak. Peserta yang mendengar penerangan peringkat ini wajar pulang dengan
pegangan jitu bahawa tanpa hadith tiada gunanya al-Quran, tanpa hadith semua orang
dapat mempermainkan al-Quran
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
29/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
29
3. Bertanya Kepada Penceramah Tentang Hadith Yang Disampaikan:
Di samping itu, orang awam yang mendengar sesuatu hadith yang disampaikan oleh
seseorang penceramah juga hendaklah memberanikan diri untuk bertanya kepada
penceramah berkenaan dengan kesahihan hadith yang disampaikannya. Usaha ini akan
membuatkan penceramah lebih berhati-hati pada masa akan datang apabila ingin
membawa dalil khususnya hadith-hadith Nabi s.a.w. Secara tidak langsung penanya
telah membantu memurnikan hadith Nabi s.a.w. Akan tetapi perlulah ditekankan bahawa
bertanya itu ada adab-adabnya. Eloklah sekiranya ditanya dengan cara yang baik dan
bukannya dengan lafaz-lafaz yang menjatuhkan maruah dan kewibawaan penceramah.
Sekiranya penceramah mengatakan hadith itu sahih, hendaklah dia menerima jawapan
itu. Kalau dia masih rasa sangsi, maka dia boleh kembali ke langkah pertama iaitu
bertanya kepada orang yang lebih pakar dalam hadith.
4. Merujuk Kepada Ilmuan Dalam Bidang Hadith Tentang Hadith Yang Dijumpai:
Ini antara senario yang sering terjadi pada zaman serba canggih ini. Kewujudan media
social,laman-laman blog memudahkan kita untuk berkongsi apa sahaja kepada manusia
seantero dunia. Laman social Facebook misalnya sering menjadi tempat berlakunya
penyebaran hadis palsu.Yang membimbangkan ialah, mereka yang menjadi agen
penyebar segelintirnya bukanlah ahli dalam bidang hadis.Oleh yang demikian,sekiranya
pelajar dan ilmuan itu bukan dalam pengkhususan hadith, maka di sini hendakah dia
merujuk kepada ahli dalam bidang hadith untuk mengenalpasti kesahihan sesuatu
hadith yang dijumpainya.
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
30/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
30
RUJUKAN
Abidin, D. Z. (2008). Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains.
Selangor,Malaysia: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Abidin, D. Z. (2011). Perubatan Islam Dan Bukti Sains Moden. Selangor,Malaysia: PTS Millenia Sdn. Bhd.
Bucaille, M. (2002). Bible, the Qu'ran and Science: The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern
Knowledge. Darulfikr.
Malaysia, U. (2008, 5 12). Retrieved September 21, 2013, from Utusan Online:
http://www.utusan.com.my/
Miller, G. (2006). The Amazing Quran. Abul-Qasim Publishing House
Othman, F. B. (2013, 6 6). Retrieved September 20, 2013, from Ustaz Dr Fadlan Mohd Othman:
http://fadlan-mohd-othman.blogspot.com/
-
7/22/2019 PQE Contoh tugasan kurus
31/31
PQE 3102 [ULUM AL QURAN & ULUM AL HADIS]
top related